Anda di halaman 1dari 5

JENIS BAJA UNTUK TANAMAN KELAPA SAWIT DAN IMPAK

PENGGUNAAN BAJA TERHADAP ALAM SEKITAR

Jenis Baja yang Digunakan untuk Tanaman Kelapa Sawit

Antara nutrien utama yang diperlukan untuk kesuburan dan kesihatan kepala
sawit : Nitrogen (N), Fosforus (P2O5), Kalium (K2O), Magnesum (MgO), Boron
(B2O3). Nutrien-nutrien ini mempunyai manfaat tersendiri terhadap tanaman
kelapa sawit, dan terkandung dalam sumber-sumber tertentu. Baja kimia dan
organik merupakan contoh sumber bagi nutrien yang diperlukan oleh kelapa
sawit.

Baja kimia yang digunakan dalam pembajaan kelapa sawit terdapat dalam tiga
bentuk iaitu; baja tunggal yang mengandungi satu unsur utama sahaja, dan
baja campuran serta baja sebatian, di mana keduanya mengandungi lebih
daripara satu unsur utama.

i. Baja Tunggal - Mengandungi satu unsur utama sahaja, contohnya Urea,


Ammonium Sulfat (AS), Muriate of Potash (MOP), Phosphate Rock, Kieserite
dan Borax

ii. Baja Campuran - Terhasil melalui campuran beberapa jenis baja tunggal
secara fizikal

iii. Baja Sebatian - Terhasil daripada gabungan beberapa unsur melalui proses
basa secara kimia atau proses kering menggunakan tekanan tinggi

Harga baja tunggal per nutrien adalah lebih murah berbanding baja campuran
atau baja sebatian. Walaubagaimanapun, penggunaan baja tunggal akan
memerlukan kos buruh yang lebih tinggi kerana keperluan untuk menabur
setiap jenis baja.
Berikut merupakan contoh jenis-jenis baja yang biasa digunakan untuk
memenuhi keperluan nutrien kelapa sawit agar tumbuh dengan subur dan
bebas dari ancaman penyakit dan haiwan perosak, selain dapat menghasilkan
buah yang berkualiti:

No. Jenis Baja Unsur yang terkandung dalam sumber


baja

1 Urea Nitrogen (N)

2 Ammonium Sulfat N

3 Diammonium Fosfat N dan P2O5

4 Ammonium Nitrat N

5 CIRP Fosfat (P2O5)

6 TSP P2O5

7 Gasfa P2O5

8 Phosphate Rock P2O5

9 Muriate of Potash Kalium (K2O)

10 Abu Tandan (Bunch Ash) K2O

11 Kieserite Magnesium (MgO)

12 Kapur (Limestone GML) MgO dan Kalsium (Ca)

13 Borax Boron (B2O3)

14 Copper Sulfate Kuprum (Cu)

15 Zinc Sulfate Zink (Zn)

Kesan Sampingan daripada Penggunaan Baja Kimia dalam Aktiviti Penanaman


Kelapa Sawit
1. Penggunaan bahan kimia dalam baja subur dalam industri kelapa sawit
menyumbang kepada pencemaran sungai kerana bahan kimia yang terkandung
dalam baja akan melarut masuk ke dalam sungai. Hal ini akan menjejaskan
kebergantungan penduduk kepada air sungai yang digunakan sebagai sumber
ekonomi, sumber makanan dan bekalan air bersih (Jawan, 2008)

2. Pencemaran nutrien merupakan fenomena yang berlaku akibat kandungan nutrien


yang berlebihan di dalam air, seterusnya menyebabkan pencemaran air. Aktiviti
pembajaan dalam sektor pertanian menjadi salah satu penyumbang kepada
kekayaan nutrien di dalam air. Hal ini kerana nutrien daripada baja yang terkandung
di dalam tanah mampu mengalir ke dalam sistem aliran air sama ada dihanyutkan ke
air sungai mahupun meresap ke dalam air bawah tanah. Antara kekayaan nutrien
yang berlaku adalah;

i) Peningkatan kandungan Ammonia Nitrogen (AN) di dalam air. Kandungan AN


yang tinggi menunjukkan sungai tersebut mengalami pencemaran. AN terdiri
daripada nitrogen organik, gas nitrogen, ammonia, nitrit dan nitrat.

