Anda di halaman 1dari 10

Amalan terbaik dalam pengurusan kewangan di sekolah

Pernyataan masalah

Kajian ini memberi tumpuan kepada amalan terbaik dalam pengurusan kewangan di sekolah.
Terdapat beberapa masalah dan isu yang akan dikaji dalam kajian ini. Tujuan kajian ini adalah
untuk mengetuhai amalan terbaik yang patut diamalkan oleh sesebuah organisasi atau pemimpin
sekolah tersebut dalam pengurusan kewangan. Namun demikian ada sesetengah sekolah tidak
dapat mengamalkan pengurusan kewangan dengan baik. Ini disebabkan pihak sekolah tidak
dapat mengagihkan sumber kewangan yang diperuntukan oleh pihak kerajaan dengan baik.
Selain itu pemimpin sekolah kurang peka terhadap ilmu pengurusan kewangan.Selain itu ada
segolongan pihak dalam sekolah membuat perbelanjaan tanpa mengikut tatacara perbelanjaan.
Oleh yang demikian kajian ini akan membincangkan cara untuk menguruskan sumber kewangan
sekolah dengan baik.

Objektif kajian:

Tujuan kajian ini adalah menyentuh tentang ilmu pengurusan kewangan yang patut dimahir oleh
setiap pemimpin dalam pengurusan organisasi sekolah mereka. Selain itu kajian ini juga
menekankan cara-cara yang patut diamalkan dalam pengurusan kewangan. Kajian ini juga
bertujan pihak pentadbir sekolah perlu mengetahui cara untuk membuat belanjawan secara
sistematik supaya dapat mengelakkan belanja melebihi daripada peruntukan sebenar. Melalui
kajian ini pemimpin sekolah dapat mengamalkan pengurusan kewangan dengan baik.
Soalan kajian

Kajian ini dijalankan untuk mengetuhai jawapan bagi soalan-soalan kajian berikut ialah:

1. Sejauhmanakah para pemimpin sekolah mempunyai pengetuhan dalam pengurusan


kewangan?
2. Bagaimanakah seorang pemimpin sekolah membuat perbelanjaan secara sistematik
dengan sumber kewangan yang diperuntukan oleh kerajaan?

Kepentingan kajian

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh pemimpin sekolah semasa
mengamalkan pengurusan kewanagn sekolah. Selain itu kepentingan kajian ini adalah untuk
membantu para pemimpin sekolah supaya mereka dapat mengamalkan pengurusan kewangan
dengan baik.

Definisi Isitilah
Pengurusan Kewangan

Suatu proses yang melibatkan perancangan,pengagihan dan pengunaan tenaga manusia, modal
(wang tunai),barangan (asset) dan perkhidmatan bagi memenuhi matlamat sesebuah
organisasi.satu proses di mana sesebuah perlu mengikut langkah-langkah tertentu untuk
memperolehi dan seterusnya memngagihkan sumber-sumber berdasarkan keutamaan tertentu.

Satu lagi definisi bagi pengurusan kewangan ialah pengurusan kewangan adalah proses yang
melibatkan jentera pentadbiran dan kaedah-kaedah di mana dana untuk membiayai perbelanjaan
awam diperolehi,dibelanja dan diperakaunkan. Termasuklah proses-proses yang melibatkan
perancangan, pembentukan dan pelaksanaan dasar-dasar mengenai
pencukaian,belanjawan,perbelanjaan,perolehan,perakaunan dan lain-lain yang berkaitan
dengannya.

Literature Review

Terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan mengenai pengurusan kewangan di sekolah.
Antarnya adalah kajian mengenal pasti amalan pengurusan kewangan sekolah dalam kalangan
pengetua dan guru besar. Kajian mengenai pengurusan kewangan di sekolah rendah dan
menengah di Malaysia oleh Shahril@ Charil bin Hj Marzuki (2005) ialah pengurusan kewangan
di sekolah di Malaysia berkait rapat dengan sistem lantikan pengetua dan guru besar. Pengurusan
kewangan sekolah merupakan salah satu aspek pengurusan sekolah yang amat penting dan perlu
diberi perhatian yang serius. Ini kerana jika tersalah urus atau jika berlaku penyelewengan
pegetua dan guru besar boleh diambil tindakan disiplin, surcharge, turun pangkat atau dibuang
kerja. Dalam pada itu, kepimpinan,kemahiran,sikap dan tanggungjawab pengetua terhadap
pengurusan kewangan sekolah amat penting diambil perhatian oleh pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia. Beliau juga mengatakan bahawa pegetua dan guru besar sekolah sering menghadapi
masalah dalam pengurusan kewangan. Antara faktor yang menyebabkan pegetua dan guru besar
menghadapi masalah dalam pengurusan kewangan ialah peruntukan wang kerajaan tidak
mencukupi. Isu ini mungkin juga merupakan masalah utama di kebanyakan sekolah di negara
kita terutamanya di sekolah-sekolah rendah luar bandar di mana enrolmen pelajarnya tidak
ramai. Peruntukan wang kerajaan ini adalah berdasarkan bilangan pelajar sesebuah sekolah
ataupun yang biasa disebut sebagai Bantuan Per Kapita Gran (PCG) untuk matapelajaran
tertentu. Begitu juga dengan Peruntukan Berulang tahun (LPBT) atau peruntukan Khas (LPK)
tidak mencukupi untuk membayar bil-bil elektrik,air,telefon,percetakan,membeli bahan dan
bekalan sekolah,dan membeli alatan bantu mengajar. Shahril@ Charil bin Hj Marzuki (2005)
dalam Loo Bee Lian, 1999, Mohamed, 1997). Selain itu, pengurusan kewangan yang kurang
mahir merupakan salah satu masalah utama dalam pengurusan kewangan sekolah dalam
kalangan sekolah-sekolah di Malaysia ini. Masalah ini berlaku terutamanya dalam kalangan guru
besar atau pengetua atau pegawai kerani yang baru dilantik. Namun demikain, terdapat juga guru
besar atau pengetua atau pegawai kerani yang lama masih belum mempunyai kemahiran dalam
pengurusan kewangan sekolah.
Menurut Azizi Hj. Yahaya, Shahrin Hashim dan Yusof Boon(t.t) menekankan bahawa pemimpin
sekolah menghadapi masalah dalam mengamalkan pengurusan kewangan dengan baik. Sistem
perlantikan pengetua tidak berdasarkan latihan dan kepakaran. Mereka ang dilantik tidak
diberikan kursus, tetapi belajar mentadbir secara cuba jaya. Pengetua banyak bergantung kepada
kerani yang berpengalaman dalam hal-hal berkaitan dengan pengurusan kewanagn di sekolah.
Oleh sebab pengetua kurang berpengalaman, maka terdapat sekolah-sekolah ang tidak
menyediakan belanjawan sekolah. Pengetua tidak merancang terlebih dahulu tentang sumber-
sumber pendapatan dan keperluan-keperluan perbelanjaan. Justeru itu pengetua yang tidak
mempunyai kemahiran dan pengetuhan yang luas dalam bidang perakaunan menyebabkan beliau
tidak dapat merancang, mengurus,mengawal dan menentukan pengurusan kewangan dengan
cekap dan berkesan.

Menurut pandangan Mohd Richard Neles Abdullah(2013) telah menjalankan suatu kajian di
peringkat sekolah Rendah (Tamil) menemui bahawa sumber kewangannya diperolehi daripada
sumber kerajaan dan daripada pungutan yang dibuat oleh sekolah sendiri. Kebanyakan tugas
pengurusan kewangan dibuat oleh guru besar denagn bantuan kerani kewangan. Antara masalah
yang dihadapi oleh sekolah ini ialah peruntukan pendapatan per kapita yang tidak
mencukupi,kegagalan ramai pelajarnya menjelaskan yuran persekolahan dan kursus pengurusan
kewangan bagi kerani kewangan. Guru besar SRJK(C) ini menyatakan beliau tidak mengalami
sebarang masalah ketara dari segi pengurusan kewangannya. Namun beliau berpendapat bahawa
peruntukan Geran Per Kapita perlu ditambah.

Menurut pandangan Maszurla Adam(t.t) dalam (Reynolds et al,2001 dan Borman et al.2000 )
mengatakan jika sesebuah sekolah ingin mencapai ke tahap kecemerlangan, pengurusan
kewangan perlu dilaksanakan dengan cekap dn berkesan kerana banyak kajian menemui
perkaitan yang rapat di antara kejayaan sesebuah sekolah dengan jumlah wang yang diurus dan
digunakan secara bijaksana.

Selanjutnya Maszurla Adam(t.t) dalam Zaidatol Akmnaliah(2000),Loo,(1999),Mahani


Hafiz(2000) dan Levette(1995) menjelaskan kepimpinan sekolah yang dilantik tanpa sebarang
pendedahan mengenai pengurusan kewangan telah menyebabkan mereka mentadbir sekolah
secara trial and error. Senario tersebut berlaku disebabkan system perlantikan pengetua sekolah
ketika ini berdasarkan peningkatan pengetahuan dan kemahiran. Implikasinya mereka akan
menyerahkan tanggungjawab dan peranan tersebut kepada staf bawahan seperti Pembantu tadbir
akaun sekolah atau sekiranya mereka menguruskannya sendiri, Pengurusan tersebut tidak
menjurus kepada keutamaan perbelanjaan serta barangan pembelian tersebut tidak dapat
digunakan sepenuhnya di sekolah.

