Anda di halaman 1dari 20

Pendahuluan

Pepatah Melayu yang berbunyi “bagai kacang lupakan

kulit”mungkin sesuai untuk di bincangkan bagi isu golongan

warga emas yang kian terabai, kurang bernasib baik dan

kebajikan golongan ini juga diabaikan oleh semua pihak. Dalam

hal ini, kita sering tertanya-tanya tentang sebab-sebab

golongan warga emas ini diabaikan dan sentiasa dilupakan oleh

semua lapisan masyarakat. Menjaga warga tua atau ibu bapa

yang sudah lanjut usia bukan masalah individu sahaja bahkan

ia melibatkan semua pihak terutamanya institusi keluarga,

masyarakat dan kerajaan. Pengorbanan ibu bapa tidak ternilai

harganya jadi apa salah anak-anak menjaga dan menatang

bagai minyak yang penuh seperti mereka menjaga anak-anak

semasa kecil dulu. Lagipun dalam tuntutan agama pun ia cukup

jelas menuntut kita sebagai anak harus menjaga ibu bapa

lebih-lebih lagi yang berumur. Menjaga ibu bapa yang sakit

ketika diambang maut dan juga menguruskan jenazah

merupakan tanggungjawab yang dituntut oleh agama. Namun,

hari ini ramai anak-anak yang menghantar ibu bapa mereka ke


rumah kebajikan atau membiarkan sahaja mereka sendirian.

Hal ini demikian kerana disebabkan oleh banyak faktor yang

mempengaruhinya, justeru itu juga masalah ini harus

dibendung supaya tidak menjadi lebih teruk lagi di masa akan

datang.

Faktor-faktor

Golongan warga emas yang terabai dan diletakkan di bawah

penjagaan rumah kebajikan merupakan satu perbuatan yang

tidak bermoral oleh anak-anak. Dalam hal ini, kita sering

tertanya-tanya tentang sebab-sebab mengapa mereka

diabaikan. Oleh itu, tentu terdapatnya faktor tertentu yang

menyumbang ke arah berlakunya masalah ini. Salah satu

faktornya yang paling ketara ialah sikap manusia itu sendiri.

Segelintir manusia memandang hina terhadap golongan ini,

mereka menganggap warga emas tidak berguna lagi malah

membebankan. Oleh itu, anak-anak lebih gemar menghantar

ibu bapa mereka kerumah kebajikan. Di samping itu,

masyarakat itu sendiri juga memandang serong terhadap

warga emas yang kurang bernasib baik sekali gus menyisihkan


mereka. Perbuatan ini dianggap tidak bermoral terutamanya

anak-anak yang derhaka. Ibu bapa telah membesarkan anak-

anak dengan bersusah payah namun apakah yang diperoleh

oleh mereka semasa tua dan tidak bertenaga lagi? Tentunya

mereka akan berasa sakit hati apabila dilayan sedemikian.

Selain itu, kita haruslah faham bahawa mereka yang kurang

bernasib baik sudah cukup malang dan janganlah

menambahkan lagi keperitan itu. Dalam situasi ini bukankah

masyarakat sepatutnya memberikan kasih sayang kepada

mereka? Namun, yang berlaku dalam realiti kehidupan ini ialah

masyarakat tidak ada pun rasa belas kasihan atau

menunjukkan simpati bahkan menyisihkan mereka dan

menjadikan mereka sebagai bahan gurauan dan cacian.

Bukan itu sahaja, anak-anak juga sering memandang ringan

terhadap orang tua mereka. Mereka menganggap ibu bapa

telah tua tidak berguna dan berjasa lagi. Mereka tidak terfikir

tentang jasa-jasa yang telah diberikan oleh ibu bapa mereka

sehingga anak-anak dapat menikmati kesenangan seperti yang

dinikmati hari ini. Ingatlah, mereka amat berpengalaman dan


segala pandangan, nasihat serta tunjuk ajar mereka patut

dihargai dan dijadikan pedoman hidup. Selain itu, yang

menyebabkan orang tua diabaikan sehingga ada anak-anak

yang sanggup menghantar ibu bapa ke rumah orang tua atau

membiarkan mereka tinggal sendirian ialah disebabkan

kecacatan, nyayuk, tidak bersefahaman diantara anak atau

menantu dengan ibu bapa, kesibukkan anak dengan tugas

harian dan masalah kewangan. Tidak sewajarnya meletakkan

orang tua dirumah kebajikan kerana ia bermakna menderhakai

dan mengabaikan tanggungjawab kita sebagai seorang anak

lebih-lebih lagi anak itu lelaki. Anak-anak harus bijak untuk

memohon maaf kepada ibu bapa walaupun atas hal-hal yang

tidak seberapa. Hal ini mereka menganggap memohon maaf

pada ibu bapa adalah satu kesalahan dan tidak wajar.

Dari aspek lain pula, punca pengabaian warga tua juga

disebabkan oleh tindakan ibu bapa itu sendiri. Pengabaian

terhadap ibu bapa disebabkan pengalaman anak-anak itu

sendiri di alam kanak-kanak, mungkin semasa kecil kedua ibu

bapa mereka bersikap bengis, suka mendera Maka, anak-anak


akan bertindak balas dan menyimpan perasaan untuk

membalas dendam terhadap kedua ibu bapa mereka yang

dianggap kejam itu. Oleh itu, salah satu cara untuk memuaskan

hati mereka ialah dengan mengabaikan kebajikan dan

kesihatan kedua ibu bapanya.

Langkah-langkah mengatasi

Masalah pengabaian warga tua disebabkan oleh banyak faktor,

namun masalah ini masih boleh dibendung dan diatasi.

Tamadun manusia walau apapun agamanya, ia akan

meletakkan kedudukan yang paling tinggi kepada yang lebih

tua terutamanya kedua ibu bapa. Tamadun itu semakin hari

semakin di telan arus pembangunan. Akibatnya anak-anak

yang sudah berkeluarga bukan sahaja tidak lagi berminat

tinggal bersama ibu bapa malah jumlah ini semakin meningkat

di kalangan anak-anak yang bekerja. Langkah untuk mengatasi

masalah ini ialah sikap manusia haruslah baik dimana manusia

perlu mengikis sifat memandang remeh kepada orang tua yang

kurang bernasib baik dan juga anak-anak perlu membuang


sifat memandang hina kepada ibu bapa yang

dianggap semakin tua semakin tidak berguna dan tidak

perlukan lagi. Masyarakat haruslah mengubah sikap dengan

mengamalkan sistem keluarga luasan iaitu isi rumah yang

merangkumi ibu bapa, anak-anak dan datuk nenek atau

anggota keluarga yang lain, secara tidak langsung dapat

memupuk rasa tanggungjawab, perasaan kasih sayang,

sokongan dan ikatan kekeluargaan yang kuat oleh ahli

keluarga terhadap warga tua.

Langkah kedua, anak-anak haruslah diberi didikan agama dan

pendedahan dari awal lagi tentang menghormati ibu bapa.

Anak-anak yang diberi didikan agama dari kecil lagi akan

dapat mengelakkan daripada ibu bapa disisih. Anak-anak yang

mempunyai asas agama akan ada rasa tanggungjawab dalam

menjalankan tugas menjaga ibu bapa yang berumur. Selain

didikan agama yang diterapkan kepada anak-anak sejak kecil

lagi pendidikan moral juga perlu diterapkan disekolah rendah

dan sekolah menengah. Pendidikan agama yang dihubungkan


dengan memperbanyakkan konsep inter-generasi dimana

agensi atau pusat penjagaan haruslah menyediakan penjagaan

kepada penjaga perlulah diwar-warkan agar mereka lebih

sedar tentang sumber yang boleh didapati terutamanya mereka

yang tinggal di kawasan luar bandar. Selain itu, kerajaan perlu

menyediakan satu system pendaftaran penjaga supaya segala

bentuk bantuan dan program boleh disalurkan dengan mudah.

Maknanya, kita akan tahu siapa yang menjaga siapa dalam

masyarakat. Seterusnya kita juga harus mengadakaan kempen

kesedaran tentang masalah yang berkaitkan warga tua seperti

mengadakan hari ibu dan hari bapa. Hari ibu dan hari bapa

harus disambut bagi menyanjung dan mengingati jasa dan

pengorbanan mereka. Melalui hari ibu dan bapa ini ia sikit

sebanyak akan menyedarkan golongan anak-anak yang tidak

mempedulikan ibu bapa mereka.

Kesimpulan

Masalah pengabaian warga tua masih lagi di tahap rendah,

namun perbuatan anak-anak tempatan seumpama itu tidak

dapat diterima masyarakat di negara ini bahkan sangat


memalukan dan dikesali. Oleh itu, setiap anak-anak hendaklah

sentiasa menghormati dan menjaga kebajikan kedua ibu bapa

dan warga tua dengan memberikan kasih sayang dan

memastikan kesempurnaan hidup mereka terjamin dan

janganlah sesekali mengabaikan dan mensia-siakan hidup

mereka serta selalulah mendoakan mereka agar sentiasa

mendapat perlindungan daripada Allah S.W.T.


