Anda di halaman 1dari 8

.

Grapefruit + Timun + Lemon + Limau Nipis + Daun


Pudina
Campurkan ½ biji hirisan grapefruit, timun, lemon dan limau nipis serta beberapa helai daun
pudina dalam 1 jag air. Sejukkan dalam peti sejuk dalam dua jam dan minum dengan kerap.
Lemon dan limau nipis mengeluarkan toksin dalam badan dan grapefruit pula membakar lemak.
Timun yang bersifat diuretik menggalakkan pengeluaran air berlebihan dalam badan dan daun
pudina memudahkan perkumuhan.

2. Kiwi + Strawberi
Gabungkan hirisan 2 buah kiwi bersama strawberi ke dalam jag minuman. Sejukkan dalam peti
sejuk untuk lebih sedap menikmatinya. Kiwi kaya dengan vitamin A dan E yang membantu
melawan radikal bebas serta mengeluarkan toksin manakala strawberi bagus untuk kulit.

3. Epal Merah / Hijau + Batang Kayu Manis


Masukkan hirisan buah epal merah/hijau dan 1 batang kayu manis ke dalam jag air. Sejukkan
dalam peti sejuk selama 1 jam. Anda boleh gunakan bahan ini sehingga 4 kali. Air detox ini
membantu mengurangkan lemak dan meningkatkan kadar metabolisme.

Anda boleh gantikan batang kayu manis kepada serbuk. Jika tidak suka kayu manis, boleh
gantikan dengan halia.

4. Strawberi + Tembikai
Air detox ini pasti memikat sesiapa sahaja dengan warnanya yang terang. Campurkan secawan
strawberi bersama dua cawan kiub tembikai.

Sejukkan antara 4 hingga 6 jam dalam peti sejuk dan nikmatinya bila-bila masa. Segar, air detox
ini anti-radang dan mencantikkan kulit.

5. Cuka Epal + Lemon + Kayu Manis


Cuka epal memang banyak khasiatnya. Tambahkan 2 sudu cuka epal pada pengisar yang sudah
diisikan dengan 1 sudu jus lemon dan 1 sudu serbuk kayu manis. Kisar sehingga halus.
Masukkan dalam jag air dan letakkan hirisan epal. Gaul hingga sebati. Epal yang kaya dengan
serat memudahkan perkumuhan dan kayu manis mengawal selera makan.

6. Gel Aloe + Lemon


Jika di rumah anda ada menyimpan gel aloe, anda boleh campurkannya dalam segelas air dan
masukkannya dalam pengisar. Tuang 2 sudu jus lemon dan kisar selama 1 minit. Aloe membantu
memudahkan penghadaman dalam perut, meningkatkan tenaga dan menghilangkan rasa letih.

7. Halia + Lemon
Halia adalah penawar bagi semua penyakit. Apabila dicampurkan ke dalam air, ia menjadi
penyahtoksikan yang terbaik. Masukkan jus lemon dan hirisan ½ inci halia ke dalam air.

Amalkan minum air detox ini setiap pagi. Ia membantu merawat segala kesakitan tubuh badan
dan dalam masa yang sama, mengeluarkan toksin yang berkumpul.

8. Lemon + Limau Nipis, Oren + Timun + Hali + Daun


Pudina
Bagi yang sering kembung perut, boleh amalkan minum air detox yang dihasilkan dengan hirisan
½ biji lemon, ½ biji limau nipis dan ½ biji oren, secawan timun, 1 sudu hirisan halia dan
segenggam daun pudina. Sejukkan dalam peti sejuk dalam dua jam. Ia juga membersihkan buah
pinggang. Buang air detox sekiranya sudah melebihi 24 jam.

9. Strawberi + Nanas + Cuka Epal + Daun Basil


Tahukah anda stress juga berpunca akibat toksin? Jika anda stress, elak minuman berkarbonat
dan amalkan minum air yang sudah dicampurkan lima biji strawberi, ½ cawan potongan nanas, 2
sudu cuka epal sider, 4-5 helai daun basil dan kiub ais.

Gaul hingga sebati dan minum. Rasa masam dan manis air detox ini mampu mengurangkan rasa
stress.

10. Tembikai
Tembikai memang sedap dimakan dalam cuaca panas. Jika ada lebihan, jangan disimpan dalam
peti sejuk. Potong kecil-kecil dan masukkannya dalam jag air. Sejukkan beberapa jam dan
minum apabila perlu. Tembikai mengandungi vitamin dan mineral yang boleh membuang toksin
dalam badan.

