Anda di halaman 1dari 50

JABATAN PERUMAHAN NEGARA

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

ARAS 6, BLOK F (UTARA),


PUSAT BANDAR DAMANSARA
50782 KUALA LUMPUR

TEL: 603-2087 4500/4700


FAKS: 603-2093 6982
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

2
Dasar Perumahan Negara
National Housing Policy

Perutusan
Timbalan Perdana Menteri Malaysia

S elaras dengan Gagasan “1Malaysia: Rakyat Didahulukan,


Pencapaian Diutamakan”, adalah menjadi harapan Kerajaan
membantu golongan yang kurang bernasib baik dan kurang
mampu untuk memiliki tempat tinggal yang selesa.

Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) telah menetapkan


bahawa pembangunan perumahan akan terus diberi penekanan
untuk menyediakan perumahan yang mencukupi dengan
persekitaran yang selamat, sihat dan sejahtera di samping
kemudahan awam yang lengkap dan kemudahan taman rekreasi
yang bermutu.

Justeru itu, sektor swasta diberi kepercayaan untuk memacu


industri perumahan negara. Sektor awam pula akan memberi
kerjasama sebagai pemudahcara yang berkesan untuk
meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan
dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberi
penekanan terhadap penyediaan perumahan mampu milik untuk
golongan yang berpendapatan rendah.

Pelancaran Dasar Perumahan Negara (DRN) adalah amat


sesuai dan bertepatan dengan cabaran semasa yang dihadapi
oleh industri perumahan. Adalah menjadi harapan Kerajaan
untuk menjadikan DRN sebagai alat berkesan bagi memastikan
keteguhan industri perumahan.

DRN juga akan memberi perhatian terhadap pembangunan yang


seimbang dengan penggunaan konsep pemajuan dan pembinaan
perumahan yang mesra alam serta penggunaan teknologi dan
inovasi baru dalam sektor perumahan.

Dengan pelaksanaan DRN ini, saya percaya, sektor perumahan


akan dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara
secara langsung dan merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia
sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun
2020.

Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yassin


Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Perutusan
Menteri Perumahan Dan
Kerajaan Tempatan

K erajaan komited ke arah memastikan penyediaan rumah


kediaman yang mencukupi, berkualiti dan mampu
dimiliki bagi memenuhi keperluan penduduk yang semakin
bertambah. Komitmen ini dapat dicapai melalui strategi yang
memberi keseimbangan kepada permintaan dan penawaran,
memperkenalkan industri perumahan yang cekap dan mampan
serta menyediakan kemudahan awam dan persekitaran yang
bersih.

Dalam hubungan ini, adalah mustahak bagi Kerajaan dan sektor


swasta bekerjasama untuk mewujudkan industri perumahan
yang berdaya saing dan mampan. Kerjasama ini akan memberi
manfaat kepada pemilik rumah dan juga pemaju perumahan.

Dalam hal ini, pembentukan Dasar Perumahan Negara


(DRN) adalah tepat pada masanya untuk membantu sektor
swasta menyahut seruan Kerajaan bagi mencapai matlamat
menyediakan perumahan yang mencukupi dan mampu dimiliki
bagi kumpulan yang memerlukan.

Untuk memastikan sektor perumahan mencapai kemajuan


yang diharapkan dan menyumbang secara positif kepada
pertumbuhan ekonomi negara secara berterusan, DRN
dijangkakan mampu menyelesaikan masalah dan cabaran yang
berkaitan dengan kualiti pembinaan, isu projek perumahan
terbengkalai, dan keupayaan memiliki atau menyewa rumah
melalui sistem pengagihan yang efektif dalam Program
Perumahan Rakyat (PPR).

Oleh hal yang demikian, adalah diharapkan DRN, dengan­­­­­


enam (6) teras strategik dan dua puluh (20) pernyataan dasar
dapat menyediakan hala tuju yang jelas kepada agensi Kerajaan
di peringkat persekutuan dan negeri dalam perancangan dan
pembangunan sektor perumahan yang maju dan berdaya
saing.

