Anda di halaman 1dari 30

1

Panduan Penulisan Proposal Tesis

Sesiapa yang ingin melanjutkan pelajar dalam Ijazah Tinggi atau postgraduate pasti
buntu untuk menulis proposal tesis. Di sini, saya ingin kongsikan bersama panduan
penulisan proposal tesis..ia hampir sama bagi universiti-universiti di Malaysia.

Panduan Penulisan Proposal Tesis (Kajian Kuantitatif)

Penulisan Proposal Tesis atau dikenali sebagai Cadangan penyelidikan yang


dimaksudkan di sini adalah bertujuan untuk dijadikan asas pertimbangan bagi
pemilihan calon ijazah tinggi di univerisiti-universiti dan juga dalam proses
pengesahan bidang atau skop penyelidikan dalam pengajian ijazah tinggi. Kita
hendaklah mengemukakan cadangan penyelidikan / proposal penyelidikan ini dalam
bentuk yang berjilid dan kemas. Cadangan penyelidikan ini hendaklah menjelaskan
elemen-elemen berikut:

1. Bidang kajian:

Menjelaskan bidang khusus bagi kajian yang akan dilaksanakan seperti bidang
teknologi pendidikan, bahasa arab, syariah, pendidikan Islam dan sebagainya.

2. Tajuk:

Pernyataan tajuk ini hendaklah mampu menjelaskan persoalan pokok dan fokus
kajian. Hakikatnya, dalam proses kita menulis tesis, tajuk yang kita tulis akan sering
berubah. Tetapi, skop dan fokus kajian kita perlu jelas.

3. Penulisan Bab-Bab dalam Proposal Tesis

Dalam penulisan proposal tesis, ia melibatkan tiga bab iaitu Bab 1: Pendahuluan,
Bab 2 : Sorotan Kajian dan Bab 3 : Metodologi Kajian

Saya ingin kongsikan dahulu Bab 1 yang melibatkan tajuk-tajuk yang perlu
dimasukkan dalam Bab 1.
2

Dalam Bab 1 PENDAHULUAN

Kemudian dimulakan dengan,

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Kajian

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif Kajian

1.5 Persoalan Kajian

1.6 Kepentingan Kajian

1.7 Skop Kajian/ Limitasi kajian

1.8 Kerangka Konseptual Kajian

1.9 Definisi Operasional

1.10 Kesimpulan

BAB 1 (Elemen-elemen dalam bab 1 yang perlu difahami dengan jelas) :

a. Latarbelakang masalah :

Membincangkan situasi timbulnya masalah yang akan dikaji. Keberkesanan


perbincangan ini boleh dilihat pada kemampuannya untuk menampakkan masalah
berkenaan dan pentingnya untuk diteliti dan didalami.

b. Pernyataan masalah/Permasalahan Kajian:

Pada bahagian ini calon hendaklah menyenaraikan masalah-masalah sebenar yang


akan dikaji atau juga dikenali sebagai isu-isu mendorong kita memilih tajuk kajian. la
dinyatakan dalam bentuk penjelasan tentang masalah atau isu-isu yang menjadi
tumpuan kajian.
3

c. Objektif Kajian:

Di sini calon hendaklah menjelaskan halatuju kajian dan perkara-perkara yang


diharap akan dapat dicapai di akhir kajian nanti. Pernyataan ini hendaklah jelas,
rasional, serta relevan dengan masalah yang dikaji. Objektif hendaklah mampu
dicapai dan pencapaiannya itu sewajarnya boleh diukur.

d. Persoalan Kajian

Daripada objektif kajian, kita bina soalan-soalan yang menjawap objektif kajian.
Soalan kajian perlu jelas, berfokus dan selari dengan objektif kajian.

e. Hipotesis kajian (Jika Perlu):

Hipotesis ialah pernyataan sementara tentang hubungan antara unsur-unsur yang


dikaji atau tentang cara penyelesaian bagi sesuatu masalah.

f. Kepentingan kajian:

Kita hendaklah menjelaskan kepentingan dan sumbangan kajian yang akan


dilaksanakan terhadap bidang yang dikaji seperti dapat memantapkan penjelasan
tentang sesuatu hukum, memperkemaskan sesuatu kaedah, membetulkan sesuatu
fahaman atau seumpamanya. Juga kepentingan dan sumbangannya dalam
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan negara.

g. Skop kajian / Batasan Kajian:

Skop dimaksudkan batasan kajian yang akan dijalankan. Penjelasan ini penting bagi
mempastikan penilai dapat memahami sempadan kajian berkenaan. Kita sebagai
penyelidik perlu menjelaskan batasan atau limitasi dalam kajian kita seperti sampel
kajian, tempoh kajian, limitasi tempat, skop metodologi kajian dan sebagainya.

h. Kerangka Konseptual Kajian

Kerangka Konseptual ini bermaksud satu bentuk kerangka konsep yang


menerangkan secara ringkas bentuk kajian, hala tuju kajian, format kajian dan
peringkat-peringkat atau fasa-fasa dalam kajian. Ia juga boleh diasaskan di atas
mana-mana teori yang ada atau dibentuk sendiri berasaskan kajian-kajian terdahulu.
Kerangka Konseptual ini akan menjadi panduan kepada kajian akan dilaksanakan.
4

i. Definisi Istilah / Definisi Operasional:

Defini Istilah ini melibatkan istilah-istilah penting dalam kajian. Ia perlu dijelaskan
definisinya agar pembaca dapat memahami dengan lebih jelas kajian yang
dijalankan. Dalam bahagian ini, definisi-definisi umum diberikan, seterusnya pengkaji
perlu menetapkan definisi khusus dalam kajian tersebut.

Semoga selepas membaca post ini...pemahaman anda makin jelas.Post yang


seterusnya, saya akan kongsi cara menulis proposal tesis bagi Bab 2 dan Bab 3.

CONTOH PROPOSAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN, PhD

KEPERLUAN PENDEKATAN KAUNSELING ISLAM DALAM MENANGANI


MASALAH KEMURUNGAN PELAJAR POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL
AZIZ SHAH,SHAH ALAM,SELANGOR DARUL EHSAN,MALAYSIA.

1.1 Pernyataan Masalah

Bertolak daripada masalah kemurungan yang melanda para pelajar dewasa ini,
maka penyelidik merasakan wujudkan keperluan kaunseling Islam menangani
masalah pelajar yang mengalami kemurungan. Dengan ini kajian yang akan
dilakukan penyelidik akan dapat menjawab pelbagai persoalan berkaitan kaunseling
Islam dan masalah kemurungan pelajar. Penyelidik juga berusaha meninjau sejauh
mana kaunseling Islam dapat dilaksanakan di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul
Aziz Shah, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan,Malaysia (PSA) bagi membantu
pelajar menangani masalah kemurungan yang dihadapi.

