Anda di halaman 1dari 6

5.

0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN



Pengkaji akan menjalankan kajian dengan mengadaptasi Model Kemmis dan McTaggart seperti yang
dinyatakan oleh Pasukan Penyelidik (2013) dalam Penyelidikan Tindakan Panduan Penulisan Laporan.
Pengkaji memilih model kajian tindakan tersebut kerana pengkaji yakin dan percaya bahawa model
tersebut dapat membantu pengkaji untuk menyelesaikan masalah yang dapat membantu
penambahbaikan amalan dan kualiti pengajaran dan pembelajaran (Mertler, 2006).

5.1 Kitaran Kajian 1




Rajah 2. Kitaran 1


5.1.1 Perancangan
Pada peringkat perancangan, pengkaji akan melakukan pemerhatian ke atas murid sewaktu sesi
pengajaran dan pengajaran dijalankan. Dalam fasa ini juga, pengkaji telah merancang strategi
penggunaan kaedah ganjaran dan hukuman secara berstruktur yang mana pengkaji telah memilih
untuk menetapkan peraturan di dalam kelas.
MERANCANG
- Menetapkan
peraturan-peraturan di
dalam bilik darjah
BERTINDAK
- Melaksanakan
ganjaran dan
hukuman pada masa
murid menunjukkan
tingkah laku distruptif
MEMERHATI
- Tingkah laku murid
semasa pengkaji
menjalankan aktiviti
pengajaran dan
pembelajaran
Matematik
REFLEKSI
- Murid
memberhentikan
tingkah laku apabila
ditegur
KITARAN 2

KITARAN 1

Penyelidik akan memberitahu murid bahawa satu set peraturan yang berkaitan dengan
tingkah laku sasaran akan dilaksanakan di dalam kelas tersebut. Jadi, setelah kertas cadangan ini
diluluskan, pengkaji akan melaksanakan kitaran 1 dengan memberitahu murid di dalam kelas
Iswara tentang tiga peraturan (rujuk lampiran set peraturan) yang akan ditetapkan oleh pengkaji.
Pengkaji akan menegaskan sebab dan akibat sekiranya murid melanggar peraturan tersebut.
Selain itu juga, pengkaji akan menampal set peraturan tersebut di dalam bilik darjah supaya murid
di dalam kelas Iswara terutamanya Murid X dan Murid Z sedar tentang peraturan yang telah
diwujudkan oleh pengkaji. Pengkaji juga akan menyebut perturan tersebut berulang-ulang kali
supaya mereka tidak akan lupa tentang peraturan yang akan dilaksanakan.


5.1.2 Tindakan
Manakala dalam fasa tindakan pula, pengkaji akan melaksanakan peraturan yang ditetapkan oleh
pengkaji. Pada peringkat ini juga, pengkaji akan melaksanakan kaedah ganjaran dan hukuman
sekiranya murid mengikuti atau melanggar mana-mana peraturan yang telah ditetapkan oleh
pengkaji. Walaubagaimanapun, semasa kitaran ini pengkaji tidak bercadang untuk menggunakan
apa-apa laat seperti carta ganjaran untuk memaparkan skor yang diperoleh murid sebaliknya
ganjaran dan hukuman tersebut akan dikenakan pada masa murid menunjukkan tingkah laku
tersebut.


5.1.3 Pemerhatian
Dalam fasa pemerhatian, pengkaji yang juga bertindak sebagai guru Matematik kelas tersebut akan
membuat pemerhatian ke atas tingkah laku sasaran yang hendak dikurangkan melalui senarai
semak. Pengkaji akan menyediakan senarai semak untuk membuat penilaian terhadap
keberkesanan intervensi yang dilaksanakan pada kitaran 1.


5.1.4 Refleksi
Manakala, dalam fasa refleksi pula, pengkaji akan membuat penilaian keberkesanan intervensi
yang dijalankan. Pengkaji akan menilai melalui senarai semak tersebut dan juga secara kualitatif
sama ada tingkah laku tersebut dapat dikurangkan ataupun tidak. Sekiranya tingkah laku tersebut
masih perlu dikurangkan, pengkaji akan menambah baik intervensi dengan menjalankan kajian
kitaran 2.


5.2 Cara Pengumpulan Data
Kajian yang akan dijalankan adalah mementingkan prinsip kesahan dan kebolehpercayaan. Oleh itu,
pengkaji akan memilih dua jenis kaedah penilaian intervensi sebagai triangulasi dalam kajian ini.
Pierangelo, R.,& Giuliani, G.A.( 2009) menyatakan bahawa setiap pengkaji dicadangkan untuk
mengenal pasti sekurang-kurangnya tiga cara yang berbeza sewakti pengumpulan data. Bagi
mengumpul data yang diperlukan, beberapa instrumen kajian telah dipilih oleh pengkaji. Antaranya
ialah borang rekod interval dan juga rekod kekerapan.

