Anda di halaman 1dari 20

PENGENALAN

Membicara mengenai hak-hak pekerja dalam undang-undang Malaysia ini


amatlah luas kerana ianya akan meliputi segala aspek undang-undang perkerja di
peringkat antarabangsa sehingga memberi pengaruh terhadap perbadanan undang-udang
pekerja di Malaysia . Mengenai soal undang- undang ini juga akan meliputi daripada
awal peringkat iaitu spesifikasi penentuan hingga ke peringkat terakhir iaitu keputusan
dan penyelesaian sesuatu kes. Oleh demikian , amatlah perlu kepada penerangan secara
umum dan berfokuskan kepada topik yang berkaitan sahaja. Malahan berkaitan dengan
hak buruh atau kerja ini pastinya ramai akan terfikir kepada Akta Kerja 1955 dan juga
agensi kerajaan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) kerana ini saluran yang ramai akan pergi
jika ada sebarang masalah timbul di kalangan pekerja maka ini juga merupakan topik
yang akan disentuh.
Pekerjaan merupakan suatu perkara yang amat releven dalam kehidupan realiti
seharian bagi setiap manusia tidak kira lah apa jua akan status sesorang itu kerana
sesorang itu tidak akan terlepas diri daripada melaksana tanggungjawab yang sedia ada
bagi memenuhi kehendak sesama manusia yang berkehendak antara satu sama lain dan
tidak terlepas juga daripada orientasi pekerjaan bagi memenuhi keperluan kehidupan diri
dari semasa ke semasa . Namun demikian , dalam menjalani kehidupan pekerja amat
penting dan perlu mengetahui akan hak-hak individu sebagai pekerja agar segala masalah
kezaliman dan penindasan majikan yang tidak bertanggungjawab boleh diselesaikan
dengan baik serta perkara-perkara yang tidak di ingini tidak akan berlaku . Dengan ini
juga kezaliman terhadap buruh tidak akan dilakukan secara sewenang-wenangnya bahkan
dibendung dari awal-awal lagi supaya keharmonian dan kesaksamaan di tempat kerja
akan terlaksana . juga terhadap etika baik antara majikan dan pekerja terjamin .
Dalam membicarakan hak-hak pekerja dalam undang-undang Malaysia ini kami
akan menyentuh beberapa bab penting dalam menerangkan secara jelas apakah itu
sebenarnya hak-hak pekerja disudut ilmiah dan undang-undang . antara perkara-perkara
yang kami akan bawakan ialah apakah definisi tajuk ini , latar belakang sejarah pekerjaan
dan yang berkait, undang-undang umum yang berkait , dasar konsep hak pekerja ,
prosedur aduan dan lain-lain yang berbentuk perundangan yang berkaitan.

1
I. DEFINISI HAK-HAK PEKERJA :
HAK ; ialah pemilikan atau kepentingan ke atas sesuatu. Sebarang kepentingan lain atau
keistimewaan yang diiktirafkan dan dilindungi oleh mahkamah atau Kebebasan
menjalankan sebarang kuasa yang telah diberikan oleh undang-undang.1
PEKERJA ; ialah sesorang yang bekerja dibawah arahan dan kawalan orang lain sebagai
balasan kepada upah atau gaji .2
Manakala maksud bagi HAK PEKERJA ATAU HAK BURUH ; adalah sekumpulan
yang mempunyai hak sah disisi undang-undang dan dikenali sebagai hak asasi manusia
yang berkait rapat dengan buruh antara pekerja dan majikan mereka.

II. LATAR BELAKANG BURUH


Sepanjang perjalanan sejarah, para pekerja yang mendakwa ada beberapa jenis
hak-hak mereka yang cuba mereka capai bagi memenuhi kepentinganya . Semasa Abad
Pertengahan , Pemberontakan Para Petani di England menyatakan permintaan untuk
upahan mereka dibayar dan tuntutan kearah suasana kerja yang lebih baik dan kondusif.
Salah seorang pemimpin pemberontakan,ialah John Ball yang terkenal dengan
mengatakan bahawa setiap orang dilahirkan adalah sama rata . beliau berkata, " When
Adam delved and Eve span, who was then the gentleman?".
Golongan buruh sering kali merayu akan hak tradisional mereka. Contohnya
berlaku dalam peristiwa , petani Inggeris berperang melawan pergerakan kandang , yang
secara tradisionalnya mengambil tanah komunal (kegunaan ramai) dan menjadikannya
sebagai swasta iaitu hak persendirian .
Di England pada 1833, satu undang-undang telah diluluskan dengan mengatakan
bahawa mana-mana kanak-kanak di bawah umur 9 tahun tidak boleh bekerja, kanak-
kanak berumur 9-13 hanya boleh bekerja 8 jam sehari, dan kanak-kanak berusia 14-18
hanya dapat bekerja 12 jam sehari.
Hak buruh adalah tambahan baru kepada korpus moden iaitu hak asasi manusia.
Konsep moden mengenai hak buruh bermula pada abad ke-19 selepas penciptaan
kesatuan buruh (LO) berikutan melalui beberapa peringkat perubahan zaman
pengindustrian . Karl Marx telah pun menonjol sebagai salah seorang penyokong yang
paling awal dan paling terkenal bagi memperjuangkan hak-hak pekerja ini . Teori
falsafah dan ekonomi beliau telah memberi tumpuan kepada isu-isu buruh dan
menyokong sistem ekonomi sosialismenya yang mana rangka nya adalah ‘sebuah
masyarakat yang akan diperintah oleh pekerja’ .