1.2 Persoalan Kajian

i. Bagaimanakah konsep kaunseling yang digunakan bagi menangani


masalah kemurungan pelajar?

ii. Bagaimanakah latarbelakang pelajar yang mengalami kemurunagan?

iii. Apakah faktor-faktor penyebab kemurungan pelajar?

iv. Apakah salah laku yang dilakukan pelajar kemurungan?

v. Apakah keperluan pendekatan kaunseling Islam dalam menangani


masalah kemurungan pelajar?
5

1.3 Objektif Kajian

Berdasarkan temu bual penyelidik bersama kaunselor/Pegawai Psikologi PSA


mendapati mereka lebih selesa menggunakan pendekatan Roger dan Rational,
Emotional, Behavior Therapy (REBT). Namun demikian, menurutnya lagi,
pendekatan ini disesuaikan dengan latar belakang klien dan masalah yang dihadapi.
Adalah didapati bahawa sekitar 40% kes yang dikendalikan berkaitan masalah
ponteng kelas, masalah pembelajaran, pergaulan rakan sebaya, dan masalah
keluarga yang mengakibatkan pelajar tidak ada motivasi untuk meneruskan
pembelajaran atau pengajian dan sebagainya. Bilangan gender pelajar lelaki dan
perempuan tidak menunjukkan perbezaan yang nyata. Hanya 30% pelajar dirujuk
atas kesalahan ponteng kuliah, merokok, tidak membuat tugasan dan sebagainya.
Walau bagaimanapun bagi menghadapi pelajar yang sukar untuk berkomunikasi,
kaunselor akan menggunakan terapi seni dan mengisi borang soal selidik agar klien
lebih bersedia untuk

berkongsi permasalahan yang sedang dihadapinya.

Penyelidik mendapati sepanjang temu bual tersebut, kaunselotr atau pegawai


psikologi tidak menggunakan pendekatan kaunseling Islam semasa sesi kaunseling
dijalankan. Oleh itu penyelidik bertanggungjawab untuk membantu pelajar
menangani masalah dengan menggunakan pendekatan kaunseling Islam agar
masalah yang dihadapi sebenarnya yang berpunca dari kosongan jiwa, atau dalam
erti kata penyakit kejiwaan hanya boleh dirawat dengan pengisin rohani.

Objektif kajian ini ialah:

i. Menjelaskan konsep pendekatan kaunseling yang digunakan di PSA.

ii. Mengenal pasti latar belakang pelajar yang mengalami masalah


kemurungan.

iii. Menghuraikan faktor-faktor penyebab kemurungan.

iv. Menganalisis tingkah laku yang dilakukan pelajar kemurungan.

v. Menganalisis keperluan pendekatan kaunseling Islam.

1.4 Metodologi Kajian

1.4.1 Reka Bentuk Kajian

Penyelidikan ini akan dijalankan dengan menggunakan pendekatan kajian tinjauan.


6

1.4.2 Lokasi Kajian

Lokasi penyelidikan ialah di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah
Alam, Selangor Darul Ehsan,Malaysia.

1.4.3 Sampel Kajian

Sampel dipilih berdasarkan persampelan bertujuan. Ini berdasarkan kepada


pendapat Chua Yan Piaw bahawa persampelan bertujuan (Purposive sampling)
merujuk kepada prosedur persampelan di mana sekumpulan subjek yang
mempunyai ciri-ciri tertentu dipilih sebagai responden kajian. Oleh yang demikin,
penyelidikan ini menggunakan persampelan bertujuan yang mana hanya pelajar
kemurungan yang dikenal pasti melalui soal selidik inventori Beck akan dipilih
sebagai sampel kajian.

1.4.4 Pengumpulan Data

Patton (1980) menyatakan terdapat tiga jenis temu bual iaitu temu bual formal, temu
bual tidak formal dan temu bual terbuka. Merriem (1998) menyatakan pula terdapat
tiga jenis temu bual iaitu temu bual berstruktur, temu bual separa berstruktur dan
temu bual tidak berstruktur.

Dalam penyelidikan ini, penyelidik akan menggunakan kaedah kulitatif iaitu


temu bual dengan kaunselor dan sampel untuk mendapatkan data serta maklumat.
Temu bual secara separa berstruktur dengan menggunakan protokol temu bual.
Soalan temu bual dibina oleh penyelidik berdasarkan persoalan kajian seperti profil
pelajar kemurungan, faktor-faktor penyebab kemurungan dan salah laku yang
dilakukan pelajar yang mengalami kemurungan.

Kajian kepustakaan juga digunakan bagi memperoleh kajian lepas berkaitan


pendekatan kaunseling, pendekatan kaunseling Islam dan masalah kemurungan
meliputi faktor penyebab kemurungan, salah laku yang dilakukan pelajar mengalami
kemungan.

Manakala kaedah kauntitaitf juga berbentuk soal selidik akan digunakan bagi
mengenal pasti latar belakang pelajar yang mengalami kemurungan, menganalisis
faktor-faktor penyebab berlakunya kemurungan, salah laku yang dilakukan pelajar
yang mengalami kemurungan. Soal selidik Inventori Beck yang diubahsuai .
7

1.3.5 Penganalisisan Data

Data yang diperolehi akan diproses dengan menggunakan program Statistic


Package for Sosial Science (SPSS).

1.5 Limitasi Kajian

Kajian ini hanya akan melibatkan pelajar Islam Politeknik Sultan Salahuddin Abdul
Aziz Shah yang mengalami masalah kemurungan.

1.6 Tinjauan Literatur

1.6.1 Pendekatan Kaunseling

Kaunseling merupakan satu bentuk perkhidmatan perhubungan di antara seorang


klien yang mempunyai masalah psikologi dengan seorang kaunselor terlatih untuk
membantu klien bagi mengatasi masalah yang dihadapinya. Justeru antara masalah
yang dihadapi ialah penerokaan diri dan emosi, menilai persepsi, interaksi orang lain,
penentuan masa hadapan sebagainya.

Menurut Suradi Salim (1996) kaunseling ialah satu perhubungan yang dicirikan oleh
keyakinan, saling mempercayai dan kemesraan yang membolehkan pelajar
memperolehi kestailan intelek dan emosi yang dengannya dia boleh menyelesaikan
masalah atau kemusykilan, membuat rancangan dan memperoleh kepuasan kendiri
yang lebih tinggi .

Kaunselor yang dianggap sebagai profesional ialah individu yang mendapat latihan
dari segi teori dan praktik dalam bidang kaunseling. Sifat-sifat atau ciri-ciri kaunselor
Islam dirujuk kepada sifat-sifat kenabian. Dengan sifat-sifat kenabian sahajalah
seseorang kaunselor itu boleh memainkan peranannya dengan sempurna.

