Topik 3 - Nombor Asli
Topik 3 - Nombor Asli
3.0 Sinopsis
26
MTE3101 Knowing Numbers
3.3.1 Bahagi
Katakan a dan b adalah sebarang nombor bulat dengan keadaan a 0. Kita kata a bahagi
b, dan ditulis sebagai a b jika dan hanya jika terdapat satu nombor bulat x dengan
keadaan ax = b. Simbol a b bermakna a tidak bahagi b.
Dalam perkataan lain, a bahagi b jika dan hanya jika a adalah faktor bagi b. Apabila a
bahagi b, kita juga katakan a adalah pembahagi (divisor) bagi b, b adalah gandaan
(multiper) bagi a, dan b boleh dibahagi oleh a.
Contoh:
27
MTE3101 Knowing Numbers
Penyeleasaian
3.3.2 Kebolehbahagi
Pernahkah anda lihat atau fikir bagaimana seseorang dapat menentukan sesuatu nombor itu
boleh dibahagi dengan nombor tertentu secara cepat dan pantas? Pasti anda berasa ghairah,
bukan?
Mari kita lihat ujian kebolehbahagi bagi nombor yang besar sertai contohnya.
Sesuatu nombor boleh dibahagi oleh 3 jika 168 boleh dibahagi oleh 3 kerana jumlah
jumlah semua digit boleh dibahagi oleh 3. digitnya ialah 15 (1+6+8=15), dan 15 boleh
dibahagi oleh 3
Sesuatu nombor boleh dibahagi oleh 4 jika 316 boleh dibahagi oleh 4 kerana 16 boleh
dua digit akhir nombor itu dibahagi 4. dibahagi oleh 4.
Sesuatu nombor boleh dibahagi oleh 5 jika 195 boleh dibahagi oleh 5 kerana digit
digit akhir ialah 0 atau 5. akhirnya ialah 5.
Sesuatu nombor boleh dibahagi oleh 6 jika 168 boleh dibahagi oleh 6 kerana nombor
nombor itu boleh dibahagi oleh 2 DAN 3. 168 boleh dibahagi oleh 2 DAN 3.
Sesuatu nombor boleh dibahagi oleh 8 jika 7,120 boleh dibahagi oleh 8 kerana 120
tiga digit akhir boleh dibahagi oleh 8. boleh dibahagi oleh 8.
Sesuatu nombor boleh dibahagi oleh 9 jika 549 boleh dibahagi oleh 9 kerana jumlah
jumlah semua digit boleh dibahagi oleh 9. semua digit ialah 18 (5+4+9=18), dan 18
28
MTE3101 Knowing Numbers
Adakah anda sudah faham begitu mudah untuk menguji kebolehbahagi sesuatu nombor
dengan mengingati beberapa peraturan di atas?
1. 450
2. 102,
3. 168,
4. 535,
5. 144,
6. 256
Dalam sekolah menengah anda telah didedahkan cara mencari gandaan sepunya terkecil
(GSTK) dan faktor sepunya terbesar(FSTB) (sila rujuk buku teks Matematik Tingkatan 1)
.Terdapat satu cara lain untuk mencari GSTK dan FSTB khasnya untuk nombor yang
besar. FSTB boleh dicari dengan mengaplikasi algoritma bahagi secara berulang.Cara ini
dipanggil Algoritma Euclidean. FSTB bagi dua integer boleh dicari dengan membahagi
pembahagi dengan baki secara berulang sehingga mendapat baki 0. FSTB adalah baki
terakhir yang bukan sifar dalam algoritma ini. Contoh berikut menunjukkan algoritma
Euclidean:
Contoh:
(Algoritma ini menggunakan nombor yang lebih kecil membahagi nombor yang lebih besar
secara berulang dan cari bakinya)
FSTB(81,57), 81 = 1(57) + 24
57 = 2(24) + 9
24 = 2(9) + 6
29
MTE3101 Knowing Numbers
9 = 1(6) + 3
6 = 2(3) + 0.
Jadi FSTB(81,57) = 3 iaitu baki terakhir yang bukan sifar. 3 adalah faktor bagi 6.
