Anda di halaman 1dari 22

POST GRADUATE DIPLOMA IN TEACHING

SEMESTER 1 / 2023

HPGD1103

PEMBANGUNAN KURIKULUM

NO. MATRIKULASI : CGS02977326


NO. KAD PENGENALAN : 980513075451
NO. TELEFON : 01124245953
E-MEL : irhamfahmi@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM Seberang Jaya

1
1.0 PENGENALAN

Pada era globalisasi kini, pendidikan adalah satu elemen penting dalam melahirkan
individu yang mampu untuk melestarikan dunia dan menjadi satu agenda besar yang boleh
mempengaruhi ketamadunan sesebuah bangsa. Manusia akan dianggap mundur dan tidak
bertamadun jika tidak mempunyai pendidikan. Di Malaysia, pendidikan adalah satu usaha
berterusan bagi membangunkan potensi individu selaras dengan falsafah pendidikan
kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan manusia yang mampu berkembang secara
menyeluruh dari segi Jasmani, emosi, Rohani dan Intelektual (Falsafah pendidikan
Kebangsaan,1988). Sebagai seorang pendidik, guru perlu sentiasa mengamalkan sikap
profesional dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan dan perlu terbuka dengan
sebarang perubahan dalam kurikulum sejajar dengan perubahan zaman.

Kurikulum berasal dari perkataan Latin yang merujuk kepada 'laluan dalam sesuatu
pertandingan. Berdasarkan kepada konsep tersebut , perkataan kurikulum adalah berkait
rapat dengan perkataaan 'laluan atau laluan-lauan'. Sehingga awal abad ke 20, kurikulum
merujuk kepada kandungan dan bahan pembelajaran yang berkembang iaitu 'apa itu
persekolahan'.
Menurut kamus dewan edisi ke-4, Kurikulum merujuk kepada suatu skop atau isi kandungan
sesuatu mata pelajaran di sebuah sekolah atau institusi pendidikan. ( Kamus Dewan, 2016).
Takrifan ini disokong Oleh Akta pendidikan 1996; pendidikan (peraturan kurikulum
kebangsaan) 1997 yang mendefinisikan kurikulum kebangsaan sebagai program pendidikan
yang merangkumi aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang mencakupi semua ilmu
pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, elemen budaya dan kepercayaan untuk membantu
mengembangkan murid sepenuhnya dari aspek fizikal, rohani, mental dan emosi serta
memupuk dan memperkembangkan nilai murni yang diingini serta untuk menyebarkan ilmu
pengetahuan.

Konklusinya, kurikulum adalah sebuah rancangan pembelajaran yang mengandungi


misi dan visi yang jelas, nilai sosial dan struktur yang diterjemahkan serta disusun ke dalam
pengalaman pembelajaran. Terdapat pelbagai jenis kurikulum seperti kurikulum integrasi,
teras dan aktiviti atau pengalaman yang dapat digabungjalinkan untuk membentuk kurikulum
yang formal.
2
2.0 BAHAGIAN 1

2.1 TUGASAN A : SEMAKAN ARTIKEL

Utuk tugasan ini, artikel yang disemak adalah “Facing the challenges of ‘digital
competence’a Nordic agenda for curriculum development for the 21st century”, “The
Changing Trends in University Governance in Malaysia: Issues and Challenges dan artikel
terakhir adalah “Issues and challenges in managing curriculum change in primary schools:
A case study of managing Year Four History Curriculum in the District of Kuala Selangor,
Malaysia”.

Artikel-artikel ini memberi fokus kepada kemahiran berfikir yang menjadi tunjang
utama kepada pendidikan. Kaedah kajian yang digunakan adalah melalui borang soal selidik
dan bilangan responden adalah dalam bilangan yang besar yang terdiri daripada guru-guru
berpengalaman dan bakal guru di institut pendidikan guru. Kajian ini mengkaji kesediaan
guru terhadap KBAT dan kekangan yang menghalang guru untuk mengadaptasi KBAT
dalam pengajaran dengan mapan.

Kemahiran berfikir adalah proses mental dalam usaha untuk memahami pengalaman
yang membolehkan kita untuk mengintegrasikan setiap pengalaman yang baru kita alami ke
dalam kotak fikiran kita. Pada 2011, Kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR) telah
diperkenalkan sebagai satu usaha untuk memperkukuh dan memperkasakan kemahiran
berfikir dengan memberi penekanan kepada kemahiran menaakul.

Pelbagai kemahiran berfikir telah digabungkan bagi tujuan membuat pertimbangan


dan penilaian dalam menyelesaikan masalah. Namun begitu masih terdapat kepincangan
dalam sistem pendidikan yang sedang berkembang. Hal ini menyebabkan Kementerian
Pendidikan Malaysia telah memberi penekanan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) dalam usaha mengadapi cabaran global yang semakin sengit yang berpacukan
inovasi dan kreatif.

