Anda di halaman 1dari 24

MARKAH ASSIGNMENT JAN 2016

Pengenalan /1
Fakta & Huraian /8
Cadangan & Kesimpulan /2
Bibliografi /2
Etika Profesionalisme /2
JUMLAH /15

KEPENTINGAN AL-QURAN DAN


AL-SUNNAH DALAM
PEMERINTAHAN ISLAM
PENSYARAH : WAN NAIMAH BINTI WAN DAUD

NAMA AHLI KUMPULAN NO PELAJAR KUMPULAN

NUR ANIS FAKHEERA BINTI MOHAMMED


2015841096 C1
YASRI

NUR AFIQAH BINTI ZAINUDDIN 2015881094 C2

NUR ATHIRAH BINTI MOHAMMAD ROSLI 2015881786 C2

NURUL DAYANA BINTI ZAINOL 2015859912 C1


ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT


1. Pengenalan 2
2. Definisi 3
2.1 Al-Quran
2.2 Al –Sunnah
2.3 Pemerintahan Islam
3. Kepentingan Sistem Pemerintahan Islam 4
3.1 Kemajuan dalam pemikiran, sains teknologi, dan
kesejahteraan hidup
3.2 Wujud ketenteraman secara berterusan
3.3 Pemerintahan yang beristiqamah
4. Kepentingan Al-Quran Dan Al-Hadis 9
4.1 Dapat mengangkat martabat seorang individu
4.2 Mendapat ketenangan
4.3 Menguatkan hujah-hujah Al-Quran
5. Matlamat Sistem Pemerintahan Islam 10
5.1 Realisasikan kalimah Allah SWT
5.2 Pelaksanaan hukum syarak
5.3 Pelaksanaan keadilan
5.4 Amar Makruf Nahi Mungkar
5.5 Pembinaan tamadun Islam
6. Sistem Pemerintahan Islam Pada Zaman Rasulullah SAW 16
6.1 Pentadbiran
6.2 Pembentukan ummah
6.3 Piagam Madinah
6.4 Syura
6.5 Pembinaan masjid
7. Contoh Negara Yang Mengaplikasikan Sistem 18
Pemerintahan Islam
8. Isu-isu Politik 20
9. Cadangan Untuk Membentuk Sistem Pemerintahan Islam 21
Di Malaysia
10. Bibliografi 23

1
1.0 PENGENALAN

Menurut perspektif al-Quran, negara sebagai institusi kekuasaan diperlukan Islam


sebagai instrumen yang efektif untuk merealisasikan ajarannya dalam konteks sejarah. Islam
merupakan agama universal. Islam mengatur seluruh masalah kehidupan, serta hubungan
antara kehidupan itu dengan sebelum dan sesudah kehidupan. Islam juga mengatur interaksi
manusia dan penciptanya, dirinya sendiri, serta sesama manusia di setia waktu dan tempat.

Islam telah membawa corak pemikiran yang khas dapat melahirkan sebuah peradaban
yand berbeza dengan peradaban mana pun. Sistem pemerintahan Islam sangat jauh berbeza
dengan sistem politik dan ideologi-ideologi manusia. Islam memiliki tafsiran dan bentuk
yang khusus dan istimewa tentang pemerintahan. Tafsirannya jauh lebih bijaksana dan adil
daripada ajaran-ajaran lainnya. Sistem pemerintahan Islam adalah sistem pemerintahan yang
menggunakan al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan dalam semua aspek hidup, seperti dasar
undang-undang, mahkamah perundangan, pendidikan, dakwah dan perhubungan, kebajikan,
ekonomi, sosial, kebudayaan dan penulisan, kesihatan, pertanian, sains dan teknologi,
penerangan dan penternakan.

Al-Quran pada dasarnya adalah kitab yang memberi pesanan, petunjuk-petunjuk dan
perintah moral bagi kepentingan hidup manusia di muka bumi. Petunjuk dan perintah ini
bercorak universal, abadi dan berfunsi seagai intisari wahyu terakhir. Al-Quran bukanlah
wacana hukum atau kitab politik. Oleh sebab itu, kitab suci ini tidak pernah berbicara secara
jelas dan terperinci tentang bentuk-bentuk masyarakat dan bentuk-bentuk negara yang harus
diciptakan sepanjang zaman. Sekalipun demikian, al-Quran mengisyaratkan dasar-dasar
tentang pembangunan masyarakat dan negara yang wajib dijadikan akar bagi penciptaan
sebuah masyarakat dan negara yang teratur bagi umat manusia.

2
2.0 DEFINISI

2.1 AL-QURAN

Pelbagai definisi telah diberikan oleh ulama’-ulama’ Islam berkaitan perkataan al-
Quran dari segi bahasa. Antaranya, Al-Lihyani berpendapat al-Quran berasal dari ‫قراء‬
bermaksud bacaan. Manakala, Al-Asya’ari pula berpendapat bahawa al-Quran daripada
perkataan ‫ قرن‬yang membawa maksud gabungan antara sesuatu. Al-Faraa’ pula mengatakan
bahawa perkataan al-Quran berasal daripada perkataan ‫قرينة‬ dan kata jamaknya ‫قرائن‬.
Sedangkan perkataan ini bererti sahabat atau rakan. Imam Syafie r.a. pula berpendapat
bahawa al-Quran dicipta oleh Allah S.W.T bagi mengenali wahyu yang diturunkan-Nya.

Namun begitu, daripada empat ulama’ tersebut, pendapat oleh Al-Lihyani dan Imam
Syafie r.a lebih tepat kerana ia dirujuk kepada al-Quran sendiri.

Maksudnya:
“Sesungguhnya kami yang mengumpulkan dan membacanya, maka apabila kami telah
membacanya, ikutilah akan bacaannya”.
(Surah al-Qiyamah: 75:17-18)

Menurut ayat di atas, al-Quran itu diajar dan dijamin oleh Allah. Maka ikutilah
bacaanya. Iaitu bacaan malaikat yang membawa wahyu Ilahi.

Al-Quran dari segi terminologi juga mempunyai pelbagai pendapat dari ulama’-
ulama’ Islam. Ahli syarak berpendapat bahawa al-Quran merupakan kalam Allah yang
berupa wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah S.A.W yang kemudiannya dirakamkan
dalam bentuk kitab. Ahli Fiqah pula berpendapat bahawa al-Quran merupakan sumber
perundangan Islam memandangkan setiap ayatnya merupakan dalil perundangan. Oleh itu,
setiap ayatnya dinamakan al-Quran. Syed Abdul Wahab Khalaf menjelaskan al-quran itu
merupakan kalamullah yang diturunkan oleh Jibril kepada Rasulullah S.A.W yang bermula
dari surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah al-Nas. Ia tetap terpelihara dan dijamin
keasliannya oleh Allah S.W.T sejak diturunkan hingga Hari Kiamat.

