Anda di halaman 1dari 42

1.

1 PENGENALAN

Pembentukan sesebuah negara adalah disebabkan kependudukan rakyat disesebuah wilayah

yang mempunyai semangat nasioalisme yang tinggi. Tanpa rakyat tiadalah negara dan

tanpa negara, meranalah rakyat. Rakyat dan negara adalah satu konsep saling bergantung

antara satu sama lain yang mana rakyat atau masyarakat yang duduk di wilayah negara itu

berperanan penting dalam menjaga, melindungi dan mentaati negara tersebut. Kestabilan

sesebuah negara didorong oleh kestabilan dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Namun,

syaban tahun cabaran sesebuah negara sama ada negara membangun, sedang membangun

dan negara dunia ketiga semakin sengit dan daya saing yang sangat tinggi. Politik

berperanan penting dalam keperluan sesebuah negera.

Politik adalah salah satu pengajian yang mana manusia mampu mencipta satu sistem

yang sesuai dan diterima bersama. Malah manusia mempunyai kecenderungan untuk

berpolitik dan berkuasa untuk memupuk, mempertahankan dan memperluaskan pengaruh

kekuasaan. Haedar Nashir (1999) mengatakan penerimaan politik dalam sesebuah

pemerintahan adalah bergantung pada kesesuaian dan tujuan yang ingin dicapai sama ada

kecenderungan itu dilaksanakan dalam situasi secara terbuka atau tertutup. Soelistyati

Ismail (1987) mengatakan politik di pandang sebagai The master of Science atau The

Queen of Science.

Kemunculan pemikiran politik boleh dirujuk dalam pensejarahan politik semasa

pemerintahan tamadun Yunani. Dalam pemikiran politik Yunani, ia didahului dengan

pemikiran universal tentang alam semesta dan pada abad kelima sebelum masihi barulah ia

menjurus kepada masalah dunia dan masalah hubungan sesama manusia. Yunani kuno

terikat dengan mitos dan lagenda nenek moyang dan harus diyakini tanpa sebarang

bantahan. Akhirnya, Yunani cuba untuk melepaskan diri dari cengkaman nenek moyang

tersebut dan cuba untuk menggali persoalan yang bersifat universal menggunakan

1
pendekatan mengikut kemampuan mereka. Ilmu politik semakin berkembang sehingga

kepada pemasalahan negara dan masyarakat. Peralihan kuasa pemerintahan juga

membawa kepada perubahan konsep pemerintahan dan cuba untuk mencari konsep yang

sesuai melalui penyelidikan terhadap pemerintah yang sedia ada yang merujuk kepada

konsep negara. Malah sehingga kini, konsep negara masih dibincang dan diperbahaskan dan

dikaitkan dengan keagamaan.

Negara dan politik berpisah tiada, yang mana setiap negara diseluruh pelosok dunia

memerlukan politik yang stabil untuk menjaga kedaulatan negara masing-masing. Pemimpin

politik sangat penting sebagai wakil rakyat dan negaranya dalam menyuarakan hak dan

kemahuan rakyat. Politik sesebuah negara dipengaruhi oleh tindak tanduk pemimpin dan

ideologi yang dibawa. Kapitalisme, sosialis dan liberalisme adalah ideologi yang digunakan

sebagai garis panduan dalam pemerintahan sesebuah negera. Namun, hampir keseluruhan

negera di Asia Tenggara merupakan sebuah negara bekas jajahan barat dan Jepun, dan ia

memberi impak terhadap pemerintahan di sesebuah negara. Sebagai contoh adalah

pemerintahan demokrasi dan republik. Di Indonesia, sistem republik adalah landasan

kepada pucuk kepimpinan pemerintahannya. Kedaulatan adalah kuasa rakyat dan dijalankan

oleh Majlis Permusyawaratan Rakyat. Kedudukan Presiden di Indonesia adalah sebagai

ketua negara dan ketua pemerintahan.

Memang tidak dapat dinafikan negara Asia Tenggara seperti Indonesia, Malaysia dan

negara-negara Asia Tenggara yang lain melakukan gerakan reformasi untuk mengubah

sistem pemerintahan mereka dan memberi kebaikan kepada rakyat. Penulisan ini lebih

memfokuskan Indonesia, serta ada bahagian yang menceritakan sebarba sedikit mengenai

reformasi Malaysia dan beberapa negara Asia tenggara lain seperti Thailand. Indonesia

merupakan negara yang paling menonjol dalam gerakan reformasi terutama semasa

pemerintahan Soeharto yang mana rakyat majoriti menginginkan pemimpin baru dan

akhirnya Soeharto berjaya digulingkan. Munculnya golongan intelektual dalam kalangan

2
masyarakat sebenarnya memberi kesan kepada kemunculan gerakan reformasi. Dalam

penulisan ini akan membincangkan konsep gerakan reformasi, tujuan gerakan reformasi,

faktor gerakan reformasi dan kesan gerakan reformasi berserta contoh.

2.1 DEFINISI GERAKAN REFORMASI

Istilah gerakan menurut Boskawi & Sukidan (2003) adalah media dari masyarakat untuk

menyampaikan rasa tidak puas sosialnya kepada penguasa. Masyarakat yang mula

menyuarakan ketidakpuashatian kerana status sosial yang tidak seimbang dan berlakunya

bias dalam pemerintahan. Jurang sosial yang berlaku antara masyarakat menyebabkan

terdapat kelompok membuat gerakan dan menyuarakan dengan cara demokrasi sama ada

radikal atau himpunan. Menurut sarjana ini lagi, gerakan muncul dari golongan

berorganisasi, mempunyai tujuan yang jelas dan ideologi baru yang boleh mencipta

sesebuah masyarakat yang maju. Setiap manusia memerlukan hak-hak asasi seperti

pendidikan dan hak bersuara untuk kepentingan mereka untuk meneruskan kehidupan.

Masyarakat yang semakin berpengetahuan dan berpendidikan akan mendorong kepada

berlakunya gerakan sekiranya keadaan yang dialami oleh kelompok masyarakatnya yang

tidak dilindungi dan tidak maju dalam aspek sosial dan politik. Golongan intektual

melaksanakan gerakan untuk memperjuangkan hak-hak masyarakat dan mencipta ideologi

untuk membangkitkan semangat masyarakat. Gerakan dikatakan untuk menuntut hak

berpolitik, bersosial dan ekonomi yang stabil.

Lebih spesifik lagi, menurut kamus Istilah politik dan kewarganegaraan (2006)

mendefinisikan gerakan sebagai satu kelompok yang ingin mengadakan pembaikan kepada

politik untuk membentuk masyarakat baru melalui sistem politik. Wujudnya politik di

sesebuah negara apabila masyarakat dan rakyat majoriti mempersetujui pemerintahan dan

melantik seorang pemimpin untuk memperjuangkan hak rakyatnya. Perjuangannya bukan

sahaja menjaga kestabilan negara, tetapi lebih penting adalah menjaga kebajikan rakyatnya.

3
Wujudnya rasa tidak puas hati dalam sesebuah pemerintahan kerana berlakunya

penyelewengan kuasa dan jurang ekonomi antara salah satu sebab yang menyebabkan

masyarakat mula bangkit dan mula membuat gerakan bagi menuntut hak-hak mereka. Hal

ini dapat dilihat di negara sekitar Asia Tenggara seperti masyarakat Melayu Patani di Selatan

Thailand yang membuat gerakan pemisah kerana hak mereka dieksploitasi oleh kerajaan

Thailand.

Memahami konteks reformasi adalah begitu luas. Perkataan reformasi adalah berasal

dari perkataan reform yang membawa maksud pembaharuan untuk menghapuskan

pelbagai unsur yang buruk sehingga menjadi lebih baik. Kamus dewan (1998)

mendefiniskan perkataan reformasi sebagai perubahan pembaharuan yang mengarah

kepada lebih baik misalnya dalam sistem sosial, politik dan kebudayaan sesebuah

masyarakat. Menurut Sigit, reformasi adalah suatu gerakan yang mengharapkan adanya

perubahan kehidupan bermasyarakat, bernegera dan berbangsa ke arah yang lebih baik

secara konstitusional. Dengan erti kata lain, perubahan dalam aspek politik, ekonomi,

hukum, sosial dan budaya berdasarkan prinsip kebebasaan, kesamaan dan persaudaraan

yang merujuk kepada pendemokrasian. Reformasi adalah gerakan untuk mengubah bentuk

dan perilaku sesuatu organisasi kerana tidak disukai, tidak efisien dan tidak demokratik

(Rumzi, 2011). Wujudnya reformasi apabila masyarakat merasa terbeban tidak maju dari

segi pembangunan intelektual dan pembangunan. Masyarakat mula menginginkan

pembaharuan dan tidak terikat dengan material.

Konteks gerakan reformasi begitu luas dan mempunyai perbezaan tetapi tujuan

adalah sama iaitu ingin membuat pembaharuan. Antaranya gerakan reformasi termasuklah

gerakan reformasi politik, gerakan reformasi agama dan gerakan reformasi pendidikan.

Gerakan reformasi politik adalah berkaitan dengan hak asasi dan hal ekonomi (Denny J.A,

2006). Gerakan reformasi di Asia Tenggara yang menonjol di negara Indonesia yang mana

berlakunya gerakan revolusi radikal dan menyebabkan berlakunya kemusnahan harta benda

4
dan kehilangan nyawa. Gerakan reformasi jika ditelusuri konsepnya, ia lebih menyifatkan

kepada kebangkitan untuk perubahan. Namun, disebabkan kepentingan dalam politik juga

menyebabkan kebangkitan lebih radikal dan berlakunya rusuhan.

Membincangkan mengenai konsep reformasi pendidikan, pendidikan adalah satu

perkara yang penting dalam menimba pengetahuan. Evolusi pendidikan dapat menimbulkan

kesedaran untuk melakukan perubahan agar sentiasa terpelihara dan maju. Tanpa

pendidikan, masyarakat akan tertindas dan hak-hak mereka dieksploitasi. Hal ini dapat

dilihat semasa era kepedudukan koloni barat yang mana pendidikan tidak begitu

dititikberatkan dan hanya memberi pendidikan secara informal sahaja. Walaupun,

pendidikan sekularisme diperkenalkan, namun ilmu nasionalisme kurang dipraktikkan.

Namun selepas kedatangan Jepun di Asia Tenggara, penduduk tempatan mula membuka

mata dan menanam semangat nasionalisme untuk mengangkat negara mereka. Pendidikan

ilmu-ilmu sosial dan sains semakin berkembang dan keadaan ini menyebabkan pemikiran

golongan muda semakin realistik. Wujudnya diskriminasi hak asasi dan penyelewengan

kuasa menyebabkan golongan intelektual mula membuat gerakan untuk memperjuangkan

hak masyarakat dan membuka mata rakyat lain untuk menentang.

Gerakan reformasi agama pula dikaitkan dengan kebangkitan dan pembaharuan

dalam ideologi agama (Denny J.A, 2006). Sebelum kedatangan agama Islam ke Asia

Tenggara, agama Hindu-Buddha sudah lama menyerap masuk dan diamalkan masyarakat

Asia Tenggara. Buktinya, semasa zaman maritim seperti Srivijaya yang menganuti agama

Hinddu-Buddha yang dilihat melalui monumen Candi Borobudur. Penyebaran agama Islam

mula tersebar melalui perdagangan dari pedagang arab. Walaupun penyebaran agama

Islam secara total telah memasuki wilayah Melayu Nusantara, namun budaya nenek moyang

seperti amalan bidah, khurafat dan lain-lain masih lagi diamalkan. Walhal, dalam Islam

melarang perkara tersebut kerana perbuatan tersebut akan menyebabkan masyarakat

mundur dan tidak maju. Akhirnya, gerakan reformasi agama muncul rentetan daripada

5
pengaruh daripada tanah arab yang melakukan perubahan agama dengan berteraskan Al-

Quran dan hadis. Golongan ulama tempatan seperti Syed Jamaluddin Al-afghani dan Kiyai

Muhammad Dahlan mula menjalankan gerakan untuk mengubah pemikiran agama islam

yang realistik. Gerakan reformasi agama menbentuk kepada gerakan Muhammadiyah dan

gerakan Ar-Irsyad di Indonesia sehingga memepengaruhi kawasan sekitarnya.