11. Lemon
Andai kesemua air detox di atas terasa sukar dilakukan kerana kesuntukan masa
menyediakannya, paling-paling tidak, perah setengah biji lemon dalam air dan minum setiap
pagi.

Apabila anda konsisten mengamalkannya, pembuangan toksin juga akan kerap berlaku sehingga
sukar berkumpul dalam badan. Secara tidak langsung, organ dalaman bebas toksin dan tubuh
badan menjadi lebih sihat.

 Masukkan air terlebih dahulu dalam jag, diikuti dengan bahan yang ingin digunakan.
Gabungan bahan akan cepat sebati.
 Apabila disejukkan dalam peti sejuk untuk tempoh yang lama, rasanya lebih sedap dan tanpa
sedar anda telah pun menghabiskan satu jag!

1. Timun + Limau + Lemon

Sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Timun, limau dan lemon mampu mengawal
nafsu makan selain mengelakkan masalah perut kembung.

2. Teh Hijau + Daun Pudina + Oren

Sangat berkesan untuk membakar lemak, melancarkan penghadaman, mengatasi sakit kepala dan
bau mulut. Teh hijau pula memang terkenal dalam membantu meningkatkan metabolisme tubuh.

3.Timun + Lemon + Limau Nipis + Oren

Sesuai untuk mereka yang sedang berdiet kerana timun, lemon, limau nipis dan oren membantu
mengawal selera makan dan meningkatkan metabolisme tubuh.

4.Lemon + Daun Pudina

Kombinasi lemon dan daun pudina sesuai buat mereka yang sibuk dan aktif. Lemon dapat
menyingkirkan toksin dalam badan manakala daun pudina pula membantu proses penghadaman.
Ia sangat membantu menurunkan berat badan.

5.Oren + Lemon + Limau Nipis


Sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan perut kerana oren dan limau nipis baik untuk sistem
pencernaan. Lemon pula membersihkan sistem pencernaan. Berkesan untuk mengatasi masalah perut
buncit.

6.Strawberi + Oren +Daun Pudina

Air detoks campuran strawberi, oren dan daun pudina sangat baik untuk diamalkan. Hal ini kerana
strawberi mampu mengurangkan kolesterol. Oren pula membantu mengatasi masalah sembelit manakala
daun pudina pula mencegah masalah angin dan kembung perut.

1. Teh hijau + daun pudina + limau nipis


Ramai yang tahu teh hijau bagus untuk mengurangkan berat badan. Untuk membuat air detox
atau infused water ini rendamkan 10 helai teh hijau dengan air panas. Jika tiada daun teh hijau,
boleh juga gunakan 2 sudu besar serbuk teh hijau. Rendam seketika dan tapis habuknya.
Kemudian ambil perahan jus sebiji limau nipis dan 5 helai daun pudina. Gaulkan semua bahan
ini ke dalam teko yang berisi air. Air ini sedap diminum ketika masih suam mahupun sejuk. Air
detox ini membantu mempercepatkan proses pembakaran lemak dalam badan, melancarkan
sistem pencernaan kita dan mengurangkan sakit kepala.
2. Strawberi + kiwi + daun pudina
Tubuh kita memerlukan glukosa untuk mendapatkan tenaga yang akan digunakan oleh tubuh
agar dapat berfungsi dengan baik. Campuran strawberi, kiwi dan daun pudina berfungsi untuk
menyokong gula dalam darah dan membantu sistem penghadaman dengan lebih baik. Resepi air
minuman detox ini juga bagus diamalkan oleh mereka yang mengalami masalah kekurangan
darah.

Gabungkan hirisan 2 biji buah kiwi dengan beberapa biji buah strawberi dan 7 helai daun pudina
ke dalam jag minuman anda. Sejukkan seketika di dalam peti sejuk untuk lebih sedap. Kiwi kaya
dengan Vitamin A dan E yang membantu melawan radikal bebas serta mengeluarkan toksin,
manakala strawberi pula bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit.

3. Timun + lemon + limau nipis


Air detox ini dipanggil juga sebagai ‘detox water 3-in-1’. Hasil campuran timun, lemon dan
limau nipis membantu menjadikan kulit lebih lembut, membantu masalah pencernaan dan
sekaligus dapat mengawal selera makan anda. Jadi, kepada anda yang sedang berdiet, air
minuman ini sangat sesuai untuk diamalkan kerana membantu mempercepatkan proses
penurunan berat badan.
Kaedahnya, hiris sebatang timun, sebiji buah lemon dan sebiji limau nipis. Masukkan ketiga-tiga
bahan ini ke dalam jag yang berisi 1 liter air. Boleh simpankan ia di dalam peti atau masukkan
beberapa ketul kiub ais untuk lebih kesegaran.

