Anda di halaman 1dari 13

2.

0 FOKUS KAJIAN
Walaupun terdapat pelbagai masalah yang ada di dalam kelas Iswara, namun saya ingin memfokuskan
kepada penggunaan kaedah ganjaran dan hukuman untuk mengawal tingkah laku murid.

2.1 Isu Kajian


Kajian ini lebih berfokus kepada kaedah ganjaran dan hukuman untuk memodifikasikan tingkah laku
murid dalam kelas Iswara yang menunjukkan tingkah laku distruptif semasa saya mengajar kelas
Matematik. Kajian ini juga menjurus kepada strategi penyelesaian masalah untuk pengkaji
menguruskan murid yang mempunyai masalah tingkah laku distruptif.

Pengkaji mendapati bahawa tingkah laku distruptif iaitu mengganggu dan menyakat rakan serta
bising di dalam kelas perlu dikurangkan dan diubah suai. Justeru itu, kajian ini menyarankan
penggunaan kaedah ganjaran dan hukuman sebagai teknik modifikasi tingkah laku.

2.1.1 Tinjauan Awal


Pengkaji menjalankan tinjauan awal bagi mengesan tingkah laku sasaran yang hendak dikurangkan.
Kaedah tinjauan awal yang dilakukan adalah pemerhatian, temu bual berstruktur dengan dua orang
guru yang mengajar kelas Iswara dan juga analisis dokumen murid. Kesemua kaedah yang
dilaksanakan semasa analisis awal kajian adalah bertujuan untuk mengenal pasti punca masalah dan
merancang intervensi yang sesuai untuk mengurangkan tingkah laku distruptif murid kelas Iswara iaitu
mengganggu dan menyakat rakan serta membuat bising murid semasa mata pelajaran Matematik yang
diajar oleh pengkaji.

Analisis
Pemerhatian 1 Temu bual Pemerhatian 2
Dokumen

Rajah 1. Turutan kaedah tinjauan awal yang dilaksanakan

i) Pemerhatian
Langkah pertama yang diambil oleh pengkaji sebagai tinjauan awal adalah membuat pemerhatian.
Sebanyak dua pemerhatian telah dilakukan oleh pengkaji. Pengkaji telah melabelkan kajian tersebut
sebagai Pemerhatian 1 dan Pemerhatian 2. Pemerhatian 1 merupakan pemerhatian yang dilakukan
sendiri oleh pengkaji dan Pemerhatian 2 pula adalah pemerhatian yang dilakukan dengan bantuan
pembantu pengurusan murid.
Pemerhatian 1 dilaksanakan oleh pengkaji semasa minggu yang pertama pengkaji menjalankan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Matematik bagi kelas Iswara iaitu pada 10
Februari 2014 hingga 12 Februari 2014. Pemerhatian tersebut dilakukan bagi tiga sesi yang mana
setiap sesi adalah 30 minit. Pemerhatian tersebut telah dicatatkan pada borang pemerhatian. Pengkaji
menggunakan kaedah pemerhatian dalam tinjauan awal kerana kaedah tersebut dapat membantu
pengkaji dalam mengklasifikasikan sendiri masalah yang berlaku di dalam kelas. Pendapat ini disokong
oleh Lim Chong Hin (2007) yang menyatakan bahawa kaedah pemerhatian akan membenarkan
penyelidik berganjak daripada data yang berasaskan persepsi. Dalam konteks ini, pengkaji percaya
bahawa masalah yang dikenal pasti sendiri dan secara langsung oleh pengkaji melalui pemerhatian
mempunyai tahap kebolehpercayaan dan kesahan yang konsisten berbanding dengan hasil temu bual
yang dibuat bersama dengan guru. Oleh itu, pengkaji mendapati bahawa murid kelas Iswara
menunjukkan banyak tingkah laku distruptif semasa pengkaji menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.

Setelah membuat Pemerhatian 1 untuk mengenal pasti masalah, pengkaji mendapati bahawa
masalah yang menjadi penghalang kepada pengkaji untuk melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran ialah masalah tingkah laku distruptif. Oleh itu, Pemerhatian 2 pula selepas temu bual
bersama guru untuk mengira kekerapan murid melakukan tingkah laku tersebut, subjek kajian yang
perlu melakukan intervensi dan juga tingkah laku sasaran yang perlu dikurangkan .
Walaubagaimanapun, pengkaji telah meminta bantuan daripada seorang pembantu pengurusan murid
yang bertugas semasa pengkaji menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Matematik di dalam
kelas tersebut.