Memang tidak dinafikan, jika dianalisis secara mendalam reformasi pendidikan dan

agama adalah salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya kemunculan reformasi politik

yang menginginkan perubahan dalam aspek sosial dan ekonomi. Perbincangan mengenai

gerakan reformasi politik, gerakan ini didefinisikan sebagai Kemunculan gerakan reformasi

bukanlah disebabkan nilai nasionalisme samata-mata, malah wujudnya reformasi juga

adalah disebabkan krisis atau konflik yang melanda dalam pelbagai aspek dalam norma

kehidupan. Reformasi dilihat sebagai gerakan yang tidak boleh ditunda kerana selalunya

masyarakat menyokong sepenuhnya gerakan reformasi tersebut. Sesungguhnya, gerakan

reformasi di Indonesia telah berlaku sekian lama iaitu sebelum kemerdekaan bangsa

Indonesia dengan gerakan pemuda sama ada dalam bidang keagamaan ataupun bidang

politik (Martha et al 1985).

Pasca reformasi 1998 yang berlaku di Indonesia merupakan perubahan sistem

pemerintahan demokrasi dari militarian kepada kepada pemerintahan bebas. RM.

Soedarsono (2002) menyatakan pasca berlakunya pemerintahan Suharto bersifat kuku besi

telah digantikan oleh B.J. Habibie yang mana awal pemerintahannya dikenali sebagai era

reformasi yang membawa kepada misi kebebasan dalam pelbagai budaya. Reformasi politik

1998 yang dialami oleh Indonesia memberi kesan kepada aspek sosial, ekonomi dan

budaya. Kekuatan politik menjadi penentu arah kepada berkembangnya kreativiti. Pada

ketika itu, Indonesia maraihkan syukur kerana bebas daripada kekangan pemerintah

militarian. Reformasi bagaikan pembukaan karya kepada masyarakat Indonesia. Rakyat

6
Indonesia mula beredar kezaman moden yang mana pengkhususan ekonomi agraria dan

industri dengan menggunakan teknologi yang canggih.

Peranan golongan muda begitu kuat semasa era reformasi di Indonesia malah

fahaman demokrasi dan akar nasionalisme yang semakin kuat menyebabkan berlakunya

reformasi (Suhartono, 2001). Nilai-nilai murni dan keinginan kuat terhadap adanya

pembaharuan dalam pelbagai bidang baik ekonomi, politik dan sosial termasuklah

membebaskan diri daripada ikatan peraturan yang menghadkan kebebasan berdemokrasi.

Golongan generasi muda di Indonesia era reformasi tampil dalam pelbagai perjuangan

termasuklah kemerdekaan, mempertahankan kemerdekaan dan melepaskan bangsa dari

pemrintah yang kurang baik. Ini bermakna, pemuda mula tampil untuk mendasari idealisme

mereka untuk mempertahankan masa depan negara dan mengelakkan daripada hal-hal

yang tidak baik oleh generasi akan datang. Pemuda 1990-an berusaha menggerakkan

semula perjuangan untuk membangunkan negara pada kedudukan yang sebenar iaitu

gerakan reformasi. Keadaan ini juga didorong oleh psikologi yang mana wujudnya perasaan

cinta kepada tanah air, semangat patriotisme dan semangat kebangsaan yang berkembang

selaras dengan kesedaran bangsa dan bernegara.

Pendemokrasian atau demokrasi dihubungkait dengan hak-hak asasi manusia

(human Right) dan pemerintahan demokrasi di sebut sebagai kedaulatan rakyat. Gerakan

reformasi Indonesia dikaitkan dengan proses pendemokrasian yang selaras dengan

mendapatkan kemerdekaan. Prosedur dalam proses pemdemokrasian adalah politik

sesebuah negara kebiasaannya mencakupi proses mempopularkan, meluaskan dan

memantapkan nilai serta amalan demokrasi. Demokrasi dikaitkan dengan penyelengaraan

negara terutama mengenai kedudukan presiden atau institusi tertinggi negara. Presiden

adalah kedudukan yang tertinggi dan merupakan ketua negera dan ketua pemerintah

negera. Kedudukan yang kuat, menyebabkan presiden mempunyai kuasa yang kuat dalam

sistem ekonomi.

7
Kewujudan gerakan reformasi yang diterajui oleh golongan muda adalah menjurus

kepada upaya untuk meletak tampuk pemerintahan undang-undang dasar. Gerakan

reformasi yang begitu menonjol di Indonesia sekitar abad ke-18 iaitu semasa pemerintahan

Sukarno dan angkatan 66. Presiden Suharto juga dijatuhkan dengan gerakan reformasi dan

terakhir sekali semasa pemerintahan Abdurrahman Wahid pada 2001 yang dijatuhkan oleh

perjuangan demokrasi yang pelopori oleh pemuda mahasiswa. Perjuangan reformasi

Indonesia adalah disebabkan keresahan masyarakat dan rasa kurang selamat. Oleh itu,

mahasiswa atas nama bangsa Indonesia telah memacu semangat demokrasi untuk

menjatuhkan Presiden. Hal ini terjadi disebabkan Presiden bukan hanya dinilai dari

materialnya sahaja, malahan dinilai dari aspek kepimpinan dalam memimpin negara. Bagi

rakyat Indonesia, semasa pemerintahan Presiden Guns Dur misalnya, mahasiswa menilai

kepimpinanya agak kurang baik dan dikaitkan dengan masalah-masalah hubungan luar.

Perjuangan mahasiswa disokong oleh Dewan Perwakilan Rakyat.

Secara umumnya, gerakan reformasi politik di Indonesia didorong oleh aspek

pembangunan dan pemodenan. Aspek ini berlaku apabila timbulnya semangat nasionalisme

melalui suntikan pendidikan. Pendidikan bukan hanya ilmu sekularisme sahaja, malah

melibatkan ilmu-ilmu agama. Dengan meningkatnya ilmu pengetahuan dalam masyarakat

setempat, maka wujudnya perasaan ingin tahu dan berlakunya penentangan secara

demokrasi untuk menegakkan keadilan. Di Indonesia misalnya, gerakan reformasi dalam

kalangan mahasiswa adalah berlakunya suntikan nasionalisme dari aspek pendidikan. Malah

melihat pembangunan negara yang kurang maju menyebabkan golongan ini menentang

terhadap presiden Indonesia. Jatuh bangunnya kepimpinan seseorang dilihat melalui

kemampuan yang boleh dilakukan selagi ia membawa kebaikan kepada masyarakat

setempat. Gerakan reformasi sekitar abad ke 18 dan 19 di Indonesia boleh dikategorikan

sebagai satu gerakan untuk mengstabilkan ekonomi dan memperjuangkan hak asasi

golongan diperintah.

8
3.1 SEJARAH GERAKAN REFORMASI DI INDONESIA

Di Indonesia, gerakan reformasi dikatakan bermula di Minangkabau pada awal abad ke-19.

Pengasasnya ialah tokoh Tiga Serangkai iaitu Haji Miskin di Pantai Sikat. Haji Abdul Rahman

di Piabang, dan Haji Muhamad Arif di Sumanik. Ketiga-tiga orang yang terpengaruh dengan

fahaman Wahabiyah selama mereka bermastautin di Makkah itu pulang ke tanah air dan

bergabung dengan Tuanku Nan Renceh di Kampung Bukit Tinggi untuk melancarkan Perang

Paderi (1821-1837) di Sumatera melawan Belanda dan Kaum Adat. Ini diikuti oleh tokoh

Tiga Serangkai yang kedua, yang merupakan generasi terakhir keluarga paderi di

Minangkabau. Mereka itu ialah Syekh Ahmad Khatib, Syekh Tahir Jalaluddin dan Haji Agus

Salim. Selepas itu timbul tokoh reformasi lain di Sumatera iaitu Syekh Abdullah Ahmad,

Syekh Abdul Karim Amirullah dan Muhammad Jamil Jambek. Inilah diantara tokoh-tokoh

reformasi awal di Indonesia yang secara kebetulannya mereka berasal dari Minangkabau,

Sumatera.

Dalam perbincangan mengenai gerakan reformasi ini, tumpuan akan diberikan

kepada beberapa gerakan Islam yang muncul di Indonesia, serta perjuangan dan pemikiran

beberapa orang tokoh reformasi yang terkemuka. Gerakan yang mendahului reformasi di

Indonesia ialah Jamiat al-Khair yang ditubuhkan pada 17 Julai 195 di Jakarta. Walaupun

keahliannya terbuka untuk setiap orang Islam, namun kebanyakkan mereka

menganggotainya ialah keturunan Arab. Jadi dari segi kesannya memang Jamiat al-Khair ini

sangat terbatas. Namun daripada segi kepentingan sejarah, telah meletakkan asas yang

baik bagi kemunculan gerakan-gerakan reformasi selepasnya. Oleh kerana Jamiat al-Khair

ini dipandang lebih mengutamakan keturunan Arab, khasnya kaum Sayid, maka golongan

yang tidak menyetujuinya telah bertindak keluar dan menubuhkan persatuan yang baru,

iaitu persatuan al-Irsyad pada tahun 1913. Al-Irsyad ini ditubuhkan kebanyakanya oleh para

pedagang, tetapi tokoh yang paling terkenal sebagai jurubicaranya ialah Syekh Ahmad

Surkati, seorang ulama yang berasal daripada Sudan dan bekas anggota Jamiat al-Khair.

9
Dari segi kegiatannya, seperti juga Jamiat al-Irsyad bergiat di lapangan pendidikan.

Bagaimanapun kegiatan al-Irsyad lebih luas dan juga lebih besar pengaruhnya. Mulannya

gerakan al-irsyad kurang menampakkan ciri-ciri Revolusioner, kemudian tujuannya

diperluaskan lagi iaitu untuk melaksanakan dengan jujur perintah dan peraturan Islam

menurut ketetapan Al-Quran dan Sunnah, atau menggalakkan cara hidup Islam dengan

sepenuhnya. Juga untuk bekerjasama dengan kumpulan-kumpulan lain yang mempunyai

kepentingan bersama, yang tidak bercanggah dengan Islam serta undang-undang kerajaan.

Sungguhpun sudah terpisah daripada golongan Sayid, namun permusuhan tidak juga reda.

Ini menunjukkan Jamiat al-Khair masih mempertahankan keunggulan keturunan Sayid,

khasnya adat Taqbil (mencium tangan Sayid ketika bersalam). Sedangkan al-Irsyad

menolak kelebihan sesuatu bangsa atau keturunan, berasaskan ajaran Islam.

