Anda di halaman 1dari 11

Pendahuluan.

Organizational Behaviour merupakan sebuah analisis terhadap manusia secara dinamik dalam
sesebuah penubuhan organisasi. Cabang ilmu ini dapat membantu pengurusan sumber manusia
secara profesionalnya memahami lebih terdapat hubungan antara diri mereka dan pekerja
bawahan bagi melancarkan sistem pengurusan syarikat berjalan dengan baik. Selain itu ia juga
dapat membantu golongan pemimpin dalam sesebuah institusi atau organisasi berinteraksi
antara satu sama lain tanpa mengira status jawatan dalam sesebuah badan organisasi untuk
berkomunikasi dengan selesa. Justeru itu bagi memahami dengan lebih mendalam terhadap
definisi cabang ilmu “Organizational Behaviour” ini, banyak golongan falsafah yang telah
memberikan tafsiran disebalik maksud cabang ilmu ini agar ia dapat diaplikasikan dengan
mudah dalam kehidupan seharian dalam ruangan kerjaya.

A. Define Organizational Behaviour (OB) and explain how it is use in the organizational
setting.

i. Definition of Organizational Behaviour (OB)

Individual
Human The Individual
The
Environment Behaviour in Organization
Organization
Organizational Interface
Setting

Rajah 1.1 menunjukkan kitaran Organizational Behaviour


Dalam bidang Pengurusan yang melibatkan hal-hal berkaitan dengan sesebuah organisasi
terdapat banyak cabang yang terdapat bagi memahami lebih dalam terhadap pengendalian
aktiviti dalam dalam sebuah organisasi dan salah satunya adalah “Organizational Behaviour”
(OB) atau tingkahlaku dalam sesebuah organisasi atau institusi. Terdapat banyak ahli ilmuan
yang memberi tafsiran terhadap maksud “Organizational Behaviour”, baik secara umum
mahupun secara spesifik mengikut cabang ilmu yang berbeza mengikut fahaman dalam bidang
ilmu yang diceburi. Secara umumnya, “Organizational Behaviour” ini didefinisikan sebagai
sebuah cabang ilmu yang mengkaji tentang impak terhadap individu, kumpulan dan struktur
yang terdapat dalam sesebuah organisasi yang diaplikasikan untuk meningkatkan tahap kualiti
sesebuah organisasi yang ditubuhkan secara berkesan. Selain itu, ia juga merupakan sebuah
cabang ilmu umum yang melibatkan tiga perkara dalam struktur Organizational Behaviour iaitu
individu, kumpulan dan struktur dalam badan organisasi. Menurut Prof.Joe.Kelly, perilaku
organisasi adalah suatu bidang ilmu yang mempelajari sifat-sifat organisasi, termasuk
bagaimana organisasi di bentuk, tumbuh dan berkembang. Menurut Drs. Adam Indrawijaya
pula perilaku organisasi adalah suatu bidang ilmu yang mempelajari semua aspek yang
berkaitan dengan tindakan manusia, baik aspek pengaruh anggota terhadap organisasi
mahupun pengaruh organisasi terhadap anggota.

Menurut Drs. Sutrisna Hari, perilaku organisasi adalah suatu bidang ilmu yang
mempelajari dinamika organisasi sebagai hasil interaksi dari sifat khusus (karakteristik)
anggota dan sifat khusus (karakteristik) para anggotanya dan pengaruh lingkungan. Manakala
menurut Stephen P.Robbin, ia mengatakan bahawa perilaku organisasi ini adalah bidang ilmu
yang menyelidik dampak perorangan, kelompok dan struktur pada perilaku dalam organisasi
dengan maksud menerapkan pengetahuan semacam itu untuk memperbaiki keefektian
organisasi.