Pengkaji telah menyediakan satu borang senarai semak untuk kekerapan tingkah laku semua
murid. Tingkah laku yang disenaraikan di dalam senarai semak tersebut adalah berdasarkan kepada
catatan pemerhatian dan juga hasil temu bual bersama tiga orang guru. Sebanyak lima tingkah laku
distruptif telah disenaraikan dalam senarai semak yang disediakan oleh pengkaji. Oleh itu, pembantu
pengurusan murid akan memerhati dan mencatat kekerapan tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid.
Hasil daripada kekerapan yang dicatat, pengkaji akan memilih subjek kajian yang perlu menjalankan
intervensi.

Pemerhatian tersebut dilaksanakan sebanyak tiga kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran oleh
pengkaji dalam tempoh masa 30 minit untuk setiap pemerhatian. Kaedah ini juga adalah salah satu
prosedur pengumpulan data secara kualitatif iaitu triangulasi data dan triangulasi penyelidikan bagi
mengukuhkan kesahan dan kebolehpercayaan kajian yang dijalankan oleh pengkaji (Kartini Abdul
Mutalib, Ahamad Shabudin Yahya, Rosli Sahat, Badrul Hisham Alang Osman).

ii) Temu bual berstruktur


Setelah pemerhatian dibuat oleh pengkaji, temu bual pula dilaksanakan bersama guru yang mengajar
kelas Iswara. Dua orang guru telah ditemu bual iaitu guru Kemahiran Hidup dan juga guru Pendidikan
Muzik. Pengkaji menjalankan temu bual bersama guru yang mengajar subjek lain juga kerana pengkaji
ingin mendapatkan keseragaman jawapan daripada guru-guru yang berpengalaman untuk pengesanan
awal tingkah laku distruptif yang berlaku di dalam kelas Iswara.

Temu bual menurut Sabitha (2009) ialah situasi yang mana penemu bual akan bertanya soalan
pada seseorang atau lebih responden secara bersemuka.Dalam konteks kajian tersebut, pengkaji
melaksanakan temu bual berstruktur yang berpandukan soalan-soalan yang telah dibina oleh pengkaji
yang mana semua guru disoal dengan soalan yang sama (rujuk Lampiran B). Sebanyak lapan item
telah dibina untuk pengkaji menjalankan temu bual. Temu bual berstruktur yang dijelaskan oleh
Johnson (2008) ialah aktiviti perbualan dan soal jawab yang mana bentuk dan kandungan soalan-
soalan yang hendak ditanya adalah pada sesuatu tajuk atau bidang tertentu sahaja. Oleh itu, saya
mengfokuskan temu bual tersebut kepada tingkah laku murid di dalam kelas Iswara.

Temu bual tersebut adalah bagi mendapatkan kesahan dapatan bagi data pemerhatian yang
dilaksanakan oleh pengkaji. Hal ini bermakna pengkaji mengaplikasikan triangulasi kaedah iaitu
kaedah pemerhatian dan kaedah temu bual berstruktur dalam kajian tersebut. Triangulasi kaedah
merupakan proses penyemakan data yang mana melibatkan penggunaan pelbagai kaedah untuk
menyelidik fenomena yang sama (Ngu Kok Mee, 2012). Maka, penggunaan kaedah pemerhatian
dengan kaedah temu bual membuktikan bahawa pengkaji melaksanakan triangulasi kaedah.

Setiap temu bual telah dirakamkan dalam bentuk audio dan pengkaji akan mencatat semula hasil
temu bual tersebut dengan rapi dan tersusun di dalam borang catatan temu bual supaya tiada mana-
mana maklumat tercicir.

iii) Analisis Dokumen


Pengkaji juga telah membuat tinjauan awal dengan menganalisis dokumen seperti maklumat peribadi,
laporan perubatan dan juga laporan tingkah laku bagi meninjau punca masalah tingkah laku distruptif
yang timbul dalam kalangan murid kelas Iswara semasa pengkaji menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
Berdasarkan kepada penganalisisan dokumen tersebut terutamanya laporan tingkah laku murid,
pengkaji dapat mengetahui dengan lebih lanjut permasalahan dan tingkah laku yang telah dilaporkan
oleh yang berpengalaman mengajar subjek kajian.Hal ini dapat memberikan bukti untuk dikaitkan
dengan pemerhatian dan hasil temu bual yang telah dijalankan sebelum ini. Maklumat daripada
dokumen tersebut dianalisis dalam bentuk kualitatif.