Dato’ Wira Chor Chee Heung


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Dasar Perumahan Negara
National Housing Policy

Prakata
Ketua Setiausaha Kementerian
Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

D asar Perumahan Negara (DRN) diwujudkan untuk


menggariskan halatuju serta dijadikan asas dalam
perancangan dan pembangunan sektor perumahan di peringkat
persekutuan, negeri dan tempatan. Matlamat DRN adalah
untuk menyediakan rumah yang mencukupi, selesa, berkualiti,
dan mampu dimiliki bagi meningkatkan kesejahteraan hidup
rakyat.

DRN juga diperkenalkan untuk menangani isu dan cabaran


yang dihadapi oleh industri perumahan pada masa kini. Isu-
isu yang kompleks dan mencabar serta cabaran memerlukan
penyelesaian yang cekap bagi menjamin pertumbuhan industri
yang sihat dan mampan.

Untuk merealisasikan matlamat dan objektif DRN, satu pelan


tindakan akan dibentuk untuk menggariskan langkah-langkah
strategik yang selaras dengan matlamat dan teras DRN.
Kejayaan dalam melaksanakan DRN ini juga memerlukan
kerjasama dan komitmen daripada pelbagai pihak dalam
industri perumahan di negara ini. Sehubungan itu, kerjasama
yang erat di antara sektor awam dan sektor swasta amatlah
penting dalam menangani pelbagai isu dan cabaran yang
dihadapi oleh industri perumahan.

Saya yakin kejayaan pelaksanaan DRN akan dapat


menyumbang sebanyak mungkin kepada pertumbuhan
ekonomi negara walaupun ianya masih dibelenggu dengan
kemungkinan yang tidak pasti pada masa hadapan.

Dato’ Ahmad bin Haji Kabit


Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
5
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

ISI KANDUNGAN

3 PERUTUSAN
Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

5 PRAKATA
Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan
dan Kerajaan Tempatan

9 PENGENALAN
14 KEPERLUAN DASAR PERUMAHAN NEGARA (DRN)
16 ISU-ISU DAN CABARAN DASAR PERUMAHAN
NEGARA (DRN)

24 MATLAMAT DASAR PERUMAHAN NEGARA (DRN)

26 OBJEKTIF DASAR PERUMAHAN NEGARA (DRN)

29 TERAS DAN PERNYATAAN DASAR PERUMAHAN


NEGARA (DRN)
Teras 1 32
Teras 2 34
Teras 3 36
Teras 4 38
Teras 5 40
Teras 6 42

46 SINGKATAN

50 PENGHARGAAN

6
Dasar Perumahan Negara
National Housing Policy

7
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

8
Dasar Perumahan Negara
National Housing Policy

PENGENALAN

P erumahan merupakan salah satu keperluan asas


untuk memastikan kesejahteraan hidup rakyat sentiasa
terpelihara. Sektor pembinaan juga menyumbang kepada
Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) bagi memastikan akses
kepada perumahan berkualiti dan mampu milik. Dalam
RMKe-10, Kerajaan telah mensasarkan pembinaan sebanyak
pertumbuhan ekonomi negara yang mempunyai kaitan 78,000 unit rumah mampu milik bagi memenuhi keperluan
secara langsung dengan sektor-sektor lain, termasuk sektor golongan berpendapatan rendah dan untuk penempatan
perkhidmatan dan sektor pembuatan bahan-bahan binaan. semula setinggan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 38,950
Berdasarkan Laporan Ekonomi Kementerian Kewangan unit di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) dan 39,050
2010/2011, sektor pembinaan dijangka menyumbang unit di bawah program yang berkaitan dengan Kementerian
sebanyak 4.9% daripada jumlah Keluaran Dalam Negeri Kasar Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
(KDNK) pada tahun 2010.
Selain daripada itu, sebuah dana berjumlah RM500 juta akan
Oleh itu, Kerajaan perlu terus memberi penekanan terhadap diperuntukkan di bawah RMKe-10 bagi tujuan membiayai kerja-
keperluan penyediaan perumahan yang mencukupi, berkualiti kerja baik pulih dan penyenggaraan rumah mampu milik awam
dan mampu dibeli atau disewa terutamanya bagi memenuhi dan swasta. Dana ini akan diagihkan melalui kaedah geran
keperluan golongan yang disasarkan. Penekanan akan diberi sepadan, di mana separuh daripada kos akan disumbangkan
kepada kesesuaian lokasi serta persekitaran tempat tinggal oleh Kerajaan, manakala separuh lagi oleh pihak pengurusan
yang kondusif selaras dengan Strategi Keempat, Rancangan atau persatuan penduduk rumah berkenaan.

