Anda di halaman 1dari 64

SBDJ (JILID 16) SIRI 208 DARA DIMAKAN SUMPAH

SAYA, CETUS Nonong mendadak. Dan kata-kata tidak diteruskan.


Saya tak tahu apa isinya, Harun Fadillah bagaikan menyambung ungkapan Nonong yang
terhenti.
Datuk menekan hujung dagu sebelah kiri dengan ibu jari tanngan kanan. Matanya, silih berganti
menatap wajah Harun Fadillah. Datuk bagaikan tahu, dua beradik akan membongkar apa sahaja
rahsia dalam rumah secara terperinci. Cuma apa yang diperlukan ialah sedikit kesabaran.
Arwah emak, marah kalau ada diantara kami bertanya tentang bilik yang berkunci, nada suara
Harun Fadillah lemah, ekor matanya menjeling ke arah Nonong. Tiada sebarang riaksi yang
diperlihatkan oleh si Nonong.
Melintas di depan bilik yang berkunci juga dilarang, tambah Harun Fadillah.
Kamu bagaimana Nonong?
Dauk menghalakan pertanyaan ke arah Nonong yang tunduk merenung lantai. Perlahan-lahan
Nonong angkat kepala, Sinar matahari nampak berkaca merenung ke arah datuk.
Emak ada membawa saya masuk ke bilik itu, secara rahsia.
Haaa , Harun Fadillah bagaikan terkejut mendengar pengakuan Nonong. Buat beberapa
ketika, datuk menarik nafas dalam-dalam. Suasana terasa sepi. Semuanya membatu melayani
perasaan masing-masing.
Ada apa di dalamnya, Nonong? Tanya datuk. Matanya tidak berkedip merenung muka
Nonong.
Ada lilin besar,
Besar mana Nonong?
Sebesar peha budak empat belas tahun,
Tingginga? Datang lagi pertanyaan dari datuk.
Kira-kira dua kaki, jawap Nonong tegas.
Selain dari itu apa yang kamu lihat?
Nonong termenung, macam ada sesuatu yang cuba diingatinya. Harun Fadillah merenung ke arah
saya. Dengan senang hati saya menghadiahkan senyuman buatnya. Dibalasnya dengan senyum
tawar.
Ada tungkul kayu berbentuk monyet dan bertangan manusia. Di tepi bilik, ada talam tembaga
besar, yang ditengah-tengahnya ada benda, berbalut kain tiga warna. Emak mesti membaca
serapi-jampi sebelum menyentuh kain pembalutnya.
Apa warnanya Nonong? Datuk terus mendesak.
Hitam, putih dan kuning.
Macam warna bendera Negeri Perak, celah datuk. Nonong diam. Tidak memberi sebarang
komentar.
BOSAN
Suasana di ruang makan kembali membeku. Saya memang berazam mahu mengikuti kisah
selanjutnya hingga akhir. Kecuali datuk menyuruh saya keluar. Semoga perkara itu tidak akan
dilakukan oleh datuk. Itu doa dan harapan dari hati kecil saya.
Bila bosan dengan suasana sekitar, saya halakan pandangan ke halaman rumah dan permukaan
jalanraya. Rasa jemu dan bosan segera terusir.
Masa bila emak kamu bawa kamu ke dalm bilik rahsia tu, Nonong?. Pertanyaan datuk itu
membuat saya berpaling ke arahnya. Macam tadi juag, wajah datuk agak serius.
Biasanya waktu tengah malam.
Tengah malam tu, agaknya pukul berapa, Nonong? Tekanan suara datuk bagaikan memujuk .
Muka Nonong nampak serius sedikit. Hanya Fadillah menarik nafas lega. Senang hati melihat
kerjasama yang diberikan oleh Nonong kepada datuk.
Kira-kira pukul dua belas tengah malam, emak berada dalam bilik ada masanya sampai pukul
dua pagi. Kalau musim bulan naik, makin kerap emak masuk, terutama masa bulan
mengambang, Nonong mula membuka cerita, pasti menarik dan mendebarkan. Seluruh
perhatian dan pendengaran ditumpukan kearah Nonong.
Apa yang dibuatnya kepada kamu, semasa berada di dalam bilik? Susul datuk lagi.
Emak bakar kemenyan, asapnya diusap ke tubuh saya. Barang yang berbungkus dengan kain
tiga warna juga di usap dengan kemenyan . Lepas itu emak suruh saya keluar. Dan juga
mengingatkan supaya jangan menceritakan pada sesiapa pun apa yang saya alami semasa di
dalam bilik.
Semasa kamu keluar, emak kamu ikut keluar sama Nonong?
Tiada jawapan dari Nonong, dia gelengkan kepala perlahan-lahan. Datuk tanpa putus asa,
mengulangi pertanyaan yang sama kepada Nonong.
SUBUH
Emak memang tak ikut keluar, dia berada di situ hingga masuk waktu subuh. Apa yang
dibuatnya, saya sendiri tidak tahu. Ayah tahu semua tentang perkara ini, peliknya ayah tidak pula
melarangnya. Entah mengapa, ayah patuh dan percaya dengan cakap emak, Nonong mengakhiri
cakapnya dengan wajah yang merah padam.
Mungkin dia merasa malu. Buktinya, Nonong tidak mahu merenung ke arah saya. Harun fadilla
tetap tenang. Barangkali pada hematnya, penjelasan terus terang dari Nonong akan dapat
mengatasi masaalah yang membelengu diri Nonong.
Datuk segera bangun, berjalan dari sudut ke sudut ruang makan. Harun Fadilla dan Nonong
masih berada di tempat tadi. Mereka nampak seperti mengalamun. Entah apa yang berputar
dalam kotak otak mereka, tiada siapa yang tahu. Mereka tidak bercakap, malah renungan mata
juga berbeza, tidak satu arah. Datuk duduk kembali di tempatnya.
Terima kasih Nonong, suara datuk merendah, keterangan kamu memudahkan saya memilih
cara atau jalan menyelesaikan masaalah diri kamu. Berusaha dan berfikir memang tidak salah
dari siri agama. Allah yang menentukan sama ada berjaya atau sebaliknya, sambung datuk
dengan tenang.
Lagi apa yang patut kami bantu, memanda, tanya Harun Fadillah sambil berdiri wajahnya
membayangkan sebuah keyakinan, bahawa usaha datuk akan berakhir dengan sebuah kejayaan
yang besar ertinya dalam kehidupan keluarganya.
Begitulah tanggapan Harun Fadillah tetapi, tidak demikian dengan datuk. Pertanyaan yang
diajukan memaksa datuk mengkerutkan kening sambil menarik dan melepaskan nafas berkali
kali. Seolah-olah membayangkan dia terpaksa menghadapi masaalah yang sukar diselesaikan.
Begini Harun, telapak kanan tangan datuk terkandas disayap bahu kiri Harun Fadillah.
Apa dia memanda? Pintas Harun Fadilla secepat kilat.
Datuk tersentak, memang tidak diduganya secepat itu Harun Fadillah, memintas cakapnya.
Datuk lahirkan rasa kurang senang dengan melagakan gigi atas dan bawah berkali-kali.
Sepatutnya, Harun Fadillah memberi laluan kepada datuk untuk menyelesaikan cakapnya dulu.
Maafkan saya memanda, kata Harun Fadilla setelah menyedari kesilapannya.
Tak apa Harun. Balas datuk, perkara yang mahu aku tanyakan kepada kakak kamu ini agak
peribadi, boleh memalukan dirinya. Jadi aku minta kamu tinggalkan dia bersama aku dan Tamar
di sini, sambung datuk.
Tak jadi masalah, silakan memanda, Harun Fadilla segera bangun dan kemudian melangkah
tenang, meninggalkan ruang makan. Sepasang anak mata Nonong menyorot langkah adiknya.
SUDUT
Datuk berdiri kembali. Macam tadi juga, dia bergerak dari sudut ke sudut. Akhirnya melabuhkan
punggung di tempatnya kembali. Nonong nampak tenang untuk menghadapi situasi selanjutnya
diruang makan.
Tamar,
Anak mata saya terpaku ke wajah datuk. Ada rasa gementar dalam hati.
Ada apa tuk?
Apa yang kamu dengar ini jangan dihebahkan pada sesiapa pun. Kamu mesti ingat, membuka
aib sesaorang kepada orang lain, dilarang oleh agama. Kalau kamu buat kamu dapat dosa.
Saya faham, tidak saya hebahkan hal kak Nonong, samada yang baik atau yang buruk kepada
sesiapapun. Walau pun pada adik beradiiknya, dengan tenang saya lafazkan sebuah ikrar di
depan datuk.
Ternyata, datuk senang dan gembira dengan ikrar tersebut. Saya toleh ke arah Nonong yang
tunduk merenung lantai. Wajahnya nampak cerah. Tadi, semasa datuk menyuruh adiknya keluar
dan mengizinkan saya berada di ruang makan, wajahnya nampak tidak ceria. Tetapi setelah
datuk mengingatkan saya agar jangan banyak mulut dan saya pula berjanji tidak akan
melakukan perbuatan demikian, Nonong nampak gembira.
Nonong.
Nonong pun angkat kepala. Sepasang anak mata hitam datuk bagaikan berada dalam kolam mata
Nonong.
Ada apa memanda? terungkap pertanyaan dari Nonong.
Berikan kerjasama sebaik mungkin pada aku Nonong.
Nonong anggukkan kepala.
Dengan tenang datuk memeluk tubuknya sambil menarik nafas dalam-dalam untuk beberapa
saat. Sebelum nafas dilepaskan , datuk luruskan kaki kirinnya. Bila kaki kiri berada kembali
kepada kedudkan asal, barulah datuk memindahkan sorotan matanya ke dinding.
Nonong, datuk memulakan kata, pernahkah sesaorang berkata kepada kamu begini, kau
cantik, sayangnya ada sesuatu pada diri kamu yang menyebabkan orang lelaki menjauhkan diri
dari kamu, mereka macam benci.
Hummmmmmmm
Nonong tidak meneruskan ungkapan. Dia termenung sebentar, macam ada sesuatu yang
diingatinya, ada memanda, sambungnya lemah.
Siapa yang bercakap tu Nonong?
Seorang perempuan tua. Dia tu bidan kampung yang sekali gus jadi bomoh. Saya tak tahu
sekarang ni , dia masih ada atau sudah mati. Kenapa memanda?.
Tak ada apa-apa, cuma apa yang dikatakan oleh orang itu hampir sama dengan apa yang
terlintas dalam kepala aku, ucap datuk bersahaja. Nonong nampak tergamam, saya pula terkejut.
Sesungguhnya, beruntung dan bertuah wanita yang dianugerahkan oleh Allah dengan kecantikan.
Tetapi malangnya manusia adalah makhluk lemah, selalu mensia-siakan pemberian tersebut,
gegendang telinga saya masih dapat menangkap suara keluhan datuk dalam nada yang amat
perlahan. Dia masih juga merenung ke arah Nonong, tanpa berkedip.
RESAH
Entah mengapa secara tiba-tiba saya rasa resah tidak menentu. Badan terasa panas semacam,
padahal cuaca di luar tidaklah panas sangat. Tanpa mahu memberitahu datuk, saya bangun dan
lantas melangkah kemuka pintu lalu berdiri di situ.
Membiarka sekawan angin merempuh sekujur tubuh. Mendongak langit kota Medan yang terang
di bawah matahari petang dan sinar matahari yang redup itu jatuh di atas setiap bumbung
bangunan, tidak terkecuali bumbung Istana Maimun dan Masjid Raya. Sesungguhnya sebuah
kepuasan yang tiada taranya menyelinap ke dalam kalbu.
Kepuasan itu, tidak dapat dipertahankan dalam jangka waktu yang agak panjang. Musnah
diganggu batuk keras yang disengajakan oleh datuk.
Saya faham, batuk itu adalah batuk protes dari datuk untuk saya. Lebih tepat, batuk kemarahan
atas kebiadapan saya yang tidak memnita izinnya, ketika bangun tadi.
Tanpa banyak ragam dan karenah saya kembali masuk ke ruang makan dan duduk di tempat asal.
Kemarahan datuk masih belum reda, ekor matanya merenung tajam ke arah saya. Tidak berani,
saya menyanggah renungannya, melainkan tunduk macam orang bodoh.
Nonong, cerita dengan jujur, jangan sembunyi-sembunyi, jangan tipu dan ditokok tambah,
walaupun perkara yang dicakapkan ini membuka pekung sendiri dan keluarga, mendatangkan
aib. Cuma dengan cara ini saja memanda boleh berusaha menolong kamu, boleh menunaikan
permintaan arwah ayah kamu. Kamu bersedia atau tidak. Cakap dengan jujur dan ikhlas, suara
datuk bergetar. Badanya ditegakkan sambil mendada.
Bersedia memanda, sahut Nonong tangkas.
Kalau begitu, kamu ceritakan pengalaman danperasaan yang kamu alami, semasa umur hampir
tiga puluh tahun, jangan segan, pujuk datuk penuh diplomasi.
Buat beberapa detik, Nonong nampak resah. Mukanya membayangkan rasa kurang senang.
Sebentar menoleh ke kiri, sebentar menoleh ke kanan. Dalam saat-saat tertentu dia mengigit bibir
dan mengaru-garu leher jenjangnya. Semua yang dibuat , serba tidak kena.
Pelik sekali, dalam keadaan Nonong resah begitu, saya jadi ghairah terhadapnya. Timbul rasa
berahi terutama bila mengaru-garu lehernya. Cepat-cepat saya mengucap dan beristighfar
berkali-kali.
Kerasahan, kebimbangan yang dialami oleh Nonong berakhir juga. Dia tersenyum kerana
berjaya mengatasi gelodak hatinya. Dengan rasa penuh tanggung jawap untuk membebaskan diri
dari bayangan belengu ghaib, Nonong pun mengungkapkannya dengan rasa rendah hati kepada
datuk.
Nonong mengakui, semasa berusia awal tiga puluhan dia mengalami tekanan perasaan yang
cukup hebat,. Sering timbul pertanyaan dalam diri , kenapa tidak ada seorang pemuda yang ingin
mendekati dirinya.
Kawan-kawan persekolahan dan sepermainan, hampir semuanya sudah menikah. Malah ada
yang sudah mempunyai anak.
Dalam usia begitu, Nonong ingin menikmati suasana bercinta, bermesra serta berdampingan
dengan lelaki idaman yang berakhir dengan ikatan suami-isteri. Bila di depan cermin, dia segera
mencari kekurangan dan kelebihan dirinya.
Jauh di sudut hatinya, dia tetap mengatakan yang dirinya terjumlah dalam kategori gadis cantik
dan menarik. Berkulit putih kemerah-merahan . Berhidung mancung dengan sepasang anak mata
hitam yang bulat bersinar. Enungannya mampu menundukkan hati setiap lelaki.
Dengan raut muka bujur sirih bersama sepasang bibir nipis dengan tingginya hampir lima kaki,
mpat inci, Nonong memang menarik dan mempersonakan. Siti Hidayah yang tingginya lima kaki
sahaja sudah bersuami dan mempunyai dua orang anak. Nonong tahu, dimana dia berada, orang
tetap memuji dirinya, cantik dan anggun.
Semasa berkunjung di rumah Siti Hidayah yang baru seminggu melahirkan anak kedua, secara
kebetulan dia menemui dengan yang mengurut Siti Hidayah. Kali pertama melihat wajahnya,
bidan kampung itu tersenyum serta mengkagumi kecantikan yang dimiliki Nonong. Sebagai
seorang gadis tentu dia merasa megah, bila terpuji begitu.
BIDAN
Kemegahan dan kegembiraan itu tidak dapat bertahan lama dihatinya bila bila bidan kampung
itu mengatakan ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya.
Pada mulanya, Nonong tidak dapat menerima apa yang dikatakan oleh bidan kampung tersebut.
Tetapi, setelah Siti Hidayah campur tangan, sedikit kepercayaan mula berputik dalam hatinya.
Secara jujur dan ikhlas, Siti Hidayah memberitahu Nonong, dia mendapat suami adalah berkat
jasa dan usaha bidan kampung tersebut.
Siti Hidayah menyarankan supaya Nonong mengikuti jejak langkahnya . Mandi bunga tujuh
warna setiap malam. Bedak tubuh dengan bermacam jenis ramuan. Mandi tujuh kolah masjid,
satu tugas berat untuk dilaksanakan oleh Nonong.
Memang, sejak zaman sekolah lagi, Nonong tidak berminat dalam perkara-perkara yang ada
unsur tahyul.
Setelah didesak berkali-kali hati Nonong jadi lembut dan bersedia mematuhi saranan dianjurkan
oleh Siti Hidayah. Dia pun buat temu janji mengunjungi rumah bidan yang letaknya agak jauh di
hujung kampung, terasing dari rumah para penduduk lain.
Dalam pertemuan awal, bidankan kampung mengenakan beberapa syarat yang cukup ketat serta
pengeras yang cukup tinggi. Jika syarat-syarat itu dipatuhi, bidan kampung yang kaya dengan
pengalaman, memberi jaminan dalam waktu terdekat Nonong akan menemui jodoh.
Terpaku dengan harapan dan jaminan yang dikatakan itu. Pantang larang tidak dilanggar, segala
syarat akan dipatuhi.
Setahun Nonong menanti penuh sabar, harapannya tidak menjadi kenyataan. Tidak ada lelaki
mendekati atau masuk meminang. Usia Nonong terus bertambah. Bagi menghilangkan
kerunsingan yang membelengu fikiran dan batinnya, Nonong cuba bergerak dalam badan-badan
sosial dengan harapan akan bertemu jodoh.
Bila usianya masuk angka tiga puluh dua tahun, Nonong mengalami goncangan batin yang amay
hebat. Dia melihat adiknya mendirikan rumah tangga dengan pemuda kacak ang satu ketika dulu
pernah cuba mendekatinya.
Goncangan batin itu menimbulkan bermacam-macam reaksi dalam kalbu Nonong. Ada
ketikanya dia merasa benci dan marah dengan keadaan sekitarnya. Di waktu yang lain, dia
merasa hampa dan putus asa yang amat sangat. Nonong menangis dan mengurung diri dalam
bilik.
Sebagai anak sulung perempuan, dia lebih dekat dengan ibunya. Tidak hairanlah bila semua
masalah yang bersarang dalam dadanya ditumpahkan kepada ibunya. Dan ibunya mendamaikan
gelora batinnya dengan ungkapan,
Belum ada jodoh lagi. Rajin-rajinlah berdoa pada Tuhan. Semuga kamu dipertemukan oleh
Tuhan dengan lelaki yang baik dan berhati mulia.