2.1.2 Analisis Tinjauan Awal


Setelah selesai membuat tinjauan tersebut, pengkaji telah menganalisis data yang telah diperoleh
semasa membuat tinjauan awal tersebut. Data tersebut dianalisis secara kualitatif dan juga kuantitatif.
Berikut adalah hasil analisis tinjauan awal bagi setiap kaedah yang dilaksanakan oleh pengkaji.

Pemerhatian 1 (Borang Pemerhatian)


Jadual 1.
Hasil Pemerhatian Bagi Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Matematik yang Dijalankan.

Tarikh Hasil Pemerhatian Catatan


10 Februari 2014 1. Murid masih kelihatan malu dengan guru. 1. Pemalu
2. Murid Z mula menunjukkan tingkah laku banyak bercakap 2. Banyak bercakap
setelah 15 minit kelas.
3. Tingkah laku murid masih terkawal

11 Februari 2014 1. Murid lebih aktif berbanding hari sebelum. 1. Mengganggu rakan
2. Terdapat murid yang mengganggu rakannya yang lain semasa 2. Memerli rakan
pengkaji menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 3. Bergaduh
3. Murid Y mengadu bahawa Murid X memerlinya dan kemudian 4. Merajuk
Murid Y merajuk.
4. Murid Z memegang pembaris dan menggunakan pembaris
tersebut untuk mengganggu Murid X. Pertelingkahan kecil
berlaku.

12 Februari 2014 1. Murid Z kelihatan malas semasa diberikan tugasan dan 1. Malas membuat tugasan
kelihatan main-main. 2. Meniru tugasan rakan
2. Murid Y meniru tugasan Murid X. Tetapi, dimarahi oleh Murid X
kerana meniru.

Berdasarkan kepada hasil pemerhatian dalam Jadual 1, pengkaji mendapati bahawa terdapat
beberapa tingkah laku distruptif yang ditunjukkan oleh murid di dalam kelas Iswara semasa pengkaji
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji menapati bahawa tingkah laku distruptif
yang telah ditunjukkan adalah seperti banyak bercakap, pemalu, mengganggu rakan, memerli rakan
dan sebagainya.
Walaupun pengkaji telah mengesan beberapa tingkah laku distruptif di dalam kelas tersebut,
pengkaji hanya akan mengfokuskan kajian ini kepada dua tingkah laku yang paling kerap berlaku.
Rasionalnya, pengkaji mempunyai masa yang singkat untuk menjalankan intervensi bagi
mengurangkan tingkah laku distruptif tersebut iaitu selama sebulan. Oleh itu, pengkaji akan
menggunakan tempoh masa dengan sebaik-baiknya bagi menjalankan kajian tersebut.

Bagi pemerhatian ini, pengkaji masih belum dapat mengenal pasti tingkah laku distruptif yang
paling kerap ditunjukkan oleh murid dan masih belum dapat mengenal pasti subjek kajian yang perlu
menjalankan intervensi. Oleh itu, pengkaji mengumpul data dengan kaedah lain pula iaitu dengan
menggunakan kaedah temu bual bersama guru dan juga Pemerhatian 2 yang menggunakan instrumen
senarai semak.

Pemerhatian 2 (Senarai Semak)


Selain itu, pengkaji telah menjalankan pemerhatian dengan menggunakan kaedah senarai semak.
Tujuannya adalah bagi memilih tingkah laku distruptif yang paling kerap ditunjukkan oleh murid serta
memilih subjek kajian yang perlu menjalankan intervensi. Pengkaji telah menjalankan pemerhatian
terhadap ketiga-tiga orang murid pada permulaan kajian. Rasionalnya adalah bagi mengenal pasti
murid yang paling bermasalah dalam tingkah laku.