Selain itu kajian oleh Maszurla Adam (t.t) dalam Mohamad Sapian Siran (2003) telah mengenal
pasti punca utama yang menyebabkan kelemahan dalam pengurusan kewangan sekolah iaitu
perbelanjaan melebihi peruntukan,perbelanjaan kurang daripada peruntukan,perbelanjaan yang
tidak bersesuaian dan tidak mengikut keutamaan, perbelanjaan terlalu awal, perbelanjaan terlalu
lewat, perbelanjaan yang tidak dirancang, perbelanjaan yang tidak dibenarkan, perbelanjaan yang
tidak mengikut prosedur, melewatkan proses pembayaran,tidak berbelanja langsung dan
akauntabiliti.

Analisis Data
Dalam kajian ini yang berbentuk Teknik Delphi mendapati majoriti pakar dalam bidang
pengurusan kewangan seperti Shahri@Charil bin Hj Marzuku (2005) menekankan tentang
amalan pengurusan kewangan sekolah terletak kepada ilmu pengurusan kewangan. Kaedah yang
telah digunakan adalah kaedah kualitatif.instrumen yang dipilih dalam mendapatkan maklumat
untuk kajian ini adalah kaedah temu bual dengan beberapa orang pegetua, dan ,kerani
pengurusan kewangan di sekolah. Satu set solan telah disediakan . soalan –soalan yang
dikemukan adalah menjurus kepada pengetua, dan kerani pengurusan kewanagn dalam amalan
pengurusan kewangan dengan baik. Kajian ini telah dijalankan di sekitar kawasan sekolah
menengah Hulu Langat.

Soalan 1: Sejauhmanakah para pemimpin sekolah mempunyai pengetuhan dalam pengurusan


kewangan?

Satu kajian kes yang dijalankan di sekolah menengah di kawasan Taman Kosas, kerani sekolah
tersebut menyatakan bahawa kebanyakan pengetua yang memegang jawatan sebagai pentadbir
sekolah tidak pandai dalam pengurusan kewangan sekolah. Kerani sekolah tersebut mengatakan
pengetua sekolah tersebut kurang peka terhadap dalam ilmu pengurusan kewangan.Kekurangan
pendedahan dalam pengurusan kewangan pengetua sekolah tersebut menyebabkan beliau selalu
menghadapi masalah dalam pengurusan kewangan. Kerani menyatakan bahawa semasa pihak
sekolah hendak membuat apa juga perbelanjaan mengenai pendidikan pengetua sekolah tersebut
selalu meminta bantuan daripada beliau. Adakalanya pengetua menyerahkan tugas pengurusan
kewangan kepadanya dan tidak menyelia mereka. Jika keadaan ini berlaku pemimpin sekolah
tidak dapat mengamalkan pengurusan kewangan dengan baik.

Kajian yang lain dibuat di sekolah menengah di kawasan Bandar Baru, pengetua sekolah tersebut
menyatakan bahawa pengurusan kewangan sekolah merupakan amanah yang diturunkan
Kementerian Pelajaran kepada mereka. Oleh itu sebagai pemimpin sekolah bukan sahaja perlu
memiliki ilmu dalam pengurusan pentadbiran tetapi perlu mempunayi ilmu dalam pengurusan
kewangan. Beliau menyatakan seoarang pemimpin sekolah mereka perlu mahir dan perlu
mengikuti latihan dalam pengurusan kewangan sekolah. Keberkesanan sekolah bukan sahaja
dicapai melalui pencapaian akademik yang cemerlang tetapi perlu mengamalkan system
pengurusan kewangan yang cekap. Beliau menyatakan bahawa, beliau selalau mengamalkan cara
berkongsi maklumat,berbincang dan merancang pengurusan kewangan dengan pegwai kerani
sekolah tersebut. Oleh itu ilmu pengurusan kewangan adalah amat penting semasa memegang
jawatan sebagai pengetua sekolah bagi mentdbir sekolah dengan berkesan melalui amalan
pengurusan kewangan yang baik.

