Anda di halaman 1dari 17

Apakah Kemahiran Saintifik?

Kemahiran saintifik merupakan kemahiran yang penting untuk menjalankan


sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik. Kaedah seperti eksperimen, penyelidikan dan
projek merupakan aktiviti yang menggunakan kemahiran saintifik. Kemahiran saintifik terdiri
daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.

Oleh itu kemahiran saintifik diperlukan oleh seseorang pelajar untuk mengkaji dan
memahami alam, mencari jawapan atau jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah serta
membuat keputusan secara sistematik. Kemahiran saintifik terdiri daripada Kemahiran
Proses Sains dan Kemahiran Manipulatif Sains seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 dan
Rajah 2.

Kemahiran Saintifik

Kemahiran Proses Sains Kemahiran Manipulatif

Asas Bersepadu

Rajah 2 Komponen-komponen Kemahiran Saintifik


Komponen-komponen Kemahiran Saintifik

Kemahiran Proses Sains (Science Process Skills)

Kemahiran Proses Sains bolehlah didifinisikan sebagai membuat jangkaan tentang sesuatu
peristiwa berdasarkan pemerhatian yang lalu atau melalui pemerolehan data yang boleh
dipercayai. Ini bermakna murid-murid diberikan peluang untuk mengeluarkan idea dan
pendapat mengenai sesuatu perkara berdasarkan pemerhatian lalu dan juga data serta
pengalaman yang boleh dipercayai kebenarannya.

Kemahiran Proses Sains diperlukan oleh murid untuk mempelajari mengenal dunia
sains dan teknologinya dengan lebih mendalam. Guru-guru perlu mengetahui dan
menguasai kemahiran proses sains terlebih dahulu sebelum kemahiran tersebut dapat
diajarkan kepada murid. Strategi inkuiri yang berpusatkan murid dengan aktiviti, penyiasatan
dan eksperimen akan memupuk dan mengasah kemahiran-kemahiran proses sains.
Seterusnya, kemahiran berfikir juga akan dipertingkatkan.

Terdapat 12 KPS yang harus diperkembangkan dalam kurikulum Sains adalah:

Memerhati
Mengelaskan
Mengukur dan menggunakan nombor
Membuat inferens
Meramal
Berkomunikasi
Menggunakan perhubungan ruang dan masa
Mentafsirkan data
Mendifinisikan secara operasi
Mengawal pemboleh ubah
Membuat hipotesis
Mengeksperimen

Berdasarkan Teori Peringkat Perkembangan Kognitif, KPS dapat dibahagikan

kepada dua peringkat utama iaitu Kemahiran Proses Sains Asas (KPSA) dan Kemahiran
Proses Sains Bersepadu (KPSB).

Pelajar yang mempunyai Kemahiran Proses Sains Asas (Basic Process Skills)
mampu mengembangkan logik dan memahami konsep pengabadian serta dapat membuat
pengelasan berasaskan lebih daripada satu ciri pada satu masa. Lazimnya, pelajar yang
mempunyai KPSA adalah golongan murid sekolah rendah yang berusia antara 7 hingga 11
tahun (Peringkat Operasi Konkrit).

Pelajar yang mempunyai Kemahiran Proses Sains Bersepadu (Integrated Process


Skill) pula lebih matang dan dapat menguasai pemikiran yang lebih abstrak serta memahami
keperluan untuk mengawal pemboleh ubah apabila menjalani suatu eksperimen. Rata-rata
pelajar yang mempunyai KPSB merupakan pelajar yng berusia antara 11 hingga 15 tahun.
(Peringkat Operasi Formal).

Kemahiran-kemahiran Proses Sains Asas ialah:-

1. Memerhati
Memerhati ialah proses mengumpul maklumat tentang objek dan fenomena
menggunakan sebahagian atau semua deria. Ianya boleh dilakukan secara kualitatif
dan kuantitatif. Pengetahuan konsep diperlukan dalam pemilihan dan penaksiran
pemerhatian yang dibuat.