4. Limau nipis + buah oren + lemon


Sistem pertahanan dalam tubuh manusia sangat berguna bagi memastikan agar kita kekal sihat
dan bertenaga untuk melakukan pelbagai aktiviti harian. Dengan adanya sistem imun yang kuat,
ia dapat melindungi tubuh kita seterusnya terhindar dari pelbagai jenis penyakit. Gabungan
rendaman air detox ini terhasil daripada 1/2 biji limau nipis, 1/2 biji buah oren dan 1/2 biji buah
lemon yang diperahkan jusnya atau boleh juga dibiarkan terendam selama beberapa jam di dalam
gelas yang berisi air kosong. Boleh juga ditambahkan 3 helai daun pudina jika suka. Amalan
minum air ini bukan sahaja dapat meningkatkan sistem pertahanan tubuh malahan memudahkan
sistem perncernaan dan membantu melegakan pedih ulu hati.

5. Timun + lemon + halia + daun pudina


Resipi air ini sangat membantu bagi mereka yang memiliki perut boroi ataubuncit yang berhasrat
untuk kempiskan perut. Resepi air ini sangat mudah untuk disediakan kerana bahan-bahannya
juga senang diperolehi. Gabungan antara timun, lemon, halia dan daun pudina sangat bagus
untuk mendapatkan perut yang menawan. Caranya, sediakan 1 jag air masak dan hiris sebatang
timun, 1/2 biji lemon, 1/2 inci halia. Rendamkan kesemua bahan bersama segenggam daun
pudina. Biarkan di dalam peti sejuk selama 2 hingga 3 jam sebelum nikmatinya ketika cuaca
panas. Wah, kesegarannya sampai bergetar tulang rusuk.
6. Grapefruit + halia + lemon + limau nipis + daun pudina
Ambil sebiji buah grapefruit, 1/2 batang timun, 1/2 biji buah lemon dan sebiji buah limau nipis,
kemudian dihiris-hiris. Campurkan kesemua bahan ini dengan beberapa helaian daun pudina ke
dalam jag berisi air. Simpankannya di dalam peti sejuk selama 2 jam dan sedia untuk diminum.
Khasiat yang terkandung dalam buah grapefruit membantu dalam pembakaran lemak, manakala
lemon dan limau nipis bertindak dalam penyingkiran toksin dalam badan. Halia yang bersifat
anti-radang membantu mempercepatkan penyembuhan serta membuang angin dalam badan.
Daun pudina pula memudahkan aktiviti perkumuhan sistem badan.
7. Epal merah + epal hijau + kulit kayu manis
Masukkan hirisan sebiji buah epal merah dan sebiji epal hijau dengan 1 batang kayu manis ke
dalam jag yang berisi air. Sejukkan dalam peti ais selama 1 jam. Anda boleh menggunakan
bahan ini berulang kali sehingga 4 kali. Campuran bahan-bahan ini dapat membantu
mengurangkan lemak, menurunkan paras kolestrol dan meningkatkan kadar metabolisme.
8. Strawberi + tembikai + daun pudina
Warnanya yang merah terang sudah tentu mampu memikat dan menaikkan hasrat anda untuk
mencuba air detox hasil gabungan kedua-dua buah ini. Campurkan secawan strawberi bersama 5
hirisan tembikai yang dipotong kecil dan rendamkannya ke dalam 1 jag air. Untuk aroma yang
lebih memikat, masukkan beberapa helai daun pudina. Sejukkan air minuman ini antara 4 hingga
6 jam di dalam peti sejuk dan nikmatinya pada bila-bila masa. Khasiat air detox ini berfungsi
sebagai anti-radang dan mencantikkan kulit.
9. Cuka epal + lemon + kulit kayu manis + epal
Cuka epal memang banyak khasiatnya. Tambahkan 2 sudu besar cuka epal pada pengisar yang
sudah diisikan dengan 1 sudu jus lemon dan 1 serbuk kayu manis. Kisar sehingga halus.
Masukkan ke dalam setengah jag air dan jangan lupa letakkan sebiji epal yang telah dihiris nipis.
Gaul dan biarkan seketika supaya air sebati dengan bahan-bahan tersebut. Buah epal kaya
dengan serat yang membantu memudahkan perkumuhan sementara kayu manis pula membantu
mengawal selera makan.