Kajian kes yang dijalankan di sekolah menengah di kawasan Taman Tasik pengetua sekolah
menyatakan bahawa pengurusan kewangan sekolah merupakan pengurusan yang perlu
dijalankan oleh setiap pemimpin. Oleh itu pihak pemimpin sekolah perlu mempunyai ilmu dalam
pengurusan kewangan sekolah. Tanpa ilmu pengurusan kewanagn, kami mungkin menghadapi
masalah dalam uruskan kewangan sekolah.Sebelum menjawat jawatan sebagai pengetua sekolah
mereka perlu mengikuti latihan atau kursus mengenai pengurusan kewangan. Hal ini kerana,
semasa beliau menjadi sebagai pemimpin sekolah beliau menghadapi masalah dalam
menguruskan kewangan sekolah. Beliau menyatakan bahawa pengurusan kewangan sekolah
merupakan tugas baru kepadanya. Kadang kala beliau terpaksa lupa borong apa yang patut
dikeluarkan semasa membuat perbelanjaan, sebanyak berapa yang patut diagihkan untuk setiap
mata pelajaran, bagaimana untuk menyediakan belanjawan dan sebagainya. Beliau selalu minta
bantuan daripada pegawai kerani sekolah tersebut. Belaiu juga menyatakan pengurusan
kewangan sekolah merupakan pengurusan yang patut diberi perhatian yang serius. Jika seseorang
pengetua tidak mempunyai ilmu dalam pengurusan kewangan yang cekap kemungkinan besar
boleh berlaku penyelewangan dalam organisasinya. Oleh itu beliau menekankan ilmu
pengurusan kewangan merupakan ilmu yang patut diketahui oleh setiap pemimpin sekolah
supaya dapat mengamalkan pengurusan kewangan dengan baik.

Soalan 2. Bagaimanakah seorang pemimpin sekolah membuat perbelanjaan secara sistematik


dengan sumber kewangan yang diperuntukan oleh kerajaan?
Kerani sekolah menengah di kawasan Taman Kosas tersebut mengatakan bahawa adakalanya
perbelanjaan yang dibuat sekolah ini dibuat berdasarkan tatacara pengurusan perakaunan
kumpulan kewangan sekolah. Peruntukan yang diperolehi daripada kerajaan adakalanya tidak
mencukupi. Hal ini menyebabkan pihak sekolah tersebut terpaksa membatalkan beberapa
program terutama program yang terlibat dalam Bimbingan dan kaunseling. Beliau menyatakan
bahawa pihak sekolah tersebut terpaksa meminta sumbangan kewangan daripada pihak PIBG
untuk menampung jumlah perbelanjan sekolahnya. Selain itu, beliau menyatakan pembelian
barang bantu mengajar memerlukan peruntukan wang yang lebih. Hal ini kerana, kenaikan harga
barang yang semakin mendadak mereka terpaksa melakukan amalan penjimatan yang boleh
mengelakkan perbelanjaan yang lebih. Peruntukan wang yang akan menentukan pengurusan
kewangan di sekolah dengan baik.

Di sekolah menengah di kawasan Bandar Baru, Pengetua mengatakan peruntukan wang ke


sekolah berdasarkan kepada jumlah bilangan pelajar di sesebuah sekolah. Beliau mengatakan
walaupun pihak sekolah mereka membuat belanjawan tahunan dengan teratur , sekolah mereka
masih lagi menghadapi masalah dalam peruntukan kewangan yang diberikan oleh kerajaan.
Pengetua sekolah tersebut menyatakan kami terpaksa mengamalkan program jimatkan tenaga
elektrik dan air .Pengetua sekolah tersebut menegaskan kepada para pelajar dan guru supaya
semasa waktu rehat dengan slogan “tolong tutup kipas dan lampu” dan “ tolong tutup paip air”
jika ternampak berbazir. Pengetu sekolah ini juga menyatakan setiap bulan kenaikan harga
barang seperti kertas A4, dakwat untuk printer, Photostat mesin, internet,service bagi mesin
penyelenggaran Photostat, penghawa dingin ,bahan bantu mengajar dan sebagainya
menyebabkan mereka menghadapi masalah dalam pengurusan kewangan walaupun mempunyai
bajet tahunan. Oleh itu pengetua sekolah tersebut mencadangkan peruntukan kewangan sekolah
sepaptutnya ditambahkan setiap tahun mengikut keadaan eknomi negara kita. Peruntukan wang
yang berpatutan akan menjadikan sesorang pemimpin sekolah dapat menjalankan tugas mereka
dengan mengamalkan pengurusan kewangan dengan baik.