Jadual 2.
Hasil Pemerhatian Melalui Senarai Semak
M P Meniru tugas Tidak Membuat bising Mengganggu dan Berjalan di
rakan menumpukan menyakat rakan dalam kelas
perhatian

MX P1 2 4 5 8 1
P2 3 3 4 8 1
P3 1 5 6 6 0
J 6 12 15 22 2

MY P1 5 3 0 0 0
P2 6 2 1 0 0
P3 3 2 0 0 0
J 14 7 1 0 0

MZ P1 0 10 6 1 2
P2 1 8 5 3 1
P3 0 6 7 1 3
J 1 24 18 5 6

Petunjuk : M = Murid, MX = Murid X, MY = Murid Y, MZ = Murid Z, P = Pemerhatian, J = Jumlah


Jadual 2 menunjukkan hasil pemerhatian melalui senarai semak. Berdasarkan kepada jadual
tersebut pengkaji telah membuat keputusan untuk memilih tingkah laku distruptif yang hendak
dikurangkan dan juga subjek kajian yang perlu menjalankan intervensi. Bagi Murid X, tingkah laku yang
kerap ditunjukkan adalah mengganggu dan menyakat rakan iaitu sebanyak 22 kali. Murid Y pula
adalah meniru tugas rakan iaitu sebanyak 14 kali manakala Murid Z pula adalah tidak menumpukan
perhatian di dalam kelas iaitu sebanyak 24 kali.

Oleh itu, pengkaji akan memilih subjek kajian iaitu Murid X dan Murid Z untuk menjalankan
intervensi untuk mengurangkan tingkah laku distruptif masing-masing iaitu mengganggu dan menyakat
rakan serta tidak menumpukan perhatian di dalam kelas.

Temu bual berstruktur


Temu bual yang telah dijalankan oleh pengkaji telah dianalisis dengan menggunakan transkrip temu
bual yang telah dicatat oleh pengkaji di dalam borang temu bual. Hasil transkrip tersebut dipindahkan
ke dalam Jadual 4. Hasil daripada temu bual tersebut, pengkaji dapat mengaitkan pemerhatian
pengkaji terhadap tingkah laku murid serta mengesan beberapa perkara yang tidak diketahui oleh
pengkaji seperti faktor-faktor tingkah laku tersebut ditunjukkan serta tingkah laku lain yang tidak dapat
diperhatikan oleh pengkaji. Hasil temu bual tersebut juga dapat dijadikan item untuk senarai semak
pemerhatian tingkah laku. Hanya beberapa item terpilih hasil temu bual tersebut dipaparkan di dalam
Jadual 4.

Jadual 4.
Matriks Data Temu bual Guru bagi Tingkah laku Murid
Soalan Murid Guru Kemahiran Hidup Guru Pendidikan Muzik Pengekodan
Tahap kawalan Murid X masih dalam kawalan masih boleh dikawal tahap kawalan
tingkah laku di dengan peneguhan
dalam kelas Murid Y boleh dikawal senang dikawal
Murid Z sukar sikit dikawal perlukan teknik untuk
mengawal

Tingkah laku Murid X mengejek mengganggu dan tingkah laku distruptif


negatif yang sering menyakat rakan
ditunjukkan di Murid Y terlalu pendiam tiru tugas rakan
dalam kelas Murid Z tidak mendengar arahan kurang tumpu perhatian
guru

Tindakan anda Murid X meninggikan suara marah dan nasihat tindakan


terhadap tingkah Murid Y bagi bercakap di hadapan beri tunjuk ajar
laku tersebut Murid Z marah dan meninggikan marah dan nasihat
suara
Respons murid Murid X berhenti dan lakukan berhenti dan buat balik respons
semula
Murid Y kadang-kadang beri perlu dibimbing
respons, kadang-kadang
tidak
Murid Z susah nak berubah kadang-kadang ikut,
kadang-kadang tidak

Punca tinglah laku Murid X Suka menyakat adik- Tidak matang lagi punca tingkah laku
distruptif beradik di rumah sehingga
terbawa-bawa ke kelas
Murid Y tidak ramai adik-beradik kurang keyakinan diri
Murid Z masalah keluarga masalah keluarga

Jadual 4 menunjukkan matriks data temu bual bersama dua orang guru mata pelajaran Kemahiran
Hidup dan juga Pendidikan Muzik. Temu bual tersebut berfokus kepada tingkah laku murid di dalam
kelas Iswara. Pengkaji mendapati bahawa murid di dalam kelas Iswara sememangnya menunjukkan
tingkah laku distruptif yang bukan sahaja di dalam kelas yang diajar oleh pengkaji tetapi juga di dalam
kelas guru lain. Walaubagaimanapun, pengkaji akan memilih intervensi tersebut untuk dilaksanakan di
dalam kelas Matematik kerana pengkaji mengajar mata pelajar tersebut di dalam kelas Iswara.