SBDJ (JILID 16) SIRI 209 DENDAM DARI BILIK RAHSIA

Nasihat yang diluahkan oleh ibunya, disambut dengan perasaan separuh hati. Nonong tahu,
jawapan dari ibu sekadar melepaskan batuk di tangga. Lebih-lebih lagi bila ibu menekankan
tentang berdoa, terasa lucu sekali. Ibunya sendiri menyaksikan dia berdoa siang malam.
Jadi kenapa perkara itu ditekankan, bila dia bercakap tentang jodoh. Sebuah pertanyaan yang
sukar dicari jawapan pasti. Tetapi, menimbulkan tanda tanya dan misteri yang tidak berjawap.
Kalau dikutkan hati memang Nonong tidak mahu berdoa lagi. Dia sudah bosan dan perbuatan itu
kerja sia sia. Tuhan bagaikan menolak permohonannya melalui doa.
Nonong juga sudah jemu berusaha, benci melihat muka dukun, pawang dan bomoh yang bukan
sedikit mengaut wangnya. Jodoh yang diharapkan tidak juga menjelma.
Dalam suasana kehidupan yang serba tertekan zahir batin, Nonong berazam mahu meluluskan
dirinya dari kepompongan keluarga, dan masyarakat sekitar yang selalu beranggapan gadis
berusia lanjut, tidak menikah merupakan tanda tidak baik untuk keluarga, hidup tidak beruntng.
Kerana Nonong bertugas dengan kerajaan di bawah Kementerian Luar dia berpeluang untuk
bertugas di seberang laut.
Kesempatan itu di manfaatnya dengan sebaik mungkin untuk keluar dari suasana yang tidak
menyenangkan itu. Nonong mengemukakan permohonan untuk bertugas di luar tanah air.
Harapannya terlaksana. Nonong gembira bukan kepalang. Dia dihantar berkhidmat di Konsul
Republik Indonesia, di Pulau Pinang sebagai kerani.
Di Pulau Mutiara, Nonong bagaikan mengalami kejutan budaya yang amat berbeza dengan di
Medan. Dia turut melibatkan dirinya dengan dunnia yang serba baru dan asing itu. Nonong yang
selama ini merasakan pergerakannya agak terbatas, kini mula mengubah cara hidupnya sesuai
dengan situasi yang dihadapinya.
Di Medan pulang sahaja dari pejabat, dia tidak kemana-mana. Banyak menghabiskan masa
bersama ibu. Menemani ibunya mengajar tarian dan anak-anak gadis yang berminat dalam
bidang tarian tradisional dikelas menari. Bila ibu dan kumpulannya diundang menghiburkan
orang ternama dalam sebuah upacara penting seperti pembukaan gedung perniagaan, ulangtahun
kemerdekaan dan sebagainya. Nonong akan turut serta.
Kerana kecantikan semulajadi yang dimiliki oleh Nonong, dia menjadi perhatian para tetamu
undangan. Dan orang tertentu segera menyiasat latar belakang diri dan keluarga. Tetapi, ibunya
bagaikan enggan memberi kerjasama. Dan perkara itu tidak berlanjutan, mati begitu saja.
Keadaan di Pulau Mutiara yang serba membangun dan sibuk menyebabkan Nonong menyususun
agenda hidup tersendiri yang berbeza dengan di Medan.
Bagaikan bumi dengan langit. Dari seorang gadis yang agak pemalu dan sering merasa rendah
diri bertukar menjadi gadis yang periang. Dia melibatkan diri dengan badan-badan sukarela.
Menjalinkan persahabatan dengan siapa saja. Mula berusaha untuk menguasai bahasa Inggeris
dengan baik.
DORONGAN
Kerana desakan dan dorongan kawan-kawan, Nonong mula mengunjungi kelab-kelab malam.
Secara beransur ansur dia mula menghisap rokok dan berjinak-jinak dengan alkohol. Dia makin
jarang menghalakan wajahnya ke arah kiblat.
Begitulah Nonong, amat cepat berubah. Apa yang sedang dilaluinya membuat dia lupa dengan
masalah yang menggayuti kehidupan dan dirinya. Tidak timbul masaalah belum bertemu jodoh,
tidak kisah dengan usianya yang kian bertambah. Semuanya sudah dilemparkan jauh-jauh dari
dalam kotak hati dan fikirannya.
Seiring dengan itu , Nonong tidak suka melihat wajahnya di cermin, tidak suka menghias diri
untuk menarik perhatian lawan jenis. Tidak ambil peduli dengan jiran kiri kanan rumah sewanya.
Sesuatu yang sungguh drastik bila Nonong tidak menulis surat atau menghubungi keluarganya di
Medan. Dia bagaikan mahu menjauhkan diri dari mereka.
Ternyata usaha itu tidak sepenuhnya berhasil. Kedua-dua orang tuanya sering mengunjunginya,
terutama ibunya yang boleh dikatakan setiap bulan datang ke rumah sewanya. Dan secara
sembunyi-sembunyi (ketika Nonong tidur) mengusap tubuh anaknya dengan asap kemenyan.
Kisah yang diungkap Nonong memang mengharukan. Saya bersimpati dengan nasib yang di
alaminya. Mengapa gadis yang lambat kahwin menjadi buah mulut masyarakat. Dan apakah
perkara seperti ini, hanya berlaku dikalangan masyarakat melayu sahaja. Fikir saya dalam hati.
Ada lagi yang mahu ceritakan, Nonong? Itu yang terluah dari kelopak bibir datuk, sebaik
sahaja Nonong berhenti bercakap dan tidak mau menyambung lagi.
Saya resah sendirian melihat Nonong menundukkan muka. Kedua-dua belah sayap bahunya
bergerak lemah. Mengertilah saya, bahawa gadis cantik tidak bahagia itu sedang tersedu hiba.
Kalau sudah begini kesudahannya, tidak mungkin Nonong mahu melanjutkan cerita. Saya
membuat andaian sendiri.
Tak apalah memanda, cukup setakat ini saja. Hiba benar rasanya hati.
Saya arahkan sepasang mata ke arah Nonong. Andaian saya hampir menjadi kenyataan.
Maafkan saya, lemah benar nada suara datuk.
Tiada jawapan dari Nonong. Cuma yang kedengaran sedu dan sedannya sahaja.
Mungkin kerana hiba atau tidak mahu terpengaruh dengan kesedihan yang melanda hati Nonong,
datuk segera bangun menuju ke jendela. Berdiri di situ, merenung keluar. Nonong masih juga
tersedu. Dan saya tidak bergerak ke mana-mana. Sedu-sedan Nonong beransur lemah dan
akhirnya mati begitu sahaja. Suasana di ruang makan terasa amat sepi sekali.
Perlahan-lahan datuk melangkah kembali ke tempat asalnya. Sejak datuk berdiri di tepi jendela,
saya tidak menumpukan perhatian ke arah Nonong, saya lebih banyak merenung dinding rumah
tamu sambil mengelamun sendirian. Tiba-tiba datuk menyebut perkataan Allah hu Akbar yang
diikuti dengan batuk kecil. Pada hemat saya batuk itu sengaja dibuat-buat. Barangkali untuk
menarik perhatian saya atau Nonong.
Entah macam mana ketika saya menoleh ke arah datuk secara tidak sengaja terpandang wajah
Nonong. Pandangan kami bertembung. Tidak percaya rasanya, Nonong menghadiahkan senyum.
Nampak cukup menarik dan manis sekali. Tidak berkedip kelopak mata saya memandang ke
aranya. Alam khayalan yang tidak bertepi itu, datuk batuk lagi. Saya tahu itu batuk nakal.
Memang, ekor mata datuk tetap menyorot setiap inci pergerakan diri saya.
Kenapa Tamar? Soal datuk, sepasang biji matanya merenung tepat ke arah saya, kamu
nampak resah semacam saja, tambahnya bersama senyum sinis.
Ehhh.. terkeluar dari kelopak bibir saya.
Kenapa Tamar?
Memang tidak saya duga pertanyaan itu datang dari Nonong. Nadanya tidak lagi membayangkan
keresahan. Saya jawap pertanyaan itu dengan mengelengkan kepala. Senyuman pun berlari di
kelopak bibir Nonong.
Aduh! Manis sekali senyuman gadis anak Deli ini , bisik batin saya.
KESAN
Sebagai orang tua yang banyak pengalaman, datuk dapat mengesan yang sesuana di ruang makan
agak aman. Perasaan Nonong tidak bercelaru lagi. Ketika yang baik untuk mencungkil kisah
lampau gadis Deli yang tertonggok di sisinya.
Perasaan kamu dah tenang Nonong?
Nonong anggukan kepala.
Bolehlah kamu bercerita lagi.
Ehhhhmemanda, Nonong seperti tersentak. Anak mata hitamnya dihalakan ke arah saya
untuk beberapa saat. Perlahan-lahan saya anggukkan kepala sebagai tanda supaya Nonong
memberikan kerjasama pada datuk.
Boleh Nonong, ulang datuk lemah.
Boleh, sahut Nonong.
Datuk membetulkan duduknya supaya selesa. Bila merasai cara duduknya serasi dengan
kemahuan hatinya, datuk mengeliat lemah. Saya menanti penuh debar. Apakah kisah silam yang
bakal diungkapkan oleh Nonong itu akan membuka jalan bagi menjejaki, kenapa dia tidak mahu
didampingi lelaki?.
Sepuluh minit masa berlalu, Nonong masih belum membuka mulut, asyik merenung keluar saja.
Resah mula terpamer di wajah datuk. Dua tiga kali orang tua itu menarik dan melepaskan nafas.
Nonong kelihatan masih bersahaja, buat tidak kisah semacam.
Keadaan kamu bertambah kelam kabut bila mendapat tahu yang emak kamu meninggal dunia?
Datuk cuba memancing agar Nonong memulakan kisah.
Memang benar memanda, sahut Nonong pantas.
Dari gerak geri dan gambaran di wajahnya membayangkan kesungguhan Nonong untuk
bercerita. Saya gembira dengan keputusan yang dibuat oleh Nonong. Datuk juga barangkali
sependapat dengan saya.
Kematian emak membuat saya seperti orang gila, berhari hari saya menangis. Emak tidak sakit
apa-apa, mati cara mengejut. Lemah seluruh sendi badan bila menerima berita kematiannya, saya
balik ke Medan dengan kapalterbang.
Kamu ikut menghantar jenazah emak kamu ke tanah kubur?
Iya, memanda atas permintaan ayah, emak di tanam betul-betul atas sempadan antara kawasan
tanah kubur dengan tanah milik orang perseorangan.
Orang persaorangan itu tak marah? datuk ajukan pertanyaan. Nonong termenung sebentar,
macam ada sesuatu yang bermain dalam tempurung kepalanya.
Ayah minta izin dari orang tu, jawap Nonong.
Kenapa ayah kamu buat macam tu, kenapa tidak dikuburkan dalam kawasan tanah kubur.
Itu permintaan emak saya, memanda.
Pelik, keluh datuk lemah.
Perkataan pelik yang diucapkan oleh datuk dapat didengar oleh Nonong. Tetapi, dia tidak
menunjukkan sebarang reaksi. Wajahnya nampak selamba sahaja. Seterusnya, Nonong pula
meluahkan apa yang ada di dalam kalbunya pada saya dan datuk .
Kata Nonong kematian ibunya cara mendadak tanpa sebab sungguh mengejutkan.
Kematian emak cara mendadak tanpa sebab sungguh mengejutkan kaum keluarga. Masing-
masing tertanya-tanya puncanya dan setiap keluarga membuat andaian yang tersendiri, tidak
terlepas dari anggapan yang emak jadi korban perbuatan orang yang sakit hati terhadapnya
melalui ilmu hitam, kata Nonong.
Kamu pula berpendapat macam mana dalam hal ini, Nonong, celah datuk sebaik sahaja
Nonong berhenti bercerita. Nonong renung kearah dinding sambil mengosok-gosok hujung
hidungnya dengan jari telunjuk.
Saya memanda? Nonong bertanya minta kepastian.
Iya, angguk datuk tenang.
Saya tak ada apa-apa. Ajal emak sudah tiba, jawap Nonong penuh yain.
Apa kata adik beradik kamu yang lain.
Tidak pulak saya bertanya pada mereka tentang hal itu. Harun nampak macam biasa. Tapi
Khatijah Nonong tidak meneruskan, air mukanya berubah.
TERBUKU
Perubahan wajah Nonong bagaikan memberi gambaran ada sesuatu yang terbuku dalam
batinnya. Dan datuk mahu memanfaatkan peluang itu dengan sebaik mungkin. Datuk tahu, kalau
dia terlalai atau terlambat, Nanong akan mengalihan persoalan yang dibincangkan kepada
persoalan lain.
Maksud kamu Khatijah, adik kamu yang di Tanjung Pura.
Iyalah memanda Khatijah mana lagi, Nonong ketawa kecil.
Datuk senyum penuh yakin Nonong berada dalam keriangan. Agar suasana menjadi lebih rancak,
datuk turut berjenaka. Saya dan Nonong ketawa kecil, tidak terasa berada dalam keadaan
tertekan untuk menyelesaikan sesuatu masaalah yang dikira agak serius juga.
Apa yang Khatijah katakan kepada kamu Nonong?
Ha. Nonong seperti tersentak.
Mungkin dia tidak menduga datuk mahu menimbulkan tentang apa yang dikatakan oleh Khatijah
kepadanya. Nonong seperti tidak tentu arah. Sekejap garu pangkal leher, sekejap garu cuping
telinga.
Apa katanya Nonong?
Dalam keadaan yang agak tertekan, datuk terus bertanya dan mendesak. Terbukti, Nonong sudah
terjerat dan dia tidak boleh berdalih lagi.
Cakaplah Nonong, kata datuk terus memujuk.
Kata Khatijah yang kebetulan berada dekat emak pada malam kematian itu, ada sesuatu yang
ganjil terjadi sebelum emak meninggal dunia, cukup hati-hati Nonong mengatur kata-kata.
Teruskan. Desak datuk lagi, dia tidak mahu kisah itu terhenti begitu saja. Bila kerap
berhenti, mungkin keghairahan Nonong untuk bercerita menjadi tawar.
Malam itu, sebelum nyawa terpisah dari badan, matanya terbeliak merenung kemana saja.
Emak mengoyak-ngoakkan baju dan kain yang dipakai, dia bertelanjang bulat lari ke setiap sudut
ruang rumah.
Nonong behenti bercerita, tunduk merenung lantai. Perlahan-lahan dia menarik dan melepaskan
nafas. Barangkali dia terfikir, menceritakan keburukan ibu pada saya dan datuk sama seperti
menceritakan keburukan dirinya.
Khatijah tidak beritahu kamu, ketika itu ayah kamu berada di mana Nonong?
Nonong angkat kepala merenung wajah datuk yang menghamburkan pertanyaan. Saya resah
sendirian, mengaru pangkal leher yang tidak gatal. Di luar cuaca masih macam tadi. Kicau
burung di halaman bagaikan bercampur baur dengan deru kenderaan.
Masa kejadian itu, ayah ke masjid. Suami Khatijah dan Harun segera mendapatkan ayah. Sebaik
sampai di rumah ayah dengan dibantu oleh suami Khatijah, Harun segera bertindak. Ayah
menyelimutkan emak dengan kain gebar tiga warna yang diambil dari bawah katil. Lagi sekali
Nonong berhenti bercerita. Dia memicit-micit kepalanya.
Kenapa Nonong? Tanya saya.
Aku pening Tamar, aku terasa macam ada orang memukul pangkal leher aku dengan dahan
jambu batu kering bercabang tiga.
Bertenang Nonong.
Datuk mengambil secawan kopi yang tersedia di situ. Sebelum diserahkan pada Nonong , saya
melihat datuk menyapu punggung cawan tiga kali dengan telapak tangan kiri. Bermula dari
pangkal telapak tangan membawa ke hujung jari. Mulutnya bergerak. Ada sesuatu yang datuk
tawarkan pada air kopi tersebut.
TEGUK
Seteguk air kopi dihirup, Nonong nampak aman. Tidak lagi memicit-micit kepalanya.
Ada lagi yang mengganggu kamu Nonong?
Tak ada memanda.
Nonong menyerahkan cawan kopi itu kembali kepada datuk. Sebaik sahaja tangkai cawan
terkena ibu jari datuk, punggung cawan terus bocor. Tembikar berselerakkan di lantai, air kopi
tumpah hilang meresap dalam papan lantai.
Biarkan di situ, nanti aku sendiri yang bersihkan. Datuk memberi amaran.
Saya tidak jadi memegang badan cawan yang tidak pecah dan mengumpulkan tembikar
punggung cawan yang berserakan di lantai.
Bila emak dibalut dengan selimut khas tiga warna, dia tidak menjerit tetapi nampak lemah.
Ayah membawa emak masuk ke bilik khas, tempat dia selalu beramal. Emak tidak membantah
malah dia membayangkan memang itulah yang dihajatinya.
Dikunci? Datuk renung batang hidung Nonong.
Iya, angguk Nonong.
Lepas tu, tak ada kejadian lain? Tekan datuk.
Menurut kata adik (Khatijah) setelah dikurung, emak memanggil-manggil nama saya serta
nama orang lain yang dikenali oleh adik saya, ungkap Nonong sambil merenung lesu ke arah
datuk dan saya. Dari sinar matanya, dia memang mengharapkan sesuatu dari datuk.
Penceritaan selanjutnya makin lancar dan rancak. Tidak tersangkut-sangkut seperti tadi. Nonong
semakin yakin dengan keikhlasan hati datuk. Dia semakin berani dan bersemangat.
Kematian emak sungguh pelik dan tidak wajar. Setelah dikurung semalaman, pagi-pagi esoknya,
adik (Khatijah) membuka pintu bilik untuk melihat keadaan emak. Sebaik sahaja pintu dibuka,
adik saya terkejut besar, emak terlentang kaku di lantai, sudah menjadi mayat. Tangannya
terkedang macam mahu menjamah sesuatu.
Nonong berhenti bercakap, sambil mengerut dahi. Dia cuba mengingati sesuatu. Bila diingat
muncul dalam benaknya, Nonong tersenyum dan terus menyambung kisah yang tersangkut.
Mata emak terbeliak macam takutkan sesuatu atau terpandangkan benda yang mengerikan.
Uban yang hampir, memenuhi kepalanya bertaburan atas lantai. Adik saya yakin, uban itu
dicabut sendiri oleh emak, Nonong menelan air liur. Renungan matanya redup kearah halaman
rumah yang berumput hijau.
SBDJ (JILID 16) SIRI 210 MANGSA SUSUK IBU
KEMATIAN yang ganjil dan mengejutkan," Datuk mengeluh dalam nada suara yang lembut.

Dua tiga kali, hujung dagu saya raba. Entah mengapa, secara mengejut hati terasa tidak aman,
resah semacam.
Angin yang masuk menerusi jendela, merempuh sebahagian tubuh. Rambut terjuntai di dahi turut
bergerak lemah. Tidak dinafikan, saya agak selesa dengan sentuhan angin yang sepoi-sepoi
bahasa itu.

"Iya memanda, kematian yang ganjil dan mengejutkan," Nonong mengulangi kata-kata yang
diucapkan oleh datuk. Renungannya, segera dialihkan dari halaman rumah ke wajah datuk.

Saya segera panggungkan kepala, menanti ungkapan selanjutnya dari Nonong. Penuh debar.

"Sedih mengenangkan kematian," emak." Nonong seperti merunggut. Jejari kanannya yang
lentik meraba-raba hujung dagunya.

"Bersabarlah, Nonong." Saya beranikan diri memujuk Nonong, agar kesedihannya tidak
membawa kepada tangisan.

"Mengapa sebelum kematiannya, emak mengalami perkara-perkara yang tidak boleh diterima
oleh akal. Hal-hal yang ganjil dan pelik, sampai sekazang saya masih memikirkan perkara
tersebut, memanda."

Saya lihat Nonong mengkedutkan dahi, berlapis-lapis. Anak rambutnya terbuai-buai dimain
angin. Rasa simpati kian membengkak dalam jantung hati. Ekor mata terus menjeling ke arah
Nonong.

"Jangan mengeluh dan bersedih Nonong, terimalah semuanya dengan pasrah. Boleh jadi Allah
mahu memperlihatkan sesuatu kepada kita yang hidup. Dari situ kita boleh mengambil iktibar,
boleh dijadikan renungan," Datuk memujuk.

Nonong terus membisu, renungannya di arahkan ke halaman rumah kembali. Otaknya berputar
ke zaman manis bersama arwah ibu dan ayah. Dia menarik nafas dalam-dalam dan dilepaskan
kembali dengan lemah.

Pandangannya masih terpaku di halaman yang disiram sinaran matahari yang kian meredup.
Sepasang kelopak bibirnya bergerak lemah, macam ada sesuatu yang diucapkan tetapi, tidak
berapa jelas untuk ditangkap oleh gegendang telinga saya.

"Setiap kali lepas sembahyang kau mohon doa pada Allah, minta dosa kedua orang tua kamu
diampuni, terutama dosa ibu kamu. Mohon supaya ibu kamu aman di alam barzakh," tambah
datuk.
Nonong mengangguk.
"Memang tidak diduga, emak yang teliti dan berhati-hati. Tekun dan sabar dalam melakukan
sebarang pekerjaan, kadangkala kelakuannya itu menimbulkan tandatanya pada diri kami
sekeluarga, jadi begitu akhirnya."

Kata-kata yang diluahkan oleh Nonong itu membuat datuk menggigit jari kanan. Terpegun
merenung dinding ruang tamu, macam ada sesuatu yang muncul dalam tempurung kepalanya.
Saya juga berminat dengan ungkapan tersebut.

"Sebagai wanita generasi lama, emak cukup percaya dan taksub pada perkara-perkara tahyul dan
kuasa ghaib," sambung Nonong. "Contohnya?" ulang Nonong kehairanan.

"lya, itu sebagai bukti yang kamu melihat perbuatan emak kamu, Nonong!" sahut datuk.

SEJENAK

BUAT beberapa ketika Nonong termenung sejenak. Dari riak air mukanya membayangkan
keraguan, apakah wajar permintaan datuk itu dipenuhi atau ditolak terus?

Perasaan saya terus berdebar menanti reaksi dari Nonong.


"Contohnya, tidak perlu memanda," sanggah Nonong.

"Perlu untuk menolong mengatasi masalah yang kamu hadapi Nonong. Ingat aku sekadar
menunaikan permintaan arwah ayah kamu. Kalau kamu menolak bukan salah aku tetapi, salah
kamu."
"Ertinya, contoh itu amat diperlukan?"
"Iya, sudah semestinya," datuk terus bertegas.

Nonong dada pilihan dan terpaksa akur dengan permintaan datuk, demi masa depan diri dan
wasiat arwah ayahnya.
"Semasa nenek meninggal dunia," Nonong memulakan ceritanya," emak tidak membenarkan
ayah dan Harun mengiringi jenazah nenek ke tanah kubur. Malah melarang menziarahi kubur
nenek dalam masa tiga bulan. Pakaian, pinggan mangkuk peninggalan nenek tidak boleh
digunakan, kecuali barang kemas."

"Pakaian, pinggan mangkuk itu di bawa ke mana Nonong?" Dihumbankan di kuala sungai
tempat bertemunya air masin dengan air tawar."

"Perbuatan yang ganjil, bertentangan dengan hukum hidup manusia dan ajaran agama," itulah
komen yang datuk berikan, setelah mendengar penjelasan dari Nonong.
"Memang ganjil dan sukar diterima oleh akal, memanda," susul Nonong. Perlahan-lahan saya
anggukkan kepala. Setuju dengan pendapat datuk dan Nonong.
Angin dari luar terus menyerbu ke ruang tamu. Cuaca masih seperti tadi, masih redup. Deru
kenderaan di jalanan terus memukul gegendang telinga saya. Langit nampak cerah dan awan
gemawan bergerak lembut.
Ada seperkara yang mahu memanda tanya kepada kamu, Nonong."

"Silakan!"

"Badan kamu bersih, Nonong?"


Nonong nampak terkejut dan tersipu malu. Saya kira pertanyaan itu tidak wajar diajukan kepada
Nonong di depan saya. Boleh memalukan dirinya. Aneh! kenapa pertanyaan sedemikian mesh
datuk halakan pada Nonong? Mungkin ada maksud tertentu, fikir saya dalam hati.

"Dulu, masa kamu kecil-kecil, ayah dan emak kau "pulangkan" kamu pada aku. Sebabnya, kamu
selalu menangis malam sampai berbulanbulan. Bila dipulangkan kepada aku atau dijadikan
anak angkat, (pada namanya saja) tangan kanan kamu diikat dengan benang hitam, kamu tidak
menangis lagi. Ertinya, kamu serasi berayahkan aku, Nonong," Datuk membuka kisah lampau.

Pelik, apa perlunya kisah lama itu dikenang. Mungkin datuk mempunyai strategi tertentu.

KEPERCAYAAN

SEBENARNYA, apa yangg datuk sebutkan itu cuma sebuah kepercayaan dalam adat tradisi
orang Melayu. Kalau kanak-kanak sering sakit lalu dipulangkan pada orang lain. Dicarikan ibu
atau ayah ganti (ibu atau ayah angkat) pada namanya saja. Kanak-kanak terbabit tetap terus
dipelihara oleh kedua-dua orang tua sebenarnya. lni sekadar petua yang menurut kebanyakan
orang tidak bercanggah dengan ajaran agama.

"Dalam erti kata lain, kau anak pulang aku Nonong. Tidak salah yang selama ini, aku
menganggap kau sebagai anak sendiri. Jadi aku rasa tidak salah, bila aku bertanya tentang diri
kamu, sama ada bersih atau tidak. Tujuannya baik," penjelasan kilat dari datuk dapat
menghilangkan rasa malu pada diri Nonong.

"Bersih memanda."
"Kalau begitu pergi ambil air sembahyang, kemudian datang ke sini. Duduk di tempat yang
sama," arahan yang datuk keluar itu membuat Nonong merenung ke arah saya. Dia seperti
keberatan mahu memenuhi permintaan datuk.

"Pergilah Nonong, demi menunaikan permintaan arwah ayah kamu, sebenarnya secara diam-
diam kamu resah dengan masalah yang kamu hadapi. Kamu pernah berjumpa orang tertentu
untuk mengubati masalah diri kamu."

Untuk kesekian kalinya Nonong tergamam. Kata-kata datuk sering mengejutkan dirinya.
Anehnya, apa yang datuk katakan hampir tepat. Dengan lain perkataan, banyak rahsia dirinya
dapat dibaca oleh datuk.
"Mana memanda tahu semuanya ini?"
"Aku cuma main agak-agak saja Nonong."
"Memang betul tapi, semuanya gagal," keluh Nonong, sinar matanya nampak redup sekali. Saya
melagakan gigi atas dengan gigi bawah berkali-kali. Seronok juga melihat telatah datuk
mencungkil rahsia dari Nonong.
"Sekarang biar pula aku berusaha menolongnya, kamu setuju?."

"Bagi diri saya tidak ada halangan," sinar mata Nonong nampak cerah sekali.
"Semoga usaha murni aku diperkenankan oleh Allah. Sedikit sebanyak cerita yang kamu
sebutkan tadi dapat usaha aku ke arah tersebut. Begitu juga dengan cerita yang aku dapat dari
Harun."

"Sekarang apa yang mesti saya buat memanda?"


Pertanyaan yang terpancut keluar dari kelopak bibir Nonong membuat datuk senyum panjang.
"Jangan berdalih, jangan berlengah-lengah, buat apa yang aku suruh," sepasang anak mata hitam
datuk tertumbuk ke arah anak mata hitam Nonong.
"Ambil air sembahyang?" Soal Nonong.

"Iya seperti yang aku suruh sebentar tadi!," suara datuk penuh keyakinan.
Tanpa basi-basi, Nonong pun bangun dan terus melangkah ke bilik air. Sementara menanti
kedatangan Nonong, datuk nampak resah semacam. Wajah yang tadi ceria bertukar menjadi
sedih.

Sepasang tangannya diluruskan ke atas sambil memusingkan pinggangnya ke kiri dan ke kanan
beberapa kali. Beberapa detik kemudian terus bangun. Bergerak dari sudut ke sudut ruang tamu.
Berhenti di tepi jendela.

