Anda di halaman 1dari 4

EDU 3083 1

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

1.0 PENDAHULUAN

Sistem pendidikan negara sering mengalami perubahan. Fenomena tersebut bagi


memenuhi keperluan perubahan dalam persekitaran pendidikan. Chong (2014) menyetujui
kenyataan tersebut dengan menyatakan pelbagai perubahan dalam pendidikan di Malaysia
disebabkan keperluan kepada pengajaran dan pembelajaran abad ke-21. Malah, Bartlett-
Bragg (2010) menyenaraikan antara ciri-ciri guru abad ke-21: guru perlu menguasai
kandungan kurikulum, mahir dan berketrampilan dalam pedagogi ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran, memahami perkembangan murid dan menyayangi mereka, memahami
psikologi pembelajaran, memiliki kemahiran kaunseling dan menggunakan teknologi terkini
dalam dan di luar sesi pengajaran dan pembelajaran.

Justeru, warga sekolah khususnya guru seharusnya mengikuti perkembangan


kemajuan dalam pendidikan. Sparks (2012) dalam memberikan definisi mengenai sikap
prihatin guru terhadap kemajuan pendidikan adalah mereka seharusnya meningkatkan
profesionalisme diri. Meningkatkan profesionalisme guru bererti suatu proses
menambahbaik kemahiran dan kompetensi diri berdasarkan perubahan persekitaran bagi
menghasilkan produk berkualti dalam pendidikan (Hassel, 2013). Hal ini perlu ditekankan
supaya hasil yang diberikan oleh guru bersesuaian dengan usaha pihak tertentu dalam
penyediaan program perkembangan profesionalisme.

2.0 ULASAN ARTIKEL

Jurnal Kepimpinan Pendidikan, oleh Muhammad Faizal A. Ghani dan Abd. Khalili iaitu telah
berfokus kepada Model Program Perkembangan Profesionalisme Guru Malaysia: Satu
Kajian Analisis Keperluan Di Sekolah Berprestasi Tinggi Dan Sekolah Berprestasi Rendah.
Artikel ini menyentuh aspek program perkembangan profesionalisme guru Malaysia dan
sejauh mana hal ini memberi kesan serta meningkatkan kualiti guru di Malaysia.

Program perkembangan profesionalisme merupakan program yang akan di sediakan


bertujuan untuk memperkenalkan guru dengan kemahiran yang baharu serta sistem yang
perli di titikberakan oleh guru. Menurut Faizal (2015) hasrat tersebut hanya akan tercapai
sekiranya guru disediakan program perkembangan profesionalisme yang berkualiti. Namun
hal yang demikian, kebanyakkan program yang disediakan dalam program perkembangan
profesionalisme yang berbentuk sit-and get dan penyampainya mengambil waktu yang
EDU 3083 2
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

panjang untuk melengkapkan sesuatu sesi penyampaian (Golding & Gray, 2006). Justeru,
suatu usaha penambahbaikan amat diperlukan.

Merujuk kepada negara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain, usaha tersebut
telah dilaksanakan dengan pembinaan beberapa model yang menepati keperluan semasa
(Jasper, 2006). Hal tersebut digambarkan oleh Speck dan Knipe (2005) bahawa di Amerika
Syarikat, dapatan kajian telah membantu pihak sekolah mengadakan sebuah program
perkembangan profesionalisme guru yang berkualiti tinggi dan berterusan. Faizal (2015)
menyatakan bahawa guru disediakan peluang untuk mengaplikasikan teori yang dipelajari,
melaksanakan kajian dan refleksi. Bekerja secara kolaboratif pula pendekatan yang
digunaakan bagi mencapai matlamat pelaksanaan program perkembangan profesionalisme
(Sparks, 2012).

Berfokus kepada program perkembangan profesionalisme di Malaysia, program yang


di anjurkan dalam usaha untuk meningkatkan profesionalisme guru masih mendapat kritikan
daripada pakar. Program yang tidak mempunyai objektif yag jelas, kurang tindakan susulan
serta kurang menepati keperluan guru merupakan antara kritikan yang dinyatakan oleh
pakar (Amin Senin, 2008). Hal ini disokong oleh Seng (2005) bahawa salah satu kaedah
tradisional program perkembangan profesionlisme yang popular digunakan di Malaysia
adalah kursus dan latihan yang berbentuk komunikasi satu hala iaitu top down dan
pengetahuan yang disampaikan lebih mengikut konteks negara luar. Hal ini dilihat kurang
berkesan kerana tindakan susulan yang kurang ditekankan dan amalan yang disarankan
mungkin kurang sesuai dengan konteks kerja guru Malaysia. Opfer dan Pedder (2011) turut
menyokong permasalahan tersebut berpunca daripada proses perancangan yang kurang
teratur misalnya menggunapakai model negara maju tanpa diubahsuai mengikut konteks.