3
Manakala ahli ilmu kalam pula berpendapat bahawa al-Quran merupakan kalam Allah
S.W.T yang azali, qadim dan nafsi. Al-Quran mempunyai dua bahagian iaitu yang pertama
bersifat qadim lagi azali, iaitu kalam Allah S.W.T yang belum terpisah daripada zat Allah
S.W.T. tetapi menjadi hadis setelah terpisah dan diletakkan di Luth mahfuz dan Baitu ‘Izzah
di langit dunia lalu diturunkan kepada Rasulullah S.A.W secara beransur-ansur selama 23
tahun lalu dijelmakan dalam bentuk tulisan dan dibukukan.

Walaupun terdapat banyak pendapat yang telah dikemukan oleh para ulama’, namun
setiap satunya tetap sempurna dan menyempurnakan yang lain.

2.2 AL-HADIS

Sumber kedua selepas al-Quran ialah al-hadis. Secara bahasa, hadis memiliki banyak
erti, diantaranya al-jadid ( yang baru), al-qarib (yang dekat), dan al-akbar (kabar berita). Kata
al-hadis dalam Al-Quran disebut sebanyak 23 kali, yang bererti kisah, ajaran, kata, wahyu,
berita dan sebagainya.

Ada dua pandangan pengertian al-hadis dalam kalangan ulama’. Pandangan pertama
dari Jumhur al-Muhaddisin (sebahagian besar ahli hadis) mendefinisikan hadis sebagai segala
sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad S.A.W, baik berupa perkataan, perbuatan,
ketetapan atau yang lainnya. Pandangan kedua pula dari golongan di luar jumhur al-
muhaddisin mendefinisikan hadis bukan hanya segala sesuatu yang disandarkan kepada Nabi
Muhammad S.A.W, Tetapi segala yang disandarkan kepada para sahabat dan tabiin juga
digolongkan sebagai hadis. Namun, paling kuat pandangannya adalah dari Jumhur al-
Muhaddisin kerana ia bersandarkan pada Nabi Muhammad S.A.W itu sendiri.

Al-hadis ataupun sunnah merupakan sumber yang wajib diterima dan mempunyai
autoriti sama seperti al-Quran. Ia bertindak sebagai pentafsir atau penjelas paling autentik
terhadap kandungan al-Quran. Antara sunnah yang paling agung adalah Rasulullah S.A.W
menubuhkan negara Islam yang menjadi platform kepada pelaksanaan syariat Islam.
Rasulullah S.A.W telah menunjukkan pelaksanaan syura dalam kerajaan, keadilan
undang-undang, memenuhi keperluan rakyat termasuk golongan bukan Islam dan
pemerkasaan insttitusi pendidikan adalah merupakan contoh penting dalam pembinaan
tamadun.

4
2.3 PEMERINTAHAN ISLAM

Secara luas sistem pemerintahan bererti menjaga kestabilan masyarakat ,menjaga


tingkah laku kaum majoriti mahupun minoriti, menjaga landasan pemerintahan, menjaga
kekuatan politik, pertahanan, ekonomi, keamanan sehingga menjadi sistem pemerintahan
yang berterusan, dan demokrasi dimana seharusnya masyarakat boleh ikut turut serta dalam
pembangunan sistem pemerintahan tersebut.

Bentuk pemerintahan Islam adalah pemerintahan yang merujuk kepada syariat. Secara
menyeluruh, pemerintaha Islam tercermin dalam prinsip-prinsip Islam dan hukum-hukum
syariat yang disebutkan di dalam Al-Quran dan dijelaskan as-Sunnah, baik mengenai aqidah,
ibadah, akhlak, muamalah mahupun berbagai macam hubungan. Oleh kerana, itu hukum
yang berlaku harus selalu bersumber dan merujuk kepada hukum yang telah ditetapkan oleh
Allah SWT. Kemudian pemerintahan yang dipimpin oleh seorang ulul amri yang dipilih oleh
rakyat, untuk menjalankan tugas-tugas kepemerintahan guna terciptanya keadaan masyarakat
yang sihat dari segi fizikal dan mental serta sejahtera.

Walau bagaimanapun, sistem pemerintahan yang pernah dipraktikkan dalam Islam,


sangat terkait dengan keadaan hubungan dalam konteks yang dialami oleh umat. Dalam abad
yang sangat panjang sejak abad ke-7 Masihi hingga sekarang, umat islam pernah
mempraktikkan beberapa sistem pemerintahan yang meliputi sistem pemerintahan khilafah
(Khalifah berdasarkan syurra dan khalifah berdasarkan Monarrki), imamah, monarki dan
demokrasi.

Sistem pemerintahan dalam Islam adalah sistem Khilafah. Khilafah secara syarie
adalah kepemimpiman umum bagi kaum Muslimin seluruhnya di dunia untuk menegakkan
hukum-hukum syarak islami dan mengembangkan dakwah Islam ke seluruh dunia. Khilafah
adalah pemerintahan itu sendiri. Khilafah adalah bentuk pemerintahan yang dinyatakan oleh
hukum-hukum syarak agar menjadi daulah Islam sebagaimana yang didirikan oleh Rasulullah
S.A.W di Madinah al-Munawarah, dan sebagaimana yang ditempuhi oleh para sahabat yang
mulia setelah baginda. Pandangan ini dibawa oleh dalil-dalil al-Quran, as-sunnah dan yang
menjadi kesepakatan ijmak sahabat. Tidak ada yang menyelisihinya di dalam umat ini
seluruhnya kecuali orang yang dididik berdasarkan tsaqafah kafir imperialis yang telah
menghancurkan daulah Khilafah dan memecah belah negeri kaum Muslimin.

5
Berdasarkan Ijmak sahabat, wajib hukumnya mendirikan kekhalifahan. Setelah
Rasulullah SAW wafat,mereka sepakat untuk mendirikan kekhalifahan untuk Abu Bakar,
kemudian Umar, Uthman dan Ali, sesudah ketiganya wafa, para sahabat telah bersepakat
sepanjang hidup mereka atas kewajipan untuk mendirikan kekhalifahan, meski pun mereka
berbeza pendapat tentang orang yang akan dipilih sebagai khalifah, tetapi mereka tidak
berbeza pendapat secara mutlak mengenai berdirinya kekhalifahan. Oleh kerana itu,
kekhalifahan (khilafah) adalah penegak agama dan sebagai pengatur soal-soal duniawi
dipandang dari segi agama.

