Anda di halaman 1dari 13

SHEIKH DAUD BIN ABDULLAH AL FATANI:

SUMBANGANNYA DALAM PENDIDIKAN ISLAM DI PATTANI

(Sheikh Daud Bin Abdullah Al Fatani:


Contribution In Islamic Education In Pattani)

Oleh:
Saref Masae*
Faisal @ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid**

Abstrak

Sheikh Daud merupakan ulama Islam terkenal, guru yang berdedikasi, seorang
pengarang prolifik (terutamanya dalam bidang fiqh) dan hafiz antara tahun
1133H-1265H/1847M). Beliau dilahirkan di Keresik Patani di selatan
Thailand dan anak kepada Syeikh Wan Abdullah bin Sheikh Wan Idris Al
Fatani. Beliau juga merupakan seorang ulama terkenal yang terlibat secara
aktif sebagai Sheikhh Jawi pertama untuk haji di Mekkah. Selain itu, beliau
beberapa tahun belajar dan menjaani latihan sebagai pelajar ilmu Islam di
Patani, Malaysia, Indonesia dan Mekkah. Sejak zaman kanak-kanak, dia telah
dilihat mempunyai potensi akademik yang besar dan terkenal dengan
kehebatan cepat belajar dalam semua bidang. Akhirnya beliau menjadi
seorang guru (pendidik), penterjemah dan seterusnya seorang penulis yang
diberi ilmu pengetahuan oleh Allah sebagai asas untuk beliau menjadi salah
seorang ulama’ yang paling ternama di Asia Tenggara. Beliau telah diberi
penghormatan oleh masyarakat Asia Tenggara dengan pengetahuannya dalam
Al-Quran, Fiqh dan hadith serta menjadi cemerlang dan mendapat pujian
dalam kepimpinan. Beliau telah dapat melatih dan mendidik banyak orang
untuk menjadi pengikutnya. Dia juga mempunyai peluang dan penghormatan
yang jarang berlaku untuk mengaitkan dirinya dengan Sheikh Mohd Salleh
Abdur Rahman, seorang ulama syariat dan Haqiqat serta guru di Masjidil
Haram. Sheikh Daud bin Abdullah Al Fatani adalah seorang yang beriman
dan kekal kecemerlangan sepanjang hayat mengenai pengetahuan asas Islam,
menyebarluaskan beberapa pendidikan, pengajaran dan prinsip-prinsip yang
masih relevan dalam sistem pendidikan universal kontemporari pembelajaran.
Analisis yang terperinci mengenai latar belakang biografinya, sumbangan
akademik di rantau Asia Tenggara, khususnya dalam bidang pembelajaran,
pengajaran ilmu Islam dan yang paling penting karya-karya sastera beliau.

Kata kunci: Pendidikan Islam, Falsafah Pendidikan Islam, Ulama, Kitab-


kitab pengetahuan Islam.

*
Calon Ijazah Tinggi, Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
**
Pensyarah Kanan, Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Jurnal al-Muqaddimah Bil. 2 (2) 2014, 102-114

Abstract

This renowned Islamic ulama’ or ulema was a dedicated teacher, a prolific


author (primarily in the area of fiqh) and hafiz between 1133H-
1265H./1847M.) Born in Keresik Patani in Southern Thailand, the son of the
Syeikh Wan Abdullah bin Sheikh Wan Idris Al Fatani a well-known ulama
family.He was actively involved as the first Jawi Sheikh for Haj in Mekkah,
besides being for several years of studying and training as a student of Islamic
discipline in Patani, Malaysia, Indonesia and Mekkah. Since childhood, he has
been observed to have a great academic potential and prowess to be a highly
successful learner.Subsequently he become a teacher (an educator), a
translator and finally a writer which over the years had helped him to become
one that Allah has granted knowledge as the foundation for him to be one of
the most reputable ulamas’in South East Asia.It was basically with his
knowledge of the Qur’an, Fiqh and hadith that he has been honoured by his
South East Asian community, became excellent and achieve distinction in
leadership and followership.He has been able to train and educate many to
become his followers. He also had the rare opportunity and honor to associate
himself with Sheikh Mohd Salleh Abdur Rahman, a Syariat dan Haqiqat
scholar and teacher in Masjidil Haram. Sheikh Daud bin Abdullah Al Fatani is
a staunch believer and par excellence of a life-long learner of Islamic
fundamental knowledge, besides promulgating several educational, teaching
and learning principles which are still relevant in the contemporary universal
education system. The concentration of the ensuing analysis and synthesis of
his biography, his scholastic contribution in the South East Asian region,
particularly in the realm of learning, teaching of Islamic knowledge and his
most importantly his literary works.

Keywords: Islamic Education, Philosophy of Islamic education, Ulama, Books


on Islamic knowledge.

Sejarah Kehidupan

Sheikh Daud bin Abdullah Al Fatani nama penuhnya ialah Al Alim Allamah Al Arif Ar-
Rabbani Syeikh Wan Daud bin Sheikh Wan Abdullah, juga dikenali sebagai “Syeik Daud
Wali Allah”atau “Sheikh Daud Keramat”, begitu tersohor kerana alimnya,sebagai ulama‟
terulung peringkat Asia Tenggara.1

Beliau dilahirkan di Kampong Kerisik di Patani Selatan Thailand.Tarikh kelahiran beliau


yang tersahih ialah pada 1133H.dan wafat di Taif Arab Saudi dalam tahun 1847M. Ulama‟
bermaksud “orang yang alim dan berilmu mendapat kedudukan yang tinggi disi Allah SWT.
Ia bukan sahaja membawa ilmu yang tinggi serta beramal dengan ilmunya bahkan
mempunyai peribadi yang utuh ketika berinteraksi dengan masyarakat” Tetapi seseorang itu
bukan dikatakan alim kerana ia banyak mengafal hadis tetapi yang banyak khasyyah atau
takut kepada Allah. Golongan ulama perlu memperkasa pegangan umat terhadap akidah dan
nilai-nilai budaya Islam.2

1
Mohd Salleh Abdul Razak, Wasiat Sebelum Bergelar Ulama (Kuala Lumpur: Telaga Biru, 2011), xii.
2
H.M.W Saghir Abdullah Syeik Daud bin Abdullah Al Fatani: Ulama’Ulung dan Pengarang Terulung Asia
Tenggara (Shah Alam: Penerbitan Kizbi, 1990), 9.