Kecekapan seorang kaunselor harus merujuk kepada ”Association For Spititual ,


Ethical and Relidions Value in Counseling (1995). Antara lain menjelaskan kaunselor
yang menggunakan dimensi agama dan sipiritual perlu mempunyai beberapa
kebolehan seperti:

i. Dapat memahami perbezaan dan persamaan di antara agama dan


spiritual.
8

ii. Berupaya untuk menghuraikan kepercayaan agama, spiritual dan


amalan dalam konteks budaya.

iii. Mengambil bahagian dan mempraktikkan sesuatu kepercayaan agama


dan spiritual yang dapat menpertingkatkan sensitiviti, kefahaman dan penerimaan
dalam sistem kepercayaan tertentu.

iv. Memperlihatkan penerimaan dan sensitif kepada kepelbagaian agama


dan ekspresi spiritual dalam komunikasi klien.

v. Menentukan had-had tertentu atau limitasi pemahaman pegangan


agama dan ekspresi spiritual klien.

vi. Menilai kesesuaian agama dan tema spiritual dalam proses kaunseling
yang memberikan kebaikan kepada klien dan pilihan yang dibuat oleh klien.

1.6.2 Pendekatan Kaunseling Islam

Kaunseling dalam Islam mempunyai pengertian dan kedudukan tersendiri. Ini


bersesuaian dengan syariat Islam yang terkandung di dalam al-Quran dan al-
Sunnah. Pelaksanaan kaunseling menurut Islam mestilah berdasarkan syariat dan
bukannya sekadar proses menolong dan membantu individu tersebut menyesuaikan
diri dengan pelbagai masalah yang dihadapinya mengikut pendekatan Barat semata-

mata (Salasiah, Zainab , Adawiyah , Nadhirah, 2011) .

Bagi Dr. Hasan Langgulung(1997), kaunseling Islam ialah, satu proses pengajaran
dan pembelajaran psiko-sosial yang berlaku dalam bentuk bersemuka (face to face)
anatara kaunselor dan klien. Dalam proses ini diaplikasikan pelbagai teknik dan
kaedah yang profesional yang bertujuan menolong klien menyelesaikan masalah,
mengenali diri, memahami kebolehan-kebolehan kendiri, menggalakkan klien untuk
menerima qada dan qadar Allah S.W.T serta membuat keputusan berpandukan
syariah Allah sehingga ia (klien) sendiri menghendaki yang halal dan meninggalkan
yang haram bersama keredaan Allah S.W.T

Kaunseling Islam bukan sahaja merupakan satu perkhidmatan perhubungan diantara


seorang klien yang mempunyai masalah psikologi dengan seorang kaunselor terlatih
untuk membantu klien bagi mengatasi masalah yang dihadapi tetapi mencakupi hal-
hal berkaitan dengan keimanan seseorang seperti ketuhana, alam akhirat, dosa,
pahala , syurga, neraka, hari kiamat, untung baik, untung jahat dan sebagainya
(Kamal,1995)

Kaunseling Islam boleh ditarifkan sebagai usaha membantu klien menangani


permasalahan kehidupan termasuk kejiwaan dengan menghubungkaitkan hubungan
dengan Allah S.W.T . Terapi solat, wirid , doa dapat membantu memberikan
9

ketenangan kepada klien untuk menghadapai masalah semasa dan menyelesaikan


sendiri masalah di masa hadapan.

Menurut Imam a-Ghazali dalam Ihya ’ Ulumuddin dalam Mardzelah (2003), proses
kaunseling disebut sebagai Hisbat iaitu arahan mengerjakan kebaikan dan menegah
kemungkaran bagi mencapai keredaan Allah S.W.T . Ini menjelaskan bahawa
pendekatan Hisbat dalam Kaunseling Islam sebenarnya merangkumi matlamat
kaunseling yang berteraskan kepada konsep tolong menolong ke arah kebaikan dan
menjauhi kemngkaran atau dikenali sebagai al-amr bi al-ma’ruf wa al-nahy an al-
munkar.

Definisi- definisi yang diutarakan di atas merangkumi aspek perhubungan,


pendekatan psikologi, perubahan tingkah laku, serta dimensi-dimensi lain yang
menjadi pengenalan asas kepada prinsip kaunseling. Sifat-sifat yang wajib ada
pada seseorang kaunselor Islam ialah sidiq, amanah, tabligh dan fatanah .
Rasulullah S.A.W merupakan seorang kaunselor contoh yang harus diteladani oleh
semua kaunselor (Mohamed Sharif, 1998). Berikut dibincangkan sifat-sifat dan
konsep utama yang harus menjadi landasan kepada tugas-tugas seorang kaunselor
Islam :

i. Beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T

ii. Jujur dan Ikhlas

iii. Benar (Sidiq)

iv. Berani

v. Adil

vi. Pemurah dan ramah-tamah

vii. Sabar dan tenang

viii. Adab dan akhlak

ix. Percakapan yang baik

x. Tidak munafik

xi. Menepati janji

Bagi Asmah Bee (2004) berpendapat, seorang kaunselor Islam perlu melengkapkan
dirinya dengan pengetahuan asas berhubung dengan pengetahuan Islam. Yang jelas
ialah apa yang paling asas adalah menyedari kekuatan manusia tidak boleh
menandingi kekuatan Allah S.W.T. Proses kaunseling perlulah melalui beberapa
10

prinsip yang telah ditetapkan oleh Islam iaitu sorang kaunselor harus sentiasa peka
dengan Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

”Dan janganlah kamu mengikuti apa yang tidak kamu ketahui , kerana

sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semuanya itu akan


dipertanggungjawabkan.” Al-Isra: 36.

Antara matlamat kaunseling Islam , Imam al-Ghazali (Kamal Abdul Manaf, 2000) :

i. Mengembangkan personaliti individu ke arah yang positif untk


menyelesaikan segala kerumitan dengan berkesan dalam kehidupannya.

ii. Membantu individu menyesuaikan dirinya dengan masyarakat dan


menuruti masyarakat melalui perkembangan konsep kendiri.

iii. Membekalkan pengalaman-pengamalan baru yang dapat mewujudkan


peluang-peluang kepada klien supaya mereka memahami perbezaan diri mereka
dengan kehidupan.

iv. Membantu klien memahami diri sendiri dan menyesuaikan dirinya


dengan persekitaran serta orang lain.

v. Dalam Islam, matlamat akhir seseorang insan adalah untuk berjaya


menjadi khalifah Allah S.W.T di bumi ini dan beribadat kepada-Nya. Seseorang
kaunselor mesti memahami matlamat khususnya yang terakhir ini.