Pemerintahan ini merupakan pengganti nabi Muhammad SAW, dengan tugas yang
sama, yakni mempertahankan agama dan menjalankan kepemimpinan dunia. Pemerintahan
ini disebut khilafah (kekhalifahan). Orang yang menjalankan tugas itu disebut Khalifah.

3.0 KEPENTINGAN SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM

Sistem pemerintahan Islam merupakan sistem pemerintahan yang khas dan diyakini
sistem politik yang unggul. Hal ini terkait dengan Islam itu sendiri. Berbicara tentang sistem
pemerintahan bererti berbicara tentang proses, struktur, dan fungsi. Proses, struktur, dan
fungsi dalam sistem pemerintahan Islam semuanya berdasarkan pada ajaran Islam yang
bersumber dari wahyu. Oleh kerana itu, sistem pemerintahan Islam, termasuk konsep
kenegaraannya, menjadi sistem yang unggul kerana bersumber dari Allah SWT, zat Yang
Maha Agung. Di antara kepentingan sistem pemerintahan Islam adalah:

3.1 KEMAJUAN DALAM PEMIKIRAN, SAINS TEKNOLOGI, DAN


KESEJAHTERAAN HIDUP.

Sejarah telah membuktikan hal ini. Kemajuan sains, teknologi, dan pemikiran
merupakan kemestian dalam Islam kerana Islam mendorong umat untuk terus berfikir,
merenung untuk menguatkan iman dan menambah pengetahuan tentang makhluk. Terdapat
43 ayat al-Quran yang memerintahkan manusia untuk berfikir. Antaranya :

6
Maksudnya:
(Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang
membuktikan kebenaran mereka) dan Kitab-kitab Suci (yang menjadi panduan); dan kami
pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran yang memberi peringatan, supaya
engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka,
dan supaya mereka memikirkannya.
(Surah al-Nahl: 16:44)

Menurut ayat di atas, al-Quran adalah rencana Allah yang membimbing dan memberi
tunjuk ajar kepada umat manusia mulai dari Nabi Adam a.s kepada berpuluh rasul
sesudahnya sampai kepada Nabi Muhammad S.A.W. Maksud al-Quran atau peringatan itu,
memang utamanya sekali mengajak manusia berfikir tentang diriNya.

Maksudnya:
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan
(pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat
kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah
hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya
dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang
tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya
(pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya,
kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal
fikiran.
(Surah al-Baqarah: 2 :164)

7
Menurut ayat di atas, Allah S.W.T mahu manusia berfikir tentang kejadian alam ini.
Mencari tuhan setelah mempelajari alam. Ini bermakna mencari tuhan dalam ajaran Islam
ialah dengan memperdalam penyelidikan tentang alam.

Islam mendorong inovasi dan penemuan. Dalam masalah jihad, misalnya, Rasulullah
S.A.W. mengembangkan persenjataan untuk menjaga serangan dari musuh, dengan
mengirimkan dua orang sahabat ke Yaman untuk mempelajari pengembangan senjata saat itu.
Oleh itu, umat manusia harus mengungguli sains dan teknologi. Begitu juga ijtihad; harus
terus dikembangkan.

3.2 WUJUD KETENTERAMAN SECARA BERTERUSAN.

Di antara kepentingan sistem pemerintahan Islam adalah wujudnya ketenteraman


dalam negara. Setiap rakyat dalam negara harus terjamin ketenteramannya. Tanpa
ketenteraman, kehidupan tidak akan tenang. Ketenteraman merupakan syarat mutlak bagi
keberlangsungan kehidupan masyarakat. Islam sangat mementingkan hal ini. Salah satu
ajaran penting Islam adalah mewujudkan keamanan dalam kalangan masyarakat. Sejarah
menunjukkan bagaimana saat Islam diterapkan, masyarakatnya, baik muslim mahu pun
bukan muslim, hidup dalam keamanan. Hal ini terjadi melalui pendekatan dari segi, pertama,
aspek keamanan dengan aspek ruhiyah. Ruhiyah adalah hubungan erat antara hamba dengan
Allah S.W.T. Rasul berkali-kali menegaskan bahawa di antara ciri Muslim yang baik adalah
Muslim yang bagus dari lisan dan perbuatannya. Penjagaan keamanan dikaitkan dengan
pahala dan dosa. Akibatnya, muncullah dorongan takwa dalam diri individu untuk senantiasa
mewujudkan keamanan, baik bagi diri, masyarakat, mahu pun negara. Kekuatan dalaman
inilah yang mengukuhkan terwujudnya keamanan. Landasan ruhiyah seperti ini tidak
ditemukan pada sistem lain.

Kedua, keamanan terhasil apabila masyarakat berperanan untuk menjaga keamanan


dan bersikap keras kepada perosak keamanan. Setiap kemungkaran yang ada, termasuk
gangguan tehadap keamanan, diperintahkan untuk dihilangkan oleh sesiapa pun yang

melihatnya, baik dengan kekuatan, lisan, ataupun dengan hati melalui sikap penolakan.
Bahkan, membiarkan kerosakan yang ada diumpamakan Nabi S.A.W. sebagai
menenggelamkan seluruh masyarakat. Masyarakat diibaratkan Rasul sebagai sekumpulan
orang yang sedang menumpangi kapal di lautan. Jika sebahagian mereka melakukan

8
kejahatan dengan melubangi kapal tersebut tanpa dicegah, maka semua penumpangnya akan
karam. Bahkan, mati mempertahankan keamanan harta, kehormatan, dan nyawa dari para
perosak keamanan dipandang sebagai syahid. Hal ini demikian, tidak dimiliki oleh sistem di
luar Islam.

3.3 PEMERINTAHAN YANG BERISTIQAMAH

Sistem pemerintahan Islam memiliki ciri istiqamah, ertinya bersifat berterusan, dan
seiring di jalannya yang lurus. Dalam sistem demokrasi misalnya, sistem politik bergantung
pada kehendak manusia. Perubahan nilai dan kestabilan pun terjadi. Hal yang sama boleh
berlaku kepada orang lain, tetapi tidak untuk negara tertentu. Misalnya, Iran tidak boleh

memiliki nuklear, tetapi AS dan Israel tidak mengapa. Setiap negara tidak boleh mencampuri
urusan negara lain, kecuali AS dan sekutunya yang dapat menerapkan sifat berjaga-jaga.
Sistem seperti ini tidaklah istiqamah. Hal ini kerana, semuanya bergantung pada kehendak
manusia yang sentiasa berubah-ubah.