103
Sheikh Daud Bin Abdullah Al Fatani: Sumbangannya Dalam Pendidikan Islam Di Pattani

Beliau berketurunan dari Sheikhh Wan Idris datuknya, ayahnya Sheikh Wan Abdullah dan
ibunya Wan Fatimah juga daripada keluarga ulama‟ besar untuk zamannya, dengan darah
keturunan Arab dan Jawi. Dari kecil lagi bakat beliau begitu terserlah untuk menjadi pelajar
yang berjaya sebagai asas untuk menjadi ulama‟ terulung dirantau Asia Tenggara. Dengan
adanya usaha tambahan bimbingan dari keluarga, disamping berusaha belajar sepanjang hayat
daripada pelbagai guru, tempat, bidang, mengajar dan juga menulis, Sheikhh Daud dapat
membentuk dirinya untuk menjadi ulama‟ yang tersohor hingga mendapat gelaran “AL‟ALIM
ALLAMAH AL ARRIF AR RABBANI‟ (AL‟ALIM ALLAMAH AL ARRIF AR
RABBANI‟.Panggilan ini untuk Sheikhh Daud memang sesuai baginya.3

Beliau pada mulanya menerima pendidikan agama Islam melalui sistem sekolah pondok di
Patani, kemudiannya meneruskan pengajiannya di Mekkah, Medina dan juga Aceh. Kejayaan
pembelajarannya telah menepati salah satu syarat atau gelagat untuk menjadi ulama yang
ternama. Selain daripada itu beliau meningkatkan kejayaannya menjadi guru (pendakwa),
berjaya mempengaruhi sistem pentadbiran Islam di peringkat negeri Kelantan dan Riau,
berjihad dengan pena (sebagai penterjemah dan penulis) dan menentang pemerintahan kafir
ditanah tumpah darahnya iaitu Patani. Beliau berjaya menjadi salah seorang umat yang
terpilih dan berjaya memimpin umat manusia pada zamannya. Dengan pengenalan ini
bahagian seterusnya akan mengupas secara menyeluruh sumbangan Sheikh Daud Abdullah Al
Fatani.4

Sumbangan

Istilah sumbangan ialah apa sahaja yang bernilai tinggi yang diberikan kepada individu,
kumpulan atau lebih meluas kepada masyarakat umum oleh seseorang. Sumbangan yang
bernilai tinggi dan bitara itu akan menjadi ikutan, panduan, wawasan dan warisan dizamannya
dan sepanjang zaman terutama di Asia Tenggara khasnya Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI)
di Nusantara. Bahkan penulisan Sheikh Daud (masih ada yang belum pernah dicetak) terus
diterbitkan hingga sekarang.5

Istilah sumbangan ialah apa yang diberikan oleh Sheikh Daud sama ada dari segi (melalui
kitab-kitab Usuluddin) tertentu tentang pendidikan dan konsep ilmu khasnya tatasusila
menuntut ilmu.

Sumbangan pertama ialah dari peringkat pemikiran sebagai ahli fikir (Mufakkir), Sheikh
Daud telah mengutarakan beberapa prinsip umum tentang pendidikan melalui penulisan dan
amalannya. Pertama ialah prinsip belajar dahulu sebelum hendak mengajar. Sistem belajar
juga perlu mantap yang bermaksud belajar dari beberapa tokoh guru, tempat, masa dan juga
bidang agama dan ilmu dunia. Istilah „berguru‟ untuk menjadi alim, daripada beberapa tempat
telah beliau amalkan tanpa jemu-jemu, bersikap proaktif dan inilah satu panduan penting
kepada kita yang hendak menjadi ulama‟atau ilmuan.6

Kedua ialah kefahaman dari pembelajaran yang mantap, barulah kita mampu menjadi guru
yang dapat menghasilkan anak didik yang berwibawa. Beliau telah dapat membentuk ramai
anak didiknya hingga menjadi ulama‟ yang mencontohinya. Prinsip kedua ialah guru adalah

3
Ibid. 26.
4
Ibid. 25.
5
Haji Wan Mohd Shagir Abdullah Koleksi Karya Ilmiyah Mengenai Kitab Melayu Jawi’ Dalam Jurnal Dewan
Bahasa (1990-1991) (Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah, 1995), 62.
6
Mohd Salleh Abdul Razak Wasiat Sebelum Bergelar Ulama, xiii.
Jurnal al-Muqaddimah Bil. 2 (2) 2014, 102-114

contoh atau icon bukan „cakap lain buat lain‟ walaupun ulama itu adalah pewaris para nabi
Mereka jua manusia biasa yang ada kelemahannya.7

Beliau mempunyai pegangan hidup atau sekarang sering disebut sebagai falsafah tentang
pendidikan Islam khususnya Beliau sangat kukuh pegangannya tentang semua orang Islam
perlu mempelajari ilmu fardu ain, tauhid terlebih dahulu sebagai teras kepada pendidikan
terutama anak-anak mereka.8

Falsafah beliau tentang pendidikan ialah ilmu fardu ain iaitu yang wajib perlu dipelajari untuk
mengesahkan I‟tiqad dan ibadah seseorang Ilmu fardu ain ini adalah asas kepada semua umat
Islam.Dengan itu Sheikh Daud telah mengasaskan falsafah pendidikan teras selain daripada
teori dan konsep pendidikan

Falsafah pendidikan iaitu axiologi atau nilai dalam pembelajaran ialah belajar „dalam banyak
bidang‟kerana semua ilmu itu berkaitan diantara satu sama lain dan untuk menjadi ulama
yang berwibawa. Beliau juga berpegang kepada konsep bahawa belajar juga boleh
berlangsung daripada orang yang lebih muda umurnya. Ada masanya belajar daripada lebih
tua itu juga baik.9

