Anda di halaman 1dari 9

Penyelesaian masalah pengangguran

siswazah, anak muda


12 May 2017, 5:05 pm 12 May 2017, 9:14 pm

SUARA MP l Pada bulan Julai 2015, seorang graduan undang-undang yang


bernama Zahra telah berucap di hadapan Timbalan Perdana Menteri pada
masa itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam ucapan ringkasnya yang ditularkan melalui klip video selama 6 minit,
Zahra meluahkan rasa hati seorang siswazah yang terpaksa hidup kais pagi
makan pagi.

Saya telah pun mengulas keadaan ini dalam satu rencana. Apa yang saya
mahu sampaikan di sini adalah situasi di mana selepas hampir dua tahun,
masalah graduan muda bukan sahaja tidak berubah, malah kini menjadi lebih
teruk lagi.

Laporan Bank Negara 2016

Buktinya terkandung dalam Laporan Bank Negara 2016 yang diterbitkan pada
23 Mac 2017. Dalam satu topik bertajuk Pengangguran Belia di Malaysia:
Perkembangan dan Pertimbangan Dasar, ia mendedahkan masalah pekerjaan
dan pengangguran golongan muda.

Antara pemerhatian laporan tersebut adalah:

Pengangguran belia di Malaysia telah mencapai kadar 10.7 peratus pada 2015,
iaitu meningkat tiga kali ganda daripada kadar pengangguran negara 3.1
peratus.

Separuh daripada jumlah pekerja menganggur adalah golongan muda


walaupun mereka hanya mewakili satu pertiga daripada jumlah tenaga kerja
Malaysia.
Kadar pengangguran belia yang mempunyai pendidikan tinggi adalah 15.3
peratus berbanding dengan yang tidak mempunyai pendidikan tinggi pada
ladar 9.8 peratus pada 2015.

Gaji siswazah di Malaysia

Walaupun tahap pendidikan tenaga kerja semakin tinggi, peluang pekerjaan


yang diwujudkan dalam ekonomi Malaysia masih tertumpu pada pekerjaan
berkemahiran rendah dan sederhana, kerana industri domestik masih dalam
aktiviti nilai ditambah yang rendah yang menekankan kecekapan kos dan
tenaga kerja yang murah.

image:
https://i.malaysiakini.com/1108/5553e5a5e3f285654c579b48e4aff4b3.jpeg
Dari segi pendapatan, 54 peratus siswazah memperolehi pendapatan kurang
daripada RM2,000 sebulan. Gaji permulaan siswazah pada amnya kekal tidak
berubah sejak 2007.

Perkembangan berkembar pengangguran belia yang tinggi dan berterusan


serta ketaksamaan pendapatan yang semakin meningkat mungkin mengekang
mobiliti sosial dan membawa kepada rasa lebih tidak berpuas hati dalam
kalangan masyarakat.

Di Malaysia, keadaan ini telah pun menyumbang kepada fenomena


penghijrahan tenaga kerja mahir Malaysia ke negara maju dan negara jiran.
Jika keadaan ini dibiarkan, generasi belia yang tersisih dari segi ekonomi
mungkin akan mendatangkan kesan rumit yang negatif dan meluas terhadap
landskap ekonomi dan sosial, menurut laporan tersebut.

Bagi saya, apa yang diperhati dan dilaporkan oleh Bank Negara adalah satu
masalah besar yang perlu ditangani segera jika kita tidak mahu anak-anak
muda Malaysia menjadi mangsa pengurusan ekonomi yang salah.

Penstrukturan semula ekonomi

Dalam tulisan saya tentang masalah pengangguran golongan muda yang


bertajuk 'Bagaimana Zahra boleh dibayar dengan gaji yang lebih baik' pada
Julai 2015, saya mengemukakan usul supaya penstrukturan semula ekonomi
Malaysia secara drastik dilaksanakan segera.

Saya mencadangkan satu perkitaran yang baik perlu disediakan untuk


pendapatan tinggi, kemahiran tinggi, dan produktiviti tinggi. Suasana ini
hanya boleh dicapai apabila Malaysia tidak lagi bergantung kepada buruh
asing yang kurang mahir.

image:
https://i.malaysiakini.com/1041/7fdb6e8fc0e94ebdd226a96e146e17a9.jpg
Ini adalah kerana hampir semua sektor di Malaysia seolah-olah tidak
menghargai kemahiran, tidak membangunkan teknologi baru, dan tidak
berminat dalam inovasi.

Mereka hanya mahu jalan pintas dengan mengambil pekerja asing kurang
mahir atas alasan boleh dibayar gaji rendah serta tanpa perlu menyediakan
perlindungan pekerjaan yang lengkap, kononnya untuk menjimatkan.

Namun, pada masa yang sama, kita perlu sedar bahawa pihak industri juga
mengalami tekanan kerana tidak mendapat sokongan kewangan untuk
automasi serta peningkatan taraf mesin. Malah, di Malaysia, amat sedikit usaha
dilaksanakan ke arah penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Sehubungan itu, apabila buruh asing dibawa masuk, khususnya untuk sektor
perkhidmatan seperti hotel dan restoran, serta runcit seperti kedai serbaneka
7-11, ia menjejaskan peluang pekerjaan golongan muda Malaysia di peringkat
rendah.