Sebagai seorang reformasi, Ahmad Surkati berusaha meyakinkan kaum Muslimin

terhadap amalan ibadat yang menyimpang daripada ajaran yang sebenar. Tiga masalah

penting yang pernah beliau bangkitkan adalah tentang persoalan Ijtihad dan Taklid, Sunnah

dan Bidaah, serta ziarah kubur dan tawaasul. Baginya, pintu Ijtihad masih tetap terbuka,

dan umat Islam perlu mengikuti jejak kaum Salaf dan mengkaji al-Quran dan Hadis,

bukannya dengan bertaklid buta. Mereka wajib mengikuti Sunnah dan menjauhi bidah

seperti usalli, talkin, tahlil, ziarah kubur untuk bertawasul, membaca manakib dan

sebagainya. Sememangnya menziarah kubur diharuskan untuk mengingati si mati, tetapi

bukan untuk bertawasul atau meminta berkat daripada si mati. Sebelumnya Ahmad Surkati

telah memberikan fatwa mengenai konsep persamaan dalam Islam bahawa Islam tidak

membezakan seseorang semata-mata kerana keturunannya, kekayaannya atau

kedudukannya. Oleh kerana itu, beliau membenarkan perkahwinan di antara Syarifah

dengan bukan Sayid, atau antara Sayid dengan bukan Syarifah. Pada pendapat ini ditolak

oleh golongan Sayid atas dasar Kafaah, bahawa Syarifah hanya layak berkahwin dengan

Sayid sahaja.

10
Ajaran-ajaran Ahamd Surkati tersebut rupanya menjadi dasar perjuangan al-Irsyad

dan kerana itu menimbulkan konflik di antara golongan tradisional dengan golongan

reformasi. Dalam kongres Islam di Chirebon pada tahun 1922 misalnya, kaum reformasi

seperti al-Irsyad dan Muahmmdiyah dituduh sebagai hendak membentuk mazhab baru dan

mengadakan tafsir al-Quran sendiri. Pertubuhan Muhammiyah menjawab bahawa mereka

berusaha untuk kemajuan umat Islam, disebabkan ramai umat Islam yang lebih menjunjung

tinggi karya-karya para ulama daripada Al-Quran dan Sunnah.

Khusus mengenai gerakan Muhammadiyah ini, sebenarnya merupakan gerakan

reformasi yang terkenal dan paling berpengaruh di Indonesia. Gerakan ini diasaskan dan

dipimpin oleh seorang tokoh reformasi yang terkemuka, Haji Ahmad Dahlan (1868-1923).

Dilahirkan pada tahun 1868 dan semasa kecil beliau diberi nama Muhammad Darwis di

Yogyakarta. Semasa kecil Ahmad Dahlan diajar oleh ayahnya sendiri, Kiyai Haji Abu Bakar

yang merupakan seorang alim dan menjadi Khatib di masjid besar Kesultanan Yogyakarta.

Pada tahun 1890 beliau berangkat ke Makkah dan belajar di sana selama setahun. Sekitar

tahun 1903 sekali lagi beliau ke Makkah dan tinggal selama dua tahun dan belajar pada

Syekh Ahmad Khatib. Di antara ilmu-ilmu yang paling diminatinya ialah Tafsir al-Quran,

terutama kitab Tafsir al-manar oleh Muhammad Abduh dan Muhamad Rashid Ridha. Bahkan

beliau berpeluang bertukar-tukar fikiran secara langsung dengan Muhammad Rashid Ridha,

yang menjadikan kecenderungannya terhadap konsep reformasi semakin tebal.

Selepas dari Makkah, langkah pertama yang dilakukannya ialah membetulkan arah

masjid atau arah kiblat, serta memberi peluang kepada kaum wanita untuk turut serta

mengaji. Di Samping mengajar, Haji Ahmad Dahlan juga berniaga batik di Jawa. Untuk

memperolehi pengalaman pentadbiran organisasi, beliau menyertai Budi Utomo pada tahun

1909, Jamiat al-Khair pada tahun 1910, dan Sarekat Islam pada tahun 1911. Pada 18

November 1912, beliau mendirikan pertubuhan Muahmmadiyah yang bermaksud Umat

Muhammad.

11
Daripada segi sejarahnya, gerakan Muhammadiyah melalui peringkat pertumbuhan

dan juga perkembangan. Dalam peringkat pertumbuhan gerakan ini mengambil masa

selama lima tahun (1912-1917), kegiatannya masih dalam lingkungan wilayah Yogyakarta,

dan pembentukan kader-kader dakwah. Hanya selepas itu dalam peringkat

perkembangannya mulai tahun 19177, gerakan ini meluas di luar daerah Yogyakarta,

tersebar ke seluruh Jawa dan seterusnya Indonesia. Sebagai sebuah gerakan reformasi,

program Muhammadiyah meliputi bidang keagamaan, antara ajaran-ajaran yang ditekankan

oleh Muhammadiyah ialah bahawa pintu Ijtihad tetap terbuka dan amalan bertaklid harus

ditolak. Sungguhpun ia tidaklah menolak mazhab, namun ia menggesa dilaksanakan Ijtihad

dan terus merujuk kepada sumber-sumber al-Quran dan Hadis.

Selain persoalan tersebut, Muhammadiyah juga banyak mempersoalkan masalah

syirik, khurafat, tahyul dan bidah. Mengenai masalah syirik umpamanya, antara amalan-

amalan yang dianggap merosakkan akidah ialah pemujaan terhadap arwah nenek moyang

dengan mengadakan upacara tertentu yang dipanggil slametan. Dengan mengadakan

upacara slametan itu adalah dipercayai orang akan slamet daripada gangguan makhluk

halus dan ghaib, terutama ketika kelahiran, perkahwinan dan kematian. Berhubung dengan

menziarah kubur pula, memang Muhammadiyah mengakui bahawa amalan itu dianjurkan

dan tujuannya untuk mengingatkan akhirat, tetapi yang salahnya ialah dengan mengadakan

tawasul atau perantaraan.

Kemudiannya mengenai persoalan Sunah dan bidah pula, Muhammadiyah banyak

mempersoalkan masalah qunut, niat usalli, azan jumaat, khutbah jumaat, soal tarawih,

talkin, tahlil dan lain-lain lagi. Menurut Muhammadiyah, qunut itu tidaklah sah riwayatnya.

Pembetulan yang dilakukan oleh Muhammadiyah terhadap masalah-masalah khilafiah

seperti ini bukannya untuk memecahbelahkan umat islam, tetapi tidak lain merupakan

perjuangannya untuk melihat umat Islam yang sebenarnya dan murni. Berdasarkan bentuk

ajaran yang demikian, maka tidak hairanlah gerakan Muhammadiyah ditentang oleh

12
golongan tradisionalis. Terhadap Muhammadiyah keseluruhannya dan peribadi Haji Ahmad

Dahlan khususnya, mereka dianggap sebagai golongan Wahhabiyah, menyimpang daripada

ajaran ahli Sunnah wal-Jama-ah, menolak peraturan yang dihasilkan oleh Imam-Imam

mazhab, hendak meruntuhkan agama, kaum Muktazilah dan malah dicap sebagai orang

kafir kerana seperti ini tidak dapat didamaikan lagi, hasilnya pada tahun 1926 telah

terbentuk sebuah gerakan iaitu gerakan Nahdhatul Ulama pimpinan Kiyai Haji Hashim

Ashaari dan Kiyai Haji Abdul Wahab Hasbullah, dan dasar perjuangannya ialah untuk

menegakkan fahaman bermazhab dan taklid.

Dalam bidang pendidikan, reformasi yang dilakukan meliputi dua segi iaitu tujuan

dan teknik. Daripada segi tujuannya, ingin membentuk manusia Muslim yang baik budi, alim

dalam agama, luas pandangan dan memahami masalah ilmu keduniaan, serta bersedia

berjuang untuk kemajuan masyarakatnya. Sementara daripada segi teknik, lebih banyak

berhubungan dengan cara-cara penyelenggaraan pengajaran. Sebenarnya kegiatan

Muhammadiyah dalam bidang pendidikan ini adalah sebagai reaksi terhadap sistem

pendidikan pondok dan Kristian. Maka untuk mengimbanginya, Muhammadiyah mendirikan

sekolah-sekolah berdasarkan Islam. Pertamanya, Muhammadiyah mengubah bentuk lama

dengan memperkenalkan sistem organisasi dan pentadbiran, kurikulum serta cara-cara

penyelenggarannya. Seterusnya, Muhammadiyah menyelenggarakan sekolah-sekolah

sejenis dan menambahkan mata pelajaran agama ke dalam kurikulumnya.

Perubahan-perubahan ini kemudian diikuti dengan penubuhan madrasah-madrasah

yang moden, berdasarkan rasionalisasi kurikulum, organisasi serta pentadbirannya. Di

samping mata pelajaran agama, dimasukkan ke dalam madrasah itu pelajaran sekular

seperti matematik, geografi, sejarah, Bahasa Indonesia, Bahasa Belanda dan pelajaran

menulis dan membaca huruf Latin, di samping pelajaran bahasa Arab. Bahkan madrasah-

madrasah Muhammadiyah ini juga melaksanakan sistem co-education, yakni memberi

kesempatan kepada kaum wanita untuk belajar bersama-sama dengan kaum lelaki.

13
Dalam peringkat perkembangannya, madrasah-madrasah ini kemudiannya

direalisasikan dalam bentuk perguruan dengan nama Pondok Muhammadiyah. Dengan

demikian Pondok Muhammadiyah adalah model pembaharuan yang merupakan penyatuan

antara unsur lama dengan unsur baru. Unsur lama ialah tetap dipertahankannya Islam

sebagai dasar, sedang yang baru adalah bentuk kurikulumnya dan teknik penyelenggaran

yang banyak mengambil daripada sistem Barat. Selain sekolah agama, Muhammadiyah juga

mendirikan sekolah umum, iaitu dengan mengikuti sistem sekolah kerajaan yang sedia ada.

Sekolah-sekolah tersebut mulanya terkenal dengan sebutan HIS met de Quran (Hollandsch

Inlandsche School) yang didirikan pada tahun 1926, kemudiannya bertukar nama menjadi

HIS Muhammadiyah. Diikuti kemudian MULO (Meer Uitgebreid Lager Onderwijs), HIK

Muhammadiyah (Hollandsch Inlandsche Kweekschool), dan Schakel School Muhammadiyah.

Sungguhpun sekolah-sekolah ini terbentuk umum, namun dalam kurikulumnya juga

diberikan mata pelajaran agama.

Mengenai kegiatan Muhammadiyah dalam bidang sosial sebenarnya aspek

pendidikan memang sudah termasuk di dalam aspek sosial juga. Antara usaha-usaha sosial

yang dijalankan ialah mendirikan klinik, hospital, rumah yatim piatu dan badan-badan lain

untuk menyelesaikan masalah-masalah keagamaan yang ada kaitannya dengan sosial

seperti pembahagian zakat dan sebagainya. Semua masalah sosial atau kemasyarakatan

tersebut berada di bawah pengawasan badan yang dinamakan Penolong Kesengsaraan

Umum (PKU).

Pada mulanya PKU merupakan organisasi bebas yang didirikan pada tahun 1918 oleh

beberapa orang tokoh Muhammadiyah untuk menolong mangsa bencana letusan gunung

Kelud. Khidmat ini diteruskan dengan kegiatan memberikan bantuan kepada fakir miskin

dan anak yatim piatu di Yogyakarta. Pada tahun 1921, PKU diubah menjadi Jabatan

Muhammadiyah. Pada tahun itu juga PKU kemudiannya melaksanakan pelbagai program

sosial yang memberi faedah kepada masyarakat Islam.

14
Suatu kenyataan yang patut disebutkan ialah bahawa kegiatan tersebut banyak

sekali berasal daripada faktor luar, yakni sebagai reaksi Muhammadiyah terhadap kegiatan

mubaligh Kristian yang telah masuk ke pedalaman Pulau Jawa sejak akhir abad ke-19.