Pembelajaran yang berkualiti ialah daripada ramai mahaguru atau imam yang mu‟tabar dan
berlainan mazhab (beliau penganut Mazab Syafi) juga dapat memberikan ilmu yang lebih
lengkap (termasuk ilmu duniawi iaitu Ushuluddin falak, matematik dan kedoktoran), asalkan
Ahlus Sunnah wal Jamaah tetap. Seterusnya beliau berpendapat bahawa „apabila negara tidak
berdasarkan hukum Islam adalah negara kafir. Ini adalah bukan satu sumbangan pemikiran
beliau sebagai manusia tetapi satu yang wajib diberitahu dan diperintahkan.10

Tentang pendidikan beliau menegaskan kepada tiga tahap dan tiga tahap ini telah digunakan
oleh beliau untuk menjadi ulama yang tersohor. Pertama ialah belajar atau mengaji dan lebih
baik selepas mengaji atau belajar ialah mengajar atau berdakwa. Tahap ketiga yang lebih
tinggi ialah menunjukkan kepada orang yang jahil melalui amalan (termasuk menulis) yang
baik dan yang memberi manfaat kepada agama.Tiga tahap pendidikan yang tertib ini sangat
penting untuk individu terutama ulama, mahupun masyarakat dan ianya adalah asas untuk
membina tamaddun agong manusia. Kekuatan ulama ialah ialah ilmu, iman dan amal yang
dijalin secara bersepadu termasuk langkah atau perlakuannya.Langkah ulama ialah langkah
Rasullullah.Setiap langkah ulama akan menjadi ikutan oleh manusia. Dengan itu ulama
sebagai pewaris nabi perlu berwaspada semasa memimpin manusia.

Proses pendidikan seseorang terutama ulama, perlu melalui proses belajar sebanyak mungkin
dari sumber dan guru seramai mungkin;menjadi guru atau pendidik dengan menubuhkan
madrasahnya (seperti Sekolah Pondoknya sendiri) dan menjadi pengarang untuk menyebarkan
pemikirannya.

Teori pendidikan bermula daripada peringkat yang wajib kepada yang harus atau pelengkap.
Kita wajib mencapai kesejahteraan dan terhindar daripada sekisa-Nya, selain daripada

7
Ibid, 14.
8
W. M. Saghir Abdullah, Syeik Daud bin Abdullah Al Fatani: Ulama’Ulung dan Pengarang Terulung Asia
Tenggara, 25 & 30.
9
Axiologi: Nilai tertinggi ilmu dan amal ialah menegakkan agama Allah SWT yang diusahakan oleh Sheikh
Daud.
10
Ibid, 38.

105
Sheikh Daud Bin Abdullah Al Fatani: Sumbangannya Dalam Pendidikan Islam Di Pattani

mendapat pahala, keridhaan dan kasihNya. Beliau juga memegang prinsip yang kukuh
terhadap pendidikan iaitu „peranan keluarga dan lingkungan keluarga sendiri‟ sangat penting
dalam memberikan pendidikan awal seseorang anak. Pemikiran ini sudah berkembang hingga
hari ini, yang menekankan bahawa pendidikan dirumah sangat penting terutama pembinaan
sahsiah. Oleh itu ibubapa perlu diberikan pengetahuan untuk mendidik anak-anak mereka
bukan sahaja melepaskannya kepada guru dan sekolah. Program „keibubapaan‟ sudah diakui
sangat penting untuk pendidikan pengkayaan.dan juga pemulihan. Berguru dengan pelbagai
ulama‟ termasuk dari keluarganya sangat penting untuk mengukuhkan budaya ilmu.
Pendidikan dirumah dari peringakat awal kanak-kanak sangat penting untuk menjadi asas
yang kukuh. Sheikhh Daud mendapat pendidikan awal dari ahli keluarga yang juga
berlatarbelakangnya ulama.11

Salah satu aspek falsafah ialah metafizikal iaitu terdapat benda yang zahir, boleh dilihat selain
daripada yang tidak zahir tetapi wujud.Mahluk yang tidak dapat dilihat ialah seperti jin. Ilmu
berkaitan dengan jin dapat dikuasai oleh Sheikh Daud.Ini memberikan kita kefahaman
bahawa ilmu yang kita punyai masih tidak meliputi aspek yang ghaib. Teori dan praktis zikir
dalam Thariqat Syathariyah yang dikaitkan dengan Sheikh Daud menjadikan ia wajar bergelar
ulama selain daripada panggilan-penggilan lain yang hanya berhak digunakan oleh ulama
sepertinya. Falsafah: Metafizik ialah satu cabang falsafah yang sangat rapat dengan hubungan
agama dan keduniaan serta hubungan elemen yang zahir dan tidak zahir.12

Rumusannya falsafah, konsep dan teori ilmu dan menuntut ilmu juga telah dihuraikan oleh
Sheikh Daud termasuk melalui hadith (Bughyatuth Thullab).13

Beliau juga dapat peluang berguru dari keturunan Nabi Muhammad s.a.w seperti yang
senaraikan dimuka surat Pegangan ini serasi dengan salah satu elemen falsafah iaitu
epistemologi, yang bermaksud punca atau teori ilmu.14

Jelasnya jika orang Barat merujuk kepada Jean Piaget sebagai tokoh teori pendidikan
khususnya perkembangan psikologi kognitif, kerana Jean Piaget telah mengasaskan teori
ini.Serupalah juga dengan Sheikh Daud yang mendapatkan punca atau sumber ilmu yang
mutlak iaitu daripada warisan Nabi Muhammad s.w.t. Sepatutnya semua ilmu perlu
mempunyai punca yang mutlak agar kita tidak mengalami masalah dalam pembelajarannya.
Akhirnya kita tidak habis bertelagah sesama sendiri kerana semuanya berasaskan kepada ilmu
akliah semata-mata yang tidak muktamad. Oleh kerana itu proses belajar ada kelemahan dan
perlu diperbetulkan dengan proses belajar semula, belajar baru dan menggantikan apa yang
salah dan yang telah dipelajari.