Berdasarkan kepada jawapan yang diberikan oleh kedua-dua orang guru tersebut, pengkaji
mendapati bahawa tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid di dalam kelas tersebut boleh
dikategorikan sebagai tingkah laku distruptif. Di samping itu juga, pengkaji mendapati bahawa
jawapan yang diberikan oleh guru mempunyai persamaan dan juga perkaitan di antara satu sama
lain. Oleh itu, pengkaji mendapati bahawa sememangnya Murid X, Murid Y dan Murid Z
mempunyai beberapa masalah tingkah lku seperti yang terdapat di dalam Jadual 4.

Di samping itu juga, pengkaji dapat mengaitkan hasil temu bual tersebut dengan
pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji sebelum dan selepas temu bual tersebut.

Analisis Dokumen
Pengkaji juga telah membuat analisis terhadap subjek kajian yang telah dipilih setelah pengkaji
menjalankan pemerhatian dan temu bual bersama guru. Pengkaji telah memilih dua orang subjek
kajian iaitu Murid X dan Murid Z. Pengkaji yakin bahawa Murid X dan Murid Z memerlukan
intervensi untuk mengurangkan tingkah laku dengan menggunakan kaedah ganjaran dan hukuman.

Pengkaji telah meneliti beberapa dokumen yang berkaitan dengan subjek kajian seperti
maklumat peribadi, laporan perubatan dan laporan tingkah laku murid. Hasil daripada analisis
tersebut, pengkaji mendapati bahawa terapat faktor-faktor yang mengundang kepada masalah
tingkah laku subjek kajian tersebut seperti masalah keluarga, anak luar nikah dan juga masalah
kesihatan murid.

Oleh itu, pengkaji akan mengaplikasikan intervensi dengan menggunakan kaedah ganjaran
dan hukuman dalam usaha untuk memodifikasikan tingkah laku subjek kajian. Di samping itu juga,
pengkaji akan menyesuaikan kaedah yang dilaksanakan sesuai dengan latar belakang murid juga.

2.1.3 Kriteria Pemilihan Fokus Kajian


Kajian yang akan dijalankan oleh pengkaji adalah berfokuskan kepada tingkah laku distruptif murid-
murid kelas Iswara bagi mata pelajaran yang diajar oleh pengkaji iaitu Matematik. Pengkaji akan
mengaplikasikan kaedah ganjaran dan hukuman sebagai alat intervensi untuk mengurangkan tingkah
laku distruptif iaitu mengganggu dan menyakat rakan serta bising di dalam kelas.

Pemilihan fokus kajian dan kaedah intervensi yang akan digunakan adalah berdasarkan kepada
beberapa kriteria yang telah dikenalpasti.

Kebolehtadbiran
Pengkaji mendapati bahawa tingkah laku negatif dapat dikurangkan dengan menggunakan peneguhan
negatif dan peneguhan positif. Oleh itu, pengkaji akan melaksanakan kaedah ganjaran dan hukuman
untuk mengurangkan tingkah laku distruptif tersebut. Selain itu juga, pengkaji tidak mempunyai
masalah kekangan masa memandangkan dua orang subjek kajian tersebut adalah murid yang diajar
oleh pengkaji sendiri. Oleh itu, intervensi boleh dilaksanakan semasa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.

Pengkaji juga yakin untuk melaksanakan kajian tersebut kerana pengkaji mempunyai pengetahuan
dan kemampuan untuk mengumpul data menggunakan beberapa kaedah. Antaranya adalah kaedah
temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Setelah intervensi dilaksanakan, pengkaji percaya
bahawa tingkah laku subjek kajian dapat menunjukkan perubahan tingkah laku. Jadi, pengkaji
mengganggap bahawa kajian yang dijalankan dapat dipraktikkan di sekolah.

