Anda di halaman 1dari 20

1.

0 PENGENALAN

1.1 Tekanan Emosi Dalam Kalangan Guru

Profesion perguruan sungguh mencabar apatah lagi menjelang abad ke 21

ini. Tuntutan daripada guru lebih berbandingibu bapa dan masyarakat dalam soal-
soal pendidikan murid-murid di sekolah. Ditambah lagi dnegan beban tugas di luar
bidang pengajaran bagi mengikuti arus perkembangan semasa pendidikan yang
ditransformasikan secara berperingkat. Untuk menjadi seorang guru dan pengurus
pendidikan yang baik, seorang guru harus peka dengan perkembangan terkini yang
sentiasa mendatang juga sanggup untuk menghadapi proses kepemimpinan,
pengurusan, pengelolaan sumber dan pencapaian matlamat pendidikan (Ibrahim
Ahmad Bajunid, 1995). Justeru itu, dengan pelaksanaan pelbagai reformasi dalam
pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab para guru menjadi
lebih besar, mencabar dan kompleks. Dengan itu, guru berasa amat tertekan kerana
tidak mampu menangani tugas dan harapan yang sentiasa berterusan mengalami
perubahan. Menurut Girdano (1979), individu tidak mungkin dapat berfungsi dengan
berkesan dan produktif jika ia dalam keadaan tertekan. Perasaan tertekan
menjadikan seseorang itu tidak rasional, cemas, tegang, tidak dapat memusatkan
perhatian kepada kerja dan gagal menikmati rasa gembira atau puas hati terhadap
kerja yang dilakukan.

1.2 DEFINISI STRES

1.2.1 Konsep

Menurut Smither (1994) menakrifkan stres sebagai respon fisilogikal dan

psikologikal ke atas permintaan terhadap seseorang. Menurut Schafer (1992) stres
ialah kebangkitan minda dan badan seseorang dalam bertindakbalas kepada
permintaan terhadap dirinya. Stres guru pula merujuk kepada pengalaman guru
terhadap emosi yang tidak diigini seperti tekanan, kekecewaan, kebimbangan,
kemarahan dan kemurungan akibat daripada tugasnya sebagai seorang guru. Maka,
stress merupakan tindak balas fizikal yang biasa terhadap sesuatu perkara atau
peristiwa yang menyebabkan ketidakseimbangan emosi. Sekiranya stress diurus
dengan betul, kita akan bertindak dengan cara yang betul juga. Kadangkala stres

1
boleh menyelamatkan diri seseorang dalam mempertahankan diri contohnya dalam
situasi kecemasan, seseorang akan bertindak cepat menekan siren api untuk
menyelamatkan situasi kebakaran.

Selain itu, stress juga boleh membantu individu untuk menangani situasi yang
bahaya dan mencabar. Stress pada kadar minimum adalah positif dan dapat
membantu individu membuat persembahan di khalayak ramai, menumpukan
perhatian dan belajar tekun untuk menghadapi ujian contohnya guru yang berasa
tertekan menghadapi peperiksaan semester Pembelajaran jarak jauh (PJJ) akan
menumpukan kepada ulangkaji pelajaran berbanding menonton televisyen. Namun,
stress boleh menyebabkan kesihatan terganggu, perhubungan perasaan dan
menjejaskan kehidupan sekiranya mencapai ke suatu tahap tertentu. Keupayaan
seseorang yang tidak dapat memenuhi sesuatu permintaan pula akan menimbulkan
kesan stress yang negative. Manakala keupayaan seseorang yang tidak dapat
memenuhi sesuatu permintaan pula akan menimbulkan kesan stress yang negatif.

1.2.2 Jenis-jenis Stres

Terdapat lima jenis stres yang dikaitkan dengan stres kerjaya guru iaitu :

(i) Stres Here Or Now

Stres Here Or Now adalah situasi yang wujud pada sesuatu masa atau suatu
ketika. Contohnya , guru yang berada dalam peperiksaan , terjatuh menuruni
tangga. Dan bertengkar dengan rakan sekerja.

(ii) Stres Anticipation

Stres Anticipation merupakan jenis dimana guru akan bertindak balas
terhadap sesuatu peristiwa yang dijangkakan. Contohnya, setiap hujung semester
sekolah akan menganjurkan perjumpaan dengan ibu bapa. Oleh sebab itu, guru-
guru yang baru akan berasa panik dan tertekan kerana tidak yakin menghadapi
situasi tersebut.

