Anda di halaman 1dari 13

1.

0 PENGENALAN

Untuk kerja kursus bagi subjek cabaran dan isu semasa dunia ini, kita akan
membincangkan tentang penurunan harga petroleum dunia yang memberi kesan buruk
keapada Negara kita yang tercinta, Malaysia . antara kesan buruk penurunan harga
petroleum dunia ialah terhadap pendidikan di Malaysia. Apakah kesan kesan serta implikasi
terhadap sistem pendidikan Negara kita?

Sepertimana yang kita tahu, petroleum adalah sumber bahan mentah yang sangat
bernilai di dunia. Ekonomi sesebuah Negara juga ditentukan oleh sumber bahan mentah ini.
Contohnya Brunei Darussalam. Brunei merupakan antara pengeluar petroleum terbesar
dunia kerana negaraanya adalah sebuah Negara yang kaya dengan minyak. Walaupun
Brunei merupakan sebauah Negara yang kecil, ekonomi Negara tersebut amatlah pesat
membangun.

Walaupun sumber petroleum di Malaysia tidak begitu banyak seperti di Brunei dan
Iran, sumber petroleum di Malaysia juga adalah salah satu sumber yang penting untuk
ekonomi Malaysia. Tanpa bahan mentah ini, Malaysia mungkin akan menjadi Negara yang
tidak membangun.

Petronas, merupakan ringkasan nama bagi Petroleum Nasional Berhad adalah


syarikat minyak dan gas Malaysia sepenuhnya telah ditubuhkan pada 17 Ogos 1974.
Dimiliki oleh kerajaan Malaysia sepenuhnya, syarikat ini telah mendapat hak keseluruhan
terhadap sumber-sumber minyak dan gas di Malaysia dan diamanahkan dengan
tanggungjawab membangunkan dan menambah nilai kepada sumber-sumber tersebut.

Petroleum digunakan untuk pelbagai industri seperti industri makanan, gas dan
banyak lagi. Oleh hal yang demikian, kestabilan harga petroleum adalah penting untuk
kepentingan industri tersebut,

Apabila berlaku krisis seperti penurunan harga petroleum dunia, ini sudah tentu
menjejaskan kestabilan Negara Malaysia dari pelbagai aspek sebagai antara Negara
termaju dunia termasuklah sumber ekonomi, pendidikan, dan pengangguran.

Jadi jelaslah petroleum adalah sumber yang sangat penting kepada semua Negara
termasuklah Negara Malaysia. Sama samalah kita menghargai sumber bahan mentah
supaya tidak habis dan diganggu oleh krisis krisis yang tidak sepatutnya berlaku.

1
2.0 PETROLEUM DAN MALAYSIA

Seperti yang kita semua sedia maklum, petroleum adalah salah satu sumber
terbesar kepada ekonomi negara kita selain kelapa sawit, getah dan macam macam
lagi. Ekonomi negara juga secara langsung akan mengalami perubahan apabila harga
petroleum naik atau turun. Sekiranya petroleum negara berada pada fasa penurunan,
maka akan berlakulah krisis dalam negara. Contohnya krisis kewangan negara yang
tidak mencukupi. Andrew Crocket (1997) mentakrifkan ketidakstabilan kewangan atau
krisis kewangan sebagai keadaan yang prestasi ekonomi boleh dilemahkan oleh turun
naik harga asset kewangan atau kemampuan pengantara kewangan untuk memenuhi
obligasi berkontrak.

Oleh kerana Petronas yang dimiliki oleh kerajaan menguasai 30 peratus daripada
pasaran penjualan petrol tempatan dan selebihnya dikuasai syarikat petrol lain yang
beribu pejabat di negara asing (Dewan Ekonomi, Oktober 2005), harga petrol di
Malaysia ternyata masih rendah jika dibandingkan dengan negara ASEAN yang lain.
Misalnya ramai warganegara Thailand yang membeli petrol di Malaysia kerana harga
yang rendah

Pada tahun 2015, harga minyak jatuh menjadi perbualan dan perbincangan yang
hangat. Itulah antara bait-bait perkataan yang keluar daripada mulut Kenneth Rogoff
yang merupakan seorang prefesor ekonomi Universiti tersohor dunia, dari Universiti
Harvard. Manakala, ketua strategik teknikal bagi syarikat ICAP yang berpengkalan di
New Jersey City mengatakan jika harga minyak dunia melepasi sahaja paras US$39
setong, maka dunia akan menyaksi harga minyak dunia akan berada pada paras USD30
setong.