AWAN

DATUK dongakkan wajah ke langit, merenung gumpalan awangemawan. Melihat pepucuk


pohon sekitar rumah. Dan ada ketikanya datuk termenung panjang di muka jendela macam orang
putus asa atau sedang masalah besar. Semua gerak-gerinya, saya lihat agak luar biasa.
Bila sudah begitu keadaannya, saya tidak berani mahu menegurnya. Saya kira lebih daripada
sepuluh minit, datuk termenung di jendela. Mungkin perasaannya sudah tenang, fikir saya,
setelah melihat datuk melangkah ke arah tempat duduknya lalu bersila di situ, bertindih kaki
macam pahlawan zaman silam.

"Tamar."
Saya arahkan wajah dan perhatian kepada datuk. Dada mula berdebar. Apakah arahan yang bakal
datuk keluarkan. Apakah dia mahu mengusir saya dari ruang tamu ini? Semua persoalan itu
bergolak dalam dada tanpa nokhtah.
"Tamar," ulang datuk.

"Ada apa tuk?"


"Antara aku dengan ayah Nonong, sudah berjanji dan mengaku saudara dunia akhirat. Susah
senang tetap senang dalam semua hal. Tidak tergamak aku melihat anaknya susah, kalau arwah
tu tidak meninggalkan pesan aku tetap menolongnya," datuk berhenti seketika, memanjangkan
lehernya merenung ke arah bilik air.

Nonong masih tidak kelihatan.

"Tetapi, kawan aku dunia akhirat itu tidak dapat melepaskan dirinya dari kekuasaan..... " lagi
sekali datuk berhenti, dia seperti keberatan mahu menyambung kata.

Macam ada sesuatu yang mahu dirahsiakannya, sudah pasti tindak tanduknya menimbulkan
bermacam-macam andaian dalam hati kecil saya.
"Kekuasaan siapa tuk?" Tunduk pada kekuasan iblis syaitan?" Saya sudah tidak sabar mahu
mengetahuinya. Macam selalu, semakin saya berminat untuk mengetahui sesuatu, semakin
lambat datuk mahu menjelaskannya Dia seperti memaksa saya berperang dengan perasaan.

SELENDANG

TUNGGU sekejap lagi aku beritahu...... ha, Nonong dah datang."


sepasang bola mata datuk tertumpu ke wajah Nonong yang masih ada kesan air sembahyang.
Semasa mahu mengambil air sembahyang Nonong tidak berselendang tetapi, kini di bahu
kanannya tersangkut selendang sutera biru. Di tangan kanannya, ada senaskah Quran manakala
di tangan kiri ada rehal. Sebelum dduduk bersila, rehal dibuka dan senaskah Quran diletakkan.
Selendang sutera pun dibelitkan ke kepala.

Datuk terpaku melihat perbuatan Nonong di depan matanya. Wajah datuk membayangkan
perasaan gembira dan hiba berbaur dalam kalbu. Tanpa disedari, kelopak matanya digenangi air
jernih, mengalir lemah dikulit pipi datuk yang sudah tua.
Menyedari dirinya jadi perhatian kami berdua (Nonong dan saya) dengan pantas datuk
memusingkan mukanya ke dinding membelakangi kami. Pada saat itu juga datuk mengesat air
mata dicerun pipi. Bila dia dapat mengawal perasaan dengan baik, barulah datuk menghadapkan
wajahnya kepada kami semula.

"Kamu bagaikan tahu apa yang aku inginkan, Nonong," suara datuk tersekat-sekat. Saya terus
sahaja memerhatikan gerak-geri kedua-dua insan tersebut.
Bila memanda menyuruh saya mengambil air sembahyang, saya teringat zaman lalu," tutur
Nonong tenang sambil membetulkan kedudukan selendangnya.
"Dulu, setiap kali memanda datang ke sini, ayah suruh ambil sembahyang dan membaca Quran
depan memanda. Kemudian dengan lembut membetulkan bacaan taj'wid saya," sambung
Nonong.

"Iya aku ingat," datuk anggukkan kepala perlahan-lahan.


Nonong membuka al-Quran, juz sepuluh surah At-Taubat dan terus membacanya hingga satu
"ain" baru berhenti. Saya terpesona dengan alunan suaranya tajwid yang betul.

"Mengapa surah ini kau pilih Nonong?".


"Dapat mengingatkan saya kepada perbuatan-perbuatan yang saya kira berdosa pada masa lalu.
Memanda juga pernah mengingatkan saya surah ini banyak mengandungi pengajaran dan nasihat
serta tunjuk ajar kepada kehidupan yang diredhai Allah, sudah bertahun saya tidak mengingati
surah ain tetapi bila terlihat muka memanda saya terus teringat pada surah At-Taubat."

KELOPAK

MENDENGAR penjelasan Nonong, saya terasa sayu dan hiba. Tanpa terasa air mata tergenang
di kelopak. Nonong juga saya lihat terharu, tunduk merenung kulit Quran yang sudah ditutup.
Perlahan-lahan dia menggosok kelopak mata dengan hujung selendang. Datuk membiarkan
Nonong tenggelam dalam kenangan pahit hidup sendirian di Pulau Pinang. Tanpa diduga dan
disangka Nonong menangis tersedu.

"Berat sungguh cubaan hidup kamu di rantau orang, semuanya ini berpunca dari perbuatan
arwah emak kamu yang terlalu mengejar keduniaan, mengikut nafsu.

Mudah-mudahan roh emak kamu ditempatkan oleh Allah di tempat yang sesuai," Cetus datuk.
Saya menarik nafas.

Nonong angkat kepala dengan pandangan yang berkaca di tatapnya muka datuk. Memang
Nonong mengalami kejutan, bila datuk memengkaitkan kematian ibunya dengan nasib yang
dilaluinya kini.

Dari cara datuk bercakap yang diikuti dengan gerak-gerinya, saya yakin, datuk cukup mengerti
dan memahami perasaan yang ditanggung oleh Nonong. Berkali-kali saya melihat datuk
mengucap panjang. ''Tangisan Nonong beransur reda.

"Begini Nonong," datuk membetulkan silanya."


Dan Nonong terus menghapuskan kesan air mata di pipi dengan hujung Selendang seperti tadi.
"Begini Nonong," datuk mengulangi kata-kata yang terputus, "semasa kamu berumur 55 hari,
aku sudah mengetahui perbuatan emak kamu yang kurang baik. Aku cuba menegur dan
melarangnya, emak kamu tak ambil peduli, malah dia marah-marah. Peliknya, ayah kamu juga
tidak setuju dengan cara aku itu."
"Apa dia perkara buruk yang emak buat?"

TERTARIK

'EMAK kamu pengamal ilmu susuk, supaya dipandang cantik, Nentiasa muda dan manis, badan
nampak menarik, setiap lelaki yang melihatnya jadi tertarik, tergila-gila. Sekali dua pandang
tidak puas, sedia ikut pulang ke rumah, bersedia mendengar kata emak kamu. Kerana ilmu itu
kamu jadi taruhan dan korban'
"Ohhh..Nonong tidak terdaya meneruskan percakapan. Dia terkejut besar, seluruh anggota
badannya terasa sejuk.
"Benarkah semuanya ini, memanda," suara Nonong tersekat-sekat. Resah tidak menentu. Dan
secara mendadak seluruh badan Nonong menggeletar, macam orang diserang demam. Mulutnya
bercakap tidak tentu arah.

Sebelum kejadian buruk berlaku, datuk segera bertindak. Tujuh kali datuk membaca ayat Al-
Kursi penuh khusyuk dan tawaduk. Muka Nonong dihembusnya. Dengan serta merta Nonong
terkulai lemah.
Beberapa saat kemudian, Nonong pulih seperti sediakala. Sebelum menyambung penerangan
tentang Nonong. Datuk mengambil segelas air putih (air sejuk) lalu diberikan kepada gadis lanjut
usia untuk diminum.

"Bagaimana perasaan kamu sekarang Nonong?" Tanya datuk.


"Saya selesa, terangkan pada saya apakah kesalahan emak saya yang menyebabkan saya
menderita, tidak diminati lelaki"

"Datuk kamu dulu pawang di raja, nenek kamu pula tukang andam istana. Mereka mempunyai
seorang anak perempuan yang comel iaita emak kamu. Kerana rupa paras emak kamu cantik dan
berbakat dalam bidang tarian lalu dilatih untuk dijadikan penari istana" cukup berhatihati dan
teratur datuk menyusun kata-kata.

Seluruh tumpuan dan perhatian Nonong di halakan kepada datuk. Begitu juga dengan diri saya.

SBDJ (JILID 16) SIRI 211 SUSUK, GADAI ANAK


LAGI sekali saya direndam rasa kecewa. Melihat pada situasi, tidak ada tanda-tanda datuk mahu
menyambung ungkapan yang terputus.

Dia bagaikan tidak berselera mahu mencungkil kisah silam datuk dan nenek Nonong. Mungkin
datuk terfikir begini: membuka kisah cela dan keburukan orang yang sudah mati, bukanlah kerja
terpuji.

Kenapa dalam saat begini, perkara seperti itu harus muncul dalam benak datuk? Timbul
pertanyaan dalam diri saya. Nonong nampak resah semacam. Barangkali apa yang berlegar
dalam kepala saya, itu jugalah yang bermain dalam otak Nonong.

Soalnya, siapakah diantara kami yang berani bersuara menyuruh datuk menyambung kembali
cerita yang tergantung.? Tentulah saya bukan orangnya. Nonong memang berhak kerana apa
yang diperkatakan adalah masalah keluarganya yang berpaut erat dengan masalah dirinya.

"'Memanda," lembut sekali suara Nonong.


"Aku tahu, kamu mahu tahu ceritanya," ekor mata datuk menjeling ke arah Nonong. Saya telan
air liur, diharap kelembutan suara Nonong akan menjentik keghairahan datuk menyambung
cerita.
"Memang itulah yang saya harapkan."
"Baiklah," datuk memperkemaskan silanya.

"Adakah rahsia yang lebih sulit dari apa yang memanda sebutkan Nonong mendesak.?"
"Ada tapi ," datuk menarik dan melepaskan nafas. "Kenapa memanda.?"

"Beri masa untuk aku berfikir, dan mengingati nama nenek dan (datuk kamu yang sebenar.
Mereka lebih terkenal dengan nama gelaran Pawang Istana' atau Pawang raja' bagi datuk kamu.
Nenek kamu pula disebut "Andam diraja" atau tukang andam istana." Tutur datuk dengan
tenang.

"Saya ingat memanda," Nonong separuh menjerit.


Datuk tersenyum sambil merenung ke arah saya.
"Siapa namanya?"

"Datuk saya namanya Alang Basitah," penuh yakin Nonong menjawab.


"Nenek kamu pula?"
"Raja Anum Dang sari."

"Bagus, kamu masih ingat akar umbi kamu Nonong," Aduh, manisnya senyum gadis lanjut usia
yang berat jodoh. Komen saya, dalam hati bila melihat sepasang kelopak bibir Nonong mengukir
senyum.

Setelah Nonong berhasil memujuk datuk, saya merasakan ada perubahan yang terjadi secara
sepontan dalam dirinya. Datuk bagaikan memperolehi kekuatan untuk meneruskan cerita, tidak
merasa cemas atau diganggu sesuatu yang tidak dapat dilihat secara mata kasar.

Kata datuk selanjutnya, Pawang raja dan andam istana terus memberikan perhatian kepada anak
gadis mereka. Jika ada majlis bertindik, berkhatan atau pernikahan. Gadis comel diminta
memperagakan tarian kepada tetamu undangan. Nama ibu Nonong terus menjadi sebutan di
mana-mana.

"Sebagai penari istana yang sedang naik, nama emak kamu jadi sebutan tutur datuk.
"Selain dari istana ke mana pula dia pergi, memanda?" "Menyeberang selat Melaka."
"Ke mana?" Nonong minta kepastian.

"Di mana ada perayaan raja, ada masanya ke Istana Deli, Riau, Serdang atau Batu Bara. Bila
pawang Raja meninggal dunia, kegiatan andam istana mula berkurangan."
"Kenapa macam tu, memanda?"

"Sebabnya, tugas pawang dan andam mesti sama iring. Kematian suaminya menyebabkan andam
istana mengambil keputusan untuk tinggal di luar kawasan istana. Datang ke istana bila
diperlukan."
Sedikit demi sedikit, datuk membuka sejarah lalu pawang raja dan pawang andam istana.
Nonong mendengar penuh khusyuk kerana kedua-dua insan yang disebutkan oleh datuk adalah
asal usul keturunan Nonong.

Walaupun begitu, Nonong tidak menampakkan rasa bangga atau megah dengan tugas datuk dan
neneknya di dalam istana.
"Nenek kamu datang ke istana bila diperlukan. Kerana kebolehannya yang luar biasa sebagai
tukang andam, kaya dengan pantang larang, kaya dengan petua, dada penuh dengan jampi
serapah serta mentera nenek kamu dicari orang istana bila ada anak raja mahu bersanding atau
bertindik. Dia di bawa ke istana di Langkat, Indrapura, Batu Bara di Sumatera."

"Saya minta maaf."


Biji mata datuk dan Nonong terpaku ke wajah saya. Mereka kehairanan, mengapa saya yang
tidak ada sangkut paut dengan perkara yang diceritakan mesti masuk campur.
"Kenapa Tamar!" sergah datuk

"Saya musykil tuk."


"Apa yang kamu musykilkan?"
"Begini, setelah Indonesia mencapai kemerdekaan dan mengistiharkan Negara Republik, semua
sistem raja dihapuskan, Sultan tidak wujud lagi. Kenapa mesti ada sultan itu, Sultan ini di
Sumatera?"

Nonong anggukkan kepala, setuju dengan pertanyaan yang saya ajukan. Datuk tersenyum
senang. Perlahan-lahan dia membetulkan kedudukan kaki kirinya sambil merenung ke dada
langit, melawan awan putih yang berarak lembut. Datuk menggaru pangkal tumit kaki kirinya.

"Apa yang kamu katakan itu memang betul, Sultan yang ada selepas kemerdekaan, hanya pada
nama saja. Mereka tidak mempunyai kuasa.Sekadar menjadi ketua adat, budaya masyarakat.
Mereka boleh meneruskan adat-adat istana di kawasan yang ditentukan, seperti mengadakan
upacara berkhatan, bertindik, nikah kahwin dan sebagainya," serius benar datuk memberikan
penjelasan. Kelopak matanya tidak berkedip merenung muka saya.

Kerana sering berulang alik ke Tanah Deli, Raja Anum mengambil keputusan untuk menetap di
Deli. Secara kebetulan pula dia masih mempunyai pertalian darah dengan keluarga kesultanan
Deli.
Dia pun membeli sekeping tanah tidak jauh dari kawasan istana.

Kerana usianya semakin tua, Kegiatan Raja Anum tidak serancak dulu.Tetapi, kalau ada yang
memerlukan pertolongannya Raja Anum tidak keberatan membantu. Tidak dinafikan, dalam usia
senja dia masih dicari orang terutama orang-orang Melayu yang masih berkampung di sekitar
Medan yang mahu mengekalkan adat tradisi nenek moyang. Raja Anum dicari bukan kerana
tuanya tetapi kerana pengalamannya.

"Hebat juga nenek saya memanda."


"Begitulah kira-kiranya," balas datuk sambil ketawa kecil. Saya juga tersenyum.
"Dalam waktu yang sama, emak kamu terus mengembangkan bakatnya dalam tarian. Kalau dulu
nenek selalu dijemput ke Istana Deli tetapi awal dua puluhan sebelum dijemput oleh kaum
kerabat diraja dibeberapa buah negeri di Malaysia," sungguh bersemangat datuk bercakap.

"Saya tahu memanda."


"Emak dipanggil untuk memperlihatkan tarian tradisional pada hari jadi sultan, bertindik,
berkhatan atau pesta perkahwinan.

"Betul, itulah kelebihan yang Allah berikan kepada ibu kamu. Nenek kamu berbangga dengan
kebolehan yang dimiliki oleh anak perempuan tunggalnya, nenek kamu yang memang tidak suka
duduk diam membuka kedai kain," datuk berhenti bercakap kerana tersedak.

KEMBALI

SEBELUM menyambung ceritanya kembali, datuk kerutkan


kening sambil merapatkan sepasang kelopak mata. Barangkali,
cuba mengingati di kawasan mana arwah nenek Nonong membuka kedai kain.

Saya lihat dua tiga kali datuk menggeleng-gelengkan kepala. Barangkali, datuk tidak dapat
mengingatinya. Itulah andaian saya bila melihat gerak-geri datuk di depan mata.

"Aku tak dapat menunjukkan kawasan kedai nenek kamu dulu Nonong. Apa yang aku tahu,
nenek kamu juga membawa kain tenunan orang Batu Bara, Songket Palembang, batik Medan
barang-barang kerja tangan ke Semenanjung. Kemudian barang-barang. Semenanjung pula di
bawa ke sini. Begitulah yang dibuat oleh nenek, setiap kali dia berpeluang berulang-alik dari
Deli ke Semenanjung. Kadangkadang emak kamu juga turut berbuat macam itu."

"Sambil menyelam, sambil minum air," saya mencelah.


"Kamu dengar saja, usah masuk campur," datuk melarang dan saya terdiam.

Khabarnya, kedai kain Raja Anum jadi tumpuan ramai terutama orang lelaki. Bukan kerana
mahu membeli barang-barang yang dijual tetapi, mahu melihat wajah anak gadis disebut-sebut
sebagai penari dan penyanyi tradisional golongan bangsawan Melayu sama ada di Tanah
Semenanjung atau Tanah Sumatera.

Raja Anum pun, sedikit demi sedikit menurunkan segala ilmu dan petua menjaga badan dan
kecantikan yang ada dalam dada kepada anaknya. Begitu juga dengan petua menjaga suara.
Raja Anum berpendapat kebolehan arwah suami dan dirinya harus diwarisi oleh anak gadisnya.
Tradisi mendampingi golongan istana dan bangsawan harus dikuasai oleh keturunannya.

Dan perkara itu sering dibisikkan ke cuping telinga anaknya. Biar perkara itu menjadi simbol
perjuangan yang mesti dilaksanakan. Demi tujuan tersebut, apa juga rintangan, apa juga cabaran
harus ditempuhi, asalkan matlamat perjuangan menjadi sebuah kenyataan.

Hinggalah pada suatu hari, kedai kain milik Raja Anum dikunjungi oleh sepasang suami isteri.
Mereka membeli beberapa pasang kain songket dan selendang. Setelah membayar semua barang
yang dibeli, pasangan suami isteri mohon mahu mengadakan pertemuan khas dengan Raja
Anum.
Pada mulanya, Raja Anum agak keberatan mahu memenuhi permintaan pasangan suami isteri
tersebut. Dia bimbang kalau pertemuan itu mempunyai tujuan yang kurang baik. Setelah didesak
berkali-kali dengan alasan yang menyakinkan oleh pasangan suami isteri tersebut, Raja Anum,
akhirnya mengalah. Dia pun menetapkan pertemuan pada sebelah malam selepas waktu Isyak.

"Tidak boleh awal lagi," tanya si isteri yang berbadan langsing dan cantik dengan kain batik
jawa, baju kebaya Bandung.
"Kalau dapat awal lagi baik," Celah si suami.
"Minta maaflah, kalau setuju itulah masa yang sesuai," Raja Anum memberi keputusan
muktamad. Pasangan suami isteri itu tiada pilihan dan terpaksa akur.

Waktu yang ditetapkan oleh Raja Anum itu sesuai dengan petua orang tua-tua yang
dipelajarinya. Kalau orang mengatakan hasrat mahu bertandang ke rumah pada hari Rabu,
selepas waktu zuhur. Suruh orang itu datang selepas Isyak. Kalau pada hari yang sama, orang
mengatakan mahu berkunjung ke rumah pada sebelah pagi, suruh datang ke rumah selepas Asar.

Kalau tidak disesuaikan dengan keadaan dan masa yang ditetapkan oleh petua, tuan rumah akan
menerima kecelakaan. Lagi pun bila diberi masa yang panjang, tuan rumah boleh membuat
persediaan. kalau orang yang datang mempunyai niat buruk boleh menyebabkan orang yang
berniat jahat membatalkan niatnya keran bosan nantikan masa yang ditetap oleh orang yang
mahu menunggu.

Ini sekadar petua, entah betul entahkan tidak. Tetapi, Raja Anum tetap percaya. Baginya, setiap
yang berlaku dan bakal dilakukan harus bersandar pada petua dan pantang larang nenek moyang.
Sebagai tukang andam istana, pantang larang dan petua tidak boleh ditolak begitu saja harus
dipelihara serta dipraktikkan, kalau tidak ilmu yang dimiliki menjadi tawar.

"Anak daranya mana?"


Tanya wanita yang wajahnya mirip wanita timur tengah, sebaik saha.ja meletakkan punggungnya
ke bangku rotan di ruang tamu rumah Raja Anum.

"Di bilik berlangsir, merawat muka, menjaga badan. Awak berdua ni siapa sebenarnya? Emak di
depan mata tidak ditanya. Anak dara orang yang disoal," dalam manis Raja Anum menyindir
tetamu. "Begini, saya berdua ni tuan punya bangsawan Indera Pura," Lelaki tinggi lampai
berkulit putih merenung ke arah isterinya yang bernama Sharifah Marnis.

"Anak awak berbakat dan kami berminat untuk menjadikan dia Seri panggung terkenal. Suami
saya, Syed Ali AI-Idrus memang sudah lama mencari seri panggung. Seri panggung kami yang
lama sudah berpindah ke bangsawan lain" Kata Sharifah Marnis sambil merenung ke arah Syed
Ali Al-Idrus yang secara sepontan menganggukkan kepala.
"Di mana awak berdua tahu tentang kebolehan anak saya,"

"Sudah lama, bermula dari majlis bertindik kerabat Raja Selangor, terus ke Johor, Perak dan
Pahang. Sudah lebih dari setahun kami mengikutinya," jelas Syed Ali Al-Idrus dengan senyum
berbunga.
GANTUNG

RAJA Anum termenung sejenak, dalam keadaan sekarang bergantung dengan kerjaya sebagai
penari istana, bukanlah masa dan ketika yang baik. Tidak boleh menjamin masa depan yang
baik. Lebih-lebih lagi dengan berakhirnya kuasa pemerintah bersultan di Sumatera.

Menyandarkan harapan pada raja-raja di Tanah Semenanjung, bagaikan menahan jerat di tanah
lapang, kalau nasib baik mengena, kalau tidak hampa selalu.
Lagi pun sejak akhir-akhir ini setiap negeri di Semenanjung sudah mempunyai badan
kebudayaan sendiri. Jika ada perayaan atau temasya di istana kumpulan budaya tersebut
diundang untuk mempersembahkan sebarang bentuk kebudayaan pada para tetamu. Kebanyakan
ahli-ahli kumpulan itu adalah bekas anak muridnya.

Setelah diperhitungkan buruk baik, untung rugi yang mendalam, pada dasarnya tawaran itu tidak
wajar ditolak.
Meskipun begitu ada beberapa hal yang harus diambil berat. Memang, sekali lalu perkara yang
harus dititik beratkan itu nampak agak remeh. Tetapi, kalau terus diketepikan akan membawa
padah yang kurang baik pada anaknya, juga kaum keluarganya.

"Kenapa menung panjang? Cakap saja boleh," Sharifah Marnis menguntum senyum. Raja Anum
tersentak dari lamunan. Semuanya yang bergerak dan bergolak dalam tempurung kepala lenyap
dengan serta merta.
"Boleh."

