Anda di halaman 1dari 1

Guru dan cabaran semasa

Pada abad ke-21 ini, negara kita menghadapi isu dan cabaran dalaman serta luaran akibat daripada kesan
globalisasi, liberalisasi dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Informatian and
Communications Technology). Antara cabaran negara adalah untuk membangunkan satu sistem ekonomi yang
berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi bagi menghadapi persaingan dengan negara lain. K-ekonomi ini
memerlukan sokongan padu daripada sektor pendidikan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang
berpengetahuan tinggi dalam pelbagai bidang.

Hakikatnya, sekolah-sekolah di Malaysia sekarang menghadapi masalah menyedia dan mengeluarkan sumber
manusia atau tenaga kerja yang berkualiti. Syarikat-syarikat perniagaan dan juga agensi-agensi kerajaan
terpaksa menerima pekerja yang tidak kreatif dan kurang kemahiran dalam menyelesaikan masalah, bekerja
secara kolaboratif dan mengurus masa. Situasi yang kita hadapi ini adalah masalah semasa. Perubahan yang
sedang kita hadapi dalam politik, ekonomi, teknologi dan iklim akan menjadi lebih dramatik pada masa akan
hadapan. Oleh itu, pendidikan di Malaysia sekarang perlu membekalkan generasi muda dengan kemahiran-
kemahiran tertentu bagi menyediakan mereka dengan cabaran abad ke-21.

Thomas Friedman dalam bukunya The World Is Flat : A Brief History of the Twenty-First Century, menyatakan
pendidikan turut memainkan peranan penting dan menjadi kunci utama kepada kejayaan ekonomi dan
kelestarian dunia dalam abad ke-21 ini. Alvin Toffler pula dalam bukunyaPower Shift : Knowledge, Wealth and
Power at the Edge of The 21st Century menyatakan bahawa 'the illiterate of the 21st century are not those that
cannot read or write, but those that cannot learn, unlearn and relearn.'

Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah merangka Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013 – 2025 (PPPM) bagi menyediakan murid menghadapi cabaran pendidikan abad ke-21. Antara
fokus PPPM ialah enam (6) aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin,
kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional. Ini adalah sejajar dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menjadi pegangan pelaksanaan sistem pendidikan di negara kita.

RASIONAL

Keperluan kepada Pembelajaran Abad Ke-21 merupakan salah satu tuntutan untuk menjayakan
PPPM. Sehubungan itu, satu program yang komprehensif akan dilaksana oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor
bagi memastikan warga pendidik negeri Johor dapat melahirkan generasi muda yang mampu bersaing dan
menangani cabaran di peringkat global. Kertas kerja ini disediakan sebagai cadangan mencadangkan untuk
melaksanakan Pembelajaran Abad ke-21 di sekolah-sekolah negeri Johor .

MATLAMAT

Program Pembelajaran Abad Ke-21 dilaksanakann untuk melahirkan murid yang mampu bersaing dan dapat
menangani cabaran di peringkat global.

OBJEKTIF

Membangunkan persekitaran bilik darjah abad ke-2

Meningkatkan kemahiran guru menggunakan pedagogi abad ke-21

Memberi kemahiran pembelajaran abad ke-21 kepada murid-murid

Membudayakan amalan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) sebagai strategi pelaksanaan Pembelajaran
Abad Ke-21 di sekolah

Anda mungkin juga menyukai