Kepentingan
Pada asasnya, kajian ini bertujuan untuk mengurangkan tingkah laku distruptif dua orang subjek kajian
iaitu mengganggu dan menyakat rakan serta bising di dalam kelas. Pengkaji perlu menyelesaikan
masalah tersebut kerana pengkaji mendapati bahawa tingkah laku yang ditunjukkan oleh subjek kajian
akan menyebabkan fokus murid lain terganggu. Oleh itu, guru perlu memberhentikan seketika proses
pengajaran dan pembelajaran untuk menguruskan tingkah laku yang ditunjukkannya. Melalui intervensi
yang dilaksanakan, pengkaji akan dapat menyedarkan murid supaya dapat menunjukkan tingkah laku
yang positif pada masa akan datang ataupun semasa bersama dengan guru-guru lain. Justeru itu,
fokus kajian ini adalah penting untuk diberi penekanan.

Kebolehgunaan
Kaedah Ganjaran dan Hukuman dapat digunakan oleh guru untuk menguruskan tingkah laku bagi mata
pelajaran yang lain juga. Kaedah ini boleh diguna secara berkesan kepada semua murid bermasalah
pembelajaran dan juga murid normal mengikut modifikasi tingkah laku yang bersesuaian. Kaedah ini
juga dapat menggalakkan sikap dan nilai murni dalam kalangan murid ketika di dalam kelas. Kaedah
yang digunakan oleh pengkaji juga bersesuaian untuk digunakan oleh guru-guru untuk menegurangkan
tingkah laku negatif yang lain kerana penggunaannyaadalah melibatkan win-win situation iaitu
sekiranya murid buat, guru akan memberikan ganjaran setimpal sesuai dengan tingkah laku yang
ditunjukkan.

Kawalan
Dari segi kawalan, pengkaji berkuasa untuk membuat keputusan sendiri dan mengawal aspek-aspek
tertentu dalam kajian iaitu dari segi subjek kajian, pengkaji menentukan skop kajian yang kecil dan juga
memilih sendiri siapa subjek kajian berdasarkan kepada tinjauan awal yang dilaksanakan. Pengkaji
juga telah memilih subjek kajian yang merupakan murid pengkaji sendiri. Dalam konteks masa
intervensi pula, pengkaji tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran guru lain kerana
pengkaji menjalankan intervensi tersebut semasa waktu pengkaji sendiri.

Kolaboratif
Pengkaji telah menjalankan kolaborasi dengan pelbagai pihak di sekolah. Dalam konteks ini, pengkaji
telah mendapatkan kebenaran daripada pihak Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas sekolah
tersebut untuk menjalankan kajian terhadap murid-murid yang telah dipilih.

Di samping itu juga, pengkaji telah membuat kolaborasi semasa tinjauan awal tersebut bersama-
sama guru yang mengajar kelas Iswara. Selain itu juga, pengkaji telah meminta bantuan daripada
pembantu pengurusan murid untuk membuat pemerhatian terhadap tingkah laku murid semasa
pengkaji melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.

Kerelevanan kepada sekolah


Intervensi ganjaran dan hukuman untuk mengurangkan tingkah laku distruptif perlu dilakukan kerana
relevan kepada pihak sekolah iaitu kepada guru-guru yang mengajar murid Pendidikan Khas. Di
samping itu juga, pencapaian akademik, sahsiah, emosi dan jasmani murid juga dapat ditingkatkan
sekiranya tingkah laku tersebut berjaya dikurangkan kerana kerana ianya tidak mengganggu
kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.

2.2 Tinjauan Literatur berkaitan Isu Kajian


Tinjauan literatur juga dibuat oleh pengkaji untuk mengukuhkan lagi kajian yang dilaksanakan oleh
pengkaji.

2.2.1 Teori/ model/ pendekatan/ strategi yang berkaitan


Teknik Modifikasi Tingkah Laku merupakan intervensi yang diaplikasikan oleh pengkaji dalam
menguruskan tingkah laku subjek kajian. Teknik Modifikasi Tingkah Laku menggunakan prinsip
peneguhan positif dan peneguhan negatif. Di dalam teori peneguhan, tingkah laku subjek kajian
ditentukan oleh akibat yang bakal diterima selepas tingkah laku ditunjukkan. Tingkah laku ini akan
dipelajari oleh subjek kajian berdasarkan akibat atau peneguhan tersebut.