9
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP), Bidang Keberhasilan Utama Negara


(NKRA) iaitu “Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah” dan
“Mempertingkatkan Infrastruktur Asas Luar Bandar”, Kerajaan telah memutuskan beberapa
langkah drastik diambil untuk mengatasi masalah perumahan, khususnya bagi golongan
miskin dan miskin tegar. Antara langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut:

(i) Memberikan bantuan untuk meningkatkan hak milik rumah dengan


menawarkan 44,000 unit rumah kos rendah untuk dijual dan disewa melalui
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Perumahan Negara
(JPN);

(ii) Menyediakan 50,000 unit rumah baru dan dibaik pulih untuk penduduk miskin
dan miskin tegar luar bandar menjelang 2012, dua pertiga daripadanya di
Sabah dan Sarawak;

(iii) Memastikan penerima bantuan yang berkelayakan sahaja menerima bantuan


perumahan. Bakal penerima bagi program perumahan ini dikenalpasti oleh
agensi-agensi peringkat daerah dan negeri serta menerusi portal e-Kasih,
pangkalan data nasional mengenai isi rumah berpendapatan rendah; dan

(iv) Menawarkan bantuan kewangan bagi bayaran muka, yuran guaman dan
pinjaman dengan kadar faedah yang rendah untuk isi rumah berpendapatan
rendah yang bukan penerima atau pembeli rumah kos rendah yang
disediakan oleh Kerajaan.

10
Dasar Perumahan Negara
National Housing Policy

11
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

12
Dasar Perumahan Negara
National Housing Policy

Dalam memenuhi keperluan ini, faktor-faktor seperti


kemampuan pembeli, kos pembangunan dan harga jualan
sentiasa mempengaruhi permintaan dan penawaran sektor
perumahan. Berasaskan kepada kedudukan semasa,
pembangunan perumahan banyak tertumpu di kawasan
bandar dan pinggir bandar yang padat dengan penduduk
di mana keupayaan pembeli adalah lebih tinggi dan pasaran
perumahan adalah lebih meluas. Namun, bagi memenuhi
keperluan perumahan masa kini, terutamanya bagi golongan
berpendapatan rendah dan sederhana, Kerajaan dan pihak
swasta haruslah memainkan peranan masing-masing untuk
memenuhi tanggungjawab sosial kepada rakyat.

Bagi pelaksanaan pemajuan perumahan oleh pihak swasta,


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
sentiasa mengambil tindakan pemantauan dan penguatkuasaan
di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan)
1966 [Akta 118] untuk memastikan projek-projek berjalan
lancar dan disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan.

13
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

KEPERLUAN
Dasar Perumahan Negara

14
Dasar Perumahan Negara
National Housing Policy

Dasar Perumahan Negara (DRN) dijadikan


hala tuju dan asas dalam perancangan
dan pembangunan sektor perumahan oleh
semua kementerian, jabatan dan agensi
yang berkaitan di peringkat persekutuan,
negeri dan tempatan serta pihak swasta.

15
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

ISU-ISU DAN CABARAN


Dasar Perumahan Negara

Bagi memastikan sektor perumahan dalam negara mencapai


pembangunan yang sihat dan terus meyumbang secara
positif kepada pertumbuhan ekonomi negara, pelbagai isu
dan cabaran berkaitan perumahan perlu ditangani dengan
berkesan. Antara isu-isu utama yang dikenalpasti ialah:

(i) Kualiti rumah yang dibina;

(ii) Projek perumahan terbengkalai;

(iii) Kemampuan serta aksesibiliti rakyat


untuk membeli atau menyewa rumah
yang disediakan;

(iv) Permintaan yang melebihi penawaran


bagi rumah kos rendah dan kos
sederhana;

(v) Pembangunan PRMM di lokasi yang


tidak strategik; dan

(vi) Isu pengagihan PRMM.

