Anda di halaman 1dari 10

11 Resepi Air Detox Untuk Buang

Toksin, Kurangkan Berat Badan


Irawati Ismail Oktober 5, 2015 Sihat 1 Komen 12,670 Paparan

“Aahh stress!..stress…! Dah cuba macam-macam tapi susah betul nak slim
badan ni!”
Pasti ramai yang hadapi masalah sukar kurangkan berat badan. Kalau turun
pun, hanya beberapa kg sahaja tapi baru makan lebih, senang sahaja badan
menambah kg.

Untuk kurangkan berat badan, pertama dan utama sekali anda perlu
membuang toksin yang terkumpul dalam tubuh. Caranya, minum air kosong
sebanyak 6 hingga 8 gelas sehari. Ia mempercepatkan perkumuhan dan
toksin bersama lemak akan keluar bersama perkumuhan ini. Bila toksin dan
lemak berkurangan, badan bukan sahaja lebih sihat dan bertenaga, malah
anda akan rasai perubahan yang ketara pada berat badan.

Tetapi 6 ke 8 gelas terasa macam banyak sangat, bukan? Dahlah tak


semanis minuman berkarbonat, warnanya yang plain juga kurang memikat
selera.

Untuk menambah ‘perisa’ pada air kosong, anda boleh tambahkan beberapa
bahan semula jadi yang bukan sahaja membuatkan anda ingin
menikmatinya, dalam masa yang sama membantu mengeluarkan toksin
dalam badan dengan cara selamat. Air ini dipanggil air detox.

Resepi air detox


Bagaimana cara buat air detox sendiri? Cuba ikut resepi di bawah:

1. Grapefruit + Timun + Lemon + Limau Nipis + Daun


Pudina
Campurkan ½ biji hirisan grapefruit, timun, lemon dan limau nipis serta
beberapa helai daun pudina dalam 1 jag air. Sejukkan dalam peti sejuk
dalam dua jam dan minum dengan kerap.
Lemon dan limau nipis mengeluarkan toksin dalam badan dan grapefruit
pula membakar lemak. Timun yang bersifat diuretik menggalakkan
pengeluaran air berlebihan dalam badan dan daun pudina memudahkan
perkumuhan.

2. Kiwi + Strawberi

Foto Kredit: pureessentialsupply.com


Gabungkan hirisan 2 buah kiwi bersama strawberi ke dalam jag minuman.
Sejukkan dalam peti sejuk untuk lebih sedap menikmatinya. Kiwi kaya
dengan vitamin A dan E yang membantu melawan radikal bebas serta
mengeluarkan toksin manakala strawberi bagus untuk kulit.

3. Epal Merah / Hijau + Batang Kayu Manis


Foto Kredit: harveyprince.com
Masukkan hirisan buah epal merah/hijau dan 1 batang kayu manis ke dalam
jag air. Sejukkan dalam peti sejuk selama 1 jam. Anda boleh gunakan
bahan ini sehingga 4 kali. Air detox ini membantu mengurangkan lemak dan
meningkatkan kadar metabolisme.

[infobox title=’Tips’]
Anda boleh gantikan batang kayu manis kepada serbuk. Jika tidak suka kayu
manis, boleh gantikan dengan halia.

[/infobox]

4. Strawberi + Tembikai
Foto Kredit: glassticwaterbottle.com
Air detox ini pasti memikat sesiapa sahaja dengan warnanya yang terang.
Campurkan secawan strawberi bersama dua cawan kiub tembikai.

Sejukkan antara 4 hingga 6 jam dalam peti sejuk dan nikmatinya bila-bila
masa. Segar, air detox ini anti-radang dan mencantikkan kulit.

5. Cuka Epal + Lemon + Kayu Manis


Foto Kredit: sheknows.com
Cuka epal memang banyak khasiatnya. Tambahkan 2 sudu cuka epal pada
pengisar yang sudah diisikan dengan 1 sudu jus lemon dan 1 sudu serbuk
kayu manis. Kisar sehingga halus. Masukkan dalam jag air dan letakkan
hirisan epal. Gaul hingga sebati. Epal yang kaya dengan serat memudahkan
perkumuhan dan kayu manis mengawal selera makan.