"Alhamdulillah, Syukur," Syed Ali AI-Idrus segera bangun. "Dengan syarat?."


"Haaaaa ada syarat, apa syaratnya?" Perlahan-lahan Syed Ali Al-idrus duduk di kerusi rotan.
Wajahnya nampak kurang ceria. Pasangan itu saling berpandangan dengan seribu kenyataan
muncul di dada.
"Jamin keselamatan anak saya, jangan dipersia-siakan kebolehannya, jangan jadikan dia batu
loncatan untuk kekayaan awak berdua."

"Kami tak berniat begitu, kami mahu jadikan dia anak angkat kami, Secara kebetulan kami
memang tidak ada anak," Sharifah. Marnis meluahkan apa yang dirancang di dalam hati.
"Terima kasih, ada syarat lain lagi."

"Apa dia Raja Anum," tanya Syed Ali Al-Idrus tanpa sabar.
"Bila bermain di Semenanjung, hubungi pihak istana beritahu mereka anak saya ikut rombongan
awak, bila pihak istana minta khidmatnya, awak mesti melepaskannya. Saya berikan nama-nama
orang istana yang mesti awak berdua hubungan. Tidak semua orang semenanjung mesti awak
hubungi hanya beberapa negeri tertentu saja. Kalau awak berdua setuju dengan syarat itu, baru
boleh saya tunaikan permintaan awak berdua."

"Setuju," jawab pasangan suami isteri itu serentak.


Seminggu kemudian anak gadis Raja Anum menjadi keluarga `Bangsawan Indera Pura'. Pada
peringkat awal disuruh menjadi penari kemudian, sebagai penyanyi di samping menjadi pelakon
pembantu. Dan akhirnya menjadi seri panggung dengan panggilan "Rani Cantik" kependekan
dari nama sebenarnya Dang Intan Mahani.

UNTUNG

TERNYATA kehadiran `Rani Cantik' membawa keuntungan yang besar kepada pemilik
`Bangsawan Indera pura' di mana saja rombongan itu mengadakan pertunjukan, sama ada di
Sumatera, Kepulauan Borneo Jawa, dan Tanah Melayu tetap mendapat sambutan yang sungguh
hebat.

Nama Seri panggung `Rani Cantik' yang kemudiannya bertukar menjadi Ani Cantik jadi sebutan
di mana-mana. Jadi buah mulut orang muda. Ramai anak muda yang tidak dapat tidur lena,
mengigau malam, mimpi siang mengingatkan `Rani Cantik'.

Sebagai Seri panggung, sudah tentu Ani Cantik tidak bergantung semata-mata pada bentuk
tubuh, kecantikan wajah dan kemerduan suara. Atas nasihat ibunya, (Raja Anum) Ani Cantik
berusaha sendiri mencari ilmu yang boleh menguntungkan dirinya.

SBDJ (JILID 16) SIRI 212 ANAK SULUNG NIKAH SELUDANG

SEMASA mengadakan pertunjukkan di kawsan pendalaman, Jawa Barat lebih tepatnya di daerah
Banten. Ani Cantik telah menemui seorang tua yang memang handal dalam ilmu susuk. Dengan
bantuan orang tua itu Ani Cantik dibekalkan dengan sejenis ilmu susuk yang cukup kuat
pengaruhnya. Setiap orang yang memandangnya, lebih-lebih lagi kaum lelaki akan tertarik atau
jatuh hati padanya.

Kerana ilmu susuk yang dikatakan amat mujarab itu, Rani cantik terpaksa patuh dengan syarat-
syarat yang ditetapkan oleh pemilik ilmu susuk.
Roda kehidupan "Ani Cantik" terus berputar. Kemasyuhuran terus menguasai dunia bangsawan.
Tidak ada orang yang tidak kenal atau tidak tahu menyebut nama "Ani Cantik." Banyak
kumpulan bangsawan yang lain gulung tikar kerana Ani Cantik.

Semasa bangsawan Inderapura mengadakan pertunjukan di Tanjung Pinang-Riau. Seorang


saudagar muda yang membekalkan buah-buahan, sayur-sayuran dan ikan basah dari Tanjung
Pinang ke Singapura dan Melaka terus jatuh dan gilakan Ani Cantik setengah mati.

Saudagar muda yang kacak itu akan berusaha menghadirkan diri di mana saja bangsawan
Inderapura mengadakan pertunjukan. Tidak mudah untuk memenangi hati "Ani Cantik" terpaksa
bersaing dengan anak-anak muda lain.

Untuk memiliki "Ani Cantik" saudagar muda yang berasal dari Kampung Serkam Melaka itu
terpaksa mengeluarkan jumlah wang yang banyak untuk meminangnya. Barang hantarannya juga
mahal-mahal belaka, kebanyakannya buatan luar negeri.
"Siapa orang muda yang beraya menakluk hati Seri Panggung tu, memanda?" Nonong
mengajukan pertanyaan. Datuk sambut dengan senyum dan diakhiri dengan ketawa kecil penuh
sinis.

"Kamu nak tahu orangnya, Nonong."


Nonong anggukkan kepala.
"Ayah kamulah, kawan memanda Raja Aminuddin, tak suka dipanggil raja, dia muda lima belas
tahun dari aku. Baik orangnya, tinggi budi bahasa dan setia bila berkawan. Pemurah orangnya."

"Dari mula saya dah agak, pemuda tu ayah saya," kata Nonong keriangan dan sebuah senyum
bangga terpamer di kelopak bibir. Tidak ada orang yang tidak merasa bangga, bila ayah sendiri
dipuji orang, fikir saya dalam.

"Berbalik semula pada cerita tadi, aku mendapat tahu semasa Rani Cantik memasang susuk, Si
dukun mengenakan syarat yang mesti dibuat. Kalau tidak dipenuhi "Ilmu susuk" akan memakan
diri," Saya lihat datuk menelan air liur. Keberatan untuk meneruskan kata-kata. Dia nampak
gusar semacam.

JEMU

BEBERAPA saat masa terus berlalu begitu saja. Bagi menghilangkan rasa jemu, saya kembali
merenungkan dada langit. Awan berarak seperti tadi juga.
Entah mengapa, badan saya terasa seram sejuk. Nonong yang tadi tenang nampak resah. Melaga-
lagakan gigi atas dengan gigi bawah berkali-kali hingga menimbulkan bunyi seperti orang
menarik kain kapan. Matanya mula merah dan nampak liar semacam.

"Nonong, tenang Nonong. Bacalah surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan AnAnas," datuk mengingatkan
Nonong.
Permintaan datuk segera dipatuhi oleh Nonong. Setelah dilaksanakan ternyata kegelisahan yang
dialami terus hilang. Gigi atas dan gigi bawah tidak dilagakan, mata yang merah kembali normal.

Saya yang secara diam-diam membaca surah yang disebutkan oleh datuk tadi, tidak lagi
mengalami rasa seram sejuk.
"Apa syarat yang dituntut?"

Datuk menggigit bibir bawah. Renung ke dinding dan ke arah tingkap seketika sebelum menatap
wajah Nonong dengan pandangan yang tajam tetapi, penuh simpati.

"Rani Cantik mesti mempertaruhkan anak perempuan sulungnya. Mesti dikahwinkan dengan
batu gunung yang ditemui di Kuala Sungai dengan kedudukan batu menghala ke arah matahari
jatuh. Cara kebetulan anak perempuan sulung "Rani Cantik" itu ialah kamu."

"Kenapa saya dijadikan taruhan dan korban?" Nonong jengilkan sepasang biji mata sambil
menggenggam penumbuk. Datuk terus memujuknya agar bersabar.

"Kenapa emak bertindak begitu kejam pada saya? Apa tujuan dia berbuat demikian?". Muncul
lagi pertanyaan dari Nonong. Wajahnya membayangkan rasa kesal yang tidak penghujungnya.
Datuk mula menyedari, dia kini dalam keadaan terdesak. Kalau lambat bertindak, mungkin
Nonong mengalami tekanan yang membawa kepada histeria, menjerit tidak tentu fasal, meracau
tak tentu arah.

"Nonong bertenanglah, kisahnya belum habis. Aku sekarang sedang berusaha membetulkan
kesilapan yang emak kamu lakukan. Kalau kamu tidak dapat mengawal perasaan, tidak sabar,
semua usaha yang dibuat menjadi sia-sia Nonong."
"Maafkan saya memanda."

"Dengan mengahwinkan kamu dengan batu gunung, daya pesona, seri wajah dan apa yang kamu
miliki akan berpindah ke wajah emak kamu. Emak kamu sentiasa kelihatan berseri-seri. Nampak
menarik di mata siapa saja."
"Rasa macam tak percaya, susah untuk diterima akal," Nonong berusaha sambil merenung
kosong ke arah pintu yang terdedah. "Tetapi itulah yang terjadi, Nonong," keluh datuk penuh
kehampaan. "Apa tindakan selanjutnya, memanda."
"Kita bersurai, malam nanti lepas sembahyang Isyak, kita baca Yassin. Kemudian kita sama-
sama masuk ke bilik rahsia emak kamu," datuk meluahkan agenda selanjutnya.

"Adik saya Harun macamana?".


"Dia ikut sama. Dia waris kuat kamu. Lagi pun dalam ilmu yang emak kamu amalkan, boleh
dihalang oleh anak bongsu lelaki dari berlanjutan pada waris kamu pada masa akan datang,"
sebuah penerangan yang penuh yakin dari datuk untuk Nonong.

BERTINDAK

SETELAH selesai membaca surah Yassin, datuk menyuruh Harun Fadillah memakai pakaian
serba putih. Nonong di minta jangan menukarkan telekung yang dipakai. Saya disuruh memakai
kain pelikat tanpa baju. Kepala diikat dengan kain merah.

Seperti biasa, bila mahu melakukan tugas-tugas khas, datuk akan mengenakan pakaian serba
hitam. Dan kerana mahu ikut serta dalam gerakan tersebut, saya disuruh berpakaian ganjil kerana
saya orang luar. Tidak ada sangkut paut dengan keturunan Nonong.

Tugas dimulakan oleh datuk menggunakan rotan untuk mengetuk pintu bilik rahsia. Lima kali
ketuk, mangga tembaga terbuka sendiri. Ketukan kali keenam daun pintu bilik terkuak sendiri.
Harun Fadillah meluru mahu masuk ke bilik rahsia.

"Jangan, nanti kamu terima padah," tahan datuk.


Semua biji mata tertumpu ke bilik rahsia. Kerana gelap tidak ada satu pun yang kelihatan. Bila
direnung lama-lama, terasa seram.

"Ada lilin."
"Ada memanda," jawab Harun Fadillah.
"Ambil enam batang," nyalakan dan bagi seorang dua. Bila sampai ke dalam letakkan rapat-rapat
di tempat yang agak tinggi. Arahan ini sekali saja tidak akan diulangi lagi, faham."
"Faham," balas Harun Fadillah.
Semua arahan dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Tugas selanjutnya banyak dilakukan oleh
datuk tanpa memberitahu kami terlebih dahulu. Sepanjang operasi berjalan, semuanya membisu.
Semuanya mengharapkan cahaya lilin. Saya tidak tahu kenapa lampu letrik tidak dinyalakan.
Memang membosankan berada dalam bilik yang kekurangan cahaya, pergerakan jadi terbatas.
Lebih dari sepuluh minit berada suasana yang serba tak kena.

"Onkan lampu," bisik datuk ke telinga Harun Fadillah. Bagaikan kilat


Harun Fadillah menekan "Swich" lampu. Dengan serta merta seluruh ruang bilik dilimpahi
cahaya terang benderang. Semuanya nampak cerah. Masing-masing menarik nafas lega.

"Nonong, Harun, kamu lihat apa yang terletak di bucu bilik."


Biji mata Nonong dan Harun Fadillah tertumpu ke arah yang dikatakan oleh datuk. Saya juga
tidak mahu ketinggalan lalu merenung ke bucu bilik yang keadaan tidak bersih. Nampak
berhabuk dan ada bungkusan yang dibalut dengan kain dua warna hitam-putih.

"Harun Fadillah, kamu waris kuat dalam keluarga, ambil bungkusan itu dan buka," sambil duduk
bersila, berpeluk tubuh di muka pintu datuk terus memberikan panduan dengan kelopak mata
separuh pejam. Harun Fadillah nampak cemas mahu mematuhi arahan. Renung ke arah kakaknya
seketika seolah-olah minta bantuan.

"Jangan lambat-lambatkan," datang lagi arahan dari datuk. Kali nada suaranya keras dan
meninggi.
Harun Fadillah tidak ada pilihan. Antara berani dan takut, bungkusan yang dibalut dengan dua
warna segera diambil dan dibuka. Sungguh mengejutkan, seketul batu gunung kehitaman berkilat
dibalut dengan segumpal rambut yang hitam berkilat dan seakan-akan memancarkan cahaya.

KECIL

SATU bungkusan kecil yang dibalut dengan kain kuning sebesar tiga jari orang dewasa turut
ditemui di antara gumpalan rambut itu.
"Buka bungkusan kecil itu," arah datuk.

Terketar-ketar Harun membukanya. Mata saya dan mata Nonong tidak bergerak melihat ke
arahnya. Dan bungkusan itu ditemui tujuh helai rambut yang halus. Warnanya agak kekuningan-
kuningan, tidak ubah macam rambut bayi yang baru lahir dalam kotak kecil, bersama daun
pandan kering tetapi, masih berbau.

"Semua barang-barang diletakkan dekat hujung kepala lutut kiri aku. Jangan diangkat. Tarik
perlahan-lahan," nada suara datuk agak lembut. Tetapi, perintahnya menyusahkan.

Menarik barang dalam kain bukanlah satu kerja mudah. Kenapa tidak disuruh bungkus semula
kemudian diletakkan di hujung lutut. Bukankah cara itu lebih mudah dan cepat. Begitu saya
membuat kesimpulan.
Walau apa pun arahan datuk itu tetap dipatuhi oleh Harun Fadillah. Bila semua barang-barang
sudah berada di lutut kiri, secara perlahan-lahan datuk membuka kelopak. Silih berganti dia
menatap wajah Harun Fadillah dan kakaknya (Nonong).
Tidak dinafikan dua bersaudara itu nampak pucat dan cemas semacam. Saya berdebar menanti
arahan-arahan yang bakal dituturkan oleh datuk. Rasanya, memang tidak ada untungnya saya
melibatkan diri dalam perkara ini. Tetapi, apakan daya sudah terlanjur. Susah senang terpaksa
juga dihadapi.

"Harun, Nonong."
Dua bersaudara itu segera angkat muka, merenung ke arah datuk dengan seribu pertanyaan.
Apakah arahan yang mesti dipatuhi. Apa yang dinanti, tidak menjadi kenyataan. Dua minit
semasa berlalu begitu saja. Datuk tidak berkata sepatah apapun. Asyik resah tidak menentu.
Macam ada perkara yang berputar dalam tengkorak kepalanya.

"Apa yang kamu lihat dihujung lutut ini, sebahagian daripada barang yang mesti disediakan oleh
emak kamu, sesuai dengan kemahuan dukun susuk," ungkap datuk.
Nonong dan Harun Fadillah anggukkan kepala.

"Aku tidak boleh menjelaskan perkara ini secara terperinci, kecuali kamu berdua mahu tahu.
Jadi, kamu boleh bertanya sebelum pukul dua belas tengah malam," sambung datuk.
"Apakah itu syarat dan pantang larangnya, memanda?"

"Nonong memberanikan diri cuba bertanya.


"Kalau dilanggar apa padahnya?," susul Harun Fadillah.
"Usaha aku untuk memulihkan kakak kamu tidak berjaya. Malah, anak bini kamu menanggung
susah."
Nonong terkejut dengan penjelasan itu. Wajah Harun Fadillah pucat. Datuk yang duduk bersila,
secara mengejut jatuh tersungkur ke depan, macam ada kuasa ghaib yang menolaknya dari
belakang. Secara tidak semena-mena udara dalam bilik menjadi panas, bagaikan berada di tepi
unggun api. Badan saya terus berpeluh. Rasanya seperti ada sepasang mata berwarna hijau
muncul di dinding bilik dari arah belakang.

Dalam keadaan yang serba gawat dan cemas itu, datuk berjaya duduk kembali seperti keadaan
asal. Serentak dengan itu suasana kembali tenang, rasa panas yang membara dan mata hijau yang
ganjil terus lesap.
"Kerana benda-benda inilah adik-adik kamu dilarang masuk ke dalam bilik khas ini," datuk
renung ke arah dua objek yang berada di hujung lututnya.

"Iya, saya ingat sekarang, kata-kata emak," Nonong bersuara penuh perasaan. Wajahnya nampak
cerah dan matanya bersinar penuh ghairah membayangkan sepenuhnya kepuasan yang tiada
taranya. Bagaikan orang haus mendapat air.
"Apa yang emak kamu katakan pada kamu Nonong."

"Bila emak, ajak saya masuk ke bilik khas. Saya minta kebenaran supaya Khatijah ikut sama.
Emak tak benarkan, dia selalu berkata: Anak sulung yang sudah susah dapat rezeki. Rupa-
rupanya ada perkara yang mahu dirahsiakannya," ucap Nonong.Harun Fadillah menarik nafas.
Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.

MENARIK
TIADA siapapun boleh menafikan bahawa apa yang dialami oleh Nonong menarik dan
menyeronokkan. Ada ketikanya menakutkan, semuanya itu menambahkan minat saya untuk
mengikutinya hingga akhir.
Mungkin, pada suatu masa kelak, cerita yang dikira tidak masuk akal itu, boleh dikisahkan pada
generasi akan datang.

Sama ada mereka mahu percaya atau tidak itu hak mereka. Setidaktidaknya mereka tahu bahawa
dunia ghaib tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan nenek moyang mereka.
Malah ada yang mendampingi makhluk ghaib untuk tujuan tertentu. Biasanya untuk kejahatan
yang akhirnya menjahanamkan diri manusia itu sendiri. Fikir saya dalam hati.

"Sekarang ceritakan rambut siapa yang membungkus batu gunung tu, memanda?" Nonong ingin
tahu. "Rambut emak kamu yang dicabut semasa bulan mengambang, dibalut pada batu sebagai
tanda ikatan perjanjian dengan dukun susuk."
"Yang lagi satu tu?" Soal Harun Fadillah.

"Rambut kakak kamu yang semasa berusia 55 hari, dipotong dengan bilah buluh tumpat semasa
matahari mahu naik. Ditaruh dalam seludang kelapa gading bersama dengan daun pandan
diselitkan celah gempalan rambut emak kamu," datuk berhenti bercakap.
"Tujuannya," desak Nonong.

"Macam aku katakan tadi, seri wajah kamu berpindah kepada emak kamu. Kecantikan zahir yang
kamu miliki, tidak ada daya penarik, membuat orang lelaki tidak minat. Dalam istilah ilmu hitam
disebut sebagai NIKAH SELUDANG"

Harun Fadillah dan kakaknya (Nonong) terkejut besar. Dan mereka mengakui kalau datuk tidak
membuktikan kebenaran ceritanya. Mereka tidak akan percaya perkara itu dilakukan oleh ibu
mereka.

"Sekarang terjawab sudah kenapa arwah ayah beria-ria benar menyuruh saya mencari memanda.
Rupanya semua yang terjadi ada dalam pengetahuan memanda," suara Harun Fadillah penuh
terharu.
"Dari dulu, aku sudah tahu arwah emak kamu banyak melakukan perkara-perkara yang kurang
baik. Aku suruh berhenti. Malangnya dia tidak mahu. Arwah ayah kamu juga gagal
memujuknya. Akibatnya, kamu yang tanggung derita," datuk tidak berhasil meneruskan kata-
kata. Dia tersendak.

Semasa datuk tersedak, saya rasa batang leher seperti disentuh jari manusia yang tidak dapat
dilihat terasa amat sejuk sekali. Nonong menjerit dan Harun Fadillah melompat macam ada
sesuatu yang mengusik mereka.
"Kenapa Nonong," tanya datuk.
"Saya rasa ada tangan menyentuh buah dada saya, memanda."
"Ada jari panjang meraba leher dan telinga saya sejuknya bukan main, macam tangan mayat."
"Hum... ," keluh datuk.
Kerana saya tidak ditanya, saya pun tidak menceritakan apa yang saya alami. Apa yang saya tahu
tidak jauh bezanya dengan apa yang dirasai oleh Harun Fadillah.

BERGERAK

TIBA-TIBA apa yang berada dalam bilik berterbangan. Tetapi, anehnya benda yang berada di
kepala lutut kiri datuk tidak bergerak walau sedikit pun. Keadaan itu membuat saya, Nonong dan
Harun Fadillah merasa cemas.
Memang cemas dan menakutkan, bila saya melihat tubuh Nonong dan Harun Fadillah bergerak
dalam keadaan duduk dari sudut ke sudut, tidak ubah macam berada di perahu yang dipukul
gelombang.

Nonong dan Harun Fadillah terkapai-kapai, mulut mereka terbuka dan cuba berkata sesuatu ke
arah saya dan datuk. Malangnya, suara dua beradik itu tidak keluar. Paling mengerikan, bila
tubuh mereka terangkat dan cuba bergerak ke arah pintu. Pada ketika itu, datuk segera bangun,
dari mulumya keluar beberapa ayat Quran penghalau syaitan.

"Aduh !"
Jerit Nonong dan Harun Fadillah serentak. Kedua-duanya jatuh terperosok di sudut dinding, di
mana bungkusan ganjil itu ditemui. Dengan susah payah mereka bangun, lalu duduk bersila di
tempat asal.
"Sebelum tengah malam, sebelum pukul dua belas, kita mesti selesaikan semuanya ini," datuk
melahirkan sebuah keazaman. Dari nada suara dan gaya dia bercakap, nampaknya datuk tidak
mahu bertolak ansur lagi. Segala-galanya mahu diselesaikan dengan segera.

"Api," kata datuk.


Dengan jari telunjuk, saya menunjukkan ke arah enam batang lilin Salah satu lilin itu masih lagi
terbakar. Lilin yang masih menyala itu datuk ambil.
Setelah mengemaskan silanya serta mempastikan kedudukan batu gunung yang dibalut dengan
rambut serta tujuh helai rambut dalam seludang pinang berada di hujung lutut kirinya, perlahan-
lahan datuk menghalakan di hujung lilin ke arah objek tersebut.

SBDJ (JILID 16) SIRI 213 TAK RELA MATI KATAK

SELURUH bilik dikuasai bau rambut dan seludang kelapa yang terbakar. Hangit dan
melemaskan lubang hidung.
Mata kami (saya, Nonong dan Harun) berair dan terasa pedih, terbatuk-batuk. Datuk tidak
mengalami sebarang gangguan. Tetap tenang, tidak memperlihatkan sebarang reaksi.

Api terus membakar rambut yang melilit batu gunung, begitu juga dengan seludang kelapa.
Perasaan saya benar-benar terganggu. Walupun begitu, ekor mata saya sempat menjeling ke arah
Nonong dan Harun. Mereka juga nampak resah semacam.
"Ah!!!...., kata saya terkejut.
Bagaimana saya tidak terkejut bila melihat batu gunung menjadi bara merah menyala. Seludang
kelapa terus menjadi abu. Berterbangan dalam bilik, macam ada sesuatu yang menghembusnya.
"Pelik," suara saya meninggi.