Seterusnya, gandaan sepunya terkecil boleh dicari dengan menggunakan rumus berikut:
a.b
GSTK (a,b) =
FSTB ( a, b)
81.57
Maka,, GSTK (81,57) = = 1539
3
(b) FSTB(1403,549) ;
(c) FSTB(2160,999) ;
30
MTE3101 Knowing Numbers
1. S.Groves (2006). Exploring Number and Space. Deakin University. Divisibility: m.s
201-205
3. Buat Tutorial 3.
Sebelum kita faham teorem di atas kita perlu faham beberapa definisi penting yang akan
dibincangkan di bawah
Nombor perdana adalah integer positif p, dimana p > 1 (p lebih besar daripada 1) jika
ia hanya boleh dibahagi oleh nombor positif 1 dan p (dirinya sendiri).
Dalam perkataan yang lain, nombor perdana adalah nombor yang mempunyai hanya dua
faktor sahaja.
Maksud boleh dibahagi ialah, apabila dibahagi akan menghasilkan integer (rujuk atas) .
Nombor komposit adalah integer q, dimana q > 1 dan boleh dibahagi dengan nombor
selain 1 dan dirinya sendiri.Biasanya nombor komposit boleh ditulis sebagai hasil darab
nombor perdana. Sebagai contoh : 30 = 235
Dalam 10 integer positif pertama, 2,3,5,7 adalah nombor perdana dan 4,6,8,9,10 adalah
nombor komposit (composite number). Integer 2 adalah satu-satunya nombor perdana
yang genap (even). Cuba fikir kenapa 1 bukan nombor perdana?
31
MTE3101 Knowing Numbers
3.4.1 Teorem Asas Aritmetik (TAR) memberitahui kita hubungan antara nombor komposit
dengan nombor perdana. Teorem ini menyatakan bahawa
Nombor asli boleh difaktorkan secara unik sebagai hasil darab nombor
perdana dalam cara yang unik.
60 = 2 2 3 5 atau
=3x5x2x2
TAR memberitahui kita bahawa tiada cara untuk memfaktorkan 60 dalam nombor perdana
yang lain selain daripada yang ditulis di atas. Pemfaktoran ini adalah unik. Susunan faktor
adalah tidak penting. ( Adalah benar kita boleh faktor 60 menjadi 4 x 15 tetapi 4 dan 15
bukan nombor perdana).
Seterusnya, mari kita lihat cara yang mudah untuk menulis sebarang nombor komposit
dalam bentuk hasil darab nombor perdana.
Bahagian ini menerangkan cara menulis nombor komposit dalam bentuk hasil darab
nombor perdana dengan menggnakan pokok faktor.
40 630
2 20 2 315
2 10 3 105
2 5 3 35
5 7
Gambarajah di atas menunjukkan pokok faktor bagi 40 dan 630. Pokok faktor ini dibina
dengan mencari satu faktor dahulu dengan menggunakan peraturan kebolehbahagi yang
telah anda belajar dalam bahagian 3.3.2. Setiap faktor itu mungkin nombor perdana atau
komposit. Jika nombor itu komposit teruskan pemfaktoran sehingga ia tidak dapat
difaktorkan.
Jadi, 60 = 2 x 2 x 2 x 5 ( atau 23 x 5)
32
MTE3101 Knowing Numbers
(Hasil darab faktor yang ditulis dalam kurungan itu adalah notasi eksponen.)
m = p1 x p2 x ...x pn
Cari pemfaktoran perdana bagi (a) 200, (b) 75, (c) 36 dan tuliskan jawapan
dalam bentuk notasi eksponen.
Pernahkah anda dengar tentang konjektur Golbach? Konjektur ini berkaitan dengan
nombor perdana. Konjektur Goldbach berbunyi seperti berikut:
Semua nombor asli genap yang besar daripada 2 boleh ditulis sebagai
jumlah 2 nombor perdana.
Contoh:
Bolehkah anda memberi contoh-contoh yang lain? Ataupun anda boleh membuktikan
konjektur ini salah?
