Anda di halaman 1dari 10

‫المصادر للدراسات اإلسالمية‬

(FLAM 1103)

‫تفسير في ظالل القراءن‬


KELAS FA01 1I

NAMA PENSYARAH : MUHAMMAD FAIZ MU’MIN BIN ABDUL


MUTALIB

NAMA PELAJAR : MOHD KHAIRULLAH BIN JENULA


(15FA01220)
ISKANDAR DZULKARNAIN BIN SABDIN
(15FA01226)
MOHD ALIFFNAZMI BIN LADIN
(15FA01221)
MUHAMMAD NADZMAN BIN MOHD SHA’AUZI
(15FA01211)
1

ISI KANDUNGAN
m/s

1.0) Pengenalan Kitab Tafsir Fi Zilalil Quran 2

2.0) Biodata Penulis 4

3.0) Cara Penyusunan dan Penulisan 6


Kitab Tafsir Fi Zilalil Quran

4.0) Kesimpulan 8

5.0) Rujukan 9
2

1.0) PENGENALAN KITAB

Fi Zilalil Qur’an adalah sebuah tafsir lengkap Al-Qur’anul Karim karya mujaddid unggul
Asy-Syahid Sayyid Qutb Rahimahullah. Tafsir ini merupakan antara tafsir yang paling luas
tersebar di dunia Islam dan kerap dijadikan bahan rujukan oleh para ulama’ dan juga sebagai
sumber kajian ilmiyah di pusat-pusat pengajian tinggi. Penerangannya yang jelas dan
mendalam menggunakan gaya bahasa Arab yang tinggi menyentuh jiwa dan perasaan para
pembacanya.
Tafsir ini juga telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa, termasuk bahasa Turki,
Inggeris, Perancis, Urdu dan Bahasa Indonesia. Penterjemahannya ke dalam Bahasa Melayu
telah disempurnakan oleh Almarhum Ustaz Dato ’ Haji Yusoff Zaky bin Haji Yacob
berdasarkan naskhah asal Bahasa Arab cetakan keenam, iaitu cetakan yang telah dikemaskini
oleh pengarangnya serta ditambah fahrasat ( indeks ) bagi memudahkan para pembaca
membuat rujukan. Terjemahan tafsir ini mengambil masa selama 11 tahun untuk disiapkan
dan dibahagikan kepada 17 jilid ( 30 juzuk ) (Abusyahmin, 2012).
Gubahan bahasa Asy-Syahid Sayyid Qutb dalam Tafsir Fi Zilalil Qur’an amat indah
dan mengasyikkan. Saranan-saranannya tegas dan lantang serta merangsang jiwa mukmin
yang sentiasa dahagakan hidayah Allah. Tafsir Fi Zilalil Qur’an ini menggambarkan
kehidupan Asy-Syahid Sayyid Qutb sebagai seorang pendakwah yang amat mencintai
Penciptanya, sabar, gigih, redha, tenang, tenteram, penuh tawakkal kepada Allah dan tidak
mengenal erti menyerah atau berputus asa daripada Rahmat Allah.
Tafsir Fi Zilalil Qur’an yang bermakna "Di Bawah Bayangan Al-Qur’an" adalah
sebuah judul yang tepat dengan fungsi dan sifat Al-Qur’an yang digambarkan oleh
Rahimahullah sebagai sepohon pokok rahmat dan hidayah yang tegap dan rimbun, dengan
dahan-dahan serta ranting- rantingnya yang subur dan rendang, menyediakan bayangan
teduh, suasana tenang dan qudus, mencetuskan berbagai ilham, inspirasi, kefahaman yang
halus dan mendalam kepada setiap pendengar dan pembacanya yang benar-benar serius dan
membuka pintu hati dan minda mereka dengan penuh minat. Seperti kata Rahimahullah,
"dalam detik-detik kembara Di Bawah Bayangan Al-Qur’an saya mendapat berbagai lintasan
fikiran, pandangan di sekitar aqidah, di sekitar jiwa dan hayat manusia". Pengalaman dan
perjalanan kehidupan beliau ini merupakan faktor-faktor penting yang melahirkan Tafsir Fi
Zilalil Qur’an dalam bentuk ulasan yang unik mengatasi tafsir-tafsir yang lain (Abusyahmin,
2012).
Tafsir Fi Zilalil Qur’an mengupas bentuk kehidupan berteraskan budaya jahiliyah
yang mempengaruhi kehidupan manusia sepanjang zaman serta mendedahkan tipu daya
segenap musuh Islam yang begitu licik dan bertopengkan kajian ilmiyah yang palsu untuk
memusnahkan imej Islam yang suci dan menarik para cerdik pandai Islam ke dalam
perangkap penyelewengan dari landasan agama yang sebenar. Asy-Syahid Sayyid Qutb
dalam tafsirnya juga sentiasa menekankan kesejagatan fenomena kekufuran terhadap ajaran-
ajaran Allah yang tidak terbatas kepada masa-masa tertentu. Tafsir ini seterusnya
mendedahkan berbagai bentuk fahaman ciptaan akal manusia yang menjurus kepada
perbuatan syirik yang mempertuhankan sesama manusia, aliran yang mempertuhankan akal,
3