Berlainan pula pada sistem pemerintahan Islam yang berdiri kukuh tidak lekang
ditelan dek zaman. Hal in kerana, sistem politik Islam bukan lahir dari logik dan kehendak
manusia, namun jalan lurus yang berasal dari Allah S.W.T.. untuk penyelesaian manusia.
Allah S.W.T berfirman :

4.0 KEPENTINGAN AL-QURAN DAN AL-HADIS

Al-Quran merupakan kitab suci terakhir yang diturunkan oleh Allah S.W.T. kitab
suci Al-Quran adalah sebagai penyempurna dari kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya. Al-
Hadis pula diertikan sebagai segala perkara yang dilakukan oleh baginda Rasulullah S.A.W
sama ada perkataan, perbuatan mahupun taqrirnya yang bersangkut dengan hukum. Daripada
hadith yang diriwayatkan oleh Imam Malik yang bermaksud “sesungguhnya aku telah
tinggalkan pada kamu dua perkara yang tidak akan kamu sesat selama kamu berpegang
dengan keduanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah Rasulullah S.A.W (As-sunnah). al-
Quran dan al-hadis merupakan panduan dan petunjuk kepada manusia dalam kehidupan
seharian. Antara kepentingan al-Quran dan Al-Hadis ialah:

9
4.1 DAPAT MENGANGKAT MARTABAT SEORANG INDIVIDU.

Daripada Omar bin Al-Khattab r.a bahawa nabi Muhammad S.A.W bersabda
“sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat
yang lain dengan sebab Al-Quran (hadis riwayat muslim). Selain itu, Al-Quran juga sebagai
pembela di hari akhirat kelak. Al-Quran yang dibaca oleh seseorang mampu membantu
pembacanya di hari akhirat ketika keadaan kelam kabut dan manusia berasa risau dengan
amalan mereka. Daripada Nawwas r.a telah berkata, aku mendengar Rasulullah S.A.W.
bersabda “di hari akhirat kelak akan didatangkan Al-Quran dan orang yang membaca serta
mengamalkan isi kandungannya didahului dengan surah al-Baqarah dan surah ali-Imran.
Kedua-dua surah ini menghujah orang yang membaca dan mengamalkannya.

4.2 MENDAPAT KETENANGAN

Seterusnya, membaca ayat-ayat Al-Quran mendapat ketenangan iaitu sakinah.


Daripada Azib r.a berkata, seorang lelaki membaca surah al-Kahfi dan disisinya seekor kuda
yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melidunginya dan semakin hampir dan
kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Rasulullah
S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda, itulah sakinah iaitu
ketenangan yang turun disebabkan Al-Quran.

4.3 MENGUATKAN HUJAH-HUJAH AL-QURAN

Al-Hadis diperlukan untuk menguatkan nas-nas Al-Quran. Sebagai contoh berkenaan


dengan solat, puasa dan zakat telah banyak dinyatakan kewajipan mendirikannya dalam
kehidupan seharian. Ini dikuatkan dengan sabda Rasulullah S.A.W yang berbunyi “Islam
didirikan di atas lima rukun, syahadah, solat, zakat, puasa dan haji.” As-sunnah berfungsi
untuk menerangkan nas-nas mujmal. Terdapat ayat Al-Quran yang diturunkan secara ringkas
yang memerlukan keterangan dari As-sunnah,seperti cara mengerjakan solat dengan betul.
Ibadah solat dinyatakan dalam Al-Quran tetapi cara untuk menunaikannya dengan sempurna
diterangkan melalui sunnah Rasulullah S.A.W.. Di samping itu, As-sunnah turut bertindak
untuk menguatkan hukum-hukum yang terdapat asasnya di dalam Al-Quran. Sebagai contoh,
hadith Rasulullah S.A.W. Baginda melarang dari memakan binatang buas yang mempunyai

10
taring dan burung yang berkuku tajam. Haiwan-haiwan tersebut tidak dinyatakan di dalam
Al-Quran dan tidak termasuk haiwan-haiwan yang disebut oleh Allah S.W.T. yang haram di
makan. Kesimpulannya, sunnah Rasulullah S.A.W. memainkan peranan dan mempunyai
kepentingan yang cukup besar serta merupakan sumber yang sahih dalam menterjemah isi
kandungan Al-Quran secara lebih terperinci.

5.0 MATLAMAT SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM

Sistem pemerintahan adalah satu sistem pelaksanaan terhadap dasar dan undang-
undang sesebuah negara. Asas pembentukan sesebuah negara ialah, bangsa, tanah yang
didiami dan kuasa yang memerintah. Negara Islam pula adalah sebuah negara yang
menjadikan Syariat Islam sebagai satu-satunya sumber perundangan. Manakalah negara yang
tidak menjadikan syariat Islam sebagai sumber perundangan, maka ia bukanlah sebuah
negara Islam. Sebuah negara Islam perlulah diperintah melalui sistem pemerintahan Islam.

5.1 REALISASIKAN KALIMAH ALLAH S.W.T

Di antara tujuan mengapa pemerintahan atau negara ditegakkan menurut


al-Quran adalah untuk merealisasikan kalimah Allah S.W.T di atas muka bumi ini. Itulah
fungsi utama penciptaan manusia oleh Allah S.W.T sebagai khalifah di atas muka bumi ini
iaitu untuk beribadat kepada-Nya. Hal ini dijelaskan dalam ayat

Maksudnya:
“(Iaitu) orang-orang beriman yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi,
nescaya mereka mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, menyuruh berbuat yang
makruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar.”
(Surah al-Hajj :22:41)

Menurut ayat di atas, asal iman telah dipupuk, Allah menjamin akan
mempertahankannya. Dan setelah manusia mendapat keizinan tuhan untuk mempertahankan
diri untuk, menjaga agar kepercayaan kepada Tuhan jangan runtuh di dunia ini. Dan kalau

11
kemenangan tercapai, tujuan manusia yang utama ialah menuanikan solat, mengeluarkan
zakat dan melakukan amar makruf nahi mungkar.

Dengan kata lain, tujuan utama pembentukan negara Islam adalah untuk menegakkan
agama Islam dan menyebarkan dakwah Islamiyah seluas-luasnya. Menanamkan keimanan,
ketakwaan dan amal soleh di dalam hati setiap umat manusia di dunia ini. Kesemuanya itu
memerlukan satu bentuk kekuasaan dan kekuatan. Dengan kekuatan itulah kedaulatan Islam,
kehormatan dan kesuciannya terpelihara secar mutlak sehingga ia tidak boleh dipermain-
mainkan.

Kekuasaan juga diperlukan untuk menguatkuasakan undang-undang berkaitan


perniagaan, zakat, urusan agihan dana dan sebagainya agar tiada sebarang unsur-unsur
penyelewengan mahupun riba. Penunaian fardhu haji setiap tahun oleh umat Islam juga
memerlukan lembaga yang menguruskan segala hal ehwal berkaitan dengannya agar rukun
Islam yang kelima tersebut dapat dilakukan dengan sempurna dengan mendapat haji mabrur.