Dalam usaha menghadapi cabaran tersebut, Muhammadiyah telah menjalankan cara dan

program yang sama dengan mubaligh itu. Misalnya secara tradisional, pemeliharaan para

fakir miskin biasanya masih bergantung pada inisiatif individu, atau anak yatim dipelihara

oleh sebuah keluarga yang mampu. Tetapi Muhammadiyah telah menubuhkan sebuah

badan yang akan menjalankan tugas-tugas tersebut, sama seperti yang dilakukan oleh

mubaligh-mubaligh Kristian itu.

Hasil daripada perjuangan seorang tokoh yang bernama Haji Ahmad Dahlan,

Muhammadiyah muncul sebagai gerakan reformasi yang disegani. Maka tidak hairanlah jika

pada tahun 1961 Presiden Sukarno mengisytiharkan bahawa Ahmad Dahlan diiktiraf sebagai

Pahlawan Kemerdekaan Indonesia. Sepuluh tahun selepas penubuhan Muhammadiyah iaitu

pada tahun 1122 ditubuhkan sebuah gerakan reformasi yang lain, iaitu Persatuan Islam

(Persis). Di antara tokoh-tokoh pengasasnya ialah Kiyai Haji Zamzaam, Muhamad Junus dan

sebagainya. Seperti Haji Ahmad Dahlan, Haji Zamzam (1894-1952) juga pernah berada di

Makkah selama tiga setengah tahun dengan menuntut di Darul Ulum. Beliau kemudiannya

mengajar di Darul Mutaallimin, Bandung, di samping berhubung dengan Ahmad al-Surkati

daripada al-Irshad di Jakarta. Mulai tahun 1926, Persis mendapat seorang tokoh baru yang

di bawah pimpinannya, Persis mencapai kebesarannya dan berpengaruh. Beliau ialah Hasan

Ahmad (1889-1958), atau lebih terkenal sebagai A. Hassan Bandung.

Selain tokoh-tokoh tersebut, Persis juga mempunyai barisan pemimpin yang terkenal,

seperti M. Natsir, Isa Anshari, Munawar Khalil, Mahmud Aziz, Shabirin, Fakhruddin al-Kahiri

dan sebagainya. Di antara mereka, Cuma M. Natsir dan Isa Anshari yang bergerak cergas

dalam politik nasional, dengan menjadi pemimpn parti Masyumi yang didirikan pada tahun

1945 oleh Muhammadiyahb dan Nahdhatul Ulama. Ketika Persis disusun semula pada tahun

15
1948, Muhamad Isa Anshari terpilih menjadi ketua umumnya sehingga tahun 1961.

Meskipun M. Natsir menjadi ketua Masyumi pada tahun 1949, beliau masih tetap

menjalinkan ikatan dengan Persis, bahkan membantu penubuhan pondok di Bangil pada

tahun 1950.

Dalam mencapai rangka tujuan Persis, Persis telah menyusun Rancangan umum dan

juga Rancangan Khususnya. Dalam Rancangan Umumnya, Persis menentang fahaman-

fahaman yang mengancam kehidupan agama, menghidupkan semangat ijtihad dan

membasmi bidah, syirik, khurafat serta tahayul. Sementara bagi Rancangan Khususnya

pula, Persis merancang menubuhkan lembaga-lembaga pendidikan serta memperbanyakkan

lagi perpustakaan Islam dengan menerbitkan buku-buku agama. Tujuan untuk menerbitkan

memperbanyakkan buku agama ini adalah untuk mengembangkan semangat umat Islam

dan meningkatkan pegangan kepada Al-Quran dan Sunnah.

Selaras dengan tujuan dan rancangan ini, Persis juga banyak memainkan peranan

dalam usaha memajukan bidang pendidikan, melakukan penerbitan dan perdebatan.

Daripada bidang pendidikan, mereka ini telah membangunkan bidang pendidikan yang

berbentuk sekolah dan pondok. Pada tahun 1932, sebuah institusi sekolah pendidikan Islam

telah didirikan di bawah pimpinan M.Natsir. kemudiannya pada tahun 1932 pula, MULO telah

didirikan di Bandung dan kemudiannya di beberapa daerah lain. Pada tahun 1936, Pondok

Persatuan Islam telah ditubuhkan di Bandung iaitu sebuah lembaga pendidikan yang digelar

sebagai pondok dan pada waktu sebelah petang, terdapatnya pondok kecil untuk budak-

budak lelaki dan perempuan untuk mempelajari agama seperti mengaji dan sebagainya.

Kemudiannya pada tahun 1940, Sekolah pondok ini telah dipindahkan ke tempat

baru iaitu di Bangil dan pada tahun berikutnya tertubuhkan sekolah pondok Puteri. Tetapi

semasa kedatangan Jepun ke Asia Tenggara, kedua-dua pondok ini telah ditutup dan telah

dibuka kembali pada tahun 1950 yang mana penasihatnya terdiri daripada M.Natsir,

16
Muhammad bin Salim dan A.Hassan. Pelajar-pelajar yang telah berjaya menghabiskan

sekolah pondok ini akan melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang seterusnya di al-

Azhar, malah sampai sekarang pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran ke sana masih

lagi diteruskan terutamanya ke Arab Saudi dan Kuwait. Sekolah pondok Puteri ini telah

dibuka semula pada tahun 1957. Pada tahun 1963, Persis telah mengelolakan lebih daripada

20 buah sekolah di Jawa termasuklah beberapa pendidikan yang khusus untuk para guru

dan mubaligh. Untuk peringkat pengajian tinggi pula, Persis telah menubuhkan sebuah

universiti yang dikenali sebagai Universitas Pesantren Persatuan Islam (UPPI) di Bangil dan

pada tahun 1969 ianya berubah menjadi Universitas Islam Indonesia (UII) sebagai cabang

daripada pusat di Yogyakarta.

Jika dilihat dari segi pendidikan, pengaruh Persis ini masih lagi terbatas tetapi melalui

bidang penerbitan sahaja ajaran Persis ini dapat di sebarkan secara meluas dan dapat

didengar dan dibaca. Pada tahun 1929, Persis telah menerbitkan majalah Pembela Islam

sebanyak 72 keluaran sehingga tahun 1935. Pada tahun 1956, penerbitannya bergiat aktif

kembali dan menerbitkan 9 kali sehingga tahun 1957. Selain itu juga Persis telah

menerbitkan majalah al-Fatawa sebanyak 2 keluaran pada tahun 1931 yang dapat bertahan

sehingga tahun 1933 ketika itu. Dengan tamatnya usia Pembela Islam dan al-Fatawa,

muncullah majalah al-Lisan sebagai gantinya. Ia mula diterbitkan pada tahun 1935 dan telah

berakhir pada tahun 1942 dengan keluaran sebanyak 65, sebahagiannya telah diterbitkan di

Bandung dan yang lainnya di Bangil setelah A.Hassan berpindah ke sana.

Selain kegiatannya dalam bidang pendidikan dan penerbitan, Persis juga telah

mengembangkan fahamannya secara perdebatan yang kebanyakkannya dilakukan oleh A.

Hassan sebagai pidatonya. Mereka pernah berdebat dengan kaum Ahmadiah Qadiyani

sebanyak tiga kail, dengan Kristian (Seven Day Adventist) sebanyak tiga kali juga dan

dengan kaum tradisionalis mengenai masalah-masalah taklid dan bidah dan banyak lagi.

17
Secara kesimpulannya, ini merupakan tinjauan mengenai dua buah gerakan reformasi di

Indonesia yang terkenal iaitu Muhammadiyah dan Persatuan Islam (Persis).

Seterusnya adalah membincangkan tentang perjuangan dan pemikiran beberapa

orang tokoh reformasi Indonesia yang terkemuka. Di Indonesia telah banyak melahirkan

ramai tokoh reformasi antaranya adalah A. Hassan Bandung, M. Natsir, Profesor Muhd Hasbi

al-Siddiqy, Profesor Hamka dan banyak lagi. Tokoh-tokoh ini dan juga lainya bukan sahaja

terkenal melalui gerakan yang dianggotai dan dipimpinnya, bahkan juga melalui karya-karya

mereka yang banyak dan bernas. Hanya beberapa tokoh sahaja dibincangkan di dalam

kajian ini. Tokoh yang pertama adalah A.Hassan Bandung (1887-1958). Beliau dilahirkan di

Singapura, ayahnya bernama Ahmad (Sinna Wappu Marican) menjadi wartawan dan

pengarang di situ. Mengenainya pendidikannya, beliau tidak pernah menamatkan sekolah

rendahnya di Singapura kerana terpaksa bekerja pada usia 12 tahun. Namun beliau dapat

menguasai Bahasa Melayu, Arab, Inggeris dan juga Tamil. Di Singapura, Hassan membuat

berbagai-bagai jenis pekerjaan, termasuklah membantu ayahnya dalam kerja pencetakkan.

Pada tahun 1921, beliau telah bertolak ke Surabaya dan kemudiannya berpindah ke

Bandung. Di Bandung, beliau menjadi terkenal sejak melibatkan diri di dalam Persatuan

Islam pada tahun 1926.

Mengenai Hassan, keturunan, pengaruh bacaan dan juga pergaulannya yang

mempengaruhi beliau dalam membentuk sikap dan pemikiran. Daripada keturunannya,

sejak kecil lagi, beliau sering melihat ayahnya apabila menghantar mayat dan setelah

dikuburkan beliau melihat ayahnya terus balik ke rumah tanpa mengikuti upacara bacaan

talkin. Dari situ beliau telah mengikuti cara ayahnya yang tidak mengikuti upacara bacaan

talkin. Manakala untuk pengaruh bacaannya pula, Hassan pernah membaca al-Manar sekitar

tahun 1906 sehingga 1907 yang diterbitkan di Mesir. Majalah itu dibeli oleh iparnya iaitu

Abdul Ghani. Di Singapura juga beliau menyaksikan kegiatan Syed Syekh al-Hadi dan Syekh

Tahir jalaluddin yang menerbitkan majalah al-Imam yang cuba membawa fahaman-fahaman

18
yang baru. Sekitar tahun 1914 dan 1915, Hassan mendapat buku kafa yang ditulis oleh

Ahmad al-Surkati yang mana mengeluarkan fatwa bahawa lelaki Muslim dan wanita Muslim

boleh berkahwin tanpa memandang keturunan dan darjatnya.

Semasa di Surabaya, beliau kurang memerhati soal-soal agama, namun beliau telah

membaca karya Ibn Rusyd iaitu Bidayat al-Mujtahit, sebuah karya besar mengenai

perbandingan fikah empat mazhab. Kemudiannya apabila beliau berada di Bandung,

didapatinya bacaan yang berpengaruh ketika itu adalah Zadul-Maad yang ditulis oleh Ibn al-

Qaiyyim, Nailul-Autar oleh al-Shaukani dan majalah al-Manar untuk mendalami corak

pemikirannya yang menggerakkan semangatnya untuk melaksanakan reformasi dan

menegakkan Sunnah. Di dalam pengaruh pengaulannya pula, sejak di Singapura lagi beliau

dikatakan pernah dimarahi kerana mencium tangan (takbil) seorang Sayid, disebabkan

perkara itu beliau terdorong untuk menulis di dalam akhbar Utusan Melayu mengenai

masalah takbil. Di Surabaya pula, beliau sangat akrab dengan Faqih Hashim yang

berfahaman Wahhabiyah, serta menghadiri pertemuan-pertemuan al-Irsyad di bawah

pimpinan Ahmad al-Surkati. Sedangkan di Bandung, beliau menjadi sahabat Zamzam dan

Muhammad Junus iaitu tokoh-tokoh pengasas Persatuan Islam.

