Anda di halaman 1dari 4

CONTOH FORMAT

PENULISAN CADANGAN PENYELIDIKAN

TAJUK
Ditulis secara ringkas dan tepat untuk menggambarkan fokus kajian

SENARAI KANDUNGAN
Senarai kandungan laporan penyelidikan dan halaman ditulis meliputi tajuk bab, tajuk
besar dalam bab, tajuk kecil dalam bab, bibliografi, alat kajian, dan lampiran

BAB I : PENGENALAN

1.1 Pendahuluan
Jelaskan berkaitan dengan latar belakang kajian yang akan dijalankan.

1.2 Latar Belakang Kajian


Tuliskan dengan jelas latar belakang kajian anda yang dapat membawa pembaca
kepada isu atau permasalahan yang akan dibincangkan nanti.

1.3 Pernyataan Masalah


Tuliskan dengan jelas permasalahan atau isu yang ingin diutarakan yang menjadi
asas atau rasional mengapa kajian perlu dijalankan.
Pernyataan masalah anda seharusnya dapat memberikan gambaran yang jelas
tentang perkara berikut;
- Latar belakang secara ringkas daan jelas
- Status masa kini
- Permasalahan atau isu yang timbul
- Kesan isu tersebut
- Implikasi isu tersebut jika tidak ditangani
- Rasional kajian perlu dibuat
- Objektif kajian
- Signifikan kajian

1.4 Kerangka Konsep


Merupakan keseluruhan pelan penyelidikan yang dapat menunjukkan atau
menggambarkan hubungan teori atau konsep dalam pendidikan serta hubungan
pemboleh ubah bersandar dan tidak bersandar
1.5 Tujuan Kajian
Senaraikan semua tujuan kajian secara terperinci selaras dengan permasalahan
atau persoalan dalam pernyataan masalah.

1.6 Objektif kajian


Senaraikan semua objektif kajian yang ingin dicapai

1.7 Soalan Kajian


Senaraikan soalan/soalan -soalan kajian bagi setiap tujuan. Kajian dijalankan
untuk menjawab soalan-soalan ini.

1.8 Hipotesis
Senaraikan semua hipotesis kajian bagi soalan-soalan yang memerlukan ujian
statistik seperti melihat perbezaan min atau hubungan dan sebagainya. Soalan-
soalan yang boleh dijawab secara perihalan/deskriptif tidak memerlukan ujian
statistik. Pernyataan hipotesis kajian ditulis dalam bentuk hipotesis null.

1.9 Kepentingan Kajian/Signifikan Kajian


Jelaskan mengapakah kajian yang dilakukan adalah penting sama ada dari segi
pembuktian/pembinaan teori/model, atau dari segi aplikasi, kepentingan kepada
pihak sekolah, PPD, JPN mahupun kepada KPM.

1.10 Batasan Kajian


Jelaskan batasan-batasan kajian (yang sengaja dan tidak sengaja dihadkan)
sebagai panduan kepada generalisasi dapatan-dapatan kajian. Batasan yang
disengajakan termasuklah populasi kajian, persampelan kajian, pemboleh ubah
kajian, atau reka bentuk kajian. Batasan yang tidak disengajakan termasuklah
kefahaman, pentafsiran, dan kejujuran responden, kesan pemboleh ubah yang
tidak dapat dikawal dan sebagainya.

1.11 Definisi Operasi/Istilah


Berikan definisi istilah perkataan-perkataan yang mungkin memberikan makna
yang berlainan kepada pembaca-pembaca. Rujuk kepada beberapa istilah yang
biasa digunakan untuk kajian yang dijalankan.

BAB II : TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan
Berikan penerangan ringkas berkaitan kandungan bab ini.

2.2 Literatur Berkaitan


Laporkan literatur yang berkaitan dengan kajian seperti konsep, teori, model dan
sebagainya serta kajian-kajian yang lepas yang berkaitan dengan tajuk kajian.

BAB III: METODOLOGI


3.1 Pendahuluan
Berikan penerangan ringkas berkaitan kandungan bab ini.

3.2 Rekabentuk Kajian


Jelaskan bagaimana kajian dijalankan iaitu sama ada secara kuantitatif, kualitatif,
atau gabungan antara kuantitatif dan kualitatif, eksperimen, kuasi-eksperimen,
tinjauan, atau kajian kes. Jelaskan juga mengapa cara tersebut dipilih.

3.3 Populasi Kajian


Jelaskan siapakah yang menjadi populasi kajian

3.4 Sampel Kajian


Jelaskan siapakah siapakah yang dipilih sebagai sampel kajian serta saiz sampel
yang digunakan. Jelaskan juga cara persampelan seperti secara rawak mudah,
sistematik, rawak berstrata, dan sebagainya serta rasionalnya.

3.5 Instrumen Kajian


Jelaskan semua alat yang digunakan dalam kajian dan bagaimanakah alat-alat itu
dibina. Berikan rujukan sekiranya alat-alat tersebut disesuaikan daripada alat-alat
yang sedia ada. Jelaskan juga bagaimana alat-alat ini dinilai dari segi kesahan dan
kebolehpercayaan.

3.6 Kajian Rintis


Jelaskan bagaimana kajian rintis dijalankan serta hasil analisis data kajian rintis
bagi menerangkan kesahan instrumen dan indeks kebolehpercayaan instrumen
kajian.

3.7 Prosedur Pengumpulan Data


Jelaskan dengan terperinci proses kajian yang meliputi langkah-langkah yang
diambil semasa pengumpulan data kajian sebenar. Sebagai contoh jika data
dikumpul melalui eksperimen, jelaskan di mana eksperimen dijalankan,
bagaimana subjek-subjek dibahagikan kepada kumpulan, bagaimana treatment
diberikan kepada subjek, bagaimana pengukuran dibuat, dan siapa yang
mengawas eksperimen tersebut. Jika pengumpulan data dibuat secara pos, perlu
dijelaskan bagaimana langkah-langkah diambil bagi meningkatkan pulangan soal
selidik.

3.8 Prosedur Penganalisisan Data


Jelaskan dengan terperinci bagaimana data dianalisiskan iaitu daripada pengkodan
data, pemasukan data, pengkodan semula, pengukuran pemboleh ubah, dan
kaedah analisis statistik yang digunakan.

Rujukan
Senaraikan semua bahan-bahan bacaan yang dirujuk dalam teks sahaja.
Lampiran
Senaraikan segala lampiran yang berkaitan seperti alat kajian, maklumat lain yang
penting.

Dr. Jamil Ahmad


Jamil3191@yahoo.co.uk

Anda mungkin juga menyukai