Firma penyelidikan Ekonomi Universiti Oxfort telah selesai menjalankan kajian dan
analisa melibatkan 45 buah negara meletakkan :

1. Filipina adalah pemenang disebalik kejatuhan harga minyak dunia apabila dijangka
pertumbuhan ekonomi Filipina akan melonjak pertumbuhan ekonomi ke paras 7.6%
untuk 2 tahun akan datang jikalau harga minyak dunia berada pada paras USD40
setong
2. Manakala pertumbuhan ekonomi Rusia berada pada paras yang menyeksakan
apabila bakal menyusut negatif 2.5%

2
3. Manakala dikalangan negara maju, Hong Kong akan tersenyum lebar disebalik
kejatuhan harga minyak dunia
4. Negara-negara seperti Arab saudi, UAE, Rusia bakal menghadapi detik yang cukup
sukar dalam urusan mengendalikan ekonomi mereka di masa akan datang
5. Malaysia? Pertumbuhan ekonomi Malaysia 2015 dijangka mengalami penyusutan
sebanyak 0.5% dan hanya berada pada paras 3.8% sahaja

Daripada kajian tersebut, pertumbuhan ekonomi Malaysia 2015 dijangaka akan


mengalami penyusutan disebabkan kejatuhan sumber kewangan berpunca daripada
penurunan harga minyak. Pakar Ekonomi bagi JP Morgan Securities yang berpengakalan di
New York, Bruce Kasman menjangkakan kadar inflasi di kebanyakan negara di dunia akan
berada pada paras yang tidak pernah disaksikan sejak kegawatan ekonomi berakhir pada
2009.

Berikut adalah semak hasil perbandingan kajian dan analisa yang dilakukan oleh Firman
Penyelidikan Ekonomi Universiti Oxford seperti di bawah ini termasuklah Malaysia :

Perbandingan Kesan Kejatuhan Harga Minyak Dunia Di Bawah USD40 Kepada 45 Buah
Negara

3
3.0 FAKTOR FAKTOR PENURUNAN HARGA MINYAK MALAYSIA

Penurunan minyak mentah dunia ditentukan oleh permintaan dan penawaran seperti
lain-lain barangan. Sebagai barangan komoditi, permintaan minyak mentah bergantung
kepada pengunaannya. Minyak mentah diproses untuk membuat produk-produk petroleum,
contohnya dalam pembuatan mentega dan sebagainya. Selain dari kegunaan oleh
pengguna, produk-produk petroleum digunakan berleluasa di industri di bandar. Sekiranya
permintaan untuk produk petroleum berkurang, permintaan terhadap minyak mentah juga
akan berkurang dan seterusnya memberi kesan terhadap penurunan harga minyak mentah

Semenjak tahun 1980an, episod kali ini terdapat lima lagi episod penurunan harga
minyak mentah dunia secara mendadak melebihi 30 peratus meliputi jangkmasa melebihi
enam bulan. Kesemuanya berkaitan dengan keadaan ekonomi dunia dan pasaran minyak
semasa. Lima episod tersebut adalah 1985-86, 1990-91, 1997-98, 2001, dan 2007-09.
Empat dari episod tersebut adalah berpunca dari kejutan penurunan permintaan. Dua dari
episod penurunan permintaan tersebut berpunca dari kemelesetan ekonomi Amerika
Syarikat, iaitu pada 1990-91 dan 2001. 1997-98 merupakan krisis ekonomi Asia manakala
yang terbaharu, 2007-2009 adalah merupakan krisis kewangan global. Cuma pada tahun
1985-86, penurunan harga adalah disebabkan oleh kejutan penawaran

Harga minyak akan menurun sama ada berpunca dari pengurangan permintaan atau
peningkatan penawaran. Jumlah petroleum yang dipinta akan menurun hasil dari kejutan
penurunan permintaan jika faktor faktor lain tidak mengalami sebarang perubahan. Tetapi,
kuantiti yang dipinta akan meningkat hasil dari kejutan positif penawaran, juga sekiranya
faktor- faktor lain tidak berubah. Jika dilihat, punca kejutan mempunyai implikasi yang agak
berbeza terhadap ekonomi apabila harga minyak mengalami penurunan atau sebaliknya.