2
(iii) Stres Imaginatif
Stres imnaginatif merupakan stres yang berlaku dalam sesuatu situasi apabila
individu berfikir dan berimaginasi tentang sesuatu yang ngeri, menakutkan dan
sebagainya. Contohnya , anda berada sendirian di dalam bilik pada waktu malam
dan anda mendengar bunyi di luar bilik dan dengan spontan anda membayangkan
ada pencuri, hantu dan sebagainya.

(iv) Stres Reaktif

Stres reaktif wujud akibat daripada peristiwa atau pengalaman lampau. Stress
ini berlaku secara semulajadi dan kadangkala sebagai satu proses memulihkan.
Contohnya kematian orang yang terdekat. Proses mengimbas balik sesuatu
peristiwa dan pengalaman lampau merupakan situasi di mana stres reaktif berlaku.

(v) Stres Negatif

Stres negatif adalah stres yang memuncak dalam tempoh masa sama ada
hari, minggu atau tahun. Hal ini boleh berlaku disebabkan satu punca sahaja
contohnya masalah kewangan atau akibat masalah-masalah lain.

1.2.3 Punca Punca Stres Guru

Guru pada masa kini diharapkan dapat melaksanakanpelbagai tanggungjawab

selain mengajar. Faktor-faktor yang mempengaruhi stress adalah berpunca daripada
dua faktor iaitu faktor luaran dan faktor dalaman. Menurut Gold dan Roth (1993)
menggambarkan status profesion perguruan masa kini dianggap mempunyai tiga
keadaan negatif, iaitu keadaan yang tekanan, moral guru yang rendah dan
perletakan jawatan (mungkin bukan dalam keadaan kegawatan sekarang). Menurut
Dunham (1992), terdapat lima faktor utama yang menyebabkan berlakunya tekanan
kerja guru iaitu salah laku pelajar, beban tugas, keperluan penghargaan, kekangan
masa dan sumber, dan hubungan interpersonal.

Menurut Dunham & Varma (1998), punca-punca stress yang mungkin dihadapi
oleh guru adalah mengajar pelajar yang kurang bermotivasi, mengawal disiplin bilik
darjah dan sekolah, tekanan masa dan bebanan kerja, menangani perubahan dinilai
oleh pihak lain, mempunyai kaitan kerja dengan rakan sekerja, konsep kendiri dan

3
status, pihak pentadbiran dan pengurusan, konflik peranan dan tidak jelas atau
keraguan serta persekitaran kerja yang tidak kondusif.

Kyriacou (1987) pula mengenalpasti bahawa punca-punca stress ialah tekanan

masa, sikap buruk pelajar terhadap sekolah dan kurangnya motivasi di sekolah,
masalah pengurusan bilik darjah, gaji guru rendah, kurangnya bahan mengajar,
keadaan bekerja yang tidak kondusif serta konflik dengan rakan sekerja.

Menurut Anuar (2007) sikap ibu bapa yang terlalu mengharapkan guru
mengajar anak mereka sehingga muncul sebagai pelajar cemerlang dalam
akademik menjadi punca utama mereka menghadapi stress di tempat kerja
sehingga menjejaskan prestasi perkhidmatan masing-masing. Kajian Unit kaunseling
Jabata Psikologi , jabatan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), bagi
mengenalpasti masalah guru di seluruh negara tahun lalu mendapati 83 peratus
guru mengalami stress dengan harapan tinggi ibu bapa itu.

1.2.4 Tanda-tanda dan Simptom Stres Guru

Tanda-tanda suatu stress boleh dikaji mengikut bidang kognitif, emosi, tingkah
laku dan fizikal. Simptom kognitif adalah masalah ingatan, kurang memberikan
tumpuan, membuat penilaian yang tidak tepat dan kerap berasa bimbang serta
berpandangan negatif.

Simptom emosional pula dilihat dengan tanda-tanda muram, cepat marah,

tidak boleh relaks, rasa hendak menangis, rasa kesunyian dan kemurungan serta
kesedihan. Dari aspek fizikal, stres memperlihatkan tanda-tanda seperti sakit sendi
dan kesakitan, cirit-cirit atau konstipasi, sakit kepala, pening, sakit dada, mengalami
masalah pencernaan, denyutan jantung pantas, ulser mulut, penurunan dalam
desakan seks dan kerap mendapat selsema.