Subjek kajian akan mempelajari tingkah laku yang diterima atau yang tidak diterima berdasarkan
respon yang diperoleh daripada persekitaran. Oleh itu, akibat memainkan peranan penting dalam
menguatkan atau melemahkan tingkah laku yang akan ditunjukkan pada masa akan datang.

Secara keseluruhannya, teori peneguhan menyatakan tingkah laku dipengaruhi oleh akibat selepas
tingkah laku ditunjukkan. Selain itu juga, tingkah laku boleh dibentuk, dikekalkan, diteguhkan atau
dilemahkan berdasarkan akibat yang diberikan. Malahan, Teknik Modifikasi Tingkah Laku bertindak
berdasarkan tingkah laku yang diberi ganjaran akan diulangi manakala yang tidak diberi ganjaran akan
lupus. Mengikut kajian, peneguhan positif iaitu ganjaran adalah lebih berkesan daripada dendaan.
Maka, guru digalakkan menggunakan peneguhan positif berbanding peneguhan negatif.

Prosedur menetapkan peraturan di bilik darjah sangat penting sebagai garis panduan kepada
tingkah laku pelajar di bilik darjah yang diharapkan oleh guru pelatih. Jelaslah untuk mengurus bilik
darjah dengan baik, guru pelatih perlu menetapkan peraturan di bilik darjah yang telah dipersetujui
bersama oleh pelajar sebagai satu kontrak yang dapat mengawal tingkah laku mereka. Antara contoh
peraturan yang perlu diwujudkan ialah seperti peraturan mengenai apa yang perlu dilakukan oleh
pelajar ketika guru mengambil kedatangan pelajar, penggunaan cecair pemadam, bagaimana prosedur
menjawab pertanyaan guru dan juga peraturan khusus apabila aktiviti kumpulan dijalankan. Kontrak
yang ditandatangani ini akan dirujuk sekiranya pelajar melakukan kesalahan. Robertson (1989)
menyatakan guru pelatih perlu yakin, tegas dan mengetahui tentang haknya untuk bertindak dalam
menguruskan tingkah laku pelajar di bilik darjah. Oleh itu, guru perlu tegas dan konsisten dengan apa
yang telah ditetapkan dalam
prosedur peraturan tanpa ada pengecualian kepada mana-mana pelajar. Guru juga perlu menjelaskan
harapannya terhadap pelajar dan perkara-perkara yang tidak disukai
dilakukan oleh pelajar.

Model Modifikasi Tingkah Laku menggunakan prinsip peneguhan. Pendekatan ini menjurus kepada
elemen-elemen luaran untuk mempengaruhi tingkah laku murid. Elemen-elemen luaran ini berupa
peneguhan-peneguhan yang menjadi rangsangan untuk meningkatkan tingkah laku yang diiingini.
Terdapat dua jenis peneguhan, iaitu peneguhan positif dan peneguhan negative. Peneguhan positif
berlaku apabila rangsangan diberikan seperti hadiah, pujian, markah merit dan sebagainya.
Peneguhan ini bertujuan untuk meningkatkan tingkah laku murid yang diiingini.
Skinner (1931) mendapati tingkah laku individu banyak dipengaruhi atau dibentuk oleh peneguhan
yang diterima sebaik sahaja tingkah laku tersebut ditunjukkan. Oleh itu, menurut Skinner, untuk
mendapat tingkah laku yang diingini, peneguhan dan ganjaran perlu diberi selepas seseorang
menunjukkan tingkah laku tersebut. Rangsangan peneguhan ini diperoleh di dalam bilik darjah dalam
bentuk kejayaan yang diraih selepas berusaha, persetujuan atau penerimaan rakan sebaya, hadiah,
senyuman, anggukan atau pujian yang diperoleh daripada guru.

