Anda di halaman 1dari 2

Ucapan Wakil Murid Sempena Hari Guru

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh

Yang berusaha Puan Hajah Sarina binti Zainudin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Padang Pekan.
Yang dihormati En. Ahmad Fadzli b Othman, Guru Penolong Kanan Kurikulum,
En. Azmi b Mohammad, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
En. Shariman b Abu Bakar, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
En. Ramli b Ishak, Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas,
En. Mahadzir b Md. Said, Pengerusi PIBG SK Padang Pekan,
AJK PIBG, barisan guru-guru yang diraikan, guru-guru KAFA seterusnya rakan-
rakan yang saya kasihi sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Illahi, kerana dengan limpah kurniaNYA,


dapat kita berhimpun pada hari ini bagi meraikan insan yang telah berusaha
keras, mengerah kudrat,memerah keringat dalam usaha menurunkan ilmu kepada
kita semua. Merekalah guru-guru berjasa yang amat kita sayangi.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,


Perlu kita ingat bahawa gurulah titik awal pengaliran ilmu di dalam diri kita.
Peranan guru bukan sahaja untuk menurunkan ilmu bahkan berperanan
membentuk sahsiah dan akhlak kita semua. Seorang guru bolehlah
dianggap adalah seorang jurutera sosial kerana bidang pendidikan adalah
peneraju dalam membangunkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran
dan berperibadi mulia. Justeru, sesuailah pemilihan tema pada tahun ini iaitu,
“Guru Pembina Negara Bangsa”.

Rakan-rakan sekalian,
Hormatilah guru yang telah banyak berjasa, berbakti dan mencurahkan ilmu
pengetahuan. Guru boleh diibaratkan sebagai ibu bapa kita yang kedua yang
berupaya mencorakkan masa depan kita. Patuhilah arahan mereka dan amalkanlah
tunjuk ajar dan nasihat untuk panduan hidup kita.

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru yang
mengajar saya dan rakan-rakan dengan usaha yang berterusan penuh dengan
semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan dan penuh dedikasi. Terima kasih
cikgu! Pengorbanan dan segala jasa cikgu akan terpahat dalam hati selagi hayat
dikandung badan. Seterusnya, maafkan kami atas kekasaran, segala salah laku
dan sesuatu yang mengguris perasaan cikgu. Sesungguhnya, kami ini insan yang
masih memerlukan bimbingan daripada guru-guru semua.
Hadirin sekalian,
Sambutan Hari Guru amat bermakna kepada semua warga pendidik. Hari Guru
bukan sahaja meraikan jasa dan pengorbanan guru-guru, tetapi juga menjadi
dorongan kepada semua warga pendidik untuk terus memperjuangkan dan
meningkatkan kualiti mengajar. Hal yang demikian dapat meningkatkan bilangan
ilmuwan di negara kita.

Seterusnya, mari kita panjatkan doa agar SK Padang Pekan terus cemerlang dan
lebih gagah menghadapi cabaran serta mencapai visi kita dalam melahirkan modal
insan yang berdikari, berwaja diri dan berjasa kepada negara. Bersama-sama kita
berpadu tenaga, warga pendidik, para ibu bapa dan murid-murid meneruskan
usaha murni ini. Semoga segala pengorbanan guru ini akan menjadi amal soleh
yang akan memberikan pahala yang berterusan dan berkekalan.

Sebelum mengakhiri ucapan ini, izinkan saya membacakan beberapa bait kata
daripada sajak nukilan Usman Awang.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,


guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

“Teachers that love to teach.....Create kids that love to learn ....


“Guru yang suka mengajar ....akan melahirkan murid yang suka belajar”

Akhir kata daripada saya, “Terima kasih cikgu!”

Anda mungkin juga menyukai