Anda di halaman 1dari 8

SIKAP pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan islam.

Satu kajian di sekolah-sekolah


menengah daerah Alor Gajah, Melaka

Abstrak

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui sejauhmanakah sikap pelajar-pelajar terhadap
Pendidikan Islam dan guru Pendidikan Islam. Sikap pelajar ini dilihat daripada beberapa
pembolehubah seperti aspek jantina, pencapaian Pendidikan Islam PMR, tahap pendidikan
ibu/bapa/penjaga dan lokasi sekolah. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan instrumen
soal selidik yang mengandungi tiga bahagian utama iaitu latar belakang responden kajian,
sikap pelajar terhadap Pendidikan Islam dan sikap pelajar terhadap guru Pendidikan Islam.
Seramai 415 pelajar Tingkatan IV dipilih dari empat buah sekolah menengah Daerah Alor
Gajah, Melaka. Data yang telah diperolehi ini dianalisis berdasarkan kekerapan, peratusan dan
perbandingan min kajian dengan menggunakan program komputer SPSS for Windows.
Keputusan kajian menunjukkan secara keseluruhannya para pelajar mempunyai sikap yang
kurang memuaskan terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam dan guru Pendidikan Islam. Ini
berdasarkan kepada nilai min keseluruhan sikap pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan
Islam adalah 2.71 dan min sikap pelajar terhadap guru Pendidikan Islam pula adalah sebanyak
2.50. Dapatan kajian ini juga menunjukkan terhadap hubungan yang signifikan antara sikap
pelajar terhadap Pendidikan Islam dengan sikap pelajar terhadap guru Pendidikan Islam.
Justeru itu, sebagai guru Pendidikan Islam, mereka seharusnya memperlengkapkan diri dan
mempertingkatkan kualiti pengajaran Pendidikan Islam di dalam kelas.

SATU kajian tentang pembentukan akhlak pelajar menurut pandangan Imam al-Ghazali.

Abstrak

Kajian ini juga bertujuan untuk meninjau aspek-aspek dan ciri-ciri pembentukan akhlak serta
pendekatan-pendekatan yang sesuai untuk diaplikasikan dalam membentuk akhlak pelajar.
Kajian ini adalah berbentuk deskriptif iaitu kajian perpustakaan dengan membuat rujukan
daripada hasil-hasil karya penulisan Imam al-Ghazali dan rujukan bahan penulisan yang
berkaitan dengan kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa akhlak menurut Imam al-Ghazali
adalah sesuatu tindakan atau perbuatan yang lahir dari keadaan dalaman (rohani) seseorang.
Sesuatu perbuatan atau tingkah laku hendaklah dilakukan secara berterusan sehingga menjadi
satu kebiasaan dalam diri seseorang. Manakala pembentukan akhlak pula adalah proses
mengubah sifat daripada yang buruk kepada sifat yang baik. Akhlak terhadap Allah dan Rasul,
akhlak terhadap ibu bapa, akhlak terhadap guru dan akhlak terhadap kehidupan seharian
merupakan aspek-aspek utama pembentukan akhlak pelajar. Manakala kesopanan dan
kesederhanaan, kesopanan dan disiplin dalam pergaulan, menjauhi perbuatan tercela dan
mempelajari syariat agama Islam adalah ciri-ciri pembentukan akhlak yang ditekankan oleh
beliau. Hasil kajian juga telah mendapati tiga pendekatan utama telah dianjurkan iaitu kaedah
latihan, kaedah pemerhatian dan pergaulan dan kaedah muhasabah diri. Hasil kajian ini
diharapkan dapat memberikan idea dan cadangan kepada pihak-pihak tertentu termasuk
pelajar sendiri, ibu bapa, guru dan masyarakat untuk menangani masalah kemerosotan akhlak
di kalangan pelajar hari ini. Justeru, usaha untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia akan
tercapai selaras dengan matlamat utama Pendidikan Islam.

PERSEPSI, minat dan penghayatan terhadap mata pelajaran pendidikan islam di


kalangan pelajar-pelajar tingkatan lima di SMK Mudzaffar Shah, Simpang Empat
Semanggol, Perak.

