Anda di halaman 1dari 11

PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN GURU-GURU

DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT GAMBIR, P.PINANG.

Oleh:

EMRAM BIN YUNUS

Pendidikan masa kini mengalami perubahan yang mendadak dan berubah ke


arah pembentukan masyarakat bermaklumat selaras dengan visi negara untuk
menjadi tunggak dalam perkembangan teknologi maklumat. Sehubungan itu,
guru memainkan peranan yang penting untuk merealisasikan visi tersebut.
Objektif kajian ini adalah untuk melihat perkaitan dan kesan latar belakang ke
atas penggunaan internet di kalangan guru SMK Bandar Tasik Puteri, Rawang,
Selangor. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang guru yang dipilih secara rawak
dari SMK Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor. Data dikumpul dengan
menggunakan soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan taburan
frekuensi, peratusan, ujian-t, Korelasi Pearson dan ujian ANOVA. Dapatan kajian
menunjukkan tahap penggunaan internet responden masih rendah. Dapatan
kajian juga menunjukkan tiada hubungan dan kesan yang signifikan antara latar
belakang responden dengan penggunaan internet seminggu.
1. Latarbelakang Kajian

Era millenium ini, pengetahuan komputer dan kemahiran penggunaan


internet yang baik mampu meningkatkan integriti dan profesionalisme
seseorang guru. Kemahiran secara tidak langsung membantu para guru
meningkatkan pengetahuan yang boleh digunakan sebagai alat persediaan
bahan pengajaran dan pembelajaran.

Di samping itu, penggunaan komputer sebagai alat bantu mengajar


menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna kepada
pelajar. Kajian yang dijalankan oleh Casey (1996) menunjukkan pelajar
yang menggunakan internet di dalam proses pembelajaran menunjukkan
respons yang lebih tinggi, peningkatan dalam pengetahuan dan kemahiran
menggunakan komputer serta peningkatan dalam keyakinan. Ini
menunjukkan penggunaan internet dalam proses pengajaran dan
pembelajaran semakin meningkat kepentingannya.

Persoalan yang timbul ialah adakah para guru mampu menguasai


kemahiran penggunaan internet dengan baik dan bagaimana persepsi guru
terhadap penggunaan internet dalam pendidikan. Pengetahuan dan persepsi
guru terhadap komputer dalam pendidikan sangat penting kerana merekalah
orang yang mencorak dan membentuk generasi muda ke arah persediaan
menghadapi ledakan teknologi maklumat.

Terdapat guru yang mungkin beranggapan penggunaan komputer dan


internet dalam pendidikan akan memberi bebanan tugas sedia ada guru
kerana penggunaan internet memerlukan kemahiran baru serta perancangan
pengajaran tertentu. Pengetahuan minimum terhadap penggunaan internet
akan menimbulkan banyak masalah dalam melaksanakan tanggungjawab ini.

Keengganan para guru untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran


menggunakan internet akan menimbulkan masalah dan menyebabkan
wawasan negara tidak tercapai. Oleh itu, untuk intergrasikan penggunaan
internet dalam pendidikan, pemahaman dan penguasaan guru-guru tentang
internet amat penting supaya guru dapat mengeksploitasi teknologi
maklumat.

Oleh yang demikian, satu kajian perlu dijalankan untuk mengenal pasti
penggunaan internet di kalangan guru-guru dan mendapat maklumat tentang
penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini
penting sebagai langkah awal meninjau ke arah persediaan guru menghadapi
perubahan tersebut.

2. Tujuan Kajian/Persoalan Kajian:

Kajian ini berhasrat untuk melihat dan mengukur:

1. Sejauh manakah penggunaan internet di kalangan guru-guru di SMK


Bukit Gambir, P.Pinang?

2. Bagaimana guru-guru memperoleh pengetahuan internet?

3. Apakah tujuan utama guru-guru menggunakan internet?


4. Apakah jenis maklumat yang menjadi tumpuan guru-guru?

5. Adakah terdapat perbezaan antara tahap penggunaan internet di


kalangan guru lelaki dan guru perempuan?

6. Adakah terdapat hubungan antara ciri-ciri guru (umur, kelulusan


akademik, tempoh berkhidmat, memiliki komputer dan pengetahuan
internet ) dengan penggunaan internet.?

7. Apakah masalah yang dihadapi oleh guru dalam penggunaan internet?

3. Metadologi Kajian

Bab ini membincangkan kaedah yang digunakan dalam kajian ini. Perkara-
perkara yang dibincangkan termasuklah reka bentuk kajian, lokasi, reponden,
pembolehubah-pembolehubah, instrumen, pengumpulan data, pengukuran dan
penganalisisan data.

Reka Bentuk

Kajian ini berbentuk kajian deskriptif, Kajian deskriptif membolehkan


penerangan dilakukan terhadap sesuatu fenomena dengan menganalisis data
deskriptif yang diperoleh dari soal selidik. Penerangan tersebut dapat dilakukan
dengan membandingkan antara pembolehubah yang wujud dalam sesuatu
masalah (Majid Konting, 1990).

Kajian ini mengukur tahap penggunaan internet di kalangan guru-guru


SMK Bukit Gambir, P.Pinang. Aspek-aspek yang dikaji ialah penggunaan
internet di kalangan guru-guru, tujuan internet digunakan dan perbezaan
penggunaan internet antara guru lelaki dan perempuan. Kajian ini turut mengkaji
hubungan antara ciri-ciri guru dengan penggunaan internet.

Lokasi Kajian

Kajian ini dijalankan di SMK Bukit Gambir, P.Pinang memandangkan


sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan komputer dan wireless broadband.
Selain itu faktor masa, kos dan kemampuan penyelidik turut diambil kira.

Responden

Reponden kajian terdiri daripada seramai 56 orang guru di SMK Bukit


Gambir, P.Pinang

Pembolehubah Bebas

Pembolehubah bebas dalam kajian ini ialah :

i. Jantina guru

ii. Umur guru

iii. Kelulusan akademik


iv. Tahun kelulusan akademik tertinggi.

v. Tempoh berkhidmat

vi. Pemilikan komputer

vii. Pengetahuan internet

Pembolehubah Bersandar

Pembolehubah bersandar dalam kajian ini ialah :

i. Penggunaan internet di kalangan guru-guru.

Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan ialah satu set soal selidik (Lampiran A).
Soal selidik yang dikemukakan adalah dalam bentuk soalan terbuka dan soalan
tertutup. Soal selidik ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:

i. Bahagian A: Maklumat diri responden dari aspek jantina, umur,


kelulusan akademik, dan tahun kelulusan diperoleh dan tempoh
berkhidmat.

ii. Bahagian B: Maklumat pemilikan komputer, tahap pengetahuan


dan penggunaan internet di kalangan guru-guru.

iii. Bahagian C: Maklumat persepsi guru tentang masalah


penggunaan internet.
Pengumpulan data

Pengkaji terlebih dahulu memohon kebenaran daripada Bahagian


Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kebenaran
turut diperoleh dari Institut Pengajian Sisiwazah, UPSI dan Jabatan Pendidikan
Negeri Kedah.

Borang akan soal selidik diedarkan kepada guru-guru melalui Penolong


Kanan Pentadbiran selepas mendapat kebenaran Pengetua sekolah. Taklimat
ringkas akan diberikan kepada guru di dalam mesyuarat bulanan sekolah dan
responden tempoh 4 hari untuk melengkapkan intrumen tersebut sebelum dikutip
semula oleh pihak Penolong Kanan Pentadbiran sekolah.

Pengukuran

Pengukuran seperti frekuensi, peratus dan min skor digunakan untuk


maklumat latar belakang responden, penggunaan internet, tujuan menggunakan
internet dan kekerapan penggunaan internet.

Penganalisisan Data

Data yang dikumpul dianalisis dengan perisian Statistical package for


Social Science (SPSS) versi 15.0, Skala likert digunakan untuk menganalisis
soalan tertutup. Statistik perihalan dan statistik inferensi digunakan untuk
mentafsir soal selidik pada tahap kesignifikanan (p < 0.05) digunakan dalam
kajian ini.
4. Jadual Kajian

Jadual kerja penyelidikan seperti jadual di bawah :

Bulan Mac Bulan Mac


Bil. Perkara Catatan
1 2 3 4 1 2 3 4

Hantar tajuk cadangan Penyelidikan


1 √ Cadangan tajuk
kepada pensyarah

Membuat analisis & mengenalpasti -Skop kajian


2. √
keperluan kajian -Responden/Sampel

3. Menyediakan hipotesis kajian √ -Persoalan kajian

Menyediakan instrumen kajian & -Menyemak draf soal


4. Memohon kebenaran daripada pihak √ √ selidik & surat
yang berkaitan kebenaran

Mengedarkan borang
5. Pelaksanaan ujian soal selidik √ soal selidik &
Mengutip
Analisis data kajian dan penafsiran Analisis data perisian
6. √
keputusan SPSS versi 15.0

Hantar laporan
7. Membuat rumusan dan laporan kajian √ √
kepada pensyarah

Anda mungkin juga menyukai