1
Kamus undang-undang Oxford ,ms-494.
2
Kamus undang-undang Oxford ,ms-194.

2
Banyak pergerakan sosial bagi memperjuangkan hak-hak pekerja yang dikaitkan
dengan kumpulan-kumpulan yang dipengaruhi oleh Marx seperti sosialis dan komunis .
Sosialis demokratik yang lebih sederhana dan demokrat sosial juga menyokong
kepentingan hak-hak pekerja ini . Penyokong hak pekerja baru-baru ini telah
menumpukan kepada peranan, eksploitasi, dan keperluan pekerja wanita, dan aliran
global yang lebih mudah untuk perkhidmatan secara kasual atau biasa .

Satu lembaga atau Pertubuhan Buruh Antarabangsa telah ditubuhkan pada tahun
1919 sebagai sebahagian daripada Liga Bangsa (UN) untuk melindungi hak-hak pekerja.
ILO kemudiannya dimasukkan ke dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu . PBB
sendiri menyokong hak-hak pekerja dengan menggabungkan beberapa ke dalam dua
artikel Pengisytiharan Hak Asasi Manusia PBB , yang merupakan asas atau dasar piawai
Kovenan Internasional mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya lihat (lihat artikal
dibawah ) :

Article 23
1.Everyone has the right to work, to free choice of employment, to just and favorable
conditions of work and to protection against unemployment.
2.Everyone, without any discrimination, has the right to equal pay for equal work.
3.Everyone who works has the right to just and favorable remuneration ensuring for
himself and his family an existence worthy of human dignity, and supplemented, if
necessary, by other means of social protection.
4.Everyone has the right to form and to join trade unions for the protection of his
interests.

Article 24
Everyone has the right to rest and leisure, including reasonable limitation of working
hours and periodic holidays with pay.3

3
"The Universal Declaration of Human Rights (UDHR)". United Nations. Retrieved 6 March 2016.

3
Maka jelas pada kenyataan diatas bahawa diperingkat global juga mengiktirafkan
hak-hak pekerja yang mana menggesa dan menganjurkan agar mana-mana negara yang
diurustadbir oleh kerajaan mengadakan suatu undang-undang pekerja atau buruh yang
khas bagi menjamin dan melindungi hak pekerjaan , budaya , sosial , ekonomi dan
kemanusiaan daripada segala bentuk rupa penindasan yang zalim maka disini jelas dan
tidak boleh dinafikan lagi bahawa Malaysia juga terpengaruh dengan piawaian ini yang
mana undang-undang pekerja atau buruh dipertengahkan dalam negara Malaysia ini
terutamanya dalam perlembagaan yang jelas menyatakan hak-hak ini sebagai hak-hak
asasi rakayat jelata yang perlu dilindungi melalui perincian undang-undang lain seperti
beberapa akta dan ordinan yang telah dibuat oleh badan perundangan .

III. EMPLOYMENT LAW ATAU UNDANG-UNDANG PEKERJA DI MALAYSIA

Secara asasnya ia merujuk kepada Akta Kerja 1955 yang mana perundangan
buruh amat penting bagi menyediakan satu rangka kerja undang-undang yang
menyeluruh meliputi soal pembayaran gaji pekerja, hari rehat, cuti umum, penamatan
kontrak kerja dan sebagainya. Secara amnya kita lebih merujuk kepada Akta Kerja 1955
bagi melihat hak-hak dan tanggungjawab majikan dan pekerja.
Selain daripada itu , apa-apa pelantikan kerja yang bersangkut paut dengan
sesuatu perjanjian antara majikan dan pekerja adalah suatu bentuk kontrak yang biasanya
diistilahkan majikan sebagai Principal dan pekerja sebagai Agent dan pihak ketiga
setelah Agen di istilahkan sebagai Subagent yang mana perlu merujuk kepada Akta
Kontrak 1950 (Akta 136).4

IV. MAKSUD “FAEDAH MINIMA” YANG DITETAPKAN OLEH AKTA KERJA


1955

Akta Kerja 1955 ini hanyalah menggariskan faedah minima sahaja. Ia tidak
bermakna majikan tidak boleh menyediakan kontrak yang tidak mengikuti peruntukan
Akta.Majikan boleh memberikan faedah mengikut apa yang mereka mampu bagi menarik
ramai pekerja di tempat mereka, namun faedah yang diberikan hendaklah tidak kurang
dari apa yang diperuntukkan di dalam Akta.

4
Shaik mohd noor alam s.m Hussain,Undang-undang Komersial di Malaysia, Edisi ke-2 , ms-207.

4
Antara garis panduan bagi faedah minima yang dirujuk oleh Akta Kerja 1955
termasuklah:
1.Waktu-Waktu Kerja
2.Cuti Bersalin Dan Faedah Bersalin
3.Notis Berhenti Kerja
4.Cuti Tahunan
5.Cuti Umum
6.Hari Rehat
7.Kerja Lebih Masa
8.Cuti sakit

Perkara di atas yang tersenarai ini lah juga merupakah hak-hak pekerja yang telah
ditetapkan oleh akta yang mana majikan perlu laksanakan dengan baik supaya ia tidak
dikategorikan sebagai majikan yang melanggar dan merampas hak-hak pekerja
melainkan apa yang telah di nyatakan persetujuan dalam kontrak antara pekerja dan
majikan .
Kontrak Kerja Dan Pematuhan Terhadap Faedah Minima Dalam Akta Kerja 1955
Dan Ordinan Buruh dengan ini mana-mana kontrak kerja yang tidak mematuhi
peruntukan-peruntukan di bawah Akta Kerja 1955 atau Ordinan Buruh Sabah/Sarawak
ini adalah terbatal dan tidak efektif.
Pekerja yang dilindungi di bawah Akta ini boleh membuat laporan dan tuntutan
jika majikan gagal mematuhi faedah minima yang ditetapkan oleh Akta Pekerjaan 1955.
Disana juga terdapat Pengecualian Di Bawah Akta Kerja 1955 Dan Ordinan
Buruh yang mana tidak semua pekerja akan dilindungi dibawah Akta ini ianya hanya
melindungi pekerja-pekerja ini sahaja :
1. Jadual Pertama Akta Kerja 1955
2. Digajikan di bawah kontrak perkhidmatan.

5
Akta Kerja 1955 cuma melindungi pekerja-pekerja yang tersenarai dalam Jadual
Pertama .Syaratnya antara lain adalah:
1. Pekerja bergaji hanya RM2,000 dan ke bawah; atau
2. Jika ia melebihi RM2,000, pekerja hendaklah tergolong dalam senarai yang
dinyatakan di dalam Jadual 1 pada Akta ini.
3. Pekerja domestik seperti orang gaji dan tukang kebun di rumah tidak termasuk
dalam senarai pekerja yang dilindungi ini.

“ 1.bergaji RM 2,000 dan ke bawah; atau


2.jika ia melebihi RM2,000, dia hendaklah pekerja yang berkerja secara ‘manual’
iaitu kerja yang dilakukan dengan menggunakan kekuatan dan skill tangan semata
tanpa perlukan sebarang keperluan untuk menganalisa atau berfikir.

Meskipun begitu ,syarat yang kedua adalah dikatakan sebagai ‘redundent’(tidak perlu)
Walaubagaimanapun , bagi mereka yang tidak tersenarai dalam jadual pertama
sebagai pekerja yang dipelihara dibawah akta ini hendaklah merujuk kepada kontrak
kerja masing-masing.
Bagi yang bergaji RM2000 dan ke bawah ianya hendaklah tidak termasuk
komisen , gaji kerja lebih masa dan elaun sara diri. Jika terdapat kemusykilan mengenai
gaji sama ada dikira sebagai upah atau gaji orang yang dilindungi dibawah akta ini
hendaklah rujuk kepada senarai jadual pertama bagi maksud akta ini. Maka itu amat
penting bagi seseorang itu memastikan terlebih dahulu adakah dirinya tergolong daripada
golongan orang yang dilindungi dibawah akta ini melalui slip gaji yang diberi agar bila
berlakunya masalah tindakan aduan dan proses penghakiman boleh dilaksana dengan
lancar.
Selain itu , sedikit penerangan dan pendetailan mengenai beberapa faedah
minimum pekerja atau hak-hak pekerja yang disenaraikan di atas sebelum ini berdasarkan
akta pekerja 1955 melalui rujukan penulisan buku Goh Chen Chuan yang berjudul
‘Panduan Akta Pekerjaan Dan Undang-Undang Buruh Malaysia ’ :