5.2 PELAKSANAAN HUKUM SYARAK

Sudah pasti perundangan Islam atau syarak tidak akan dapat dilaksanakan sekiranya
sebuah negara atau pemerintahan Islam tidak ditegakkan. Hukum syarak merupakan acuan
dalam tindakan manusia. Hanya pemeritahan Islam sahaja yang mampu melaksanakan
perundangan berkaitan dengan, individu, keluarga, masyarakat, negara, ekonomi,
perdagangan, perusahaan dan sebagainya dengan sepenuhnya mengikut syarak. Hal ini
dijelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat :

Maksudnya :
“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat(peraturan) dalam urusan agama
itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikut hawa nafsu orang-orang yang tidak
mengetahui.”
(Surah al-Jathiah 45:18)

12
Menurut ayat di atas, Allah memerintahkan manusia supaya mengikut syariat yang
telah ditetapkan olehNya sepanjang masa. Jika Allah memrintah NabiNya supaya bersikap
teguh demikian juga terhadap umat-umat Nabi Muhammad S.A.W.

Ketetapan Allah dan ketentuan Rasul-Nya yang terdapat di dalam Al-Quran dan
kitab-kitab hadis yang sahih. Tujuan hukum Islam adalah kebahagiaan hidup manusia di
dunia ini dan di akhirat kelak dengan jalan mengambil segala yang bermanfaat dan mencegah
atau menolak yang mudharat iaitu yang tidak berguna bagi hidup dan kehidupan. Dengan
kata lain, tujuan hukum Islam adalah kemaslahatan hidup manusia, baik rohani mahu pun
jasmani, individual dan sosial.

5.3 PELAKSANAAN KEADILAN

Ketidakadilan dapat menciptakan kecemburuan, pertentangan dan sebagainya dalam


negara. Dalam kehidupan, ketidakadilan dapat menimbulkan perilaku anarkis dan pertikaian
antara golongan, bahkan dalam pertikaian antara suku bangsa dapat menyebabkan
perpecahan wilayah. Sedangkan dalam kehidupan bernegara, perbuatan tidak adil dapat
menyebabkan negara mengalami halangan dalam menjalankan roda pemerintahan sehingga
mengalami kejatuhan dan akan menyebabkan penderitaan rakyat.

Pemerintahan diperlukan untuk membentuk angakatan bersenjata yang dapat


menguatkuasakan undang-undang untuk menjaga ketenteraman rakyat dan gugatan dari
dalam dan luar agar tidak ada lagi ketidakadilan dalam negara. Allah S.W.T menjelaskan
dalam ayat :

Maksudnya:
“Sesungguhnya Kami telah mengutuskan para Rasul Kami dengan membawa bukti-bukti
yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka al-Kitab dan mizan (neraca) supaya

13
manusia dapat melaksanakan keadilan dan kami ciptakan besi (kekuasaan) yang padanya
terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai-bagai manfaat bagi manusia.”
(Surah al-Hadid: 57: 25)

Menurut ayat di atas, besi adalah untuk menguatkan hukum. Selain menjadi senjata,
ada pula banyak manfaatnya yang lain. Sebagai contoh, membuat kapal, kereta api, jambatan
dan sebagainya. Inilah yang disebut sebagai teknologi. Oleh kerana itu, Allah S.W.T
menejelaskan bahawa suatu agama mestilah disokong dengan kekuasaan dan pemerintahan.

5.4 AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR

Perintah dan larangan adalah dua tugas agung yang diberikan Allah S.W.T kepada
umat Islam. Bukan hanya menjalan ibadah solat, berbuat kebaikan, zakat, zikir tetapi ada
kewajipan untuk beramar maruf nahi munkar maka mereka akan mendapat rahmat dari Allah.
Antaranya, merancang, mengatur, melaksana dan menguruskan segala hal yang berkaitan
dengan ekonomi negara dari hal perdagangan antarabangsa, perniagaan, pertanian, sumber
bumi dan sebagainya. Merancang kebajikan orang tua, cacat, sakit dan sebgainya juga
termasuk dalam bidang amar makruf. Semua urusan itu akan dapat dilaksanakan dengan
sempurna sekiranya institusi pemerintahan yang menguruskannya. Hal ini dijelaskan dalam
al-Quran:

Maksudnya:
“Dan hendaklah kamu menjadi umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang
makruf dan mencegah dari yang mungkar. Merekalah orang-orang yang beruntung.”
(Surah Ali Imran: 3: 104)

Manakala segala punca kejahatan, kerosakan, kezaliman dan sebagainya perlu


dicegah. Namun, pencegahan merupakan perkara langkah yang amat berat untuk
dilaksanakan sekiranya dilakukan secara individu kerana sindiket dan gerombolan penjenyah
itu ramai dan zalim. Maka, dengan wujudnya institusi pemerintahan, punca-punca kejahatan
ini dapat dibendung dengan penguatkuasaan undang-undang dan pengawalan dari pihak
angakatan bersenjata.

14
Maksudnya:
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang
makruf dan mencegah yang mungkar dan beriman kepda Allah.”
(Surah Ali Imran: 3: 110)

Ayat di atas menjelaskan bahawa manusia dicipta sebaik-baik kejadian. Hal ini
demikian kerana Allah menyuruh manusia untuk menerapkan dalam diri dengan sifat amar
makruf dan nahi mungkar.

Dengan jelas Allah menegaskan bahwa umat ini adalah sebaik-baik umat yang
senantiasa berbuat ihsan sehingga keberadaannya sangat besar manfaatnya bagi segenap umat
manusia. Dengan amar makruf nahi munkar itu mereka menyempurnakan seluruh kebaikan
dan kemanfaatan bagi umat manusia.

5.5 PEMBINAAN TAMADUN ISLAM

Ketamadunan dan peradaban merupakan ciri khusus manusia yang tidak terdapat pada
makhluk-makhluk lain. Tamadun Islam hanya dapat dibentuk, diperkembangkan dan

mencapai kecemerlangan setelah wujudnya pemerintahan. Dengan wujudnya pemerintahan,


keamanan dan undang-undang dapat dikuatkuasakan. Tamadun Islam mampu merubah corak
dan budaya hidup masyarakat ke arah yang lebih baik. Perkembangan sains dan teknologi
yang pesat di dunia meningkatkan mutu barangan dan pengeluaran. Kegiatan kebudayaan dan
kesenian khususnya seni bina juga meningkat terutama dalam pembinaan masjid. Dengan
tamadun Islam, pencapaian pendidikan lebih cemerlang dengan gabungan antara bidang
kerohanian yakni keimanan, ketakwaan dan amal soleh dengan bidang kebendaan yakni sains
teknologi, seni bina dan sebagainya.