16
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Bagi menangani isu-isu perumahan ini secara menyeluruh, DRN dapat dijadikan
sebagai asas bagi memandu, mengurus dan menyelaras perancangan dan
pembangunan sektor perumahan agar lebih efisien dan sistematik. DRN digubal
dengan tujuan untuk memastikan sektor perumahan dapat mengatasi cabaran-
cabaran yang sedang dan akan dihadapi, serta terus menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi negara pada masa akan datang. Cabaran-cabaran tersebut
antaranya adalah seperti berikut :

(i) Penyediaan PRMM masih tidak mencukupi

Pada umumnya, penyediaan rumah oleh sektor swasta telah


dapat memenuhi keperluan golongan berpendapatan tinggi.
Walau bagaimanapun, keperluan perumahan untuk golongan
berpendapatan rendah dan sederhana termasuk orang kelainan
upaya (OKU), warga emas, ibu tunggal dan golongan setinggan
masih belum mencukupi.

Berasaskan permohonan melalui Sistem Pendaftaran Terbuka


(SPT) Berkomputer yang dikendalikan oleh KPKT bagi tempoh
1 Januari 2009 sehingga 31 Ogos 2010, seramai 20,426
orang telah mendaftar untuk memiliki rumah kos rendah di
seluruh negara. Di samping itu, bancian oleh Kerajaan-kerajaan
Negeri sehingga 30 Jun 2010 pula menunjukkan seramai
90,282 keluarga setinggan yang masih belum dipindahkan dan
ditempatkan semula.

18
(ii) Kualiti pembinaan yang rendah

Walaupun pada umumnya kebanyakan rumah yang


didirikan telah mencapai tahap kualiti minimum
yang ditetapkan, masih terdapat pemajuan yang
kurang berkualiti. Penggunaan bahan binaan yang
tidak berkualiti dan kekurangan tenaga mahir dalam
bidang pembinaan merupakan antara faktor utama
yang menyebabkan rumah-rumah yang didirikan
kurang berkualiti serta tidak mengikut piawaian.
Penggunaan teknologi pembinaan terkini yang
masih rendah dan kebergantungan kepada tenaga
kerja asing yang kurang mahir dan murah turut
menjejaskan kualiti pembinaan rumah.
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

(iii) Kelemahan dalam memastikan pelaksanaan


dan pematuhan sistem penyampaian
perkhidmatan berkaitan perumahan

Sebelum sesuatu projek perumahan


dimulakan, ianya perlu melalui proses
permohonan dan kelulusan di peringkat
pejabat tanah dan PBT. KPKT berperanan
untuk mengeluarkan lesen pemajuan
perumahan serta permit iklan dan jualan
selepas kelulusan kebenaran merancang
dan kelulusan pelan bangunan diperolehi
daripada PBT. Jika berlaku kelemahan dalam
mana-mana peringkat kelulusan, seluruh
proses pemajuan akan lewat dilaksanakan.

20
Dasar Perumahan Negara
National Housing Policy

(iv) Kelemahan kawalan, pemantauan dan penguatkuasaan

Terdapat beberapa undang-undang yang terpakai dalam cadangan


pemajuan untuk melaksanakan projek perumahan. Ini termasuklah
Kanun Tanah Negara 1965 (KTN), Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan
dan Pelesenan) 1966 [Akta 118], Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta
171], Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172], Akta Jalan,
Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133] dan peraturan-peraturan tanah di
negeri-negeri. Keperluan pematuhan kepada semua aspek perundangan
dan peraturan ini amat penting untuk difahami dan diikuti bagi
memastikan pelaksanaan projek perumahan dibuat mengikut kelulusan
yang diberikan. Walau bagaimanapun, masih terdapat kekurangan dan
kelemahan pelaksanaan, pemantauan dan penguatkuasaan.

Dari segi pembinaan PRMM, terdapat pelbagai agensi dan badan-badan


tertentu yang terlibat termasuklah Syarikat Perumahan Negara Berhad
(SPNB), badan-badan berkanun, Perbadanan Pembangunan Ekonomi
Negeri (SEDC) dan agensi lain yang berkaitan. Penyelarasan di kalangan
agensi-agensi ini adalah perlu supaya pembinaan dan pengagihan unit-
unit rumah mengikut negeri dapat dilaksanakan dengan lebih terancang,
sistematik dan seimbang. Dalam hubungan ini, DRN mencadangkan
supaya peranan dan kerjasama kesemua agensi dan badan-badan yang
terlibat dipertingkatkan.