6
1.Waktu-Waktu Kerja
Didalam akta ini telah menetapkan hak waktu pekerjaan minimum,maximum dan
waktu rehat adalah dianggap batal kontrak sekiranya pekerja bekerja melebihi jam yang
telah ditentukan di bawah akta ini ianya tersenarai seperti berikut :
-5 jam berturut-turut dengan waktu rehat selama sekurang-kurangnya 30 minit.atau
-8 jam dalam sehari atau
-meliputi tempoh yang tidak melebihi 10 jam sehari atau
-48 jam dalam satu minggu
Walau bagaimanapun , jika sifat kerjanya itu memerlukan perlaksanaan yang
berterusan dan kehadiran yang berterusan adalah penting maka 8 jam tersebut haruslah
mempunyai tempoh rehat (termasuk makan) selama sekurang-kurangnya 45 minit.5

2.Cuti Bersalin Dan Faedah Bersalin


Cuti bersalin merupakan salah satu hak pekerja wanita yang sekurang-kurangnya
memiliki 60 hari cuti bersalin berbayar yang berturut-turut .6
3.Notis Berhenti Kerja
Pekerja boleh menamatkan kontrak perkhidmatanya pada bila-bila masa dengan
melalui notis tentang niatnya . Tempoh notis penamatan kontrak perkhidmatan
sedemikian hendaklah sama , tempoh notis penamatan selalunya menurut peruntukan di
dalam kontrak pekerjaan .
Sekiranya tidak terdapat dalam kontrak. Penamatan ini berdasarkan peruntukan
yang terdapat pada akta pekerja :
Bagi tempoh perkhidmatan yang kurang daripada 2 tahun, 2 tahun atau lebih , 5 tahun .
maka tempoh notis yang diperlukan adalah seperti berikut , sekurang-kurangnya 4
minggu, 6 minggu dan 8 minggu .7

5
Goh Chen Chuan , akta pekerjaan dan undang-undang buruh Malaysia untuk majikan dan pekerja, edisi
ke-3 m/s-9-11.
6
Goh Chen Chuan , akta pekerjaan dan undang-undang buruh Malaysia untuk majikan dan pekerja, edisi
ke-3 m/s-125.
7
Goh Chen Chuan , akta pekerjaan dan undang-undang buruh Malaysia untuk majikan dan pekerja, edisi
ke-3 m/s-21-23. 7
4.Cuti Tahunan
Menurut Akta Pekerjaan 1955 seseorang pekerja berhak kepada cuti tahunan yang
berikutnya ;-8

Jumlah tahun bekerja di bawah majikan yang Hak cuti tahunan (jumlah hari)
sama

1 tahun dan lebih tetapi kurang dariapda 2 tahun 8


2 tahun dan lebih tetapi kurang dariapda 5 tahun 12
5 tahun dan lebih 16

5.Cuti Umum dan Hari Rehat


Setiap pekerja berhak mendapat sekurang-kurangnya 10 daripada mana-mana cuti umum
berikut yang telah diwartakan di dalam mana-mana satu tahun kelendar cuti umum
persekutuan dan cuti umum negeri.9

6. Kerja Lebih Masa.


Kerja lebih masa adalah sebagai jumlah jam berlebihan waktu daripada waktu kerja biasa
dalam sehari . seseorang pekerja dibenarkan membuat kerja lebih masa sehingga melibihi
104 jam di dalam mana-mana satu bulan. Ini tidak termasuk kerja lebih masa pada hari
rehat atau pada masa 10 hari cuti umum yang telah diwartakan .10
Sesuatu kerja lebih masa yang dilaksanakan pada hari cuti umum haruslah dibayar gaji
sekurang-kurangnya :-
1. 3 kali ganda gaji kadar jam biasa, atau
2. 3 kali ganda gaji biasa menurut kiraan kadar.