15
6.0 SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM PADA ZAMAN RASULULLAH SAW

Nabi Muhammad S.A.W. telah mendirikan sebuah kerajaan Islam di Madinah dengan
membuat beberapa dasar penting, antaranya sebagai ketua kerajaan yang memerintah.

6.1 PENTADBIRAN

Rasulullah S.A.W. merupakan ketua negara Islam yang pertama. Pemerintahan


baginda juga tertakluk kepada prinsip-prinsip asas yang telah diperintahkan oleh Allah
S.W.T. Dengan menjadikan Al-Quran dan as-sunnah sebagai asas utama pentadbiran Islam,
kedua-dua sumber tersebut telah berjaya menggariskan asas-asas pemerintahan dan
pentadbiran sebuah negara Islam. Lebih penting lagi, dengan kecekapan dan kecerdasan
Rasulullah S.A.W. sebagai seorang pesuruh Allah dan juga ketua bagi sesebuah negara,
baginda telah berusaha memperkenalkan dan menyebarkan agama Islam bukan sahaja di
Madinah semata-mata bahkan juga di luar kawasan Madinah seperti di Habsyah. Bagi
menjamin keharmonian bersama terutama jika sesebuah negara itu merupakan sebuah negara
yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum atau budaya dan kepercayaan. Dalam
peristiwa perjanjian Aqabah sebagai contohnya, baginda Rasulullah s.a.w telah menunjukkan
kepimpinan politik yang matang sehingga baginda mendapat sokongan yang utuh dari suku
kaum Aus dan Khazraj sehinggakan mereka semua sepakat untuk mengangkat Rasulullah
sebagai pemimpin mereka apabila baginda berhijrah kelak

6.2 PEMBENTUKAN UMMAH

Untuk mencapai kestabilan dalam negara, seseorang pemimpin itu mestilah menyatu-
padukan rakyat yang bernaung di bawah pentadbirannya. Nabi Muhammad s.a.w. telah
mengambil langkah awal dengan menyatupadukan umat Islam dan bukan Islam di Madinah
melalui konsep pembentukan ummah. Penyatuan antara golongan Ansar dan Muhajirin telah
berjaya mengatasi masalah perbezaan dari segi sosial dan ekonomi. Orang Aus dan Khazraj
yang bersengketa sekian lama bermusuhan, disatukan setelah mereka memeluk agama Islam.
Setelah itu, tiada lagi perkara menuntut bela dan hutang darah seperti mana yang terdapat
dalam amalan assabiyah. Pembentukan ummah di antara golongan Ansar dan Muhajirin juga
telah berjaya menghapuskan perbezaan antara dua golongan sebaliknya dapat mengukuhkan
ikatan persaudaraan dan saling membantu antara satu sama lain.

16
6.3 PIAGAM MADINAH

Piagam Madinah yang diperkenalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. dilaksanakan


kepada penduduk Madinah di mana undang-undang ini merupakan peraturan undang-undang
yang tertinggi di Madinah. Piagam Madianah merupakan perlembagaan bertulis yang tertua
di dunia dan merupakan satu rekod dunia. Menurut Dasuki Ahmad dalam “ Ikhtisar
Perkembangan Islam” menyatakan perlembagaan yang dibuat oleh Nabi Muhammad ini tidak
pernah dilakukan oleh mana-mana nabi dan rasul sebelumnya. Perlembagaan Madinah
dikenali juga dalam bahasa Arab sebagai Syahifah Madinah. Piagam Madinah menekankan
pengiktirafan Nabi Muhammad S.A.W sebagai ketua negara Madinah yang perlu dipatuhi
dan dihormati. Baginda mempunyai kuasa memutuskan dasar-dasar negara Islam dan
menyelesaikan masalah-masalah yang timbul. Ia telah membentuk perpaduan ummah antara
orang Islam dan orang bukan Islam. Orang Islam dan bukan Islam dapat hidup secara aman,
damai dan bebas menjalankan aktiviti masing-masing. Piagam Madinah menjadikan kota
Madinah aman dan selamat kerana keselamatan penduduk adalah terjamin dan mereka
bertanggungjawab mempertahankan negara Madinah daripada serangan musuh luar.

6.4 SYURA

Syura merupakan satu sendi keimanan dan sifat khusus seorang Muslim. Seorang
pemerintah diwajibkan bermesyuarat (musyawarah) dalam segala hal yang menyentuh
kepentingan peribadi dan umum. Sebagai satu dasar dalam syariat Islam, pemimpin yang

tidak bermesyuarat harus dipecat. Rasulullah S.A.W. berjaya memperkenalkan sistem syura
dalam semua bidang terutamanya bidang politik dan ekonomi. Baginda mengamalkan prinsip
musyawarah semasa melakukan pengadilan terhadap tawanan Yahudi Bani Quraizah semasa
perang. Baginda tidak menunjukkan permusuhan dengan kaum Yahudi sebaliknya
mengadakan perundingan dan memulangkan harta benda yang ditawan daripada pihak musuh
semasa perang. Baginda juga menjalankan musyawarah semasa mewujudkan persaudaraan
antara golongan Ansar dan Muhajirin serta juga mendamaikan permusuhan antara suku Aus
dan Khazraj penduduk asal Madinah. Nabi Muhammad s.a.w. juga mengadakan musyawarah
dengan para sahabat semasa menghadapi tentera Musyrikin Makkah walaupun umat Islam
dapat menghadapi serangan semasa Perang Khandak.

17
6.5 PEMBINAAN MASJID

Langkah awal sewaktu baginda sampai di Madinah, Nabi Muhammad S.A.W. telah
mendirikan sebuah masjid yang dikenali sebagai Masjid Al-Nabawi yang menjadi tempat
beribadat dan penyebaran Islam. Baginda membina Masjid Nabawi di atas sebidang tanah
yang sebelum ini adalah kebun-kebun kepunyaan Bani Najjar. Masjid ini dibina daripada
batu-bata, bumbung dan atapnya dari pelepah kurma dan tiangnya daripada pohon kurma.
Selain fungsi masjid sebagai pusat ibadat, masjid juga digunakan untuk menyebarkan
pendidikan dan ilmu pengetahuan Islam. Masjid pada zaman baginda juga berfungsi
mengajar, membimbing dan memberi nasihat kepada saudara-saudara baru. Masjid juga
menjadi tempat membuat pengumuman mengenai perkara-perkara penting bersangkutan
dengan kepentingan negara dan masyarakat. Ia juga dijadikan tempat bermesyuarat dan
berunding, terutama mengenai isu-isu penting seperti ketenteraan, politik, mengatur strategi
dakwah dan penyebaran Islam.