Abstrak

Kajian ini bertujuan mengenal pasti persepsi, minat dan penghayatan terhadap mata pelajaran
Pendidikan Islam. Responden kajian ini terdiri daripada 60 orang pelajar tingkatan lima yang
sedang mengambil mata pelajaran Pendidikan Islam di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
Kajian ini menggunakan satu set soal selidik untuk mendapat data dari responden berhubung
dengan persepsi, minat dan penghayatan terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam. Program
SPSS 10.0 digunakan untuk menganalisis data. Min keseluruhan persepsi pelajar ialah 3.27
dan minat mereka ialah 3.32 sementara penghayatan mereka terhadap mata pelajaran ini ialah
3.22. Kajian ini mendapati pencapaian pelajar terhadap persepsi, minat dan penghayatan
adalah pada tahap sederhana. Dalam kajian ini penulis telah menggunakan ujian-t untuk
mengukur perbezaan persepsi, minat dan penghayatan di antara pelajar Sains dan Sastera
terhadap Pendidikan Islam. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan
yang signifikan terhadap ketiga-tiga bidang berkenaan. Kajian ini juga membincangkan
faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya fenomena ini dan memberi cadangan cara
mengatasi masalah ini.
AMALAN MEMBACA AL QURAN DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH
MENENGAH DAERAH PORT DICKSON

(Penyelia : Dr. Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff)

ZAHARAH BINTI BAHARI (2007)

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan membaca al-Quran di kalangan
pelajar sekolah menengah daerah Port Dickson, Negeri Sembilan. Objektif kajian ini adalah
untuk mengenal pasti tahap pengetahuan terhadap kelebihan membaca al Quran, tahap minat
dan tahap kekerapan membaca al Quran. Kajian ini juga ingin melihat adakah terdapat
hubungan antara pengetahuan kelebihan membaca al Quran, minat dan pencapaian
Pendidikan Islam PMR dengan kekerapan membaca al Quran di kalangan pelajar. Kajian ini
berbentuk tinjauan dan menggunakan satu set soal selidik bagi mengumpulkan data kajian.
Jumlah sampel kajian adalah seramai 265 orang pelajar tingkatan empat yang dipilih secara
rawak dari lima buah sekolah menengah kebangsaan di daerah Port Dickson. Data kajian yang
dikumpul dan diproses dengan menggunakan program windows SPSS versi 12.0. Statistik
deskriptif iaitu kekerapan, peratusan dan min telah digunakan untuk menjelaskan profil
responden dan menjawab persoalan kajian. Sementara itu, statistik inferensi iaitu ujian
Korelasi Pearson digunakan untuk melihat hubungan di antara pengetahuan kelebihan
membaca al Quran dan kekerapan membaca al Quran dan hubungan antara minat dengan
kekerapan membaca al Quran. Manakala ujian Korelasi Spearman pula digunakan untuk
melihat hubungan antara pencapaian Pendidikan Islam PMR dengan kekerapan membaca al
Quran. Secara umumnya kajian ini mendapati tahap pengetahuan kelebihan membaca al
Quran dan tahap minat membaca al Quran di kalangan pelajar berada pada tahap tinggi.
Manakala tahap kekerapan membaca al Quran adalah pada tahap sederhana tinggi. Hasil
dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan kelebihan
membaca al Quran dengan kekerapan membaca al Quran. Begitu juga terdapat hubungan
yang positif antara minat dengan kekerapan membaca al Quran serta antara pencapaian
Pendidikan Islam PMR dengan kekerapan membaca al Quran di kalangan pelajar.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MENINGGALKAN SOLAT:
SATU KAJIAN DI DAERAH SEGAMAT, JOHOR

(Penyelia : Ustaz Kamarulzaman Bin Abdul Ghani)

HAFIDZAH BTE MD SHAH (2004)

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai faktor-faktor yang


mempengaruhi pelajar meninggalkan solat. Faktor-faktor yang dikaji ialah faktor diri, faktor
keluarga, faktor masyarakat persekitaran, faktor rakan dan faktor sekolah. Kajian dijalankan
untuk mengenalpasti sejauhmanakah kelima-lima faktor tersebut mempengaruhi pelajar
meninggalkan solat dan apakah faktor yang paling dominan mempengaruhi pelajar. Kajian ini
merupakan kajian tinjauan dengan menggunakan kaedah soal-selidik. Sampel kajian terdiri
daripada 213 orang pelajar tingkatan empat, tingkatan lima dan tingkatan enam SMK Buloh
Kasap, Segamat, Johor. Data yang diperolehi dianalisa dengan menggunakan program
SPSS (Statistical Package For Social Science) version 12.0.1. Keputusan analisis diskriptif
mendapati bahawa faktor diri dan faktor keluarga mempengaruhi pelajar pada tahap yang
rendah manakala faktor masyarakat persekitaran, faktor rakan dan faktor sekolah
mempengaruhi pelajar pada tahap yang sederhana. Faktor paling dominan mempengaruhi
pelajar ialah faktor rakan. Keputusan ujian-t pula menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan dan segi faktor diri berdasarkan jantina manakala faktor keluarga, faktor
masyarakat persekitaran, faktor rakan dan faktor sekolah tidak menunjukkan perbezaan yang
signifikan. Keputusan korelasi Pearson menunjukkan kelima-lima faktor yang dikaji
mempunyai hubungan yang signifikan di antara satu sama lain.

PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
DI SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH

(Penyelia : Dr. Mowafak Abdullah Ahmed Al-Khusairy)

KHATIJAH BINTI ENDUT (1997)

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh mana penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM)
oleh guru-guru Pendidikan Islam. Soal selidik digunakan sebagai alat kajian adalah dibina
oleh pengkaji sesuai dengan apa yang hendak dikaji. Ujian rintis dijalankan kepada 21 orang
guru- guru Pendidikan Islam. Responden kajian sebenar adalah seramai 70 orang guru-guru
sekolah menengah dan rendah di Daerah Kuala Terengganu, Terengganu. Dapatan kajian
menunjukkan tahap penggunaan ABM oleh guru-guru adalah sederhana. Ringkasnya boleh
dikatakan guru-guru Pendidikan Islam menggunakan ABM. Analisa Ujian T menunjukkan
tidak ada perbezaan dan segi penggunaan ABM antara guru lelaki dan guru perempuan dan
antara guru sekolah menengah dengan guru sekolah rendah. Analisa anova menunjukkan
pengalaman mengajar atau lama bertugas seseorang guru tidak mempunyai hubungan dengan
penggunaan ABM di dalam pengajaran mereka. Kesimpulannya guru-guru Pendidikan Islam
hendaklah meningkatkan lagi penggunaan ABM khususnya yang menarik dan terkini agar
pembelajaran lebih berkesan dan pelajar menjadi seorang yang taat dan patuh kepada perintah
Allah s.w.t.

PENGHAYATAN ADAB TERHADAP IBUBAPA DI DALAM PERKARA ASAS FARDHU


AIN, SATU PENILAIAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH HULU SELANGOR

(Penyelia : Dr. Ab. Halim Tamuri)

NORHAYATI FATMI BINTI TALIB (2003)

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap perlaksanaan PAFA pelajar tingkatan empat di lima
buah sekolah menengah daerah Hulu Selangor aspek adab tethadap ibubapa. Tumpuan kajian
ada1ah untuk melihat tahap penghayatan keseluruhan pelajar, perbezaan tahap penghayatan
berdasarkan sekolah, jantina, aliran, tahap pendidikan al-Quran, gred pencapaian Pendidikan
Islam PMR dan kawasan tempat tinggal pelajar. Kajian ini menggunakan model penilaian
Stufflebeam CIPP. Sampel terdiri daripada 214 orang pelajar, 204 orang pelajar untuk
menjawab soal selidik dan 10 orang pelajar lagi dipiih untuk ditemu bual. Penganalisisan data
melalui soal selidik dilaksanakan dengan perisian SPSS versi 10.0. Ujian-T, Korelasi dan
ANOVA digunakan untuk mengolah data dan menjawab hipotesis kajian. Bagi data temu bual
pula dianalisis secara manual dengan mengeluarkan tema-tema penting. Umumnya, hasil
kajian mendapati: Tahap penguasaan dan penghayatan pelajar arnat baik dalam aspek adab
terhadap ibubapa, terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap pendidikan al-Quran
terhadap penguasaan dan penghayatan PAFA pelajar aspek adab terhadap ibubapa, terdapat
perbezaan yang signifikan di antara pelajar berlainan gred pencapaian Pendidikan Islam PMR
dalam penguasan PAFA aspek adab terhadap ibubapa dan penguasaan PAFA pelajar
mempunyai hubungan yang kuat dengan penghayatan PAFA pelajar aspek adab tethadap
ibubapa. Dapatan juga menunjukkan perlaksanaan PAFA dilakukan dengan baik di sekolah.

PERSEPSI MURID TERHADAP PERSONALITI GURU PENDIDIKAN ISLAM DI


DAERAH REMBAU, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

(Penyelia : Dr. Ab. Halim Tamuri)

CHE ZAKIAH BINTI MOHAMAD SALIM (2005)

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi mund terhadap personaliti guru
Pendidikan Islam di Daerah Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus. Kajian ini difokuskan
kepada 2 aspek personaliti guru Pendidikan Islam iaitu penampilan diri dan keprihatinan
terhadap murid. Kajian ini turut meninjau tahap sikap murid terhadap mata pelajaran
Pendidikan Islam dengan persepsi mereka terhadap personaliti guru Pendidikan Islam. Kajian
ini melibatkan seramai 142 orang sampel yang dipilih secara rawak mudah daripada 3 buah
sekolah di daerah tersebut. Alatan kajian terdiri daripada set soal selidik dan sesi temu bual.
Data dianalisis dengan menggunakan statistik inferensi yang terdiri daripada Ujian-t, Ujian
Anova Satu Hala dan Korelasi Pearson. Hasil utama kajian mendapati bahawa persepsi murid
terhadap personaliti guru Pendidikan Islam berada di tahap yang tinggi. Di samping itu, sikap
murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam turut berada di tahap yang tinggi. Hasil
kajian tidak menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan persepsi mund terhadap
personaliti guru Pendidikan Islam mengikut jantina, minat terhadap mata pelajaran
Pendidikan Islam, penguasaan bacaan Al-Quran, penguasaan tulisan dan bacaan jawi serta
pencapaian dalam Pendidikan Islam PMR. Namun demikian, dapatan kajian mendapati
terdapat hubungan antara persepsi murid terhadap personaliti guru Pendidikan Islam dengan
sikap murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam. Implikasi bagi kajian ini menunjukkan
bahawa personaliti guru boleh mempengaruhi sikap murid terhadap mata pelajaran
Pendidikan Islam.