Di Malaysia, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) mula diperkenalkan pada


tahun 2013 rentetan desakan pesaingan murid Malaysia diperingkat Association of Southeast
Asian Nations (ASEAN) yang jauh ketinggalan berbanding sistem pendidikan di negara-
negara ASEAN lain.

3
Hal ini lebih parah apabila kedudukan Malaysia dalam Program for International
Student Assessment (PISA) juga jauh ketinggalan berbanding negara lain dan tidak
mencapai standard pemikiran kelas pertama kerana bentuk soalan yang digunakan dalam
PISA adalah bentuk KBAT yang memerlukan peserta berfikir diluar kotak pemikiran serta
memberikan ulasan secara mendalam (Farah Aziana Abdul Azizi dan Fadzilah Abdul
Rahman, 2018). Hal ini turut disokong oleh kajian yang dibuat oleh Wan Nor Shairah
Sharuji dan Norazah Mohd Nordin yang menyatakan bahawa Malaysia tidak tergolong
dalam negara ASEAN yang mempunyai sistem pendidikan yang terbaik seperti Negara
Singapura, China dan Korea. (Wan Nor Shairah Sharuji dan Norazah Mohd Nordin, 2017).

Selain itu,menurut laporan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025


(PPPM), menyatakan bahawa salah satu punca potensi sebenar Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada
dasarnya tidak dapat dilaksanakan di dalam bilik darjah termasuklah guru amat kurang
menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran seperti yang telah dihasratkan
dalam kurikulum di Malaysia. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Fenomena ini
berlaku kerana sistem pendidikan di negara Malaysia dilihat masih belum mantap untuk
membekalkan pelajar dengan kemahiran berfikir (Nursafira, et al., 2018).

Justeru, permasalahan ini menyebabkan KPM mengambil tindakan drastik dengan


menerapkan elemen KBAT dalam semua mata pelajaran di Malaysia bagi membolehkan
Malaysia setanding dengan negara-negara lain dan meningkatkan sistem pendidikan ke arah
yang lebih maju dan berkembang kelak. (Abdul Halim Abdullah et al., 2014).

Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui PPPM 2013-2025 menekankan


bahawa semua guru perlu mempersiapkan diri daripada segi pengetahuan dan juga
kemahiran dalam menjayakan pelaksanaan KBAT di Malaysia. Kesannya, Malaysia akan
dapat melahirkan generasi yang menguasai KBAT selari dengan keperluan Pembelajaran
Abad Ke-21 (PAK21) tambahan lagi KBAT merupakan salah satu daripada tujuh elemen
lain yang digariskan oleh KPM pada tahun 2014.

4
Abdul Rasid Jamiam, Shamsudin Othman, Azhar Mohd Sabil dan Juanes Masamin
mentakrifkan KBAT sebagai salah satu kemahiran yang ditekankan di seluruh dunia dan
merupakan tahap pemikiran yang diperlukan dalam membentuk generasi abad ke-21 yang
lebih cerdas, kreatif dan berinovatif serta berpotensi untuk bersaing di peringkat global.
(Abdul Rasid Jamiam dan Shamsudin Othman, 2016). KBAT juga membolehkan seseorang
individu bukan sekadar mengingat dan memahami sesuatu fakta atau maklumat malah
berpotensi lebih daripada itu, iaitu berpotensi menggunakan, mentafsir, memanipulasikan,
menginterpretasikan dan mengubahsuai maklumat dalam konteks yang lain. (Suzana Abd
Mutalib dan Mohammad Zeeree Kanreng, 2017).

Pendapat ini disokong oleh Halimah Md Shariff yang menyatakan bahawa KBAT
merujuk kepada penggunaan minda secara meluas bagi menghadapi masalah- masalah
baharu dengan mentafsir, menganalisis atau memanipulasikan maklumat untuk menjawab
soalan mahupun menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. (Halimah Md Shariff,
2009).

Akhir sekali, Logeswari Arumugam, Ainon Omar, Raja Nur Safinas Raja Harun, dan
Nurfilzah Zainal, pula telah menjelaskan bahawa kemahiran berfikir aras tinggi merujuk
kepada satu proses pemikiran kognitif yang lengkap bermula daripada tahap pemikiran
rendah sehingga ke tahap pemikiran yang tinggi, yang mana dapat menjalinkan sesuatu
maklumat seterusnya menganalisis, generalisasi, sintesis dan menginterpretasikannya
menjadi sesuatu idea yang baru. (Logeswari Arumugam et al., 2016).

Perkara yang dapat disimpulkan adalah secara umumnya, definisi KBAT merujuk
kepada kemampuan seseorang individu menyelesaikan sesuatu masalah, membuat keputusan
dan melaksanakan sesuatu perkara dengan berfikir secara kreatif, inovatif, tidak terhad
kepada sesuatu keadaan sahaja malah meluas dan terbuka selagi tidak melangkaui logik akal
fikiran manusia. ( Farah Aziana Abdul Azizi dan Fadzilah Abdul Rahman, 2018)

Walau bagaimanapun, peranan guru sangat diperlukan dalam menjayakan


pelaksanaan KBAT di sekolah memandangkan guru merupakan tunjang kecemerlangan
pencapaian murid dalam memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada pelajar. Guru juga
dibebani dengan pelbagai tugas sampingan seperti tugas kokurikum dan hal ehwal murid
yang menghalang guru memberi fokus kepada kurikulum dan pengamalan KBAT dalam
Pengajaran dan pembelajaran.

5
Belakang ini, dilihat pengaplikasian KBAT dalam pembelajaran lebih berfokus
kepada Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR) yang hanya memberi tumpuan kepada
proses menghafal dan mengingat semata-mata. Murid juga kurang diberikan pendedahan
berkaitan penggunaan KBAT dalam pengajaran. (Chew dan Zul Hazmi , 2018). Tambahan
lagi, dalam kajian oleh Nurul Hasna, Ahmad & Saedah mendapati terdapat guru juga yang
kurang memahami dan mengenal pasti kewujudan elemen-elemen KBAT dalam soalan-
soalan yang dikemukakan dalam buku teks Bahasa Melayu (Nurul Hasna et al., 2020).
Guru-guru menyedari bertapa pentingnya elemen KBAT dalam PdPc mereka dalam
membantu pelajar menghadapi cabaran abad ke-21. Namun pengetahuan kebanyakkan guru
terhadap KBAT berada pada tahap sederhana.

Menurut kajian Farah Aziana Abdul Aziz dan Fadzilah Abd Rahman (2018), guru-
guru Bahasa Melayu didapati tidak mempunyai kesediaan mengamalkan aspek kemahiran
kerana berasa selesa dengan amalan pengajaran berpusatkan guru yang sememangnya
menjadi amalan dalam kalangan guru sejak dahulu. Sikap guru terhadap pengaplikasian
KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran juga tidak cenderung kepada pengajaran
berpusatkan murid. Fenomena ini sejajar dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh Nor
Hasmaliza Hasan dan Zamri Mahamod (2016) dalam Farah Aziana Abdul Aziz dan Fadzilah
Abd Rahman (2018) yang menjelaskan bahawa guru tidak tahu dan tidak jelas berkaitan cara
menerapkan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan disebabkan
perkara tersebut, guru masih mengamalkan pengajaran secara tradisional, iaitu berpusatkan
guru bagi menghabiskan sukatan pelajaran. Oleh itu, pada pendapat saya kesediaan guru-guru
masih berada diparas yang kurang memberangsangkan untuk pengaplikasian KBAT
sepenuhnya.

Selain itu, menurut Nooriza Kassim dan Effandi Zakaria (2015), guru sebenarnya
dibelenggu oleh beberapa masalah dalam mengaplikasikan KBAT dalam PdPc, iaitu
berkaitan dengan tahap pengetahuan asas murid, murid menghadapi kesukaran dalam
memenuhi soalan aras tinggi dan kesukaran bagi guru itu sendiri untuk membina soalan
beraras tinggi. Dalam kajian ini juga mendapat ketidaksediaan guru terhadapat KBAT juga
berpunca daripada kekurangan startegi ( Rohaida Mazlan dan Zamri Mahamod, 2016)
Pendapat ini turut disokong oleh Avargil, Herscovitz, dan Dori (2012) dimana guru didapati
kurang bersedia untuk mengaplikasikan pendekatan dan kaedah pengajaran baharu bagi
meningkatkan pencapaian murid.

6
Berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh tokoh-tokoh diatas dapatlah
disimpulkan bahawa kesediaan guru dalam melaksanakan PdPc berasaskan KBAT
bergantung pada kebolehan guru dalam membina soalan aras tinggi, menyeimbangkan
tugas utama guru dengan tugas sampingan, kejelasan para guru tentang bagaimana cara
menerapkan KBAT, sokongan orang sekeliling, pemahaman terhadap konsep, istilah dan
makna KBAT, tahap pengetahuan terhadap KBAT, kemahiran melaksanakan PdPc KBAT
dan sikap terhadap penerapan KBAT dalam pengajaran. Kesediaan guru dalam menjalankan
PdPc KBAT merupakan aspek utama bagi menjayakan pelaksanaan KBAT dalam sistem
pendidikan negara Malaysia.

Hasil dapatan kajian secara menyeluruh mendapati kesediaan guru dari segi
pengetahuan, kemahiran dan amalan KBAT adalah sederhana. Disamping itu, faktor sikap
guru juga mempengaruhi tahap kesediaan guru dalam merealisasikan KBAT dalam PdPc.
Oleh hal yang demikian, perkara-perkara berikut perlu diberikan perhatian serius dalam
usaha meningkatkan kesediaan guru melaksanakan KBAT dalam pengajaran ke tahap yang
lebih baik. Antara cadangan penyelesaian dalam kajian ini adalah seperti perlaksanaan
Kursus dan latihan peningkatan profesional berterusan.

