Anda di halaman 1dari 2

Artikel Tun terbaru bertajuk: 1MDB DIBERSIHKAN

1. Jabatan Peguam Negara telah membersihkan 1MDB dari segala salah laku yang
berkaitan dengan penggunaan dana yang diluluskan oleh Bank Negara untuk pelaburan
asing.
2. Tetapi Bank Negara jelas tidak berpuas hati dan merayu kepada Peguam Negara
tanpa apa-apa perubahan dalam laporan itu. Sekali lagi Peguam Negara menolak rayuan
itu.
3. Kita tahu memangnya Peguam Negara diberi kuasa untuk membuat keputusan sama ada
sesuatu kes perlu dibawa ke mahkamah atau tidak. Anggapannya adalah Peguam Negara
akan menghargai dan memahami betapa serius atau sebaliknya kes yang dibawa
kehadapannya, bahawa dia akan menghargai keprihatinan pengadu atau agensi yang
membuat laporan itu, bahawa jika ada perasaan tidak puas hati kes itu patut dihakim
dalam mahkamah undang-undang oleh seorang hakim dan jika masih tidak berpuas hati
rayuan dibenarkan.
4. Itulah cara yang betul. Tetapi sekarang nampaknya Peguam Negara telah membuat
penghakiman itu, menolak kes itu kerana tidak mempunyai merit untuk perbicaraan di
mahkamah undang-undang. Dan apabila rayuan dibuat, rayuan itu ditolak oleh beliau
atas alasan yang tidak jelas. Terdapat kekurangan ketelusan di sini.
5. Adakah ini kedaulatan undang-undang yang negara ini patut dukung? Adakah Peguam
Negara lebih tinggi daripada seorang hakim, yang penghakimannya adalah muktamad dan
tidak ada sebarang rayuan?
6. Dalam kes ini rakyat ingin tahu sama ada Perdana Menteri terlibat atau tidak.
Dengan menolak kes ini syak wasangka akan kekal dalam minda rakyat. Malah orang
berfikir bahawa keputusan Peguam Negara ini mungkin tidak dibuat oleh Peguam
Negara.
7. Sebaliknya kita melihat orang sedang ditahan di bawah undang-undang yang
kononnya bertujuan untuk membendung keganasan.
8. Dalam ucapannya ketika memperkenalkan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan
(Security Offences Special Measures Act) 2012, PM berkata aktiviti yang menjejaskan
demokrasi berparlimen ditafsirkan sebagai satu aktiviti yang dijalankan oleh
individu atau kumpulan dengan niat untuk menjatuhkan atau melemahkan demokrasi
berparlimen melalui kekerasan dan dengan melanggar Perlembagaan.
9. Undang-Undang Kesalahan Keselamatan itu sendiri membatasi pemakaiannya bagi hal-
hal keselamatan. Ia memperuntukkan penangkapan dan penahanan oleh seorang pegawai
polis mana-mana orang yang dia mempercayai terlibat dalam kesalahan keselamatan
selama dua puluh empat jam dan bagi maksud penyiasatan, tahanan boleh dilanjutkan
selama tempoh tidak melebihi dua puluh lapan hari.
10. Penangkapan Dato Khairuddin dan peguamnya Matthias Chang telah menimbulkan
perasaan takut di kalangan orang ramai bahawa melaporkan tentang salah laku
Kerajaan dan pegawai-pegawainya merupakan ancaman kepada keselamatan. Pemberi
maklumat yang Kerajaan dikatakan menggalakkan, kini menghadapi bahaya dituduh
mengancam keselamatan negara.
11. Dengan ini titah oleh Raja-Raja untuk pemeriksaan dijalankan secara adil dan
telus tidak lagi boleh dicapai. Terdapat berpuluh-puluh orang yang mempunyai
maklumat tentang salah laku dalam 1MDB yang tidak akan mengambil risiko memberi
keterangan atau membuat tuduhan kerana mereka menghadapi risiko ditahan dan didakwa
di bawah Akta Kesalahan Keselamatan.
12. Kita semua tahu bahawa siasatan dalam hal ehwal 1MDB dan USD 700 juta dalam
akaun peribadi Dato� Sri Najib telah tergendala oleh pemecatan Peguam Negara,
pemindahan pegawai-pegawai SPRM, pengebirian Jawatankuasa Kira-kira Awam dan
ancaman tersirat terhadap Bank Negara. Sekarang peguam pembelaan boleh dipersoal
dan ditahan.
13. Tindakan-tindakan ini telah meningkatkan kurang keyakinan dan rasa tidak
percaya terhadap mereka dalam Kerajaan. Semata-mata dengan menyatakan siasatan
adalah berterusan tidak akan meyakinkan rakyat bahawa kebenaran akan berlaku.
14. Di mata dunia Malaysia telah menjadi sebuah negara pariah, sebuah negara di
mana sesiapa sahaja boleh ditahan dan disoal siasat oleh polis, ditahan dan didakwa
melalui menyalahgunaan undang-undang negara.
15. Dan Jabatan Peguam Negara akan menolak atau tidak mengambil hirau apa-apa
laporan salah laku yang melibatkan Perdana Menteri.
16. Sudah pun ahli-ahli Kerajaan mengatakan bahawa tiada sesiapa, tidak juga Raja-
Raja boleh komen mengenai penyalahgunaan yang jelas undang-undang Negara oleh
Kerajaan

Anda mungkin juga menyukai