TAHAP KEMAHIRAN DAN PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU-


GURU PENDIDIKAN ISLAM
SEKOLAH RENDAH DI NEGERI SEMBILAN

(Penyelia : Dr. Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff)

SUHAIMI BIN MOHD ISA (2005)

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kemahiran dan penggunaan komputer di
kalangan guru-guru Pendidikan Islam. Kajian berbentuk tinjauan ini melibatkan 100 orang
guru Pendidikan Islam di Negeri Sembilan. Antara aspek-aspek yang dikaji ialah tahap
kemahiran komputer, tahap penggunaan komputer, masalah penggunaan komputer, sikap guru
terhadap komputer dan kemudahan komputer. Kajian ini melihat perkaitan antara tahap
kemahiran komputer dengan tahap penggunaan komputer, perkaitan antara tahap kemahiran
dengan sikap guru, perkaitan tahap kemahiran komputer dengan masalah penggunaan
komputer, perkaitan tahap penggunaan komputer dengan masalah penggunaan komputer,
perkaitan sikap guru dengan tahap penggunaan komputer dan perkaitan masalah penggunaan
komputer dengan sikap guru. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Pakej
Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) versi 12. Analisa statistik dilakukan berdasarkan
kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Analisis pekali Pearson digunakan untuk
melihat perkaitan antara pembolehubah bebas dan bersandar. Ujian t juga dibuat untuk
melihat perbezaan min antara guru yang menghadiri dan tidak menghadiri kursus komputer
terhadap tahap kemahiran, tahap penggunaan, sikap dan masalah penggunaan komputer.
Secara keseluruhannya kajian ini mendapati tahap kemahiran komputer guru pendidikan
Islam adalah sederhana dan tahap penggunaan komputer di kalangan guru pendidikan Islam
adalah rendah. Masalah penggunaan komputer pula berada dalam tahap sederhana. Dapatan
kajian menunjukkan guru Pendidikan Islam bersikap positif terhadap penggunaan komputer.

TAHAP PENGGUNAAN TULISAN JAWI GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
http://www.gemaislam.net/abstrak1.htm
(Penyelia : Dr. Nik Mohd Rahimi NIk Yusoff)

HAMIDAH BINTI SAMSUDIN (2007)

ABSTRAK

Kajian tinjauan ini dijalankan bertujuan untuk melihat tahap penggunaan tulisan Jawi di
kalangan guru Pendidikan Islam dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Islam. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 43 orang guru Pendidikan Islam yang
mengajar di sekolah menengah di sekitar daerah Jerantut. Responden tersebut telah dipilih
secara rawak. Satu set soal selidik yang telah diedarkan secara pos telah digunakan untuk
mendapatkan data yang diperlukan. Data yang telah dikumpul diproses menggunakan
program SPSS 11.5. Dua jenis analisis data digunakan iaitu analisis statistik secara deskriptif
dan statistik inferensi. Statistik deskriptif digunakan untuk mencari kekerapan, peratusan dan
min. Manakala statistik inferensi yang digunakan untuk pengujian hipotesis ialah Ujian t dan
korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjuk tahap penggunaan dan sikap terhadap penggunaan
adalah pada tahap sederhana. Pengetahuan dan kemahiran Jawi guru adalah pada skala yang
tinggi. Manakala dari segi sumber dan kemudahan adalah pada tahap kurang memuskan.
Hasil Ujian t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang siknifikan dari segi tahap
penggunaan tulisan Jawi berdasarkan jantina dan pengalaman kerja. Dapatan juga mendapati
tahap penggunaan tulisan Jawi mempunyai hubungan yang siknifikan dengan pengetahuan
dan kemahiran Jawi guru(r = .437 dan p .005 < 0.01), sikap terhadap tulisan Jawi (r = .579
dan p .000 <0.01).Manakala faktor kemudahan dan sumber tidak mempunyai hubungan yang
siknifikan dengan tahap penggunaan tulisan Jawi

Anda mungkin juga menyukai