Anda di halaman 1dari 2

(BM KOMSAS T1) Puisi Tradisional: Pantun Dua Kerat (Nasihat)

Posted on February 14, 2015

A) Maksud

1. Rangkap 1 : Kepentingan mempunyai hubungan erat antara satu sama lain.

2. Rangkap 2 : orang yang selalu berselimut pasti akan tidur. (tidak melakukan kerja kerana tidur / malas)

3. Rangkap 3 : setiap orang ada kelebihannya.

4. Rangkap 4 : Orang yang malas bekerja pasti tidak akan dapat hasilnya.

5. Rangkap 5 : bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

B) Tema

Nasihat yang membina ke arah kebaikan.

C) Persoalan

1. Hubungan yang erat antara satu sama lain.

2. Kerajinan membawa hasil yang berganda.

3. Sikap malas yang tidak mendatangkan hasil.

D) Bentuk Pantun

1. 5 rangkap.

2. 2 baris dalam setiap rangkap.

3. 3 hingga 5 patah kata dalam setiap baris.


Contohnya:
– Hitam-hitam pucuk kawa (3 patah kata)
– Sungguh hitam dipandang lawa (4 patah kata)

4. 8 hingga 11 suku kata dalam setiap baris.


Contohnya:
– Hitam-hitam pucuk kawa (8 suku kata)
– Sungguh hitam dipandang lawa (9 suku kata)

5. Rima akhir : aa

6. Ada pembayang & maksudnya.

E) Unsur Bunyi

1. Asonansi (ulang vokal a)


—Contohnya : Sarang semut dalam gelap
—2. Aliterasi (ulang konsonan m)
—Contohnya : Satu memegang satu memikul

—3. Jeda
—Hentian sejenak di tengah baris semasa mendeklamasikan pantun. Contohnya :
Hitam-hitam / pucuk kawa,
Sungguh hitam / dipandang lawa.

F) Gaya Bahasa

1. Imej alam :
buah sintang, buah senikul, pucuk kawa

2. Repetisi :
Buah sintang buah senikul,
Satu memegang satu memikul.

G) Nilai dan Pengajaran

Latihan:

1. Berdasarkan rangkap keempat Pantun Dua Kerat (Nasihat), apakah perkara-perkara yang perlu kita lakukan?
(3m)
__
__

2. Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam pantun ini. (3m)


__
__

3. Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan supaya hidup kita lebih berjaya? (4m)

Anda mungkin juga menyukai