8
Goh Chen Chuan , akta pekerjaan dan undang-undang buruh Malaysia untuk majikan dan pekerja, edisi
ke-3 m/s-67.
9
Goh Chen Chuan , akta pekerjaan dan undang-undang buruh Malaysia untuk majikan dan pekerja, edisi
ke-3 m/s-40-41.
10
Goh Chen Chuan , akta pekerjaan dan undang-undang buruh Malaysia untuk majikan dan pekerja, edisi
ke-3 m/s-60. 8
7. Cuti sakit.
Seseorang pekerja adalah berhak kepada cuti sakit hanya di bawah keadaan-
keadaan yang berikut ;-
I. telah mendapat sijil daripada pengamal perubatan yang berdaftar yang dilantik
oleh majikanya , atau
II. telah mendapat satu sijil daripada pakar bedah pergigian , atau
III. jika tidak terdapat pengamal perubatan sedemikian dalam tempoh atau pun jarak
yang munasabah , maka perkhidmatan pengamal perubatan berdaftar yang lain
atau pegawai perubatan kerajaan akan diterima , atau
IV. telah memaklumkan atau telah cuba untuk memaklumkan majikan tetang cuti
sakit beliau di dalam tempoh 48 jam tentang permulaan penyakit tersebut
Seseorang pekerja berhak menerima cuti sakit berbayar adalah seperti berikut:-
Tempoh perkhidmatan Jumlah hari yang berhak diberi
dalam tahun kelendar

kurang dariapda 2 tahun 14


2 tahun tetapi kurang dariapda 5 tahun 18
5 tahun dan lebih 22

Jika dimasukkan ke hospital adalah perlu , jumlah hari cuti sakit berbayar
dipanjangkan sehingga kepada 60 hari dalam satu tahun kendar.11

V. ADUAN PADA JABATAN TENAGA KERJA (JTK)


Aduan merupakan manifestasi wujudnya suatu masalah yang memerlukan
perhatian segera.Daripada aduan yang diterima Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung
Malaysia boleh mengenal pasti dengan segera dan jelas tentang masalah ditempat
pekerjaan dan dengan itu Jabatan berupaya mengambil langkah yang sesuai untuk
menyelesaikan masalah itu dengan cepat.12

Juga jika berlaku sebarang pertikaian antara majikan dan pekerja hendaklah
diadukan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) berdekatan (dahulunya dikenali sebagai
Pejabat Buruh). JTK juga boleh memberikan nasihat dan kaunseling buat pekerja yang
memerlukannya.

11
Goh Chen Chuan , akta pekerjaan dan undang-undang buruh Malaysia untuk majikan dan pekerja, edisi
ke-3 m/s-75-76.
12
http://jtksm.mohr.gov.my/index.php/my/majikan-dan-pekerja/aduan-buruh.
9
JTK menerima aduan daripada pelbagai sumber iaitu :
1. Pengadu sendiri
2. Biro Pengaduan Awam
3. Pejabat Menteri/Timbalan Menteri Sumber Manusia
4. Pejabat Perdana Menteri
5. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
6. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
7. Kedutaan
8. Badan Bukan Kerajaan (NGO)
9. Agensi-agensi lain

Aduan yang dikendalikan oleh JTK adalah :


(I). Aduan oleh pekerja terhadap majikannya kerana tidak mematuhi peruntukkan
undang- undang buruh yang mengakibatkan pekerja kehilangan sesuatu faedah kewangan
(monetary benefit) atau faedah bukan kewangan (non-monetary benefit). Contoh adalah
seperti berikut :
1. Tidak dibayar gaji
2. Tiada cuti tahunan
3. Tidak melapor penggajian pekerja asing
4. Diberhentikan kerja tanpa notis
5. Tiada kontrak perkhidmatan
6. Lewat bayar gaji
7. Majikan tidak mematuhi Perintah Gaji Minimum 2012
8. Majikan tidak mematuhi Akta Umur Persaraan Minimum 2012

(II). Aduan oleh pekerja atau pihak-pihak lain terhadap majikan yang ingkar mematuhi
dasar Kerajaan atau adat resam serta amalan buruh yang tidak sihat.Contoh:
1. Diskriminasi kaum
2. Tidak dibenarkan solat
3. Amalan Buruh Tak Saksama
4. Diskriminasi kaum/jantina
JTK akan menyiasat setiap aduan yang diterima berdasarkan isu-isu yang
dibangkitkan. Sekiranya hasil siasatan mendapati aduan itu adalah berasas, majikan boleh
dikenakan tindakan undang-undang mengikut kesalahan yang dilakukan seperti diberi
notis pematuhan, dikenakan tindakan kompaun atau pendakwaan.

10
Sekiranya aduan melibatkan tuntutan kewangan dan hasil siasatan mendapati
pengadu layak untuk membuat tuntutan, pengadu akan dinasihatkan untuk memfailkan
kes buruh.
Bagi aduan yang melibatkan soal dasar, agama dan penggajian majikan akan
diberi penjelasan berhubung dasar-dasar kerajaan yang berkaitan dan dinasihatkan agar
memberi pertimbangan sewajarnya terhadap isu yang dibangkitkan demi menjamin
keharmonian industri.
Di ingatkan , Jika pekerja diberhentikan kerja secara salah dan perkerja inginkan
pampasan, maka dalam tempoh 60 hari dari tarikh dia diberhentikan secara salah itu, dia
hendaklah membuat aduan kepada JTK. Perlu di ingatkan juga bahawa satu pindaan
Seksyen 69 Akta Kerja pada tahun 2012 yang lalu, telah memberikan kuasa pada
Pengarah Jabatan Tenaga Kerja mendengar aduan dari pekerja yang gajinya melebihi
RM2,000 tetapi tidak lebih dari RM5,000 dalam hal: berkaitan permasalahan pekerja
seperti pembayaran gaji dan lain-lain jenis upah.