Sebagai seorang reformasi pemikiran beliau dilihat melalui kegiatannya secara lisan

dan tulisan. Kegiatanya melalui lisan dalam konteks ini adalah merupakan perdebatan dan

polemik terbuka dengan pihak-pihak tertentu mengenai masalah. Antaranya adalah

perdebatan A.Hassan melawan tokoh-tokoh al-Ijtihad al-Islam (Sukabumi) dan Majlis Ahli

Sunni di Bandung. Pada tahun 1932, beliau telah berhadapan dengan Kiyai Haji Abdul

Wahab Hasbullah dan Haji Abul Khair yang kedua-duanya merupakan tokoh besar

Nahdhatul Ulama mengenai masalah talkin. Pada bulan April 1933 di Bandung dan

September 1933 di Jakarta, A.Hassan berhadapan dengan Rahmat Ali, Abu Bakar Ayub dan

Abdul Razak, ketiga-tiganya menyokong ajaran Ahmadiyah Qadiyani mengenai kenabian

Mirza Ghulam Ahmad. Tokoh Qadiyani yang ketiga adalah Abdul Razak yang akhirnya

19
menyerah diri dan bertaubat dan terus mengundurkan diri daripada Qadiyani. A.Hasaan juga

pernah berdebat dengan H. Muktar Lutfi iaitu tokoh gerakan Persatuan Muslimin Indonesia

(Permi) dari Minangkabau mengenai masalah Islam dan nasionalisme.

Akhir sekali, A. Hassan juga banyak mengeluarkan fatwa-fatwa mengenai berbagai-

bagai aspek hukum dalam Islam. Biasanya fatwa-fatwa tersebut adalah bersandarkan

kepada dalil-dalil al-Quran dan Hadis, bukannya pendapat para ulama atau Imam mazhab.

Ini kerana baginya, sebarang hukuman yang tidak berdasarkan sumber-sumber tersebut

adalah bidah belaka dan setiap bidah adalah sesat, sedangkan setiap kesesatan itu neraka

adalah tempatnya. Dengan pendirian seperti inilah beliau menolak kuat setiap amalan-

amalan ibadat yang dianggapnya sebagai bidah seperti bacaan Usalli ketika menunaikan

solat, lafaz wabihamdih dalam tasbih rukuk dan sujud, bacaan Sayyidina di dalam selawat

tasyahhud, doa qunut selain qunut nazilah serta qada solat. Hal ini dikatakan sebagai bidah

di dalam urusan jenazah seperti bacaan taklin, tahlil, bacaan maulid dan sebagainya.

Sekiranya dengan fatwa-fatwa A.Hassan mengenai persoalan keagamaan tersebut

menimbulkan reaksi yang hebat daripada kalangan tradisionalis, maka pendiriannya

terhadap semangat nasionalisme ini pula mendapat tentangan daripada para nasionalis.

Walau bagaimanapun, semua itu dihadapi oleh A.Hassan dengan berani dan tegas melalui

lisan dan tulisannya. Kenyataan ini diakui oleh Profesor Hamka. Bagi Hamka, keistimewaan

yang dimiliki oleh Hassan adalah beliau mampu berhujah dengan sangat baik dan

keteguhannya di dalam mempertahankan pendirian beliau. Ini merupakan pandangan

Hamka terhadap beliau yang juga tidak terlepas daripada serangan dan bidasan Hassan

terhadap penulisan-penulisannya.

20
4.1 FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA GERAKAN REFORMASI DI

INDONESIA.

Reformasi merupakan suatu perubahan corak kehidupan lama kepada kehidupan baru yang

lebih baik. Reformasi yang terjadi di Indonesia pada tahun 1998 merupakan suatu gerakan

yang bertujuan untuk melakukan perubahan dan pembaruan untuk memperbaiki corak

kehidupan dalam aspek politik, ekonomi, sosial. Pemerintahan Orde Baru dinilai tidak

mampu memperbaiki kehidupan masyarakat dengan berdasarkan rukun negara dan undang-

undang Indonesia tahun 1945. Oleh itu, tujuan lahirnya reformasi adalah untuk

memperbaiki sistem kehidupan bermasyarakat, berbangsa, dan bernegara. Kesusahan

masyarakat dalam memenuhi keperluan asas merupakan faktor atau penyebab utama

lahirnya gerakan reformasi. Pemerintahan dunia baru yang dipimpin Presiden Suharto

selama 32 tahun, ternyata tidak konsisten dalam pelaksanaan politik, ekonomi dan sosial.

Terdapat beberapa faktor yang mendorong lahirnya reformasi di Indonesia iaitu berlakunya

krisis politik, ekonomi dan sosial.

Gambar 1: Rusuhan yang berlaku di Indonesia tahun 1998

21
4.1.1 Politik

Semasa era pemerintahan presiden Seoharto di Indonesia, sistem pemerintahannya

bertentangan dengan dasar (rukun negara) dan perundangan UUD 1945 asal Indonesia.

Perlaksanaan dasar dan perundangan UUD tahun 1945, hanyalah untuk mengaburi mata

rakyat Indonesia demi mempertahankan sistem pemerintahan dan kekuasaannya. Namun

demikian rakyat dapat menghidu dan menyedarinya kerana merasa tertindas dengan sistem

pemerintahan Seoharto pada ketika itu. Ciri-ciri kehidupan politik yang menindas rakyat

Indonesia yang pertama ialah mana-mana orang atau kumpulan yang mengkritik dasar

kerajaan dituduh sebagai tindakan subversif (terhadap Negara Kesatuan Republik

Indonesia). Ciri-ciri yang Pelaksanaan fungsi dua ialah angkatan bersenjata seperti polis dan

tentera mengawal kebebasan dan hak rakyat Indonesia untuk berparti. Ciri yang terakhir

ialah walaupun Soeharto dipilih sebagai presiden melalui Perhimpunan Agung MPR,

pilihanraya Indonesia namun ia bukanlah secara demokrasi.

Penyelewengan dalam pemerintahan presiden Soeharto pada ketika itu, telah

menimbulkan krisis multidimensional yang menjadi penyebab kepada lahirnya gerakan

reformasi di Indonesia. Sebagai contoh berlaku krisis politik yang terjadi pada tahun 1998,

yang mana berpunca daripada kelonggaran sistem politik pemerintahan presiden Soeharto.

Pemerintahanya dalam politik pada asalnya mengikut kerangka pelaksanaan dasar

demokrasi. Namun ia hanyalah sebahagian alasan untuk menutupi mata rakyat terhadap

sistem politik , ekonomi dan sosial yang dikuasi oleh presiden Soeharto sepenuhnya tanpa

mengambil kira hak rakyat Indonesia. Pemerintahan dunia baru, mewujudkan penindasan

politik terhadap rakyat Indonesia menyebabkan rakyat mengalami tekanan yang kuat

daripada pelbagai pihak. Sebagai contoh penindasan dalam sisitem politik ialah, berlakunya

rasuah, jenayah, dan kemelesetan ekonomi yang bermaharajalelah dan masyarakat tidak

memiliki kebebasan untuk mengawalnya.

22
4.1.2 Ekonomi

Faktor yang kedua adalah berlaku krisis ekonomi. Krisis kewangan yang melanda negara-

negara Asia Tenggara sejak Julai tahun 1996 mempengaruhi pembangunan ekonomi

Indonesia. Hal ini menyebabkan ekonomi Indonesia tidak mampu menghadapi krisis global

yang melanda dunia. Krisis ekonomi Indonesia bermula dengan turunnya nilai rupiah

berbanding dolar AS Ogos 1997, nilai tukar rupiah turun dari Rp 2,575.00 kepada Rp

2,603.00 per dolar Amerika Syarikat. Pada bulan Disember 1997, kadar pertukaran rupiah

terhadap dolar AS jatuh kepada Rp 5,000,00 per dolar. Malah, pada bulan Mac 1998, kadar

pertukaran rupiah terus turun dan mencapai nilai terendah, iaitu Rp 16.000,00 per dolar.

Krisis ekonomi global ini menjadi satu bebanan yang tinggi kepada ekonomi Indonesia, hal

ini kerana selain mengalami penurunan nilai rupiah Indonesia juga mempunyai masalah

ekonomi dalam negara. Masalah tersebut adalah, Hutang luar negeri Indonesia adalah

punca krisis daripada ekonomi global ini. Oleh itu, ianya memberikan kesan yang amat

ketara dalam ekonomi Indonesia. Hal ini mnenyebabkan rakyat Indonesia yang berada di

kelas bawahan lebih tertindas, berbanding daripada kelas atasan. Rakyat kelas bawahan dan

sederhana sukar untuk memenuhi keperluan asas mereka seperti rumah, makanan dan

pendidikan.

Walaupun pihak pemerintah cuba untuk mengatasi masalah ini dengan memajukan

perindustrian negara, namun ianya amat sukar kerana kebanyakan rakyat Indonesia adalah

masyarakat petani dengan hanya mempunyai tahap pendidikan yang sangat rendah malah

ada juga dikalangan mereka yang tidak mampu untuk mendapatkan pendidikan. Hal ini

menyebabkan rakyat memberontak, kerana kawasan luar bandar pembangunannya tidak

dijalankan sepenuhnya seperti di kawasan bandar. Rakyat amat marah dengan tindakan

pemerintahan presiden Soeharto. Hal ini mewujudkan lebih ramai lagi masyarakat Indonesia

yang menyertai gerakan reformasi di Indonesia untuk menggulingkan dan memaksa

presiden Soeharto untuk turun dari jawatanya sebagai pemerintah.

23
4.1.3 Sosial

Krisis politik seperti undang-undang dan ekonomi adalah punca krisis sosial berlaku. Amalan

politik yang menindas dan tidak demokratik menyebabkan berlakunya kejadian konflik politik

serta konflik etnik dan agama. Semua yang berakhir dengan letusan pelbagai rusuhan di

beberapa kawasan. Ketidakseimbangan ekonomi Indonesia menjadikan sumbangan terbesar

kepada krisis pengangguran, bekalan makanan terhad serta harga makanan asas yang

tinggi. Kuasa beli masyarakat yang rendah adalah faktor yang menyebabkan masyarakat

terdedah kepada krisis sosial. Masyarakat Indonesia dari kelas bawahan terpaksa menjadi

peminta sedekah, ini kerana perlaksanaan sistem ekonomi yang menindas mereka. Kawasan

pedalaman lebih merasai krisis kemelesetan ekonomi tersebut. Ramai di antara mereka yang

tidak mendapat kemudahan pendidikan, kesihatan, dan juga keperluan asas. Hal ini

menyebabkan berlakunya pengangguran dan kelaparan. Faktor inilah yang menyebabkan

rakyat lebih mudah untuk menerima idea reformasi ialah daripada golongan intelektual

seperti mahasiswa yang telah menanamkan rasa marah dan benci pada Soeharto ketika itu.

Hal ini telah membawa kepada rusuhan yang amat teruk di Indonesia pada ketika itu.

Gerakan reformasi yang berlaku di Indonesia telah menyebabkan seluruh rakyat

Indonesia hampir terlibat membuat rusuhan untuk menentang pemerintahan presiden

Soeharto pada ketika itu. Hal ini telah menyebabkan Soeharto cuba melegakan keadaan

dengan memberi arahan kepada tentera dan polis untuk mengawal keadaan. Namun

demikian, rusuhan yang berlaku secara besar-besaran sehingga tidak dapat dikawal dan

beberapa rakyat Indonesia yang terlibat membuat rusuhan telah terbunuh, akibat

tertembak. Kematian yang berlaku ini lebih mengeruhkan lagi keadaan yang menyebabkan

rusuhan di Indonesia menjadi sejarah rusuhan paling teruk yang pernah berlaku di

Indonesia.

