Anda di halaman 1dari 4

Group 3: Assignment Part 3

1. Bincangkan perbezaan antara fungsi pengurusan dan kepimpinan.

Pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang


terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyeleraskan dan
mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat. Ia
seringnya merangkumi penggunaan sumber-sumber manusia, kewangan,
dan teknologi, serta juga sumber alam semula jadi. Pengurusan juga boleh
merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi
pengurusan. pengurusan melibatkan proses perancangan, penyusunan,
pengarahan dan pengawalan usaha-usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan
semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat
organisasi. Pengurusan banyak menumpukan cara-cara dan kaedah pelaksanaan.
Oleh itu pengurusan banyak menjurus kepada proses pelaksanaan, isu-isu
operasi, transaksional, cara dan kaedah, sistem dan keberkesanan pelaksanaan
tugas. Pengurusan lebih mengutamakan kebolehan pengurusan elemen-elemen
sesebuah organisasi.
Manakala, pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh
kepada individu yang lain di dalam suatu pertubuhan. Sesuatu yang menarik
dalam kepimpinan adalah kewujudan pemimpin yang berada dalam organisasi
yang mempunyai struktur yang tersendiri dengan mewujudkan hubungan
pemimpin dan pengikut bagi mencapai kecemerlangan. Pencapaian yang
cemerlang di dalam sesuatu organisasi memerlukan langkah-langkah atau
aktiviti-aktiviti yang di rancang oleh pemimpin bagi mendorong pengikutnya
meningkat tekat dan keazaman ke arah kecemerlangan organisasi tersebut
Pada amnya, kepimpinan didefinisikan sebagai seni atau proses mempengaruhi
kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka, supaya mereka rela
bergiat dan berusaha ke arah pencapaian matlamat organisasi. Sebaik-baiknya,
manusia patut digalakkan untuk menanam kegigihan, keazaman dan keyakinan
untuk bekerja. Para pemimpin tidak menekan atau mencucuk suatu kumpulan
dan belakang; sebaliknya mereka meletakkan agama di hadapan kumpulan itu
sambil memajukan dan mengilhamkan ahli-ahli kumpulan itu untuk mencapai
matlamat organisasi.
Menurut Kamus Dewan (1989), kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin.
Mengikut Certo (1997), kepimpinan ialah proses pengarahan tingkah laku orang
lain ke arah penyempurnaan sesuatu objektif. Pengarahan bermaksud seseorang
individu bertindak mengikut cara tertentu atau mengikut sesuatu seperti polisi,
organisasi, tatacara dan deskripsi kerja. 
Kepimpinan sering dikaitkan dengan arah atau tujuan. Dalam sesebuah
organisasi ia berkait rapat visi, objektif, matlamat, isu-isu strategik, tranformasi,
manusia dan komunikasi. Jelas kepada kita, kepimpinan merangkumi kebolehan
menggunakan dua kemahiran berfikir iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan
kemahiran berfikir secara kreatif. Satu lagi kemahiran ialah kemahiran
memimpin.

2. Bincangkan Teori Penetapan Matlamat Locke dan Latham dan bagaimana


teori tersebut boleh digunakan untuk memotivasikan guru di sekolah.

Teori Penetapan Matlamat telah dipelopori dan dikemukakan oleh Edwin A.


Locke pada akhir tahun 1960-an. Dalam artikel 1968 beliau ‘Toward a Theory
of Task Motivation and Incentives’ menunjukkan adanya keberkaitan antara
tujuan dan pontensi seseorang terhadap sesuatu kerja atau tugasan.
Edwin Locke mengaitkan asas motivasi individu dalam melakukan sesuatu
kerja bergantung kepada ke inginannya untuk mencapai matlamat. Matlamat itu
mewakili tindakan yang akan dilakukan pada masa hadapan. Penetapan
matlamat secara khusus, jelas dan mencabar dapat memotivasikan dan
mengarahkan tingkahlaku ke-arah prestasi kerja yang berkesan.
Terdapat (5) lima Prinsip Asas Penetapan Matlamat untuk memotivasi
seseorang pekerja atau individu iaitu:
1. Kejelasan
Matlamat haruslah jelas, boleh diukur, dan ada jangka waktut tertentu yang
ditetapkan untuk menyelesaikan tugas. Kebaikannya ketika berlaku sedikit salah
faham dalam perilaku maka orang lain masih boleh bertoleransi dan
menghargai. Cara teori ini boleh digunakan untuk memotivasikan guru di
sekolah melalui guru itu tahu apa yang diharapkan, dan cuba menggunakan
hasil tertentu sebagai sumber motivasi.
2. Mencabar
Salah satu ciri-ciri yang paling penting dari matlamat adalah tahap cabaran.
Orang sering bermotivasi oleh prestasi, dan mereka akan menilai tujuan
berdasarkan pentingnya sebuah pencapaian yang telah dijangkakan. Ketika
seseorang individu itu tahu bahawa apa yang mereka lakukan akan diterima
dengan baik, akan ada motivasi alami (semulajadi) untuk melakukan pekerjaan
dengan lebih baik. Adalah sangat penting untuk memberi perhatian kepada
keseimbangan yang tepat antara sasaran yang mencabar dan tujuan yang
realistik.
Cara teori ini boleh digunakan untuk memotivasikan guru di sekolah melalui
menerima cabaran dalam mendidik pelajar dengan penuh cabaran dan motivasi.

3. Komitmen.
Matlamat yang di fahami adalah lebih berkesan dan mudah jika pekerja dapat
merasakan diri mereka sebahagian dari pada matlamat yang ingin dicapai oleh
organisasi. Konsep penyertaan terletak pada keputusan yang melibatkan semua
cikgu dalam penetapan matlamat dan membuat keputusan. Menggalakkan
pekerja untuk mengembangkan tujuan-tujuan mereka sendiri, dan mereka
menjadi berinisiatif memperoleh maklumat tentang apa yang berlaku di tempat
lain dalam organisasi. Cara teori ini boleh digunakan untuk memotivasikan guru
di sekolah melalui meyakinkan diri bahawa tujuan mereka konsisten dengan visi
keseluruhan dan tujuan sekolah.

4. Maklumbalas.
Maklumbalas memberi peluang untuk menjelaskan, menyelaraskan kesulitan
matlamat, dan mendapat pengiktirafan. Adalah amat penting untuk memberikan
tanda aras atau sasaran, sehingga seseorang guru dapat menentukan sendiri
bagaimana mereka melakukan kerja itu.

5. KerumitanTugas.
guru yang bekerja dalam tugasan yang kompleks mungkin sudah mempunyai
motivasi peringkat tinggi. Namun, mereka sering mendorong diri terlalu keras
jika tindakan tidak dibina ke dalam harapan tujuan untuk menjelaskan
kerumitan tugas, kerana itu penting untuk memberikan mereka masa yang
mencukupi untuk mencapai hala tuju atau meningkatkan prestasi. Sediakan
masa yang cukup bagi seseorang guru untuk berlatih atau mempelajari apa yang
diharapkan dan diperlukan untuk berjaya. Intipati dari penetapan tujuan adalah
untuk memudahkan kejayaan. Oleh kerana itu pastikan bahawa matlamat
tersebut tidak menyebabkan kekecewaan atau menghalang mereka daripada
mencapai matlamat.

Anda mungkin juga menyukai