Manakala Imam al-Ghazali berpandangan bahawa proses kaunseling tidak


memerlukan seseorang kaunselor menyediakan sesuatu jawapan yang khusus
untuk sesuatu permasalahan, atau untuk mengubah sesuatu tingkah laku yang
tertentu. Sebaliknya kaunselor membantu klien berasa lebih terbuka terhadap
pelbagai pengalaman mereka dan dapat menerima orang lain. Perubahan klien ini
boleh dilihat sebagai seorang yang lebih sosial dan matang. Justeru Imam al-Ghazali
menganjurkan supaya kaunselor membantu klien melalui beberapa kaedah:

i. Menjadikannya normal supaya mereka mengenali diri dan persekitaran


mereka.

ii. Membantu klien menemui cara-cara atau pendekatan yang lebih baik

untuk mereka menyelesaikan kerumitan yang dihadapi.

Berdasarkan anjuran ini , maka kaunselor tidak perlu menyediakan jawapan yang
khusus untuk sesuatu tingkah laku tertentu yang perlu dilakukan klien sebagai
matlamat kaunseling.
11

Menurut Yatimah dan Mohd. Tajudin (2008), proses kaunseling model al-Ghazali
merangkumi aspek-aspek musyararah ( menetapkan syarat), muraqabah (audit atau
semakan), mu’aqabah ( dendaan), mujahadah (bersungguh-sungguh) dan
mu’atabah (celaan) .

Langkah-langkah kaunselign model al-Ghazali bagi proses membantu klien atau


orang bermasalah menurut al-Ghazali adalah seperti berikut:

i. Langkah 1: Pengenalan dan bina hubungan

ii. Langkah 2: Meneroka diri dan masalah

iii. Langkah 3: Mengenal pasti punca dan jenis masalah.

iv. Langkah 4: Memberi ubat yang sesuai dengan penyakit

v. Langkah 5: Penilaian

Manakala menurut Salaiah et.al (2011) kemahiran kaunseling yang boleh

digunakan ialah :

i. Kemahiran menyoal

ii. Kemahiran membuat dorongan minimum

iii. Kemahiran membuat konfrantasi

iv. Kemahiran refleksi emosi

v. Kemahiran refleksi pengalaman

vi. kemahiran membuat prafrasa

vi. Kemahiran membuat rumusan besar

Berdasarkan kepada kedua-dua model di atas menunjukkan adanya sedikit


perbezaan.Bagi al-Ghazali, ia lebih menumpukan kepada proses membantu klien
menggunakan pendekatan Islam dan menumpukan kepada klien beragama Islam. Ini
kerana menurut al-Ghazali, masalah yang dihadapi oleh manusia berpunca daripada
tidak memahami tujuan sebenar kehidupan iaitu mengabdikan diri kepada Allah.

Surah al-Anbiya’ ayat 7

Bermaksud: maka bertanyalah kamu kepada ahl al-Dhikr, jika kamu tidak
mengetahui.
12

Menurut al-imam Nawawi

Maksudnya: Digalakkan kepada sesiapa yang menghadapi masalah berbincang


mengenainya dengan sesiapa yang ia percaya sama ada dari aspek agamnaya,
pengalamannya, kecerdikannya, kebijaksanaannya, kewarakannya serta
ketelusannya (empati).

Berdasarkan penelitian terhadap hadis-hadis ’kaunseling’ dapat disimpulkan di sini


bahawa kaunseling Islam mengemukakan satu pendekatan yang berorientasikan
pembersihan rohani sebagai suatu kaedah bagi menyelesaikan masalah kecelaruan
jiwa . Pendedahan terhadap amalan-amalan tertentu sebagaimana dikemukakan
oleh Rasulllah S.A.W untuk para sahabat yang menghadapi tekanan perasaan,
menjelaskan bahawa dalam konteks kaunseling Islam penyelesaian masalah bukan
sahaja bergantung kepada tindakan klien semata-mata tetapi juga berhubung rapat
dengan dimensi ketuhanan dan kerohanian.

Pendekatan kaunseling Islam dan juga amalan-amalan seperti solat, doa, zikir
tersebut amat sesuai disarankan kepada klien dalam usaha mengatasi setiap
masalah atau menangani masalah kemurungan dan menghindari klien daripada
terus mengalami kesedihan.

” Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada Aku, nescaya akan Kuperkenanakan


bagimu.sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Aku
(berdoa) alan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dan dina.”

Hadis yang menganjurkan setiap individu berdoa apabila menghadapi masalah atau
apa jua konflik yang menimpa:

Maksudnya: tidak ditimpakan kebimbangan dan kesedihan seseorang kamu, lalu ia


berkata”Wahai Tuhanku, aku hamba-Mu, anak- anak dari hamba-Mu, anak daripada
hamba perempuan-Mu, ubun-ubunya dalam gengaman-Mu berlaku padaku hukum-
Mu, adil segala ketentuan-Mu, aku bermohon pada-Mu dengan segala nama yang
engkau namakan dari diriMu, yang engkau turunkan dalam kitab-Mu, yang telah
engkau ajarkannya kepada seseorang dari makhluk-Mu, Engkau sendiri yang
mengetahuinya dalam ilmu ghaib-Mu, agar Engkau jadikan al-Quran sebagai cahaya
penerang dan penyejuk hatiku, penghilang dukalara, resah gelisah dan pengikis
kebimbanganku.. (H.R. Bukhari)

Menurut Mohamed Sharif (1998) doa adalah jalan yang disediakan oleh Allah S.W.T
bagi umahnya meminta sesuatu daripada-Nya, tidak kira sama ada yang berkaitan
dengan fizikal ataupun spiritual. Dengan menyebut nama Allah melalui zikir dan
meminta limpah kurnia-Nya melalui doa adalah cara yang sebaik-baiknya bagi
seseorang individu mencari ketenangan hidup.
13

Doa

Dalam surah Ghafir ayat 60 :” Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada-Ku,


nescaya Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang
menyombongkan diri dari menyembah-Ku (berdoa) akan masuk neraka jahanam
dalam keadaan hina dina.”

”Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah),


bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa
apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala
perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada
dalam kebenaran” (Al-Baqarah:186)

Menurut Zakiah Drajat (dalam M. Darojat , 2006) doa dapat memberikan rasa
optimis, semangat hidup dan menghilangkan perasaan putusasa ketika seseorang
menghadapi masalah. Doa mempunyai makna penyembuhan bagi stres dan
gangguan kejiwaan. Doa juga mengundang manfaat untuk pencegahan terhadap
terjadinya kegoncangan jiwa dan gangguan kejiwaan.

Zikir

Zikir (a-dhikr) mengingati Allah juga merupakan suatu bentuk rawatan ronahi yang
amat berguna untun mengembalikan ketenagan dan ketenteraman jiwa. Apabila
dilaksanakan secara berterusan (iltizam) dan dengan hati yang ikhlas, ia
mendatangkan kesan yang tidak terhingga kepada peribadi dan tingkah laku
manusia. Ia juga sebagai perisai yang dapat menghalang manusia daripada
gangguan iblis dan syaitan .