5.2.1 Pemerhatian
Pengkaji akan melaksanakan kaedah pemerhatian untuk menilai tingkah laku yang ditunjukkan oleh
murid. Dalam konteks ini, dua instrument pemerhatian akan dilaksanakan semasa kitaran tersebut.
Instrumen tersebut adalah borang rekod interval dan juga borang rekod kekerapan.

Borang Rekod Interval
Bagi rekod interval (rujuk lampiran), pengkaji akan meminta bantuan daripada individu lain seperti
rakan sejawat pengkaji ataupun pembantu pengurusan murid untuk membuat pemerhatian dan juga
menandakakan tingkah laku mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan di dalam borang tersebut.

Borang Rekod Kekerapan
Pengkaji juga akan menyediakan borang rekod kekerapan bagi membuat pemerhatian terhadap
tingkah laku Murid X dan Murid Z sebelum, semasa dan selepas intervensi dilaksanakan. Rekod
tersebut akan ditanda sendiri oleh pengkaji semasa pengkaji menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran Matematik bagi kelas Iswara. Pengkaji akan membuat pemerhatian selama 30 minit
sebanayak tiga kali dalam seminggu iaitu pada hari Isnin, Selasa dan Rabu. Di samping itu juga,
pengkaji akan membuat pemerhatian sekali dalam dua minggu selama intervensi tersebut
dilaksanakan.

5.3 Cara Menganalisis Data
Setelah pengkaji mengumpul data semasa pengkaji menjalankan intervensi tersebut, pengkaji akan
menganalisis data tersebut ke dalam beberapa kaedah.

5.3.1 Pemerhatian (Borang Rekod Interval)
Bagi menganalisis borang rekod interval, pengkaji akan menggunakan skala Likert bagi mengenal
pasti sama ada tingkah laku dapat dikurangkan ataupun masih belum dapat dikurangkan setelah
kitaran 1 dilaksanakan.
TINGKAH LAKU
Sela masa Mengganggu dan menyakat rakan Tidak menumpukan perhatian
7.40 7.40
7.40 7.50
7.50 8.00
8.00 8.10
JUMLAH KEKERAPAN


Pengkaji akan menggunakan Skala Likert terdiri daripada tiga tahap iaitu berjaya (1-3),
memuaskan (4-7) dan tidak berjaya (8>) untuk menilai keberkesanan intervensi yang dijalankan.
Jadual 11 menunjukkan Skala Likert yang akan digunakan oleh pengkaji.

Jadual 11
Skala Likert
Skala Tahap Keberkesanan
1-3 Berjaya
4-7 Memuaskan
8> Tidak Berjaya


5.3.2 Pemerhatian (Borang Rekod Kekerapan)

Intervensi yang akan dilaksanakan akan direkodkan dan ditunjukkan melalui di dalam borang rekod
kekerapan sebagai data baseline. Pengkaji akan merekodkan









5.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan
Pengkaji telah mengstrukturkan penyelidikan yang dijalankan mengikut tempoh masa dan peruntukan
kewangan sebagai panduan kepada pengkaji.

5.4.1 Jadual Pelaksanaan
Pengkaji telah merangka dan merancang jadual kajian tersebut kepada beberapa aktiviti mengikut
bulan. Jadual menunjukkan perancangan tindakan yang bermula daripada latihan praktikum Fasa 3
hingga ke pembentangan. Walabgaimanapun, tarikh aktiviti bagi pelaksanaan kajian mungkin diubah
mengikut keperluan semasa dan keadaan.

Jadual. Jadual Perancangan Pelaksanaan Tindakan.
Bil Aktiviti Bulan
J F M A M J J O S O
1 Suai kenal bersama murid /
2 Menjalankan tinjauan awal /
3 Menganalisis tinjauan awal /
4 Mengenal pasti masalah pengajaran
dan pembelajaran.
/
5 Mengumpul maklumat murid /
6 Menulis kertas cadangan kajian /
7 Merancang dan membina instrumen /
8 Pra-intervensi /
9 Melaksanakan Kitaran 1 /
10 Menganalisis data /
11 Menghantar kertas cadangan /
12 Melaksanakan kitaran 2 /
13 Menganalisis data /
14 Pasca Intervensi /
15 Refleksi Kajian /
16 Menulis laporan / / /
17 Pembentangan dapatan kajian /

5.4.2 Kos Kajian

Pengkaji telah membuat anggaran kos untuk melaksanakan kajian tindakan tersebut. Jadual
menunjukkan kos semasa bagi item yang akan digunakan semasa melaksanakan kajian tindakan
tersebut.

Sumber kewangan diperolehi melalui peruntukan elaun kajian tindakan yang telah diberikan kepada
pengkaji dan juga sumber persedirian.

Bil Item Harga Seunit (RM) Kuantiti Jumlah
(RM)
1 Kertas 12.50 5 62.50
2 Dakwat pencetak 10.00 4 40.00
3 Penjilidan 100.00 5 500.00
JUMLAH (RM) 602.50

Anda mungkin juga menyukai