4
4.0 IMPLIKASI PENURUNAN HARGA MINYAK KEPADA
PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Berikutan penurunan harga minyak menjejaskan ekonomi dunia, ia secara tidak


langsung akan meganggu bajet bajet yang mesti dikeluarkan oleh negara. Bajet terhadap
beberapa perancangan yang menentukan masa depan negara akan terjejas. Hal ini berkait
rapat dalam bidang pendidikan. Penurunan harga minyak sudah pasti akan menjejaskan
sistem pendidikan di Malaysia kepada sesuatu yang bukan diharapkan oleh negara dan
masyarakat. Hal ini tidaklah sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di mana
setiap pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial sukar untuk
dilahairkan berikutan kekangan yang berlaku ini. Pelapis negara yang terdiri daripada
generasi baru ini memerlukan pendidikan yang berkualiti daripada negara supaya pada
masa hadapan mereka dapat mentadbir negara mereka sendiri dengan tangan dan usaha
sendiri. Mereaka perlu menabur bakti dan keringat untuk tanah air yang tercinta.

Memikirkan tentang pendidikan adalah memikirkan tentang rupa bentuk manusia,


jenis ketrampilan, matlamat-matlamat yang amat diperlukan untuk kesejahteraan sosial dan
mutu kewujudan tamadun. (Hanna Hloborn Gray)

Antara kesan yang bakal dihadapi oleh negara apabila bidang pendidikan semakin
merosot disebabkan ekonomi dunia ialah:

1. SEKATAN BIASISWA PELAJAR

Bermula tahun ini, sekatan biasiswa pelajar nampaknya semakin ketara. Ramai
lepasan lepasan universiti dan SPM tidak menerima biasiswa yang sepatutnya mereka
terima daripada kerajaan. Malahan, ada di kalangan mereka hanya menyambung pelajaran
di peringkat seperti orang keramaian.

Baru-baru ini pengubahsuaian bajet 2016 yang dibentangkan oleh YAB Perdana
Menteri Dato' Sri Najib Razak pada 28 Januari 2016, telah memutuskan perkara-perkara

5
yang berkaitan isu penajaan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam. Berikut adalah antara
perkara yang disentuh:

a. Program Biasiswa Nasional bagi 20 orang pelajar terbaik lepasan SPM untuk melanjutkan
pengajian di universiti terkemuka seluruh dunia;

b. Program Khas Kejuruteraan bagi 200 orang pelajar ke Jepun, Korea, Jerman dan
Perancis;

c. Program Lepasan Bursary diteruskan untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah


Pertama di Universiti Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di dalam negara;
dan

d. Pengambilan baharu seramai 8 ribu pelajar akan diberikan biasiswa untuk mengikuti
pengajian yang ditetapkan di peringkat Ijazah Pertama Dalam Negara.

Namun beberapa minggu selepas berita kemasukkan 1.5 juta tenaga buruh dari
Bangladesh ke Malaysia diumumkan, kerajaan telah mengumumkan yang penajaan atau
biasiswa boleh ubah dalam bentuk pinjaman.

Semua penajaan baru JPA mulai tahun 2016 adalah dalam bentuk pinjaman boleh
ubah dengan mekanisme perjanjian pinjaman seperti berikut:

a) Pinjaman boleh diubah kepada biasiswa dan dikecualikan daripada bayaran balik
sekiranya graduan berkhidmat dalam perkhidmatan awam;

b) Graduan dikehendaki membayar balik 50% daripada jumlah pinjaman sekiranya memilih
untuk bekerja dengan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC); dan

c) Graduan dikehendaki membayar balik jumlah keseluruhan pinjaman sekiranya memilih


untuk tidak berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam atau GLC.