Pengetua di sekolah menengah Taman Tasik menyatakan iaitu peruntukan kewangan sekolah
dari kerajaan memang diperuntukan mengikut bilangan pelajar pada setiap tahun tetapi beliau
menyarankan bahawa kenaikan harga barang juga meningkat secara mendadak. Oleh itu pihak
kerajaan yang memperuntukan kewangan kerajaan ke sekolah perlu ditambah. Masalah yang
dihadapi oleh beliau semasa pengurusan kewangan di sekolahnya adalah terpaksa cari
penyumbang lain bagi menampung perbelanjaan sekolah. Beliau terpaksa minta bantuan
daripada pihak PIBG untuk membeli perabot sekolah seperti meja dan kerusi yang tidak
mencukupi.beliau menyatakan selalunya pihak panitia guru bimbingan dan kaunseling yang
selalu menghadapi masalah bagi menjalankan program motivasi di sekolah. Peruntukan yang
diberikan oleh memang tidak cukup bagi setiap sekolah dan perlu ditambah mengikut keadaan
ekonomi negara kita. Melalui peruntukan wang berpatutan kepada setiap sekolah pihak pengurus
sekolah dapat mengamalkan pengurusan kewangan dengan baik.

Dapatan
Dapatan kajian ini menunjukan tiga buah sekolah ini bagi mengamalkan pengurusan kewangan
di sekolah pemimpin sekolah perlu mempunyai ilmu tentang pengurusan kewangan. Tanpa ilmu
pengurusan kewangan pemimpin sekolah tidak dapat menguruskan sumber kewangan sekolah
dengan baik. Oleh itu wakil daripada ketiga buat sekolah ini menyarankan pemimpin sekolah
perlu mengikuti latihan atau kursus tentang pengurusan kewangan. Pemimpin sekolah perlu
melibatkan diri mereka dalam pengurusan kewangan seperti selalu mengadakan perbincangan
dengan kerani,merancang urusan tentang kewangan dan berkongsi maklumat juga boleh
menjadikan amalan pengurusan kewangan dapat dijalankan dengan baik. Dalam kajian ini juga
menyatakan jangan terlalu gantung kepada kerani sekolah untuk mengambil keputusan tentang
sumber kewangan. Para pemimpin sekolah juga perlu mengetahui cara untuk mengagihkan
sumber kewanagn denagn baik melalui ilmu pengurusan kewangan.Bagi mengamalkan
pengurusan kewangan di sekolah , setiap pemimpin perlu menyertai dan mempelajari ilmu
tenatng pengurusan kewangan.

Peruntukan kewangan sekolah dari kerajaan perlu ditambah agar pihak sekolah dapat
menjalankan pengurusan kewangan dengan baik. Responden dari ketiga buah sekolah tersebut
menyatakan pihak kementerian perlu memperuntukan sumber kewangan tanpa melihat bilangan
pelajar tetapi mengikut keadaan ekonomi negara. Walaupun pihak sekolah telah menyediakan
belanjawaan tahunan , mereka terpaksa menghadapi masalah dalam pengurusan kewangan.
Mereka terpaksa membatalkan beberapa program yang patut dibuat di sekolah kerana sumber
peruntukan kewangan tidak mencukupi. Hal ini kerana mereka terpaksa mencari penyelesaian
lain untuk menampung perbelanjaan sekolah mereka.

Rumusan
Sumber kewangan adalah nadi yang penting kepada sesebuah organisasi. Bagi menguruskan
sumber kewangan di sekolah , Pemimpin sekolah perlu mempunyai ilmu pengurusan kewangan
supaya pengurusan sekolah dapat dijalankan dengan baik. Peruntukan wang kerajaan juga perlu
ditambahkan supaya pentadbiran sekolah berjalan dengan lancar. Amalan Pengurusan kewangan
yang cekap dan teratur dalam organisasi pendidikan dapat menjadikan sesebuah organisasi
mencapai kecemerlangan.
Rujukan
Azizi Hj. Yahaya, Shahrin Hashim danYusof Boon(t.t) Masalah Pengurusan Sekolah yang
dihadapi oleh Pengetua atau GURU Besar pada masa kini.

Maszurla Adam, and Azuraida Shahadan, and Muhammad Faizal A. Ghani, and Shahrll Charil
Hj. Marzuki, (2008) Keberkesanan Pengurusan Kewangan Ke arah Membangunkan Modal
Insan.

Mohd Richard Neles Abdullah(t.t)Pengurusan Kewangan di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah


Menengah Kebangsaan.

Shahril@Charil Hj Marzuki, (2005) Pengurusan Kewangan di Sekolah Rendah dan Menengah di


Malaysia: Isu, Masalah dan Cadangan untuk Mengatasinya.

Anda mungkin juga menyukai