Menghafal seperti dinyatakan oleh Sheikh Daud memang penting dalam pembelajaran. Teori
belajar memang bermula dengan menghafal sejak berumur lima tahun sebagai tapak peringkat
pembelajaran. Kemahiran teras perlu dikuasai selepas mengenal huruf, menyebutnya dengan
betul dan boleh menulis. Teori belajar ini dipakai hingga hari ini, walapun sudah ada buku,
kemahiran menghafal masih diperlukan.Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget
menyatakan bahawa manusia menguasai ilmu dan kemahiran dalam beberapa tahap umur.

11
H. M. W Saghir Abdullah, Syeik Daud bin Abdullah Al Fatani: Ulama’Ulung dan Pengarang Terulung Asia
Tenggara, 32.
12
Ibid. 50.
13
Ibid. 27.
14
Ibid. 35.
Jurnal al-Muqaddimah Bil. 2 (2) 2014, 102-114

Kemahiran utama dalam belajar peringkat awal mengikut atau imitasi atau asimilasi dan
akomodasi sebelum amalan yang lebih menekankan kepada hafalan.15

Konsep ilmu teras, ilmu wahya dan ilmu akliah (ciptaan manusia) memang penting dalam
kehidupan semua manusia dalam konteks yang tertentu. Hakikatnya kedudukan ilmu wahya
itu tetap lebih tinggi daripada ilmu akliah yang relatif. Pemikiran ini telah disuarakan dengan
jelas, tepat dan benar oleh Sheikhh Daud, walaupun dari pandangan Barat ilmu wahyu
(agama) perlu dipisahkan daripada ilmu duniawi. Hiraki ilmu yang teratas ialah ilmu wahyu
yang terdapat dalam Al Quran dan ilmu akliah iaitu ditahap kedua, dicipta oleh manusia dan
tidak tekal.

Konsep keguruan juga ialah guru juga adalah pelajar iaitu kena belajar daripada anak murid
seperti yang berlaku diantara Sheikh Daud dengan Sheikh Wan Ali bin Ishaq dl Fatani.
Prinsip mengajar-belajar boleh berlaku timbalbalas diantara guru dan pelajar seperti yang
ditegaskan oleh Sheikh Daud. Ini selaras dengan keadaan sekarang apabila ada pelajar yang
lebih berpengetahuan daripada guru dan juga sebaliknya. Untuk menegakkan prinsip
menuntut imu proses dua hala ini perlu dibudayakan dalam pendidikan. Konsep ini selari
dengan konsep Profesion Keguruan yang antara lain guru perlu terus belajar semasa mengajar
(termasuk daripada pelajar terutama jika pelajar itu lebih dewasa dan lebih berpengalaman
daripadanya. Pegangan Sheikh Daud terhadap profesion keguruan memang jelas iaitu belajar
dari pelbagai punca dan sepanjang hayat.16

Teori dan praktis zikir dalam Thariqat Syathariyah oleh Sheikh Daud secara terhad boleh
ditinjau dari segi belajar untuk diamal, bukan setakat mendapat ilmu dan sijil. Amalan itu
adalah praktis termasuk praktis zikir yang lebih peranannya daripada belajar. Beliau telah
menekankan kepada dua peringkat belajar iatu prinsip atau teorinya dan yang lebih penting
ialah amalannya atau praktisnya. Dengan amalan atau praktis,apa yang dipelajar akan lebih
difahami selain daripada senang diingati dan membawa faedah kepada kehidupan. Seterusnya
matlamat „membawa faedah kepada kehidupan‟ ialah manusia yang sudah berilmu akan dapat
melalui kualiti hidupan yang baik dan dengan kaedah yang benar.17

Tokoh Guru adalah konsep yang berteraskan kepada „berapa orang anak murid yang telah
belajar daripadanya dan meneruskan pembelajarannya sebagai guru generasi kedua dan
seterusnya‟ lebih daripada 20 orang anak murid Sheikh Daud yang terkenal pernah belajar
dengan Sheikh Daud bin Abdullah al Fatani. Sebahagian besar bilangannya adalah dari Patani
selain daripada Riau, Minangkabau, Kelantan, Terengganu,Sambas, dan Aceh iaitu daripada
Dunia Melayu Islam di Nusantara. Antara yang terkenal ialah Raja Ali Haji Riau yang tercatat
dalam Sejarah Melayu. Ini menandakan bahawa Sheikh Daud seorang Tokoh Guru bukan
sahaja diperingkat kebangsaan (Patani) bahkan antarabangsa (Kelantan di Malaysia dan di
Mekkah). Beliau juga melalui hubungan yang rapat dengan pelajar, dapat merapatkan
manusia lain (anak kepada pelajar beliau) dengan Sheikh Daud dan ulama lain yang
dididiknya. Rentetan generasi ulama selepas Sheikh Daud tersebar luas di seluruh Asia
Tenggara. Semua generasi ulama ini ibarat „pelita dalam zamannya‟Karya asal yang pelbagai
serta terjemahan bidang membuktikan dan mengesahkan bahawa Sheikh Daud mempunyai
ciri utama sebagai seorang ulama iaitu dalam bidang penulisan.18

15
Piaget, J. and Inhelder, B. (Routledge, London: Memory and Intelligence, 1973).
16
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 h. E 17.
17
H.M.Shagir Abdullah, Sheikh Daud bin Abdullah Al Fatani: Ulama’ dan Pengarang Terulung Asia Tenggara,
27.
18
Ibid. 43.