ii) Peningkatan kandungan sebatian Nitrat. Nitrat wujud secara kimia daripada
unsur nitrogen dan oksigen. Sebatian nitrat mampu memasuki sistem aliran air
sungai dan menjejaskan kualiti air sungai, yang mana penggunaa baja nitrat
secara berlebihan menyumbang sebanyak 25% daripada punca peningkatan
paras nitrat di dalam air (Kasan, 2006)

iii) Kehadiran kandungan sebatian fosfat di dalam air meransang pertumbuhan


pelbagai organisma akuatik dan meningkatkan kuantiti organisma-organisma
berkenaan (Kasan, 2006). Hal ini merupakan satu kesan yang positif terhadap
hidupan akuatik, sehingga kandungan sebatian fosfat di dalam air menjadi
berlebihan dan menyebabkan pertumbuhan alga secara drastik. Pertumbuhan
alga yang berlebihan menjejaskan sumber makanan dan habitat hidupan akuatik
yang lain, serta mengurangkan kandungan oksigen di dalam air. Fenomena ini
disebut sebagai algal bloom. (USEPA)
3. Antara impak lain yang disebabkan oleh pencemaran air terhadap alam sekitar
adalah pencemaran udara disebabkan oleh pelepasan sebatian nitrogen seperti
nitrogen oxide ke udara yang terhasil daripada tindak balas sebatian nitrogen
(USEPA).

4. Pencemaran air berpotensi untuk menjejaskan kesihatan manusia. Kekayaan


nutrien dalam air dan fenomena algal bloom menghasilkan toksin dan beberapa
sebatian yang berbahaya terhadap kesihatan. Sebagai contoh;

i) Pengambilan secara sengaja ataupun tidak daripada sumber air tercemar untuk
tujuan makan dan minum, serta menjalani aktiviti berenang di dalam air yang
terjejas dengan fenomena algal bloom boleh mendatangkan gejala seperti ruam,
sakit perut dan hati dan masalah pernafasan, serta lebih parah lagi, hal ini juga
boleh menyebabkan penyakit neurologi. (USEPA)

ii) Air yang mengandungi sebatian nitrat yang tinggi boleh menyebabkan masalah
kesihatan yang parah malahan boleh menyebabkan kematian apabila diminum.
Situasi keracunan nitrat ini disebut sebagai blue baby syndrom, di mana
tanda-tanda sindrom ini adalah sesak nafas dan kulit penghidap kelihatan
membiru (USEPA)

5. Selain menjejaskan bekalan air bersih, pencemaran air juga akan mempengaruhi
status ekonomi sesebuah institusi. Sebagai contoh, peningkatan kos untuk
membangunkan sistem rawatan air bagi tujuan bekalan air bersih kepada penduduk,
menjejaskan sumber pendapatan nelayan akibat kekurangan hasil apabila sungai
yang menjadi punca pendapatan tercemar lantas membunuh ikan-ikan, udang dan
mencemar kerang, kerugian pada sektor pelancongan kerana pencemaran air
menghalang aktiviti rekreasi untuk dijalankan di kawasan terjejas, selain menjejaskan
pemandangan dan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan (USEPA)
SENARAI REFERENS

https://www.epa.gov/nutrientpollution/problem

https://www.epa.gov/nutrientpollution/effects-human-health

https://www.epa.gov/nutrientpollution/effects-environment

https://www.epa.gov/nutrientpollution/effects-economy

Anda mungkin juga menyukai