Simptom stres juga boleh dikesan melalui tingkahlaku. Stres akan

menyebabkan kita makan lebih atau kurang dari biasa, tidur terlalu banyak atau
kurang, menyendiri, menangguhkan atau mengabaikan tanggungjawab, merokok,
minum arak atau mengambil dadah untuk relaks serta mempunyai tabiat gelisah
atau resah iaitu menggigit kukuh dan melangkah ke sana sini.

4
2.0 BURNOUT GURU

2.1 Konsep Burnout

Burnout guru atau Teacher Burnout digunakan oleh ahli psikologi

Freudenberger bagi situasi tekanan emosi dialami guru. Menurut Schwab (et al.
1986), Burnout guru adalah keadaan yang disebabkan oleh depersonalisasi,
keletihan dan suatu perasaan pencapaian yang semakin menurun. Ia bermaksud
suatu keadaaan keletihan dari segi emosi, mental dan fizikal yang disebabkan
keadaan stres yang melampau dan berpanjangan. Biasanya keadaan ini berlaku
apabila individu tidak dapat mencapai kehendak dan apabila berterusan sedemikian,
individu akan kehilangan minat atau untuk terus melaksanakan kewajipan mengajar
atau bekerja.

Mattingly (1977) menghuraikan bahawa burnout adalah suatu gerak balas

yang menyakitkan dan destruktif terhadap stres yang melampau. Maslach (et al.
1976) pula mendefinisikan burnout sebagai kehilangan minat oleh pekerja terhadap
orang-orang yang bekerja terhadap orang-orang yang bekerja dengannya.
Secara ringkasnya, Burnout merujuk kepada mengurangkan produktiviti,minat dan
melemahkan semangat seseorang individu sehingga menyebabkan individu berasa
marah, tidak berupaya, bersifat sinis dan tidak berguna. Akhirnya seorang individu
akan berasa tidak berguna lagi.

2.2 Perbezaan Stres dan Burnout (copy paste ja jadual di bawah)

Stres dan Burnout adalah dua ciri tekanan emosi yang berbeza. Stres adalah
tekanan dengan penglibatan perasaan yang keterlaluan manakala burnout adalah
pelepasan daripada melibatkan diri menghadapi sesuatu. Apabila mengalami stres,
individu akan menghasilkan rasa cemas dan hiperaktif. Manakala burout telah
menyebabkan ketidakupayaan dan berputus asa. Dari segi fizikal, seseorang yang
mengalami stres akan mudah atau serta merta kehilangan tenaga manakala burnout
menyebabkan kemerosotan motivasi dan kehilangan harapan terhadap diri sendiri
atau sesuatu.

Individu yang mengalami stres akan mengakibatkan kegelisahan terhadap diri

sendiri manakala burnout akan mengakibatkan pengasingan diri dan kemurungan.

5
Dari segi emosi, stres adalah kecederaan yang dialami secara fizikal manakala
burnout melibatkan perasaan yang terhiris. Memandangkan stres boleh
meningkatkan tekanan darah dan penyakit jantung maka stres yang keterlaluan
mungkin boleh menyebabkan maut terlalu awal. Burnout tidak melibatkan masalah
kesihatan tetapi mungkin akan menyebabkan perasaan seperti hidup yan tidak
bermakna akibat kemurungan.

2.3 Punca dan Tanda-tanda

Banyak punca yang dikaitkan dengan burnout. Punca utama dikaitkan dengan
hasil daripada tugas. Biasanya berlaku apabila seorang individu yang telah bekerja
keras dan secara berlebihan tetapi tidak dihargai atau diiktiraf malah diarahkan
membuat kerja yang lebih baik lagi. Contohnya seorang guru yang aktif di dalam
kokurikulum dan sentiasa melaksanakan kerja kokurikulum dengan baik tetapi tidak
pernah dianugerahkan apa-apa. Guru tersebut mungkin akan mengalami burnout.

Burnout biasanya disebabkan oleh stres yang dihadapi guru dalam satu
tempoh masa yang panjang. Faktor lain yang boleh menyumbang kepada burnout
termasuk gaya hidup dan personaliti tertentu. Apa yag dilakukan oleh seseorang
pada masa lapangnya serta bagaimana tanggapan seseorang terhadap dunianya
memainkan peranan dalam menyebabkan burnout.

