Anda di halaman 1dari 10

Nama : Pusphaanjali Jay A/P Jayaendaran

Tingkatan : 2 Amanah

Guru Matapelajaran : Puan Lee Mui Yok

No. Butir-Butir M/S

1. Pengenalan 1
2. Ponteng sekolah 2
 Kes Jenayah 3-4
 Kes Buang Bayi 5-6
3. Langkah-Langkah untuk Mengatasi Masalah-Masalah ini 7
4. Penutup 8

Pengenalan

Saya, Pushpaanjali Jay A/P Jayaendaren ingin menyampaikan folio yang berkaitan dengan
kes ponteng sekolah. Kes ini telah merebak luas dalam kalangan pelajar-pelajar di negara kita.
Antaranya ialah kes jenayah dan kes buang bayi. Kes jenayah dan kes buang bayi ini harus
dikurangkan supaya generasi-generasi pada masa kini tidak menghancurkan masa depan mereka
dengan ponteng sekolah. Kita sebagai masyarakat Malaysia harus berusaha untuk menangani
masalah ini. Jika perkara ini berlaku, negara kita akan menjadi negara yang merdeka dari
kejadian ponteng sekolah ini dan maju dalam pembangunan kita ini.
1

Kes Ponteng Sekolah

Sejak kebelakangan ini, peningkatan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah Malaysia


yang mendadak menimbulkan tanda tanya kepada pelbagai pihak mengenai punca sebenar
berlakunya fenomena ini. Kes ponteng sekolah terutamanya tercatat bilangan yang tertinggi
berbanding dengan kes-kes disiplin yang lain. Gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar
sekolah bertambah dengan kadar yang serius bagai cendawan tumbuh selepas hujan walaupun
berbagai-bagai langkah telah dilaksanakan bagi menangani masalah ini.

      Sebenarnya, punca utama wujudnya amalan ponteng sekolah adalah disebabkan oleh
keruntuhan institusi keluarga seseorang pelajar itu. Timbulnya pertelingkahan antara ibu dan
bapa menyebabkan anak-anak mereka tidak di hiraukan. Segala tindak-tanduk anak-anak mereka
di luar rumah dan di sekolah tidak diambil berat. Ketandusan kasih sayang dan ledakan tekanan
pada diri seseorang pelajar datang daripada keluarga bermasalah akan menyebabkan mereka
cuba ponteng sekolah. Ini menunjukkan keruntuhan institusi keluarga mempengaruhi masalah
displin di kalangan pelajar terutamanya masalah ponteng sekolah. Dalam sesebuah keluarga yang
mempunyai ibu bapa yang bersikap materialistik seumpamanya, amalan untuk mengambil berat
kebajikan dan keperluan anak-anak telah diambil alih oleh sikap yang ingin mengejar kebendaan
semata-mata. Anak-anak mereka dipinggir dan kasih sayang yang sepenuhnya tidak diberikan.
Jadi tidak hairanlah jika anak-anak memilih untuk ponteng sekolah dan bergaul dengan rakan-
rakan luar sekolah yang dianggap lebih rapat dengan mereka.

      Selain itu, pengaruh rakan turut menjadi satu punca berlakunya masalah ponteng sekolah di
kalangan pelajar-pelajar. Ajakan daripada rakan sebaya mereka untuk ponteng sekolah akan
mempengaruhi minda pelajar-pelajar yang tidak berfikir secara rasional. Mereka hanya akan
menurut segala ajakan dan pelawaan rakan-rakan mereka tanpa berfikir panjang. Fenomena ini
berlaku kerana rakan-rakan yang bercadang untuk ponteng sekolah akan memberikan pelbagai
alasan yang dianggap munasabah bagi mereka. Pelajaran di sekolah dikatakan membosankan dan
aktifiti ponteng sekolah untuk menenangkan fikiran menjadi alasan untuk tidak hadir ke sekolah.
Ini jelas menunjukkan pengaruh rakan menjadi satu faktor berlakunya ponteng sekolah di
kalangan pelajar-pelajar sekolah.

      Didikan daripada ibu bapa dan ajaran agama yang kurang turut menimbulkan masalah
ponteng sekolah yang kian menjadi-jadi itu. Ketika berada di rumah, anak-anak tidak dididik
oleh ibu bapa mereka dengan sempurna dan sikap tanggungjawab tidak diterap ke dalam jiwa
mereka. Ini secara tidak tidak langsung mempengaruhi pembentukan peribadi mereka dan
amalan ponteng sekolah merupakan satu tindakan tidak bertanggungjawab dipraktikkan oleh
mereka. Masalah didikan ibu bapa yang tidak efektif kadang-kala boleh menyebabkan mereka
tidak berupaya melakukan penaakulan yang rasional mengenai kesalahan yang mereka lakukan
serta baik buruknya sesuatu perkara yang dilakukan oleh mereka. Ini membuktikan didikan
daripada ibu bapa yang kurang sempurna secara tidak langsung mempengharuhi timbulnya
gejala ponteng sekolah tersebut.

Disebabkan oleh kejadian ponteng sekolah, pelbagai kes telah berlaku dalam kalangan
pelajar kita. Salah dua kes yang sering berlaku ialah kes jenayah dan kes buang bayi.

Kes Jenayah

Kes jenayah telah melampau di kalangan masyarakat Negara kita ini.jika kita melihat
tentang indeks jenayah antarabangsa, negara kita lebih baik berbanding dengan kes-kes jenayah
ini. Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Datuk Seri Najib Tun Razak
berkata, data tersebut merupakan berita baik terutama bagi memulihkan imej Malaysia yang
sedikit tercemar ekoran laporan mengenai beberapa kes jenayah besar yang berlaku di negara ini.
Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian pada sidang akhbar selepas
mempengerusikan mesyuarat MCPF di sini, hari ini. Hadir sama Timbalan Ketua Polis Negara,
Datuk Jamil Johari dan Timbalan Pengerusi MCPF, Datuk Lee Lam Thye. Berdasarkan
perangkaan yang diperoleh daripada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, menurut Najib , kadar
jenayah di seluruh negara mengalami sedikit penurunan pada tahun 2000 berbanding tahun
sebelumnya. Menurut Najib, kes kecurian kenderaan termasuk motosikal dilakukan secara
terancang melibatkan sindiket yang menjualnya ke luar negara. Lain-lain kategori kecurian
termasuk kes pecah rumah curi malam semuanya mengalami penurunan.
Isu gejala sosial di kalangan remaja sudah kerap diperkatakan tetapi sehingga kini masalah
serius ini masih belum mampu dibendung, malah dilihat semakin berleluasa di kalangan pelajar
sekolah. Kerajaan sendiri menerusi kementerian dan agensi yang berkaitan serta badan bukan
kerajaan (NGO) melalui pelbagai aktiviti telah merancang dan merangka strategi bagi mengatasi
masalah ini. Terbaru pendedahan pembabitan pelajar sekolah dalam jenayah yang
memperlihatkan peningkatan sejak tiga tahun lalu dengan purata 200 kes dan 120 tangkapan
setiap bulan begitu membimbangkan.

Timbalan Pengerusi Biro Anti Dadah dan Gejala Sosial Pergerakan Pemuda UMNO
Malaysia, Ikhsan Shamsuddin berkata dalam masalah ini sebenarnya semua pihak perlu
bertanggungjawab dan memainkan peranan masing-masing.Jelasnya sekarang bukanlah masa
untuk menunding jari meletakkan beban ini di atas bahu satu-satu pihak sahaja. Tambah beliau
lagi masalah gejala sosial di kalangan remaja terutama pelajar sekolah ini saling berkaitan antara
ibu bapa, pihak sekolah, masyarakat, NGO mahu pun parti-parti politik yang ada di negara ini.
"Selain didikan dan pemerhatian serius dari pihak keluarga penglibatan secara serius dalam
aktiviti ko-kurikulum dan pasukan seragam sekolah juga dilihat sebagai salah satu pendekatan
terbaik untuk mendidik para pelajar lebih berdisplin dan seterusnya menghindarkan mereka dari
terjebak dalam kegiatan yang tidak bermoral.