VI. BIDANG KUASA MAHKAMAH MENDENGAR ADUAN BERKAITAN


MASALAH HAK-HAK PEKERJA

Biasanya pihak JTK akan menyiasat aduan-aduan yang diterima dari pekerja dan
majikan dan ini akan mengambil sedikit masa bagi mengumpul keterangan. Dalam
menjalankan fungsi menyelesaikan isu antara majikan dan pekerja, Pengarah Jabatan
Tenaga Kerja sebenarnya menjalankan fungsi sebagai “Mahkamah Buruh” (Labour
Court). Mahkamah Buruh perlu dibezakan dengan Mahkamah Perusahaan yang
diwujudkan di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan mendengar kes-kes yang
lebih berat seperti soal penamatan kontrak kerja secara salah. Disana juga terdapat
beberapa saluran aduan yang boleh dibuat jika timbul masalah yang tidak terdapat dalam
senarai mana-mana akta diatas maka boleh pergi kepada saluran lain iaitu undang-undang
tort dan common law yang diguna pakai di negara ini .13

VII. PENALTI ATAS KESALAHAN


Majikan-majikan yang melakukan kesalahan di bawah mana-mana akta atau
ordinan yang disenaraikan di atas boleh dikenakan hukuman penalti atau denda. Nilainya
adalah bergantung pada kesalahan yang dilakukan dan sebagaimana yang diperuntukan
oleh undang-undang.

13
Goh Chen Chuan , akta pekerjaan dan undang-undang buruh Malaysia untuk majikan dan pekerja, edisi
ke-3 m/s-1-8 .

11
Misalannya : kesalahan tidak mematuhi “umur persaraan minima” boleh didenda
sebanyak RM10,000.

VIII. AKTA-AKTA LAIN YANG BERKAITAN DENGAN PEKERJAAN DI


MALAYSIA.
Selain dari Akta Kerja 1955 yang umum diguna pakai oleh ramai orang, terdapat
juga beberapa statut (perundangan) yang wujud dan relevan bagi pekerja dan majikan.

Ini termasuklah:-
1. Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Industrial Relations Act 1967)
2. Ordinan Buruh Sabah (Sabah Labour Ordinance [Cap. 67])
3. Ordinan Buruh Sarawak (Sarawak Labour Ordinance 1952)
4. Akta Pampasan Pekerja 1952 (Workmen’s Compensation Act 1952)
5. Akta Kesatuan Sekerja 1959 (Trade Unions Act 1959)
6. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) (Occupational
Safety and Health Act 1994)
7. Akta Kilang Dan Jentera 1967 (Factories and Machinery Act 1967)
8. Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 ( Children And Young.
Persons (Employment) 1966)
9. Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Employees Provident Fund Act
1991)
10. Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 ( Employee Social Security Act 1969)
11. Peraturan-Peraturan Kerja (Faedah-Faedah Penamatan Dan Rentikerja Sentara)
1980 (Employment (Termination and Lay-Off Benefits) Regulations 1980)
12. Perintah Gaji Minima 2012 (Minimum Wage Order 2012)
13. Akta Imigresen 1959/63 (Immigration Act 1959/63)
14. Akta Umur Persaraan Minimum 2012 (Minimum Retirement Age Act 2012)

IX. PERBADANAN ATAU AGENSI-AGENSI KERAJAAN LAIN.


Terdapat banyak lagi badan-badan atau agensi-agensi kerajaan selain daripada
Jabatan Tenaga kerja (JTK) yang membantu memberi khidmat nasihat dan
menyelesaikan masalah mengenai pekerjaan yang tertentu mengikut skop bidang dan
tugas masing-masing. Badan atau Agensi ini adalah merupakan salah satu faktor utama
membantu menegakkan hak-hak pekerja dalam apa-apa jua sektor perindustrian .

12
Antaranya yang di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) ialah :

i. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)


Dasar jabatan:
Visi-
"Menjadi Peneraju Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan"

Misi-
"Memastikan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Terjamin"

Objektif-
Mencegah kemalangan industri dan penyakit pekerjaan menjelang tahun 2020 seperti
berikut:
i. Pengurangan kadar kematian 4.36/100,000 pekerja;
ii. Pengurangan kadar kemalangan 2.53/1000 pekerja; dan
iii. Peningkatan pelaporan penyakit & keracunan pekerjaan 30%.