Di samping itu, OB juga berkenaan dengan kajian tentang apa yang dilakukan dalam
organisasi dan bagaimana tingkah laku tersebut mempengaruhi prestasi organisasi yang berkait
rapat dengan hubungan antara situasi dalam persekitaran pekerjaan bersama pemimpin dalam
organisasi dan sekaligus dapat membantu meningkatkan prestasi institusi dengan adanya
aplikasi OB ini. Selain dibincang secara umum, ia juga turut dibincangkan dalam bidang lain
juga yang mempunyai perkaitan dengan cabang ilmu lain. Dalam bidang Psikologi, OB
merupakan bidang ilmu yang berkaitan dengan usaha untuk mengukur, menjelaskan dan ia juga
boleh mengubah perilaku manusia yang melibatkan persekitaran di kawasan tertentu seperti
ruang bekerja terhadap masalah-masalah yang mungkin akan timbul dalam persekitaran
bekerja. Contohnya seperti masalah kebosanan, kelelahan, keadaan kerja, persepsi,
keperibadian, latihan, kepimpinan, motivasi, pengambilan keputusan dan pengukuran sikap
yang berlaku dalam kehidupan sosial manusia.

Sosiologi.

- Group dynamics
- Work team
- Power Organization System
- Conflict
- Intergroup behaviour
Sociology

- Formal organization theory


- Organization technology
Group
- Organizational Change
- Organizational culture

Rajah 1.2 menunjukkan perkaitan OB dalam bidang Sosiologi

Dalam bidang Sosiologi pula mentafsirkan ia sebagai satu sistem sosial begi mempelajari
manusia dalam hubungannya dengan manusia lain yang mempunyai kaitan dengan OB. Justeru
itu, melalui OB ini konsep Sosiologi dapat dilihat dalam dinamika kelompok, perilaku
kelompok, proses sosialisasi, budaya organisasi, struktur organisasi formal, birokrasi,
komunikasi, status, kekuasaan dan konflik.
Psikologi Sosial

- Behavioral Change
- Attitude Change
Social Psychology -Communication Group
- Group processes
- Group decision making

Rajah 1.3 menunjukkan perkaitan OB dalam bidang Psikologi Sosial

Dalam bidang Psikologi Sosial pula mendefinisikan ia sebagai mempelajari perilaku antara
peribadi dalam berusaha untuk mencari penjelasan terhadap perilaku individu tertentu dalam
kegiatan kelompok yang dilakukan oleh manusia yang melibatkan perubahan perilaku,
perubahan sikap, komunikasi, proses-proses kelompok dan pembuatan keputusan dalam
kelompok kerja. OB ini juga merupakan salah satu hasil interaksi individu dengan individu
dalam organisasi.
Antropologi

- Comparative Values
- Comparative Attitudes Group
- Cross-cultural Analysis
Anthropology

- Organizational Culture
Organizational System
- Organizational Environment

Rajah 1.4 menunjukkan perkaitan OB dalam bidang Antropologi

Dalam bidang Antropologi, ia mempelajari terhadap masyarakat bagi mengetahui selok-belok


manusia dan aktiviti harian mereka bagi memahami setiap perlakuan yang berlaku dalam
persekitaran mereka terutamanya dalam persekitaran kerjaya. Kitaran kehidupan harian
manusia dapat menentukan setiap perilaku setiapindividu melalui perwatakan mereka sahaja
dan akan menjadi tunjang interaksi antara individu dan individu lain dalam sesebuah
organisasi.

ii. Organizational Behaviour (OB) Used in The Organizational Setting.

Dalam memahami fungsi OB dan aplikasinya dalam sesebuah syarikat ini dapat dilihat dalam
penubuhan sesebuah agensi syarikat sebagai contohnya adalah “Healthcare Organisations”.
Salah satu sebab utama mengapa teori OB ini digunakan dalam mana-mana syarikat adalah
untuk memahami dan mengurus pelaku atau individu yang terlibat dalam organisasi tersebut,
mengubah dan belajar tentang setiap tindak-tanduk perlakuan mereka yang juga akan
mempengaruhi prestasi organisasi mereka. OB juga adalah salah satu cara untuk memahami
tentang bagaimana untuk berunding dengan masyarakat melalui penglibatannya dalam
organisasi tersebut, yang akan mewakili pendekatan lebih sistematik bagi menyusun dan
mengurus mereka dalam organisasi. Dalam organisasi ini memperlihatkan dengan lebih jelas
tentang bagaimana OB ini diaplikasikan dalam persekitaran syarikat yang banyak mencabar
organisasi ini mengurus tingkah laku manusia bagi memastikan perkhidmatan yang ditawarkan
menepati kehendak syarikat dan individu yang menggunakan perkhidmatan mereka.