107
Sheikh Daud Bin Abdullah Al Fatani: Sumbangannya Dalam Pendidikan Islam Di Pattani

Sumbangan kedua terbesar Sheikh Daud ialah dalam bidang pentadbiran. Ilmunya telah
digunakan untuk menasihati Kerajaan Kelantan Sultan Muhammad 1 (1800-1837M.) iaitu
oleh salah seorang anak muridnya bernama Syeik Abdul Halim dari Kelantan. Sumbangan
yang begitu besar dari pindahan ilmunya kepada amalan dalam sektor pentadbiran bukan satu
perkara kecil dan mudah. Allahamdulillah sumbangan ini telah melibatkan lebih ramai
manusia atau seluruh penduduk terutama yang beragama Islam di negeri Kelantan dan
diPatani mendapat nikmat sistem pemerintahan berlandaskan Islam hingga hari
ini.Sumbangan Sheikh Daud dalam bidang ini termasuk di Sambas, Kalimantan Indonesia
menandakan bahawa beliau seorang pemimpin yang tinggi kuasa pengaruhnya. Apabila ia
berjaya mentransformasikan sistem pentadbiran sekurang-kurangnya diperingkat sebuah
negeri tertentu, beliau boleh dilabelkan sebagai pemimpin transformasional yang ada karisma
yang tinggi.

Kepimpinan transformational membawa pengaruh dan juga perubahan. Kepimpinan ulama


seperti dimasa silam dalam pengurusan dan pentadbiran memang jelas dari pengurusan diri
hingga menjadi penasihat dan pengkritik konstruktif kepada pentadbiran atau pengurusan
negeri atau negara. Pengaruh dalam pemerintahan disebar luas lagi oleh anak-anak muridnya
dari Riau apabila pemerintahan mereka menggunakan hukum hakam Islam di Riau Lingga,
Johor dan Pahang dan Alam Melayu. Sumbangan luarbiasa Sheikh Daud dalam bidang ini
tidak dapat diperkecilkan jauh lagi untuk dinafikan.19

Sumbangan ketiga ialah ketokohan keguruannya dibuktikan apabila anak muridnya Syeikh
Abdul Halim memulakan pendidikan pondok di Kelantan di Kota Kubang Labu dan
berpindah ke Kota Lama di Kampong Sireh.Seorang anak muridnya bernama Sheikh Wan
Hassan menjadi pendakwa dan mengajar di Besut Terengganu.20

Sistem Pendidikan Pondok memang begitu penting dan mantap sebelum datangnya penjajah
Inggeris ke Tanah Melayu.Ini menandakan bahawa sistem pendidikan Islam juga boleh
dilabelkan sebagai Sistem Pendidikan Peribumi Melayu Islam telah berjaya mengadakan
sistem pendidikan formal lebih awal dan lebih mantap daripada sistem pendidikan formal
tajaan Inggeris. Apabila Tanah Melayu mencapai Kemerdekaan tahun 1957, barulah mata
pelajaran agama Islam disepadukan dengan kurikulum kebangsaan.Pemikiran ulama‟ Islam
seperti Sheikh Daud tidak mengasingkan ilmu duniawi dan agama kerana pandangan Islam
tentang ilmu ialah ianya perlu disepadukan antara ilmu dunia dan ilmu akhirat. Pandangan
beliau hingga sekarang diteruskan dalam Sistem Pelajaran Kebangsaan Malaysia,sejak
Penyata Razak 1956.21

Sheikh Daud menyedari bahawa melalui pendidikan sahaja, masyarakat Islam khasnya di
Patani dalam mempertahankan Islam sebagai satu cara hidup atau ad-din.

Sumbangan beliau dalam hal ini sedang dimajukan lagi dengan menintegrasikan sistem tradisi
pendidikan pondok dengan unsur moden terutama menggunakan ICT. Pembaharuan atau
pembangunan ini tidak mungkin berlangsung jika asalnya iaitu Sistem Sekolah Pondok (SSP
atau pesantren di Indonesia) tidak dimulakan oleh salah seorang anak murid Sheikh Daud.

19
H. M. Shagir Abdullah Sheikh Daud bin Abdullah Al Fatani: Ulama’ dan Pengarang Terulung Asia
Tenggara, 43.
20
Ibid. 43& 49.
21
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 h. A3.
Jurnal al-Muqaddimah Bil. 2 (2) 2014, 102-114

Dengan adanya SSP ini, pendidikan agama Islam terutama di Kelantan dan Patani (jiran
negeri Kelantan di Bendang Jaya) hingga hari ini menjadi begitu terkenal.22

Sumbangan keempat dan yang paling agong ialah dalam bidang penulisan. Ukurannya bukan
sahaja terletak kepada bilangan buku yang dikarang oleh Sheikh Daud, bahkan kegunaan ilmu
yang ditulisnya hingga ke hari ini sebagai bahan rujukan. Karya asli ini yang tidak dihasilkan
lagi atau nadir ini menjadi khazanah ilmu tentang Islam begitu kaya dan sumbangan Sheikh
Daud dalam hal ini memang dihargai. Mungkin ramai diantara kita boleh menjadi pengarang
sahaja dengan karya yang tidak bertaraf agong iaitu tidak diiktiraf diperingkat kebangsaan
(Malaysia atau Patani sahaja), serantau (Asia Tenggara) dan antarabangsa (dunia
Islam).Mungkin buku kita tidak dijadikan bahan rujukan sepanjang zaman seperti karya
Sheikh Daud.

Salah satu petanda sesebuah negara itu maju ialah jumlah penghasilan buku baru setiap tahun
yang dimuatkan didalam „Bibliografi Negara‟ seperti „Bibliografi Negara Malaysia‟ yang
tidak setebal Bibliografi Negara Amerika Syarikat, Jepun atau mana-mana negara maju
didunia. Sepatutnya jika setiap ilmuan dan ulama‟ Islam di Malaysia dapat menghasilkan
jumlah buku seperti Sheikh Daud, sudah pasti khazanah buku yang terhasil daripada ilmuan
Islam Malaysia akan dapat memenuhi kriteria menjadikannya negara Malaysia sebagai
Negara maju menjelang 2020. Malangnya sebenarnya perkara ini belum berlaku walaupun
teknologi percetakan dan penerbitan sudah begitu canggih kerana hasil penulisan tidak hanya
bergantung kepada alat. Ia lebih bergantung kepada minda atau pemikiran manusia yang
dirakamkan dalam teks.23

Sumbangan luar biasa dalam bidang penulisan Sheikh Daud perlu dijadikan tauladan. Kita
perlu sedari bahawa pada masa Sheikh Daud alat teknologi seperti komputer tidak lagi. Beliau
menulis sebahagian besar bukunya dengan tulisan tangan sahaja. Beliau menulis dengan
ikhlas bukan semata-mata mencari pulangan kewangan.Inilah ibadah dan ketinggian
profesionalisme beliau untuk dunia pendidikan khasnya dan manusia sejagat amnya.