Datuk segera memberi isyarat jari menyuruh diam. Saya patuh dengan arahan itu tetapi, kalbu
tetap berperang dengan perasaan cemas dan takut. Betapa tidak, kepulan abu seludang yang
berterbangan terus berpusu-pusu ke satu sudut berkumpul di situ dalam bentuk memanjang
berukuran satu kaki. Dalam sekelip mata pula bertukar menjadi seperti puntung kayu yang
rentung. Hitam legam.

Puntung kayu yang rentung berpusing ligat di situ, macam gasing serta mengeluarkan bunyi yang
berdengung. Setelah berpusing lebih kurang lima, putung kayu itu bergerak ke arah pintu lalu
melanggar jenang pintu. Pecah bertaburan menjadi seperti percikan bunga api yang halus lalu
hilang.

Apa yang berlaku kami ikuti dengan penuh debar. Saya yakin, kalau berlaku sesuatu yang tidak
diingini terhadap kami bertiga, datuk tidak akan lepas tangan.
"Semuanya pelik dan menakutkan," ujar Harun kepada kakaknya dalam nada suara yang agak
perlahan, tetapi dapat di dengar oleh datuk. Seperti yang dilakukan kepada saya, datuk memberi
isyarat kepada Harun dan Nonong supaya jangan bercakap. Harun menarik nafas panjang.
Agaknya, kecewa dengan arahan datuk.

Dengan perlahan-lahan Harun mengisut ke arah Nonong. Mereka duduk berdekatan,


berpegangan tangan. Barangkali kalau terjadi sesuatu yang buruk mereka tidak mahu berpisah,
mahu mati bersama. Rela rentung, jadi abu bersama rumah peninggalan orang tua andainya
dimamah api.

Tetapi, bagaimana dengan diri ini, apakah harus mati bersama? Saya cuma menemani datuk bagi
mengatasi masalah yang ditanggung oleh Nonong. Tentulah tidak wajar saya menanggung
akibatnya, mati katak kerana orang lain. Kerana itu, saya mesti bersedia untuk menyelamatkan
diri bila keadaan terdesak.

Diri datuk tidak perlu digusarkan. Dia banyak pengalaman, kaya ilmu dunia akhirat. Tidak ada
masalah baginya untuk menghadapi apa juga kesulitan dalam situasi sekalipun.
Semuanya itu berkocak dalam kotak batin. Saya mula menjeling ke arah pintu bilik. Kalau perlu
saya harus merempuh apa saja untuk keluar dari suasana yang tidak menyenangkan itu.

"Harun," gegendang telinga saya didatangi suara Nonong. "Kenapa Kak?," Balas Harun
"Apakah kita akan jadi korban penunggu bilik,"
"Tidak kak."
"Paaaaaaaaapppppppppppp

Telapak tangan kiri datuk menampar lantai dengan sekuat hati. Punggung saya terangkat kerana
terkejut.
Wajah Nonong dan Harun pucat lesi, macam mayat. Semua biji mata tertumbuk ke arah datuk.
Dia memberi isyarat supaya jangan berkata-kata. Dan kami pun menundukkan kepala, tanda
bersedia mematuhi larangannya.

NEGATIF

DI TENGAH-TENGAH situasi yang tidak menentu itu, bermacam-macam yang timbul dalam
kepala. Semuanya negatif. "Ah," saya bersuara dalam hati.
"Tik tik tik " datuk menjentik lantai.

Saya faham, apa yang terdetik dalam hati sampai ke akal fikiran datuk. Lagi sekali saya
menundukkan kepala. Berjanji tidak akan memikirkan sesuatu yang buruk.

Saya yakin datuk menerima ikrar saya, buktinya dia tidak membukakan sepasang kelopak
matanya.
Rasa tidak selesa kian menjadi-jadi. Badan mula berpeluh dan ruang bilik terasa panas
membahang seperti mahu terbakar, panas dan pedih.

Setiap liang roma mengeluarkan peluh. Seluruh sendi terasa bergetah dan peluh pun
mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Saya menoleh ke arah Nonong dan Harun.
Mereka juga resah gelisah. Pakaian mereka basah kuyup, macam orang terjatuh dalam sungai.
Datuk macam tadi, tak bergerak dan bertindak. Duduk bersila cara pahlawan dengan kedua-dua
belah tangan memeluk tubuh.

"Sekarang dah jauh malam, apa lagi yang kamu nantikan. Keluarlah secara baik, sebelum kamu
aku binasakan," suara datuk menggeletar, macam menahan marah. Tidak tahu kepada siapa kata-
kata itu datuk tujukan.
Saya segera membuat andaian sendiri, kata-kata itu dihalakan kepada makhluk halus penghuni
bilik. Tidak ada tindak balas atau reaksi dari makhluk halus sama adasecara nyata atau ghaib.

Malam kian larut. Sekali-sekala terdengar suara burung hantu dan jampuk. Begitu juga dengan
salakan anjing di hujung kota mendayu-dayu bercampur aduk dengan bunyi deru kereta yang
sesekali lalu di jalan besar.
Kalau sudah sampai dinihari, di mana-mana pasti terasa dingin tetapi, keadaan menjadi
sebaliknya di bilik yang kami huni ini. Panasnya menjadi-jadi.

Bara batu gunung terus marak, bertambah besar sambil memercikkan bunga-bunga api yang
halus menyala ke arah datuk.
Anehnya, bebunga api itu berpatah balik ke arah bara api sebaik sahaja mendekati datuk dalam
jarak satu hasta. Saya lihat datuk tidak melakukan apa-apa supaya bebunga api itu berpatah balik
ke tempat asalnya.

Datuk tetap seperti tadi, duduk bersila memeluk tubuh. Perbezaan yang ketara dapat dikesan
pada bahagian mata. Tadi, kelopak matanya rapat kini terbuka sedikit. Memandang kuyu ke arah
kami bertiga. Dan suara lolongan anjing makin galak dan diikuti dengan suara burung hantu
bagaikan berpesta di atas bumbung sambil sayapnya memukul atap rumah. Semuanya ini
menambahkan rasa takut dan cemas di hati.
Dalam ketakutan itu muncul persoalan dalam hati, dari mana burung-burung hantu itu datang?
Ternyata soalan itu sukar dicari jawapannya.
"Ah.... ," datuk mengeluh.
Cepat-cepat saya arahkan sepasang mata kepadanya.

Kedudukannya sudah berubah. Dari duduk bersila kepada bertinggung. Kaki kirinya melepaskan
beberapa tendangan kencang ke arah dinding. Setelah melepaskan lebih daripada enam
tendangan kencang ke arah dinding, datuk kembali kepada posisi asal.

Sekali lagi kami mengalami kejutan. Bara batu gunung yang marak dan merah menyala terus
padam. Seluruh bilik gelap gelita. Dari arah kanan (arah pintu masuk) muncul cahaya pelita
minyak tanah. bergerak di awang-awangan, berlegar-legar di atas kepala kami bertiga. Badan
yang panas serta merta terasa sejuk. Pelita bergerak pula mengelilingi tubuh datuk. Badan kami
kembali panas.

SAMAR

DALAM cahaya yang samar-samar itu, saya melihat tangan kanan datuk bergerak dengan pantas
untuk menangkap lampu minyak tanah yang terbuai-buai mengelilinginya. Usaha datuk gagal.

Lampu minyak tanah bergerak arah kiri dan naik ke arah siling bilik, tergantung di situ untuk
beberapa saat sebelum berada dipermukaan lantai.

Semasa lampu minyak tanah berada di lantai, datuk segera melompat dan menerkam ke arah
lampu tersebut. Pergelutan pun berlaku antara datuk dengan makhluk (tidak kelihatan) yang
menguasai pelita minyak tanah. Datuk mahu merebutnya untuk dimusnahkan sedangkan
makhluk yang tidak dapat dilihat, mahu mempertahankannya.

Pergelutan berlaku dalan cahaya pelita minyak tanah yang samar- samar itu, tidak dapat diikuti
dengan jelas. Tetapi, setiap kali datuk melepaskan buah silat yang jitu dan tepat mengenai
sasarannya terdengar suara orang mengeluh menahan rasa sakit.

Berdasarkan pada suara tersebut, saya kira usia makhluk yang mempertahankan lampu minyak
tanah itu, tidak jauh berbeza dengan usia datuk. Dua kali datuk tercampak ke dinding akibat kena
penendang dari makhluk yang tidak dapat dilihat. Perlawanan bertambah sengit dan gamat.
Datuk sering sahaja jatuh dan bangun.

Melompat ke kiri, melompat ke kanan. Ada ketikanya lompatan tadi hampir mencecah siling
rumah.
Tanpa tidak disangka-sangka dua kali saya kena libasan kain cindai makhluk ghaib di bahagian
muka. Perit dan pedihnya rasa tak tertanggung. Pipi yang kena terasa terus membengkak.
"Melayang," itu yang keluar dari kelopak bibir.

Bagaimana tidak bersuara, saya terkejut melihat kejadian yang tidak disangka-sangka terjadi di
hadapan mata.
"Dummmmmmmmmmmm.
Pelita minyak tanah meletup betul-betul di atas bara batu gunung yang padam. Bilik terasa
bergegar. Dua keping papan dinding berlubang. Kami bertiga terangkat dari permukaan lantai
lalu tercampak ke arah tiang. Bertindih-tindih di situ. Harun menghempap tubuh saya. Tubuhnya
pula dihempap oleh Nonong.

Kami bertiga bagaikan berada di sebuah dunia asing yang sunyi sepi. Otak kami terasa kosong
kami melihat api melihat api menjilat dinding dan lantai rumah. Mulut bagaikan terkunci untuk
menjerit atau memekik.

Datuk yang tadi nampak gagah dan hebat melepaskan tendangan dan tumbukan ke arah musuh
mula lemah. Secara perlahan-lahan dia rebah di lantai, terbujur di situ menggeletik macam ikan
keli kena ketuk. Dan selanjutnya, secara bertahap-tahap badan datuk mengerekut seakan-akan
angka lima.

Api dilantai segera menjalar ke arahnya lalu mengelilingi sekujur


tubuh datuk dalam jarak satu kaki. Saya tidak terdaya menolongnya. Sepasang kaki serta tangan
tidak boleh digerakkan melekat pada tiang. Mujurlah, biji mata boleh digerakkan untuk melihat
ke seluruh bilik. Nonong dan Harun juga macam saya.

"Syukur," kata hati.


Perlahan-lahan datuk meluruskan tubuhnya yang mengerikut, tidak ubah macam ular sawa
membuka lingkaran. Sepasang kaki dan tangan mula diluruskan. Kepalanya juga boleh
digerakkan untuk merenung keadaan sekitar.
Dan api yang mengelilingi datuk beransur kurang, tidak semarak tadi. Sebahagian darinya sudah
pun padam, terutama dibahagian yang berdekatan dengan hujung kaki. Apa yang kelihatan di
situ ialah kepulan nipis.

Dari lubang dinding yang terpelehong saya melihat keluar.


Semuanya nampak gelap gelita. Suara jampuk dan kelawar masih kedengaran. Salakan anjing
boleh dikatakan hilang terus. Tetapi, suara katak dan cengkerik masih bergemam bagaikan nada
dan irama.
Ada ketikanya, seperti suara orang menangis, kadangkala terdengar suara orang mengilai dan
bunyi orang makan daging. Semuanya ini membuat saya bertambah cemas.

MAYA

NONONG dan Harun sudah tidak bermaya. Lembik semacam, mata mereka nampak kuyu
dengan sepasang bibir terjuih ke bawah. Keadaan mereka macam orang kena pukau angin.
Berdasarkan apa yang mereka alami, saya yakin kedua-duanya tidak sedar atau dapat melihat apa
yang berlaku dalam bilik. Kerana kepala masih boleh digerakkan ke kiri dan ke kanan lalu saya
manfaatkan dengan sebaik mungkin.
Perkara yang saya utamakan ialah menumpukan perhatian ke arah datuk.
"Syukur pada Allah."
Itulah yang terdetik dalam kalbu saya, bila melihat datuk boleh bangun. Duduk bersila, bertindih
paha seperti keadaan sebelum kejadian. Api yang marak terus padam. Seluruh bilik dikuasai asap
nipis. Lubang hidung mula disumbat dengan bau kemenyan.

Peliknya, asap yang banyak itu tidak pula memedihkan mata saya. Mungkin juga mata Nonong
dan Harun Fadillah. Dalam gerak asap nipis yang lembut itu ada kelibat lembaga yang tinggi
junjung hampir memecah siling bilik.
Bau kemenyan yang kurang menyenangkan itu bertukar menjadi bau yang amat wangi. Imbasan
yang tinggi melunjung, sedikit demi sedikit menjadi rendah dan berhenti dalam ukuran tinggi
seperti manusia normal (ukuran tinggi orang Malaysia). Kalau tadi dapat dilihat dalam bentuk
imbasan, kini beransur jelas bentuk dan rupanya.

Sepasang anak mata diarahkan kepada sesusuk tubuh yang berdiri


di hadapan, merenung tajam ke muka datuk yang masih berusaha mengumpulkan tenaga.
Secara automatik saya teringatkan sesuatu. Rasa-rasanya pernah bertemu dan melihat wajah dan
tubuh manusia tersebut. Semasa berhempas pulas memutarkan jarum ingatan pada waktu yang
berlalu.

Orang yang dijadikan fokus hilang dengan serta-merta, kemudian timbul semula dan hilang
kembali.
Begitulah silih berganti, hilang timbul, hilang timbul. Membuat kepala terasa pening, pandangan
jadi berpinar.

Tekak terasa loya, pertukaran gerakan lembaga tersebut terlalu cepat serta mengeluarkan cahaya
dalam bermacam-macam warna. Secara tidak sengaja air liur meleleh dan berbuih di pinggir
mulut. Ada sesuatu yang menekan halkum saya.
Apakah perkara yang saya alami ini, turut dirasai oleh Nonong dan Harun? Menjelma pertanyaan
dalam hati. Datuk masih lagi meneruskan usahanya memulihkan tenaga yang banyak terbuang
akibat pertarungan tidak diingini. Datuk menggeliat dan melakukan senaman harimau bangkit
dari tidur.
"Uuuuhh huk."

Nonong terbatuk dan saya cuba menoleh ke arahnya. Tetapi, tidak berhasil, leher tidak boleh
digegarkan. Dalam masa yang sama terdengar suara Harun merintih, menahan rasa sakit. Saya
tidak dapat berbuat apa-apa melainkan berdoa pada Allah, semoga tidak akan berlaku perkara
yang tidak diingini pada mereka berdua.

kerana tidak boleh menoleh ke kiri dan ke kanan, perhatian kembali kepada datuk dan lembaga
aneh. Rasa silau dan pedih di mata terpaksa ditanggung, Kepala semakin pening, denyutnya mula
terasa.

"Weeeeekkkkkkkkkkk....

Isi perut bagaikan mahu keluar. Tidak terdaya menahan rasa muntah dan terpaksa diluahkan.
Malangnya, muntah yang diluahkan tidak keluar kecuali angin dan bau yang tidak
menyenangkan. Lebih dari lima kali saya mengalami perkara yang sungguh membosankan,
sungguh menyeksakan membuat seluruh tubuh tidak berdaya.

MUNTAH

BILA keadaan sudah aman, perut tidak bergelora, rasa mahu muntah sudah hilang begitu juga
dengan rasa loya di tekak. Barulah waktu yang berlalu dapat di sorot. Masih tergambar dan
penuh yakin saya memang pernah bertemu
dengan lembaga manusia yang berdiri memandang datuk itu. Cuma yang berbeza dari segi
berpakaian.

Dulu memakai baju melayu teluk belanga yang koyak di bahagian bawah, bersongkok putih,
berkain pelikat. Di bahu kanannya tersangkut kain hitam serta berwajah garang. Keadaannya,
sudah banyak berubah.
Wajah yang garang bertukar lembut, tidak bermaya. Putih macam kapas. Misai tebal yang hitam
bertukar kemerah-merahan. Sebahagian dari wajahnya di balut dengan kain hijau (macam
serban). Rambutnya yang kemerah-merahan, panjang separas leher jelas kelihatan.

"Sudah sah, orang inilah yang saya temui bersama datuk, sewaktu pulang solat jemaah subuh
dari Masjid Raya," jerit saya sekuat hati tanda kegembiraan. Malangnya, jeritan tidak di dengari
oleh sesiapa pun. Tidak keluar dari tekak.

Saya amat kecewa sekali. Perlahan-lahan, lelaki tua berwajah seputih kapas alihkan perhatian
kepada saya sambil
melemparkan senyum sinis. Seolah-olah tahu apa yang saya lakukan. Datuk yang sudah berjaya
mengumpulkan tenaga terus bangun dan berdiri, bertentang wajah dengan orang tua berwajah
seputih kapas.

Perlahan-lahan datuk menjarakkan kedudukan kaki kiri dengan kaki kanan supaya ada ruang
yang lebarnya kira-kira satu kaki lebih di celah kangkangnya. Kemudian memperkemaskan
kekuda kakinya dengan membengkok sedikit bahagian lutut.

Semuanya dilakukan dengan tujuan untuk berjaga-jaga. Mana tahu, kalau secara tiba-tiba orang
di hadapannya melakukan serangan kilat.
SBDJ (JILID 16) SIRI 214 DENDAM DUKUN BANTEN
"KITA bertemu juga."
Suara orang itu bergema untuk kali yang kedua. Tidak ada tindak balas dari datuk.
"Kamu mahu merebut milik Dang Intan Mahani atau Ani Cantik," datang lagi suara dari orang
berwajah putih kapas. Perlahan-lahan kain hijau yang membalut sebahagian daripada wajahnya
dijatuhkan ke lantai. Semuanya dihadapi oleh datuk dengan tenang dan tabah.

Orang berwajah putih kapas, cuba melangkah mendekati datuk. Dua tapak datuk undur ke
belakang. Orang itu maju lagi, datuk mengelak. Kali ini empat tapak ke belakang.
Dengan hati-hati datuk angkat tangan kiri separas bahu, kemudian memusingkan tubuhnya
dengan pantas sebanyak tiga kali berturut-turut hingga tercipta sempadan pemisah yang ditandai
dengan garisan hitam di lantai.

Sebelum tangan kiri kembali kepada kedudukan asal (lurus ke bawah) tangan kanan diangkat
lalu didakapkan ke dada dengan tiga jari menekan tulang selangka. Tiga kali nafas ditarik dan
dilepaskan barulah tangan kiri dibawa ke dada menindih tangan kanan yang tersedia di dada.

"Pulangkan segala-galanya kepada yang berhak," datuk bersuara.


"Maksud kamu?" Tanya orang berwajah kapas.
"Ani Cantik mengambil hak anaknya untuk kepentingan dirinya."

"Humm " terdengar keluhan.


Suasana berikutnya, menjadi sepi. Orang berwajah putih kapas masih berdiri di tempat. Datuk
tetap berada dalam lingkaran garisan. Saya Nonong dan Harun tetap macam tadi, masih bertindih
dan berhimpit dekat tiang.
"Kita jalinkan persahabatan."

Orang berwajah putih kapas, maju setapak sambil menghulurkan telapak tangan untuk bersalam.
Malangnya, tangan yang dihulurkan tidak dapat melepasi garisan di lantai.
"Ertinya, kita tidak boleh bersahabat," orang berwajah putih kapas bersuara penuh kesal.
Terbayang kekecewaan yang amat sangat di wajahnya.

"Begitulah kira-kiranya," balas datuk.


Orang berwajah putih tunduk merenung lantai.
"Pulangkan hak anak Ani Cantik," rayu datuk.
"Iya, apa yang kamu lihat dan temui dalam bilik ini, setelah aku pergi. Itulah haknya dan
selanjutnya terpulanglah kepada kamu mengendalikannya," suara itu bergema dan bergaung
dalam bilik.
"Aku faham," kata datuk lantang.

Tanpa banyak cakap orang berwajah seputih kapas itu, perlahan-lahan memusingkan tubuhnya.
Setiap liku dan sudut bilik ada dalam anak matanya. Saya jadi cemas semacam, lambat laun
renungannya akan tertacap ke wajah saya.
"Sial," kutuk saya dalam hati.
Bagaikan ada kuasa ghaib memusingkan tubuh dan wajah orang seputih kapas ke arah saya.
Renungannya cukup tajam, penuh benci dan dendam. Berkali-kali giginya dilagakan,
bergemeretap bunyinya.
"Hummmm " dengusnya.

Dan renungannya segera berubah kepada Nonong. Kemarahan dan geram yang terpamer segera
digantikan dengan rasa simpati dan renungan yang penuh kesayuan.
Dia menundukkan muka, merenung lantai untuk waktu yang agak lama. Kedua-dua belah
bahunya bergegar lalu diikuti dengan suara tangisan berserta sedu yang memanjang. Tanpa di
duga dia menghentakkan kaki kirinya ke lantai sambil meluahkan kata-kata yang kurang jelas
maksudnya.

Dalam sekelip mata batang tubuhnya menghilang, tempat manusia aneh itu berdiri kelihatan
kepulan asap yang naik memanjang menuju siling bilik.

GHAIB

SEBELUM kepulan asap itu ghaib, berlaku lagi sekali ledakan yang amat kuat bersama pancaran
kilat. Di luar deru ribut yang amat hebat. Rumah teras bergegar, lantai bergerak dan kami
terumbang-ambing.
Datuk yang tadi berada tidak jauh dari kami bertiga, kini terpisah jauh nampak samar-samar.
Saya cuba bersuara memanggil namanya. Seperti tadi suara saya tidak keluar tersekat di
kerongkong.

Dalam keadaan yang tidak menentu, semua yang dibuat serba tidak kena. Kotak fikiran seperti
kosong melopong. Tidak tahu dengan suasana yang dihadapi, sama ada waktu siang atau malam.
Malah di mana berada pun tidak tahu.
"Huusss " saya menghembuskan nafas.
Dan hati saya bagaikan memberitahu, bahawa kami berada di satu dunia yang terasing.
Aneh, gegendang telinga terus diasak dengan bunyi deru air dari gunung. Badan bagaikan
dilambung ombak ke sana ke mari. Tiba-tiba, adan dipukul oleh gelombang besar setinggi pokok
kelapa dara. Sekujur tubuh diarak ombak lalu dihempaskan kepada objek yang keras.

Kulit dan tulang-temulang bagaikan bercerai berai. Sakitnya bukan kepalang dan selanjutnya
tidak tahu apa yang terjadi. Segala-galanya menjadi fana.

KELOPAK

TIDAK tahu, berapa lama masa sudah berlalu. Dan kelopak mata secara perlahan-lahan
digerakkan berkali-kali. Terasa pedih dan perit. Bahu sebelah kanan disentuh sesuatu secara
lembut. Kemudian digoyangkan dan ditumbuk bertalu-talu.
"Tamar."
Kelopak mata masih gagal di buka. Bulu mata bawah dengan bulu mata atas masih bertaut erat.
Deru air dari gunung beransur kurang, tidak sekuat tadi dan usaha membuka kelopak mata tetap
diteruskan.
"Tamar."
Saya yakin, itu suara datuk. Kepala saya gerakkan perlahan-lahan, sebagai tanda yang saya boleh
mendengar tetapi, tidak dapat bersuara. "Kamu tak boleh buka mata, Tamar."
Macam tadi juga, saya tetap anggukkan kepala. Tidak lama berselang, terasa ada jari-jemari
lembut mengurut-urut kelopak mata dengan mesra. "Buka kelopak mata kamu, Tamar!"

Arahan itu segera saya patuhi. Kelopak mata boleh dibuka dengan mudah. Wajah datuk
terdampar dalam anak mata. Senyum yang menari di kelopak bibirnya bagaikan menghantar
sebuah kemesraan yang berbalut sayang dari seorang datuk kepada seorang cucu yang baru
berada di alam nyata.