33
MTE3101 Knowing Numbers
2. Baca dari Bahan Resos: Prime Numbers in Richard J.B. Number Systems: An
elementary approach. p. 142 145
3. Buat sipnosis dari bacaan Ryans primes in B. Juraschek & A.S. Evans (2000).
Peringatan: Anda digalakkan melayari laman web atau cari dari buku rujukan di
pusat sumber untuk meningkatkan pemahaman anda. Segala latihan yang dibuat
perlu dimasukkan dalam portfolio masing-masing.
34
MTE3101 Knowing Numbers
Untuk memudahkan kefahaman anda kita menggunakan jam-12 di atas untuk membuat
aritmetik yang mudah.
Jika sekarang pukul 3 (3 oclock) dan kita tambah 5 jam dan jam akan menunjukkan pukul
8 (8 oclock), jadi kita tulis 3 + 5 = 8. Tetapi jika sekarang pukul 11 dan kita tambah 5 jam
dan jam akan menunjukkan pukul 4 (4 oclock), jadi kita perlu menulis 11 + 5 = 4 bukan 16
kerana tidak terdapat nombor 16 pada jam-12.
Setiap kali kita melepasi 12, kita membilang jam mulai 1 semula. Jika kita menambah
nombor dengan cara kita menambah jam dengan menggunakan jam, kita sebenarnya
melakukan aritmetik jam. Maka, dalam jam aritmetik 8 + 6 = 2 kerana 6 jam selepas
pukul 8 adalah pukul 2.
35
MTE3101 Knowing Numbers
+ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
1 1
3 5
6 12
7 7
8 11
9 7
10
11
12 1
Apakah yang anda perhatikan nilai-nilai yang diperoleh dalam Jadual 1? Apa yang anda
telah lakukan ialah menambah nombor berdasarkan jam-12 dan elemen-elemen
dalam jadual itu adalah finit yang terdiri daripada set {1,2,3,4,5,6,7,8,9,10,11,12}.
1. 7 + 6 = _____
2. 11 + 7 = _____
3. 3 + 6 = _____
4. 5 + 12 = _____
5. 7 + 13 = _____
6. 12 + 9 = _____
7. 1 + 8 = _____
8. 9 + 4 = _____
36
MTE3101 Knowing Numbers
Dengan menggunakan takrifan operasi asas aritmetik jam seleasaikan soalan berikut
berdasarkan jam-12.
Penyelesaian
(i) 49=x
Bermakna 4 = 9 + x.
Dari Jadual 1, x = 7
(iii) 47=y
Bermakna 4 = 7 y
Dengan cara cuba jaya, 7 x 1 = 7; 7 x 2 = 2; 7 x 3 = 9; 7 x 4 = 4.
Maka y = 4
(iv) 4/9 = t
Bermakna 4 = 9 t
Dengan cara cuba jaya, 9 x 1 =9; 9 x 2 = 6; 9 x 3 = 3; 9 x 4 = 12;
9 x 5 =9; 9 x 6 = 6; 9 x 7 = 3; 9 x 8 = 12;
9 x 9 =9; 9 x 10 = 6; 9 x 11 = 3; 9 x 12 = 12
Oleh kerana tiada nilai t apabila 9 t = 4, maka 4/9 tidak wujud.
37
MTE3101 Knowing Numbers
x 0 1 2 3 4
0
1
2
3
4
Proses penambahan atau pendaraban di atas juga dikenali modulo 5 atau mod 5
Dari Jadual 3, didapati
4 + 9 = 3 dan 2 + 1 = 3
Maka, 4 + 9 = 2 + 1
Untuk menjadi pernyataan di atas benar, kita menggunakan notasi berikut:
4 + 9 = 2 + 1, (mod 5)
Dibaca sebagai 4 + 9 adalah kongruen kepada 2 + 1, mod 5. Dengan demikian
kekongruenan mod m ditakrifkan seperti berikut:
Kekongruenan Mod m
Nombor nyata a dan b adalah kongruen modulo m, a b, (mod m), jika beza a dan
b adalah gandaan bagi m.
38
MTE3101 Knowing Numbers
Contoh
Tentukan pernyataan berikut sama ada benar atau palsu.