Fungsi-
o Menjalankan kajian, penyelidikan, pembangunan dan analisis teknikal ke atas isu-
isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang wujud di tempat-tempat kerja.
o Menguatkuasakan undang-undang berikut:
a. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan peraturan-peraturan
yang dibuat di bawahnya
b. Akta Kilang dan Jentera 1967 dan peraturan-peraturan yang dibuat di
bawahnya.
c. Sebahagian daripada Akta Petroleum (Langkah-langkah Keselamatan) 1984
dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.
o Menjalankan kajian dan analisis teknikal ke atas isu-isu keselamatan pekerjaan
yang wujud di tempat-tempat kerja.
o Menjalankan program-program galakan dan publisiti kepada majikan, pekerja dan
orang awam untuk memupuk dan meningkatkan kesedaran mereka terhadap
keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
o Memberi khidmat nasihat dan maklumat kepada agensi-agensi kerajaan dan
swasta berkaitan aspek-aspek pengurusan dan teknikal yang ada hubungkait
dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

13
o Menjadi urusetia untuk Majlis Negara Bagi Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan.14

ii. Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS)


Dasar Jabatan:
Visi-
‘Menjadi agensi yang unggul dalam pengurusan dan pembangunan pergerakan kesatuan
sekerja.’

Misi-
‘Memastikan kesatuan sekerja bergerak secara demokratik dan bertanggungjawab bagi
mewujudkan suasana perhubungan perusahaan yang harmoni.’

Objektif-
‘Memastikan kesatuan sekerja bergerak dengan sihat bagi mewujudkan warga kerja yang
berpuashati, berdisiplin dan produktif ke arah pencapaian matlamat pembangunan sosio-
ekonomi negara.’

Fungsi Jabatan-
1.Menguatkuasakan Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan Peraturan-Peraturan Kesatuan
Sekerja 1959.
2. Menyelia, mengarah dan mengawal secara am mengenai semua perkara yang berkaitan
dengan kesatuan sekerja di negara ini.
3. Menimbangkan permohonan-permohonan untuk pendaftaran kesatuan sekerja yang
ditubuhkan oleh para pekerja dan majikan
4. Memastikan kesatuan sekerja yang berdaftar bergerak mengikut undang-undang
kesatuan sekerja, perlembagaan dan peraturan-peraturan kesatuan sekerja itu sendiri.
5. Menasihatkan pegawai-pegawai dan ahli-ahli kesatuan sekerja mengenai aspek-aspek
pentadbiran, kewangan dan perundangan kesatuan sekerja.
6. Menasihatkan Y.B. Menteri Sumber Manusia mengenai undang-undang dan polisi
yang berkaitan dengan kesatuan sekerja khasnya dan perkara perburuhan amnya. 15

14
http://www.dosh.gov.my/index.php/ms/about-us/dosh-profile
15
http://jheks.mohr.gov.my/ms/index.php/en/mengenai-kami/fungsi-jabatan.

14
iii. Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

Dasar Jabatan:
Visi-
‘Peneraju Dalam Pembangunan Sumber Manusia Mahir Bertaraf Dunia’

Misi-
‘Membangunkan Sumber Manusia Yang Berpengetahuan ( K-Pekerja ) Yang Berdaya
Saing’.

Objekti-
Menyelaras dan mengawal pelaksanaan latihan kemahiran bagi melahirkan K-
Pekerja untuk keperluan pekerjaan dan pengiktirafan di peringkat nasional dan
antarabangsa.
Menyelidik dan membangun standard kekompetenan pekerjaan dan kepakaran
bagi meningkatkan kualiti sumber manusia mahir berterusan ke arah menyumbang
kepada pertumbuhan ekonomi negara.16
Fungsi-
 Menilai keperluan latihan
 Melaksanakan program persijilan latihan kebangsaan
 Mempromosi Sistem Latihan Kemahiran
 Membantu dan meningkatkan keupayaan kemahiran individu
 Membimbing pembelajaran / penyelidikan berkenaan latihan kemahiran
 Membangunkan, meluluskan dan menyemak Standard Kemahiran
Kebangsaan

16
http://www.dsd.gov.my/index.php/my/dasar-jabatan.