Renungan segera beredar dari wajah datuk ke wajah Nonong dan Harun. Mereka nampak
tergamam. Tetapi, apa yang pasti mereka lebih awal sedar dari saya. Malah sudahpun bangun,
bersiap-siap untuk keluar dari bilik.
"Memang aku tidak menduga berdepan dengan hal-hal yang pelik begini. Tak apalah, setidak-
tidaknya kamu bertiga dapat pengalaman baru," tutur datuk seperti berbisik.

"Iya, memanda, menakutkan dan tidak masuk di akal," Nonong menyampuk.


"Biarkan perkara tu berlalu, kamu berdua bersiap sedia untuk ke masjid, bolehlah kita sama-
sama orang lain berjemaah," balas datuk. Saya masih dalam keadaan terpinga-pinga.
"Dah selesai?" saya bersuara.

Datuk ketawa kecil sambil menggeleng-gelengkan kepala.


"Kamu masih mamai lagi Tamar. Aku harap perkara ganjil yang menakutkan ini, Insya Allah
tidak berulang lagi," nada suara datuk agak lemah.

Walaupun Nonong dan Harun mendengar sindiran dari datuk untuk saya. Tetapi, mereka tidak
memberikan sebarang komentar. Malah, wajah mereka nampak bersahaja. Memang tidak diduga
sama sekali, Nonong dan Harun yang sudah bersiap-siap mahu meninggalkan bilik,
membatalkan hasrat. Mereka kembali duduk bersila tidak jauh dari saya.
Rasa cemas, bimbang dan takut yang menguasai diri dapat saya kawal hingga keadaan normal.
Dan saya memberanikan diri menanggungkan kepala, setiap sudut bilik saya sorot secara
terperinci. Ternyata tidak ada satu pun kesan aneh yang dapat dilihat. Tidak ada dinding yang
berlubang, tidak ada barang yang berserakkan.
"Pelik."
"Apa yang pelik Tamar," sambut datuk.

"Mana dia seludang kepala, batu gunung, tempat bakar kemenyan dan rambut. Ke mana barang-
barang itu menghilang," saya minta sebuah kepastian dari datuk.

BESAR

NONONG dan Harun terkejut besar mendengar pertanyaan yang saya kemukakan pada datuk,
mereka seperti tersentak dari lamuan yang panjang.
"Betul, cakap Tamar tu memang betul," Harun memberi sokongan.
"Apa yang betul tu Harun, tiba-tiba main sokong saja. Cakap pada aku apa yang betul tu?"
Sepasang bola mata datuk tertumpu ke arah batang hidung Harun yang nampak sedikit resah.
Bagaimana dia tidak resah, renungan datuk itu tidak ubah macam kucing mahu menerkam tikus.
"Barang-barang yang Tamar sebutkan memang tidak ada di sini, mana dia barang-barang tu
memanda," Harun memberanikan diri memberikan jawapan.

"Mata kau buta," sergah datuk.


Kami terkejutkan dan bersedia lari bertempiaran keluar dari bilik andainya, datuk naik angin.
Agaknya, pertanyaan saya dan Harun dianggap datuk sebagai mencabar kewibawaanya.
"Jegilkan biji mata kamu semua, renung sebelah kiri pintu."

Semua biji mata tertumpu ke arah yang datuk katakan. Di situ ada bungkusan berbalut kain
hitam, sebesar putik kelapa.
"Tapi

"Aku tahu apa yang kamu fikirkan? kamu fikirkan seludang kelapa, batu gunung, rambut dan
tempat kemenyan. Bukan begitu Harun?" "Iya, memanda," suara Harun terketar-ketar.
"Semua barang-barang tu sudah di satukan dan dibungkus. Apa lagi yang kamu semua mahu
tahu?"

Kami terdiam, anak mata kami kembali menyorot ke arah bungkusan yang berbalut dengan kain
hitam.
Suasana dalam bilik kembali bungkam. Empat insan melayani fikiran masing-masing.

"Tapi memanda, kami mengalami bermacam-macam hal dan perkara pelik-pelik," Nonong
dengan nada suara penuh keyakinan memecahkan uasana bungkam. Datuk tidak memperlihatkan
reaksi yang tidak menyenangkan. Mungkin rasa marah sudah hilang dari kalbunya.

"Humm.. " datuk menarik dan melepaskan nafas.


Saya dan Harun bertukar pandangan. Tentunya dengan perasaan yang berdebar.
Datuk menggigit bibir sambil mengkerutkan kening. Dia seperti keberatan untuk menjawab
pertanyaan yang diajukan oleh Nonong.

"Kenapa perkara tu terjadi memanda," ulang Nonong, kali ini nada suara Nonong terasa
mengandungi rasa bimbang. Lagi sekali datuk menarik nafas panjang. Keresahan di wajah segera
bertukar menjadi rasa simpati terhadap Nonong.

Dan buat kesekian kalinya, datuk merenung lantai. Tindak-tanduk itu mengundang seribu amalan
dalam diri. Apalah susah sangat datuk mahu menjelaskannya? Masih adakah lagi bencana atau
olah dari makhluk ganjil untuk mengugat keluarga Nonong? Kalau perkara sebenar tidak
jelaskan, macam-macam perkara negatif muncul dalam kepala. Sesungguhnya, bila berdepan
dengan suasana begini, saya jadi kebal dan marahkan datuk.
"Begini."

ANGIN
DATUK yang tadi berdiri di tengah-tengah ruang bilik, segera mencari tempat sesuai untuknya
melabuhkan punggung. Tempat yang jadi pilihan, tidak jauh dari sisi Harun. Mungkin untuk
memberikan kekuatan dan keyakinan, bahu kiri Harun ditepuk oleh datuk berkali-kali. Nonong
hanya menjeling saja.

Di luar, angin subuh yang bertiup lembut terus merempuh dedaun pokok di halaman dan di kiri
kanan rumah, melahirkan bunyi yang tidak menentu, sekejap meninggi, sekejap merendah.

Bunyi ekor cicak memukul dinding jelas kedengaran yang diselang seli dengan suaranya yang
memanjang dan nyaring. Dari air muka Nonong dan Harun dapat saya baca keresahan yang
bergolak dalam batin mereka.
"Masa untuk bercerita terhad," renungannya lembut dari datuk terdampar ke wajah Nonong.
"Huss ," Harun mendengus, membayangkan rasa putus asa.

"Masa untuk bercerita terhad," ulang datuk waktu subuh dah dekat benar," sambungnya
bersahaja sambil menggerakkan lehernya ke kiri dan ke kanan. Perasaan saya tetap berdebar.
"Masih mahu beralih," runggut saya dalam hati.
Mulut Harun terlopong.

TERBAKAR

DIA juga seperti saya dan Nonong, masih menanti dengan seribu pertanyaan. Apakah yang bakal
diluahkan oleh datuk.
"Sebenarnya, semasa batu gunung itu terbakar, kamu bertiga berpisah dari kawalan aku secara
batin. Kamu berada dalam kawalan iblis yang menguasai batu gunung, kamu bertiga berada di
antara sedar dengan tidak. Antara alam nyata dengan ghaib. Pendek kata kamu bertiga seperti
terkhayal," tentu saja kata-kata datuk itu mengejutkan kami.

"Memanda tidak dikuasainya?" Nonong ajukan pertanyaan.


"Aku sentiasa berada di alam nyata, jawab datuk.
Nonong dan Harun segera meraba-raba cuping telinga, begitu juga dengan saya. Tidak memadai
dengan itu, kami mematahkan ibu jari kaki kiri hingga terasa sakit. Secara serentak kami
menumbuk lantai hingga tulang di buku lima terasa pedih. Perbuatan kami disorot oleh datuk
dengan ekor mata.

"Sekarang kami bertiga berada di alam nyata," datuk senyum sinis tetapi, temyata Harun masih
kurang yakin.
"Buktinya memanda?"
"Kamu berdiri sebelah kiri."

Harun melakukan apa yang datuk suruh. Semasa dia mahu mengimbangi tubuhnya, dia terlayah
lalu jatuh ke arah saya, belum pun sempat tubuhnya jatuh atas badan, saya mengelak. Harun
jatuh atas lantai lalu menjerit kesakitan.
"Itu buktinya," sambut datuk.

Saya dan Nonong ketawa, akibatnya kami menerima teguran dari datuk.
"Sekarang bagaimana Harun, kamu yakin dengan apa yang aku cakapkan."
"Saya yakin memanda," Harun kembali duduk seperti posisi asal.

"Amalan ilmu hitam yang dimiliki dukun tempat arwah emak kamu minta tangkai susuk tu,
memang dukun yang hebat " datuk tidak meneruskan kata-kata. Nonong kerutkan dahi, macam
ada sesuatu yang difikirkannya.
"Macamana memanda kata dia hebat?"
"Lain kali saja kita ceritakan tentang kehebatannya, walaupun sebanyak sedikit kebolehannya
sudah dapat kamu bertiga rasakan."

Nonong anggukkan kepala, aku dengan penjelasan datuk. Muka Harun saya jeling. Dia masih
resah semacam, masih bimbang dan takut-takut.

KULIT

DINGIN subuh kian terasa menggigit kulit tubuh dan untuk menghangatkan badan terpaksa
berpeluk tubuh. Bunyi deru angin kian kerap mengusik gegendang telinga.
Sesekali terdengar bunyi tagar sayup-sayup memanjang. Selalunya, suasana seperti itu
menandakan hari mahu hujan. Kata orang tua-tua, hujan subuh membawa rahmat tetapi, bagi
pengamal ilmu hitam hujan subuh mengundang kecelakaan.
"Eh Tamar, Harun, kita tak boleh berlengah-lengah lagi," datuk segera bangun, mundar-mandir
di depan kami sambil jari kelingking kirinya menggaru-garu hujung dagu.

"Pergi bersihkan tubuh," sambungnya dengan tekanan suara separuh


keras.
"Tapi...."
"Apa lagi yang mahu kamu tanyakan Nonong?"

"Barang-barang dalam bungkusan dekat pintu tu, mahu dibiarkan saja di situ memanda."
"Terima kasih atas ingatan tu, kalau kamu tidak mengingatkannya, memang aku dah lupa,
Nonong," Datuk pun merenung ke arah bungkusan yang tersadai di bucu pantai.

Saya dan Harun berpandangan, dalam hati muncul doa: Semoga saya dan Harun tidak akan
diberikan tugas untuk menyelesaikan masalah bungkusan yang saya anggap berpuaka.
Memadailah dengan apa yang telah dilalui, cukup terseksa rasanya.
"Begini Nonong."

Apa yang bergolak dalam kotak fikiran segera tumpas. Sepasang anak mata ditujukan kembali ke
muka datuk.
"Lepas balik dari masjid kita selesaikan. Kamu tak usah takut-takut, buat kerja macam biasa
Nonong," suara datuk bersahaja. Nonong menggigit bibir, keresahan tetap terpamer di mukanya.
"Baiklah memanda."

Nonong bangun dan bersedia untuk melangkah keluar dari bilik.


"Nanti dulu Nonong," tahan datuk. Langkah Nonong terhenti. Perlahan-lahan dia menoleh ke
arah datuk yang menjentik papan lantai dengan ibu jarinya berkali-kali.
"Masa ketiadaan kami, kamu jangan masuk atau melintas di depan bilik ni,"
"Kenapa memanda?" Nonong ingin tahu.
"Jangan banyak tanya, ikut saja cakap aku."
"Baiklah memanda, maafkan saya."
"Hummmm.." balas datuk.

SBDJ (JILID 16) SIRI 215 LEMBAGA HITAM TANPA KAKI


SETELAH Nonong melangkah keluar dari bilik rahsia, datuk pun mengeluarkan sehelai kain
kuning sebesar sapu tangan (saya menduga, kain itu memang sudah disediakan oleh datuk sejak
awal lagi) dan bungkusan di tepi pintu pun ditutup dengan kain tersebut. Datuk segera
mengarahkan saya dan Harun keluar dari bilik misteri.
"Mandi," katanya.
"Sejuk memanda," jawab Harun.

"Kamu mahu ke rumah Allah, mahu bersolat, mahu mengadap muka PadaNya. Bukan saja hati
mesti bersih, mesti jujur. Tubuh badan mesti bersih, pakaian juga mesti bersih. Kalau badan tidak
bersih, pakaian juga tidak bersih, ertinya tidak cukup sempurnalah diri kita pergi ke masjid untuk
bersembahyang," cukup tenang datuk melunturkan katakata kepada kami.

Saya dan Harun segera mahu bangun untuk meninggalkan bilik misteri.
"Nanti dulu," tahan datuk.
Serentak saya dan Harun berpandangan, mencari-cari jawapan kenapa kami ditahan.
"Pelik benar anak muda sekarang, kalau turun ke bandar merambu atau ke panggung wayang, ke
tempat pesta, mengenakan pakaian yang cantik-cantik, kemas, biar nampak kacak dan cantik.
Kenapa perkara semacam itu tidak dilakukan bila ke masjid," datuk mula berceloteh.

Sesungguhnya perkara seperti ini memang tidak saya senangi.


Sebelum celoteh menjadi lebih panjang, secara hormat kami mohon lalu segera angkat kaki.
Sebaik sahaja melepasi ruang tengah menuju ke bilik air, saya toleh ke arah datuk yang sedang
merapatkan daun pintu dan menguncinya.

Dalam jangkaannya, datuk akan bersama-sama kami ke Masjid Raya. Jangkaan itu tersasar,
datuk pergi dulu sendirian. Entah mengapa datuk tidak mahu bersama. Barangkali, dia ada
matlamat atau maksud tertentu. Boleh jadi juga, dia mahu menguji keberanian saya dan Harun.

Mungkin dia mempunyai muslihat dan strategi tertentu. Jarang datuk berbuat demikian atau
meninggalkan saya. Memang wajarlah tindak-tanduknya menimbulkan bermacam-macam
andaian dalam kepala saya.

BESAR
KAMI tiada pilihan, terpaksa meredah kedinginan dan kabus subuh dengan rasa takut-takut
berani. Entah mengapa, sambil melangkah saya teringatkan kemunculan lembaga manusia dalam
kabus menghalang perjalanan saya dan datuk. Memang saya mengharapkan perkara demikian
tidak akan berulang lagi. Kami terus melangkah.

"Tamar."
Langkah terhenti, bahu kiri dipaut Harun dari arah belakang.
"Kenapa Harun?"
"Aku rasa seram semacam."
`Ah! tak ada apa-apa, kalau ada pun kita tentang," tutur saya dengan
nada suara yang meninggi. Mendengar kata-kata itu, Harun mengeluh dan terus melangkah. Saya
membaca beberapa surah dari Al-Quraan untuk menghilangkan rasa cemas yang muncul
mendadak dalam diri. Langkah terus dipercepatkan.
"Allah hu akbar."

Itu yang terkeluar dari kelopak bibir. Di depan saya berdiri lembaga hitam. Harun terkejut besar,
mulutnya terlopong. Sepasang matanya terbeliak. Kedua-dua belah tangannya memeluk tubuh
saya. Siapa pun mengeletar, bila berdepan dengan makhluk asing berkulit hitam.

Tubuhnya besar, kira-kira lima pemeluk pokok Sena dan tingginya melepasi pokok kelapa dara.
Rambut kuningnya melepasi punggung manakala di bahagian dada penuh dengan bulu tebal.
Bulu tebal yang menguasai bahagian dada hingga ke paras lutut berwarna kehitam-hitaman
bercampur dengan warna putih kemerah-merahan.

Di bahagian kemaluan, warnanya lain pula, macam warna perak, keras macam berus dawai
pengosok periuk, berlapis-lapis tebal macam cawat menyebabkan sukar bagi saya menentukan
jenis kelamin makhluk asing itu, sama ada lelaki atau perempuan.

"Tak ada kaki."


Dalam rasa takut dan cemas itu, Harun masih sempat berbisik kepada saya. Apa yang
dikatakannya memang benar. Anggota makhluk asing hanya boleh dilihat dari paras bahu hingga
ke bahagian lutut. Kepala dan bahagian kaki tidak kelihatan.

Makhluk itu bagaikan berdiri atas kabus. Berpusing perlahan-lahan seolah-olah melihat keadaan
sekitar. Beberapa minit kemudian lembaga tanpa kepala dan kaki itu hilang dari pandangan
kami.
"Bagaimana Tamar?"
"Persetankan, dia sekadar menguji kita."
"Tapi..."

"Tak ada tapinya lagi, jangan banyak cakap, jalan terus, subuh dah hampir benar ni," kata saya
sambil menarik tangan Harun. Langkah yang terhenti di susun semula. Kali ini kami melangkah
dengan cepat sekali tanpa mahu menoleh ke kiri dan ke kanan.
Memang tidak diduga datuk menunggu kami di luar perkarangan Masjid Raya. Dengan senyum
datuk menyambut kami.
"Ada apa-apa perkara pelik yang kamu berdua alami semasa datang ke sini tadi?" Tanya datuk.
"Tak ada apa-apa tuk," saya berbohong.
"Kamu Harun?"
"Aaaaaa " Harun tidak dapat meneruskan percakapan kerana bahu kirinya saya singgung
dengan siku. Perbuatan saya itu dapat dikesan oleh datuk.
"Jangan tahan dia nak bercerita Tamar."

Saya memaksa diri senyum untuk menutup rasa malu yang saya lakukan sendiri. Harun renung
muka saya, macam mahu menyatakan bahawa dia terpaksa patuh dengan permintaan. Saya restui
permintaannya dengan menegakkan ibu jari kanan.
"Ceritakan Harun, jangan peduli dengan Tamar," kata-kata dorongan dari datuk membuat Harun
menarik nafas lega.
"Kami jumpa lembaga hitam tidak berkepala dan berkaki," Tamar memulakan cerita dan saya
lihat datuk macam tidak berminat mahu mendengarnya.

"Ceritakan dari mula Harun," saya memberitahu.


Datuk anggukkan kepala, setuju dengan saranan saya.
"Sebaik saja sampai di kepala simpang, saya rasa macam ada sesuatu menyentuh cuping telinga
saya. Tapi, kerana takut saya diam saja, tak cakap pada Tamar. Akhirnya, kami bertembung
dengan lembaga hitam tidak berkepala dan berkaki."
"Hummmm " datuk mengeluh kecil sambil mengigit bibir.

JEMAAH

BEBERAPA orang jemaah yang lalu memberi salam dan berjabat tangan dengan datuk. Malah
dua tiga orang daripada jemaah itu bercakap-cakap dengan datuk seketika, mereka bertanya
kenapa berada di luar kawasan masjid. Setelah menerima penjelasan dari datuk, mereka pun
beredar.
"Cuping telinga sebelah mana? kiri atau kanan Harun?" Tanya datuk.

"Kanan memanda."
"Benda yang sentuh telinga kamu tu, macam daun lalang." "Iya memanda."
Datuk termenung seketika. Dahinya, dikerutkan dan bibir bawah digigit untuk kesekian kalinya.
Perlahan-lahan datuk donggak wajah ke langit, melihat awan subuh yang berarak lembut.
Pangkal tumit kirinya ditekan ke bumi hingga berbekas.

"Kalau begitu, kita ada dua pilihan untuk menyelesaikan barang dalam bungkusan yang berada
dekat pintu bilik," tutur datuk sambil merenung ke arah saya dan Harun. Dan di bawah langit
subuh, saya lihat sinar mata datuk bercahaya, penuh keyakinan dan pengharapan.

"Maksud Tuk?" Soal saya.


"Barang dalam bungkusan tu, mesti di buang ke sungai atau ditanam di tanah kampung, di mana
ilmu susuk itu dipeturunkan kepada emak Nonong."
Saya lihat wajah Harun cemas sambil menarik nafas dalam-dalam. Matanya tidak berkedip
merenung dada langit.
"Habis, macam mana memanda?" Tanya Harun penuh keraguan.
"Usah bimbang, semuanya akan kita fikirkan selepas solat nanti, tak usah risau," datuk
memberikan keputusan muktamad. Membunuh keraguan dan kebimbangan di hati saya dan
Harun. Dan kami pun akur dengan keputusannya itu.
Sebelum azan bergema, kami segera masuk ke masjid melakukan solat tahyat masjid. Tidak lama
berselang azan subuh pun dilaungkau oleh muazim.

Suaranya bergema dan mendayu penuh syandu menguasai suasana subuh yang sekaligus dapat
didengar penghuni kotaraya Medan yang tinggal tidak jauh dari Masjid Raya.
Di bawah langit dan bumbung masjid saya terharu menikmati alunan azan. Dan terasa betapa
kecilnya diri ini di atas bumi Allah. Sesungguhnya, Allah maha agung dan maha berkuasa,
padaMu aku mohon restu dan berlindung. Tanpa disedari air mata meleleh dicerun pipi.

Solat subuh pun bermula.


Saya kira setelah selesai menunaikan sembahyang subuh, datuk terus pulang seperti yang
dilakukan pada subuh sebelumnya. Perhitungan saya tidak tepat kali ini. Datuk menahan saya
dan Harun agar bernaung lebih lama lagi dalam perut masjid.

"Kita ikut Kuliah subuh kali ini," bisik datuk ke telinga Harun.
Kata-kata yang sama juga diungkapkan oleh Harun ke lubang telinga saya.
"Terpaksa," kata Harun.
"Iya," nada saya lemah.
Harun senyum panjang.

Melihat kepada jumlah para jemaah yang masih ramai bertahan dalam masjid, saya menduga
kuliahnya pasti menarik dan memikat.
Kuliah subuh disampaikan oleh seorang ulama dari Bukit Tinggi (nama saya sudah lupa).

Perkara yang disyarahkan berhubung dengan gangguan syaitan. Kerana cara penyampaiannya
yang begitu menarik dan memikat membuat para jemaah terpesona. Tidak bergerak dari tempat
duduk.
Semuanya mendengar dengan penuh khusyuk.
"Kalau kita dekat dengan Allah. Syaitan jauh dari kita," tutur si ulama berbadan kecil, berjanggut
sejemput berkulit sawo matang.

"Kalau kita dekat dengan syaitan, Allah jauh dari kita. Celaka hidup seseorang bila didekati
syaitan," sambungnya sambil membetulkan kedudukan cermin mata bulat, macam cermin mata
Mahatma Ghandi, pemimpin agung negara India. Semua para jemaah yang berada dalam masjid
menganggukkan kepala.

"Negara hancur dan jahanam, bila pemimpin didampingi syaitan,maka lahirlah pemimpin gila
kuasa, pemimpin rasuah, ambil harta rakyat untuk kaum kerabat dan anak sendiri. Kawan-kawan
yang tidak sehaluan ditangkap dan dihukum," tambah si ulama penuh semangat sambil
mengingatkan para jemaah yang bercita-cita mahu jadi pemimpin harus bersikap adil dan
bijaksana.
POLITIK

SEMASA si ulama berbadan kecil memberi peluang kepada para jemaah mengemukakan
pertanyaan. Harun segera mengangkat
tangan.
"Silakan," si ulama memberi laluan. Semua biji mata para jemaah
tertumpu ke arah Harun. Dan saya lihat Harun menggigit bibir menahan rasa gementar.
Maklumlah dia tidak pernah bercakap dikhalayak ramai.
"Saya mahu bertanya tentang perkara yang terkeluar dari topik dalam kuliah ini," suara Harun
tersangkut-sangkut.
"Tentang politik?" si ulama berbadan kecil mengajukan pertanyaan.
"Tidak," jawab Harun.