sains dan teknologi serta aliran hedonisme yang merendahkan martabat insan ke makam
haiwan (Abusyahmin, 2012).
Pada kata pengantarnya, Sayyid Qutb mengemukakan kesan-kesan hidup di bawah
naungan al Quran adalah nikmat. Nikmat yang tidak diketahui kecuali oleh yang telah
merasakanya. Ia merasa dekat dan mendengar serta berbicara dengan Allah melalui al Quran.
Hidup di bawah naungan al Quran, Sayyid Qutub merasakan keselarasan yang indah antara
gerak manusia sebagaimana kehendak Allah dengan gerak-geri alam ciptaan-Nya. Ia melihat
kebinasaan yang akan menimpa kemanusiaan akibat pemyimpangannya dari undang-undang
alam ini. Ia menyaksikan benturan yang keras antara ajaran-ajaran rosak (El-Jawy, 2014).
Keadaan Mesir tatkala itu sedang porak poranda ketika Sayyid Qutb telah kembali
dari menempuh ilmu di negeri Barat. ketika itu, Mesir sedang mengalami krisis politik yang
mengakibatkan terjadinya kudeta militer pada bulan julai 1952. Pada saat itulah, Sayyid Qutb
memulakan mengembangkan pemikirannya yang lebih mengedepankan terhadap kritik sosial
dan politik.
Oleh itu, kita melihat usaha-usaha yang dilakukan Sayyid Qutb dalam tafsirnya lebih
cenderung mengangkat terma sosial kemasyarakatan.Dalam tafsir fi Zilalil Qur’an ini lebih
cenderung membahas tentang logik konsep negara islam sebagai mana yang diperkatakan
oleh pengikut Ikhwan al-Muslimin lainnya seperti halnya Hasan Al Banna, Abu A’la al
Maududi.
Secara ringkasnya, sebenarnya Sayyid Qutb memulakan menulis tafsirnya atas
permintaan rakannya yang bernama Dr. Said Ramadhan yang merupakan redaksi majalah al-
Muslimun yang diterbitkan di Kairo dan Damaskus. Dia meminta Sayyid Qutb untuk
mengisi artikel khusus mengenai penafsiran al-Quran yang akan diterbitkan sekali dalam
sebulan.
Sayyid Qutb menyambut baik permintaan rakannya tersebut dan mengisi
artikeltersebut yang kemudian diberi nama Fi Zhilal Al-Qur`an. Adapun mengenai tulisan
yang pertama yang dimuat adalah penafsiran surah al-Fâtihah lantas dilanjutkan dengan surah
al-Baqarah.
Namun, hanya beberapa edisi saja tulisan itu berlangsung yang kemudian Sayyid
Qutb berinisiatif menghentikan penulisan itu kerana hendak menyusun satu kitab tafsir
sendiri yang diberi nama Fî Zhilâl Al-Qur`an.
Karya beliau tersebut diterbitkan oleh penerbit al-Bâbi al-Halabi. Akan tetapi
penulisan tafsir tersebut tidak serta merta dalam bentuk 30 juz. Setiap juz kitab tersebut terbit
dalam dua bulan sekali dan ada yang kurang dalam dua bulan dan sisa-sisa juz itu beliau
selesaikan ketika berada dalam tahanan (El-Jawy, 2014).
4

