Anda di halaman 1dari 10

Taktik licik pengutip hutang- utusan online

aktik licik pengutip hutang

2
Shaharudin Ali
29 Oktober 2017 12:00 PM
MUKADIMAH: JANGAN mudah tertipu dengan taktik licik agensi pengutip
hutang! Pakar perundangan firma guaman Tetuan Azam Aziz Shaharudin
Ali & Co., MOHD KHAIRUL AZAM ABDUL AZIZ dan DATUK
SHAHARUDIN ALI yang dikenali melalui pembelaan kes amukan di Plaza
Low Yatt serta kes peguam, Kamal Hisham Jaafar merungkai kekeliruan
mangsa penipuan dan ugutan agensi-agensi pengutip hutang ini bersama
wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLI JALIL serta jurugambar GAIE
UCHEL.

MINGGUAN: Kenapa bank dan institusi kewangan menggunakan

khidmat agensi pengutip hutang di Malaysia?

MOHD. KHAIRUL AZAM: Apabila seseorang itu berhutang, pihak penuntut

seperti bank atau institusi kewangan ada masa enam tahun sahaja untuk
buat apa-apa tuntutan sivil melalui proses mahkamah, bermula dari tarikh
hutang tidak dibayar. Selepas tempoh enam tahun itu, mereka tidak boleh
lagi tuntut melalui mahkamah dan dikira sebagai hutang lapuk yang
dikawal bawah Akta Perbatasan.

Memandangkan ada banyak hutang tak dibayar menyebabkan institusi

kewangan menggunakan khidmat agensi pengutip hutang yang dibayar
komisen mengikut jumlah hutang berjaya dikutip. Bilangan agensi ini
semakin bercambah tetapi masalahnya adalah kaedah digunakan
khususnya untuk menakutkan, mengugut dan menipu menggunakan
bahasa perundangan.

Orang ramai ditakut-takutkan agensi pengutip hutang ini dengan proses

undang-undang yang sebenarnya tidak boleh dikuatkuasakan ke atas
mereka selepas tempoh enam tahun tersebut, khususnya prosedur sita
dan diisytihar muflis.

Jadi, proses penyitaan dan isytihar muflis mengikut prosedur

mahkamah?

MOHD. KHAIRUL AZAM: Pertama sekali, institusi kewangan perlu

dapatkan penghakiman mahkamah. Contohnya ada hutang RM25,000
yang tidak dibayar, maka mahkamah akan keluar perintah untuk bayar
jumlah itu. Peguam akan sampaikan penghakiman ini kepada penghutang
yang diberikan tempoh 14 hari untuk membayarnya.

Jika gagal, pihak penuntut perlu pergi semula ke mahkamah untuk

tindakan kedua iaitu dapatkan writ penyitaan dan penjualan. Ini satu
penghakiman atau perintah baharu dari mahkamah yang membenarkan
bailif mahkamah, bukannya peguam atau pihak lain, laksanakan proses
penyitaan.

Bailif perlu hadir ke premis orang berhutang mengikut notis rasmi

memaklumkan satu tarikh khusus untuk memulakan proses menyita.
Peguam hanya boleh mengiringi bailif dan proses ini bukannya dengan
pecah masuk rumah penghutang. Bailif akan membuat penilaian barang
yang boleh disita.

Hanya barang di ruang tamu dan dapur boleh disita, kecuali peti ais, malah
bilik tidur juga tidak boleh masuk langsung. Barang yang disita akan
dilelong pada tarikh berbeza.

Katakan lelongan barang disita mengutip RM5,000, maka baki RM20,000

boleh diusahakan melalui kaedah lain pula.
Mana-mana pihak sekalipun tidak boleh tampal notis atau pita kuning
penyitaan dan lelong pada pagar rumah orang lain mahupun tiba-tiba
menghantar lori untuk merampas harta benda penghutang, semuanya
dilakukan bailif mengikut prosedur mahkamah menggunakan dokumen
rasmi.

Kerajaan juga telah meminda Akta Kebankrapan 1967 dengan

meningkatkan kadar hutang dari RM30,000 kepada RM50,000 untuk
membolehkan seseorang diisytihar muflis. Maka, orang ramai perlu berhati-
hati jika ada panggilan telefon dari agensi pengutip hutang ini kerana
mahkamah, polis, Pejabat Peguam Negara mahupun Bank Negara tidak
pernah dan tidak akan menghubungi anda melalui telefon. Sebarang
urusan rasmi mesti melalui dokumen dan surat rasmi.

Boleh kongsikan kes-kes yang pernah dilaporkan berkaitan agensi

pengutip hutang ini?

MOHD. KHAIRUL AZAM: Ramai yang bertanya melalui Facebook sama

ada betul rumah mereka boleh disita dengan pelbagai amaran dan notis
palsu kerana agensi pengutip hutang menggunakan bahasa perundangan
malah dokumen mahkamah pun boleh diperoleh melalui Internet.

Ada yang ditampal gambar mereka di tempat awam seperti dilakukan ah

long, kebanyakan kes di Lembah Klang. Ada juga pengguna yang takut
dan bayar tetapi hutang tidak berkurangan dan masih disenarai hitam
Credit Tip Off Service Sdn. Bhd. (CTOS).

Ada mengadu hutang kad kredit baru RM3,000 sudah diugut muflis, bakal
hilang kerja. Ada beli telefon bimbit harga RM3,000, gagal bayar bayaran
bulanan dan diugut muflis, hilang pekerjaan dan bakal dihadap ke
mahkamah.

