Ashabul Kahfi (P)
Ashabul Kahfi (P)
Kawan-kawan,
Ya kawan-kawan,
Pemuda harapan bangsa. Tahniah kepada Astro yang
mengadakan Program realiti Pencetus Ummah mampu menarik
minat remaja masakini dalam program dakwah dan penghayatan
Islam.
Hadirin sekelian,
Keimanan pemuda tidak goyah
Tetapkan hati kepada Allah ] Nasyid
Raja meminta mereka menyerah
larikan diri pertahan aqidah
Firman Allah ;
mereka pun berkata, "Tuhan kami adalah Tuhan seluruh langit dan
bumi’
Al Kahfi ;14
Ya kawan-kawan,
Penghijrahan demi kebaikan menjadi tuntutan. Lihatlah
kini…ramai golongan artis yang sudah berhijrah ke arah
kebaikan . Alhamdulillah.
Kawan-kawan…
Tujuh pemuda tersebut melarikan diri ke pedalaman kawasan
pergunungan bernama Nikhayus. Perjalanan mereka terhenti
seketika, dek kerana diekori seekor anjing yang bernama Qitmir.
Akhirnya anjing tersebut turut bersama-sama mereka sehingga tiba di
sebuah gua.
‘ Maka kami tutupkan telinga mereka, beberapa tahun didalam gua itu
’. Al Kahfi :11
Ya kawan-kawan,
Allah Maha berkuasa. Tiada setara dan serupa denganNya.
Beribu-ribu ikan Tamban yang timbul di persisiran pantai
Tabisan, Sabah menjadi tanda tanya kepada manusia. Inilah
kuasa Yang Esa.
Penduduk kota berasa hairan melihat wang tukaran pemdua
tersebut. Lalu dikhabarkan kepada raja. Akhirnya raja yang beriman
itu berangkat ke gua, bertemu tujuh pemuda untuk menyaksikan
sendiri akan kebenaran kata-kata agar tidak menghukum pemuda
tanpa usul periksa.
Firman Yang Esa…
‘Siapa yang tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan maka
mereka itu adalah orang-orang kafir. ” (Al-Maidah: 44
Ya kawan-kawan,
Sekian…wassalam..