2.0) BIODATA PENULIS

2.1) Pendahuluan
Nama sebenar beliau ialah Sayyid Qutb, Qutb adalah merupakan nama keluarganya yang
berasal dari Semenanjung Arab. Ayah kepada Sayyid Qutb ialah Haji Ibrahim yang
mempunyai lima orang anak dan Sayyid Qutb merupakan anak sulung kepada keluarganya.
Sayyid Qutb lahir pada tahun 1906 di kampung Mosya daerah Assyut, Mesir. Nama
ibunya ialah Fatimah Hussain Uthman yang merupakan seorang wanita kuat beribadat dan
amat patuh kepada Islam. Kecintaannya kepada al-Quran amat tinggi sehinggakan dapat
mempengaruhi Sayyid Qutb untuk mencintai al-Quran. Sejak kecil lagi, Sayyid Qutb bercita-
cita menjadi qari dan telah khatam menghafaz al-Quran pada usia 10 tahun, ada juga yang
mengatakan pada usia 12 tahun.

2.2) Pendidikan Sayyid Qutb


Beliau telah dihantar ke Kaherah untuk menyambung pengajian diperingkat yang lebih tinggi.
Beliau memasuki Madrasah al-Muallimin al-Alawiyyah sehingga tahun 1928. Kemudian
beliau menyambung pelajaran di Darul Ulum adan mendapat ijazah pada tahun 1933 dalam
Bahasa Arab dan mendaat diploma pendidikan dalam pengkhsusan yang sama.
Semasa di Darul Ulum, Sayyid Qutb kuat menulis dan telah bersama sasterawan yang
terkenal pada masa itu iaitu Abbas Mahmud Aqqad. Selepas tamat pengajian di Darul Ulum,
Sayyid Qutb telah dilantik menjadi menjadi guru sekolah kementerian pendidikan Mesir.
Setelah enam tahun mengajar, Sayyid Qutb dinaikkan pangkat menjadi nazir sekolah dan
seterusnya beliau telah diambil kerja di bawah Dr Taha Hussin yang menjadi ketua Pengarah
Pendidikan Mesir. (Gusmardi, 2012)

2.3) Pengalaman di Amerika


Pada tahun 1948 hingga 1950, Kementerian Pendidikan Mesir telah menghantar beliau ke
Amerika untuk menjalankan penyelidikan. Penyelidikannya untuk mengkaji sistem
pendidikan dan latihan moden yang dijalankan di beberapa kolej dan universiti di sana.
Ketika di Amerika, Sayyid Qutb menulis dan mengarang sebagai seorang yang pakar
agama namun sampai satu tahap, tulisannya pernah terpesong dan mengarut.
Namun ada peristiwa yang amat menyentuh menyebabkan Sayyid Qutb tersedar
kembali. Pada suatu ketika beliau sakit dan ditahan di hospital, beliau melihat ramai orang
Amerika bepesta keriangan. Beliau pelik dan bertanya kepada salah seorang Amerika di
hospital itu tentang apa yang sedang berlaku. Lalu orang Amerika tersebut berkata bahawa
seorang terrorist Islam di Mesir telah mati ditembak. Kemudian mengatakan sebab itulah
mereka gembira dan meraih dengan berpesta. Namun terrorist yang dikatakan mati ditembak
adalah as-Syahid Hasan al-Banna.
5

Sayyid Qutb mula terfikir kenapa orang Amerika sangat gembira atas kematian
Hassan al-Banna. Pastinya Hassan al-Banna seorang yang luar biasa memperjuangkan Islam
di mata dunia ketika itu. Syed Qutb juga pernah mengatakan melalui pemerhatiannya
“Amerika mempunyai segala sesuatu kecuali roh.” Maksudnya orang Amerika sangat
materialistik ,mengutamakan kebendaan dunia daripada rohani jiwa sendiri.
Pengalamannya di Amerika membuatkan hatinya lebih bergelora dengan perasaan
anti penindasan kaum, kepalsuan penyatuan demokrasi dan kepura-puraan konsep keadilan
dan kebebasan di Barat. Bagi Sayyid Qutb, pengalamannya di Amerika sebagai suatu revolusi
di dalam kehidupannya. Ketinggian Islam mula bercambah di dalam jiwanya dan
kecintaannya terhadap Islam. Beliau mula mengkaji dan mempelajari Islam secara lebih
mendalam dan intensif.