Karya Asal Sheikh Daud ialah kitab-kitab dan risalah sebanyak 57 (tidak termasuk lain-lain
yang sedang diselidiki) yang jelas dan dicetak dalam Bahasa Arab dan Melayu. Jumlah
penulisan yang banyak dalam pelbagai bidang ilmu Islam, menandakan bahawa Sheikh Daud
begitu komited dalam penulisan. Inilah juga sumbangan beliau yang terbesar dan bernilai
tinggi.

Disediakan disini senarai dan huraian ringkas aspek yang luar biasa seperti ilmu dan
pendapatnya yang bitara. Antara buku dan risalah yang ditulis walaupun dengan tulisan
tangan sahaja kerana tidak lagi mesin taip ialah:

1. Bughyatut Tullab-kitab Fiqah bahagian ibadat


2. As Shaidu Was Zabaaih-hukum penyembelihan, pemburuan, korban,aqiqah dan
hukum binatang yang halal dan haram dimakan
3. Dhiyaaul Murid-metod berzikir menurut Tariqat Satariyah
4. Sifat Dua Puluh (BM)*
5. Manhalus Shafi

22
H.M.Shagir Abdullah, Sheikh Daud bin Abdullah Al Fatani: Ulama’ dan Pengarang Terulung Asia Tenggara,
43.
23
Ibid. 43 & 44.

109
Sheikh Daud Bin Abdullah Al Fatani: Sumbangannya Dalam Pendidikan Islam Di Pattani

6. Qisah Nabi Yusuf (BM) Buku yang paling lengkap tentang Nabi Yusuf pernah ditulis
dalam Bahasa Melayu hingga Sheikh Daud boleh digelar sebagai seorang Sasterawan
Islam Melayu
7. Hikayat laki-laki yang salih (BM)
8. Khafiyat Khatam al Quran (BM) tentang tatacara khatam al-Quran
9. Muzakaratul Ikhwaan (BM) tentang bertaqwa kepada Allah
10. Risaalatus Saail (mengenai sembahyang Jumaat)
11. Kafayatul Mubtadi (ilmu Tauhid dan iman)
12. Muqaddimat Al Kubra (tentang „aqidah)
13. Al Qurbu ila ILah
14. Kifayat al Jawiyat
15. Tanbih al Ghafilin
16. Jinayat al Taktub
17. Ta‟alluq bil Kalimat al Iman
18. Kaifiat Salat Tarawikh (BM) (tarawikh, witir,Tariqat Syathariyah, Thariqat Samaniyah
dn Ziarah Kubur
19. Risalah tentang kelebihan Basmalah (BM) (Fadilat mengamalkan Basmallah dan cara-
cara dan hitungan jumlahnya)
20. Risahal tentang kelebihan Hamdalah (BM) (kelebihan membaca Al Hamdulillah
21. Risalah Jawab Soalan (BM) (Jawapan pertanyaan yang khusus datang dari Patani
22. Kifayat al Muhtaj (1204H) (Kisah Isra‟ dan Mi‟raj Nabi Muhammad s.a.w
23. Idah al Bab (1224H) (tentang nikah kahwin)
24. Najhu al Raghibin (1226H) (tentang Fiqah/Jual beli)
25. Ghayat al Taqrib (1226H) (tentang pembahagian harta pusaka)
26. Bulugh al Maram (1227H) (tentang muqaranah atau niat yang sah untuk sembahyang
menurut Mazhab Syafi‟i
27. Ghayat al Maram (1229H) (tentang mengerjakan haji dan umrah)
28. Al Dur al Thamin (1232H) (Asas-asas tentang kepercayaan Islam atau usuluddin)
29. Tuhfat al Raghibin 11(1243H) (Tentang jenayah)
30. Najhu al Raghibin 11(1234H) (Hukum jual-beli)
31. Masauwaddah (1234H) (Tentang Maulus Nabi Muhammad s.a.w.)
32. Kasyful Ghummat (1238H) (Tentang kematian)
33. Jam‟ul Fawaaid (1239H) (Tentang kelebihan beramal dan berakhlak)
34. Munyatul Musyalli (1242H) (Pelajaran Sembahyang)
35. Hidayatul Muta‟allim (1244H) (Feqah)
36. Fat-Hul Mannan (1249H) (tentang „Aqidah, Tasawuf dan Feqah)
37. Jawaahirus Saniyah (1252H) (Fwqah)
38. Sullamul Mubtadi (1252H) (Feqah)
39. Furuu‟ul Masaail (1254H) (Feqah)
40. Bahjatul Mardhiyyah (1259H) (tentang tatacara seorang Ma‟mum mengikut Imam
dalam sembahyang berjemaah)
41. Al Bahjatul Wardhiyah (1259H)
42. Matnu Hikam li al‟Allamah Ibni Ruslan (Bahasa Arab)
43. Al Tanbih (Bahasa Arab)
44. Qismuz Zakati Bainal Asnaf (1989M) (Tentang membahagi Zakat kepada Asnaf yang
delapan mengikut al Quran)
45. Risalah Syathariyah wa Samaniyah (1989M) (Tentang Thariqat Syathariyah dan
Thariqat Samaniyah)
46. Fatwa Berjual Beli dengan Kafir (BM)
47. Hukum Haid dan Istihadhah (BM) (Perkara haidh dan istihadhah)
Jurnal al-Muqaddimah Bil. 2 (2) 2014, 102-114

48. Nubzah fi Bayan Syurutil Jumu‟ah (Syarat sah mendirikan Juma‟at)


49. Ta‟liqul Latif(Syarat mendirikan masjid)24

Selain daripada tajuk di atas terdapat dokumentasi Karya-Karya Syeik Daud bin Abdullah Al
Fatani yang belum pernah dicetak, menandakan bahawa beliau banyak menulis.