"Sebab itu kita menyokong penuh tindakan Kementerian Pelajaran yang kini memberi
perhatian serius terhadap pembabitan pelajar dalam aktiviti ko-kurikulum menerusi sukan dan
pasukan beruniform. "Dengan cara ini pembangunan sahsiah pelajar akan lebih seimbang antara
pencapaian akademik dan kegiatan luar yang mampu meningkatkan lagi tahap disiplin di
kalangan pelajar", katanya. Namun tegas beliau lagi, tanggungjawab ini tidak boleh dilepaskan
sahaja kepada pihak sekolah kerana masalah ini memerlukan komitmen pelbagai pihak terutama
para ibu bapa. "Dalam beberapa kajian yang telah dilakukan sebelum ini dan gerakan turun
padang yang dilakukan, kita mendapati kebanyakan pelajar yang terlibat dalam kes jenayah ini
adalah datangnya dari keluarga yang pincang dan bermasalah.

"Pelajar berkenaan tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada ibu bapa. Kesan dari
keadaan itu pelajar terbabit sering mencari satu jalan penyelesaian sendiri yang akhirnya
memerangkap diri mereka untuk terlibat dalam kegiatan jenayah", ujarnya. Justeru katanya lagi,
sudah sampai masanya untuk semua pihak berganding bahu dan memberi komitmen yang tidak
berbelah bahagi untuk bersama-sama menangani masalah ini. "Golongan remaja khususnya
pelajar merupakan aset negara untuk memacu kejayaan bukan sahaja dalam sektor pendidikan
tetapi untuk membantu negara menghadapi cabaran yang akan datang terutama menjelang
W2020 kelak. "Sebab itulah pentingnya pendekatan kepada aspek disiplin di kalangan mereka.
Jika asasnya tidak kukuh, maka jati diri mereka akan mudah longlai dan goyah sekaligus
mendorong mereka untuk terjebak dengan kegiatan yang tidak bermoral seperti dadah dan
gengstrisme", katanya

Perlakuan jenayah termasuk jenayah ke atas kanak-kanak yang berlaku seorang demi
seorang menunjukkan negara ini bukan saja menakutkan bahkan makin tidak selamat. Indeks
jenayah semakin meningkat cuma tidak ada peperangan. Semua orang takut melihat kes-kes
jenayah yang boleh dikatakan berlaku setiap hari terutamanya pembunuhan kejam yang tidak
berperikemanusiaan itu apa lagi mangsa pembunuhan itu adalah kanak-kanak yang tidak
memahami erti kehidupan.

Kes-kes seperti itu menggambarkan negara ini tidak selamat dan perlukan kepekaan dan
tindakan drastik kerajaan. "Sangat sedihlah dan sebagai seorang bapa saya sendiri bimbang
tentang keselamatan anak-anak pada hari ini. "Maknanya penjaga kena berhati-hati dan tidak
boleh biarkan anak-anak sendirian dan kepada ibu bapa mereka kena ingat negara kita tidak
selamat," Oleh kerana itu kerajaan perlu bersungguh-sungguh untuk menangani kes-kes seperti
itu berulang.

      

4
Kes Buang Bayi

Isu ini telah lama diketengahkan oleh banyak pihak. Ada yang menangis mengenangkan
nasib ciptaan Allah ini yang tidak dipandang dan dicampak merata-rata seolah-olah ianya sesuatu
yang Allah ciptakan tanpa nyawa. Padahal ianya adalah ciptaan Allah yang suci dari sebarang
dosa tetapi dilahirkan daripada dosa insan yang bernafsukan syaitan.

Inilah yang telah berlaku pada masyarakat kita pada masakini. Maksiat dan aktiviti seksual
yang bebas berlaku dimana-mana. Anak-anak remaja kini terutamanya remaja Melayu yang
beragama Islam tidak mengenal dosa atau pahala. Malah ada diantara mereka yang mempunyai
pendidikan yang tinggi dan belajar di IPT-IPT yang memberikan pendidikan yang baik. Semua
yang dilakukan hanya untuk memuaskan diri sendiri tetapi tidak memikirkan apa yang dilakukan
hanya mendatangkan dosa. Dari perbuatan dosa inilah yang melahirkan satu janin yang lahir
bukan dari kehendak mereka tetapi dari nafsu serakah mereka yang mementingkan diri sendiri.
    
Hampir setiap minggu kita mendengar dari televisyen, akhbar dan majalah tentang kes
pembuangan bayi dan kebanyakannya yang ditemui mati dalam keadaan yang menyedihkan dan
ada yang bernasib baik ditemui dalam keadaan masih hidup. Tong sampah, tempat pembuangan
sampah, lubang tandas, tempat awam seperti masjid dan tandas awam dan sebagainya menjadi
tempat dimana bayi-bayi malang ini ditemui.
   