Tindakan ini agak menyusahkan para graduan yang sukar untuk mendapatkan
pekerjaan dan ini adalah tindakan sangat zalim, dan membuktikan kegagalan kerajaan
dalam mentadbir negara yang mengutamakan kebajikan rakyat. Sekiranya pihak kerajaan
meneruskan rancangan untuk ubah biasiswa dalam bentuk pinjaman, ianya pasti
membebankan pelajar yang kurang berkemampuan untuk membayar balik disebabkan tiada
pekerjaan tetap setelah keluar dari pusat pengajian tinggi. Kalau masa lalu ada juga skim
bantuan pelajar miskin dan diberi percuma. Tapi sekarang semuanya memerlukan duit,

6
2. TRANSFORMASI PENDIDIKAN TERBANTUT

Rancangan pendidikan di Malaysia sebenarnya amatlah bergerak secara pesat.


Semakin banyak transformasi pendidikan yang diperkenalkan oleh negara. Transformasi
pendidikan memerlukan kepada bajet yang cukup oleh negara untuk merealisasikannya.
Contohnya, transformasi yang hangat diperkatakan ialah pembelajaran abad ke-21. Jika
negara mengalami krisis kewangan disebabkan penurunan harga minyak ini, pembelajaran
abad ke-21 ini mungkin tidak akan berjaya.

Hal ini kerana untuk merealisasikan pembelajaran abad ke-21, memerlukan pelbagai
kemudahan dari segi pelaksanaanya. Contohnya, seperti penggunaan teknologi maklumat
dalam sesi pembelajaran dan pengajaran. Penggunaan teknologi maklumat memerlukan
alat alat yang tertentu seperti komputer kepada setiap pelajar. Segala teknologi untuk tujuan
tersebut tidak sepenuhnya dapat disediakan oleh semua sekolah. Lebih lebih lagi di
kawasan pedalaman. Hanya sekolah sekolah yang tertentu sahaja dapat menggunakan
teknologi maklumat. Selain daripada tujuan pembelajaran abad ke-21 ini tidak sepenuhnya
tercapai, ini mewujudkan ketidakadilan terhadap semua murid. Penggunaan teknologi
maklumat adalah salah satu komponen yang terpenting dalam pembelajaran abad ke-21
kerana segala aktiviti yang dijalankan akan menggunakan teknologi maklumat.

Selain itu, dari segi suasana dalam kelas semasa proses pembelajaran. Seperti yang
kita tahu, susunan meja, ilutrasi, hiasan dan kemudahan di dalam kelas pembelajaran abad
ke-21 berbeza dengan kelas kebiasaan. Oleh sebab itu, murid murid yang mengikuti kelas
pembelajaran abad ke-21 bukanlah merupakan murid kebiasaan. Tetapi, jika disebabkan
penurunan harga petroleum ini menurun, negara tidak dapat menyediakan kemudahan
kelas tersebut. Murid murid hanya dapat belajar dalam keadaan yang biasa tanpa sebarang
rangsangan minda untuk mereka berfikir.

7
3. PENGHIJRAHAN PENSYARAH ( BRAIN DRAIN)

Penghijrahan pensyarah institusi pengajian tinggi awam bukanlah satu fenomena


yang baru. Ia telah lama berlaku. Menurut Encik Wan Mokhtar Wan Yusuf ( Y.D.P.
Persatuan Kakitangan Akademik UKM), penghijrahan ini merupakan satu fenomena biasa
yang sering berlaku dalam mana-mana sektor. Penghijrahan dilihat sebagai tuntutan kepada
keperluan tenaga pengajar yang bertambah dalam sektor pendidikan swasta.

Persoalannya apakah penghijrahan pensyarah menjadi satu ancaman kepada


pendidikan di negara ini ? Sudah tentu pasti kerana untuk menghasilkan seorang pensyarah
bukannya satu perkara yang mudah. Institusi pengajian tinggi awam menghadapi saingan
untuk memikat graduan ijazah pertama sewaktu mereka menamatkan pengajian. Memang
tidak dapat dinafikan sektor swasta menawarkan skim gaji dan beberapa kemudahan yang
menarik berbanding dengan apa yang disediakan oleh institusi pengajian tinggi awam.