Walau bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa telah banyak kursus-kursus berkaitan


KBAT telah dilaksanakan tetapi kebanyakannya kursus yang bersifat general seperti
memberi penekanan terhadap peta- peta pemikiran dan kaedah penyoalan sahaja (Nooriza
Kassim & Effandi Zakaria, 2015; Wan Nor Shairah Sharuji & Norazah Mohd Nordin, 2017).
Realitinya, guru-guru memerlukan kursus yang lebih khusus yang berfokuskan kepada
cara pelaksanaan KBAT berdasarkan satu-satu matapelajaran agar mereka dapat
mengaplikasikannya dalam PdPc dengan lebih berkesan bukan sekadar mengetahui secara
teori sahaja, malah dapat melaksanakannya secara praktikal sebagaimana yang telah
hasratkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah dan guru tidak hanya boleh
mengharapkan kursus yang dianjurkan oleh PPD atau JPN semata-mata. Sebaliknya pihak
sekolah boleh mengambil insiatif untuk mengadakan perbincang peringkat sekolah melalui
bimbingan dan pementoran serta perbincangan dalam panitia melalui Professional Learning
Community (PLC) yang menggalakkan koloberasi yang lebih aktif dalam kalangan guru di
sekolah masing-masing. Guru bertanggungjawab untuk meningkatkan kemahiran pedagogi
dalam profesion mereka untuk memastikan arahan mereka sesuai dan relevan supaya mereka
menjadi seorang pakar (Harris, A. T, 2010).

7
Selain itu, Bahagian Perkembangan Kurikulum KPM perlu melaksanakan Kursus
dalaman ( in-house training) dari masa ke masa kepada guru-guru untuk melatih membina
pengetahuan dan pengalaman KBAT. Hal ini bagi membiasakan guru-guru untuk membina
dan mengesan soalan-soalan beraras tinggi.

Cadangan saya yang ke-2 adalah penstrukturan semula Program Pendidikan Guru di
Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Institut Pendidikan Guru Malaysia dengan memberi
fokus pendedahan awal kepada KBAT kepada bakal guru supaya mereka yakin dan bersedia
menempuh KBAT di alam sekolah nanti.

Menurut dapatan kajian yang dilakukan oleh Fauzi Hassan, Aiba Tok, Nor Asiah
Ismail & Mohd Nor Mohamed, 2021 terhadap guru-guru bahasa Melayu Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan,
Pahang mendapati bakal guru-guru muda ini bersedia mengaplikasian KBAT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah kelak.

Hasil dapatan daripada kajian ini juga selari dengan dapatan kajian yang dijalankan
oleh Hasnah Isnon dan Jamaludin Badusah (2017) yang menyatakan analisis deskriptif yang
dilaksanakan menunjukkan kemahiran guru dalam penerapan KBAT berada pada tahap yang
tinggi. Mereka berpendapat bahawa guru-guru Bahasa Melayu memberikan peluang kepada
murid menjawab soalan, memberikan pendapat malahan menggalakkan murid berfikir dan
bertindak secara kreatif.

Namun, kekangan pengalaman mengajar dan membina soalan akan membatasi


kesediaan guru-guru muda ini. Oleh sebab itu, penstrukturan semula program pendidikan
guru dengan memasukkan model KBAT dalam silibus akan memberi pendedahan dan
pengalaman kepada guru-guru muda untuk menguasai KBAT mengikut pengkhususan mata
pelajaran masing-masing. Ini bertepatan dengan padangan oleh David S. Martin yang
mencadangkan penstrukturan semula perlu dibuat terhadap program pendidikan guru dengan
meneliti semula kursus-kursus yang sedia ada dalam latihan pendidikan guru. (David. S.
Martin, 1989).

8
Cadangan seterunya adalah penyediaan modul dan buku panduan KBAT yang
berfokus terus kepada setiap matapelajaan. Menurut kajian, guru-guru memerlukan bahan
sokongan seperti modul untuk dijadikan panduan dan rujukan bagi melaksanakan KBAT
dalam pengajaran, pendedahan tentang konsep KBAT berserta dengan cara bagaimana
KBAT diterapkan dan pemurnian terhadap kandungan kursus bersesuaian dengan KBAT
(Fauzi Hassan et al., 2021) Penyediaan modul dan buku panduan KBAT berfokus Subjek
boleh disediakan oleh BPK melalui guru-guru yang mahir dan berpengalaman supaya dapat
diselaraskan seluruh Malaysia.