2.4) Kembali ke Mesir


Kembalinya Sayyid Qutb dari Amerika, gerakan reformasi iaitu Jamal Abdul Nasir semakin
memuncak. Ikhwanul Muslimin pada awalnya bekerjasama dengan Jamal Abdul Nasir
pemimpin tertinggi Majlis Pemerintahan Revolusi (RCC) bagi menjatuhkan kerajaan beraja
pimpinan Raja Farouq. Setelah Jamal Abdul Nasir memenangi revolusi tersebut, beliau telah
berusaha untuk menyingkirkan pengaruh Ikhwanul Muslimin yang berpengaruh dan
menggugat kuasa beliau.
Ikhwanul Muslimin telah ditubuhkan oleh Hassan al-Banna pada tahun 1929. Sayyid
Qutb telah menyertai gerakan ini sekembalinya beliau dari Amerika. Ada yang mengatakan
beliau telah menyertai Ikhwanul Muslimin lebih awal tetapi tidak dihebohkan kerana beliau
sedang berkhidmat dengan kementerian pendidikan Mesir. Sayyid Qutb telah meletakkan
jawatan sebagai pegawai pendidikan pada tahun 1953 dan beliau telah member tumpuan
secara langsung kepada gerakan Ikhwanul Muslimin.
Semasa usaha pembersihan pengaruh Ikhwanul Muslimin di Mesir pada tahun 1954,
nama Sayyid Qutb turut tersenarai sebagai nama yang paling dikehendaki oleh kerajaan
Abdul Nasir. Pada masa ini Sayyid Qutb memegang jawatan sebagai ketua penerangan dan
dakwah juga editor gerakan Ikhwanul Muslimin. Sayyid Qutb pernah ditangkap bersama
beberapa pimpinan tertinggi Ikhwanul Muslimin lain atas tuduhan konspirasi membunuh
Jamal Abdul Nasir. Beliau dibicara dan dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun.
Ketika dalam penjara, beliau mula menulis dengan serius dan cemerlang hingga
lahirnya karya-karya agung yang menjadi warisan sehingga hari ini. Salah satunya ialah
Tafsir Fi Zilalil Quran hingga lengkap 30 juzuk tafsir al-Quran yang mengambil masa selama
lapan tahun.

2.5) Uniknya Tafsir Fi Zilalil Quran


Fi Zilalil Quran bermaksud “In The Shade of Quran” atau “Di Bawah Bayangan al-
Quran”.Uniknya tafsir ini ditulis dengan tinta derita sengsara yang begitu pahit akibat
penindasan dan permainan politik oleh Presiden Jamal Abdul Nasir pada masa itu. Beliau
telah menghadapi penyeksaan fizikal yang kejam hinga membuatkan seluruh entity beliau
6

tertumpu pada Allah dan al-Quran sahaja. Dengan itu beliau hidup di bawah bayangan al-
Quran dengan seluruh jiwanya sebagai seorang pendakwah.
Tafsir ini juga berbeza dengan tafsir lain kerana beliau menggunakan satu method
pentafsiran yang membersihkan pentafsiran al-Quran dari pembicaraan sampingan yang tidak
disarankan oleh nas-nas al-Quran. Oleh itu beliau menjauhkan pentafsirannya dari
perbahasan mengenai bahasa, ilmu kalam dan ilmu fiqh. Beliau menulis tafsir ini sebanyak
dua kali ,iaitu tulisan pertama tinta sebagai seorang alim. Manakala penulisan kedua ialah
tinta sebagai darah seorang syuhada.