Penggunaan OB dalam sesebuah organisasi ini telah memperlihatkan hasil positif


dalam meningkatkan mutu pekerjaan yang lebih baik dan teratur kerana ia digunakan bagi
mengenalpasti atau menganalisis setia perlakuan manusia dalam ruangan kerja. Segala
interaksi antara setiap individu dalam organisasi, persekitaran fizikal dan sosial serta segala
tugasan kerja yang mereka lakukan itu dianalisis bagi menentukan setiap OB yang dilakukan
oleh mereka. Hal ini juga dapat memperlihatkan peranan pemimpin dalam organisasi tersebut
bertindak sekiranya berlakunya tingkahlaku pekerja yang tidak mengikuti disiplin kerja yang
telah digariskan dalam organisasi tersebut. Selain itu, dalam setiap birokrasi yang wujud dalam
organisasi ini akan terwujudnya juga satu badan yang akan menguruskan hal-hal yang
berkaitan dengan pekerja yang dipanggil sebagai Pengurusan Sumber Manusia atau Human
Resource (HR), yang berperanan untuk membantu pemimpin dalam setiap organisasi
mengawal permasalahan dalam ruangan pekerja yang bertindak dalam sebuah kumpulan dlam
sesebuah badan organisasi.

Organizational Behaviour ini juga turut digunakan dalam sesebuah syarikat atau
organisasi untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dengan adanya kerjasama antara setiap
individu yang terlibat dalam organisasi tersebut melalui latihan-latihan secara teknikal yang
dilakukan oleh syarikat bagi mengetahui dan mengukur tahap kemahiran pekerja mereka
melalui latihan yang dilakukan. Bekerja dalam sebuah komuniti yang kecil dapat memastikan
kemahiran setiap pekerja dalam mana-mana jabatan ini dapat diukur dan dibantu dengan
adanya seliaan berkala yang dilakukan oleh pemimpin dalam organisasi serta dapat
mengenalpasti setiap ciri-ciri tingkah laku mereka yang akan mempengaruhi emosi dan mutu
persembahan kerjaya mereka melalui tindakan mereka sahaja.

Di samping itu, OB ini juga berfungsi untuk menjadikan setiap syarikat atau organisasi
ini dapat menjalankan setiap aktiviti harian dalam ruangan kerja lebih tersusun dan terurus
secara sistematik dengan adanya OB ini. Setiap syarikat atau organisasi ini akan dapat manfaat
hasil daripada aplikasi OB dalam fungsi syarikat atau organisasi, hal ini kerana ia akan dapat
meningkatkan mutu kualiti pengurusan dalam sesebuah syarikat atau organisasi. Ia juga dapat
mengurangkan jurang yang ada dalam persekitaran kerja dan mengurangkan masalah seperti
kemalasan, penat, kesatuan dan lain-lain lagi dalam persekitaran manusia dalam syarikat atau
organisasi.

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa OB memainkan peranan penting dalam sesebuah
syarikat atau organisasi bagi melancarkan urusan pejabat yang melibatkan pelaku dari kalangan
individu dalam kelompok organisasi tersebut. Melalui OB ini juga ia dapat mengurangkan
keadaan ketidakselesaan antara individu dalam sesebuah organisasi akibat perbezaan dari segi
hierarki dalam organisasi, dengan wujudnya keadaan yang selesa ini dapat memberikan ruang
kepada individu ini berinteraksi dengan selesa dan seterusnya mewujudkan kesatuan yang
harmoni dalam ruangan organisasi sehingga membawa kepada kejayaan dalam sesebuah
organisasi melalui misi dan visi yang telah tergaris dalam organisasi tersebut.

B. There are a lot of challenges and opportunities today for managers to use OB concepts.
List and explain 3 such challenges and opportunities for OB.

Terdapat banyak cabaran dan peluang yang berlaku pada masa kini terhadap Manager atau
pemimpin dalam sesebuah organisasi untuk mengaplikasikan konsep Organizational
Behaviour ini. Cabaran dan peluang ini akan membuka peluang kepada Manager atau
pemimpin dalam organisasi ini menunjukkan kemahiran mereka dalam mengawal dan
menguruskan pekerja bawahannya ke arah yang lebih baik ataupun yang sebaliknya dengan
menggunakan konsep OB ini dalam organisasi. Antara cabaran dan peluangnya adalah seperti
berikut:

Challenges and Opportunities

1. Responding to Globalization.

Dalam peringkat global, penyediaan terhadap kualiti sesebuah organisasi atau syarikat adalah
tergantung kepada Manager sepenuhnya, ia berkaitan sepenuhnya tentang cara bagaimana ia
memastikan bahawa setiap orang yang berada dibawah jagaannya dapat dikendalikan dengan
baik olehnya. Cabaran seperti ini sering berlaku terutamanya pada setiap syarikat atau
organisasi di setiap peringkat mahupun di peringkat global, apabila Organizational Behaviours
ini cuba diaplikasikan oleh Manager atau pemimpin dalam syarikat cabaran yang dilalui
olehnya adalah sangat besar kerana ia melibatkan penglibatan besar. Melalui penggunaan OB
dalam syarikat besar di peringkat global ini ia sekurang-kurangnya dapat menyesuaikan
syarikat kepada keaadan global dan lebih memahami keadaan atau budaya di tempat kerja
dengan lebih mudah. Hal ini akan menyenangkan para pekerja untuk menyesuaikan diri dalam
keadaan kerja yang lebih bersifat dengan adanya OB ini dilaksanakan, terutamanya tentang
adat atau budaya kerja ditempat lain yang tidak kita tahu tentang budaya kerja mereka.

Contohnya dapat dilihat di negara Kenya. Pada sebuah syarikat bank yang dikenali
sebagai Kenya Commercial Bank yang mempunyai cawangan di sekitar daerah terdekat seperti
Kigali Rwanda, Tanzania, South Sudan dan Uganda, setiap cawangan mereka ini mempunyai
banyak pekerja dan personaliti atau ragam yang ditunjukkan oleh setiap pekerja adalah berbeza
pada setiap individu yang bekerja di syarikat tersebut. Perbezaan ini turut berkaitan dengan
sikap, tingkahlaku, budaya dan pengalaman bekerja terhadap sesebuah bidang kerja yang
dilakukan oleh mereka. Cabaran yang dihadapi oleh pemimpin kumpulan pada setiap
cawangan ini adalah untuk memahami segala keperluan pekerja dan sikap atau tingkahlaku
mereka dalam budaya kerja kerana setiap mereka ini mempunyai berbeza personaliti begitu
juga dengan budaya mereka yang sangat banyak mempengaruhi dalam kehidupan seharian
mereka. Walau bagaimanapun, pengamalan OB dalam ruang lingkup pekerjaan ini sedikit
sebanyak telah membuka peluang kepada individu yang berkhidmat di bawah syarikat ini untuk
menonjolkan kebolehan masing-masing dalam memberikan perkhidmatan terbaik terhadap
syarikat yang mereka berkhidmat. Oleh itu, ketua pemimpin dalam sesebuah syarikat atau
organisasi ini memainkan peranan penting dalam mengurus isu-isu yang berkaitan dengan
budaya di tempat kerja.

2. Managing Workplace Diversity

Pengurusan yang melibatkan kumpulan dalam bidang pekerjaan atau “Workplace Diversity”
ini yang juga melibatkan keseimbangan dalam ruangan pekerjaan mempunyai pengaruh besar
sebagai halangan atau cabaran yang sukar bagi Manager atau ketua pemimpin menggunakan
OB dalam menguruskan isu-isu yang berkaitan dengan pekerja akibat wujudnya beberapa
perbezaan yang tidak dominan dan sering terjadi kepada setiap syarikat atau organisasi.
Keseimbangan dalam budaya kerja yang dimaksudkan ini termasuklah masalah gender,
kumpulan umur dan juga agama. Perbezaan yang berlaku dalam budaya kerja ini menyebabkan
sebilangan daripada syarikat yang wujud ini memiliki perbezaan idea atau pendapat dalam
mengatur startegi keperluan syarikat memberi impak yang besar kepada pertumbuhan
keuntungan sesebuah syarikat.

