Anda di halaman 1dari 9

APA YANG ANAK-ANAK DAPAT PELAJARI DARI BERMAIN

BONGKAH KAYU?

Bongkah kayu bukan sekadar permainan semata-mata, bahkan banyak perkara dapat dipelajari
anak-anak semasa bermain dengan bongkah-bongkah kayu.

Permainan bongkah kayu merangsang banyak aspek perkembangan anak-anak seperti


intelektual, fizikal, sosio-emosi dan literasi.

Dalam satu kajian, kanak-kanak yang bermain dengan bongkah kayu seawal usia 3, 4 dan 5
tahun lebih cemerlang dalam bidang matematik semasa di sekolah menengah

APA YANG DAPAT DIPELAJARI ANAK DARI BONGKAH KAYU?


1-3 Tahun

Kali pertama anak-anak ini diberikan bongkah kayu, mereka akan mula meneroka bongkah-
bongkah ini dengan cuba memegang, membawa ke sana sini, merasai tekstur, berat dan warna
bongkah-bongkah.

Mereka juga akan bereksperimen sendiri dengan melepaskan atau mengetuk bongkah kayu ke
lantai sambil mengamati bunyi yang terhasil.

Selepas sesi ‘berkenalan’ dengan bongkah kayu ini, mereka mula mengeksplorasi cara bermain
seperti mengisi bongkah ke dalam bekas, menyusun diatas lantai, menyusun secara bertingkat
kemudian merobohkan semula.
Pada masa yang sama, anak-anak akan mula memahami konsep perbezaan saiz antara bongkah
seperti yang mana lebih besar.

Secara sosio-emosi, permainan bongkah kayu dapat menaikkan keyakinan diri anak-anak, iaitu
apabila mereka berjaya menyusun bongkah-bongkah kayu tadi secara bertingkat dengan stabil.
Kejayaan yang kecil ini sebenarnya asas kejayaan yang lebih besar.

Dari sudut bahasa pula, beberapa kosa kata baru dapat diperlajari seperti susun, isi, tinggi,
rendah, jatuh, roboh dan sebagainya

3 Tahun

Pada tahap ini, binaan bongkah kayu mereka lebih memberi makna. Jika sebelumnya mereka
boleh menyusun secara bertingkat, kali ini mereka boleh membuat binaan-binaan yang lebih
bermakna seperti susun mendatar sebagai jalan keretapi, atau susun sekeliling objek lain
sebagai pagar

Anda juga akan menyedari, anak anda bukan sekadar bermain dengan tangan dan bongkah, tapi
dengan ‘mulut’ mereka juga. Maksudnya, mereka akan berimaginasi dan bercakap-cakap
sambil melakonkan watak tertentu ketika bermain. Ini dinamakan ‘pretend play’
Pemahaman mereka tentang konsep saiz, susunan dari kecil ke besar, membilang bongkah,
‘spatial relation’ juga makin bertambah baik. ‘Spatial relation’ adalah kaitan sesuatu objek
dengan objek yang lain, contohnya bongkah di atas, di bawah atau di sebelah bongkah yang
lain.

4 & 5 Tahun

Binaan-binaan mereka kini lebih kompleks dan tersusun seperti menghasilkan sebuah istana
atau piramid. Mereka sudah pandai menggabungkan bongkah yang pelbagai bentuk untuk
menghasilkan binaan yang lebih bermakna.
Jika sebelumnya, anak umur 3 tahun lebih gemar bermain sendirian. Tetapi kini mereka lebih
suka bermain dan berkongsi idea dengan rakan-rakan mereka. Sekali gus dapat memperbaiki
kemahiran sosial anak-anak, berani mengetengahkan idea sendiri dan belajar menghormati idea
orang lain

Mereka dapat bekerjasama dengan rakan-rakan untuk membina binaan yang jauh lebih
kompleks dan melibatkan permainan-permainan lain seperti menggunakan patung dan kereta
sebagai pelengkap kepada ‘pretend play’ yang dilakonkan

Pemahaman mereka terhadap konsep kestabilan, keseimbangan dan gravity semakin


berkembang.

PERANAN IBU BAPA

Setelah anda memahami manfaat yang patut dicapai menerusi permainan


bongkah kayu, tugas anda sebagai ibu bapa atau guru adalah untuk
membantu anak-anak menyerap dan memahami pelajaran tersebut dengan
lebih berkesan
Selain dari memberi penerangan, ibu bapa boleh juga boleh mengunakan teknik bertanya
soalan kepada anak-anak seperti “yang mana satu lebih besar”, “apa akan jadi jika kita letak
bongkah ini ditempat paling atas” dan sebagainya

Ya, inilah permainan bongkah kayu yang sangat ringkas tetapi banyak manfaat kepada anak-
anak. Selamat bermain ^^

Air adalah unsur penting di dalam seluruh


kehidupan di muka bumi dan merangkumi
hampir 70 persepuluh kandungan bumi dan
tubuk manusia. Menurut Lees, T, 2007, air
mempunyai kualiti yang unik. Ini
membuatkan ia hampir sempurna sebagai
persekitaran atau median untuk melakukan
aktiviti kecergasan. Unsur keapungan
memberikan suatu perasaan keringasan
yang mengurangkan takanan medium
aktiviti kecergasan bagi semua peringkat
usia dan keupayaan fizikal manusia.

Terdapat pelbagai istilah telah digunakan


pada masa kini umpamanya terapi air,
terapi hidro, dan terapi akua. Kepelbagaian
kaedah dalam terapi air boleh digunakan
seperti mandi sauna, pergerakan asas atau
asas renang di dalam kolam, rendaman,
malahan penggunaan sendi dan otot turut
dianggap sebahagian daripada terapi air.

Rawatan menggunakan air telah


diaplikasikan oleh masyarakat terdahulu
bagi mengekalkan kesihatan berdasarkan
penemuan runtahun tab mandi kuno di
pakistan. Manakala masyarakat Rom,
mereka telah menghindarkan masalah
kesihatan dan penyakit. penggunaan air
dalam perubatan juga telah dikesan dalam
sejarah masyarakat Cina, Jepun, India, dan
Yunani. Namun begitu, terapi air dipelopori
oleh paderi Bavaria Jerman iaitu Sebastian
kneipp pada awal kurun ke- 19 yang
memperkenalakan kaedah rawatan
menggunakan air bagi menyingkirkan
bahan kumuh dan toksik daripada badan.

Aktiviti pergerakan di dalam air lebih mudah


dilakukun berbanding di darat kerana
dibantu daya apungan air. Aktiviti terapi air
turut dikenali sebagai hidro, terapi akua
atau terapi kolam yang boleh
memanfaatkan kepada kanak-kanak
bekeperluan kahs bagi meningkatkan
keupayaan mereka dari aspek fizikal,
mental, eemosi, dan sosial dapat
dirangsang secara serentak.

Kesimpulannya, terapi air merupakan satu


bidang yang luas bertujuan untuk
mengembali, memelihara, dan memulihkan
kedaan emosi, fizikal, psikologi, dan
spiritual kepada keadaan yang lebih baik
atau normal.

Anda mungkin juga menyukai