2.2.1 Kajian lepas yang berkaitan


Kajian yang akan saya laksanakan telah disokong oleh kajian-kajian lepas. Berdasarkan kepada kajian
oleh Mohammad Azman bin Zainuddin (2013), penggunaan kaedah peneguhan yang berkesan dan
terancang akan membolehkan murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran
memaksimumkan potensi diri mereka sama ada dalam bidang akademik mahupun sahsiah diri. Kajian
yang dijalankan beliau, menjurus kepada keberkesanan penggunaan kaedah ganjaran bintang bagi
mengurangkan masalah tingkah laku distruptif murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran.
Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif untuk mengumpul data. Pengkaji telah memilih seramai tiga
orang pelajar pendidikan khas masalah pembelajaran yang berumur lapan tahun sebagai subjek kajian.
Keputusan kajian menunjukkan bahawa kaedah peneguhan secara pemberian ganjaran berkesan
dalam mengurangkan tingkah laku distruptif murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran.
Pengkaji telah mendapati bahawa dengan menggunakan kaedah ganjaran bintang, murid akan lebih
patuh akan arahan guru serta tingkah laku distruptif murid menjadi lebih terkawal. Oleh yang demikian,
melalui kajian ini, murid-murid pendidikan khas akan dapat memaksimumkan dapatan pembelajaran
apabila dapat mengurangkan tingkah laku distruptif yang telah menjadi kebiasaan dalam diri
mereka.Manakala, kajian yang akan saya laksanakan juga telah merujuk kepada kajian yang telah
dilaksanakan oleh Tuan Hazirah binti Tuan Hussin (2013).
Kajian yang dilaksanakan beliau adalah bagi mengatasi masalah tingkah laku distruptif murid
bermasalah penglihatan Tahun 4 Ros dengan menggunakan kaedah peneguhan positif serta membuat
kajian tentang keberkesanan kaedah yang digunakan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Pengkaji telah melaksanakan kajian terhadap seorang murid bermasalah penglihatan daripada kelas
Tahun 4 Ros di Sekolah X. Fokus kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana keberkesanan kaedah
peneguhan positif dalam mengatasi masalah tingkah laku distruptif murid bermasalah penglihatan.
Pengkaji telah mendapati bahawa semasa membuat tinjauan awal, subjek kajian telah menunjukkan
tingkah laku distruptif seperti tidak membuat tugasan, menconteng tugasan dan mengganggu rakan.
Oleh itu, pengkaji telah menggunakan kaedah peneguhan positif iaitu token ekonomi dan pujian bagi
mengatasi masalah ini. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan kekerapan tingkah laku distruptif murid
sudah berkurang setelah menjalankan intervensi pada kitaran 1 dan 2. Selain itu, keputusan kajian juga
telah menunjukkan peningkatan tingkah laku positif oleh subjek kajian setelah kaedah peneguhan
positif dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, kajian ini jelas menunjukkan
bahawa peneguhan positif dapat mengatasi masalah tingkah laku distruptif murid bermasalah
penglihatan Tahun 4 Ros.

Kajian seterusnya dijalankan oleh Nor Ramizah binti Zulhaimee (2013). Kajian ini juga adalah bertujuan
untuk mengurangkan tingkah laku distruptif dalam kalangan murid slow learner menggunakan kaedah
token ekonomi melalui Carta Tingkah Laku Sasaran (CarTLaS). Walaupun terdapat beberapa masalah
tingkah laku distruptif yang lain, kajian ini hanya memberikan tumpuan terhadap tingkah laku distruptif
yang sering dilakukan oleh murid slow learner iaitu bising, mengejek dan terlalu suka bercakap.
Dapatan tinjauan awal yang diperoleh melalui pemerhatian, senarai semak, temu bual dan analisis
dokumen menunjukkan bahawa tingkah laku bising , mengejek dan terlalu suka bercakap merupakan
tingkah laku yang mempunyai kekerapan tertinggi dan berada di tahap kritikal. Pengkaji mendapati
bahawa masalah ini perlu diberi perhatian kerana mengganggu kelancaran pengajaran dan
pembelajaran. Masalah tingkah laku distruptif ini juga sering berlaku di sekolah-sekolah. Oleh yang
demikian, pengkaji telah memilih kaedah kajian token ekonomi melalui penggunaan Carta Tingkah
Laku Sasaran (CarTLaS) sebagai langkah intervensi.
Instrumen pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini ialah melalui pemerhatian iaitu
perekodan kekerapan masa dan persampelan masa. Manakala, instrument lain ialah temu bual dan
analisis dokumen. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan CarTLaS berjaya
mengurangkan masalah tingkah laku distruptif bising, mengejek dan terlalu suka bercakap dalam
kalangan murid slow learner.

Anda mungkin juga menyukai