Warga Tua

Banyak faktor mendorong anak-anak menghantar ibu bapa mereka ke rumah kebajikan

atau membiarkan mereka bersendirian. Mereka memberi alasan tersendiri berbuat

demikian walaupun ada yang mendakwa melakukannya demi kebaikan dan keselesaan

ibu bapa. Ada anak yang mendakwa menghantar ibu bapa ke rumah kebajikan bagi

memastikan mereka mendapat layanan sempurna seperti makan dan minum terurus

kerana anak sendiri tidak mempunyai banyak masa berbuat demikian.Tidak kurang anak

yang menghantar ibu bapa ke rumah kebajikan kerana tidak terdaya untuk merawat atau

menjaga mereka yang sakit. Dengan menghantar ke rumah orang tua, masalah

kesihatan ibu bapa akan dijaga dengan baik. Apa pun alasan mereka sama ada dengan

niat baik atau sebaliknya, perbuatan itu tidak murni.


Punca Warga Tua Terbiar

Sifat individualisme dan mementingkan diri masyarakat kita di Malaysia. Tamadun


manusia walau apa pun agamanya, meletakkan kedudukan yan.g tinggi kepada orang
yang lebih tua, terutamanya kedua ibu-bapa. Tamadun itu semakin hari semakin ditelan
arus pembangunan. Akibatnya anak-anak yang sudah berkeluarga bukan sahaja tidak
lagi berminat tinggal dengan ibu bapa malah jumlah orang menghubungkaitkan di antara
punca masalah sosial dengan cara penyelesaiannya.
Warga tua Kenapa
mereka diabaikan?
KEBELAKANGAN ini isu pengabaian warga tua
semakin mula diperkatakan. Walaupun isu ini
tidaklah segah isu keruntuhan akhlak remaja, ia perlu
juga diberi perhatian yang sewajarnya.
Malah ada segelintir golongan dalam masyarakat kita
yang sering menganggap bahawa warga tua ini banyak
menimbulkan bebanan dan tanggapan sedemikian
adalah amat menyedihkan.
Pengabaian warga tua ini disebabkan sikap
masyarakat yang telah dijajahi oleh aspek
imperialisme individualistik dan materialisme yang
cukup kuat. Masyarakat moden kini lebih mengejar
kebendaan dan kekayaan daripada nilai sebuah kasih
sayang.
Kadangkala mereka meninggalkan warga tua ini
bersendirian di rumah seharian dari pagi hingga ke
malam.
Perbuatan ini secara tidak langsung telah
meninggalkan kesan yang mendalam terhadap jiwa
golongan tua ini. Mereka akan merasakan diri mereka
tidak diperlukan lagi.
Perasaan ini akan mengakibatkan warga tua ini
merajuk dan cuba melarikan diri daripada
permasalahan itu dengan keluar daripada rumah dan
berjalan-jalan tanpa tujuan.
Pada ketika inilah banyak kejadian yang tidak diingini
boleh berlaku. Kemungkinan besar warga tua ini akan
dirompak, diculik atau mengalami kemalangan.
Sikap masyarakat sekarang ini terhadap warga tua
menunjukkan seolah-olah mereka tiada langsung
mempunyai rasa bersyukur dalam kamus hidup
sendiri walaupun pada ibu bapa sendiri.
Si ibu yang telah bersusah payah mengandungkan
mereka selama sembilan bulan, menyusu, berjaga
malam menghalau nyamuk dan menjaga serta
mendidik daripada tapak kaki sekecil tangan ibu
sehingga dewasa.
Tidak terpalitkah langsung rasa menghargai ibu di
jiwa masing-masing? Jika diingati kembali, kerajaan
melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah
mengadakan pelbagai program kepada warga tua ini
sebagai tanda penghormatan dan penghargaan
kepada jasa-jasa mereka.
Hari Warga Tua, Tokoh Warga Tua dan Ibu Mithali
diadakan semata-mata untuk menyatakan berapa
besarnya pengorbanan mereka dalam melahirkan