Namun hal yang demikian, perkara sebaliknya berlaku terhadap guru sekolah
berprestasi tinggi. Mereka dilihat mempunyai pandangan yang lebih ke hadapan berbanding
guru sekolah biasa. Guru sekolah cemerlang telah menyatakan beberapa usaha yang
dilaksanakan untuk mencapai usaha tersebut. Menurut Faizal (2015) misi perlu menjadi
keutamaan, keperluan kepada penambahbaikan, peningkatan kapasiti warga skolah untuk
membantu warga sekolah lain, tumpuan kepada nilai tambah, meningkatkan kecemerlangan
dengan mengatasi masalah halangan dan keutamaan murid. Usaha-usaha ini amat
bertentangan dengan guru sekolah biasa yang berfokus kepada mesra dan unsur jenaka,
mengenali personaliti individu, bertolak ansur dan kewujudan persekitaran yang kondusif.
Perbezaan yang ketara ini telah menunjukkan usaha yang mampu memberi impak yang
lebih besar.
EDU 3083 3
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

3.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Blank (2014) memperincikan kenyataan tersebut bahawa proses pembelajaran guru bukan
hanya terhenti setakat pendidikan di peringkat ijazah dasar tetapi berterusan sehingga
menghadiri program berkaitan peningkatan profesionalisme diri seperti latihan, kursus dan
bengkel apabila mereka telah berkhidmat di sekolah. Keperluan guru kepada peningkatan
profesionalisme diri digambarkan oleh Cummins (2012). Beliau menyatakan apa yang
diperlukan oleh guru adalah bersifat peribadi iaitu jenis pengetahuan dan kemahiran yang
kurang dimiliki mereka, perhubungan antara rakan sejawat yang mesra dan kaedah
pengajaran yang berkesan sehingga guru berupaya membuat perubahan.

Hal ini pada hakikatnya bergantung kepada bagaimana program profesionalisme


tersebut dijalankan. Adakah masih menggunakan acuan tradisional seterusnya
menyebabkan guru yang menghadiri program profesionalisme tidak mengalami sebarang
perubahan? Hal ini selari dengan pandangan Mohammed Sani Ibrahim dan Mohd Izham
Mohd Hamzah (2012) bahawa pihak KPM telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk
membiayai program perkembangan profesionalisme guru tetapi masalah yang dihadapi guru
masih belum dapat diatasi dan kurang keberkesanannya. Menurut Faizal (2015) kurangnya
berkesan sesebuah program perkembangan profesionalisme kemungkinan kandungan bagi
pengisian program tersebut kurang mengikut acuan tempatan. Adalah tidak relevan
sekiranya acuan luar negara digunakan namun tidak dapat diaplikasikan ekoran sistem
pendidikan yang berbeza. Hal ini akan menyebabkan program perkembangan
profesionalisme menjadi satu usaha yang sia-sia. Hal ini turut disokong oleh Harris (2004)
dan Moos (2005) yang menyatakan bahawa tidak semua amalan terbaik yang diamalkan di
tempat lain sesuai untuk kegunaan di tempat lain.

Ekoran daripada itu, kerajaan juga menyedari peranan guru untuk menyediakan
pendidikan yang berkualiti. Selaras dengan hasrat tersebut, kerajaan telah menetapkan
sasaran dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan untuk menghasilkan
guru dan pemimpin sekolah yang cemerlang (KementerianPendidikan Malaysia, 2015).
Malah, Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) 2011-2015 digubal dengan tumpuan
kepada pembangunan dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia (Hussein Ahmad,
2012). Dalam konteks pendidikan, kerajaan melalui KPM berusaha untuk menyediakan
latihan yang berfokus kepada bidang tugas baru berdasarkan kenaikan pangkat dan
menambahbaik kebolehan pengajaran guru bagi melahirkan guru berkualiti (Muhammad
Faizal A Ghani & Gary M. Crow. 2013). Diharapkan usaha yang dicadangkan selari dengan
keperluan guru dan mampu diaplikasikan bersesuaian dengan sistem pedidikan di Malaysia.
EDU 3083 4
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

4.0 KESIMPULAN

Justeru, pihak berwajib perlu memikirkan tindakan susulan terhadap program


perkembangan profesionalisme supaya kualiti guru dapat ditingkatkan seiring bilangan
program yang dihadiri. Negara maju telah ke hadapan melaksanakan penambahbaikan agar
seiring dengan perubahan persekitaran khususnya dasar pendidikan. Gambaran dinyatakan
dalam laporan Darling Hammond et.al (2009) bahawa Amerika Syarikat melalui The
Common Core State Standards telah mengumpulkan wakil jabatan pendidikan daripada 46
buah negeri. Tujuan perjumpaan tersebut bagi mengenal pasti kaedah pengajaran yang
berbentuk tradisional agar dapat diubah kepada kaedah pengajaran yang berteraskan
pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah.

Tambah laporan tersebut lagi bahawa semua kaedah pengajaran baru itu adalah
berteraskan konteks negeri dan daerah masing-masing. Usaha tersebut bertujuan untuk
membangunkan diri murid dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai manakala pihak
sekolah diarah untuk bertanggungjawab terhadap pelaksanaannya (Donaldson & Papay,
2012). Selanjutnya, bagi memastikan hasrat tersebut tercapai, guru seharusnya
mempelajari kaedah pengajaran baru itu. Hal tersebut bermaksud bahawa mereka
seharusnya disediakan dengan program perkembangan profesionalisme yang berkualiti.
Guru yang berkualiti mampu menjamim penghasilan produk murid yang lebih baik pada
masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai