Anda di halaman 1dari 8

Kandungan

MUKADIMAH iii
BAB 1: AL-WAQF DAN AL-IBTIDA’ 1
• Pengertian al-Waqf dan al-Ibtida’ 2

• Sebab-sebab al-Waqf 3
• Idtirori 4

• Ikhtibari 5

• Ikhtiyari 5

• Jenis-jenis al-Waqf 6

• Waqaf Tam 7

• Waqaf Hasan 8

• Waqaf Kafi 9

• Waqaf Qobih 10

• Waqaf Jaiz 11

• Waqaf Ta’anuq 12

• Tanda-tanda al-Waqf 13

• Rumusan 15

• Latihan Praktikal 16

• Ujian Minda 17

BAB 2: BACAAN SAKTAH 18


• Pengenalan Bacaan Saktah 19
• Rumusan 21

• Latihan Praktikal 21

• Ujian Minda 22

iv
BAB 3: BACAAN SUJUD TILAWAH 23
• Pengenalan Sujud Tilawah 24
• Rumusan 30

• Latihan Praktikal 30

• Ujian Minda 31

BAB 4: HURUF-HURUF PEMBUKAAN SURAH 32


• Hukum Bacaan Huruf-Huruf Pembukaan Surah 33
• Rumusan 39
• Latihan Praktikal 40
• Ujian Minda 40

BAB 5: ISTILAH TANDA BACAAN AL-QURAN RASM ‘UTHMANI 41


• Tanda bulat kecil 42
• Tanda Wasl 42
• Tanda bulatan bujur meninggi 43
• Tanda Sukun 43
• Huruf yang tiada tanda sukun 44
• Tanda huruf Mim Kecil 45
• Tanda Tanwin Berbaris Selari 45
• Tanda huruf Alif kecil, Wau kecil, Ya kecil dan Nun kecil 48
• Tanda huruf Sin kecil 50
• Tanda Mad panjang 50
• Tanda bulatan berhias 51
• Tanda bintang 51
• Tanda garis panjang melintang 52
• Tanda seperti bentuk intan 53
• Tanda titik seperti tompok 53
• Rumusan 54
• Latihan Praktikal 55
• Ujian Minda 56

RUJUKAN 57
v
BAB
AL-WAQF DAN AL-IBTIDA’
1

( ٢٠ : ‫) ﺳﻮﺭﺓ ﺍﳌ ّﺰ ّﻣﻞ‬

Terjemahan Ayat (Surah al-Muzzammil : 20)

m Kerana itu bacalah apa yang mudah (bagimu) dari al-Quran. Dia
(Allah) mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang
yang sakit dan orang-orang yang berjalan di muka bumi mencari
sebahagian kurniaan Allah; dan orang-orang yang lain lagi yang
berjuang di jalan Allah, maka bacalah apa yang mudah (bagimu) dari
al-Quran.

1
TAJWID 4
PENGERTIAN AL-WAQF DAN AL-IBTIDA’

Dari segi bahasa

Al-Waqf bermaksud berhenti atau menahan.


Al-Ibtida’ pula bermaksud memulakan sesuatu.

Dari segi istilah

Al-Waqf ialah menghentikan seketika bacaan dengan memutuskan suara pada


pertengahan ayat atau di akhir kalimah untuk mengambil nafas baru bagi
meneruskan bacaan seterusnya.

Al-Ibtida’ ialah memulakan sesuatu bacaan selepas waqaf pada awal, pertengahan
atau akhir ayat.

Contoh ayat:

Memulakan bacaan pada awal ayat.

Memulakan bacaan pada pertengahan ayat.

Memulakan bacaan pada akhir ayat.

2
TAJWID 4
Sebenarnya waqaf tidak dihukumkan wajib atau haram melainkan atas sebab-sebab
yang boleh membawa kepada haram. Contohnya seperti menghentikan bacaan
dengan sengaja pada ayat yang boleh menimbulkan kekeliruan atau kesalahan pada
makna sedangkan dia faham makna ayat tersebut.

Contoh ayat:
(٦٤ :‫)ﺳﻮﺭﺓ ﺍﳌﺎﺋﺪﺓ‬

“Orang-orang Yahudi berkata, tangan Allah terbelenggu.” (Surah al-Maidah: 64)

Jika dihentikan dengan sengaja pada kalimah ( ) kemudian bacaan disambung


dari ( ) tanpa mengulangi bacaan sebelumnya ( ) sedangkan dia tahu
maknanya, perbuatan ini adalah haram kerana berlaku perubahan makna.

Contoh ayat yang lengkap maknanya:

(٦٤ :‫)ﺳﻮﺭﺓ ﺍﳌﺎﺋﺪﺓ‬

“Orang-orang Yahudi berkata, tangan Allah terbelenggu, sebenarnya tangan merekalah


yang dibelenggu dan merekalah yang dila’nat disebabkan apa yang telah mereka katakan itu.”
(Surah al-Maidah: 64)

Wakaf yang sempurna adalah dengan menghentikan bacaan pada kalimah ( ).


Bacaan seterusnya disambung dari kalimah ( ).

SEBAB-SEBAB AL-WAQF

Sebab-sebab waqaf terbahagi kepada tiga bahagian:-

1] Idtirori (‫)ﺍﺿﻄﺮﺍﺭﻯ‬
2] Ikhtibari (‫)ﺍﺧﺘﺒﺎﺭﻯ‬
3] Ikhtiyari (‫)ﺍﺧﺘﻴﺎﺭﻯ‬
3
TAJWID 4
1] IDTIRORI ‫ﺍﺿﻄﺮﺍﺭﻯ‬

Idtirori bermaksud waqaf yang memaksa seseorang itu untuk menghentikan


bacaan kerana darurat ataupun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan seperti
terputusnya nafas, bersin dan sebagainya.

Hukum waqafnya adalah harus berhenti dan hendaklah memulakan semula


bacaannya dari perkataan yang diwaqafkan atau sebelumnya.

Contoh-contoh ayat:

(٥٢ :‫)ﺳﻮﺭﺓ ﺍﻟﺒﻘﺮﺓ‬

Sekiranya terputusnya nafas atau bersin, maka hendaklah memulakan semula


bacaannya dari perkataan yang diwaqafkan ( ) atau sebelumnya ( ).

(٨٣ :‫)ﺳﻮﺭﺓ ﻫﻮﺩ‬

Jika menghentikan bacaan disini, maka hendaklah memulakan semula bacaannya


dari perkataan yang diwaqafkan ( ) atau sebelumnya ( ).

4
TAJWID 4
2] IKHTIBARI ‫ﺍﺧﺘﺒﺎﺭﻯ‬

Ikhtibari bermaksud waqaf yang berlaku kerana sesuatu pemberitahuan ataupun


keadaan guru yang ingin menguji pengetahuan pelajar.

Guru akan membaca beberapa kalimah dalam sesuatu ayat dan menghentikan
bacaannya pada kalimah yang bukan pada tempat berhenti (waqaf).

Contoh-contoh ayat:

(٣٨ :‫)ﺳﻮﺭﺓ ﺍﻟﻔﺮﻗﺎﻥ‬

Guru menghentikan bacaannya pada kalimah yang bukan pada tempat untuk
berhenti. Pelajar harus memulakan semula bacaannya dari kalimah yang diwaqafkan
( ) atau sebelumnya ( ).

(٥٢ :‫)ﺳﻮﺭﺓ ﺍﻟﻔﺮﻗﺎﻥ‬

Sekiranya bacaannya dihentikan pada kalimah yang bukan pada tempat untuk
berhenti, pelajar harus memulakan semula bacaannya dari kalimah yang diwaqafkan
( ) atau sebelumnya ( ).

3] IKHTIYARI ‫ﺍﺧﺘﻴﺎﺭﻯ‬
Ikhtiyari bermaksud waqaf yang berbentuk pilihan. Waqaf ini berlaku dengan
sengaja pada tempat-tempat yang dibolehkan untuk berwaqaf.

Hukum waqafnya adalah harus kerana ia merupakan pilihan sendiri. Jika seseorang
itu ragu-ragu akan maknanya, maka hendaklah ia meneruskan bacaan dan berhenti
pada tempat yang sepatutnya.

5
TAJWID 4

Anda mungkin juga menyukai