15
iv. Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP)
Dasar Jabatan :

Visi-
"Mewujudkan suasana perhubungan perusahaan yang harmoni dan kondusif dalam
negara"

Misi-
"Menggalak dan mengekalkan perhubungan yang harmoni dan kondusif diantara
majikan, pekerja dan kesatuan sekerja mereka untuk kemajuan ekonomi negara dan
kesejahteraan rakyat"

Fungsi-
 Memantau perkembangan dan arah aliran (trends) perhubungan perusahaan di
dalam negara untuk membantu kerajaan mengkaji Dasar Perhubungan Perusahaan
Negara khasnya dan Dasar Buruh Negara amnya dari semasa ke semasa;
 Menyelaras perhubungan di antara pertubuhan-pertubuhan pekerja untuk
memupuk dan memelihara perhubungan kerjasama tiga pihak iaitu di antara
kerajaan, majikan dan pekerja dalam bidang perhubungan perusahaan;
 Menggalakkan dan membantu perjalanan perundingan kolektif dan joint
consultation di tempat-tempat pekerjaan untuk mendorong amalan konsep self
governance in industry dan konsep musyawarah;
 Menyediakan khidmat nasihat kepada majikan, pekerja, pertubuhan majikan dan
pertubuhan pekerja untuk amalan perhubungan perusahaan yang baik dan sihat;
 Menyediakan khidmat rundingan damai (conciliation service) untuk mencegah
dan menyelesaikan pertikaian dan tindakan perusahaan;
 Mendamaikan pertikaian yang berbangkit dari representasi pekerja untuk
dipulihkan dalam pekerjaan asal mereka;
 Mengendali tuntutan pengiktirafan oleh kesatuan-kesatuan sekerja ;
 Membantu pekerja untuk menyelesaikan masalah-masalah yang berbangkit dari
tindakan tidak adil oleh majikan mereka.17

17
http://jpp.mohr.gov.my/ms/index.php/about-us/vision-mission.

16
v. Jabatan Tenaga Manusia (JTM)
Dasar Jabatan :
Visi-
‘Menjadi organisasi peneraju dalam membangunkan tenaga kerja yang berdaya saing.’

Misi-
‘Mengeluarkan tenaga kerja yang berdaya saing.’

Objektif-
‘Membantu ke arah penggunaan tenaga tenaga manusia yang optimum melalui program
latihan perindustrian.’

Fungsi Jabatan-
‘Menyedia dan menjalankan program latihan kemahiran pra-perkerjaan untuk memenuhi
keperluan sektor perindustrian di Malaysia.’
‘Meningkatkan taraf kemahiran pekerja untuk sektor perindustrian.’18

vi. Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)


Dasar Jabatan :
Visi-
‘Pembiaya utama latihan kemahiran’
Misi-
‘Menyedia dan mengurus dana latihan kemahiran yang berterusan dengan efekti dan
efisyen’

Objektif-
Menyediakan dana yang mencukupi bagi membiayai latihan kemahiran dan mengutip
bayaran balik pinjaman mengikut jadual .19

18
http://www.jtm.gov.my/2015v3/index.php/ms/info-korporat-1/profil-jtm/visi-misi-objektif.
19
http://www.ptpk.gov.my/ms/

17
vii. Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTKS)

viii. Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM)

ix. Kerja Sabah (JTKS)

18
RUMUSAN
Kesimpulannya akta dan undang-undang diperuntukkan dengan tujuan
untuk melindungi para pekerja organisasi. Setiap negara mempunyai akta
dan undang-undang yang tersendiri tetapi berdasarkan asas yang lebih
kurang sama seperti jumlah jam bekerja, upah, cuti, cuti bersalin dan lain-
lain.
Justeru itu , dalam menjalani kehidupan pekerja amat penting untuk
mengetahui akan hak-hak individu sebagai pekerja agar segala masalah
kezaliman dan penindasan majikan yang tidak bertanggungjawab boleh
diselesaikan dengan baik serta perkara yang tidak diingini mungkin tidak
akan berlaku. Di samping itu, kezaliman terhadap buruh boleh dibendung
dari awal lagi supaya keharmonian dan kesaksamaan di tempat kerja akan
terlaksana dan juga etika baik antara majikan dan pekerja akan terjamin
sepenuhnya.

19
RUJUKAN
1. Kamus undang-undang Oxford, Oxford Fajar.
2. Goh Chen Chuan, Panduan Kepada Akta Pekerjaan Dan Undag-
Undang Buruh Malaysia , Edisi ke 3, Leeds Publications.
3. Sakinah Shakina Ahmad Yusoff Azimon Abdul Aziz, Mengenali
Undang-undang Kontrak Malaysia, International Law Book Services.
4. Akta Undang-Undang Pekerja 1995.
5. Shaik Mohd Noor Alam S.M Hussain,Undang-Undang Komersial Di
Malaysia, Edisi Ke-2, Dewan bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur
2014.

20

Anda mungkin juga menyukai