Keterdesakan anak muda

Keadaan ini memaksa anak muda Malaysia yang diketepikan peluang


pekerjaan di peringkat bawahan untuk mencari jalan lain.

Ada yang terpaksa bekerja dengan pendapatan yang lebih rendah daripada
gaji yang dibayar kepada pekerja asing di 7-11, atau menjadi penjaja atau
peniaga pasar malam, sama ada berlesen atau tidak.

image:
https://i.malaysiakini.com/498/0672287904c4ed97166b1867b4101e71.jpg

Situasi seperti ini menjemput tekanan undang-undang dan sosial yang


membawa kepada stress dan kemurungan (depression). Malah, ia telah
membawa kepada masalah penagihan dadah dan jenayah.

Bagi siswazah yang tidak mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran
mereka, ramai yang sudah tidak segan lagi untuk mendapatkan pekerjaan di
peringkat yang lebih rendah.
Malangnya, pekerjaan di peringkat rendah pula telah diisi atau tiada
kekosongan. Mereka yang mempunyai ijazah kini tersepit kerana ekonomi
Malaysia pada masa ini tidak begitu mementingkan kemahiran dan nilai yang
tinggi.

Izinkan saya ulangi tulisan saya dua tahun lalu: 'Majikan hanya memerlukan
pekerja baik' yang berfungsi bagai mesin. Mereka tidak bernilai sama ada
dengan atau tanpa ijazah.

Sudah tentu, dalam kitaran yang buruk sedemikian, sistem pendidikan kita
juga tidak mempersiap-sediakan pelajar kita ke arah itu.

Sesetengah pekerja mahir yang tidak tahan dengan keadaan sedemikian


memilih untuk tinggalkan tanahair dan mencari rezeki di tempat lain.
Sekurang-kurang 1.5 juta warga Malaysia, kebanyakannya berkelayakan dan
berkemahiran tinggi bekerja di luar negeri.

Kejutan untuk Malaysia

Malaysia memerlukan satu kejutan. Sebagai contoh, saya cadangkan agar gaji
pemungut sampah dibayar dengan lebih baik bagi mencetuskan gelombang
peningkatan pendapatan.

Maksud saya, apabila pemungut sampah dibayar RM2,000 sebulan,


pendapatan golongan lain, termasuk siswazah akan turut meningkat, mungkin
bermula dengan RM4,000 sebulan.

Mengapa saya mengambil contoh pemungut sampah?

image:
https://i.malaysiakini.com/933/d23319b0e452635eb7f194e15f49a210.jpg
Sekarang, pengutipan sampah dan pembersihan bandaraya adalah kontrak
lumayan yang diberikan kepada kontraktor kroni oleh kerajaan tempatan atau
agensi pengurusan sisa pepejal. Biasanya kroni ini mengambil jalan mudah
dengan menyerah tugas kepada sub-kontraktor.

Dan biasanya terdapat lebih satu orang tengah yang tidak melakukan apa-apa
tetapi dimanfaatkan melalui kontrak atau lesen yang dia perolehi daripada
hubungan politiknya.

Masalahnya, ia tidak lagi menguntungkan apabila projek ini sampai ke tangan


sub-kontraktor.
Sub-kontraktor, yang sentiasa memikirkan cara untuk mengurangkan kos,
akan mengupah buruh asing kurang mahir untuk menjalankan kerja 3D
(dangerous, dirty, and demeaning) ini, iaitu bahaya, kotor dan rendah tahap.
Mereka hanya dibayar di antara RM600 dan RM900 sebulan.

Trak sampah biasanya dikendalikan seorang pemandu warga Malaysia yang


juga dibayar gaji rendah dengan empat atau lima buruh Bangladesh.

Sedangkan di banyak negara maju, trak pemungut sampah biasanya dipandu


hanya seorang pemandu, dengan kerja selebihnya diautomasikan.

Bukankah lebih baik jika kita membayar RM2,000 sebulan kepada seorang
pemungut sampah mahir seperti di negara maju yang boleh mengendalikan
trak sampah sendiri?

Perubahan yang menyeluruh

Jadi, untuk membolehkan anak muda Malaysia, terutama golongan siswazah,


memperolehi gaji yang adil dan berpatutan, rakyat dan pemimpin politik,
khususnya Pakatan Harapan, perlu berganding bahu untuk membuat
perubahan yang menyeluruh.

Dalam usaha mengatasi masalah penyediaan peluang pekerjaan yang wajar,


kita perlu memusatkan tenaga untuk menjamin masa depan golongan muda
melalui usaha untuk:

1. Menghapuskan kronisme yang memperolehi manfaat daripada hasil import


pekerja asing kurang mahir.

2. Mengurangkan jumlah pekerja asing kurang mahir dalam ekonomi kita,


terutamanya dalam sektor perkhidmatan.

3. Mewujudkan satu agenda rakyat Malaysia untuk memperuntukkan sumber


bagi memacu momentum ke arah peningkatan kemahiran dan teknologi.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/382039#7IPkkLsEeOaFIWS4.99

Anda mungkin juga menyukai