Petunjuk Memerhati:-
 Menggunakan deria rasa, penglihatan,bau, pendengaran dan sentuhan.
 Mengenal pasti ciri dan kualiti sesuatu konsep.
 Mengenal ciri-ciri yang ganjil atau yang mempunyai kelainan.
 Memperihalkan perbezaan dan persamaan yang dikesani
 Memperihal akan perubahan yang berlaku
 Mengenal pasti tertib sesuatu kejadian yang berlaku
 Menggunakan alat bagi membantu deria untuk membuat kajian terperinci

2. Mengelas
Mengelas ialah proses memerhati dan mengenal pasti perbezaan dan persamaan
antara objek atau fenomena berdasarkan ciri atau sifat sepunya. Mengasingkan dan
mengumpul objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing.

Petunjuk Mengelas:-
 Kenal pasti ciri umum sekumpulan item
 Beri nama kepada kumpulan item itu
 Kenal pasti ciri lain
 Memasukkan item berciri sama ke dalam kumpulan yang lebih kecil
 Ulangi langkah di atas sehingga semua item dapat dikumpulkan dalam suatu
kumpulan

3. Berkomunikasi
Berkomunikasi ialah kemahiran yang merujuk kepada kebolehan menerima, memilih
dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam pelbagai bentuk.

Petunjuk Berkomunikasi
 Kenal pasti ciri umum sekumpulan item
 Bercakap, mendengar atau menulis atau menjelaskan idea atau makna
kepada rakan
 Merekod maklumat daripada kajian
 Meneliti maklumat yang ingin disampaikan
 Memilih cara atau alat komunikasi yang bersesuain
 Menyediakan bahan yang diperlukan untuk penyampaian
 Menggunakan bahan rujukan
 Menentukan sasaran yang akan menerima maklumat

4. Meramal
Meramal ialah proses untuk menentukan dan menjangka peristiwa yang akan
berlaku berdasarkan kepada pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang
boleh dipercayai.

Proses Meramal
 Menggunakan data yang lepas atau ketika itu untuk menjangka apa yang
mungkin berlaku.
 Menggunakan pola sebagai bukti bagi membuat sesuatu jangkaan.
 Menentukan hasil yang mungkin daripada sesuatu tindakan.
 Mengesahkan jangkaan berlandaskan data atau pengalaman yang lepas.
 Membezakan ramalan daripada tekaan.
5. Menyukat dan menggunakan nombor
Kebolehan membuat pemerhatian secara kuantitatif yang melibatkan penggunaan
alat piawai.

Petunjuk Mengukur dan Menggunakan Nombor


 Boleh mengira dan membandingkan bilangan item di dalam kumpulan yang
berlainan
 Menggunakan nombor untuk merekod fenomena
 Membandingkan objek-objek menggunakan nombor
 Menggunakan alat dengan betul
 Mencatat bacaan dengan tepat
 Mencatat unit dengan betul
 Memilih dan menggunakan unit yang piawai dengan betul
 Membandingkan masa, jarak, luas dan isi padu dengan unit yang berkaitan
 Boleh mengenal pola dalam jadual-jadual nombor
 Menentukan kejituan ukuran tertentu
 Menggunakan skala dan menerangkan nisbah

6. Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa


Kebolehan memperihalkan atau menunjukkan lokasi, arah, bentuk dan saiz sesuatu
objek dan perubahannya mengikut masa.

Petunjuk Menggunakan Perhungan Masa dan Ruang


 Memperihalkan lokasi dengan masa
 Memperihalkan perubahan arah dengan masa
 Memperihalkan bentuk dengan masa
 Memperihalkan perubahan saiz dengan masa
 Menyusun peristiwa kejadian mengikut kronologi
 Menentukan magnitud perubahan yang berlaku berdasarkan kadar
perubahan
 Menentukan kedudukan objek dan menghuraikan kedudukannya di dalam
ruang
 Menghuraikan rupa bentuk objek dilihat dari kedudukan yang berlainan
 Menerangkan perhubungan di antara masa dan jarak objek yang bergerak
7. Membuat Inferens
Membuat inferens ialah proses membuat kesimpulan awal untuk menerangkan
peristiwa atau objek berdasarkan pemerhatian. Pengalaman lepas digunakan
sebagai asas untuk membuat kesimpulan awal tersebut. Kesimpulan yang dibuat ini
mungkin benar atau tidak.