Kanak-kanak terutamanya perempuan dibunuh dan ditanam hidup-hidup untuk menutup
malu dan hanya untuk mempertahankan maruah keluarga. Tetapi pada zaman sekarang, kanak-
kanak juga dilayan sebegitu tanpa rasa belas kasihan dan dibuang merata-rata demi untuk
menutup malu dan menjaga maruah orang yang melakukannya. Kes pembuangan bayi semakin
meningkat dari hari ke hari. Telah banyak usaha kerajaan untuk membasmi gejala ini. Kempen,
pertunjukan, denda seperti penjara 20 tahun kepada sesiapa yang didapati bersalah melakukan
jenayah ini juga telah dijalankan, namun usaha ini tidak menampakkan hasil malah ianya
semakin menjadi-jadi sehingga tidak dapat di bendung lagi.

Islam dan agama utama di Malaysia yang lain sangat mengharamkan dan menegah
pengguguran dan pembuangan bayi di kalangan masyarakat. Ianya boleh dianggap satu dosa
yang besar kerana membunuh dengan niat. Tetapi ibu bapa tidak boleh dipersalahkan seratus
peratus dalam hal ini. Ini kerana ada diantara ibu bapa yang memberi didikan agama yang
sempurna kepada anak mereka tetapi apabila meningkat dewasa dan anak-anak membawa haluan
mereka sendiri, segala ajaran ibu bapa akan dilupakan sedikit demi sedikit. Maka anak-anak
mula bertindak liar tanpa pengawasan ibu bapa.
   
Mungkin juga ianya berpunca dari kemajuan teknologi dan media cetak dan elektronik pada
zaman sekarang yang banyak memberi pendedahan seks dan bahan yang tidak berfaedah kepada
remaja. Penayangan filem berunsur seks oleh media elektronik, penyebaran VCD dan gambar
lucah didalam internet juga menjadi punca yang turut mendorong seseorang terjebak ke lembah
kezinaan yang membawa kepada lahirnya anak luar nikah disamping berleluasanya program-
program hiburan yang melampau dalam masyarakat. Namun semuanya datang dari diri remaja
itu sendiri samada mereka ingin memilih jalan yang betul atau tidak.   

Oleh itu, sesungguhnya gejala seperti ini tidak akan ada penghujungnya sekiranya tiada
kesedaran di kalangan masyarakat untuk mengubah sikap mereka. Ini kerana gejala pembuangan
bayi ini  adalah satu kesalahan yang amat kejam dan lebih kejam lagi dari perbuatan haiwan.
Sedangkan haiwan juga mempunyai perasaan kasih sayang terhadap anak-anaknya sehingga
sanggup mati demi anak. Kehidupan generasi pada hari ini yang terlalu bertunjangkan
keseronokan duniawi telah mengheret mereka ke kancah pergaulan bebas tanpa batasan agama.
Akibat terlalu ghairah mengejar kenikmatan hidup, ada di kalangan masyarakat di luar sana yang
alpa lalu terjebak dengan perbuatan zina sehingga mengandungkan anak luar nikah.
Terperangkap dengan jerat yang dicipta sendiri, pesalah-pesalah ini mengambil jalan mudah
sama ada membuang bayi yang dilahirkan atau menggugurkan kandungan mereka. Selain
pembuangan bayi, fenomena terbaru yang melanda negara ini ialah kes penjualan bayi di mana
seorang doktor perubatan dan seorang pegawai penjawat awam dikatakan telah menjadi dalang
kepada jenayah itu.
Menurutnya, dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini sahaja, hampir saban hari terdapat
laporan mengenai kes buang bayi sama ada yang masih hidup ataupun tidak bernyawa. Selain
kes buang bayi, beliau berkata, masyarakat negara ini turut dikejutkan dengan sindiket jual beli
bayi yang dikatakan beroperasi di Johor. Pendedahan mengenai sindiket tersebut memberikan
gambaran betapa rendahnya nilai nyawa dan kehidupan manusia sekarang ini. Kesempitan hidup
wanita yang hamil tanpa nikah ini biasanya dihantui perasaan takut dan malu serta kemungkinan
disisihkan oleh keluarga dan kawan-kawan. Ekoran daripada kesusahan hidup yang terpaksa
dilalui, menurut Dr. Harlina, terdapat sindiket yang mengambil kesempatan untuk
memperdagangkan bayi-bayi itu dengan tujuan bagi mendapatkan pulangan keuntungan yang
lumayan. Pembabitan kumpulan profesional seperti doktor perubatan dan juga penjawat awam
dalam sindiket ini menunjukkan betapa wang ringgit mampu mengelabui mata manusia sehingga
sanggup melanggar etika profesion mereka. Beliau berkata, langkah yang lebih berkesan perlu
diambil oleh semua pihak untuk membendung gejala sosial itu agar tidak ada kelahiran anak-
anak yang terbiar dan tidak mendapat kasih sayang yang sewajarnya.