Penghijrahan pensyarah bukan sahaja disebabkan oleh gaji pensyarah yang kecil
tetapi juga harus dilihat dari pelbagai sudut sama ada ia berbentuk peribadi atau sebaliknya.
Faktor lain yang dapat dikaitkan seperti tidak mendapat pengiktirafan pada masa yang
diharapkan, rasa terkongkong dan sebagainya. Penghijrahan pensyarah sebenarnya tidak
hanya tertumpu kepada institusi pengajian tinggi swasta sahaja, malahan ia juga melibatkan
sektor yang lain seperti sektor swasta, sektor kerajaan atau bekerja sendiri.

8
5.0 LANGKAH-LANGKAH YANG TELAH DIAMBIL OLEH
KERAJAAN MALAYSIA TERHADAP PELUANG PENDIDIKAN
NEGARA KITA

Di sini terdapat beberapa langkah yang telah diambil oleh kerajaan di negara kita terhadap
peluang pendidikan negara kita. Antaranya ialah:

1. MENINGKATKAN PROFESION KEGURUAN

Adalah amat mustahak diingat golongan pendidik di negara ini perlu sentiasa
menghidupkan motivasi diri dengan menguatkan keazaman dan sedia menghadapi cabaran-
cabaran baru, di samping meningkatkan kewibawaan keilmuan mereka sebagai golongan
pendidik yang dihormati dan disanjungi oleh murid, ibubapa dan masyarakat.

Budaya mengajar yang masih bersifat usang, tradisional dan kurang berkesan
menangani masalah asas pendidikan seperti buta huruf, buta budaya, buta ilmu adalah di
antara krisis pendidikan yang mencerminkan krisis profesionalisme perguruan di negara-
negara membangun khususnya di Malaysia memerlukan resolusi yang lebih redikal
dilakukan. Profesion perguruan boleh dikatakan tidak banyak mengalami perubahan dari
segi inovasi dari segi teknologi walaupun perkembangan teknologi maklumat berlaku
dengan pesatnya dan dalam sektor-sektor lain.

Selaras dengan perubahan era multimedia dan teknologi maklumat profesion di negara
ini perlu di reformasikan supaya ia benar-benar mampu menjadi agen perubahan kepada
budaya literasi teknologi, khususnya bagi melahirkan masyarakat yang celik komputer dan
bersikap terbuka bagi mengembangkan budaya saintifik.

Pendidikan guru perlu di reformasikan bagi menyediakan guru-guru yang berwibawa


dengan ilmu pengetahuan, mengamalkan sikap nilai dan falsafah pendidikan yang progresif,
dapat mengembangkan profesionalisme perguruan yang idealistik untuk membangunkan
generasi muda yang celik budaya, mempunyai kualiti sosial dan moral yang tinggi, bersifat
futuristik dan positif untuk mencapai kemajuan dan perubahan. Peranan profesion
perguruan dalam masyarakat membangun seperti Malaysia menjelang abad ke 21 tidak
seharusnya dibataskan di atas andaian dan pandangan yang sempit. Sebarang langkah
bagi mengongkong dan menyempitkan peranan golongan guru sudah tentu akan merugikan
masyarakat dan negara.

Pendidikan sebagai asas pembinaan masa depan bangsa dan negara bergantung
kepada profesion perguruan yang berkembang secara dinamik dan progresif.

9
2. MEMPERBAIKI SISTEM PEPERIKSAAN

Adalah penting langkah dan strategi pembaharuan dilakukan oleh Kementerian


Pendidikan bagi memperbaiki dan meningkatkan kualiti sistem peperiksaan. Sistem
peperiksaan yang dibentuk bukan sahaja perlu menguji kebolehan akademik semata-mata
tetapi keseluruhan aspek perkembangan dan kualiti serta potensi individu sejajar dengan
Falsafah Pendidikan Negara.