7.0 CONTOH NEGARA YANG MENGAPLIKASIKAN SISTEM


PEMERINTAHAN ISLAM

Sesebuah negara boleh dikatakan sebagai negara islam apabila rakyat negara itu
mengamalkan ajaran Islam dan melaksanakan semua tuntutan Islam tanpa berbelah bagi.
Pemerintah dan rakyat negara Islam hendaklah menjatuhkan hukuman berlandaskan undang-
undang yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T serta berlaku adil dalam setiap perkara tanpa
mengira pangkat darjat mahupun keturunan. Oleh itu, negara Islam haruslah meempunyai
ciri-ciri sebagai sebuah negara Islam. Terdapat tiga ciri penting dalam menegakkan negara
Islam. Ciri-ciri tersebut ialah syariat Islam yang mesti dipatuhi , rakyat yang melaksanakan
syariat Islam tersebut dan pemerintah Islam yang menaunginya .

Antara negara yang mengamalkan sistem pemerintahan Islam ialah Brunei. Brunei
merupakan Negara Islam Melayu Beraja tertua di Asia Tenggara. Majoriti masyarakat di
Brunei beragama Islam. Setelah merdeka, Brunei menjadi sebuah negara Melayu Islam
Beraja (MIB). “Melayu” diertikan dengan negara melayu yang mengamalkan nilai-nilai
tradisi atau kebudayaan melayu. “Islam” pula diertikan sebagai suatu kepercayaan yang
dianuti. “Beraja” bermaksud suatu sistem tradisi melayu yang telah lama wujud. Brunei
sebagai sebuah Negara Islam di bawah pimpinan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin

18
Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, telah
melakukan beberapa pembaharuan dalam mengekalkan Brunei sebgai sebuah negara Islam.
Brunei juga meneruskan uasaha keras mereka dalam penyebaran Islam selepas kemerdekaan
untuk menerapakan nafas keislaman dalam suasana politik yang baru. Antara langkah yang
diambil ialah mendirikan jabatan-jabatan moden yang selaras dengan tuntutan Islam.

Disamping menerapkan hukum syariah dalam perundangan negara, mereka juga


mendirikan pusat kajian Islam serta jabatan kewangan Islam. Brunei menjalankan hukum
hudud dan qisas secara berperingkat bagi mengelakkan kekeliruan dalam masyarakat dan
sistem perundangan. Selain itu, sultan telah melaksanakan beberapa langkah dalam sistem
pemerintahan antaranya membentuk Majlis Agama Islam yang ditugaskan untuk menasihati
sultan dalam masalah agama.

Sultan merupakan ketua negara dan ketua pemerintahan merangkap perdana menteri
serta menteri pertahanan. Dewan penasihat kesultanan dan beberapa menteri yang dipilih dan
diketuai oleh sultan sendiri ditugaskan untuk membantu sultan. Langkah seterusnya yang
diambil oleh ketua negara untuk memastikan Islam benar-benar berfungsi sebagai pegangan
hidup masyarakat negara Brunei ialah , membentuk jabatan Hal Ehwal Agama yang bertugas
menyebarkan fahaman Islam samada pada pemerintah , dan juga pada seluruh rakyat Brunei.
Seperti yang dapat kita lihat, menteri Hal Ehwal Agama, Yang Berhormat Dato’ Seri Utama
Dr. Haji Md. Zain bin Haji Semudin mengharamkan permohonan untuk membuka zon
menjual dan membeli arak bagi memenuhi keperluan para pelancong. Ini merupakan salah
satu contoh yang dapat kita lihat bahawa pemimpin di Brunei amat menitikberatkan kesucian
agama dalam negara mereka. Brunei mengembangkan hubungan luar dengan memasuki
ASEAN dan PBB. Pada 16 September 1985, pusat dakwah dan pusat perkembangan dunia
Islam didirikan untuk melaksanakan program dakwah serta pendidikan kepada pegawai-
pegawai serta seluruh masyarakat. Di Brunei, orang kelainan upaya dan anak-anak yatim
menjadi tanggungan negara.

Di samping itu, pendidikan rakyat dan rawatan diberikan secara percuma. Dalam
menerapkan aspek keislaman dalam pendidikan, lebih berkesan jika menggunakan kaedah
nasihat, hafalan, bercerita dan lakonan. Selain itu, mengajar para pelajar untuk berfikir secara
islamik, mendorong minat untuk belajar, membantu pelajar mengamalkan ajaran-ajaran
Islam, memperbaiki akhlak mereka, membantu pelajar dalam menilai dan menyerap nilai-

19
nilai Islam serta membina rasa tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat.
Kaedah ini adalah hasil daripada kajian yang dilakukan bersama 26 orang guru agama dan
148 orang pelajar di Brunei-Muara.

8.0 ISU-ISU POLITIK

Politik kepartian pada asasnya lahir dari sistem demokrasi. Di Malaysia, ia bermula
pada tahun 1955 apabila ia menerima sistem demokrasi sebagai kaedah pemerintahan di
samping sistem beraja. Tiada dalam pengalaman Islam sepanjang sejarah, tertubuhnya parti
politik dalam sistem pemerintahan negara. Ini bermakna kehidupan demokrasi dalam sistem
politik Islam adalah satu pengalaman baru bagi umat Islam. Bagaimana pun, amalan
demokrasi harus disaring untuk mencapai objektif kehidupan berteraskan maqasid syara’
belum sampai ke tahap matang.

Isu penerimaan terhadap sistem demokrasi pilihan raya menjadi perbahasan hangat
dalam kalangan gerakan Islam satu masa dahulu. Demokrasi memberi ruang penyertaan
rakyat dalam menentukan dasar dan hala tuju negara. Umat menjadi sumber kuasa dan hak
umat dalam memuhasabah pemerintah dianggap nilai yang baik dalam demokrasi. Imam
Hasan al-Banna menerima sistem demokrasi pilihanraya secara umum dengan beberapa
cadangan penambahbaikan.

Parti-parti politik umat Islam di Malaysia kini berada dalam keadaan krisis dari segi
fungsi dan hubungan, dalam konteks menghidupkan amalan demokrasi di Malaysia. Mereka
sepatutnya memainkan peranan saling melengkap dan membina. Namum begitu apa yang
berlaku ialah berhadapan dengan masalah sepanjang masa antara satu sama lain. Ini berpunca
daripada tidak jelas hubungan siasah syariyyah dalam orientasi demokrasi di Malaysia. Satu
pihak menganggap sistem yang ada sudah cukup munasabah manakala pihak yang lain
menganggapnya salah dan bertentangan dengan Islam. Barangkali persoalan besar yang
belum terungkai semenjak sekian lama ialah dari segi status Malaysia sebagai negara Islam.