(al-Quran :Ar- Rad: 28)

Istigafar:

Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan ke atas pelajar yang menjalani proses


rawatan pendekatan kaunseling Islam iaitu wirid, doa dan muhasabah diri mendapati
rawatan ini dapat mengembalikan keyakinan sampel penyelidikan yang akhirnya
dapat mengurangkan masalah kemuruangan yang mana setanding dengan terapi
Barat (Iran Herman, Asmah Bee: 2003)

Penyelidik berkeyakinan bahawa rawatan melalui pendekatan Islam seperti doa,


wirid dan solat dapat memberikan semangat baru yang lebih positif dalam
menghadapi kehidupan dan cabaran masa hadapan.
14

1.6.3 Kemurungan

Olthman dan Emely (1998) mendefinisikan kemurungan sebagai :”Depression can


refer to either to a mood or clinical syndrome a combination of emotional, cognitive
and behavioral syamptoms. Kemurungan bukan sahaja berlaku dalam kalangan
kanak-kanak, malah ia boleh dialami dalam pelbagai peringkat usia dan gender.
Menurut Kauffman (2001) kemurungan di kalangan kanak-kanak merupakan satu isu
yang kontroversial sejak beberapa dekad yang lalu.

Kemurungan juga dianggap sebagai penyakit zaman ini. Ianya tidak hanya
berbahaya secara kejiwaan tetapi boleh juga merosakkan aspek fizikal. Gangguan
kemurungan adalah berberapa bentuk penyakit kejiwaan,kecanduan dadah,
gangguan tidur, gangguan pada kulit , perut dan tekanan darah dan akhirnya boleh
bertindak agresif seperti membunuh orang atau membunuh diri.

Menurut Mohd. Sufian (2004), kemurungan adalah suatu masalah yang tidak
seimbang emosi yang mana biasanya dialami manusia yang berdepan dengan
kekecewaan atau tekanan dalam kehidupan harian mereka. Menurut kajian yang
dijalankan oleh Turkington dan Kaplan (1997) dalam See Ching Mey, (2005)
mendapati bahawa apabila seseoang yang mencapai umur 15 tahun satu daripada
lima remaja akan mengalami kemurungan. Menurut Bachanas dan Kaslow (2001)
kemurungan dalam kalangan remaja memerlukan perhatian dan intervensi yang baik.

Kemurungan merupakan satu sindrom klinikal yang menggabungkan kombinasi


emosi, kognitif dan juga simptom-simptom tingkah laku (
Oltmanns&Emery, 1995) . Ia juga merupakan gangguan dan kecelaruan perasaan
dan termasuk penyakit minda yang memberi kesan psikologi yang mana
penghidapnya akan bertingkah laku suka menyalahkan diri sendiri , keliru dan
merasakan tiada peluang hidup.

Menurut Bachanas dan Kaslow (2001), kemurungan dalam kalangan remaja


memerlukan perhatian dan intervensi yang baik. Menurut kajian yang dijalankan
oleh Turkington & Kaplan (dalam See Ching Mey, 2005) mendapati bahawa apabila
seseorang yang mencapai umur 15 tahun satu daripada lima orang remaja akan
mengalami kemurungan.

Menurut Iran Heman (2003) kajian-kajian yang dilakukan terhadap fenomena


kemurungan ini meliputi pelbagai tahap umur dari peringkat kanak-kanak hinggalah
ke peringkat dewasa. Pada peringkat kanak-kanak kemurungan sebagai suatu
masalah klinik kurang diberi perhatian.

Manakala Iran Herman (2005) kajian-kajian lepas yang dilakukan terhadap

fenomena-fenomena kemurungan ini meliputi tahap umur dari peringkat kanak-kanak


sehinggalah ke peringkat dewasa. Pada peringkat kanak-kanak kemurungan
sebagai suatu masalah klinikal kurang diberikan perhatian. Mengikut kajian Lee
(1987) dalam Mohammad Alfian ( 2006 ) mendapati 140 pelajar tahun
15

empat universiti menunjukkan pelajar ini mengalami kemurungan yang disebabkan


kesunyian emosi dan kesunyian sosial.

Dalam bidang psikiatri pula masalah ini tidak mendapat perhatian yang serius dari
mana-mana pihak sehingga lewat tahun 1970-an (Iran Herman, 2003). Kesukaran
mendefinisikan secara operasional simptom kemurungan juga dan dalam
menentukan kemurungan pada kanak-kanak dikatakan halangan yang besar kepada
penyelidikan dalam bidang ini.

Walau bagaimanapun, situasi ini telah berubah dengan cepat dan ia telah menjadi
satu usaha dan bidang kajian yang besar apabila masalah kanak-kanak mula
diberikan perhatian khusunya di Amerika Syarikat (Schulterbandt dan Raskin, 1977) .

Menurut Jamaludin et al. (2010 ) terdapat beberapa simptom kemurungan bagi


mengenal pasti sama ada seseorang itu mengalami sindrom kemurungan atau tidak.
Simptom-simptom ini terbahagi kepada empat aspek utama iaitu afektif, kognitif,
tingkah laku dan fisiologi. Setiap aspek ini berkait antara satu sama lain. Menurut
Mohd. Farhan dan Uzair (2008) faktor utama yang menyebabkan kemurungan
pelajar adalah faktor kepenatan diikuti oleh faktor motivasi akademik, kognitif dan
emosi.

Menurut Al-Kindi ( dalam Rizal:2009) kemurungan berpunca daripada kegagalan


seseorang untuk mencapai sesuatu yang sangat dihajati dalam hidupnya. Oleh yang
demikian boleh menyebabkan seseorang itu menghadapi kesediahan dan
kemurungan kerana kehendak manusia itu tiada batasannya sedangkan ia tidak
mampu untuk mencapai atau memenuhi semua kehendak tersebut.

Menurut Al-Kindi lagi, kemurungan juga boleh berlaku disebabkan faktor kerosakan,
kebinasaan , kematian atau kehilangan sesuatu yang sangat disayangi oleh
seseorang. Sementelahan pula semua faktor ini tidak boleh dipertahankan buat
selamanya seperti harta, orang yang disayangi dan dikasihi, wang ringgit dan
sebagainya.

Kejadian masa lalu seperti kecewa akibat kematian insan yang akrab dalam
kehidupan klien telah menyebabkannya menghadapi masalah pembelajaran.Di
samping itu faktor persekitaran kejadian masa lalu seperti jenayah rogol membawa
kepada penyumbang kemurungan. Kajian oleh Briere (dalam Shazli Ezzat :2006)
membuktikan kaitan rapat yang wujud antara mangsa dengan kemurungan. Simptom
kemurungan yang dihadapi seperti berasa sedih, berasa letih sepanjang masa, gagal
untuk memberi tumpuan dan lantaran tidur yang berlebihan.
16

Beck (1976) telah menyenaraikan tiga faktor yang menyebabkan individu mengalami
kemurungan. Faktor-faktornya ialah:

i. Penyalahan diri

ii. Kasihan diri

iii. Rasa kasihan kepada pihak lain.

Menurut Beck (1976) lagi penyalahan diri bermaksud mempercepatkan seseorang


bersalah kerana kelakuan yang salah. Apabila perasaan menyalahkan diri ini wujud
dalam diri sendiri, maka ia cenderung untuk terus menkritik diri dan membenci diri
sendiri.

Sikap seperti ini menyakinkan mereka bahawa diri mereka yang jahat dan tidak
berguna lagi. Sikap menyalahkan diri sekiranya berterusan akan menyebabkan
individu akan berasa terganggu dan mungkin berasa ingin menangis, berdiam diri
atau bersedih secara tidak langsung yang mana akan membawa kepada
kemurungan.

Faktor-faktor kemurungan dalam kalangan pelajar akan dibahagikan kepada tiga


faktor utama seperti:

i. Kepenatan disebabkan keletihan, kurang tumpuan terhadap

pembelajaran dan kesukaran menyiapkan tugasan.

ii. Kognitif dan emosi relajar yang tidak terlepas daripada dibelenggu dengan
kekusutan pemikiran dan emosi dalam kehidupan mereka.

iii. Masalah berkaitan dengan motivasi akademik seperti faktor berkaitan


akademik, masalah kelas dan masalah motivasi.

Kendatipun Ibu Sina berpendapat penyakit kemurungan yang tidak ditangani dengan
baik akan meninggalkan kesan ke atas tuntutan biologi seseorang dan mendorong
kepada perlakuan membunuh diri (Rizal, 2009)
17

1.6.4 Pandangan Barat tentang Kemurungan Dan Menangani Menurut


Keagamaan

Menurut E. Gilman Stephen , Kawachi Ichiro, M Fitzmaurice Garrett,


dan L Buka Stephen (2002) sosioekonomi yang rendah semasa zaman kanak-
kanak mempunyai kaitan berlakunya kemurungan semasa remaja kelak Hasil kajian
yang dijalankan oleh Mohamed Alfian Haris (2006) mendapati masalah kebimbangan
dan punca utama ketidakstabilan emosi pelajar disebabkan oleh pendapatan
keluarga .

Manakala menurut Paragament dan Park (1995) telah membuktikan bahawa amalan
agama dapat mengawal tekanan yang dirasai. Agama dapat digunakan dengan
pelbagai cara sama ada untuk individu menjadi asertif atau defensif, aktif atau pasif.
Agama berkait rapat dengan matlamat dan kaedah pelaksanaan. Menurutnya lagi ,
agama memberikan panduan amalan kehidupan dan tindakan individu pada setiap
ketika sama ada secara perseorangan atau kolektif.

Menurut Dr. Randy Byrd (dalam Stephen:2009) melaporkan mengenai eksperimen


yang menarik dalam ”The Medical Tribune” berhubung dengan pesakit hospital yang
sama usia dan keadaan dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama
dibacakan doa oleh beberapa anggota kumpulan yang berdoa, sementara golongan
kedua tidak. Hasil kajian menunjukkan kumpulan pertama kurang menderita sakit;
hanya 3 daripada 16 orang memerlukan antibiotik; 6 orang menderita pulmonari
edema, berbanding orang dengan 18 orang; dan tidak ada yang perlukan rawatan
perubatan;berbanding 12 orang dalam kumpulan kedua.

Seandainya lebih bersungguh-sungguh dan kerap berdoa dengan penuh keyakinan


dapat dapat merubah manusia dan manusia boleh membuat perubahan dalam
dirinya. Herbert Hoover, bekas Presiden Amerika Syarikat yang ke-31 berkata:”
Kuasa doa lebih kuat daripada kombinasi yang dikawal oleh manusia; kerana doa
ialah terbaik manusia dapat mengumpulkan sumber-sumber ketuhanan.” (Septhen,
2009)

1.7 Kerangka Kerja Teoritikal

Keperluan Pendekatan Kaunseling Islam

1.8 Signifikan Kajian

Kajian ini penting untuk mendedahkan keperluan pendekatan kaunseling Islam


dalam menangani masalah kemurungan pelajar. Pelaksanaan kaunseling Islam
diharapkan dapat membantu pelajar mengatasi kemurungan tersebut.

Kajian ini juga penting untuk pelajar mengenal pasti emosi yang boleh membawa
kepada kemurungan dan bertindak untuk mengatasinya agar mereka meneruskan
18

kehidupan yang lebih selesa. Sebagai contoh apabila seorang pelajar mengenal
pasti kemurungan yang sedang dihadapinya khsusnya

1.9 Definisi Operasional

kaunseling Islam

Ishammuddin Ismail (1996) mentakrifkan kaunseling Islam sebagai suatu proses


menolong dan membantu dengan cara membentuk perhubungan secara bersemuka
antara kaunselor dengan klien . Dengan kata lain, hubungan tersebut akan
melibatkan penerokaan potensi jati diri klien bagi mengembangkan semula segala
sumber dalaman klien untuk menerima kebenaran (al-Haq) serta bertanggungjawab
pada diri sendiri untuk mencari keredaan Allah S.W.T

Muhd. Mansur Abdullah (1996) pula menyebut kaunseling Islam ialah suatu proses
aktif yang terjadi antara kedua-dua belah pihak yang dicorakkan melalui
perhubungan yang intim antara kaunselor dengan klien.Yang nyata ianya bertujuan
menolong menyelesaikan masalah serta mengubah tingkah laku klien ke arah yang
lebih baik untuk mendapatkan

keredaan Allah S.W.T.

Kaunseling Islam ialah suatu proses pengajaran dan pembelajaran untuk menolong
individu atau kumpulan individu yang menghadapi masalah psikologi bagi membuat
keputusan dan membimbing kehidupannya bagi menghadapi kebahagiaan dunia dan
akhirat berpandukan syariat Islam (Mohd. Sharief:1998)).Dalam kajian ini penyelidik
akan menggunakan pendekatan kaunseling Islam berdasarkan Teori Kaunseling
Islam Al-Ghazali.