Selain ugutan berterusan, ada juga yang tunggu di depan rumah seperti
gangster minta bayar hutang. Tujuan kutip hutang itu betul tetapi ugutan itu
tetap satu bentuk jenayah.

Jika umum mempunyai ilmu asas had perundangan sita dan muflis, tidak
perlu rasa takut tetapi ada yang percaya hutang suami boleh menyebabkan
isteri turut muflis serta hilang pekerjaan.

Trend terbaharu, ada agensi pengutip hutang ini curi talian telefon
mahkamah, ibu pejabat polis malah ada yang menggunakan talian rasmi
Bank Negara dan Pejabat Peguam Negara. Jika dihubungi semula nombor
tersebut akan masuk ke pejabat berkaitan tetapi pegawai yang menelefon
tadi tidak wujud.
Apakah yang boleh dilakukan orang ramai jika dihubungi agensi
pengutip hutang?

MOHD. KHAIRUL AZAM: Pertama sekali jangan takut. Apaila takut akan
hilang pertimbangan dan bertindak secara tidak rasional. Jangan mudah
percaya dengan dokumen mahkamah. Jumpalah peguam terdekat untuk
pastikan dokumen itu sah atau palsu serta tanya langkah yang boleh
diambil.

Jika terbukti penipuan atau ada unsur ugutan dan cuba mendatangkan
ketakutan, mangsa boleh buat laporan polis. Sekiranya tindakan agensi
tersebut boleh cetuskan klausa fitnah, contohnya adik berhutang guna
alamat rumah abang tetapi abang pula diugut dan diserang sehingga jiran
tetangga pun tahu.

Maka boleh kemukakan saman sivil terhadap agensi pengutip hutang

kerana memalukan, mencederakan mahupun merosakkan harta
persendirian.Saya bukan mengatakan tidak perlu bayar hutang, hutang
kecil atau besar perlu dibayar sekalipun sudah melebihi tempoh enam
tahun untuk proses perundangan tersebut.

Kita perlu menjadi manusia bertanggungjawab, sekalipun tidak mampu

bayar banyak bayar sedikit-sedikit tetapi pihak bank dan agensi pengutip
hutang juga perlu guna cara betul, bukannya ugutan.

Kenapa agensi pengutip hutang semakin bercambah sedangkan

operasi mereka seolah-olah mencabar undang-undang negara?

SHAHARUDIN: Jika mengikut proses perundangan mahkamah tiada

masalah tetapi agensi pengutip hutang menggunakan beberapa teknik
yang tidak sah dan tidak betul.

Ini seperti menakut-nakutkan penghutang dengan kerap dan berterusan,

menggunakan dokumen palsu, menggunakan nombor telefon palsu dan
mengenalkan diri secara palsu termasuk menyamar sebagai pegawai
mahkamah, bank mahupun pejabat peguam.

Agensi sebegini kelihatan bercambah dan menular kerana sekarang

semakin sukar untuk dapatkan perintah muflis terhadap mana-mana
individu berbanding dahulu. Bila susah untuk gunakan teknik muflis dan
langkau had masa enam tahun proses perundangan, maka bank atau
agensi kewangan guna agensi pengutip hutang dengan kadar komisen
tertentu ikut jumlah hutang berjaya dikutip.
Kontrak bank dan agensi tersebut sah kerana mereka entiti yang berdaftar,
cuma kaedah digunakan pengutip hutang tidak dinyatakan dalam
perjanjian dengan bank.

Melihatkan keghairahan agensi pengutip hutang, saya sarankan kerajaan

arah bank dan institusi kewangan dedah jumlah komisen yang diberikan. Di
kebanyakan negara lain, kontrak ini ditentukan mahkamah dan tidak boleh
dibuat sebarangan, ada kod etika dan macam-macam peraturan yang
boleh dan tidak boleh buat.

Di negara kita belum ada pemantauan dan kawal selia aktiviti agensi
pengutip hutang. Pindaan Akta Profesion Undang-undang 1976
menjadikan satu kesalahan bagi pihak lain melakukan kerja-kerja lazim
dilakukan seorang peguam tetapi pengutip hutang dikatakan berada atas
sempadan sedangkan mereka berani menghantar surat tuntutan yang
lazimnya kerja seorang peguam.

Adakah masalah penyalahgunaan undang-undang hutang lapuk ini

dapat diselesaikan?

SHAHARUDIN: Malaysia adalah antara negara yang mempunyai hutang

isi rumah tertinggi di dunia maka masalah pengutip hutang ini nampaknya
akan berpanjangan dengan pelbagai kaedah licik mereka.

Masalah CTOS dan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) tidak
begitu diperbesarkan orang ramai kini tetapi hutang lapuk masih juga
dilayan sedangkan sudah tidak sah dituntut di mahkamah.

Saya minta kerajaan dan Bank Negara lihat kembali amalan Bank Negara
menyenarai hitam orang disebabkan hutang-hutang lapuk ini yang tidak
boleh diiktiraf undang-undang lagi. Hutang luput masa ini tidak patut
dibenarkan disenaraikan dalam CTOS atau CCRIS lagi.

Hutang memang perlu dibayar tetapi pantau juga penularan kumpulan-

kumpulan yang berani menangguk di air keruh.

Tag Berkaitan
Undang-undang

Perkhidmatan Kewang

Anda mungkin juga menyukai