Cadangan ke-4 adalah penyediaan sumber pengajaran berunsurkan KBAT selaian


buku teks. Musliha Salma Mohd Radzi (2010) dalam Chew Fong Peng dan Zul Hazmi
Hamad (2018) juga mendapati bahawa permasalahan daripada aspek sikap dalam kalangan
guru juga adalah apabila mereka didapati hanya bergantung pada penggunaan buku teks
semata-mata dan menggunakan soalan-soalan yang disediakan seperti yang dinyatakan
dalam teks. Ini bertepatan dengan pendapatan Rajendran (2008) yang menyatakan bahawa
proses pembinaan minda kurang ditekankan dalam kurikulum, pedekatan pedagogi,
pembinaan bahan dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Pihak yang
bertanggungjawab seperti BPK, Bahagian Buku teks dan Bahagian Teknologi Pendidikan
perlu terus memainkan peranan membantu menangani isu ini dengan menyediakan sumber
pengajaran dalam bentuk animasi, canva dan pelbagai bentuk yang mudah diakses serta
mesra pengguna. Hal ini bagi memudahkan para guru dan murid untuk mengakses dan
menggunakan bahan-bahan tersebut dengan mudah dan berkesan. usaha ini diharapkan dapat
memberi impak besar kepada minat murid untuk belajar secara maya.

Akhir sekali, cadangan saya adalah pemantauan secara berkala dan berterusan
terhadap perlaksanaan KBAT dari seluruh isi warga KPM mampu mengubah sikap dan
perspektif guru terhadap kepentingan KBAT . Rentetan itu, saya mencadangkan pihak yang
bertanggungjawab JPN, PPD, Pentadbir, Ketua Panitia dan guru-guru mata pelajaran perlu

membuat pemantauan di sekolah secara berkala dan berterusan bagi menjamin usaha ini tidak
mati dan berkubur begitu sahaja. Usaha ini dalam bagi menjamin KBAT dapat dijalankan
secara terancang dan mengikut panduan yang telah disediakan untuk memastikan tujuan dan
matlamatnyaemnghasilkan impak yang diinginkan kepada generasi alaf ini.

9
3.0 KESIMPULAN

Tuntasnya, usaha kearah melahirkan generasi alaf kini yang menjadi modal insan
pada masa hadapan bukanlah tugas seorang sebaliknya menjadi tugas dan tanggungjawab
semua pihak untuk dipikul bersama. Guru menjadi tunggak utama dan peneraju kearah
perkara yang diharapkan dalam KBAT oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan seluruh
rakyat Malaysia yang mengharapkan anak-anak mereka menjadi insab cemerlang yang
terdidik. Oleh hal itu kebijaksanaan guru-guru dalam menggunakan kesemua elemen yang
terdapat dalam KBAT, strategi pengajaran dan pembelajaran, alat berfikir KBAT, penerapan
empat aras pemikiran kognitif, penyediaan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) dan bahan
bantu belajar berunsurkan KBAT serta berupaya mengembangkan kemahiran berfikir dalam
kalangan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran diharapkan dapat merealisasikan
impian seluruh rakyat Malaysia pada masa hadapan. Cadangan yang dikemukakan adalah
relevan dan boleh dilaksanakan di sekolah dengan bantuan semua warga pendidik serta
sokongan padu ibu bapa, KPM dan pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam membawa
dan mengekalkan imej negara sebagai hub pendidikan terkemuka di dunia satu hari kelak.

10
TUGASAN 2:
BAHAGIAN 1: PEMBANGUNAN KURSUS

i) Tajuk kursus Canva Untuk Cikgu

ii)Penerangan kursus Canva ialah platform reka bentuk grafik berbilang negara global, berasal dari
Australia yang digunakan untuk menciptakan grafik dan pembentangan media
yang menarik. Canva merupakan aplikasi untuk semua oran dan bukan hanya
terikat kepada pereka grafik semata-mata malah semua orang mampu
menghasilkan seni grafik yang mengagumkan walaupun kali pertama
menggunakannya.
Kursus Canva yang ingin dibangunkan disini adalah untuk para pendidik
yang bertujuan untuk mengubah dan mentranformasikan system pendidikan
kearah Pendidikan Alaf Ke 21(PAK21). Sepanjang mengikuti Kurusu ini guru
akan dapat:
1. Memahami asas penggunakan aplikasi Canva
2. Mengenalpasti pemilihan struktur templet yang tepat untuk
reka grafik
3. Mengaplikasikan penghasilan reka grafik canva untuk pendidikan

iii)Rasional kursus Aplikasi Canva adalah penting dan sering diperlukan dalam pendidikan. Jika
sebelum ini para guru sering kali menjadikan ‘Powerpoint’ untuk menghasilkan
pembentangan untuk pengajaran tetapi dengan adanya kemahiran dalam
menggunakan Canva akan membawa guru satu langkah lebih maju kehadapan
dalam penggunaan teknologi masa kini.
Golongan pendidik menjadi sasaran utama dalam usaha kearah memoden dan
memacu ekonomi negara kerana guru dianggap aset terpenting dalam membentuk
generasi Z masa kini. Bagi membolehkan guru menggunkan sepenuhnya kaedah
moden iaitu aplikasi Canva yang jauh lebih menarik ini, guru perlulah mendapat
latihan yang sewajarnya dalam menambah ilmu asas pemggumaam Canva
sebelum membentangkan semua hasil pembelajaran mereka kepada proses
pengajaran di sekolah kelak.
Kursus ini sememangnya amat memenuhi tuntutan masyarakat terutama
dalam sektor pendidikan kerana kemajuan sistem pendidikan perlulah bergerak
seiring dengan arus teknologi masa kini. Guru merupakan tunjang utama untuk