Petunjuk Inferens
 menggunakan maklumat daripada pemerhatian untuk membuat kesimpulan
awal yang munasabah
 membuat pelbagai tafsiran yang mungkin daripada satu pemerhatian
 mengenal had-had inferens
 menguji kejituan inferens dengan pemerhatian tambahan
 menggunakan inferens sebagai alat menentukan pemerhatian tambahan

Contoh aktiviti yang melibatkan Kemahiran Proses Sains Asas ialah :-

 Memerhati : memerhati sifat-sifat fizikal yang terdapat pada tumbuhan


 Mengelas : mengelaskan haiwan mengikut sifat fizikal seperti berbulu, bersisik,
berkaki, berkepak.
 Berkomunikasi : menyatakan kepentingan kitar semula
 Membuat inferens : menyatakan sebab kenapa daun pada sebatang pokok
menjadi layu
 Perkaitan ruang dan masa : mengukur dan membanding pergerakan dua objek
yang berbeza dengan jarak masa yang ditetapkan.
 Mengukur dan menggunakan nombor : mengukur suhu bagi cecair yang
dipanaskan.
 Meramal : meramal keadaan yang akan berlaku pada pokok dalam pasu yang
diletakkan dalam kotak tanpa cahaya matahari.

Kemahiran-kemahiran Proses Sains Bersepadu ialah:-

1. Mentafsir Data
Ianya ialah kebolehan member penerangan rasional tentang objek, fenomena, atau
pola berdasarkan maklumat yang dikumpul.
Petunjuk Mentafsir Data
• Mengumpul pelbagai data melalui pemerhatian untuk membuat pernyataan tentang
maksudnya
• Mengesan pola atau corak yang terdapat berdasarkan maklumat yang diperoleh
• Menyatakan hubungan di antara maklumat
• Membuat kesimpulan berdasarkan data yang dikumpulkan

2. Mendifinisi Secara Operasi


Proses memberi definisi tentang sesuatu konsep atau keadaan dengan menyatakan
perkara yang perlu dilakukan dan diperhatikan.

Petunjuk Mendifinisi Secara Operasi


 Mentakrif istilah, konsep atau pemboleh ubah dalam konteks pengalaman
sendiri.
 Membuat pernyataan apa yang diperhatikan dan apa yang dibuat.

3. Mengawal Pemboleh Ubah


Pemboleh ubah boleh jadi satu factor, keadaan atau hubungan yang boleh diubah
dalam suatu kejadian atau system yang dikaji. Pemboleh ubah dimanipulasikan untuk
menghasilkan perubahan dalam pemboleh ubah kedua (pemboleh ubah bergerak
balas). Pemboleh ubah lain yang mungkin mempengaruhi keputusan perlu dimalarkan
(pemboleh ubah dimalarkan)

Petunjuk Mengawal Pemboleh Ubah


 Menentukan pemboleh ubah yang relevan dalam penyiasatan
 Menentukan pemboleh ubah yang akan

- dimanipulasi (tak bersandar),

- bergerak balas (bersandar)

- dimalarkan.

 Menentukan apakah perubahan yang perlu dilakukan keatas pemboleh ubah


yang dimanipulasikan
4. Membuat Hipotesis

Proses menghasilkan satu kenyataan umum yang difikirkan benar berdasar inferens,
untuk menerangkan suatu perkara atau peristiwa. Merupakan suatu ramalan mengenai
hubungan antara dua atau lebih pembolehubah. Boleh diuji untuk membuktikan
kesahihannya.

Petunjuk Membuat Hipotesis

 mengenal pasti pemboleh ubah


 membuat inferens yang munasabah
 menentukan hubungan di antara dua pemboleh ubah berdasarkan inferens

5. Mengeksperimen
Kebolehan melaksanakan prosedur untuk menguji sesuatu hipotesis. Merupakan
kemahiran proses sains peringkat tinggi.

Petunjuk Mengeksperimen
 Membuat pemerhatian
 Mengemukakan soalan serta membuat inferens
 Membuat hipotesis yang boleh diujikan
 Mengawal pemboleh ubah / mendefinisikan secara operasi
 Menentukan peralatan yang diperlukan bagi suatu eksperimen
 Menjalankan eksperimen dan memerhati serta merekod data
 Menganalisis dan mentafsir data
 Membuat kesimpulan
 Melapor keputusan eksperimen yang telah dijalankan

Contoh aktiviti yang melibatkan Kemahiran Proses Sains Bersepadu:-

 Mengenalpasti dan mengawal pembolehubah : membuat ujikaji tentang factor-faktor


pengaratan besi.
 Mendifinisi secara operasi : menyatakan maksud proses penyejatan, pembekuan,
kondensasi, peleburan.
 Menjalankan eksperimen : menjalankan eksperimen tentang keperluan asas
haiwan.
 Membentuk dan menguji hipotesis : menguji hipotesis tumbuhan memerlukan
cahaya matahari untuk hidup.
 Mentafsir data : membina jadual pertumbuhan biji benih selama 30 hari dan
membuat kesimpulan dari data yang diperoleh.

Rajah 3 : Jadual berikut memberikan definisi bagi komponen-komponen KPS yang telah
diterangkan di atas.
Keseluruhan Proses Sains adalah seperti Rajah 4 di bawah:-

Memerhati
Mengeks
Mengelas
perimen

Mengukur dan
Membuat
menggunakan
hipotesis
nombor

KEMAHIRAN
Mengawal
Membuat
pemboleh PROSES inferens
ubah
SAINS

Mendifinisi
secara Meramal
operasi

Mentafsir Berkomun
maklumat Menggunakan ikasi
perhubungan
ruang dan
masa

Rajah 4
KPS Definisi
Memerhatikan Menggunakan deria penglihatan, pendengaran,
sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan
maklumat tentang objek dan fenomena.
Mengelaskan Menggunakan pemerhatian untuk mengasing dan
mengumpulkan objek atau fenomena berdasarkan
cirri yang sama.
Mengukur Membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan
menggunakan menggunakan nombor atau alat berunit piawai atau
nombor alat yang diseragamkan sebagai unit rujukan.
Membuat inferens Membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang
mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan
sesuatu peristiwa atau pemerhatian.
Meramalkan Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa
berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu
atau berdasarkan data.
Berkomunikasi Menerima, memilih, menyusun dan
mempersembahkan maklumat atau idea dalam
bentuk tulisan, lisan, jadual, graf, rajah atau model.
Menggunakan Memerihalkan perubahan parameter seperti lokasi,
perhubungan arah, bentuk, saiz, isipadu, berat dan jisim dengan
ruang dan masa masa.
Mentafsirkan data Memberi penerangan yang rasional tentang objek,
peristiwa atau pola daripada data yang dikumpulkan.
Mendifinisikan Memberi tafsiran tentang sesuatu konsep dengan
secara operasi menyatakan perkara yang dilakukan dan
diperhatikan.
Mengawal Mengenal pasti pemboleh ubah dimanipulasikan,
pemboleh ubah pemboleh ubah bergerak balas dan pemboleh ubah
yang dimalarkan. Dalam sesuatu penyiasatan satu
pemboleh ubah dimanipulasikan untuk memerhatikan
hubungannya dengan pemboleh ubah yang lain
dimalarkan.
Membuat hipotesis Membuat satu pernyataan umum tentang hubungan
antara pemboleh ubah yang difikirkan benar bagi
menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa.
Pernyataan ini boleh diuji untuk menentukan
kesahihannya.
Mengeksperimen Merancang dan menjalankan penyiasatan untuk
menguji sesuatu hipotesis, mengumpulkan data,
mentafsirkan data sehingga mendapat rumusan
daripada penyiasatan itu.

Kemahiran Manipulatif Sains (KMS)

Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psokomotor yang diperkembangkan


melalui penyiasatan dalam Sains. Kemahiran ini memupuk pelajar supaya dapat
mengendalikan peralatan, bahan, serta specimen hidup dan bukan hidup dengan betul,
selamat, cermat dan tepat.

Kemahiran ini diaplikasikan apabila pelajar menggunakan dan mengendalikan


peralatan dan bahan sains dengan betul, menyimpan peralatan sains dengan betul dan
selamat, membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul, mengendalikan specimen
dengan betul dan cermat dan yang terakhir sekali ialah melakar specimen, peralatan dan
bahan sains.

Antara contoh aktiviti yang melibatkan Kemahiran Manipulatif ialah:

 Menggunakan kanta tangan untuk melihat bilangan kaki haiwan yang kecil.
 Menggunakan forsep untuk mengutip haiwan.
 Membersihkan forsep, piring petri dan peralatan makmal.
 Tidak mencederakan dan merosakkan specimen.
 Menyimpan peralatan dan bahan makmal di tempat yang selamat dan betul.