6. Gel Aloe + Lemon


Jika di rumah anda ada menyimpan gel aloe, anda boleh campurkannya
dalam segelas air dan masukkannya dalam pengisar. Tuang 2 sudu jus
lemon dan kisar selama 1 minit. Aloe membantu memudahkan
penghadaman dalam perut, meningkatkan tenaga dan menghilangkan rasa
letih.

7. Halia + Lemon
Foto
Kredit: amorettiblog.com
Halia adalah penawar bagi semua penyakit. Apabila dicampurkan ke dalam
air, ia menjadi penyahtoksikan yang terbaik. Masukkan jus lemon dan
hirisan ½ inci halia ke dalam air.

Amalkan minum air detox ini setiap pagi. Ia membantu merawat segala
kesakitan tubuh badan dan dalam masa yang sama, mengeluarkan toksin
yang berkumpul.

8. Lemon + Limau Nipis, Oren + Timun + Hali + Daun


Pudina
Bagi yang sering kembung perut, boleh amalkan minum air detox yang
dihasilkan dengan hirisan ½ biji lemon, ½ biji limau nipis dan ½ biji oren,
secawan timun, 1 sudu hirisan halia dan segenggam daun pudina. Sejukkan
dalam peti sejuk dalam dua jam. Ia juga membersihkan buah pinggang.
Buang air detox sekiranya sudah melebihi 24 jam.

9. Strawberi + Nanas + Cuka Epal + Daun Basil


Foto Kredit: wishesndishes.com
Tahukah anda stress juga berpunca akibat toksin? Jika anda stress, elak
minuman berkarbonat dan amalkan minum air yang sudah dicampurkan
lima biji strawberi, ½ cawan potongan nanas, 2 sudu cuka epal sider, 4-5
helai daun basil dan kiub ais.

Gaul hingga sebati dan minum. Rasa masam dan manis air detox ini mampu
mengurangkan rasa stress.

10. Tembikai

Foto
Kredit: colornspirits.com
Tembikai memang sedap dimakan dalam cuaca panas. Jika ada lebihan,
jangan disimpan dalam peti sejuk. Potong kecil-kecil dan masukkannya
dalam jag air. Sejukkan beberapa jam dan minum apabila perlu. Tembikai
mengandungi vitamin dan mineral yang boleh membuang toksin dalam
badan.

11. Lemon
Foto Kredit: trueserenity.ca
Andai kesemua air detox di atas terasa sukar dilakukan kerana kesuntukan
masa menyediakannya, paling-paling tidak, perah setengah biji lemon dalam
air dan minum setiap pagi.

Apabila anda konsisten mengamalkannya, pembuangan toksin juga akan


kerap berlaku sehingga sukar berkumpul dalam badan. Secara tidak
langsung, organ dalaman bebas toksin dan tubuh badan menjadi lebih sihat.

[infobox title=’Tips’]
 Masukkan air terlebih dahulu dalam jag, diikuti dengan bahan yang ingin
digunakan. Gabungan bahan akan cepat sebati.
 Apabila disejukkan dalam peti sejuk untuk tempoh yang lama, rasanya
lebih sedap dan tanpa sedar anda telah pun menghabiskan satu jag!
[/infobox]

Foto
Kredit: ifocushealth.com
Tidak semestinya anda perlu mengguna gabungan bahan yang telah
disenaraikan di atas. Pilihlah mengikut cita rasa dan kesesuaian diet serta
bajet anda. Yang penting amalkannya berterusan bersama senaman yang
betul dan in shaa Allah, bukan anda sahaja merasai perubahan malah orang
sekeliling akan memuji betapa langsingnya badan anda.

Pastinya, air detox ini tidak mengandungi kalori apatah lagi menggemukkan.
Jadi, ucapkan Selamat Tinggal pada air berkarbonat!

Carian Yang Berkaitan:


 air detox

Anda mungkin juga menyukai