generasi cendekiawan hari ini.
Tetapi yang menghairankan ialah kenapa anak-anak
sendiri tidak begitu menghargai mereka sebagaimana
yang diakui oleh pihak kerajaan?
Fikiran masyarakat yang masih belum terbuka
sepenuhnya menyebabkan mereka tidak dapat
menerima teguran dan pandangan yang membina
daripada warga tua dengan hati terbuka. Segalanya
itu dianggap sebagai satu leteran.
Oleh itu untuk melarikan diri daripada menerima
leteran itu mereka menghantar warga tua ini ke
rumah orang-orang tua. Mereka beranggapan di
rumah orang-orang tua ini, warga tua akan dapat
bergaul sesama mereka tanpa sebarang masalah.
Dengan itu, dapatlah golongan muda ini menjalankan
aktiviti harian mereka tanpa diganggu konsentrasinya.
Malah ada juga masyarakat menganggap bahawa
warga tua tidak produktif dan tidak berupaya
membantu mereka. Oleh itu warga tua ini dianggap
sebagai beban. Ini disebabkan mereka terpaksa
menjaga warga tua ini tanpa mendapat apa-apa
faedah daripadanya.
Disebabkan keadaan ini terpaksa, golongan tua ini
dilayan antara mahu atau tidak mahu sahaja.
Malah ada yang menggunakan warga tua ini sebagai
pembantu rumah. Pengeksploitasian tenaga warga tua
ini, sememangnya semakin berleluasa kini, tetapi
tiada tindakan yang dapat diambil kerana hal ini
melibatkan kekeluargaan.
Faktor wujudnya rumah orang-orang tua yang
semakin banyak kini secara tidak langsung
menggalakkan masyarakat mengabaikan
tanggungjawab mereka yang sebenarnya. Mereka
melepaskan tanggungjawab kepada pihak pengurusan
rumah orang-orang tua. Sememangnya layanan yang
diberikan tidak seburuk mana, tapi tidak terfikirkah
kita bagaimana mereka dahulu menjaga kita? Walau
susah jerih mana sekalipun mereka tidak menghantar
kita dalam penjagaan orang lain.
Ibu mana yang sanggup melihat anaknya ditangankan
oleh orang lain? Ibu mana yang sanggup berjauhan
dengan anaknya? Tetapi kini ada anak yang sanggup
berbuat begitu kepada ibunya.
Sikap hipokrit masyarakat sekarang yang tidak
mementingkan nilai-nilai kekeluargaan juga
menyebabkan warga tua terabai. Mereka sanggup
membelakangi warga tua ini dalam segala urusan.
Bagi mereka warga tua ini dianggap tidak berguna lagi.
Adakah kita dikatakan sebuah masyarakat yang maju
selaras dengan transformasi negara jika kita bersikap
invidualistik?
Namun begitu, masyarakat maju Barat masih lagi
menjaga warga tua mereka dan golongan inilah yang
mereka utamakan dalam segala hal. Warga tua di sana
dihormati dan disanjungi tetapi tidak di negara kita.
Mengapa masyarakat kita tidak mahu mencontohi
budaya positif ini? Namun begitu tidak dinafikan ada
di antara kita masih menyayangi warga tua
sebagaimana mereka menyayangi diri mereka sendiri.
Golongan inilah yang dikatakan masyarakat terpelajar
sebenarnya.
Mereka tidak megah dengan kemajuan yang dicapai
kerana mereka tahu bahawa semuanya datang
daripada sokongan dan semangat yang diberikan oleh
golongan terdahulu iaitu warga tua hari ini. Mereka
tidak mahu menjadi 'kacang lupakan kulit' yang tidak
mengakui akan erti kehidupan sebenarnya.
Justeru itu, kita sebagai golongan muda yang
berkesedaran tinggi haruslah berganding bahu dan
memastikan bahawa nasib golongan tua terbela dan
tidak diabaikan. Kita tidak mahu Wawasan 2020 yang
diimpikan hanya tinggal impian kerana tiadanya
masyarakat penyayang.

Mengikut statistik Jabatan Kebajikan


Masyarakat pada 2012, seramai 2,020
penghuni di rumah kebajikan JKM. Daripada
jumlah itu seramai 982 orang (48 peratus)
adalah orang Melayu Islam dan 19 peratus
daripada jumlah kemasukan ke rumah
kebajikan adalah kes pengabaian serta
dipinggirkan keluarga sendiri.
Sebanyak 26 peratus berkaitan masalah
penjagaan dan tiga peratus berkaitan dengan
masalah penderaan. Berdasarkan kepada
pemerhatian mimbar ada di kalangan
penghuni rumah kebajikan ini mempunyai
anak-anak yang berjawatan tinggi, pensyarah,
pegawai kerajaan, golongan profesional, akan
tetapi mereka masih sanggup menghantar ibu
bapa mereka ke rumah-rumah kebajikan.

Sempena 1 Oktober yang diisytiharkan sebagai


Hari Warga Emas Sedunia, mimbar menyeru
kepada para jemaah dan umat Islam sekalian,
marilah sama-sama kita mengenangkan jasa
dan pengorbanan warga ini yang banyak
berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

Adanya Hari Warga Emas ini secara tidak


langsung memberi ingatan kepada kita semua
bahawa setiap manusia pasti akan melewati
usia tua.
1. Berasaskan unjuran yang dibuat,
Malaysia dijangka mencapai status
negara tua pada tahun 2030 apabila 15
peratus daripada jumlah penduduk
merupakan warga emas. Kini golongan
warga emas, iaitu mereka yang
berumur 60 tahun dan ke atas, adalah
seramai 2.2 juta orang atau 7.7 peratus
daripada 28.3 juta penduduk Malaysia.
Jangka hayat ketika lahir bagi seorang
perempuan telah meningkat dari 58
tahun pada tahun 1957 kepada 77
tahun pada tahun 2010. Begitu juga
perkembangannya untuk lelaki, yang
mana jangka hayat ketika lahir
menokok dari 56 tahun pada tahun
1957 kepada 71.9 tahun pada tahun
2010.
Negara bakal berhadapan dengan ledakan warga
emas apabila jumlah rakyat negara ini melebihi 60
tahun dijangka meningkat kepada 3.4 juta orang
menjelang tahun 2020.
Saban tahun jumlah warga emas meningkat dengan
pantas iaitu dari 1.03 juta orang pada tahun 1991
kepada 2.1 juta orang pada masa kini.
Perangkaan juga menunjukkan 65 peratus warga
emas tersebut adalah wanita yang tinggal di kawasan
luar bandar.
Aliran penuaan yang melanda negara ini adalah
kesan daripada pengurangan kesuburan, ekonomi
meningkat serta penjagaan kesihatan berpanjangan.
Faktor lain pula termasuk penurunan kadar kelahiran
dan kematian serta perpindahan generasi muda ke
negara lain atas alasan pekerjaan.
Fenomena semakin ramai yang memilih untuk hidup
membujang juga turut menyumbang kepada aliran
penuaan di negara ini.
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan
Perangkaan Malaysia, banci yang dibuat pada tahun
2000 menunjukkan bilangan warga emas di negara ini
meningkat hamper dua kali ganda untuk tempoh 20
tahun.
Sebagai contoh, pada tahun 1970 warga emas hanya
berjumlah 546,000 di seluruh negara. Bagaimanapun
pada tahun 1991 jumlah warga emas meningkat
menjadi 1.03 juta orang.
Bilangan warga emas terus meningkat sebanyak 35
peratus lagi untuk 10 tahun yang iaitu 1.4 juta orang
atau 6.3 peratus daripada penduduk negara ini pada
tahun 2000.
Jumlah warga emas terus bertambah pada tahun
2010 iaitu sejumlah 2.1 juta orang yang mewakili 7.3
peratus rakyat negara ini.
Pada 2020, bilangan warga emas dijangka terus
meningkat kepada 3.4 juta orang.
Perangkaan juga menunjukkan Perak dan Perlis
mencatatkan peratusan warga emas tertinggi iaitu 9.4
peratus dan 9.2 peratus.
Sementara Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri
Sembilan dan Pulau Pinang mencatatkan
penambahan warga emas kira-kira 7 peratus.
Sementara itu, Selangor mencatatkan penurunan
kecil jumlah warga emas iaitu daripada 4.7 peratus
kepada 4.5 peratus.
Ini adalah kesan penghijrahan go;ongan muda dari
negeri-negeri lain ke Selangor.
Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pula
mencatatkan jumlah warga emas paling rendah iaitu
kira-kira 3.9 peratus.
Keadaan ini disebabkan penghijrahan masuk warga
asing dari Indonesia dan Filipina yang menambahkan
golongan muda di kedua negeri itu.
Penuaan penduduk merupakan satu fenomena yang
berlaku di Negara-negara membangun dan
perindustrian sejak beberapa dekad lalu dan ia
merupakan kesan awalan dalam usaha
mengurangkan tahap kesuburan dan lanjutan usia
penduduk.
Persoalannya, adakah Negara kita sudah bersedia
dengan perancangan dan persediaan untuk
menangani isu penuaan penduduk mencakupi
pelbagai aspek kehidupan.
Penuaan penduduk akan menyebabkan implikasi
sosial antaranya lebih ramai warga emas wanita
hidup bersendirian, penyediaan kediaman yang
sesuai dengan kemampuan mental serta fizikal
mereka.
Selain itu, penuaan juga berkait rapat kesannya pada
ekonomi dan implikasi kesihatan.
Justeru, institusi-institusi sosial dan polisi kerajaan
juga perlu selaras dengan perubahan struktur umur
bagi menangani peningkatan keperluan warga emas.

Anda mungkin juga menyukai