Anda di halaman 1dari 3

Yang Berhormat_________________________.

Yang Berusaha __________________________

Yang Berusaha__________________________. Yang Dihormati, Penyelia Perpustakaan Desa

__________________________· Barisan guru-guru dan murid-murid yg dikasihi sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.. Alhamdulillah, bersyukur kita

pada pagi ini, dengan izin serta limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam majlis pelancaran

Program JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT / LET’S READ TOGETHER FOR 10

MINUTES. Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak

__________________________ sudi meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan majlis kita

pada hari ini. Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dijemput ____________________________

untuk mengetuai bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Majlis mengucapkan ribuan

terima kasih kepada _______________________ atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Untuk makluman guru-guru dan murid-murid sekalian, Program ini merupakan sebahagian daripada

gerakan membaca yang dijalankan pada setiap tahun sebagai usaha berterusan untuk membentuk

masyarakat membaca. Pada tahun ini, Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah menganjurkan

program ini bersempena Majlis Perasmian Sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia 2016 secara

serentak pada hari, tarikh dan masa yang sama iaitu pada 25 April 2016, jam 11.00 pagi hingga

11.10 pagi.

Bagi meneruskan majlis, dengan segala hormatnya dijemput Tuan Guru Besar, SK Relau untuk

melancarkan Program Jom Membaca Bersama Untuk 10 minit/Let’s Read Together For 10 Minutes.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.


Hadirin sekalian marilah kita bersama-sama meluangkan masa 10 minit kita yang berharga ini

dengan menyahut seruan program jom membaca pada hari ini. Semua jemputan, guru-guru dan

murid-murid dipersilakan untuk membaca.

Terima kasih diucapan kepada semua jemputan, guru-guru dan murid-murid atas kerjasama yang

diberikan.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan _____________________. Untuk itu dijemput adik

1.

2.

3.

4.

5.

6.

Terima kasih diucapkan kepada semua pelajar2 yang terlibat. Semoga program ini member manfaat

kepada kita semua.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada para peserta. Untuk itu, majlis

menjemput _______________________________ menyampaikan cenderahati tersebut.

Dipersilakan _________________________________. Majlis mengucapkan terima kasih kepada

__________________________________ atas penyampaian cenderahati itu tadi.

Sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan, majlis mempersilakan

___________________________ untuk menyampaikan hadiah cenderahati kepada

___________________________. Terima kasih diucapkan.


Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi, maka selesailah sudah Program JOM BACA

BERSAMA UNTUK 10 MINIT / LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES. Saya mewakili warga

SK Relau merakamkan penghargaan terima kasih kepada barisan tetamu yg hadir di atas kesudian

meluangkan masa pada pagi ini untuk memeriahkan Program JOM BACA BERSAMA UNTUK 10

MINIT/LET’S READ TOGETHER FOR !) MINUTES. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan guru

dan murid-murid sekalian. Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai