Anda di halaman 1dari 10

11 Resepi Air Detox Untuk Buang Toksin,

Kurangkan Berat Badan


Irawati Ismail Oktober 5, 2015 Sihat 1 Komen 12,670 Paparan

Aahh stress!..stress! Dah cuba macam-macam tapi susah betul nak slim badan ni!
Pasti ramai yang hadapi masalah sukar kurangkan berat badan. Kalau turun pun,
hanya beberapa kg sahaja tapi baru makan lebih, senang sahaja badan menambah
kg.
Untuk kurangkan berat badan, pertama dan utama sekali anda perlu membuang
toksin yang terkumpul dalam tubuh. Caranya, minum air kosong sebanyak 6 hingga
8 gelas sehari. Ia mempercepatkan perkumuhan dan toksin bersama lemak akan
keluar bersama perkumuhan ini. Bila toksin dan lemak berkurangan, badan bukan
sahaja lebih sihat dan bertenaga, malah anda akan rasai perubahan yang ketara
pada berat badan.
Tetapi 6 ke 8 gelas terasa macam banyak sangat, bukan? Dahlah tak semanis
minuman berkarbonat, warnanya yang plain juga kurang memikat selera.
Untuk menambah perisa pada air kosong, anda boleh tambahkan beberapa bahan
semula jadi yang bukan sahaja membuatkan anda ingin menikmatinya, dalam
masa yang sama membantu mengeluarkan toksin dalam badan dengan cara
selamat. Air ini dipanggil air detox.

Resepi air detox


Bagaimana cara buat air detox sendiri? Cuba ikut resepi di bawah:

1. Grapefruit + Timun + Lemon + Limau Nipis + Daun


Pudina
Campurkan biji hirisan grapefruit, timun, lemon dan limau nipis serta beberapa
helai daun pudina dalam 1 jag air. Sejukkan dalam peti sejuk dalam dua jam dan
minum dengan kerap.
Lemon dan limau nipis mengeluarkan toksin dalam badan dan grapefruit pula
membakar lemak. Timun yang bersifat diuretik menggalakkan pengeluaran air
berlebihan dalam badan dan daun pudina memudahkan perkumuhan.

2. Kiwi + Strawberi

Foto Kredit: pureessentialsupply.com


Gabungkan hirisan 2 buah kiwi bersama strawberi ke dalam jag minuman.
Sejukkan dalam peti sejuk untuk lebih sedap menikmatinya. Kiwi kaya dengan
vitamin A dan E yang membantu melawan radikal bebas serta mengeluarkan toksin
manakala strawberi bagus untuk kulit.

3. Epal Merah / Hijau + Batang Kayu Manis

Foto Kredit: harveyprince.com


Masukkan hirisan buah epal merah/hijau dan 1 batang kayu manis ke dalam jag air.
Sejukkan dalam peti sejuk selama 1 jam. Anda boleh gunakan bahan ini sehingga 4
kali. Air detox ini membantu mengurangkan lemak dan meningkatkan kadar
metabolisme.
[infobox title=Tips]
Anda boleh gantikan batang kayu manis kepada serbuk. Jika tidak suka kayu manis,
boleh gantikan dengan halia.
[/infobox]

4. Strawberi + Tembikai

Fot
o Kredit: glassticwaterbottle.com
Air detox ini pasti memikat sesiapa sahaja dengan warnanya yang terang.
Campurkan secawan strawberi bersama dua cawan kiub tembikai.
Sejukkan antara 4 hingga 6 jam dalam peti sejuk dan nikmatinya bila-bila masa.
Segar, air detox ini anti-radang dan mencantikkan kulit.

5. Cuka Epal + Lemon + Kayu Manis

Fot
o Kredit: sheknows.com
Cuka epal memang banyak khasiatnya. Tambahkan 2 sudu cuka epal pada
pengisar yang sudah diisikan dengan 1 sudu jus lemon dan 1 sudu serbuk kayu
manis. Kisar sehingga halus. Masukkan dalam jag air dan letakkan hirisan epal.
Gaul hingga sebati. Epal yang kaya dengan serat memudahkan perkumuhan dan
kayu manis mengawal selera makan.

6. Gel Aloe + Lemon


Jika di rumah anda ada menyimpan gel aloe, anda boleh campurkannya dalam
segelas air dan masukkannya dalam pengisar. Tuang 2 sudu jus lemon dan kisar
selama 1 minit. Aloe membantu memudahkan penghadaman dalam perut,
meningkatkan tenaga dan menghilangkan rasa letih.

7. Halia + Lemon

Foto
Kredit: amorettiblog.com
Halia adalah penawar bagi semua penyakit. Apabila dicampurkan ke dalam air, ia
menjadi penyahtoksikan yang terbaik. Masukkan jus lemon dan hirisan inci halia
ke dalam air.
Amalkan minum air detox ini setiap pagi. Ia membantu merawat segala kesakitan
tubuh badan dan dalam masa yang sama, mengeluarkan toksin yang berkumpul.

8. Lemon + Limau Nipis, Oren + Timun + Hali + Daun


Pudina
Bagi yang sering kembung perut, boleh amalkan minum air detox yang dihasilkan
dengan hirisan biji lemon, biji limau nipis dan biji oren, secawan timun, 1
sudu hirisan halia dan segenggam daun pudina. Sejukkan dalam peti sejuk dalam
dua jam. Ia juga membersihkan buah pinggang. Buang air detox sekiranya sudah
melebihi 24 jam.

9. Strawberi + Nanas + Cuka Epal + Daun Basil

Foto Kredit: wishesndishes.com


Tahukah anda stress juga berpunca akibat toksin? Jika anda stress, elak minuman
berkarbonat dan amalkan minum air yang sudah dicampurkan lima biji strawberi,
cawan potongan nanas, 2 sudu cuka epal sider, 4-5 helai daun basil dan kiub ais.
Gaul hingga sebati dan minum. Rasa masam dan manis air detox ini mampu
mengurangkan rasa stress.

10. Tembikai

Foto
Kredit: colornspirits.com
Tembikai memang sedap dimakan dalam cuaca panas. Jika ada lebihan, jangan
disimpan dalam peti sejuk. Potong kecil-kecil dan masukkannya dalam jag air.
Sejukkan beberapa jam dan minum apabila perlu. Tembikai mengandungi vitamin
dan mineral yang boleh membuang toksin dalam badan.

11. Lemon

Foto Kredit: trueserenity.ca


Andai kesemua air detox di atas terasa sukar dilakukan kerana kesuntukan masa
menyediakannya, paling-paling tidak, perah setengah biji lemon dalam air dan
minum setiap pagi.
Apabila anda konsisten mengamalkannya, pembuangan toksin juga akan kerap
berlaku sehingga sukar berkumpul dalam badan. Secara tidak langsung, organ
dalaman bebas toksin dan tubuh badan menjadi lebih sihat.
[infobox title=Tips]

Masukkan air terlebih dahulu dalam jag, diikuti dengan bahan yang ingin
digunakan. Gabungan bahan akan cepat sebati.

Apabila disejukkan dalam peti sejuk untuk tempoh yang lama, rasanya lebih
sedap dan tanpa sedar anda telah pun menghabiskan satu jag!

[/infobox]
Foto Kredit: ifocushealth.com
Tidak semestinya anda perlu mengguna gabungan bahan yang telah disenaraikan
di atas. Pilihlah mengikut cita rasa dan kesesuaian diet serta bajet anda. Yang
penting amalkannya berterusan bersama senaman yang betul dan in shaa Allah,
bukan anda sahaja merasai perubahan malah orang sekeliling akan memuji betapa
langsingnya badan anda.
Pastinya, air detox ini tidak mengandungi kalori apatah lagi menggemukkan. Jadi,
ucapkan Selamat Tinggal pada air berkarbonat!

Carian Yang Berkaitan:

air detox

Anda mungkin juga menyukai