Perbezaan cara pengurusan ini akan mengakibatkan pertumbuhan ekonomi syarikat ini
agak kebelakang dan banyak perkara yang berlaku ini perlu diuruskan dengan cara yang
berbeza dengan pendekatan OB yang betul. Cabaran ketua pemimpin dalam kumpulan syarikat
atau organisasi ini akan lebih sukar akibat daripada isu-isu pekerja yang akan bangkit seperti
ketidakseimbangan gender apabila golongan wanita lebih mendominasi budaya kerja
berbanding golongan lelaki ataupun isu-isu yang berkaitan dengan agama. Pemahaman
terhadap masalah yang berlaku ini merupakan cara yang terbaik untuk mencari penyelesaian
terhadap masalah yang wujud dan ia sering digunakan oleh ketua pemimpin untuk meleraikan
masalah yang berlaku. Pendekatan seperti ini dapat menyelesaikan masalah yang berlaku dan
seterusnya dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti pekerja demi membawa kemajuan
kepada syarikat mereka berkhidmat.

Contoh lain adalah masalah kekurangan pekerja dalam sesebuah syarikat atau organisasi ini.
Kebanyakkan syarikat besar terutamanya yang memiliki banyak cawangan sering mempunyai
masalah kekurangan pekerja akibat daripada lambakan tenaga kerja yang kurang mahir dalam
bidang-bidang yang ditawarkan. Justeru itu, melalui penggunaan konsep OB ini boleh
membantu syarikat mengurangkan atau menyelesaikan maslah ini dengan lebih sistematik
melalui rancangan strategi oleh ketua pemimpin syarikat bagi menstabilkan masalah yang di
tanggung syarikat.

3. Responding to The Labor Shortage

Selain itu terdapat juga cabaran yang menjadi antara faktor yang menjadi penyumbang kepada
masalah dalam syarikat adalah apabila berlakunya kekurangan staf atau kakitangan dalam
sesebuah jabatan sehingga terpaksa memberikan tugasan berganda kepada staf yang bekerja
pada ketika itu. Oleh itu, dengan memudahkan tugasan mereka dilakukan dengan baik OB
digunakan untuk memuaskan atau menyenangkan pekerja apabila diberi 2 atau 3 bidang kerja
iaitu dengan menambah kemudahan seperti peralatan, tambahan gaji ataupun penghargaan
kepada staf yang terlibat sebagai komitmen mereka yang sangat baik dalam melakukan tugasan
yang pelbagai walaupun tugasan yang diberikan bukanlah kemahiran mutlak yang dimiliki oleh
mereka, tetapi melalui kesungguhan yang ditunjukkan ini telah menjadikan mereka sebagai
pekerja yang mampu melakukan pelbagai tugasan lebih dari satu. Hal ini juga telah membuka
peluang kepada ketua pemimpin setiap jabatan syarikat untuk melihat potensi pekerja dengan
lebih teliti dan mendekatkan mereka dengan golongan atasan mereka. Selain itu, tingkah laku
mereka juga akan lebih mudah difahami dengan adanya OB dilaksanakan dalam syarikat.

Kesimpulan

Kesimpulannya, walaupun terdapat banyak ahli falsafah mentakrifkan tentang maksud


Organizational Behaviour demi memberi penjelasan terhadap perkara-perkara penting yang
sering berlaku dalam budaya kerja di setiap syarikat yang berkaitan dengan isu-isu pekerja.
Secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa OB ini sangat berkaitan rapat dengan
perilaku individu yang merangkumi mental dan fizikal mereka yang akan mencorakkan
keadaan dalam persekitaran syarikat yang mereka berkhidmat. Selain itu juga, tugasan yang
dipikul oleh seorang ketua atau “Manager” dalam sesebuah syarikat akan melancarkan lagi
pengurusan dalam setiap organisasi syarikat melalui penggunaan OB dalam mengawal setiap
tindak-tanduk kakitangan dibawah tanggungjawab mereka.
Rujukan

Anda mungkin juga menyukai