(i) 3 8, (mod 5) (ii) 3 53, (mod 5) (iii) 3 19, (mod 5)
Penyelesaian
(i) 3 8, (mod 5) kerana 8 3 = 5, dan 5 adalah gandaan bagi 5.
(ii) 3 53, (mod 5) kerana 53 3 = 50, dan 50 adalah gandaan bagi 5.
(iii) 3 19, (mod 5) kerana 19 3 = 16, dan 16 bukan gandaan bagi 5.
Terdapat cara yang lain untuk menentukan sama ada dua nombor itu kongruen mod m.
Bahagikan setiap nombor dengan m dan semak bakinya. Jika baki mereka adalah sama
maka nombor-nombor itu kongruen mod m. Contoh, 3 5 bakinya 3, dan 53 5 bakinya 3
juga, jadi 3 53, (mod 5).
Contoh:
Selesaikan persamaan berikut.
1. 4 + 9 x, (mod 5) 2. 15 + 92 x, (mod 5) 3. 2 + 4 x, (mod 5)
4. 2 4 x, (mod 5) 5. 7 x 5 x, (mod 7) 6. 3 5 x, (mod 12)
Penyelesaian
1. 4 + 9 = 13 3, (mod 5)
Maka, x = 3.
(Panduan: 13 5 dan dapatkan bakinya)
2. 15 + 92 = 107 2, (mod 5)
Maka, x = 2.
3. 2 + 4 =6 1, (mod 5)
Maka, x = 1.
5. 7 x 5 =35 0, (mod 7)
Maka, x = 0
39
MTE3101 Knowing Numbers
Contoh:
Februari 2011 mempunyai 28 hari dan 1 Februari adalah hari Selasa. Tentukan hari apakah
pada 13 Februari dan 28 Februari ?
Penyelesaian
Untuk melihat aplikasi modulo aritmetik dalam kehidupan harian yang lain sila baca contoh
5 dan 6 dalam Clock Arithmetic and Modulo Five Arithmetic in Smith
(2001). The Nature of Mathematics, p.216 221. m.s 220 dan 221 masing-masing.
40
MTE3101 Knowing Numbers
(d) 1 2, (mod 5)
3. Cari nilai x jika (i) x 2 3, (mod 6); (ii) 3x 2, (mod 7);
(iii) x 4 5, (mod 9)
4. 1 Mac 2011 jatuh pada hari Selasa. Bina jadual modulo 7 untuk bulan Mac.
Seterunya, tentukan hari apakah (i) 9 Mac, (ii) 22 Mac dan (iii) 31 Mac ?
1. Baca dari Bahan Resos: Clock Arithmetic and Modulo Five Arithmetic in Smith
(2001). The Nature of Mathematics, p.216 221 dan Modular Arithmetic p.118 - 134
2. Buat latihan dari Problem Solving in Smith (2001). The Nature of Mathematics. 9 th
ed. p. 225-226
3. Baca A card trick in Miller, Heeren & Hornsby (1990). Cuba helah dengan kawan
anda.Tuliskan satu ringkasan bagaiman helah aritmetik modular boleh digunakan
untuk menerangkan helah itu.
SELAMAT BELAJAR!
Peringatan: Segala latihan yang dibuat perlu dimasukkan dalam portfolio masing-
masing.
Rujukan
S.Groves (2006). Exploring Number and Space. Deakin University. Divisibility: m.s 201-
205
The Fundamental Theorem of Arithmetic in Susie Groves (2006). Exploring Space and
Numbers Study Guide. p.24
Prime Numbers in Richard J.B. Number Systems: An elementary approach. p. 142 145
41
MTE3101 Knowing Numbers
Clock Arithmetic and Modulo Five Arithmetic in Smith (2001). The Nature of
Mathematics, p.216 221 dan Modular Arithmetic p.118 - 134
Problem Solving in Smith (2001). The Nature of Mathematics. 9th ed. p. 225-226
2. Matematik Modular:
http://www.shodor.org/succeedhi/succeedhi/modularmath/introduction.html
3. Kekongruenan modulo:
http://syssci.atu.edu/math/faculty/finan/4033/absalg10.pdf
42