21
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

(v) Masalah pelaksanaan kuota PRMM

Para pemaju perumahan terikat kepada syarat-syarat menyediakan PRMM mengikut


kuota yang ditetapkan oleh Kerajaan-kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, dari
segi pelaksanaan, penetapan kuota didapati tidak seragam dan tidak konsisten
antara negeri-negeri. Para pemaju perumahan pula lebih berminat sekiranya
mereka tidak menanggung bebanan membina PRMM kerana kos pembinaannya
perlu disubsidi daripada penjualan rumah harga sederhana dan tinggi. Di samping
itu, disebabkan siling jualan bagi PRMM telah ditetapkan, penjualan unit-unit PRMM
ini tidak memberi pulangan yang memuaskan.

(vi) Peningkatan tahap kemampanan sektor perumahan

Pada masa sekarang, walaupun terdapat usaha yang dilakukan untuk


mempertingkatkan tahap kemampanan sektor perumahan, namun keperluan
untuk memperkemaskannya perlu diteruskan dalam konsep pembangunan yang
seimbang. Dari aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk memantapkan
kualiti dan standard pembinaan perumahan, DRN memberikan penekanan
terhadap penggunaan teknologi dan peralatan terkini seperti penggunaan kaedah
Sistem Pembinaan Berindustri (IBS) serta menggalakkan perkongsian teknologi
dan kepakaran dari luar negara.

22
Dasar Perumahan Negara
National Housing Policy

(vii) Persekitaran dan kemudahan sosial


yang kurang kondusif

Sebilangan kawasan perumahan


didapati tidak mempunyai kemudahan
sosial dan perkhidmatan asas
yang lengkap seperti kemudahan
pengangkutan, keselamatan dan
penyenggaraan. DRN mencadangkan
supaya pemajuan perumahan turut
memberi penekanan terhadap
peningkatan tahap kemudahan sosial,
perkhidmatan asas dan persekitaran
yang kondusif. DRN juga menyarankan
supaya program-program kejiranan bagi
menangani isu-isu sosial, keselamatan
awam dan pemuliharaan alam sekitar
juga dipertingkatkan.

23
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

MATLAMAT
Dasar Perumahan Negara

24
Dasar Perumahan Negara
National Housing Policy

Menyediakan perumahan yang


mencukupi, selesa, berkualiti dan
mampu dimiliki bagi meningkatkan
kemapanan hidup rakyat.

25
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

OBJEKTIF
Dasar Perumahan Negara

Objektif 1
Menyediakan Perumahan yang
Mencukupi dan Berkualiti dengan
Kemudahan yang Lengkap dan
Persekitaran yang Kondusif;

Objektif 2
Meningkatkan Keupayaan dan
Aksesibiliti Rakyat bagi Memiliki
atau Menyewa Rumah; dan

Objektif 3
Menetapkan Hala Tuju
26 Kemampanan Sektor Perumahan.
Dasar Perumahan Negara
National Housing Policy

27
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

28
Dasar Perumahan Negara
National Housing Policy

TERAS DAN PERNYATAAN


Dasar Perumahan Negara

Bagi mencapai objektif-objektif yang ditetapkan, DRN digubal


berasaskan kepada enam (6) teras dan dua puluh (20) pernyataan
dasar.

Teras 1:
Penyediaan Perumahan yang Mencukupi Mengikut
Keperluan Khusus Golongan yang Memerlukannya

Teras 2:
Peningkatan Kualiti dan Produktiviti Pembinaan
Perumahan

Teras 3:
Peningkatan Keberkesanan Pelaksanaan dan
Memastikan Pematuhan Kepada Sistem
Penyampaian Perkhidmatan Berkaitan Perumahan

Teras 4:
Peningkatan Keupayaan Rakyat Bagi Memiliki Rumah
Serta Memperbaiki Akses Kepada Penyewaan Rumah

Teras 5:
Pemampanan Sektor Perumahan

Teras 6:
Peningkatan Tahap Kemudahan Sosial, Perkhidmatan
Asas dan Persekitaran yang Berdaya Huni (Liveable)

29
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

30
Dasar Perumahan Negara
National Housing Policy

31
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

TERAS 1:
Penyediaan Perumahan yang Mencukupi Mengikut
Keperluan Khusus Golongan yang Memerlukannya

Rumah merupakan keperluan asas dan selaras dengan “shelter for all”, Kerajaan
komited dalam memastikan bahawa semua rakyat mampu memiliki atau
menyewa rumah. Walau bagaimanapun, keperluan perumahan untuk golongan
yang berpendapatan rendah, iaitu golongan yang mempunyai pendapatan isi
rumah kurang daripada RM2,500 sebulan masih belum mencukupi.