2.6) Syahid di Tali Gantung


Pada fajar Isnin 13 Jamadil Awal 1386 bersamaan 29 Ogos 1966 ,beliau telah dijatuhkan
hukuman gantung setelah didapati bersalah oleh Mahkamah Tentera yang telah ditubuhkan
oleh kerajaan Jamal Abdul Nasir pada masa itu. Mahkamah ini mempunyai sejarah
pengadilan yang hitam dan banyak mengorbankan orang yang tidak berdosa. Hukuman
gantung telah dilakukan secara mendadak keatas beliau tanpa menghiraukan bantahan dunia
Islam. Mereka juga menolak secara tidak sopan terhadap rayuan peribadi dari raja Saudi pada
masa itu, Raja Faisal Ibn Abdul Aziz. Raja Faisal telah merayu supaya Sayyid Qutb
dibebaskan dari hukuman gantung dan menawarkan apa sahaja yang diminta oleh kerajaan
Mesir.
Tangan yang mengangkat kalimah syahadah ini tidak akan tunduk pada taghut !”
“itulah kata-kata yang diberikan oleh Sayyid Qutb ketika dipujuk oleh presiden Mesir supaya
kembali tunduk pada mereka. (Hanim, 2009)

2.7) Ulasan
Kami menulis biodata penulis ini dengan mengambil dari pelbagai rujukan internet seperti
blog. Kemudian kami gabungkan maklumat yang diperoleh dan disusun dengan kaedah
sendiri.

3.0) CARA PENYUSUNAN DAN PENULISAN KITAB TAFSIR FI


ZILALIL QURAN

Mengenai metodologi pentafsiran, Dr. Abdul Hay al-Farmawy, seorang guru besar tafsir dan
ilmu-ilmu Al-Quran Universiti al-Azhar membahagikan pentafsiran al-Quran kepada tiga
bahagian, iaitu tahlili, maudhu’i dan ijmali muqarin. Dari corak pentafsiran tafsir Fi Zilalil
Quran, tafsir ini dapat dikategorikan dalam jenis tahlili. Maksudnya, seorang pentafsir
menjelaskan kandungan ayat dari pelbagai aspek yang ada dan menjelaskan ayat demi ayat
dalam setiap surah sesuai dengan urutan yang terdapat dalam al-Quran. (Misbah, 2009)
Menurut Issa Boullata pula, seperti yang disebut oleh Antony H. Johns, pendekatan
yang dipakai oleh Sayyid Qutb dalam mentafsir Al-Qur`an ialah pendekatan tashwir
7

(penggambaran) iaitu suatu gaya penghampiran yang berusaha menampilkan pesan-pesan Al-
Quran sebagai gambaran pesan yang hadir, hidup dan kekal sehingga dapat menimbulkan
pemahaman yang tepat bagi pembacanya dan memberi dorongan yang kuat untuk berusaha.
Oleh hal itu, menurut Sayyid Qutb, setiap kisah yang tedapat dalam al-Quran sentiasa sesuai
untuk diambil sebagai tuntutan hidup manusia. Dengan demikian, segala pesan yang terdapat
dalam Al-Quran akan selalu relevan (sesuai) untuk dibawa dalam zaman sekarang. (Misbah,
2009)
Menurut pendapat yang disepakati oleh pelajar fakulti Syariah di Institut Agama Islam
Negeri Walisongo Semarang, yang dipimpin oleh pensyarah Ibu Noor Rosyidah berpendapat
bahawa Sayyid Qutb menggunakan metod penafsiran maudu’i. Mereka simpulkan bahawa
Sayyid Qutb menjelaskan atau mentafsirkan ayat-ayat al-Quran berdasarkan sesuatu tema.
Beliau menghimpun beberapa permasalahan kemudian mentafsirkan ayat-ayat al-Quran
untuk menyelesaikan permasalahan tersebut. Semakin kita kaji lebih jauh, semakin kuat
hujah yang membuktikan bahawa tafsir Fi Zilalil Quran menggunakan metod maudu’i.
(Lismanto, 2011)