Kemurungan

Kemurungan yang boleh dianggap sebagai suatu perasaan, suatu sindrom atau
suatu penyakit klinikal (Dacey & Kenny, 1997) . Mana kala menurut Beck (1976)
dalam Iran Herman (2003) telah menyenaraikan faktor penyalahan diri, kasihan diri
dan rasa kasihan kepada pihak lain adalah faktor yang menyebabkan kemurungan.
Oleh yang demikian kemurungan dapat dilihat sebagai suatu sindrom penyakit emosi
yang akhirnya menzahirkan tingkah laku atau perlakuan seperti ponteng kelas,
menyendiri, tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pembelajaran
dan sebagainya.
19

Dalam kajian ini kemurungan dilihat

Kesan Kemurungan

Kesan kemurungan yang kerap berlaku dalam kalangan pelajar seperti ponteng
kuliah, tidak menumpukan perhatian terhadap pembelajaran, suka berkhayal, sering
datang lewat ke kuliah, kerap bersendirian dan lain-lain.

Kemurungan seumapama ini boleh mengakibatkan pencapian akademik terjejas dan


ada juga pelajar mengambil keputusan berhenti daripada meneruskan pelajaran atau
pengajiannya.

Faktor Penyebab Kemurungan

Antara penyebab kemurungan ialah dikeranakan masalah emosi, masalah


pembelajaran,faktor persekiaran, latar belakang pelajar , masalah keluarga, ,
masalah malu, kebimbangan , tidak berminat dengan kursus yang diikuti ,percintaan
dan sebagainya.

1.8 Rujukan

BIBLIOGRAFI

Asmah Bee, Mohd. Noor. 1979. Tingkah laku dan masalah seks di kalangan kaum
remaja. Widya, 23 Julai.

Asmah Bee, Mohd. Noor, 1979. Kemurungan : Satu pendekatan teori, Majalah
Psikologi, Bil. 10 hal. 87-103

Azalan Afandi. 1998. Peranan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling terhadap

pelajar yang berprestasi rendah ke arah peningkatan pencapaian akademik. Latihan

Ilmiah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Khas). Universiti Kebangsaan Malaysia.

Azizah Lebai Nordin. 2002. Masalah Disiplin di Kalangan Remaja. Tesis PhD. Fakulti

Pendidikan, Universiti Malaya.


20

Beck , 1996. Depression Inventor II . Available at: http://Marketplace


psychorp.com/Psyco

psychorp.com/PsychoCprp.com/Cultures/en-US/dotcom

Beck, A.T, 1976. Depression :Cause and treatment. Philadelphia: University of

Pennsylevinia Press

Corey, G & Corey M.S. 2002. Groups: Process and pratice. Sixth Ed. Brooks Cole

Thomson Leraning. USA.

Corey, G. 2001. Theory and practice of counseling and psychostherapy (6th ed.)
and

manual. Pascific Grove, C.A: Brooke / Cole.

Davis , S.F and Palladino, J.J ,1997. Pschology 2. Upper Saddle River Ner
Jersy:Prentice

Hall

Drojat Ariyanto, 2006, Psikoterpi dan doa, SUHUF,Vol.XVIII,No 01 Mei 2006

Erickson, M. T. (1992). Behavior Disorders of Children And Adolescents:


Assesement,

Etiology and Intervention. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall Inc.

Gorenstein, C.G., Andrade, L., Zanoli, E. Dan Artes, R. 2005 . Expressive


Syamptoms In A

Nonclinical Brazilian Adolescent Sample. The Canadian Journal On


Adolescent I.

63-91
21

Hassan, Langgulung, 1995. Prof. Dr, Pendidikan Islam dan Peralihan Paradigmam

Selangor, HIZBI.

Hassan, Langgulung.1997.Asas-Asas Pendidikan Islam. Kuala Lumpur. D.B.P cet.


Ke-2

Hassan, Langgulung ,1983. Teori-teori Kesihatan Mental:Perbandingan Psikologi


Moden

dan Pendekatan-pendekatan Pakar-Pakar Pendidikan Islam . Selangor,


Pustaka

Huda,

Ishammudin Ismail 1996. Persepsi Kaunseling Kontemporari. KL , Pusat Ilmu


Jelatek,

1996.

Muhd. Mansor, Abdullah,1996. Kaunseling: Teori, Proses dan Kaedah . Selangor,


Fajar

Bakti , cet-2.

Jamaluddin Ramli, Azizi Yahya, Nordin Yahaya, Siti Zainab Md Lazim, 2010
Kemurungan

Dalam Kalangan Penghuni Rumah Anak Yatim DI Daerah Kota Baharu,


Kelantan.

Jurnal

Kamal Abdul Manad (Al_Hakam), Kaunseling isla “Perbandaingan Antara Amalan


dan

Teori Kaunseling Barat”. Utusan Publication dan Distributor Sdn. Bhd.

M. Darojat Ariyanti , Psikoterapi dengan doa, Jurnal Fakultas Agama


Islam,Surakarta.

Mizan Adiliah. 1998. Kaunseling sekolah dan gejala sosial. Jurnal PERKAMA 7.
22

Muhamed Sharif , 1998 Kaunseling Islam, Jurnal Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia. Jilid 4. Bil. 1 April 1998 hal 19-30

Muhamed Alfian Harris b. Omar, Muhamed Sharif Mustffa, 2006, Tahap Kestabilan
Emosi

Pelajar di Sebuah Kolej Kediaman Institusi Pengajian Tinggi Awam : Satu

Tinjaua, Jurnal Fakulti Pendidikan UTM , Skudai.

Mohd. Farhan Uzair bin Paisan, 2008 . Tinjauan Terhadap Kemurungan Dalam
Kalangan

Pelajar Di Universiti Tun Hussein Onn, Tesis Sarjana Universiti Tun Hussein
Onn.

Muhammad Alfian Hariss , Muhamed sharif Mustaffa ,2006. Tahap kestabilan emosi

pelajar di sebuah kolej kediaman institusi pengajian tinggi awam: satu


tinjauan. In:

National Student Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9 August


2006,

Kuala Lumpur, Malaysia

Oltmans , T.F., and Emery, R.E (1998), Abnormal Psychology upper Saddle

River,NJ,:Prentic Hall. Cet. 2.

Rizal, Abu Bakar, Kaunseling Daripada Perspektif Islam Apa, Mengapa dan
Bagaimana.

2009. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Schulterbandt.J.G & Raskin A. (1977) Depression In Childhood:Diagnosis. Treatmen


And

Conceptual Models. New York: Revan Press

Shazli Ezzat Ghazali, Pommusamy S, Normah Che Din dan Nik Faridah Yousef
Mohd
23

Khan,2006. Kesejahteraan Psikologi, kemurungan dan Sokongan Sosial di

Kalangan Mangsa Rogol , Jurnal Sains Kesihatan Malaysia 4 (1.) 2006:99-


106,

Uuniversiti Kebangsaan Malaysia.

Salasiah Hanim Hamjah, Zainab Ismail, A’sawiyah Ismail, Nadhirah Muhammag


Arib,

2011. Kaedah Penerapan Ibadah dalam Kaunseling: Satu Tinjauan Awal.


Jurnal,

Perkama International Convention.