24
Rusuhan pertama berlaku di kenali sebagai, Tragedi Trisakti. Soeharto mendapatkan

surat dari Harmoko, bekas ketua DPR masa itu, ketika sedang menghadiri persidangan

peringkat tinggi antara negara di Mesir pada tarikh 20 Mei 1998.

Gambar 2 : Tragedi Trisakti

Isi surat tersebut adalah: "Soeharto harus mengundurkan diri dari jabatan Presiden RI

kerana Jakarta tidak aman lagi". Surat itu ditandatangani oleh 15 orang, termasuk 14

menteri Kabinet Pembangunan. Tunjuk perasaan yang dilakukan oleh kelompok mahasiswa

yang menimbulkan Tragedi Trisakti pada tarikh 12 sehingga 20 Mei 1998. Tragedi ini

menyebabkan presiden Soeharto mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari

jabatan presiden, dan kedudukan Soeharto digantikan oleh Baharuddin Jusuf Habibie yang

merupakan naib presiden terakhir di era Orde Baru. Pergerakan pelajar Indonesia pada

tahun 1998 sangat agresif, karena telah berhasil menurunkan Soeharto dari jabatannya.

Walaupun salah satu agenda perjuangan pelajar yang menuntut kejatuhan Soeharto telah

dicapai, namun banyak yang menilai agenda reformasi belum tercapai dan gagal. Semasa

perhimpunan rusuhan diadakan, terdapat empat orang pelajar yang mati ditembak polis di

dalam kawasan kampus.

25
Gambar 3: Tragedi Semanggi

Rusuhan yang kedua berlaku dan dikenali sebagai Tragedi Semangi. Selepas

perletakan jawatan Soeharto, keganasan terhadap rakyat dan pelajar masih lagi berterusan,

hal inilah yang telah menyebabkan berlakunya Tragedi Semanggi. Akhirnya, selepas

Soeharto meletak jawatan dan Baharuddin Jusuf Habibie menjadi Presiden ke-3 Indonesia

untuk tempoh 1998-2003, pada November 1998, Tragedi Semanggi muncul kembali.

Tragedi Semanggi terjadi pada tanggal 11 hingga 13 November 1998, dan berlaku kembali

pada tarikh 24 September 1999, ketika pemerintahan Kabinet Reformasi Pembangunan

Baharuddin Jusuf Habibie berakhir. Hal ini kerana, Pelajar menganggap pemerintahan

dibahawa Baharuddin Jusuf Habibie masih sama dengan pemerintahan di bawah Soeharto.

Semasa pemerintahan di bawah Baharuddin Jusuf Habibie, beliau memerintahkan agar

semua sekolah dan universiti di Jakarta yang menjalankan Sesi Khas diadakan ditutup untuk

menghalang pelajar daripada berkumpul.

Sistem keselamatan telah diperketatkan lagi di kawasan Semanggi. Apabila pihak

keselamatan seperti polis, melihat para pelajar berkumpul untuk meraihkan sesuatu parti

mereka di halau dan dibubarkan oleh pihak polis. Hal ini menyebabkan terdapat beberapa

26
pelajar telah mati di tempat kejadian, kerana ditembak oleh pihak keselamatan. Hal ini telah

menyebabkan Tragedi Semanggi berlanjutan pada tarikh 24 September 1999. Tragedi yang

berlaku ini telah menyebabkan presiden Baharuddin Jusuf Habibie yang cuma bertahan 1

tahun dan pada 24 September 1999, Baharuddin Jusuf Habibie akhirnya dibuang dari

jawatannya. Akhirnya, pada Oktober 1999, MPR melantik Abdurrahman Wahid dan

Megawati Soekarnoputri menjadi Presiden RI 1999 hingga 2004 dan hanya bertahan selama

2 tahun.

Secara ringkas kronologinya, peristiwa gerakan reformasi yang berlaku di Indonesia

bermula apabila Pemilihan Soeharto sebagai presiden pada bulan Mac 1998. Presiden

Soeharto membentuk dan merasmikan Kabinet Pembangunan VII. Pada bulan Mei 1998,

para pelajar dari pelbagai daerah mula bergerak melakukan demonstrasi dan aksi rusuhan

untuk menuntut penurunan harga barang-barang keperluan dan peletakan jawatan presiden

Suharto dari jawatanya. Pada 13 hingga 14 Mei 1998, di Jakarta dan di sekitarnya berlaku

rusuhan dan rompakan. Pada masa itu puluhan kedai dibakar dan ratusan orang terbakar

sehingga mati. Pada 19 Mei 1998, pelajar dari pelbagai universiti di Jakarta dan sekitarnya

berjaya menduduki bangunan MPR / DPR.

Pada masa yang sama, lebih kurang satu juta rakyat Indonesia berkumpul dijalan

raya utara Keraton Yogyakarta untuk menghadiri perhimpunan Agung. Pada 19 Mei 1998,

Harmoko sebagai pemimpin MPR / Parlimen mengeluarkan kenyataan yang mengandungi

cadangan untuk Presiden Soeharto untuk meletakkan jawatan. Pada tarikh 20 Mei 1998,

Presiden Soeharto menjemput tokoh-tokoh agama dan tokoh-tokoh masyarakat untuk

meminta pertimbangan dalam rangka membentuk Dewan Reformasi yang akan diketuai oleh

Presiden Soeharto. Akhirnya pada tarikh 21 Mei 1998, pada jam 10.00 pagi, Presiden

Seoharto meletakkan jawatannya sebagai Presiden di hadapan beberapa anggota

Mahkamah Agung. Berdasarkan pada Pasal 8 UUD 1945, Soeharto menyerahkan jawatanya

27
kepada Wakil Presiden B.J. Habibie sebagai Presiden. Pada masa itu juga B.J. Habibie

diangkat menjadi Presiden Republik Indonesia oleh Pengerusi Mahkamah Agung.

5.1 TUJUAN GERAKAN REFORMASI DI ASIA TENGGARA

Tujuan gerakan reformasi di Asia Tenggara adalah keinginan untuk melakukan perubahan

dalam pelbagai lapisan masyarakat. Perubahan yang dimaksudkan adalah perubahan secara

berpingkat-peringkat dan mencapai nilai baru dalam kehidupan bermasyarakat dan

bernegara. Hal ini dapat lihat menerusi negara Indonesia di mana tujuan gerakan reformasi

adalah kerana kekecewaan lapisan masyarakat terhadap pemerintah. Gerakan reformasi

yang diadakan untuk menyuarakan hak mereka dan inginkan pemerintah melakukan

perubahan terhadap dasar pemerintahan yang dianggap melanggar hak asasi manusia.

Menurut Bernard T Adeney-Risakotta, beliau menyatakan reformasi adalah jelas dan

sederhana yang dilakukan oleh masyarakat. Asia Tenggara contohnya Indonesia adalah

reformasi untuk tujuan menggulingkan presiden Soeharto. Pelbagai lapisan masyarakat yang

terlibat termasuklah mahasiswa yang bersatu berjuang dalam gerakan reformasi untuk

melakukan perubahan sama ada ekonomi, politik dan sosial. Mereka juga disokong oleh

pelbagai suku kaum dalam lapisan masyarakat. Gerakan reformasi di Asia tenggara dilihat

sebagai satu gerakan perubahan secara cepat dan menyeluruh dan bertujuan untuk

memperbaiki kehidupan bermasyarakat, berbangsa, dan bernegara, atau dengan kata

lainnya bertujuan untuk mencapai kehidupan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial yang

lebih baik dari sebelumnya.

5.1.1 Politik

Pada awalnya tuntutan gerakan reformasi telah disalahgunakan oleh para politik hanya

untuk kepentingan peribadi dan kelompoknya. Pada era reformasi, konflik yang terjadi

dalam masyarakat semakin mudah terjadi di pelbagai daerah. Reformasi merupakan suatu

gerakan yang inginkan perubahan kehidupan bermasyarakat, berbangsa, dan bernegara ke

28
arah yang lebih baik secara keseluruhanya. Kewujudan gerakan reformasi memberi satu

kesedaran dalam kalangan rakyat yang boleh di lihat dari pelbagai aspek kehidupan

masyarakat sama ada dari aspek politik, ekonomi dan sosial sehingga rakyat berpendapat

bahwa pemerintahan yang sedia ada tidak dapat memberi kehidupan yang baharu dalam

masyarakat dan tidak berlaku adil dalam pemerintahan. Oleh itu, lahirnya gerakan reformasi

ingin menuntut pembaharuan kepada pemerintah agar kehidupan masyarakat menuju ke

arah yang lebih baik.

Antara tujuan lain gerakan reformasi jika dilihat di Asia tenggara ialah membawa

agenda reformasi tertentu. Gerakan reformasi menekankan kebebasan bersuara, ini antara

perkara yang selalu menjadi perjuangan untuk kebebasan bersuara. Perjuangan ini dijadikan

alat untuk memanipulasi suara rakyat agar didengar oleh penguasa atau pemerintah serta

seterusnya menjatuhkan penguasa yang dilabel sebagai zalim yang menyalahgunakan kuasa

serta melakukan rasuah. Apa yang kita saksikan suara reformasi didengar oleh pemerintah.

Tujuan gerakan reformasi untuk kebaikan rakyat. Ini kerana, sekelompok masyarakat yang

mempejuangkan gerakan reformasi membawa agenda yang tersirat untuk disampaikan.

Kelompok ini mahu penguasa memberikan kebebasan yang tidak bernoktah, tiada

sempadan Kelompok ini bertegas mahukan kebebasan dan suara mereka dihormati.

5.1.2 Ekonomi

Tujuan gerakan reformasi dari segi ekonomi di Asia tenggara boleh dilihat menerusi negara

Indonesia. Krisis yang melanda negara Asia 1997 yang mempengaruhi perkembangan

ekonomi Asia. Negara Asia iaitu Indonesia yang belum mampu menghadapi krisis global ini

menyebabkan Indonesia mengalami krisis akibat jatuh nilai rupiah. Keadaan bertambah

buruk kerana wujud sistem monopoli dalam bidang perdagangan. Ketika Indonesia dalam

krisis ekonomi presiden soeharto mengundur diri dan digantikan oleh B.J.Habibie. Peristiwa

ini menandakan orde reformasi Indonesia. Krisis ekonomi yang menyebabkan

29
ketidakapercayaan masyarakat terhadap pemerintah Soeharto. Jika dilihat gerakan reformasi

akibat krisis mata wang rupiah yang menyebabkan kenaikan harga barangan.

Pada dasarnya era gerakan reformasi merupakan faktor kenapa terjadi krisis

ekonomi dan politik terutama krisis dan politik di Indonesia menyebabkan tingkat

kepercayaan masyarakat pada pemerintah semakin merosot . Pelbagai langkah yang diambil

oleh rakyat untuk menjatuhkan pemerintah ini di sebabkan kurang kepercayaan masyarakat

terhadap pemerintah kerana tidak berlaku adil dalam melaksanakan pemerintah. Akibat

kurang percaya terhadap pemerintah berlakunya pehimpunan dan rusuhan yang terjadi

dimana-mana pada ketika pemerintah Soeharto. Rusuhan ini dilihat sebagai rusuhan sosial

yang telah menyebabkan kemusnahan dan pembakaran pusat-pusat kegiatan ekonomi

terjadi di kota-kota Indonesia.

5.1.3 Sosial

Jika dilihat secara teliti gerakan reformasi menutut pembaharuan dan mencapai keadilan

dalam hak asasi. Selain itu gerakan reformasi merupakan gerakan moral untuk menjawab

ketidakpuasan dan ketidakprihatinan atas kehidupan yang boleh dilihat dari aspek politik,

ekonomi, dan sosial. reformasi bertujuan untuk memperbaiki kehidupan bermasyarakat,

berbangsa, dan bernegara yang lebih baik berdasarkan nilai-nilai luhur kenegaraan. Dengan

demikian, hakikat gerakan reformasi bukan untuk menjatuhkan pemerintahan orde baru,

apalagi untuk menurunkan Soeharto dari kursi presiden. Namun, karena pemerintahan orde

baru yang diasas oleh Soeharto dipandang sudah tidak mampu mengatasi persoalan bangsa

dan negara, maka Soeharto diminta untuk mengundurkan secara suka rela dan ikhlas demi

kepentingan kehidupan bangsa dan negara Indonesia di masa yang akan datang.

30
6.1 KESAN GERAKAN REFORMASI ASIA TENGGARA TERHADAP NEGARA-

NEGARA DI ASIA TENGGARA

Gerakan reformasi yang berlaku di beberapa negara Asia Tenggara seperti Indonesia, dan

lain-lain mempunyai kesannya tersendiri yang boleh di lihat dari tiga aspek utama iaitu

politik, ekonomi dan sosial.

6.1.1 Gerakan Reformasi Di Indonesia

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Nasional Media Group Indonesia, Noor Syamsuddin

Chatib, "reformasi Indonesia telah menyebabkan rakyat menemui matlamat yang palsu dan

tidak berkesudahan, bukannya matlamat dan inovasi baru, hak rakyat untuk memberi

pendapat, bebas bersuara semuanya dijamin oleh negara". Luahnya lagi, reformasi 1998 di

Indonesia telah mengakibatkan lebih banyak peningkatan masalah rasuah yang telah

menjejaskan program pembangunan negara. Kewujudan kerajaan pusat yang lemah juga

diikuti dengan masalah demonstrasi jalanan yang berterusan turut mengakibatkan

pertumbuhan ekonomi terbantut.

Di sebalik kata-kata beliau yang diucapkan pada 28 Februari 2012 itu ada logiknya.

Sejarah reformasi Indonesia 1998 yang dimulakan oleh gerakan jalanan mahasiswa

Indonesia terbukti menyebabkan banyak industri eksport dan pelaburan dari luar terhenti

disebabkan keadaan yang dianggap tidak aman dalam negara. Kuasa pemuda dilihat

semakin kuat dalam menyampaikan suara dan ketidakpuasan hati mereka sehingga mampu

mengganggu gugat struktur ekonomi di negara tersebut. Walaupun selepas kejatuhan

Suharto, program pembangunan ekonomi Indonesia masih gagal dilaksanakan dengan

berkesan kerana pemimpinnya yang turun naik silih ganti dalam jangka masa beberapa

tahun selepas itu. Isu rasial juga menjadi punca kejatuhan ekonomi negara apabila ramai

golongan peniaga yang terdiri dari kaum Cina Indonesia pula masih ramai yang

31
bermastautin di luar negara kerana bimbang peristiwa penindasan dan keganasan terhadap

orang Cina atau Tionghoa pada Mei 1998 berulang kembali.

Dalam pada itu, kekecewaan Noor Shamsudin itu turut dikongsi oleh para mahasiswa

di Indonesia apabila pada 22 Mei 2012 lepas sekumpulan mahasiswa yang menggelar diri

mereka sebagai Gerakan Mahasiswa Pembebasan Jabar juga meluahkan nada kekecewaan

yang hampir sama. Harga-harga barangan keperluan melambung tinggi, daya jual beli

masyarakat pun berkurang. Tuntutan untuk menggulingkan Soeharto menjadi agenda

utama dalam gerakan mereka. Malah ia diberikan sokongan padu oleh segelintir

masyarakat. Menurut mereka, masalah Kuliah Kerja Nyata (KKN) di Indonesia masih

bermaharajalela. Lebih parah lagi, banyak kes KKN yang sudah di bawa ke mahkamah tapi

tidak dapat diselesaikan sebaiknya. Ini salah satu bukti kegagalan reformasi". Jika pada 14

tahun lalu rakan-rakan mereka bangga seketika kerana berjaya menjatuhkan sebuah

pemerintahan secara kekuatan jalanan yang meragut banyak nyawa. Kini mereka

berdemonstrasi lagi tapi bukannya untuk meraikan kejayaan 14 tahun lalu, sebaliknya untuk

menunjukkan rasa tidak puas hati di atas kekecewaan lampau. Akhirnya, nyawa-nyawa yang

melayang dalam pelbagai peristiwa semasa dan selepas reformasi 1998 di Indonesia

menjadi sia-sia begitu sahaja. Satu lagi terbukti bahawa kekerasan dan keganasan jalanan

tidak pernah merealisasikan perubahan yang lebih baik. Justeru, kita di Malaysia harus cepat

membuka mata dan peka dengan apa yang berlaku di tanah seberang untuk dijadikan

pengajaran supaya kegagalan dan kemusnahan yang berlaku tidak juga terjadi di negara

sendiri.

6.1.2 Gerakan Reformasi Di Malaysia

Gerakan Reformasi di Malaysia dilaksanakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan para

penyokongnya sebaik sahaja beliau dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia

pada tahun 1998. Gerakan Reformasi ini membawa kepada penubuhan parti berbilang kaum

32
yang bernama Parti Keadilan Nasional. Menjelang pilihan raya umum tahun 1999, Parti

Keadilan Nasional, PAS dan DAP membentuk Barisan Alternatif dalam inisiatif bersama untuk

menggantikan kerajaan BN. Buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia, UMNO selaku

parti utama dalam parti campuran BN menerima kurang separuh daripada jumlah undian

kaum Melayu.

Walaupun begitu, Barisan Nasional kekal sebagai parti campuran terbesar di

Parlimen, hasil sokongan padu dari bukan Melayu yang bimbang akan ketidakstabilan yang

mungkin terjadi seandainya parti campuran pemerintah ditumbangkan seperti yang berlaku

pada Mei 1969. Pergerakan reformasi seakan-akan pudar selepas pilihan raya tahun 1999,

diikuti pilihan raya 2004 apabila Parti Keadilan Nasional kehilangan semua kerusinya di

Parlimen kecuali satu yang dipertahankan oleh Presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan

Ismail, isteri Anwar Ibrahim. Kemenangan besar BN pada tahun 2004 adalah berpunca

daripada harapan tinggi terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menggantikan

tempat Dr. Mahathir pada Oktober 2003.

Namun demikian, Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara pada September 2004, dan

Parti Keadilan Nasional bangkit semula sebagai Parti Keadilan Rakyat (PKR). PKR menang

besar di pilihan raya umum 2008, dengan memenangi 31 kerusi lalu menjadi parti

pembangkang terbesar di Parlimen. Selain itu, lima daripada sebelas kerajaan negeri di

semenanjung Malaysia jatuh di tangan campuran PKR, PAS dan DAP yang kemudian

membentuk Pakatan Rakyat. Kerajaan BN buat pertama kalinya sejak tahun 1969,

kehilangan majoriti dua pertiganya di Parlimen.

Selain itu, gerakan reformasi di Malaysia turut dipimpin oleh gerakan-gerakan Islam

terutamanya PAS, elemen-elemen Islam yang jitu kurang terserlah. Tentangan terhadap

kezaliman dan tuntutan terhadap reformasi sosio-ekonomi dan politik yang adil tidak

dinafikan bersifat Islam, tetapi kerana sifat gerakan reformasi yang broad-based, majmuk-

33
etnik dan majmuk-agama, perjuangan gerakan berkenaan terpaksa berpaksikan kepada

nilai-nilai universal, bukan kepada nilai-nilai Islam secara khusus dan konkrit. Hal begini

melibatkan proses neutralisasi dan pengenduran nilai-nilai spesifik bangsa dan agama,

khususnya dalam konteks ini nilai-nilai spesifik Islam itu sendiri. Ia menghakis sifat-sifat

budaya dan kepercayaan spesifik agama Islam serta memisahkannya dengan persoalan-

persoalan epistemologi dan pandangan hidupnya (worldview).

Di peringkat gerakan-gerakan Islam keadaan ini mungkin tidak berlaku. Tetapi di

peringkat gerakan reformasi yang menyeluruh dan yang disokong pula oleh kumpulan-

kumpulan yang bersifat kepelbagaian ideologi, bangsa dan agama itu, ianya terpaksa

diterima, paling tidak atas dasar setiakawan. Tambah lagi, sebagaimana diakui Presiden

ABIM Ahmad Azam Abdul Rahman, di dalam gerakan reformasi itu sendiri pun terdapat

persaingan kuasa (competing forces). Sikap toleransi, akomodatif dan apologetik oleh itu

terpaksa menjadi paksi agar suasana harmoni dapat diwujudkan dan tujuan bersama dapat

direalisasikan, walau pun ketulinan Islam terpaksa kurang dipertahankan.

Selain daripada itu, organisasi dan keahlian gerakan reformasi itu sendiri adalah

longgar. Keahliannya terbuka, dan dalam keadaan yang sangat memerlukan tindakan segera

yang mengejut terutamanya untuk membela DS Anwar Ibrahim, keselarasan tarbiyyah,

pemikiran dan pembentukan peribadi Islam tidak dapat dilakukan dengan sistematik dan

berkesan. Tambahan pula, mereka yang menyertai gerakan reformasi itu ramainya adalah

orang-orang muda, yang di samping kebanyakannya bersifat rebellious, juga tidak pernah

terdedah kepada tarbiyyah Islamiah. Mereka menyertai reformasi kerana isu Anwar adalah

isu konflik generasi muda-tua (inter-generational conflict), dan Anwar mewakili generasi

muda. Mereka sendiri juga mempunyai assessibiliti secara terus kepada maklumat

penyelewengan orang-orang atasan yang berlaku di tempat-tempat mereka bekerja.

Kenyataan-kenyataan pemimpin-pemimpin pemerintah seringnya cukup menyinggung

34
intelek mereka kerana bertentangan dengan apa yang mereka tahu sebenarnya berlaku.

PAS sendiri, sebagai gerakan Islam yang menggerakkan gerakan reformasi, tidak

mempunyai banyak kemampuan dalam mentarbiyyah ahli-ahli gerakan reformasi. Ahli-

ahlinya sendiri pun belum dapat ditarbiyyah dan diselaraskan amalan mereka dalam banyak

perkara, dari perkara kecil seperti merokok hinggalah kepada perkara-perkara besar seperti

mengutamakan waktu sembahyang, menepati waktu, berakhlak dalam berceramah,

bersikap objektif dan profesional serta tidak kumpulan-sentrik. JIM pula, walaupun dari

awal-awal lagi menyatakan dengan jelas bahawa penglibatannya adalah untuk

mencorakkan reformasi dengan agenda Islam serta selaras dengan prinsip-prinsip Islam,

juga setakat ini tidak berupaya mencapai tujuan tersebut.