Seterusnya, adalah dalam kalangan guru novis. Guru yang baharu keluar
daripada institut perguruan dan masih perlu bimbingan tidak mendapat kerjasama
daripada guru berpengalaman. Sedangkan tugas guru lama adalah membantu guru
baru ini melaksanakan kerja-kerja yang biasa dilakukan oleh guru atau berbincang
tentang menghadapi alam pengajaran di sekolah. Malangnya guru novis tidak
mendapat perhatian dan terpaksa terkial-kial melaksanakan tugas sebagai seorang
guru tanpa bantuan. Stres yang dihadapi sekiranya berlarutan akan menyebabkan
burnout.

Punca burnout seterusnya hasil daripada gaya hidup merangkumi aspek-

aspek, iaitu bekerja terlalu kuat tanpa rehat dan bersosial, diberi terlalu banyak
tanggungjawab tanpa bantuan yang mencukupi daripada orang lain, tidak cukup

6
tidur dan kurangnya sokongan dari segi perhubungan sama ada pihak pentadbir,
rakan sejawatan atau keluarga.

Punca seterusnya berkaitan dengan jenis personaliti individu. Ia berkaitan

dengan sikap guru yang mementingkan kesempurnaan semasa melakukan
pekerjaan. Manakala tugasan orang lain sering dianggap kurang sempurna. Ada
beberapa guru yang memandang pesimistik terhadap diri dan dunia luarnya. Namun
ada juga guru yang tidak boleh melepaskan kawalan terhadap sesuatu tugas dan
tidak mahu mengagihkan tugas kepada orang lain. Sikap mereka yang suka
memaksa diri dan membebankan diri sendiri dan lama-kelamaan akan
menyebabkan burnout.

2.4 Tanda-tanda dan Simptom Burnout

Burnout merupakan satu proses yang berlaku secara beransur-ansur dalam

suatu tempoh masa yang panjang. Kita boleh memastikan gejala burnout jika
dikesan lebih awal. Tanda-tanda dan simptom burnout ialah ialah tanda-tanda
fizikal, emosi dan tingkah laku. Tanda-tanda fizikal ialah individu akan rasa
keletihan pada sepanjang masa, imuniti rendah, perubahan masa tidur dan
pemakanan, sakit kepala, sakit belakang dan otot. Simptom sedemikian mungkin
dialami kerana kerja berlebihan di sekolah ditambah lagi dengan kerja di rumah. Dari
segi tanda-tanda emosi pula, seseorang individu akan rasa kegagalan dan
keraguan kendiri seperti kurang bermotivasi, tidak berupaya dan bermaya, kurang
berpuas hati, suka mengasingkan diri dan personaliti imej semakin negatif dan sinis.
Akibatnya sikap murung akan dialami individu.

Tanda-tanda tingkah laku yang ketara ialah individu mengundur diri daripada
tanggungjawab, mengasingkan diri daripada orang lain, suka menangguhkan tugas
dan mengambil masa panjang untuk menyempurnakannya. Adakalanya seseorang
mengambil bahan ubat atau alkohol untuk menangani masalah. Ia boleh
memudaratkan kesihatan atau menambah kebergantungan kepada ubat untuk
mengurangkan tekanan. Seseorang individu kadang-kadang mengalihkan
kekecewaannya kepada orang lain iaitu dengan menyalahkan pihak yang bersama-
sama melakukan tugas tersebut. Sehinggakan suatu masa, seseorang itu akan
mengabaikan tugasnya kerana tidak mahu melakukan kerja yang menjadi

7
bebananya. Simptom burnout juga boleh dilihat pada individu yang datang bertugas
lewat tetapi suka balik awal.

2.5 Langkah-langkah Menangani dan Menguruskan Tekanan Emosi

Mencegah terjadinya stres atau burnout adalah lebih baik daripada

mengubatinya. Penyelidik menyarankan agar pencegahan burnout ini dilakukan
lebih awal. Langkah-langkah pencegahan pula hendaklah diambil pada tahap
pengurusan (perubahan dalam persekitaran sekolah) atau pada peringkat individu
(memperkuat resos guru untuk mengawal stres). Banyak intervensi atau
pencegahan awal yang boleh diambil dalam sistem sekolah. Salah satunya adalah
latihan atau sesi pengenduran yang dilaksanakan untuk peserta meregangkan
badan, membuat meditasi, membaca sesuatu yang memberikan inspirasi atau
menulis jurnal.