Rajah 4 Gambar menunjukkan Kemahiran Pulatif diaplikasikan oleh pelajar.


Strategi Mengajar Kemahiran Saintifik di Sekolah Rendah

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang disarankan dalam mata pelajaran Sains
sekolah rendah ini berteraskan pembelajaran melalui pengalaman yang mengutamakan
pendekatan inkuiri. Inkuiri secara amnya bermaksud mencari maklumat, menyoal dan
menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling.

Penemuan merupakan sifat utama inkuiri. Pembelajaran secara penemuan berlaku


apabila konsep dan pronsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri.
Walaubagaimanapun di peringkat sekolah rendah, murid menentukan bimbingan dan
panduan dalam menemui sesuatu konsep dan prinsip. Justeru, pendekatan yang berkesan
ialah melalui penemuan terbimbing. Ini bermaksud bahawa guru membimbing murid dalam
menemui sesuatu konsep dan prinsip melalui perbincangan, pertanyaan atau penyelesaian
masalah.Namun demikian, perlu diingat bahawa pendekatan inkuiri tidak sesui digunakan
dalam semua situasi pengajaran dan pembelajaran. Beberapa konsep dan prinsip lebih
sesuai didedahkan secara langsung oleh guru.

Pelbagai kaedah boleh dijalankan oleh guru untuk mengasuh dan membimbing
murid memperoleh ilmu pengetahuan, menguasai kemahiran saintifik dan mengamalkan
nilai-nilai murni dalam mempelajari sains supaya menjadi lebih kritis, analitis dan
bertanggungjawab. Kaedah yang disarankan termasuk eksperimen, perbincangan, simulasi
dan projek.

Eksperimen menguji hipotesis melalui penyiasata. Ini melibatkan murid mengawal


pembolehubah dan juga melibatkan kemahiran proses dan kemahiran manipulatif.
Perbincangan murid menyoal dan mengemukakan pendapat berlandaskan dalil atau ulasan
yang sahih mempunyai fikiran terbuka untuk menerima pendapat orang lain.

Simulasi aktiviti yang dijalankan menyerupai yang sebenarnya. Tiga contoh simulasi
yang utama ialah main peranan, permainan dan pengunaan model. Dalam main peranan,
murid melakonkan sesuatu peranan secara spontan berdasarkan beberapa syarat yang
telah ditentukan. Permainan pula mempunyai peraturan-peraturan yang harus dipatuhi.
Murid bermain untuk mempelajari sesuatu prinsip ataupun untuk memahami proses
membuat keputusan. Model boleh digunakan untuk mewakili objek atau keadaan sebenar.
Murid dapat membayangkan situasi tersebut dan seterusnya memahami konsep dan prinsip
yang dipelajari. Projek aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk
mencapai sesuatu tujuan tertentu dan mengambil masa yang panjang serta menjangkau
waktu pembelajaran yang formal.

Kaedah Mengajar Sains Di Sekolah Rendah

Seorang pengajar boleh menggunakan beberapa kaedah mengajar sama ada secara
berasingan atau gabungan pelbagai kaedah semasa mengajar. Pemilohan kaedah atau
gabungan kaedah yang dilaksanakan bergantung kepada pelajar yang diajar, bahan
pembelajaran dan kemudahan media yang tersedia. Ia juga bergantung kepada kefahaman,
kebolehan dan kemahiran pengajar mengenai kaedah yang akan digunakan, iaitu:

i. Kaedah heuristic
Dalam kaedah ini pelajar dibimbing untuk membuat penemuan sendiri bahan-
bahan pembelajaran dan menggunakan konsep dalam latihan. Peranan guru
menjadi pebimbing, penasihat, pakar rujuk dan penilai.

ii. Kaedah induktif


Kaedah ini menggunakan pendekatan bermula daripada bahan pengajaran
yang konkrit dan abstrak. Khusus kepada umum dan daripada contoh kepada
hukum am. Kebenaran universal dibuktikan daripada ciri-ciri kes dan
beberapa kes lain yang serupa.

iii. Kaedah diduktif


Ia berlawanan dengan kaedah induktif iaitu pelajar bermula daripada aspek
umum kepada khusus, abstrak kepada konkrit dan formula kepada contoh.
iv. Kaedah dogmatic
Bahan pembelajaran dibentangkan mengikut hukum, prinsip dan formula.
Latihan diberi untuk pelajar menggunakan hukum, prinsip atau formula itu
dalam situasi yang berperingkat.