Oleh itu, Kerajaan dan pihak swasta perlu meneruskan usaha penyediaan
Perumahan Rakyat Mampu Milik (PRMM) untuk disewa atau dibeli oleh semua
golongan rakyat, termasuk orang kelainan upaya (OKU), warga emas serta ibu
tunggal. Pelaksanaan rumah-rumah kos sederhana oleh pihak swasta juga
digalakkan bagi memenuhi keperluan golongan berpendapatan sederhana,
iaitu golongan yang mempunyai pendapatan isi rumah antara RM2,500 hingga
RM3,999 sebulan.

32
Dasar Perumahan Negara
National Housing Policy

Tiga pernyataan dasar adalah seperti berikut:

DRN 1.1: Peningkatan peranan agensi-agensi Kerajaan di peringkat


negeri selain daripada Kerajaan Persekutuan dan pihak
swasta dalam meneruskan usaha penyediaan PRMM
untuk disewa atau dimiliki;

DRN 1.2: Penyediaan perumahan untuk semua golongan


rakyat terutamanya rumah kos rendah bagi golongan
berpendapatan rendah dan menggalakkan penyediaan
rumah kos sederhana untuk golongan berpendapatan
sederhana; dan

DRN 1.3: Kerajaan Negeri diberi fleksibiliti dalam penentuan kuota


Rumah Kos Rendah (RKR) yang perlu dibina dalam projek
pemajuan bercampur mengikut kesesuaian lokasi dan
permintaan.

33
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

TERAS 2:
Peningkatan Kualiti dan Produktiviti Pembinaan Perumahan

Walaupun pada umumnya kebanyakan rumah yang didirikan


telah mencapai tahap kualiti minimum yang ditetapkan, masih
terdapat pemajuan yang tidak mematuhi piawaian yang
ditetapkan dan menyebabkan kualiti pembinaan rumah adalah
rendah. Penggunaan bahan binaan yang tidak berkualiti dan
kekurangan tenaga mahir dalam bidang pembinaan serta
kebergantungan kepada tenaga kerja asing yang tidak terlatih
juga merupakan antara faktor utama yang menyebabkan rumah
yang didirikan kurang berkualiti serta tidak mengikut piawaian.

DRN menggariskan usaha-usaha untuk meningkatkan kualiti


dan produktiviti pembinaan perumahan dengan menggalakkan
penggunaan tenaga kerja mahir dan terlatih yang bertauliah,
penggunaan piawaian kualiti minimum pembinaan dan
penggunaan bahan-bahan binaan tempatan yang berkualiti.

34
Dasar Perumahan Negara
National Housing Policy

Tiga pernyataan dasar adalah seperti berikut:

DRN 2.1: Penggunaan tenaga kerja mahir dan terlatih yang bertauliah
bagi kerja-kerja pembinaan bangunan bagi meningkatkan
kualiti rumah melalui sistem akreditasi yang telah diiktiraf;

DRN 2.2: Penetapan standard kualiti dan spesifikasi minimum


perumahan; dan

DRN 2.3: Peningkatan penggunaan bahan-bahan binaan tempatan.

35
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

TERAS 3:
Peningkatan Keberkesanan Pelaksanaan dan Memastikan
Pematuhan Kepada Sistem Penyampaian Perkhidmatan Berkaitan
Perumahan

Pematuhan kepada semua aspek perundangan dan


peraturan yang berkaitan dengan pemajuan perumahan
adalah amat penting bagi memastikan projek perumahan
dilaksanakan secara teratur, mengikut jadual pelaksanaan
dan spesifikasi yang ditetapkan. Sekiranya undang-
undang, dasar dan peraturan tidak dilaksanakan dengan
berkesan, ianya akan menjejaskan sistem penyampaian
sektor perumahan.