*BM=Bahasa Melayu

Sumbangan kelima ialah karya terjemahan utamanya ialah Tas hiilu Nailil Maraam karangan
Sheikh As Saiyid Asy-Syafif Ahmad al Marzuqi.Senarai berikut adalah judul buku
terjemahan Sheikh Daud yang lainnya.

1. Al Bahjat Saniyah (terjemahan dan syarahan daripada kitab Mahagurunya Sheikh


Ahmad Al Marzuqi tentang ilmu Tauhid)
2. Bidayatul Bidayah
3. Wasaya Al Abrar
4. Bisyaratul Ikhwan
5. Minhajul „Abidin (1240H)
6. Kanzul Minan (1240H)
7. Fawaidul Fikri Immamil Mahdi (1989M)

Karya terjemahan biasanya dihasilkan sebelum seseorang dapat menghasilkan karyanya


sendiri yang dipanggil karya asal.Ada juga pengarang karya asal terus menjadi penterjemah
seperti Sheikh Daud.25

Sumbangan keenam ialah kitab-kitabnya yang disalin oleh pelajarnya seperti Sheikh Wan
Muhammad Zin. Jika karya asal Sheikh Daud disalin dengan kerapnya ini menandakan
bahawa kitab-kitab tersebut memang bernilai tinggi dan besar atau meluas keperluannya.Ini
juga merupakan hasil penulisan yang tidak dapat diganti. Namun begitu kita tidak boleh „rasa
selesa‟ atau nostalgik atau angkuh dengan kecemerlangan ulama silam. Sebaiknya para
ilmuan Islam perlu terus melaksanakan reformasi mengembalikan keagongan budaya
penulisan seperti yang dicapai oleh Sheikh Daud.26

Sumbangan ketujuh ialah anak muridnya Sheikh Ahmad Khatib Sambas diKalimantan
Indonesia mengembangkan Thariqat Qadiriyah dan Naqsyabandiyah di Alam Melayu. Aspek
ini juga merupakan sumbangan penting Sheikh Daud kerana ia menjadi pengasasnya di Alam
Melayu atau Nusantara.27

Dalam semua buku dan makalah yang ditulis,pemikiran Sheikh Daud telah dinyatakan dengan
jelas. Semua pandangan ini berasaskan pandangan Islam. Pandangan-pandangan terdapat
dalam bidang feqah, politik, usuluddin, tasawuf, akhlak, hadith dan beberapa aspek kehidupun
yang lain.

24
H. W. M. Shaghir Abdullah: Sheikh Daud bin Abdullah Al Fatani: Ulama dan Pengarang Terulung Asia
Tenggara, 56.
25
Ibid. 57.
26
Mohd Solleh Abdul Razak, Wasiat Sebelum Dirimu Bergelar Ulama, 131.
27
H. W. M. Shaghir Abdullah: Sheikh Daud bin Abdullah Al Fatani: Ulama dan Pengarang Terulung Asia
Tenggara, 135.

111
Sheikh Daud Bin Abdullah Al Fatani: Sumbangannya Dalam Pendidikan Islam Di Pattani

Sumbangan dalam bidang feqah merupakan sumbangan yang terbesar berasaskan kepada
jumlah buku yang ditulisnya diperingkat yang menyuluruh. Pandangannya dalam bidang ini
dalam karya agongnya berjudul „Bughatut Tullab‟ begitu berpengaruh bukan sahaja di Asia
Tenggara bahkan di Timur Tengah. Kedudukan ini sangat bitara bagi ulama‟dari luar tanah
Arab serta Mazhab lain daripada Mazhab Safi‟i menerima pandangannya.28

Sheikhh Daud juga adalah salah seorang Ulama Melayu selain daripada Abd Samad al
Falimbany dan Muhammad Nafis al Banhjari yang dapat mengadunkan dua aliran yang
dipengaruhi oleh al Ghazaliy dan al Qushayriy.29

Sumbangan kelapan iaitu anak murid Sheikh Daud yang terkenal ialah Sheikh Abdul Qadir
bin Abdur Rahman al Fatani. Beliau mendapat gelaran sebagai „guru sekelian guru ilmu
Tasawuf‟ di Mekah. Salah satu ciri seorang ulama ialah dapat mewariskan ilmunya kepada
anak didik yang terkenal.30

Sumbangan kesembilan dalam bidang politik tidaklah begitu besar bagi Sheikh pemerintah
kafir Siam. Beliau mengeluarkan pandangan bahawa adalah wajib bertaraf faidu ain (jihad fi
sabililah) untuk orang Islam berjuang dan memasukkan gelanggan perang seperti yang beliau
lalui untuk merampas balik tanah airnya (Patani) yang terjajah. Definisi Negara kafir ialah
apabila walaupun negara Islam yang tidak melaksanakan undang-undang Islam,
mencemarkan maruah orang Islam dan lain-lain tindakan yang bertentangan dengan ajaran
Islam.Sheikh Daud dalam hal ini telah melaksanakan jihad politik. Tugasnya ialah sebahagian
daripada usaha menegakkan keadilan dan perababan Islam dalam wilayah Islam (Patani).31

Sumbangan kesebelas ialah pandangan beliau tentang ushulludin ialah melalui penulisan
kitab-kitab beliau terutama “Warduz Zawahir” didapati bilangannya yang terbesar pernah
dihasilkan oleh mana-mana ulama di Alam Melayu juga seperti bidang Fiqah.32