11
membentuk generasi muda dalam usaha menyebarkan ilmu baharu kepada
pelajar. Dengan adanya kemahiran yang dipelajari dalam kursus Canva ini, ia
bukan hanya dapat digunakan untuk proses pengajaran tetapi dapat juga diajar
dan dikembangkan kepada para pelajar. Guru yang sentiasa mengikuti
perkembangan teknologi sebenarnya telah membuka peluang kepada diri dan
masyarakat untuk mengubah corak pendidikan yang lebih komprehensif sejajar
dengan perkembangan zaman.
iv)Tempoh kursus Kursus ini diadakan selama 8minggu iaitu pada sepanjang waktu cuti sekolah
dan juga ditambah lagi waktu pada hujung minggu bagi melengkapkan 2bulan
tempoh proses pembelajaran yang efektif.

v)Hasil pembelajaran CLO 1: Mengenali struktur asas penggunaan aplikasi Canva dengan tepat
kursus (Kognitif)
CLO 2: Mentafsir pemilihan templet yang betul dalam penggunaan reka grafik
(Psikomotor)
CLO 3: Menghasilkan reka grafik yang baik untuk pendidikan (Afektif)

vi)Pra- syarat kursus Syarat umum yang diperlukan adalah para guru perlu mempunyai akaun e-mel
sendiri yang telah siap didaftar masuk. Memiliki Komputer riba atau sebarang
computer yang mudah alih sepanjang kursus dijalankan.
Sebelum mengikuti Kursus Canva, guru juga perlu mempunyai pengetahuan
asas menggunakan komputer bertujuan untuk memudahkan mereka
mengendalikannya sepanjang kursus. Berikut merupakan kemahiran asas
komputer yang diperlukan:
i. Mahir menaip menggunakan Komputer
ii. Mahir dalam pengurusan pengendalian asas computer
seperti menyimpan, memuat turun dan memuat naik fail
iii. Mahir mengendalikan ‘Google Chrome’
iv. Mahir menggunakan e-mel peribadi

12
vii)Kandungan 1.0 Pendaftaran akaun ahli Canva
1.1 sign up dan log in
1.2 perbezaan Canva pendidikan dengan Canva peribadi
1.3 pengenalan umum jenis templet
2.0 Alatan(tools) asas dalam Canva
3.0 Penggunaan Tools dalam Canva
3.1 Tulisan(Font)
3.2 Warna (Colour)
3.3 Pemilihan latar belakang(background)
3.4 Pemilihan susun atur (layout)
3.5 Pemilihan Bentuk (shapes)
4.0 Suntingan video dan audio dalam canva
5.0 Mengubah style layout pada Canva
6.0 Menambah eleman pada Slaid
7.0 Menetapkan animasi, suara dan kesan(effect) pada slaid
8.0 Menghasilkan reka grafik Canva untuk pendidikan
8.1 pembentangan
8.2 latihan
8.3 soalan peperiksaan
8.4 surat rasmi
8.5 kad jemputan
8.6 E-mel
8.7 Google classroom
8.8 kepala surat(letter head)
9.0 Pengurusan Fail Canva
9.1 menyimpan fail
9.2 memuat turun fail
9.3 membentangkan fail
10.0 Penilain Kursus hasil reka grafik
10.1 latihan amali dan kuiz
10.2 kerja individu
10.3 kerja berkumpulan
10.4 pembentangan

13
viii)Bahan Bahan yang digunakan dalam kursus Canva adalah:
i. Komputer riba
ii. Buku yang akan diedarkan bertajuk ‘Senangnya guna Canva’
iii. Capaian Internet yang mampu menampung penggunaan yang
tinggi dalam satu sesi kuliah
iv. Penyambungan suis yang banyak untuk mengecas komputer.