Melalui DRN, penyelarasan dan pelaksanaan dasar


yang melibatkan pelbagai agensi akan dipertingkatkan.
Sementara itu, keupayaan dan kecekapan sistem
penyampaian perumahan juga akan dipertingkatkan
melalui pemantauan, penguatkuasaan undang-undang
yang berkesan dan pelaksanaan kaedah-kaedah baru
yang telah diperkenalkan seperti pelaksanaan Pusat
Sehenti (OSC), Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC)
dan konsep Bina Kemudian Jual (BKJ). Di samping itu,
untuk mengatasi masalah yang dihadapi dalam sektor
perumahan mengenai pembinaan, penjualan dan
penyenggaraan RKR awam, hanya satu agensi Kerajaan
Persekutuan akan dipertanggungjawabkan.

36
Dasar Perumahan Negara
National Housing Policy

Lima pernyataan dasar adalah seperti berikut :

DRN 3.1: Penyediaan, pengemaskinian dan


penguatkuasaan perundangan, peraturan-
peraturan dan garis panduan yang berkaitan
dengan sektor perumahan;

DRN 3.2: Peningkatan sistem penyampaian


perkhidmatan Kerajaan berkaitan dengan
perumahan melalui penyelarasan dasar dan
pelaksanaan yang melibatkan pelbagai agensi;

DRN 3.3: Penggalakan kaedah BKJ dalam sistem


penyediaan perumahan;

DRN 3.4: Peningkatan hubungan dan kerjasama di


kalangan pihak Kerajaan, swasta dan badan-
badan profesional dalam sektor perumahan;
dan

DRN 3.5: Program-program perumahan awam di


peringkat persekutuan dipertanggungjawab-
kan kepada hanya satu agensi persekutuan
yang akan merancang, melaksana, menjual/
menyewa dan menyenggara perumahan
awam. Di peringkat negeri pula, ianya akan
terus dipertanggungjawabkan melalui agensi-
agensi di bawahnya.

37
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

TERAS 4:
Peningkatan Keupayaan Rakyat bagi Memiliki Rumah serta
Memperbaiki Akses Kepada Penyewaan Rumah

Dalam memenuhi keperluan perumahan bagi golongan


berpendapatan rendah dan sederhana, faktor-faktor seperti
kemampuan pembeli, kos pembangunan dan harga jualan
sentiasa mempengaruhi kedudukan permintaan dan penawaran
sektor perumahan. Berasaskan kepada kedudukan semasa,
pembangunan perumahan banyak tertumpu di kawasan bandar
dan pinggir bandar yang padat dengan penduduk di mana
keupayaan pembeli adalah lebih tinggi dan pasaran perumahan
adalah lebih meluas. Bagi mengimbangi keperluan perumahan
masa kini, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah
dan sederhana, pihak Kerajaan dan swasta perlu memainkan
peranan masing-masing untuk memenuhi tanggungjawab
sosial kepada rakyat. Melalui DRN, pendekatan komprehensif
dan menyeluruh diperkenalkan untuk meningkatkan aksesibiliti
rakyat bagi memiliki atau menyewa rumah yang disediakan.

38
Dasar Perumahan Negara
National Housing Policy

Tiga pernyataan dasar adalah seperti berikut:

DRN 4.1: Penentuan paras harga rumah serta


pengawalan terhadap pemilikan dan
penjualan Rumah Kos Rendah (RKR) bagi
tujuan mengelakkan spekulasi;

DRN 4.2: Penentuan kadar sewa RKR awam yang


realistik; dan

DRN 4.3: Menyedia dan mempertingkatkan


kemudahan pembiayaan untuk membeli
rumah bagi golongan berpendapatan
rendah.

39
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

TERAS 5:
Pemampanan Sektor Perumahan

Melalui DRN, usaha untuk meningkatkan kemampanan sektor


perumahan dilaksanakan melalui pelbagai usaha oleh pihak Kerajaan
dan pihak swasta. Antara perkara yang diberi penekanan ialah
pelaksanaan pembangunan yang seimbang dan penggunaan
konsep pemajuan dan pembinaan rumah yang mesra alam dengan
penggunaan teknologi dan inovasi baru. Penekanan diberikan
terhadap pelaksanaan konsep teknologi hijau (green technology) yang
dapat membantu memelihara alam sekitar dalam konteks kecekapan
penggunaan tenaga dan sumber, khususnya dalam reka bentuk
bangunan, penggunaan bahan-bahan kitar semula dan pembangunan
bangunan pintar (smart building). Secara tidak langsung, ini akan
meningkatkan lagi kualiti kehidupan di samping memelihara alam
sekitar.