Sumbangan kedua belas ialah ketokohan beliau sebagai penerus penulisan tradisi sufi selepas
beliau cemerlang sebagai penulis dalam bidang Fedah dan Ushuluddin ialah tasawuf terutama
kitabnya Manhal as Safi fi Ramzi Ahli as Sufi. Keahlian Sheikh Daud dalam bidang ini
memang terkenal hingga dilaksanakan seminar bertajuk “Seminar Sufi Peringkat Kebangsaan
Kali Keenam pada 20 hingga 21 Rabiul Akhir 1411/9 November 1990. Dalam seminar
tersebut tajuk yang berkait dengan kepakaran dan sumbangan Sheikh Daud ialah “Tarbiah
Rohaniah Mengikut Syeikh Daud al Fatani” telah dibentangkan oleh Yang Berbahagia Us.
Mohd Othman Al-Muhammady keistemewaan seperti ini bukanlah satu perkara yang biasa.33

Sumbangan ketiga belas ialah pandangan beliau tentang akhlak atau perlakuan atau gelagat
manusia yang sebahagian besar dimuatkan didalam bukunya berjudul „Jam‟ul Fawaid dan
„Hidayatul Muta‟llim, membuktikan bahawa Sheikh Daud juga pakar dalam hal-hal adab dan
hak diperingkat haiwan, manusia individu, kumpulan dan juga masyarakat.34

28
Ibid. 99.
29
Siddiq Fadzil, Islam dan Melayu: Martabat Umat Dan Daulat Rakyat (Kajang: Akademi Kajian Ketamadunan
Kolej Dar al-Hikmah, 2012), 181.
30
H.W.M. Shagir Abdullah, Sheikh Daud bin Abdullah Al Fatani: Ulama’ dan Pengarang Terulung di Asia
Tenggara, 47 & 48.
31
Ibid. 94.
32
H.W.M. Shagir Abdullah: Sheikh Daud bin Abdullah Al Fatani: Ulama’ dan Pengarang Terulung di Asia
Tenggara, 104.
33
Ibid. 104.
34
Ibid. 111.
Jurnal al-Muqaddimah Bil. 2 (2) 2014, 102-114

Sumbangan keempat belas ialah pandangan beliau tentang hadist yang walaupun kurang
dibandingkan dengan sumbangan dalam bidang-bidang diatas, sumbangannya masih dihargai
terutama pada zaman sekarang yang „banyak takwil itu dan ini.35

Sumbangan ketokohan kelima belas beliau ialah sebagai penyiar atau Mursyid utama Thariqat
Syathariyah di Asia Tenggara, sebelum adanya Thariqat Qadiriyah dan Naqsyabandiyah
Tariqat Syathariyah ini berkembang dengan meluas di Pulau Jawa, Champa (Indo China)
Burma dan Malaysia. Tariqat Qadiriyah dan juga Naqsyabandiah yang juga berkembang di
Turki selepas Mustafa Kamal Ataturk memusnahkan Tamaddun Islam di Turki dalam tahun
1924. Sheikh Daud berusaha melalui Tariqat Qadiriyah untuk mengelakkan Alam Melayu
mengalami nasib yang sama seperti diTurki.36

Sebagai penutup tiada waham lagi bahawa Sheikh Daud bin Abdullah Al Fatani adalah tokoh
ulama yang tersohor di Alam Melayu berasaskan kepada sumbangan yang beliau berikan
khasnya penulisannya yang telah diwariskan kepada kita. Mungkin beliau tidak berpeluang
menjadi hakim seperti ulama di Arab Saudi dan UAE., tetapi berpeluang menjadi penasihat
kepada pemerintah, berdakwa dan menulis.

Rujukan

Al Quran, Tafsir Pimpinan Ar Rahman kepada Pengertian al-Quran 30 Juzuk. Penjelasan


diberikan oleh Sheikh Abdullah bin Muhammad Basmeith. (Kuala Lumpur: Darul
Fikir 1968)
Syed Muhammad Naquib Al Attas, Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. (Petaling
Jaya: Angkatan Belia Islam, 1990).
A.Samad Ahmad, Sulalatus Salatin Sejarah Melayu (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1984).
H. M. Shagir Abdullah, Sheikh Daud bin Abdullah Al Fatani: Ulama’ dan Pengarang
Terulung Asia Tenggara (Shah Alam: Penerbitan Hizbi, 1999)
______________ Koleksi Karya Ilmiah Hj. Wan Mohd Shagir Abdullah Mengenai Kitab
Melayu/Jawi. dalam Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka 1990-1991. (Kuala Lumpur:
Khazanah Fathaniyah, 1995)
Bein, Amil, Ottoman Ulema (Turkish Republic: Agents of Change and Guardians of
Tradition, 2011).
Hanita, Meir, Ulama, Politics and Public Sphere: An Egyptian Perspective. ISBN 978-1-
60781-032-2 (2010).
Hamka, Prof. Dr. Hj. Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah, Tafsir al-Azhar (Yayasan
Latimojong: Surabaya ,1984).
Jajat Burhanudin, Islamic Knowledge, Authority and Political Power: The Ulama in Colonial
Indonesia (Jakarta: Sharif Hidayatullah State Islamic University (UIN), 2008)
Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia: Penyata Razak 1956
Malaysia. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

35
Ibid. 116.
36
Mohd Solleh Abdul Razak, Wasiat Sebelum Dirimu Bergelar Ulama, 4 & 11.

113
Sheikh Daud Bin Abdullah Al Fatani: Sumbangannya Dalam Pendidikan Islam Di Pattani

Malaysia. Bibliografi Negara Malaysia


Mohd Solleh Abdul Razak, Wasiat Sebelum Dirimu Bergelar Ulama (Kuala Lumpur: Telaga
Biru, 2011)
Piaget, J. and Inhelder, B. (London, Routledge: Memory and Intelligence, 1973)
Shah Abdul Hannan, “Problems of the Ummah: The Role Ulama and Intellectuals”, Seminar
organized by Central Shariah Board of Islamic Banks of Bangladesh, Dhaka, 2003).
Shaik M. Nur Abdullah, “The Role of Ulama and Fuqaha (Scholars) in Islam. The American
Muslim”. November-December 1991
Siddiq Fadzil, Islam Dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat (Kajang: Akademi
Kajian Ketamadunan, 2012)
Zaman, Muhammad Qasim, The Ulama in Contemporary Islam: Custodians of Change. (NJ:
Princeton University Press, 2002)

Anda mungkin juga menyukai