ix) Metodologi Kaedah pendekatan pertama yang digunakan dalam kursus ini ialah
Pengajaran Konstruktivis. Pendekatan konstruktivis merupakan proses pembelajaran yang
menerangkan cara pengetahuan disusun dalam minda. Pengetahuan
dikembangkan secara aktif oleh peserta sendiri dan tidak diterima secara pasif
dari persekitarannya. Ini bermakna pembelajaran merupakan hasil daripada
usaha peserta itu sendiri dan bukan dipindahkan daripada fasilitator kepada
peserta.
Kaedah pendekatan kedua yang digunakan dalam kursus ini ialah Elektik.
Pendekatan elektik boleh dihasilkan dengan menggunakan kaedah induktif dan
deduktif. Contohnya peserta akan memulakan sesi pengajaran dengan
memberikan contoh diikuti dengan generalisasi atau fasilitator boleh
mengakhiri dengan memberikan contoh untuk mengukuhkan lagi generalisasi.
Kaedah pendekatan terakhir yang digunakan ialah Integratif. Pendekatan
integratif ialah berpusatkan kepada peserta dan fasilitator hanya menjadi
pembimbing kepada peserta. Peserta akan mengaplikasikan sendiri ilmu yang
diajar oleh fasilitator dan pendekatan ini telah memberi ruang dan peluang
kepada peserta untuk meneroka sendiri dunia pelajaran.
Seterusnya, strategi pedagogi yang dipilih adalah secara terus (langsung).
Pengajaran secara langsung ini bergantung sepenuhnya kepada fasilitator untuk
mengarah pemikiran dan penglibatan peserta. Kaedah pengajian secara Kuliah
dan Kelas Tutor akan digunakan sepanjang tempoh pengajian kursus Canva ini
Kelas Kuliah diadakan untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran
sepenuhnya yang mampu menampung seramai 500 orang peserta dalam satu
masa. Kelas Tutor pulak dalah set kumpulan yang lebih kecil yang akan
digunakan untuk peserta melakukan aktiviti bengkel,latihan dan kuiz

14
Seterusnya, strategi pedagogi yang digunakan adalah berpusatkan kepada
peserta dimana peserta dikatakan mengambil sebahagian dari tanggungjawab
fasilitator dalam mencari dan mendalami sendiri ilmu dengan cara
mengeksperimentalkan sesuatu ilmu. Ia bukan bermakna peserta boleh
melakukan sesuka hati tetapi masih dalam pantauan dan bimbingan fasilitator.
Strategi pedagogi ini dapat diterapkan melalui aktiviti berkumpulan dan kajian
yang memerlukan penglibatan peserta secara keseluruhannya.

x) Prosedur Pengukuran tahap penguasaan peserta akan dinilai melalui konsep


pentaksiran dan pengujian. Hasil daripada jawapan yang diberikan oleh peserta akan dikira dan
penggredan jumlah markah akan dijadikan kayu pengukur untuk menilai tahap penguasaan
peserta. Sebelum sesuatu sesi pengujian dijalankan, Fasilitator akan memastikan
ke semua peserta bersedia terlebih dahulu, seterusnya peringkat
pelaksaan(ujian) dan yang terakhir peringkat pemeriksaan jawapan, pada
peringkat terakhir inilah Tahap penguasaan peserta dapat diukur oleh
Fasilitator.
Kursus Canva ini akan dinilai menggunakan beberapa kaedah yang relevan
untuk menangani kesemua Objektif Pembelajaran dan 3 CLO yang ditetapkan
antaranya adalah seperti berikut:
i. Latihan yang diberikan berdasarkan Buku ‘Senangnya guna Canva’
peserta perlu menjawab secara individu. Soalan yang diberikan dalam
buku tersebut adalah mengenai struktur asas penggunaan Canva (CLO1)
ii. Demonstrasi dengan menggunakan projektor peserta akan dipilih secara
rawak untuk menunjukkan cara yang betul pemilihan templet Canva
yang bersesuian dengan tugasan (CLO2)
iii. Kerja berkumpulan memerlukan penglibatan peserta sepenuhnya,
mereka perlu berbincang sesama ahli kumpulan untuk menyiapkan
tugasan projek yang diberikan dan hasilnya perlulah dibentangkan
dalam kelas.(CLO3)

15
xi) Rujukan utama 1) Buku Ilmiah
Buku Mudahnya Design Canva - Tarbiah Kreatif. (n.d.). Tarbiah Kreatif -
Grafik Design & Multimedia. Retrieved July 20, 2023, from
https://tarbiahkreatif.my/mudahnya-design-canva/

2) Atikel
Kursus Canva. (n.d.). IPTSkills. Retrieved July 20, 2023,
from https://www.iptskills.edu.my/kursus-canva

3) Bahan dalam talian


Razak, C. (2015). Cikgu Razak: PENDEKATAN PEMBELAJARAN
KONSTRUKTIVISME. Cikgu Razak.
http://cikgurazak.blogspot.com/2015/07/pendekatan-pembelajaran-
konstruktivisme.html

4) Pautan Youtbe
Montage Webinar Senangnya Guna Canva. (n.d.). Www.youtube.com.
Retrieved July 20, 2023, from https://www.youtube.com/watch?
v=uGOOTNZttqw