10. Halia + lemon


Halia merupakan penawar bagi banyak penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman dan
pencernaan. Masukkan jus perahan 1/2 biji lemon dan hirisan 1/2 inci halia ke dalam air. Cuba
amalkan air detox ini pada setiap pagi dan ia mampu merawat segala kesakitan dalam badan.
Campuran halia dan lemon berhasil sebagai agen penyahtoksin dalam badan dan begitu berkesan
sebagai ubat semula jadi dalam merawat selesema.

11. Aloe vera + lemon


Aloe vera membantu memudahkan penghadaman dalam perut, selain menghilangkan rasa letih
dan meningkatkan tenaga. Kaedah penyediaannya adalah dengan mengambil sebatang aloe vera
dan ambil isi berserta lendirnya, lalu dikisar halus dengan campuran perahan jus lemon sedikit
air. Anda boleh juga menggunakan pati atau ekstrak aloe vera yang telah dijadikan gel sekiranya
tidak tahan dengan rasa dan bau aslinya yang agak kuat. Campurkan 3 sudu gel aloe vera dan 2
sudu besar jus lemon. Kacau rata dan minum ketika sejuk.

12. Lemon + limau nipis + oren + timun + halia + daun pudina


Bagi yang sering kembung perut, boleh cuba amalkan minuman detox ini dengan mencampurkan
1/2 biji lemon, 1/2 biji limu nipis, 1/2 biji oren, 1/2 batang timun dan 1/2 inci halia. Hiriskan
kesemua bahan dan rendamkan ke dalam 1 jag berisi air bersama-sama dengan segenggam daun
pudina. Simpan dan sejukkan air ini ke dalam peti sejuk selama 2 jam. Kelebihan air detox ini ia
dapat mencuci buah pinggang anda. Namun, sekiranya air detox ini tidak diminum dan
dihabiskan dalam masa 24 jam, buangkan ia dan buat air menggunakan bahan-bahan yang baru.

13. Strawberi + nanas + cuka epal + daun basil


Corak gaya hidup masa kini yang kian mencabar sering membuatkan kita rasa stress dan tanpa
sedar apa sahaja makanan atau minuman yang manis akan menjadi ‘santapan’ untuk kita
tenangkan diri. Tetapi, tahukah anda bahawa pengambilan gula yang berlebihan terutamanya
dalam minuman bikarbonat akan menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan terutamanya
penyakit jantung, kegemukan dan diabetes.
Oleh itu, cara yang paling selamat dan berkesan untuk mengurangkan stressadalah dengan
menggantikan segala manisan dengan minuman air detox yang berkhasiat iaitu campurkan 5 biji
buah strawberi, 1/2 cawan nanas dipotong kecil, 2 sudu besar cuka epal, 5 helai daun basil dan
beberapa kiub ais ke dalam jag yang berisi air. Gaulkan kesemua bahan ini sehingga sebati dan
nikmatilah air minuman segar ini dengan rasa yang sedikit masam dan manisnya.
14. Nanas + daun pudina
Nanas merupakan bahan anti-radang yang membantu melegakan sakit sendi dan artritis. Daun
pudina menyokong sistem penghadaman dengan mengaktifkan kelenjar air liur dan enzim
pencernaan. Cara untuk membuat air ini ialah ambil 1/2 biji nanas dan potong kecil-kecil
mengikut citarasa anda. Masukkan potongan buah ini ke dalam jag yang berisi 1 liter air dan
tambahkan dengan segenggam daun pudina. Tutup dan simpankan ia ke dalam peti ais. Biarkan
semalaman agar campuran ini sebati sepenuhnya.

Membuat Air Detox Untuk Keperluan Yang Berbeza.


1) Untuk Pembakaran Lemak, Pencernaan dan Sakit Kepala – campurkan teh hijau,
limau nipis dan daun pudina.
2) Untuk Menstabilkan Gula Dalam Darah dan Penghadaman – campurkan timun,
strawberi dan kiwi
3) Untuk Penghidratan, Pencernaan dan Kawal Selera Makan – campurkan timun,
lemon dan limau nipis.
4) Untuk Pertahanan Imun, Pencernaan dan Pedih Ulu Hati – campurkan limau nipis,
limau dan lemon
5) Untuk Kempiskan Perut – campurkan timun, daun pudina, lemon dan halia

Anda mungkin juga menyukai