Tiga pernyataan dasar adalah seperti berikut:

DRN 5.1: Peningkatan penggunaan teknologi


baru, inovasi dan penyediaan
perumahan yang mesra alam;

DRN 5.2: Peningkatan usaha penyelidikan dan


pembangunan (R&D) dalam sektor
perumahan; dan

DRN 5.3: Penggalakan pembaharuan bandar


(urban renewal) dan pembangunan
semula bangunan lama selaras
dengan matlamat Kerajaan
bagi tujuan pemuliharaan dan
pemeliharaan.

40
Dasar Perumahan Negara
National Housing Policy

41
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

TERAS 6:
Peningkatan Tahap Kemudahan Sosial, Perkhidmatan Asas
dan Persekitaran Yang Berdaya Huni (Liveable)

Sebilangan kawasan perumahan didapati masih belum dilengkapi


dengan kemudahan sosial dan perkhidmatan asas yang
sempurna seperti kemudahan pengangkutan, keselamatan dan
penyenggaraan. Memandangkan perumahan adalah aspek yang
penting bagi membentuk kesejahteraan rakyat dan masyarakat
bersepadu, DRN mencadangkan supaya selain menyediakan
perkhidmatan asas, pendekatan perancangan pembangunan yang
seimbang hendaklah diamalkan dengan memasukkan elemen
kemudahan sosial, pembentukan persekitaran yang kondusif serta
berdaya huni (liveable) termasuk pelaksanaan konsep Bandar
Selamat dan pembangunan komuniti (community building).

42
Dasar Perumahan Negara
National Housing Policy

Tiga pernyataan dasar adalah seperti berikut :

DRN 6.1: Penyediaan perumahan yang lengkap dan


pembangunan yang mampan dengan kemudahan
dan perkhidmatan asas mengikut piawaian dan
keperluan semasa serta keperluan-keperluan sosial
bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif;

DRN 6.2: Pemantapan mekanisme pengurusan dan


penyenggaraan bangunan berstrata dan harta
bersama yang efisien; dan

DRN 6.3: Pelaksanaan konsep Bandar Selamat yang berkaitan


dengan kawasan perumahan.

43
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

44
Dasar Perumahan Negara
National Housing Policy

45
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

SINGKATAN

Akta 118 : Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan


Pelesenan)1966

Akta 133 : Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974

Akta 171 : Akta Kerajaan Tempatan 1976



Akta 172
: Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976

BKJ : Bina Kemudian Jual

CCC : Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan

DBKL : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

DRN : Dasar Perumahan Negara



GTP : Program Transformasi Kerajaan

IBS : Sistem Pembinaan Berindustri



IPT : Institusi Pengajian Tinggi

JPN : Jabatan Perumahan Negara

KDNK : Keluaran Dalam Negeri Kasar

KPKT : Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

KTN : Kanun Tanah Negara 1965



NGO : Badan-Badan Bukan Kerajaan

NKRA : Bidang Keberhasilan Utama Negara

OKU : Orang kelainan upaya

OSC : Pusat Sehenti (One Stop Center)

PBT : Pihak Berkuasa Tempatan

PRMM : Perumahan Rakyat Mampu Milik

R&D : Penyelidikan dan pembangunan



RKR : Rumah Kos Rendah

RMK-10 : Rancangan Malaysia Kesepuluh

46 SEDC : Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri

SPNB : Syarikat Perumahan Negara Berhad

SPT : Sistem Pendaftaran Terbuka
Dasar Perumahan Negara
National Housing Policy

47
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

48
Dasar Perumahan Negara
National Housing Policy

49
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

PENGHARGAAN

Jabatan Perumahan Negara (JPN), Kementerian Perumahan


dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat sama ada di peringkat persekutuan, negeri dan
tempatan dalam memberikan kerjasama dan sumbangan bagi
menjayakan penyediaan Dasar Perumahan Negara (DRN).
Penghargaan juga ditujukan khas buat wakil-wakil daripada
Badan-Badan Profesional, Institusi Pengajian Tinggi, Badan-
Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan individu yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam penyediaan DRN ini.

50

Anda mungkin juga menyukai