"Kalau begitu, silakan."


Buat seketika Harun merenung ke arah kepala para jemaah yang berceratuk. Dan secara tidak
sengaja, semasa saya mengangkatkan kepala, pandangan saya dengan Harun bertembung. Cepat-
cepat saya menegakkan ibu jari memberi perangsang. Harun tersenyum penuh semangat.

"Apa hukumnya bagi mereka yang memakai susuk termasuk dukun susuk?" Harun bertanya
dengan lantang. Terbeliak mata datuk melihat keberanian Harun. Memang diluar dugaan yang
Harun mampu bertindak demikian.
"Tahniah, pertanyaan yang baik dan jarang ditanyakan kepada saya," ada senyum terpamer
dikelopak bibir ulama berbadan kecil, perlahan-lahan dia menolak bingkai kacamata sebelah kiri
ke atas. Renungannya diarahkan ke muka Harun.

"Hai orang muda, agaknya kamu nak pasang susuk?".


"Tidak," pantas Harun menjawab sambil menggelengkan kepala.
Terdengar suara para jemaah berbisik sama sendiri yang diselang dengan suara orang batuk yang
sengaja dibuat-buat. Agaknya, mereka menyindir Harun. Suara berbisik dan batuk itu datangnya
dari arah belakang kami.
"Ehemmmm....."

Suara dari ulama berbadan kecil membunuh suara orang yang berbisik dan batuk yang sengaja
dibuat-buat.
Situasi dalam perut masjid kembali sepi dan tenang. Gigi atas dengan gigi bawah saya lagakan
berkali-kali. Datuk tunduk merenung permaidani masjid. Sayup-sayup terdengar bunyi
kenderaan di jalanan. Suasana subuh masih lagi menguasai pinggir kota Medan.

"Secara kebetulan beberapa hari lalu semasa saya singgah di kedai kopi, terdengar beberapa
orang di meja sebelah bercakap tentang susuk," si ulama berbadan kecil menatap wajah para
jemaah yang tertonggok di depannya. Semuanya diam terpaku, penuh minat menanti kata-kata
yang bakal diluahkan oleh si ulama berbadan kecil.

"Saya tak tahu entah kenapa perkara susuk ni, suka sangat disebutsebut terutama di kalangan
kaum wanita. Menurut kata orang, tujuan memakai susuk atau pemanis diri supaya wajah yang
tak cantik nampak cantik, dan mampu menarik perhatian lawan jenis. Niatnya sudah lain,"
percakapan si ulama berbadan kecil terganggu, kedudukan cermin matanya nampak sengit
sebelah kanan kerana terlalu kerap mengoyang-goyangkan kepala ke kiri dan ke kanan.

"Jadi, dia nampak menarik dan cantik tidak sebagaimana yang sepatutnya, kecantikannya kerana
pengaruh susuk," percakapan yang terhenti disambung kembali. Beberapa orang para jemaah
mengeluh kecil sambil menarik nafas.
"Cara ini saya tidak setuju dan kurang terpuji kerana segala sesuatu tergantung pada niat,
"innamal a'malu binniati waiinamalikuli riin manawa, sesungguhnya segala sesuatu dengan niat,
jika niat hanya untuk mendapat atau mencari perhatian supaya orang lebih tertarik dan tergila-
gilakan padanya. Perbuatan begini pada saya memang mengelirukan dan itu haram hukumnya.
Ertinya, mengikut hukum Islam susuk itu haram," Harun menggigit kuku jari mendengar
penjelasan tersebut.

BURUK

ULAMA berbadan kecil lagi sekali membetulkan kedudukan kacamatanya. Para jemaah tidak
berganjak punggung. Dan minat saya untuk mengikuti kisah selanjutnya terus memuncak. Dari
pengamatan saya ternyata si ulama itu sendiri cukup berminat untuk memperkatakan tentang
topik yang ditimbulkan oleh Harun.

Selanjutnya, dijelaskan oleh si Mama itu bahawa perbuatan mereka (pengamal susuk) sudah
menyalahi kudrat, mereka sudah ingkar dari apa yang telah digariskan oleh Allah. Tidak puas
dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka, lalu berusaha mempercantikkan diri,
mereka pasang susuk. Saya mendapat tahu pasang susuk itu ada jampi serapahnya.

Sesuatu yang dibuat oleh manusia, sudah tentu tidak kekal. Bila kuasa susuk menjadi tawar
(tidak berkesan) keadaan sebenar terserlah (wajah kurang menarik) ditambah pula dengan usia
yang semakin meningkat. Perkahwinan atau percintaan yang disalut dengan susuk akan berubah
dan akhirnya merugikan kedua-dua belah pihak.

Lawan jenis tidak tertarik, rasa cintanya segera luntur, macam luntur seri wajah yang dibalut
susuk. Selama ini dia tertarik kerana kepalsuan, cantik yang dibedak syaitan, dia tertipu.
Kesimpulannya, benda atau barang buruk dibungkus dengan pembungkus yang elok supaya
nampak cantik dan menarik tetapi, isinya tetap buruk. Orang yang tertarik dengan pembungkus
yang cantik segera mahu memilikinya, bila dibuka baru tahu isinya. Itulah sebabnya perbuatan
tersebut berdosa dan haram hukumnya.

"Maafkan saya tuk guru."


Semua kepala para jemaah bergerak serentak menoleh ke arah kanan masjid. Seorang lelaki
dalam lingkungan usia awal empat puluhan, bersongkok putih, berdiri mengemukakan
pertanyaan.
"Mahu bertanya?"

"Iya Pak guru."


"Silakan. Siapa nama anda."
"Saya Syed Shahrul Akbar, saya tinggal tidak jauh dari Pusat Pasar Medan, perkara yang ingin
saya tanyakan ialah apa pendapat Pak guru tentang ada golongan yang tahu hukum agama seperti
kiai, ustaz dan sebagainya yang seolah-olah memberikan galakan memasang susuk?".

Satu pertanyaan yang secara tidak langsung mempertikaikan kejujuran dan keikhlasan golongan
atau ahli agama dalam usaha membenteras perbuatan yang bertentangan dengan hukum Islam.
Air muka si ulama berbadan kecil nampak berubah seketika.

Malah beberapa orang para jemaah memperlihatkan rasa kurang senang dengan pertanyaan yang
diajukan oleh Syed Shahrul Akbar. Pertanyaan itu menjatuhkan air muka si ulama berbadan
kecil, meragui kebolehannya. Apa juga alasan yang diberikan, tindak-tanduknya (Syed Shahrul
Akbar) memang tidak wajar dan keterlaluan.

BERAKHIR

TETAPI, kebimbangan para jemaah segera berakhir, bila si ulama berbadan kecil tersenyum. Dia
pun mengulangi kembali penjelasan tentang niat, sesuatu perbuatan bergantung pada niat, jika
niatnya tidak baik atau jahat, sudah pasti perbuatannya berdosa.

Sebagai contoh, ada guru agama atau ustaz memasang susuk kepada seseorang supaya orang itu
mempunyai daya tarik, daya pemikat. Bukan bertujuan untuk mengubati penyakit atau
sebagainya.
"Sudah tentu perbuatan ini berdosa!"

Dari balik cermin mata putihnya, si ulama berbadan kecil menatap wajah para jemaah yang
tertonggok di depannya satu persatu. Para jemaah di bahagian belakang memanjangkan lehernya.
"Kalau tak silap saya, Imam Ghazali pernah mengatakan golongan orang berilmu (ulama) ada
dua jenis, di antaranya ada ulama SYU', ertinya ulama yang jahat. Ulama jenis ini sudah tentu
ilmunya tidak seberapa," sambungnya dalam nada suara yang amat rendah sekali. Tetapi, berjaya
menarik perhatian para jemaah.
"Begitu," cara mendadak Syed Shahrul Akbar.

"Iya, begitulah yang saya ketahui," sahut ulama berbadan kecil, dengan bermodalkan ilmu yang
tidak seberapa itu dia telah melanggar aturan atau hukum syarak yang sebenarnya dia sudah tahu
tentang dasar hukumnya. Mungkin kerana imannya masih nipis dan dapat dikuasai oleh syaitan
maka dia pun mengutamakan dunia daripada akhirat."

Saya mengeliat untuk menghilangkan rasa lenguh di pinggang akibat terlalu lama duduk. Harun
termenung panjang dan datuk memicit-micit pangkal pahanya. Dua tiga orang para jemaah
batuk. Semuanya itu tidak mengganggu kelancaran kata-kata dari ulama berbadan kecil.

"Nah, golongan inilah dikatakan ulama jahat yang tidak wajar dijadikan contoh, sebabnya dia
sudah menipu orang lain dan menipu dirinya sendiri, ulama yang baik itu adalah Al-Ulama
Wahrahsatul Anbia, bermaksud ulama itu adalah pewaris para nabi," kali ini nada suara ulama
berbadan kecil agak tinggi dan lantang sekali terutama bila dia menyebut kata-kata ulama adalah
pewaris nabi.
SBDJ (JILID 16) SIRI 216 RAJA SUSUK MATI DI MASJID

SUASANA dalam Masjid Raya terasa damai. Di luar bunyi hon kereta masih galak, begitu juga
dengan bunyi loceng dan hon motosikal saling tingkah meningkah mengusik gegendang telinga.
Cuaca beransur cerah. Datuk kelihatan cukup berminat untuk mengikuti ceramah yang
disampaikan oleh ulama berbadan kecil itu.

Secara jujur si ulama berbadan kecil itu mengaku tidak tahu bagaimana budaya susuk menguasai
Kepulauan Melayu. Dia juga tidak menolak kemungkinan pengamal susuk kurang pengetahuan
agama. Tidak tahu yang perbuatan mereka salah dan dilarang.

Boleh jadi juga mereka tidak tetap iman, sering berubah-ubah dan ragu-ragu. Dan bukan
mustahil mereka yang tahu perbuatan itu salah, sengaja buat tidak tahu kerana wang atau mahu
hidup senang atau mengambil kesempatan dari orang yang sememangnya jahil. Ertinya,
mempergunakan atau memperalatkan kelemahan, kebodohan orang lain untuk kepentingan diri
sendiri.

"Perbuatan begini, bukanlah perbuatan terpuji. Agama tidak mengalakkannya dan orang-orang
yang nipis sanggup melakukannya," tutur ulama berbadan kecil dengan wajah serius. Datuk dan
para jemaah nampak mengangguk kepala, setuju dengan apa yang diluahkan oleh si ulama
tersebut.

Ulama berbadan kecil terus menyebut, bahawa orang yang tidak tetap pegangan keimanannya
dianggap sebagai ladang yang subur bagi syaitan untuk menabur benih kesesatan. Bila seseorang
mengalami putus asa, tidak percaya pada diri, mungkin disebabkan putus tunang, susah
mendapat jodoh, kerjaya terhalang atau merasai dirinya dikhianati kawan sekerja dan
sebagainya. Masa itulah iblis menjalankan peranannya.

"Iblis melakukan peranannya sebagai penggoda anak Adam, sesuai dengan janjinya di depan
Allah, bahawa syaitan akan menggoda umat manusia hingga hari kiamat. Jampi jampi sihir
ajaran syaitan. Ilmu syaitan (sihir) sudah wujud sejak zaman para nabi lagi. Contohnya, zaman
nabi Musa alaihi salam. Jadi dalam hal ini yang salah? Manusia itu sendiri atau iblis?."

Saya lihat wajah para jemaah nampak serius. Ada yang tunduk dan ada yang menarik dan
melepaskan nafas resah. Ulama bertubuh kecil terus menatap wajah para jemaah satu demi satu,
termasuk wajah saya dan Harun.

"Jawab pertanyaan saya?" Ulang si ulama dalam nada suara yang tinggi.
"Syaitan salah tuk guru," sahut seorang jemaah yang berada di bucu masjid.
Si ulama berbadan kecil gelengkan kepala.

"Manusia yang salah," sahut jemaah di belakang saya.


Si ulama segera anggukkan kepala.
"Betul, syaitan itu kerjanya. Manusia pula harus mempertahankan diri dengan iman. Kalau tak
tahu hal-hal agama manusia di suruh belajar dan berfikir. Tahu membezakan yang buruk dengan
yang baik. Itulah sebabnya manusia dikurniakan akal fikiran."
Macam tadi juga, para jemaah terpaku. Akur dengan penjelasan yang diluahkan oleh si ulama.

TARIK

DENGAN wajah yang bersahaja bersama nada suara lembut tetapi bertenaga, si ulama berbadan
kecil terus menyebut yang sihir itu boleh mengubah perkara yang tidak menjadi wajar atau
terlihat wajar dari penglihatan orang yang tidak tetap hati atau sentiasa berada dalam keraguan,
goyang imannya.

Sesungguhnya daya tarik atau kecantikan lahiriah tidak begitu diutamakan, apa yang diutamakan
ialah kecantikan batiniah. Bila batin cantik kerana iman, maka rupa buruk dan kulit yang hitam
akan memancarkan cahaya wajah yang cantik dan menarik.

"Ingin saya mengingatkan kepada mereka yang mengamalkan susuk, segeralah bertaubat.
Macam saya katakan tadi, kecantikan itu bukan terpancar dari lahiriah tetapi dari batiniah. Jika
batiniahnya cantik, sudah pasti lahiriahnya cantik. Soalnya sekarang, bagaimana mahu cantik
lahir batin," sepasang anak mata hitam si ulama tertumbuk ke arah wajah para jemaah.
Tiada seorang pun yang berani memberikan pendapat. Semuanya membatu.

"Mudah saja," kata si ulama.


"Bagaimana caranya Tuk Guru?" Dengan mendadak saja seorang jemaah memberanikan diri
bertanya. Duduk paling hujung, dekat dinding tidak jauh dari pintu. Semua biji mata para jemaah
merenung ke arahnya.

"Bagus awak berani bertanya, bila kita belajar kita mesti kerap bertanya dengan itu dapat
mengasah daya berfikir, banyak perkara dapat kita ketahui. Awaklah "hero" kuliah subuh kali
ini," si ulama berbadan kecil berjenaka sambil menegakkan ibu jarinya ke arah orang yang
bertanya.

Dan ruang Masjid Raya pun dipenuhi dengan suara orang ketawa, menghalau rasa bosan dan
membeliakkan biji mata para jemaah yang mengantuk.
"Cantikkan dulu batin dengan cara beriman, bertawakal, berdoa dan menjalankan segala syariat
Islam yang telah digariskan. InsyaAllah Tuhan akan mengkabulkan segala hajat kita. Bagi Pak
Dukun, Pak Kiai yang masih menjalankan kegiatan pasang susuk, segeralah bertaubat.

Amalkan ilmu ke jalan Allah, agar dapat pahala yang baik, sebabnya dunia ini adalah fana," si
ulama berbadan kecil menarik nafas lalu berhenti bercakap.
Hampir lima minit masa berlalu begitu saja. Semuanya bagaikan terpukau mendengar nasihat
dari si ulama berbadan kecil.

Dari wajah yang terpamer, saya dapat menduga bahawa para jemaah masih mengharapkan si
ulama menyambung percakapan yang terhenti. Tetapi, dari gerak geri yang diperlihatkan seolah-
olah si ulama itu memberitahu yang dia tidak berminat mahu menyambung percakapan yang
terhenti. Dia seperti mengelamun macam ada sesuatu yang difikirkannya.

Para jemaah mula resah semacam. Si ulama berbadan kecil tetap seperti tadi, terus mengelamun
dan berkhayal. Para jemaah yang tertonggok bagaikan tidak wujud di depan matanya. Akibatnya,
menimbulkan bermacam-macam keraguan dalam hati para jemaah termasuk diri saya dan Harun.

"Oh ya......"
Si ulama berbadan kecil seperti terkejut dari sebuah lamunan yang panjang. Dia toleh kiri, toleh
kanan. Beberapa orang jemaah yang sedar atas perbuatan si ulama tersenyum panjang.
"Cukup sampai di sini saja, kalau umur saya panjang dua minggu lagi kita berjumpa di sini, kita
bincangkan pula tentang topik keimanan dan ketakwaan. Maafkan saya kalau semasa bercakap
tadi, ada kata-kata yang boleh menyinggung perasaan kamu semua," ungkap si ulama berbadan
kecil, senyum terus berlari di kelopak bibirnya.

PENUTUP

SEBAGAI penutup majlis, Pak Imam pun membacakan doa kesyukuran dan kesejahteraan untuk
para jemaah yang hadir. Selesai doa dibaca, si ulama berbadan kecil segera berdiri. Para jemaah
pun bersalaman sambil mengucapkan terima kasih. Ada jemaah yang cuba membongkokkan
separuh badan sambil cuba mencium telapak tangan si ulama berbadan kecil. Si ulama terus
menegah perbuatan itu.

"Jangan sampai begitu, mendewa-dewakan sesama manusia perbuatan yang dilarang dalam
ajaran yang beriman dan bertakwa," ungkap si ulama berbadan kurus.
Bahu orang yang mahu membongkok dan menciumi telapak tangannya ditepuk manja berkali-
kali.
"Tegakkan badan kamu," tambahnya.

Orang itu segera menegakkan tubuhnya.


"Assalam mualaikum alahi masjid," jerit seorang lelaki di muka pintu. Semua muka para jemaah
tertumpu ke arahnya.
"Ada apa hal?," tanya Pak Imam seraya meluru ke arahnya.
"Mahu jumpa tuan guru," jawab lelaki itu.
"Apa halnya," menyusul pertanyaan dari Pak Imam.

"Awak siapa? Banyak soal dan tanya," tanya lelaki itu sinis.
"Saya Pak Imam."
Lelaki di muka pintu masjid terdiam seketika. Matanya liar menatap muka para jemaah yang
merenung ke arahnya. Datuk yang tadi berdiri terus duduk di salah satu sudut. Beberapa orang
jemaah segera meniru perbuatan datuk.

"Apa halnya kamu nak jumpa, tuan guru," cukup lembut nada suara Pak Imam.
"Itu urusan aku dengannya," nada suara lelaki mula meninggi.
Dia mula memperlihatkan wajah yang bengis.
"Ha.... " wajah Pak Imam cemas.

Lima enam orang jemaah yang tadi cuba mendekati lelaki itu segera berundur, mencari tempat
yang baik untuk bertahan. Takdirnya, terjadi sesuatu yang tidak diingin, mereka sudah bersedia.
"Ganjil orang ni," terdengar komen dari seorang jemaah.
"Orang gila agaknya?" balas yang lain.
"Aku mahu jumpa Tuk Guru. Orang lain yang aku cari, orang lain pula yang sibuk," lelaki di
muka pintu masjid menyuarakan rasa tidak senangnya.

"Jangan halang dia, biarkan dia jumpa tuk guru, dia mahu bertaubat
tu," terdengar suara dari luar masjid.
Beberapa detik kemudian, seorang anak muda dalam usia sekitar awal empat puluhan berdiri di
kanan lelaki yang mahu berjumpa si ulama. Kehadiran anak muda itu membuat keadaan menjadi
bertambah kacau.

Si ulama berbadan kecil berdiri tenang di tengah ruang masjid, di kelilingi oleh para jemaah yang
bertubuh tegap. Anak muda awal empat puluhan itu memakai kemeja lengan pendek, berjalur
biru putih, tidak bersongkok. Rambut lebatnya di sikat berat ke kanan. Seluar yang dipakai
berwarna kelabu.

"Sabar"
Anak muda awal empat puluhan, menenangkan perasaan lelaki yang
mahu menemui tuan guru.
"Mana boleh sabar, orang lain yang mahu kita temui, orang lain pula yang sibuk, mahu tunjuk
kuasa bagaikan rumah Allah ini dia yang punya." Lelaki di muka pintu menyindir Pak Imam.

Saya lihat Pak Imam menarik nafas sambil menelan air liur. Para jemaah mula memperlihatkan
rasa geram dan meluat terhadap lelaki di muka pintu masjid.

MUNCUL

SECARA tidak diduga, saya dapati datuk sudah berada tidak jauh dari saya dan Harun. Dia
memberi isyarat dengan tenaga agar kami berada jauh dari Pak Imam. Perintah itu kami patuhi,
perlahanlahan saya dan Harun beredar dari sisi Pak Imam. Kami memilih tempat agak tersorok
dari pandangan para jemaah yang lain.

"Jangan halang dia, biarkan dia jumpa tuan guru," tutur datuk dengan wajah tenang. Pak Imam
jadi terkejut, perasaan para jemaah mula berbelah bagi. Ada yang menyokong, ada yang
menentang.

"Macam mana kalau dia bertindak kasar pada tuan guru?" Wajah Pak Imam nampak cemas.
"Dengan izin Allah perkara tu tak akan berlaku," datuk mempertahankan cadangannya.
"Terpulang," Pak Imam mengangkat kedua-dua belah bahunya. "Niatnya baik, dia mahu
bertaubat," anak muda awal empat puluhan bagaikan menyokong pendapat datuk.

Di luar, matahari sedikit demi sedikit menyibarkan cahayanya. Dan para jemaah dalam perut
masjid begitu ingin mengetahui kisah selanjumya. Tidak seorang pun daripada mereka mahu
keluar.

"Bertenang," ulama berbadan kecil bersuara.


Dan para jemaah yang mengelilinginya di suruh bersurai dan duduk. Dengan gaya langkah penuh
keyakinan, si ulama menjemput lelaki di muka pintu masjid yang memakai baju melayu cekak
musang, warna biji kundang, berkain pelikat kotak-kotak.

Di kepalanya terlekap, songkok (ketayap) manakala di bahu kanan tersangkut kain berwarna
putih dan bahagian tepinya dijahit dengan benang putih. Kerana benangnya kasar dan dijahit
rapat-rapat menyebabkan warna putih itu menyerlah.

"Silakan masuk ke tengah masjid, ceritakan apa masalah kamu, mari...... ," si ulama berbadan
kurus menghulurkan tangan dengan tenang lelaki di muka pintu masjid menyambutya.
"Mari," si ulama menarik tangan lelaki tersebut.

"Eh....." lelaki di muka pintu masjid bersuara. Dia tidak mahu bergerak dari tempat dia berdiri.
"Kenapa?" Terpamer rasa kecewa di wajah si ulama.

"Tak payah masuk ke dalam, di sini saja sudah cukup, lagi pun saya tak mahu apa yang mahu
saya sampaikan kepada tuan di ketahui ramai," itu alasan yang diluahkan oleh lelaki di muka
pintu masjid. Para jemaah berpandangan sama sendiri dan berbisik. Anak muda awal empat
puluhan diam membatu, tidak memberi sebarang komentar.

"Kalau niat awak baik dan ikhlas, saya rasa tidak salah orang yang berada dalam masjid ini
mendengar apa yang mahu kamu katakan," balas si ulama berbadan kecil. Dan lelaki yang
memakai baju cekak musang berkain pelikat menarik nafas. Wajahnya tidak segarang tadi.
"Tapi tuk guru "cuma setakat itu saja kata yang terluah.
"Kamu malu, jangan malu kalau niat kita baik kerana Allah," pintas si ulama berbadan kecil.

SETUJU

LELAKI berbaju cekak musang anggukkan kepala perlahan-lahan tanpa mahu menatap wajah si
ulama dan para jemaah. Tanpa disangka-sangka datuk mendekati lelaki berbaju cekak musang.
Bahu lelaki itu ditepuknya sambil membisikkan sesuatu ke telinga lelaki tersebut.