Sehingga kini terdapat perbezaan pandangan dalam kalangan ulama Islam termasuk
mereka yang menyertai gerakan Islam dalam menilai keIslaman negara Malaysia. Ada yang
menganggapnya sebagai negara kafir dan ada yang sebaliknya. Oleh itu bagi menjelaskan
latar belakang terhadap permasalahan tajuk saya utarakan dahulu perbincangan tentang
keIslaman negara Malaysia.

20
9.0 CADANGAN UNTUK MEMBENTUK SISTEM PEMERINTAHAN
ISLAM DI MALAYSIA

Kami berpendapat walaupun kita bersetuju bahawa Malaysia adalah sebuah negara
Islam dari segi takrif dan istilah, tetapi pengamalan siasah syariah di dalamnya tidak
sempurna atau menyeluruh. Terdapat kecacatan di sana sini dari segi syarat perwakilan, ciri-
ciri pemimpin, kaedah akad kontrak dan kuasa bagi mendaulatkan Islam dan memelihara
martabat umat Islam. Saya berpendapat pendirian politik pada waktu ini harus dibuat

berdasarkan fikah tiada daulah. Di mana umat Islam perlu dalam pendirian politiknya
memastikan keadaan politik umat Islam berada pada tahap terpelihara sehingga dapat
mempertahankan kepentingan Islam dan umat Islam seperti yang tercatat dalam
perlembagaan. Ini pada tahap yang paling minimum. Sekiranya dilihat pada pandangan patut
umat Islam harus berusaha untuk mengatasi cabaran politik yang memaksa pada zaman
dahulu dan mencipta keadaan politik baru yang membolehkan mereka melaksanakan siasah
syariyyah secara sempurna.

Oleh itu, kita perlu mengambil pendekatan beransur-ansur (tadaruj) dalam langkah
pengislahan (perubahan) melalui cara pembangunan umat; dakwah dan tarbiyah. Bukan
dengan cara perubahan dari atas semata-mata iaitu melalui politik. Ini kerana manhaj
pelaksanaan siasah shariyyah memerlukan kepada proses penyediaan umat. Kuasa politik
pada hakikatnya adalah terbit dari keadaan umat itu sendiri. Kita sering mendengar ungkapan
yang menyebut sebagaimana kamu begitulah juga pemimpin yang akan memimpin kamu.
Perubahan politik memerlukan terlebih dahulu perubahan terhadap aqidah dan kefahaman
umat.

Disamping itu, seorang pemimpin haruslah mengamalkan sikap amanah iaitu dapat
memikul tanggungjawab sebagai salah seorang individu yang terpenting dalam tampuk
pemerintahan negara. Oleh itu, seorang pemimpin juga harus mengamalkan sikap amanah
dalam menjalankan tugas. Contohnya, tidak menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri
sendiri, keluarga sanak saudara atau kaum kerabat sendiri. Sebaliknya, seorang pemimpin
harus memberi keutamaan kepada kepentingan awam. Selain itu, tanggungjawab sebagai
seorang pemimpin juga harus dipikul dengan penuh ketelusan dan ketulusan. Hal ini kerana,
sebagai seorang pemimpin yang telah diberi kepercayaan oleh rakyat, mengamalkan dan

21
memiliki sikap amanah akan menjadikan mereka lebih diyakini keupayaan dan keikhlasan
dalam mentadbir negara oleh golongan marhaen. Seperti peribahasa Melayu, "Raja adil - raja

disembah, Raja zalim - raja disanggah." Oleh itu, sebarang pemberontakan atau demonstrasi
yang berunsurkan ketidak puashatian rakyat terhadap kepimpinan seorang pemimpin dapat
dielakkan daripada berlaku.

Selain itu, perubahan pemerintahan hendaklah dilakukan dengan alasan dan sebab
yang syar’ei dan pertimbangan baik buruk yang tepat. Ia bukan hawa nafsu tetapi dilakukan
apabila imam atau pemimpin telah hilang kelayakan untuk memerintah, sama ada dari segi

amanah dan kuasa (quwwah) atau dari segi kemampuan (kifayah) dan kebebasan (istiqlal).
Imam al-Haramain al-Juwaini mengulas isu ini secara panjang lebar dalam kitab al-Ghiyathi.
Beliau berpendapat perubahan pemerintahan boleh dilakukan berdasarkan kaedah
pengimbangan antara keburukan dan kebaikan (al-muwazanah baina maslahah wa mafsadah).

Hari ini perbalahan politik dalam kalangan umat Islam sampai ke tahap yang
membahayakan. Dengan maksud kemungkinan meruntuhkan sistem politik demokrasi
bertapis kepada demokrasi terbuka yang akan meletakkan Islam dan umat Islam di bawah
konsep sama rata dengan agama dan umat yang lain. Keinsafan menuntut kita bersatu,
bersepakat dalam mematangkan amalan demokrasi berasaskan nilai tempatan. Namun begitu,
permusuhan politik telah dikuasai dendam yang hanya tahu meruntuh. Tanpa peduli
alternatifnya nanti akan memberi ruang untuk kita membangunkan politik atas asas siasah
syariyyah atau cita-cita tersebut akan terkubur terus.

22
10. BIBLIOGRAFI

1. Prof. Dr. Harun Din (1998), Manusia dan Islam (Cetakan ke-3), Undang-Undang,
Pulau Pinang: Perpustakaan UiTM kampus Permaatang Pauh
2. Dr. Mustaffa (2013), As-Sunnah Sumber Hukum Islam (Cetakan Pertama), Pengertian
As-Sunnah, Pulau Pinang kampus Permatang Pauh

3. Abdul Qadir Djaelani (2001), Negara Berdaulat Dalam Perspektif Islam (Cetakan
Pertama), Pengertian Istilah Negara dan Kewajipan Membentuk Negara Islam, Pulau
Pinang kampus Permatang Pauh
4. Syed Omar Syed Agil (1998), Islamic Management For Excelent (Cetakan Pertama),
Section 7 : The Way To Lead, Pulau Pinang kampus Permatang Pauh
5. Majid Khadduri (1994), Konsep Keadilan Dalam Islam (Cetakan Pertama), Keadilan
Politik, Pulau Pinang kampus Permatang Pauh
6. Adam Kadir (2008), Isu Politik, Ekonomi, Budaya dan Sosial (Cetakan Pertama),
Bahagian 2: Isu Politik, Pulau Pinang kampus Permatang Pauh

23

Anda mungkin juga menyukai