Syed Hasan Ahmad, Asmah Bee,2003. Menangani Kemurungan Melalui Kaunseling

Berperspektif Islam , Prosiding Seminar Kaunseling Berperspektif Islam.

Wan Abd. Kader& Ismail Abdul Ghani, Dakwah dan Kaunseling Islam, Penerbit
Universiti

Kebangsaan Malaysia, 2006

Yatimah Sarmani & Mohd. Tajudin Haji Ninggal, 2003, Kaunseling Islam Dalam
Membina

Masyarakt Madani. Kertas Kerja dibentangkan di Konvensyen PERKAMA


kali ke

XI, Hotel Eden Garden , Johor Bahru (25-27 Jun 2003).

Yatimah Sarmani , 2005. Pendekatan Kaunseling Islam: Satu Analisis Kualitatif


Model

Kaunseling Berasaskan Sifat-Sifat Manusia Oleh Imam Ghazali. Tesis


Doktor

Falsafah tidak diterbitkan. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai , Johor.


24

Zainab Ismail , 2001, Tesis PhD USM

Zuria Mahmud, Noriah Mohd. Ishak & Noriah Bachok. 2003. Strategi kaunseling
untuk

menangani tingkah laku bsermasalah di kalangan pelajar sekolah menengah: Satu


tinjaun literatur. Konvensyen PERKAMA Kali Ke XI. Hotel Eden Garden, Johor
Bharu. 25-27Jun
25

1.1 Organisasi Bab Tesis

PENGAKUAN

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

JADUAL TRANSLITERASI

SENARAI JUDUL

SENARAI ILUSTRASI

SENARAI SINGKATAN

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Kajian

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Persoalan Kajian

1.5 Objektif Kajian

1.6 Limitasi Kajian

1.7 Kerangaka Konseptual

1.8 Definisi Operasi Kajian


26

BAB II ASAS AMALAN DAN KAUNSELING ISALM DALAM MENANGANI


MASALAH KEMURUNGAN

2.1 Pengenalan

2.2 Faktor yang Mempengaruhi Kemurungan

2.2.1 Keluarga

2.2.2 Masalah pembelajaran

2.2.3 Masalah sosial

2.2.4 Masalah kewangan

2.3 Asas Amalan Kaunseling Islam

2.4 Proses Kaunseling Islam dalam Menangani Kemurungan

2.4.1 Definisi Kaunseling Islam

2.4.2 Proses kaunseling Islam Menagani Kemurunga

2.5 Nilai Dakwah/Rawatan Rohani dalam Proses Kaunseling Islam

2.5.1 Definisi Dakwah

2.5.2 Nilai Dakwah dalam Proses Kaunseling Islam

2.6 Etika Kaunselor Muslim

2.7 Rumusan

BAB 3: ORGANISASI POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH


DAN JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK

3.1 Pengenalan

3.2 Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)

3.3 Jabatan Kejuruteraan Elektrik

3.4 Unit Bimbingan dan Kaunseling

3.5 Latar Belakang Kaunselor

3.6 Rumusan
27

BAB 4: LATAR BELAKANG SOSIO DEMOGRAFI DAN MASALAH


KEMURUNGAN PELAJAR

4.1 Pengenalan

4.2 Jumlah dan taburan responden

4.3 Latar belakang Responden

4.3.1 Umur dan Jantina

4.3.2 Latar belakang Pendidikan Keluarga

4.3.3 Pekerjaan Ibu Bapa

4.3.4 Pendapatan keluarga

4.4 Rumusan

BAB 5: PROSES KAUNSELING DALAM KALANGAN PELAJAR YANG


MENGALAMI KEMURUNGAN

5.1 Pengenalan

5.2 Persediaan Untuk Sesi Kaunseling

5.3 Langkah Dalam Proses Kaunseling

5.3.1 Mengenal Pasti Identiti dan Menerima Responden

5.3.2 Mewujudkan Suasana Mesra

5.3.3 Mendengar dan Menentukan Masalah

5.3.4 Merumuskan Kesimpulan Sementera

5.3.5 Membantu Responden Memecahkan Masalah dan Membuat Keputusan

5.3.6 Memberi penerangan Kepada Responden

5.4 Kekerapan Responden menyertai Sesi Kaunseling

5.5 Keputusan Responden Selepas Menyertai Sesi Kaunseling

5.5.1 Meneruskan pengajian

5.5.2 Berjanji Akan Berubah

5.5.3 Boleh Menerima Permasalah Keluarga

5.54 Lebih Termotivasi


28

5.6 Aplikasi Dakwah Islamiah/ Rawatan Rohani Dalam Proses Kaunseling

5.6.1 Hak dan Tanggungjawab Pelajar

5.6.2 Hukum Hakam Bertingkah Laku negetif

5.6.3 Kelebihan Berzikir

5.6.4 kelebihan Doa

5.6.5 Kelebihan Berwirid

5.7 Rumusan

BAB 6: PENUTUP

6.1 Pengenalan

6.2 Ringkasan Hasil Kajian

6.2.1 Proses Kaunseling dan Perlaksanaannya

6.2.2 Aplikasi Dakwah Islamiah/ Rawatan Islam dalam Kaunseling

6.2.3 Latar belakang Pegawai Psikologi

6.2.4 Latar Belakang Pelajar Yang Mengalami Kemurungan

6.2.5 Kemurungan

6.2.6 Faktor Kejayaan / Kegagalan Kaunseling

6.3 Implikasi Hasil Kajian

6.4 Cadangan

6.5 Cadangan Kajian Akan Datang

RUJUKAN

LAMPIRAN
29

1.9 Milestone

NO

PERANCANGAN

Semester 1: September- November Kertas Cadangan Proposal

Disember : Pembentangan Kertas Cadangan Proposal

Semester 2: Januari : Mengumpulkan dan mengolah bahan penyelidikan

Februari: Temu bual dengan kaunselor untuk mendapatkan

maklumat pelajar yang mengalami kemurungan.

Mac: Membuat soal selidik

April: Mengedarkan borang soal selidik

April – Ogos : Mengadakan sesi kaunseling pendekatan Islam

menurut teori al-Ghazali

Semester 3: September : Mendapatkan hasil dapatan kaunseling Islam yang “

dijalankan ke atas responden.

Oktober- Disember : Menganalisis dapatan kajian.

Semester 4: Pembentangan Hasil Kajian dan memperbaiki kajian jika perlu

Semester 5: Penyerahan tesis untuk kegunaan VIVA

Semester 6: VIVA
30

1.2 Jangkaan Penerbitan

Penerbitan dijangkakan pada akhir semester setelah menyelesaikan


penambahbaikan jika berkaitan.

(sumber:Mahnessa A. Kadir: Contoh Sebuah Proposal)

Anda mungkin juga menyukai