5) jurnal
celebrities.id. (n.d.). 7 Manfaat Canva untuk Media Pembelajaran Bagi Guru
dan Siswa - Celebrities.Id. Https://Www.celebrities.id/. Retrieved July 20,
2023, from https://www.celebrities.id/read/manfaat-canva-untuk-media-
pembelajaran-52u6Sy

16
xii)Maklumat tambaan
Tempat:
lain

Dewan Seminar Blok E Pejabat Pendidikan


Daerah Hulu Langat (JPN SELANGOR)
Masa: 8:00 pagi hingga 1:00 petang
Mod Belajar: Bersemuka
Tempoh Kursus; 8 Minggu
Jumlah penyertaan: 500 orang
Perasmian: Ybhg. Dato’ Haji Mohd Jusni Bin Hashim
(Pegawai Daerah Hulu Langat)
Fasilitator Jemputan: Prof. Dr. Loo Chu Kiong (Pensyarah Fakulti
Teknologi Maklumat UM)

Dr. Masturah Inarah Binti Awang ya


(Dekan Fakulti Pendidikan UKM )

Prof. Dato’ Dr Safiq Bin Ahmad


(Ketua pengarah akademik dan pembangunan
Jabatan pendidikan Tinggi UUM)

17
RUJUKAN:

Abdul Halim Abdullah, Johari Surif, Norhasniza Ibrahim. (2014). PISA 2012: Di mana
kedudukan Malaysia untuk subjek Matematik? Prosiding Seminar Antarabangsa
Kelestarian Insan, (April).

Abdul Rasid Jamiam, Shamsudin Othman, Azhar Mohd Sabil, dan Juanes Masamin. (2016).
Kesediaan guru dalam pelaksanaan kemahiran berfikir terhadap pengajaran
penulisan karangan murid bukan Melayu.

Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah terpilih sehingga 5
Januari 2013 (ms12)

Chew Fong Peng & Zul Hazmi Hamad. (2018). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam
Pembelajaran Dan Pemudahcaraan Bahasa Melayu Melalui Teknik Penyoalan.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8 (1), 1- 12.

David. S. Martin (1989). Restructuring teacher education programs for higher-order thinking
skills. Journal of Teacher Education, 40 (3), 2-8.

Farah Aziana Abdul Aziz & Fadzilah Abd Rahman. (2018). Sorotan Kajian Kesediaan dan
Keperluan Guru Bahasa Melayu dalam Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) Di Bilik Darjah. PENDETA Journal of Malay Language, Education and
Literature, 9, 80-101.

Halimah Md Shariff. (2009). Peranan Minda dalam Kemahiran Berfikir. (Tajularipin


Sulaiman & Aminuddin Hassan, Eds.). Penerbit Universiti Putra Malaysia

Harris, A. T. (2010). Using Professional Learning Communities to Build Teacher Leadership


Capacity: Creating Sustainable Change in Education. (Master’s Thesis). Retrieved from
https://files.eric.ed.gov/fulltext/ED513642.pdf

Hasnah Isnon & Jamaludin Badusah. (2017). Kompetensi Guru Bahasa Melayu Dalam
Menerapkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
(Malay Language Teacher Competency To Implementation Higher Order Thinking Skill
In Teaching And Learning). Malay Language Education Journal, 7(1), 2180–4842.

18
Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum . ( 2014). Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi Aplikasi di Sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2013) “ Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


2013-2025” , Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan , Putrajaya.

Logeswari Arumugam, Ainun Omar, Raja Nor Safinas Raja Harun, dan Nurfilzah Zainal.
(2016). Issues related to the teaching and learning of higher order thinking skills
among TESL student teachers. Proceedings of the 1st English Education
International Conference z(EEIC), 451–456.

Nurul Hasna Ahmad & Saedah Siraj. (2020). Analisis kandungan terhadap penampilan
kandungan, soalan dan aktiviti Buku Teks Bahasa Melayu Kurikulum Standard Sekolah
Rendah Tahap Dua: Data anekdot. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik, 8(2),
1-12.

Nursafira, Mohd Isa & Khadijah. (2018). Elemen pemikiran kritis dalam konteks kemahiran
berfikir aras tinggi. ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and
Civilization (ACER-J), 1(2), 92-101.

Suzana Abd Mutalib, dan Mohammad Zeeree Kanreng. (2017). Pelaksanaan KBAT dalam
pentaksiran formatif bagi slot tunjang komunikasi Bahasa Melayu: Kajian kes. Jurnal
Pendidikan Awal Kanak-Kanak, 6. Retrieved from
http://ejournal.upsi.edu.my/journal/JPAK. Diakses pada 18 Mei 2018.

Wan Nor Shairah Sharuji & Norazah Mohd Nordin. (2017). Kesediaan Guru Dalam
Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Simposium Pendidikan 2017, 1,
140– 14

19
TUGASAN 2

20
21
22

Anda mungkin juga menyukai