Presiden JIM Saari Sungib sendiri mengakui bahawa sifat gerakan reformasi di

Malaysia adalah tidak Islamik, malah gerakan reformasi itu sebenarnya bukanlah gerakan

reformasi Islam. JIM, katanya, terus berjuang dalam gerakan reformasi kerana mahukan

gerakan tersebut lebih berdisiplin, walaupun tidak Islamik, di samping bimbang bahaya

kediktatoran Perdana Menteri Mahathir Mohamad menjadi lebih berleluasa. KetidakIslaman

gerakan reformasi ini juga disedari oleh ramai pihak lain. Pada pandangan mereka, gerakan

reformasi tidak langsung mempunyai unsur Islam kerana ianya hanyalah berkisar pada

peribadi Anwar Ibrahim, bukan pada Islam. Sumber reformasi adalah isu Anwar dan

pemimpin reformasi adalah mereka yang ada hubungan peribadi dengan Anwar. Selain dari

NGO yang dirasakan mungkin mempunyai keikhlasan memperjuangkan isu-isu keadilan dan

kezaliman, parti-parti politik pembangkang pula mengambil peluang ini dengan agenda

masing-masing, paling tidak untuk political mileage mereka. PAS misalnya, dilihat oleh ramai

orang terlibat dengan reformasi untuk memenangi pilihanraya. Bagi mereka, gerakan

reformasi, selain dari berkisar pada peribadi Anwar Ibrahim, hanyalah gerakan

memperjuangkan keadilan dalam maksud yang umum, tanpa elemen-elemen Islam.

35
Isu-isu keadilan dan hak asasi manusia yang diperjuangkan gerakan reformasi ini

merupakan isu-isu yang melampaui isu-isu keperluan asasi seperti makanan, tempat tinggal

dan pakaian yang telah pun berjaya dipenuhi pemerintah. Kini pemerintah, khususnya

UMNO, menjadi mangsa kepada kejayaannya sendiri kerana walaupun telah memenuhi

keperluan asasi rakyat, lupa untuk memikirkan dengan serius tentang isu penting

seterusnya, yakni isu keadilan dan hak asasi manusia. Dengan tidak Islamnya gerakan

reformasi ini, maka radikalisme di kalangan gerakan-gerakan Islam di Malaysia

bukanlah bererti kebangkitan semula radikalisme kebangkitan Islam di negara ini. Jika

gerakan reformasi itu bukan gerakan reformasi Islam, radikalisme yang lahir dari reformasi

itu bukanlah radikalisme kebangkitan Islam. Apa yang berlaku melalui gerakan reformasi ini

hanyalah merupakan proses alignment atau adjustment kepada apa yang ada, tanpa

membawa perubahan besar kepada arus perdana Malaysia.

Keadaan ini berbeza dan tidak seperti pejuang reformasi di Indonesia, pejuang

gerakan reformasi di Malaysia bergerak di luar arus perdana hanya di peringkat minda dan

fikiran, manakala di peringkat tubuh badan fizikal, masih ramai dari mereka yang bekerja

dengan pemerintah, dalam arus perdana. Pejuang-pejuang reformasi ini kebanyakannya

mahu jatuhkan Perdana Menteri Mahathir Mohamad. Apabila ini berlaku,

minda dan fikiran mereka akan kembali ke arus perdana. Dengan sikap pemerintah yang

kembali mempamerkan keinginan kepada Islam agar undi orang-orang Islam yang hilang

dalam pilihanraya umum 1999 dapat ditarik kembali manakala parti pembangkang

terutamanya PAS akan berusaha mempertahankan keIslamannya, Malaysia selepas ini

barangkali secara relatifnya akan menjadi lebih Islamik.

Walaupun gerakan reformasi di Malaysia bukanlah satu gerakan kebangkitan Islam,

namun ia tetap cukup memberi kesan kepada gerakan-gerakan Islam dan oleh itu

kebangkitan Islam di Malaysia keseluruhannya. Paling tidak, gerakan reformasi telah

36
menganjak perkaedahan gerakan-gerakan Islam di Malaysia dari berbentuk dakwah kepada

lebih berbentuk politik. Penuntutan keadilan, reformasi sosio-ekonomi dan politik serta

penentangan terhadap kezaliman dipercayai hanya dapat berlaku dengan penukaran

pemerintah, dari Barisan Nasional kepada Barisan Alternatif. Atas sebab itu, gerakan

reformasi dan gerakan-gerakan Islam yang terlibat di dalamnya terpaksa berjuang dalam

kerangka politik lazim negara, dan dengan itu menumpukan perjuangan kepada kaedah

politik, bukan lagi kepada kaedah dakwah. Yang menjadi paling releven dalam peningkatan

perkaedahan baru kebangkitan Islam ini tentulah PAS, yang sememangnya sebuah parti

politik. Secara langsung, PAS menjadi kepala kepada kebangkitan Islam bentuk baru

ini. Manakala ABIM yang asalnya merupakan pertubuhan belia Islam dan JIM sebagai

sebuah NGO Islam, terpaksa menyesuaikan kaedah perjuangan masing-masing mengikut

peningkatan kaedah ini.

6.1.3 Gerakan Mahasiswa di Thailand

Gerakan-gerakan protes mahasiswa yang berlaku khususnya pada 1973, 1976 dan 1992

membuktikan bahawa mahasiswa memainkan peranan utama dalam memperjuangkan

sistem demokrasi di Thailand sehingga suku akhir abad ke-20. Ia juga rnerupakan satu

sumbangan mahasiswa yang begitu bermakna kepada perkembangan, pembaharuan dan

kemajuan politik Thailand. Secara jelasnya dapat dinyatakan bahawa penglibatan

mahasiswa dalam reformasi politik Thailand memberikan impak yang besar kepada negara

tersebut. Pengaruh aktivis mahasiswa 1970-an begitu jelas terhadap kebangkitan aktivis

mahasiswa dan golongan massa dekad 1990-an. Peranan aktivis mahasiswa 1970-an dalam

perjuangan ke arah demokrasi yang berlandaskan teori pergerakan sosial masih berterusan

sehingga kini. Pengaruh mereka sebagai gerakan sosial tersebar luas kepada masyarakat

umum dan menjadi ikutan terutamanya dalam kalangan mahasiswa generasi 1990-an,

malah boleh dianggap sebagai kumpulan perintis kepada Generasi 73/76. Ini menunjukkan

37
bahawa gerakan mahasiswa ini bersifat berterusan, berkesinambungan dan ia kekal.

Generasi 1970-an ini masih mempunyai peranan dan pengaruhnya dalam setiap sudut

perubahan dan perkembangan politik Thailand.

Melalui peranan generasi 1970-an juga, gerakan mahasiswa dilihat sebagai satu

gerakan yang sangat berpengaruh. Peranan mereka bukanlah sebagai pendemonstrasi

jalanan yang suaranya tidak diberi perhatian oleh kerajaan, sebaliknya gerakan mahasiswa

ini berjaya membentuk suatu gerakan yang terorganisasi melalui persatuan dan pertubuhan

sama ada dalam kalangan mahasiswa sendiri mahupun golongan massa. Perkara ini jelas

dalam tahun 1980-an hingga 1990-an. Selain itu, wujud kolaberasi di antara aktivis

mahasiswa Generasi 73/76 dengan golongan aktivis mahasiswa generasi 1990-an dan

golongan massa khususnya kesatuan-kesatuan sekerja dalam membawa perubahan dan

pembaharuan dalam politik Thailand dan perkara ini kekal terlihat dalam usaha-usaha

pendemokrasian Thailand sehingga kini.

38
KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, gerakan reformasi merupakan satu gerakan yang memperjuangkan

perubahan serta pembaharuan sama ada dari aspek politik, ekonomi dan juga sosial.

Gerakan reformasi ini bukan saja berlaku di negara barat malah di Asia Tenggara juga turut

berlaku. Di Asia Tenggara gerakan reformasi yang paling menonjol adalah di negara

Indonsia, yang mana gerakan reformasi ini berlaku adalah bertujuan untuk menggulingkan

presiden Soeharto. Rusuhan, demostrasi serta desakan demi desakan yang dilakukan oleh

rakyat telah menyebabkan Soeharto secara rasminya meletakkan jawatan pada 21 Mei

1998. Sebenarnya gerakan reformasi dari sesebuah negara itu bukan sahaja mampu

memberi pengaruh terhadap masyarakat di negara tersebut malah, masyarakat negara jiran

yang inginkan perubahan dalam sesuatu tampuk pemerintahan turut menerima pengaruh

yang sama. Keadaan ini dapat dilihat menerusi gerakan reformasi yang berlaku di Indonesia

sebenarnya telah mempengaruhi masyarakat di Malaysia.

Seterusnya, Krisis ekonomi yang melanda negara-negara Asia Tenggara turut

menyebabkan tercetusnya gerakan reformasi terutamanya di Indonesia, yang kemudiannya

diikuti oleh Malaysia, yang mana kedua-dua negara ini adalah negara yang majoriti

penduduknya Muslim. Di Indonesia, gerakan reformasi ini menyebabkan Soeharto

meletakkan jawatan dan turun dari kerusi pemerintahannya yang telah diduduki selama 30

tahun, kemudian diikuti oleh proses demokrasi Indonesia yang memberikan jalan

kemenangan kepada Parti Demokrasi Indonesia (PDI) yang dipimpin oleh seorang wanita. Di

Malaysia pula, tercetusnya gerakan reformasi ini merupakan kesan dari negara jirannya

Indonesia. Gerakan reformasi ini turut berlaku disebabkan pemecatan Anwar Ibrahim pada

September 1998. Walaupun demikian, tujuan utama gerakan reformasi ini adalah untuk

menuntut pembaharuan dalam sesebuah pemerintahan sama ada dari aspek politik,

ekonomi dan sosial, ini bertujuan untuk mewujudkan satu tampuk pemerintahan yang lebih

baik dari yang sebelumnya demi untuk kepentingan rakyat dan juga negara itu sendiri.

39
RUJUKAN

Buku

Denny J.A. 2006. Jatuhnya Soeharto dan Transisi Demokrasi Indonesia. Yogyakarta: LKIS

Yogyakarta.

Haedar Nashir. 1999. Pragmatisme Politik Kaum Elit. Yogyakarta: Pustaka Pelajar.

Nik Anuar Mahmud. 2000. Konfrontasi Malaysia-Indonesia. Bangi: Penerbit Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Sigit Ahmad Indarto. Tt. Makalah munculnya Gerakan reformasi. Yogyakarta: Gadjah Mada

University.

Soelistyatai Ismail. 1987. Penghantar Ilmu Politik. Jakarta: Ghalia Indonesia.

Suhartono W. Pranoto. 2001. Revolusi Agustus: Nasionalisme Terpasung dan Diplomasi

Internasional. Yogyakarta: Lapera Pustaka Utama.

R.M. Soedarsono. 2002. Seni pertunjukan Indonesia di Era Globalisasi. Yogyakarta: Gadjah

Mada University.

Saari Sungib 1998. Melonjakkan Aktivitisme JIM Dalam Agenda Pengislahan Ummah,

Ucapan Perdana di

Perhimpunan Perwakilan Nasional JIM 1998.

Saari Sungib, 1999. Muhammad Syukri Salleh, 1992: An Islamic Approach to Rural

Development: The Arqam Way, Asoib International

Limited, London.

Muhammad Syukri Salleh, 1999. "Recent Trends in Islamic Revivalism in Malaysia", Studia

Islamika (Jakarta), Vol.6,

No.2, hal. 39-62.

40
Roy, Olivier, 1994. The Failure of Political Islam, London: I.B. Tauris.

Saari Sungib, 1993. JIM 1991-1993 - Membentuk Arah dan Haluan Perjuangan, Kuala

Lumpur: Pertubuhan Jamaah

Islah Malaysia.

Internet

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130623/re_08/Reformasi-

lahirkan-ultra-hipokrit#ixzz4ycXwkDAr

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.1998

dalam http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=reformasi diakses pada 18 Oktober 2017

Rujukan

41
42

Anda mungkin juga menyukai