Peperiksaan yang menekankan kepada kecemerlangan akademik semata-mata tidak


memberi gambaran menyeluruh terhadap perkembangan pelajar. Selain itu, langkah-
langkah perrlu dibuat bagi memperbaiki kualiti dengan menekankan aspek-aspek kognitif
dengan menguji kebolehan pelajar dari segi pemikiran kritis, rasionaliti, logik, pertimbangan
dan nilai, ketepatan fakta, penyelaisaian masalah, aplikasi, membuat penilaian dan
sebagainya.

Konsep peperiksaan berterusan dalam konteks sekolah perlu diambil kira sebagai
kriteria keseluruhan mengukur perkembangan masyarakat yang sihat, berdaya maju dan
cemerlang di samping memberi peluang kepada kepada setiap orang untuk mencapai rasa
kejayaan dan penghargaan diri.

Perubahan asas dalam sistem pendidikan perlu dibuat. Perubahan ini bukan bersifat
kosmetik tepi perubahan substantif supaya kurang berorientasikan peperiksaan. Antaranya
cadangan supaya tiga peperiksaan sekolah menengah dikurangkan kepada dua. Ini akan
mengurangkan tekanan di samping sistem ini adalah lebih sistematik.

Antara perubahan tersebut ialah membolehkan kegiatan ko-kurikulum diambil kira untuk
memasuki universiti. Ketika ini sepuluh peratus daripada nilai markah kemasukan universiti
datangnya daripada aktiviti ko-kurikulum. Apabila kita berubah kepada sekolah bestari nanti,
penekanan akan diberikan kepada soal penguasaan ilmu dan kemampuan pelajar mengikut
kemampuan sendiri iaitu konsep kendiri.

10
3. MENGATASI MASALAH BRAIN DRAIN DALAM KALANGAN PENSYARAH

Kebanyakkan pensyarah yang memilih kerjaya ini adalah kerana komited dengan apa
yang dilakukan. Penyelidikan menjadikan visi hidup mereka. Kerjaya sebagai pensyarah
mempunyai banyak insrintik yang terus menambat hati pensyarah agar terus kekal di
institusi pengajian tinggi.

Namun apa yang menyebabkan wujudnya masalah 'brain drain' antaranya ialah layanan
yang mereka terima berbanding dengan pensyarah yang berrkhidmat di luar negara. Wan
Mokhtar mempersoalkan apakah adil hanya menggangapkan pensyarah yang berkhidmat di
luar negara ditawarkan dengan gaji yang berlipat ganda apabila kembali ke Malaysia,
sedangkan antara keduanya mempunyai kemahiran dan pendedahan yang sama.

Dalam menangani isu ini, ia melibatkan banyak pihak. Namun begitu ia bukanlah
sesuatu perkara yang sukar. Kerajaan sebagai tunggak, hendaklah peka dengan keperluan
dan tuntutan semasa institusi pengajian tinggi awam agar penghijrahan keluar pensyarah
dapat di atasi. Jangan biarkan pensyarah meminta-minta hak mereka kerana martabat
pensyarah amat tinggi kedudukannya.

11
6.0 PENUTUP

Apabila harga petroleum dunia menurun, kita dapat melihat kesan kesan buruk yang
berlaku dalam negara kita, Malaysia. Hal ini kerana petroleum merupakan komoditi utama
dalam ekonomi negara. Apabila harga petroleum menurun, akan berlakulah krisis kewangan
negara di mana negara tidak mampu untuk menampung perancangan negara yang sedia
ada.

Dalam tugasan ini, saya telah membincangkan tentang apa yang akan berlaku
kepada negara Malaysia sekiranya harga petroleum jatuh. Kita dapat lihat kesan yang
ketara ialah dari segi pendidikan. Harapan negara untuk menjadikan pendidikan negara
sebagai pendidikan bertaraf dunia akan berkemungkinan tidak dapat direalisasikan

Oleh hal yang demikian, kita mestilah menyokong inisiatif seperti program
yang diadakan oleh pihak kerajaan bagi memastikan kejayaan bagi setiap program-program
tersebut seterusnya meningkatkan lagi tahap pendidikan di negara kita demi mencapai
Wawasan 2020.

12
13

Anda mungkin juga menyukai