v. Kaedah projek
Pelajar dikehendaki menyiapkan projek khas yang dipilih mengikut bimbingan
dan panduan pengajar. Peranan guru ditambah sebagai penasihat, pakar
rujuk dan penilai.
vi. Kaedah amali
Pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran atau eksperimen atau kajian
mengikut arahan yang diberi dengan menggunakan bahan-bahan yang
disediakan oleh guru. Peranan guru sebagai pembimbing, penunjuk ajar,
penasihat, pakar rujuk dan penilai.

vii. Kaedah lawatan


Pengajar mengatur supaya pelajar melawat ke tempat tertentu di luar bilik
darjah dengan bahan pembelajaran boleh didapati dan dikaji dengan mudah.

viii. Kaedah sintesis


Pelajar bermula daripada apa yang diketahui kepada apa yang belum
diketahui berdasarkan data yang ada. Pelajar merumus kesimpulan.

ix. Kaedah topic


Pengajar membentangkan isi pelajaran mengikut topic sehingga lengkap,
sekaligus menghubungkaitkan dengan topic-topik berkaitan.

x. Kaedah Simulasi
Kaedah berlakon. Dalam kaedah ini, pengajar menetapkan peranan dan
situasi untuk pelajar terlibat dalam aktiviti pembelajaran dan sebagai individu
lain. Dengan cara ini, pelajar berpengalaman menjalankan peranan bukan
sebagai pelajar sahaja, bahkan ia dapat mengalami sendiri peranan yang
mereka boleh mainkan. Keberkesannya bergantung kepada kelebihan dan
kefahaman peranan yang diaminkan itu.

xi. Kaedah Cerita


Pengajar membentangkan bahan pembelajaran dalam bentuk cerita yang
boleh meningkatkan minat dan motivasi pelajar.
xii. Kedah Perbincangan
Pengajar membimbing pelajar untuk menjalankan perbincangan sama ada
dalam kumpulan besar ataupun kumpulan kecil selepas ditugaskan membuat
rujukan atau kajian.

xiii. Kaedah Modular


Bahan pembelajaran didedahkan mengikut pelbagai teknik dan cara.
Sepanjang proses pengajaran kaedah ini, pelajar dikehendaki menjalankan
pelbagai aktiviti seperti membuat latihan, menyelesaikan masalah dan
menjawab soalan mengenai bahan itu. Pada akhir pembelajaran pelajar
mengambil ujian untuk menentukan tahap kefahaman dan penguasaan.

xiv. Kaedah Soal Jawab


Pengajar mengemukakan soalan untuk dijawab oleh pelajar di mana jawapan
itu dibina sebagai isi pelajaran yang lengkap.

Semua kaedah yang disebutkan di atas, dikemukakan bertujuan mempelbagaikan kaedah


pengajaran guru dan seterusnya untuk meningkatkan kemahiran sains di kalangan pelajar
sekolah rendah.
RUJUKAN

http://kelas-online.tripod.com/sains/asas.htm

http://cikgumart.blogspot.com/2011/10/kemahiran-proses-sains.html

http://rzaflia.blogspot.com/p/kemahiran-manipulatif-sains.html

http://www.scribd.com/doc/416573/Kemahiran-Proses-Sains

http://cikgufarizal.com/category/kurikulum/sains/kemahiran-proses-sains/

http://www.longwood.edu/cleanva/images/sec6.processskills.pdf

http://library.unesco-
iicba.org/English/SECONDARY_SCIENCE_SERIES/science_lessons/2_process_ski
lls.htm

http://kelas-online.tripod.com/sains/asas.htm

The American Association for the Advancement of Science

Charlesworth R.. (2006). Math & Science For Young Children 5th Edition. New York:
Thomson Delmar Learning

Zaeydee b. Omar.(2013).Science Process Skill Year 4 : Problem


Solving.MYBOOK.COM SDN. BHD,Selangor.

Poh Swee Hiang.(2000).Pedagogi Sains 1: Kurikulum Sains.Kumpulan Budiman


Sdn. Bhd, Petaling Jaya.

Anda mungkin juga menyukai