Selain pendapat itu, Sayyid Qutb memilki suatu metode yang unik dalam tafsir yang
belum pernah ditulis oleh seorang mufassir yang ada, baik dari kalangan terdahulu
mahupun sekarang. Sayyid Qutb tidak pernah menyibukkan diri dengan menelaah kitab-kitab
tafsir terdahulu yang terdapat banyak perbezaan pendapat dalam pelbagai tema keislaman.
Sayyid Qutb tidak mengambil informasi pemikiran darinya, tidak mahu masuk ke alam al-
Qur’an berdasarkan ketentuan-ketentuan pemikiran sebelumnya, seperti yang dilakukan oleh
mufassir yang lain.
Metod beliau dapat dibahagikan kepada dua bahagian ;

Tahap pertama, beliau hanya mengambil dari al-Qur’an saja, sama sekali tidak
mengambil rujukan, referensi, dan sumber-sumber lain. Ini adalah tahap dasar, utama dan
langsung.

Tahap kedua pula ialah sifatnya sekunder serta penyempurnaan bagi tahap pertama,
yang digunakan oleh Sayyid Qutb untuk melengkapi kekurangan yang ada pada tahap
pertama, atau membetulkan kekeliruannya. Tahap ini bersandarkan kepada sumber dan
rujukan secara mendasar. Sebab ia berdiri di atas perhatian terahadap kitab-kitab tafsir untuk
mengetahui bukti dengan hadis atau riwayat yang sahih tentang penafsiran ayat.
Ketika kita berbicara megenai sumber-sumber Fi Zilalil Quran, kita juga harus
menyertakan keadaan khusus yang dialami oleh Sayyid Qutb ketika menulis kitab ini. Beliau
menulisnya di penjara, sedangkan menulis dipenjara harus tunduk kepada syarat-syarat
khusus yang diwajibkan oleh pihak penjara yang berkaitan dengan masuknya buku-buku ke
dalam penjara. Suasana penjara juga mempunyai pengaruh terhadap penulisan Fi Zilalil
Quran. Maka semangat Sayyid Qutb di dalam penjara untuk membekalkan diri dengan
rujukan-rujukan yang menjadi sandaran merupakan bukti bahwa Sayyid Qutb memenuhi
syarat metodologi dalam melakukan studi dan menulis. (Muda, 2009)
8

Tafsir Fi Zilalil-Qur’an berbeza dari tafsir-tafsir yang lain apabila beliau


menggunakan satu metodologi pentafsiran yang membersihkan pentafsiran al-Quran dari
pembicaraan-pembicaraan sampingan dan selingan yang tidak disarankan oleh nas-nas al-
Quran. Justeru itu beliau menjauhkantafsirnya dari perbahasan-perbahasan bahasa dan tata
bahasa, perbahasanperbahasan ilmu al-kalam dan ilmu fiqah dan dari cerita-cerita dongeng
israeliyat yang lumrah dalam kebanyakan tafsir termasuk tafsir-tafsir yang terkenal sebagai
sumber-sumber rujukan. Di samping itu beliau juga menjauhkan tafsirnya dari menundukkan
nas-nas al-Qur’an kepada penemuan-penemuan dan pendapat-pendapat sains yang sering
dilakukan oleh orang-orang yang terlalu ghairah untuk mendampingkan pentafsiran al-Qur’an
dengan pentafsiran sains, sedangkan sumber kedua-dua tafsir itu adalah berlainan iaitu al-
Qur’an bersumberkan wahyu dari Allah pencipta yang mengetahui segala sesuatu sementara
sains bersumberkan intelektual manusia yang tidak syumul, tidak mantap dan sering berubah-
ubah.

4.0) KESIMPULAN

Setelah diundang ke alam para syuhada’ tafsir Fi Zilalil-Qur’an merupakan satu-satunya


tafsir yang paling luas tersebar di seluruh dunia Islam di zaman ini, di samping menjadi
bahan-bahan kajian dan rujukan utama para ulama’ dan para mufassirin. Ujar Dr. Hasan
Farahat: “Tafsir Fi Zilalil-Quran” telah menjadi begitu terkenal dengan sebab Sayyid Qutb
(Rahimahullah) telah menulis tafsir ini sebanyak dua kali; kali pertama ia menulis dengan
tinta seorang alim dan kali kedua dia menulis dengan darah syuhada’.
Ujar Yusof al-‘Azym” “Tafsir Fi Zilalil-Qur’an” adalah wajar dianggap sebagai suatu
pembukaan Rabbani yang diilhamkan Allah kepada penulisnya. Beliau telah dianugerahkan
matahati yang peka yang mampu menanggap pengertian-pengertian, gagasan-gagasan dan
fikiran yang halus yang belum dicapai oleh mana-mana penulis tafsir yang lain. Adalah jelas
sekali bahawa keimanan beliau yang tulen, pembacaan beliau yang luas pengalamannya yang
mendalam dan bakat-bakat semulajadinya yang gemilang telah menjadikan tafsir Fi Zilalil
Qur’an sebuah tafsir yang unik dan secara adil dapat diletakkan di kemuncak tafsir-tafsir
yang lama dan yang baru, di mana terkumpul penjelasan-penjelasan yang syumul, himpunan
ilmu pengetahuan, huraian yang citarasa dan da’wah yang lantang ke arah mengulangi
semula hayat Islamiyah”, sementara Dr. Saleh Abdul Fatah al-Khalidi pengkaji karya-karya
Sayyid Qutb dan penulis biografinya yang terkenal telah berkata: “Sayyid Qutb dalam tafsir
“Fi Zilalil-Quran” adalah dianggap sebagai mujaddid di dalam dunia tafsir, kerana beliau
telah menambahkan berbagai-bagai pengertian dan fikiran haraki, dan berbagaibagai
pandangan tarbiyah yang melebihi tafsir-tafsir yang lalu, juga dianggap sebagai pengasas
pengajian baru dalam ilmu tafsir, di mana beliau telah memperkenalkan aliran tafsir haraki.
(Zulkarnain, 2007)”
9

5.0) RUJUKAN

Abusyahmin. (2012, June 18). Blogspot.com. Retrieved August 15, 2015, from
abusyahmin.blogspot.com: http://abusyahmin.blogspot.com/2012/06/tafsir-fi-zilal-al-quran.html

Abusyahmin. (2012, June 18). Blogspot.com. Retrieved from abusyahmin.blogspot.com/.../tafsir-fi-


zilal-al-quran.ht...

El-Jawy, M. M. (2014, February 23). Blogspot.com. Retrieved August 16, 2015, from
mustaqimcdr.blogspot.com: http://mustaqimcdr.blogspot.com/2014/02/biografi-sayyid-qutb-dan-
karakteristik.html

Gusmardi. (2012, Mei 13). blogspot.com. Retrieved August 16, 2015, from gus-tafsirel-
hadits.blogspot.com: http://gus-tafsirel-hadits.blogspot.com/2012/05/normal-0-false-false-false-en-
us-x-none.html

Hanim, S. (2009, june 1). blogspot.com. Retrieved August 27, 2015, from
http://syahirahhanimidris.blogspot.com:
http://syahirahhanimidris.blogspot.com/2009/06/selingkar-biodata-syed-qutbsiapa-tu.html

Lismanto. (2011, September 22). blogspot.com. Retrieved August 17, 2015, from
lispedia.blogspot.com: http://lispedia.blogspot.com/2012/01/studi-analisis-terhadap-tafsir-fi.html

Misbah, M. (2009, Mei 16). blogspot.com. Retrieved August 17, 2015, from
badaigurun.blogspot.com: http://badaigurun.blogspot.com/2009/05/corak-penafsiran-sayyid-qutb-
dalam.html

Muda, M. (2009, May 1). blogspot.com. Retrieved August 17, 2015, from
borntobeamujahid.blogspot.com: http://borntobeamujahid.blogspot.com/2009/05/study-analisis-
tentang-tafsir-fi.html

Zulkarnain, I. (2007, July 20). Blogspot.com. Retrieved August 17, 2015, from disertasi.blogspot.com:
http://disertasi.blogspot.com/2007/07/disertasi-ilmiah-10-terjemahan-tafsir.html

Anda mungkin juga menyukai