Usaha pencegahan perlu bermula dari dalam diri anak-anak remaja agar mereka mampu
bertindak bijak menjauhi zina selain bimbingan agama diterapkan untuk dijadikan sebagai
perisai diri. Selain itu, anak-anak remaja yang hamil luar nikah mesti dibantu bagi menjalani
pemulihan yang bukan sahaja menyediakan bantuan menjaga ketika mereka hamil tetapi yang
paling utama ialah membina kekuatan dalaman serta rohaniah.

Langkah-Langkah untuk Mengatasi Masalah-masalah ini

Antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk menangani masalah ini adalah
dengan mengetatkan peraturan sekolah. Hukuman yang lebih berat seperti digantung sekolah dan
dibuang sekolah patut diwujudkan bagi pelajar-pelajaar yang mempunyai kekerapan tidak hadir
ke sekolah tanpa alasan yang munasabah. Sistem pengesanan amalan ponteng sekolah yang lebih
efektif patut dilaksanakan supaya pelajar-pelajar yang kerap ponteng sekolah dapat dikesan
dengan lebih cepat dan lebih berkesan. Khidmat kaunseling perlu diberikan kepada mereka yang
sering ponteng sekolah bagi memastikan masalah yang mereka hadapi lalu langkah membantu
boleh dilaksanakan.

Selain itu, guru-guru di sekolah ambil mengambil tindakan terhadap pelajar-pelajar yang
berpasangan supaya kejadian buang bayi tidak berlaku lagi di kalangan para pelajar. Jika
tindakan ini diambil, saya yakin bahawa kita dapat mengurangkan pembuangan bayi pada masa
depan.

       Ibu bapa turut perlu meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak mereka dan
memberi perhatian yang secukupnya terhadap tingkah laku anak-anak mereka di sekolah.
Kebebasan bergaul dengan rakan di luar sekolah turut patut dikawal demi mengelakkan anak-
anak dipengaruhi dengan amalan suka ponteng sekolah. Didikan tidak formal sejak kecil lagi
perlu dilakukan kerana melentur buluh biar dari rebungnya. Anak-anak perlu dididik untuk
bersikap lebih bertanggungjawab dam berupaya berfikir secara rasional.

       Masyarakat sekeliling turut perlu berkerjasama dalam usaha menangani masalah ini dengan
melaporkan kes-kes ponteng sekolah di luar sekolah jika dapat dikesan. Sikap bagai enau dalam
belukar melepaskan pucuk masing-masing perlu dikikis di kalangan masyarakat. Pihak kerajaan
juga boleh menganjurkan ceramah dan kempen yang berkaitan dengan keburukan kegiatan
ponteng sekolah di setiap sekolah. Ini sedikit sebanyak dapat mrmbantu dalam mewujudkan
kesedaran dalam diri pelajar-pelajar mengenai keburukan gejala ponteng sekolah kerana
belakang parang diasah, lagikan tajam.

      

Kesimpulan

Jika langkah-langkah yang dinyatakan di atas dilaksanakan dengan baik, kita tidak patut
bimbang tentang kes-kes ini. Semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani masalah ini
sebelum nasi menjadi bubur. Demi mewujudkan generasi muda lebih berguna pada masa
hadapan juga, langkah drastik daripada semua pihak patut dilaksanakan. Tindakan daripada satu
pihak sahaja tidak akan membuahkan hasil. Jadi, sama-sama kita berganding bahu untuk
menangani masalah ini.
8

Anda mungkin juga menyukai