Selain itu, bengkel mengenai pengurusan masa, program pementoran untuk

guru novis, pengurusan stres serta aktiviti peningkatan profesional perlu bagi
mencegah guru burnout. Dalam bengkel menguruskan stres bererti latihan untuk
membolehkan individu mengawal pemikiran diri, jadual persekitaran, emosi dan cara
menangani masalah. Matlamat terakhir adalah suatu kehidupan seimbang,
mempunyai masa untuk bekerja, hubungan dan rekreasi serta ketahanan untuk
menangani tekanan dan menghadapi cabaran masa depan.

Intervensi di sekolah boleh diambil untuk mencegah berlakunya burnout dalam

kalangan guru. Antaranya adalah aktiviti-aktiviti perkembangan profesional guru,
latihan rekreasi, bengkel mengurus stres dan masa, latihan pemakanan, senaman
dan menambah baik keadaan bekerja, persekitaran bilik darjah, isu gaji, saling
memahami budaya dan mengadakan peristiwa atau perayaan pelbagai agama dan
sebagainya.

Secara ringkasnya, seorang guru itu perlulah meningkatkan kecerdasan

emosinya agar mereka dapat mengurangkan burnout dan mewujudkan suasana
kerja yang kondusif. Guru harus mempunyai kesedaran diri untuk mengenal pasti
emosi diri dan impaknya semasa menggunakan rasa hati untuk membimbingnya
dalam membuat keputusan. Keseimbangan emosi dan tingkah laku guru perlu untuk

8
menyesuaikannya menghadapi tertentu. Kesedaran sosial juga penting agar guru
dapat memahami dan bertindak balas positif terhadap emosi lain. Pengurusan
hubungan juga amat penting untuk guru merangsang, mempengaruhi dan
berhubungan dengan orang lain selain mengurus konflik dalam kalangan rakan
sekerja.

2.6 RUMUSAN

Masalah yang disebabkan tekanan emosi sangat ketara di sekolah akibat

desakan komitmen yang tinggi daripada guru untuk melaksanakan pelbagai agenda
pendidikan setiap hari. Dengan modenisasi, tanggungjawab guru lebih mencabar
dan peranan guru juga berubah. Hal ini menyebabkan para guru menghadapi
tekanan emosi dan segelintir guru tidak dapat menangani tekanan kerja dengan
sebaik mungkin. Ini menunjukkan elemen kecerdasan emosi sangat penting dan
boleh memberi kesan yang besar terhadap tekanan dalam kerjaya perguruan.
Pengaruh ini secara langsung akan mempengaruhi niat berhenti kerja di kalangan
para guru yang merupakan reaksi akhir terhadap bidang kerjaya
mereka.Kesimpulannya, guru perlu mengenal pasti kehendak dan kemampuan diri
sendiri serta bijak untuk memilih langkah terbaik agar dapat menangani tekanan
emosi dengan berkesan. Ini kerana guru adalah individu utama yang dapat
memainkan peranan penting untuk meningkatkan keberkesanan dalam melahirkan
modal insan dan hasil kerja berkualiti bagi institusi berkenaan.

9
RUJUKAN

Ab. Aziz Yusof (2000): Pengurusan dan gelagat organisasi di abad ke-21. Selangor:
Prentice Hall.

Abel, Millicent, G., Sewell and Joanne (1999). Stress and Burnout in Rural and
Urban Secondary School Teachers. Journal of Educational Research.
Vol.92.No.1.

Ahmad Azahari Sarmun (1998). Tinjauan Tahap Tekanan dan Punca stress di
Kalangan Guru Sekolah Sabak Bernam. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis
Sarjana Muda.

Cooper, C., L. Cooper, R. D. & Eaker, L. H. (1988). Living With Stress. United State:
Penguin Books.

Dunham, J. & Varma, V.D. (1998), Stress in Teachers : Past, Present and Future,
London : Whurr Publisher Ltd.

Mohd. Azhar. (2004). Pengaruh kecerdasan emosi ke atas komitmen kerjaya,

komitmen organisasi, kepuasan kerja dan tingkah laku warga organisasi.
Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Norkiah Abdul Kadir.(1981). Hubungan di antara ketegangang dan kepuasaan kerja

dikalangan guru-guru: Satu kajian kes. Latihan Ilmiah. Bangi, Universiti
Kebangsaan Malaysia.

1.0 PENGENALAN

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

Anda mungkin juga menyukai