"Iya, saya setuju dengan cadangan tuk guru dan orang ini...." Lelaki menoleh ke arah datuk saya
seraya menyambung kata-kata, " menasihati saya supaya ikut cakap tuk guru".

Sebaik saja menamatkan pertuturan, lelaki berbaju cekak musang segera melangkah dengan
penuh keyakinan menuju ke tengah ruang masjid. Para jemaah segera memberikan tepukan
bergemuruh.

Mereka (para jemaah) segera mengekori sambil membentuk bulatan mengelilingi si ulama
berbadan kecil, lelaki berbaju cekak musang dan pemuda berusia awal empat puluhan.
"Duduk," kata si ulama.

Semua para jemaah duduk, begitu juga dengan si ulama itu sendiri. Si ulama duduk bersila
sambil merenung wajah para jemaah. Lelaki berbaju cekak musang dan anak muda awal empat
puluhan bersedia mahu duduk.
"Jangan, kamu berdiri di situ"

Si ulama berbadan kecil menuding jari telunjuk ke arah lelaki berbaju cekak musang.
"Saya," anak muda awal empat puluhan bertanya. "Kamu duduk."
Dengan penuh sopan anak muda empat puluhan terus duduk.

"Sekarang kamu katakan apa yang mahu kamu katakan pada aku," Sepasang anak mata si ulama
berbadan kecil tertampar ke wajah lelaki berbaju cekak musang yang nampak resah dan serba
tidak kena.
"Tapi.. ," lelaki yang memakai baju cekak musang tidak meneruskan kata-kata.
"Apa lagi....," bersama segaris senyum si ulama berbadan kecil menyoal kembali.

"Tentu tak manis, Tuk guru yang berilmu duduk, saya yang jahil berdiri. Ertinya, saya tidak
menghormati orang berilmu," itu alasan yang dikemukakan oleh lelaki yang memakai baju cekak
musang. Matanya merenung permaidani masjid.

Para jemaah yang duduk bersila, tidak berkata apa-apa. Mereka hanya memerhatikan saja gerak-
geri lelaki berbaju cekak musang dan si ulama berbadan kecil.
Saya menarik nafas dan mula bosan dengan suasana yang dihadapi. Dari pintu masjid yang
terdedah saya merenung keluar. Sinar matahari pagi kian marak. Saya kira kegelisahan itu, turut
juga dirasai oleh orang lain.

"Bosan."
Keluhan saya didengar oleh Harun.
"Sabar Tamar, kita akan melihat peristiwa besar pagi ini. Aku kenal lelaki yang datang tu, salah
seorang pelanggan kedai kain aku berasal dari daerah Bilah, suka menikah dengan "pucuk muda"
yang cantik. Peliknya, ramai pula yang bersedia menjadi isterinya."
"Orang kaya?."
"Itu aku tak tahu Tamar, boleh jadi orang ternama di daerah Bilah," tambah Harun.

BILAH

BILA Harun menyebut perkataan "BILAH" secara sepontan saya teringatkan Istana Raja BILAH
di Papan, tidak jauh dari pekan Pusing Perak. Malah, beberapa orang yang saya kenali ada
kaitannya dengan Raja Bilah terbayang di kepala, terutama dengan beberapa keluarga yang
tinggal di sekitar mukim Selama-Perak.

"Kamu tahu kerjayanya Harun?." Saya menyoal.


"Tak tahu Tamar. Tetapi, beberapa orang kenalan memanggilnya Raja Susuk."
"Raja Susuk?" Ulang saya.

Harun anggukkan kepala. Kami tidak dapat meneruskan bisikan bila terdengar suara datuk
berdehem panjang sebagai signal atau isyarat menyuruh kami menumpukan perhatian ke arah
lelaki berbaju cekak musang dan si ulama berbadan kecil.

"Kalau itu permintaan kamu, saya perkenankan. Sebelum duduk terangkan nama kamu dan
tujuan kamu berjumpa dengan aku." Ungkapan dari si ulama berbadan kecil membuat wajah
lelaki berbaju cekak musang ceria dan senyum. Cemas dan bimbang tidak lagi terpamer di muka.
Semua penghuni masjid memusatkan perhatian kepadanya.

"Nama saya Shamsuddin Muhammad Nor, beranak di Pondok Tanjong dekat Taiping. Ayah saya
anak Pengkalan Beranda, emak saya orang Bagan Serai," Lelaki berbaju cekak musang berhenti
bercakap. Tangan kirinya menekan pangkal belikat kiri. Dia kelihatan seperti menahan rasa
sakit.

"Kamu sakit?."
Pertanyaan dari si ulama berbadan kecil dijawab oleh lelaki berbaju cekak musang dengan
geleng kepala.
"Masa kecil saya selalu berpindah randah-maklumlah ayah saya peniaga buah-buahan, masa
itulah saya berkenalan dengan bermacam orang.
"Orang tua kamu tak ajar asam agama," tingkah si ulama berbadan kecil.

"Ada tapi, tidak diberatkan. Sayangnya, saya merasa terlalu pandai dalam bidang itu. Pada ilmu
agama yang ada tidak sejauh mana, mengaku pandai, akhirnya, saya tersalah langkah."
Semua orang yang berada dalam masjid terdiam, setiapp patah perkataan yang dituturkan oleh
lelaki berbaju cekak musang diikuti dengan penuh teliti.

"Masa berumur tujuh belas tahun ayah membawa saya dan emak ke Sumatera ke kampung
halamannya di Pengkalan Beranda. Masa di sinilah saya menuntut atau memilih jalan yang silap
kemudian saya kembangkan ke tanah semenanjung. Ilmu dunia dan akhirat saya satukan.
Aduh...."Lelaki berbaju cekak musang tidak dapat meneruskan percakapan.

SBDJ (JILID 16) SIRI 217 MAYAT BERBAU WANGI

PARA jemaah bagaikan terpukau. Semuanya menjegilkan biji mata. Datuk pun menerpa ke arah
lelaki berbaju cekak musang yang sedang membongkok. Kedua-dua belah tangannya menekan
perut. Songkok dipakai, jatuh ke lantai.

Perlahan-lahan datuk mengurut bahagian belakangnya. Lelaki itu sedawa panjang, dan secara
beransur-ansur menegakkan tubuhnya. Dia dapat berdiri dengan betul. Tidak terdengar sebarang
komen dari para jemaah. Semuanya membisu.

"Saya datang ke sini dengan satu niat."


Lelaki berbaju cekak musang, tidak dapat meneruskan kata-kata. Kelihatan dia sulit menarik dan
melepaskan nafas. Daun telinganya yang segar nampak seakan-akan layu. Wajahnya pucat.
"Ceritakan niat kamu," desak si ulama berbadan kecil.

"Saya kemari mahu bertaubat, mahu minta bimbingan dari Tuk guru. Saya mahu bertaubat,
"aaaaddddduuuuhhhh..."

Lagi sekali lelaki berbaju cekak musang membongkok sambil menekan-nekan bahagian perut.
Terhoyong-hayang ke kiri, ke kanan, macam orang mabuk laut. Tidak dapat mengimbangi
badannya.
"Allahh....."
Cukup kuat suara lelaki berbaju cekak musang. Dia menjadi bertambah lemah, sebelum sekujur
tubuhnya rebah di lantai, dengan bantuan si ulama berbadan kecil datuk berjaya memangku
tubuh lelaki berbaju cekak musang.

Tubuh lelaki itu segera dibaringkan di ruang tengah masjid. Setiap sendi dijamah dan diurut oleh
datuk. Mulut si ulama berbadan kecil kelihatan bergerak-gerak. Mungkin membaca ayat-ayat
suci, fikir saya. Apa yang pasti, keresahan dan kebimbangan tetap terpamir di setiap wajah para
jemaah. Semuanya cemas semacam.

"Keadaannya berat."
Bisik Harun ke telinga saya.
"Iya, macam menanggung sakit yang teruk," balas saya lemah. Orang di kanan yang mendengar
kata-kata saya anggukkan kepala, seolah-olah setuju dengan komen yang saya luah. Dan
perhatian kembali tertumpu ke arah lelaki berbaju cekak musang yang terlentang di tengah
ruang.

Dada di sebalik bajunya nampak berombak, turun naik mengikut tekanan nafas yang tersangkut-
sangkut, muka yang pucat mula ditumbuhi bintit-bintit peluh halus, bagaikan menahan rasa sakit
yang amat sangat. Datuk menggunakan segala kepandaiannya untuk mengurangkan derita lelaki
berbaju cekak musang, begitu juga dengan si ulama berbadan kecil.

Apa yang menariknya, anak muda empat puluhan yang menemaninya seperti tenggelam punca.
Tidak tahu berbuat sesuatu, barangkali dia sendiri tidak tahu perkara semacam itu akan terjadi.
"Tuk guru, saya mahu bertaubat, saya menyesal dengan apa yang saya buat, lepas bertaubat di
masjid ini saya mahu ke Mekah," ujar lelaki yang terlentang tercunggap-cunggap dan terputus-
putus.

"Kalau Tuk Guru tak percaya, tanya pada anak saudara saya, wang ke Mekah sudah saya
sediakan," sambungnya sambil sepasang mata merenung sayu ke arah anak muda empat puluhan
yang anggukkan kepala, mengiakan kata-kata yang dituturkan oleh lelaki itu.
"Bersabar dan bertenanglah," datuk memujuk.

"Sabar, sabar. Allah suka dan kasih pada orang yang mahu bertaubat dan mengaku atas
kesalahan yang dilakukan," tutur si ulama berbadan kecil dalam nada suara yang lembut.

PAYAH

DALAM keadaan yang payah itu, lelaki berbaju cekak musang mengerak-gerakan tangan
kanannya mencari tangan si ulama "Saya sudah menunaikan hajatnya," anak muda empat
puluhan bersuara. Wajahnya nampak sedih sekali. Si ulama berbadan kecil meluruskan badan
lelaki berbaju cekak musang yang sudah menjadi mayat. Membetulkan letak kedua belah
tangannya ke dada seperti orang qiam.
"Marilah kita berdoa semoga taubatnya diterima oleh Allah. Sesungguhnya, dia insan berhati
mulia, hamba Allah yang berjiwa lohor. Dia mati dalam usahanya bertaubat dan menyerahkan
diri pada Allah," kata ulama berbadan kecil sambil menatap wajah lelaki tersebut.

PERCAYA

SEMUA para jemaah seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku di depan mata. Begitu
pantas dan tidak masuk di akal, semuanya bagaikan mimpi. Datuk termenung merenung lantai.
Anak muda empat puluhan yang menemani allahyarham, tidak bersuara, dia juga seperti terkejut.

"Allah memberikan rahmat atas si mati kerana meninggal dunia dalam masjid, di depan Tuk
Guru pula," seorang jemaah memberikan komentar.
"Dia sudah selamat menemui Tuhan. Tapi, kita yang hidup ini, tidak tahu di mana akan menemui
ajal," sahut seorang jemaah lain yang berada tidak jauh dari saya.

"Tanah kubur, ajal maut hak Tuhan. Apa yang mustahak ialah sisasisa umur yang ada kita isikan
dengan amalan, sentiasa bertaubat dan pasrah pada Tuhan," sahut yang lain.
"Soalnya, pernahkah kita bertanya pada diri sendiri, apakah kedatangan kita ke masjid ini, benar-
benar ikhlas untuk melakukan suruhan Allah," saya segera menoleh ke arah orang yang berkata.
Kami berbalas senyum.

Jauh di sudut hati, saya mula terfikir, kematian lelaki berbaju cekak musang secara tidak
langsung menyedarkan para jemaah tentang erti kehidupan dan kematian, tentang erti keinsafan
dan penyerahan diri kepada Tuhan. Dan kata-kata yang diluahkan, mereka secara tidak sedar
telah mengkritik diri sendiri.

Si ulama berbadan kecil, anak muda empat puluhan serta ahli jawatan kuasa masjid mengadakan
rundingan tergempar. Mencari kata putus untuk menyelesaikan pengkebumian jenazah arwah.
Agak mengejutkan juga, bila anak muda empat puluhan menarik datuk untuk melibatkan diri
dalam menyelesaikan masalah tersebut.

Di luar sinar matahari kian keras. Jarum pendek jam yang terlekap di dinding masjid menunjuk
ke angka tujuh, manakala jarum panjang menghala ke angka empat. Rasa dingin pagi yang
menguasai ruang masjid kian berkurangan.

Para jemaah yang mempunyai atur tugas mula beransur-ansur meninggalkan masjid. Lebih dari
tiga puluh orang masih bertahan di masjid, bersedia memberikan khidmat, jika diperlukan dalam
urusan pengkebumian jenazah.

Setelah berbincang lebih dari sepuluh minit dan atas nasihat si ulama berbadan kecil, ahli
jawatan kuasa masjid bersetuju menguruskan pengkebumian jenazah lelaki berbaju cekak
musang, termasuk mandi, mengkafan dan menyembahyangkan. Lelaki itu dikategorikan sebagai
"musafir."

"Terima kasih atas perhatian yang diberikan terhadap allahyarham ayah saudara saya. Khidmat
bakti yang diberikan untuk mengatasi masalah ini hanya Allah saja yang membalasnya. Tapi
"Anak muda empat puluhan terdiam, dia kelihatan muram sambil menahan perasaan terharu
yang boleh mengundang tangisan.

"Ada apa masalah lain?," susul Pak Imam.


"Ceritakan," si ulama berbadan kecil mendesak. Anak muda empat puluhan terus tersedu. Pak
Imam, ulama berbadan kecil dan datuk membiarkan anak muda itu larut dengan dengan
masalahnya.

Beberapa orang jemaah yang bersedia membawa mayat ke ruang masjid membatalkan rancangan
untuk sementara waktu. Semasa saya menarik nafas terhidu bau wangi yang sukar ditentukan
jenis bauan, sama ada dari bunga-bungaan atau air wangi-wangian. Arah datangnya sukar
dikesan.

"Ada bau wangi Tamar," bisik Harun.


Saya anggukkan kepala.
"Dari mana datangnya, Tamar?"
Macam tadi juga, saya tetap gelengkan kepala.

DIRASAKAN

APA yang dialami oleh saya dan Harun turut dirasakan oleh orang lain. Andaian ini saya buat,
berdasarkan gerak-geri mereka yang menghalakan lubang hidung ke arah masjid sambil menarik
nafas dalam-dalam sedangkan mata liar memandang ke sana dan ke sini. Ternyata mereka
sedang menghidu dan mencari sesuatu.

Si ulama berbadan kecil tahu dari mana bau wangi itu muncul. Dia
segera memanggil Pak Imam dan datuk, mereka bercakap-cakap
sebentar.

"Tuk guru pasti," Pak Imam bersuara.


"Pasti, kawan kita ini juga setuju," Si ulama berbadan kecil
menepuk bahu datuk yang berada di sisinya. Saya lihat datuk anggukkan kepala ke arah Pak
Imam. Pengakuan dari dua insan itu mempercepatkan tindakan selanjutnya dari Pak Imam.

"Bantu saya," Pak Imam renung wajah datuk.


"Saya faham, biar saya buat," jawab si ulama berbadan kecil. Datuk
yang sepatutnya menjawab pertanyaan Pak Imam tidak dapat berbuat

apa-apa. Tindak balas dari si ulama berbadan kecil cukup pantas. Semasa Pak Imam bersedia
mahu membuka kain penutup mayat,
si ulama berbadan kecil sudah pun bergerak ke bahagian belakang meninggalkan datuk. Ketika
kain penutup mayat baru separuh di buka,

bau wangi semakin semerbak.


Dan para jemaah yang masih berada dalam masjid tercenggang-
cenggang. Tanpa disedari oleh sesiapa, si ulama berbadan kecil sudah
berdiri di sisi Pak Imam.

"Bagikan kain yang lama pada saya, ambil kain baru ni untuk
menutup mayatnya," Si ulama berbadan kecil hulurkan kain baru ke
tangan Pak Imam untuk menutup jenazah lelaki berbaju cekak musang. Dan kain lama yang
dihulurkan oleh Pak Imam kini berada dalam
genggaman ulama berbadan kecil.

"Serahkan pada Tuk Siak." Tutur si ulama berbadan kecil sambil


menghulurkan kain lama ke tangan datuk.
"Baik Tuk Guru."

Datuk segera bergerak ke arah orang yang dimaksudkan. Bila dia


kembali semula ke tempat Pak Imam dan si ulama berbadan kecil. Jenazah lelaki berbaju cekak
musang sudah pun diselimutkan dengan kain baru. Bau wangi beransur kurang, tidak sekuat tadi.

Semua yang berada dalam masjid bagaikan dapat menduga bau


wangi itu datangnya dari mayat lelaki berbaju cekak musang. Tetapi,
tiada seorang pun yang berani bertanya pada ulama berbadan kecil, Pak Imam atau datuk.

"Tuk guru."
Anak muda empat puluhan yang hampir dilupakan itu mula
bersuara. Perhatian orang yang masih berada dalam masjid kembali tertumpu kepadanya.
"Apa yang boleh saya tolong?."

"Setelah dimandikan, dikafan dan disembahyangkan, izinkan saya membawa jenazah ayah
saudara saya ke Pengkalan Beranda untuk dikebumikan di sana. Ini hajat saya dan juga hajat
arwah."
"Oh ," si ulama berbadan kecil agak terkejut. Cepat-cepat dia merenung ke arah Pak Imam dan
datuk. Dan Pak Imam yang faham

dengan maksud renungan si ulama berbadan kecil, melaga-lagakan gigi atas dengan gigi bawah
berkali-kali.
"Kami tidak keberatan," jawab Pak Imam.

"Kalau begitu kita uruskan jenazah ini dulu, kamu uruskan kenderaan untuk membawa jenazah
ke kampungnya. Tak baik jenazah disimpan lama-lama, Islam menyuruh menyegerakan
pengkebumian mayat kerana itu perbuatan yang baik," tutur datuk sambil sepasang matanya
tertumbuk ke wajah anak muda empat puluhan.

"Tak payah cari kenderaan, saya sediakan."


Seorang jemaah berkulit hitam, berjubah dan berserban hijau
muncul di sisi anak muda empat puluhan. Mereka bersalaman dan
berpeluk-pelukan. Penuh mesra, bagaikan sudah kenal bertahun-tahun. "Saya Ali Usman," jawab
anak muda empat puluhan.
"Allah mempertemukan kita di rumahNya."
"Benar cakap awak. Hanya Allah saja yang membalas budi baik
tuan," tutur anak muda empat puluhan. Lelaki berjubah hijau
tersenyum. Sepasang mata hitamnya merayap ke wajah saya.

"Soal pengangkutan sudah selesai, apa ditunggu lagi. Ingat, kita


dilarang melambat-lambatkan pengkebumian jenazah," lembut sekali nada suara si ulama
bertubuh kecil.

Saya kira, ungkapan itu ditujukan kepada Pak Imam, buktinya sambil bercakap matanya
tertumpu ke muka Pak Imam. Semua yang ada di situ
anggukkan kepala. Akur dengan seranah si ulama. Jenazah segera di usung ke tempat yang
dimaksudkan.

DIBENARKAN

TIDAK semua yang berada di situ diajak ke tempat mandi mayat. Hanya orang ditunjukkan oleh
Pak Imam saja yang diizinkan. Entah secara kebetulan atau sememang dipilih, datuk dan saya
dibenarkan. Tetapi, Harun tersisih.

"Pergi Tamar, ini peluang kau belajar dan melihat cara-cara memandikan mayat," Harun
memberikan galakan.
"Ini kesempatan yang baik," balas saya sambil melangkah menuju ke tempat mandi mayat.

Semasa memandikan mayat, bau wangi segera menusuk lubang hidung. Wajah mayat nampak
bersih dan tenang. Pada hal, sebelum maut datang, wajah orang yang berkenaan nampak seperti
menghadapi masalah yang cukup besar. Semua yang saya lihat dan rasai menimbulkan persoalan
dalam hati. Kerja-kerja (mandi mayat) yang
dilakukan dibawah pengawasan si ulama berbadan kecil.

Bau wangi itu berlanjutan hingga saat mengkafan dilakukan. Semasa disembahyangkan bau
wangi tidak pula muncul. Ganjilnya, tiada seorang pun yang berani bertanya tentang bau wangi
itu sama ada pada Pak Imam, pada ulama berbadan kecil atau kepada datuk. Bau wangi itu tetap
menjadi sesuatu yang misteri di kalangan para jemaah yang masih berada dalam masjid.
Sembahyang jenazah sudah disempurnakan.

Hati kecil saya masih bertanya dan mengharapkan misteri bau wangi itu akan terungkap juga
dalam masa yang terdekat. Jenazah di usung untuk dimasukkan ke kereta.
Dalam jangkaan saya (mungkin juga pada orang lain) hanya beberapa orang tertentu saja yang
akan menghantar jenazah ke tanah perkuburan di Pengkalan Beranda.

Antaranya yang saya duga ialah, Pak Imam, si ulama bertubuh kecil dan beberapa orang tertentu.
Penghalang utamanya ialah kenderaan. Anak muda empat puluhan yang menghilangkan diri,
sebaik saja sembahyang jenazah selesai segera muncul.

"Ke mana kamu pergi tadi, jangan ke mana-mana selepas ini. Kamu kena jadi kepala jalan,"
secara spontan datuk bertanya.
"Saya mencari kawan yang membawa kereta dari sini ke tempat saya untuk menyampaikan
pesan pada orang-orang kampung untuk menyediakan liang lahad," jawab anak muda empat
puluhan dalam nada suara separuh tinggi dengan harapan dapat didengar oleh Pak Imam dan si
ulama bertubuh keciL Hasrat, anak muda itu berhasil, buktinya kedua-dua insan yang dihormati
itu menganggukkan kepala.

"Sesiapa yang mahu ke tanah kubur, bolehlah ikut," beritahu Syed Hamid Al-Hadad yang berdiri
di muka pintu masjid sambil memberi laluan kepada orang yang mengusung jenazah ke kereta di
halaman masjid.

"Dengan apa kita nak pergi?" seorang jemaah bertanya.


"Saya sediakan bas dan beberapa buah kereta," jawab Syed Hamid Al-Hadad lalu mengekori
orang yang mengusung jenazah bergerak ke luar.

Syed Hamid Al-Hadad tidak berbohong selain dari lori kecil yang bumbungnya bertuliskan
kalimah Allah untuk membawa jenazah, terdapat sebuah bas yang boleh memuatkan penumpang
seramai 40 orang di samping beberapa buah kereta jenis Ford dan Austin buatan Eropah. Kerana
sudah ada kemudahan, semua para jemaah bersedia untuk pergi.

SINAR

DALAM sinar matahari pagi yang mula garang, (lebih kurang pukul sembilan lebih) anak muda
empat puluhan merasa terkejut. Tidak diduga kenalan barunya bersedia melakukan semuanya ini
untuk bapa saudaranya yang sudah menjadi arwah. Dia segera mendekati Syed Hamid Al-Hadad.
"Dengan apa mahu saya balas jasa saudara."

"Ali."
Syed Hamid Al-Hadad memegang lengan anak muda empat puluhan dengan erat sekali sambil
menyambung ungkapan-ungkapan yang terhenti.

"Tidak perlu dibalas, apa yang saya lakukan ini adalah tanggungjawab saya sebagai orang Islam.
Allah telah memberikan sedikit kesenangan pada saya dan kesenangan yang sedikit ini harus
saya berikan pada orang Islam yang dalam kesusahan."
Anak muda empat puluhan terdiam. Penuh terharu.

Anda mungkin juga menyukai