Anda di halaman 1dari 3

Perkembangan kebudayaan mikronesia.

1.ekonomi

Masyarakat mikronesia ini juga telah mempunyai ekonomi tersendiri. Di mana


masyarakat ini adalah masyarakat pelaut, berabad-abad lamanya telah menjalankan sektor
perikanan menjadi nadi kepada kelancaran hidup mereka. Bukan itu sahaja masyarakat ini juga
menjalankan sektor pertanian yang sederhana. manusia pada masa ini amalkan aktiviti
pertanian perkebunan dengan menanam pisang, kelapa, buahroti, hasil tanaman dan makanan
tambahan lain. Selain itu, perdagangan pokok kelapa sangat popular terutamanya di Pulau
Carolina. Penggunaan alat batu telah digantikan dengan cengkerang. Cengkerang ini digunakan
sebagai alat untuk menghiris atau memotong daging dan pokok kayu dan juga digunakan
sebagai alat atau senjata untuk melindungi diri dari serangan binatang buas. Cengkerang yang
digunakan ini bukannya kecil saiznya tapi saiz yang lebih besar digunakan.

2.sosial

Mereka juga turut mempunyai hierarki yang mengikut kumpulan suku dengan indentiti
keluarga sebelah perempuan dan tanah juga dimiliki oleh suku. Dari segi pandangan darat,
pulau yang terletak di dalam rumpun Micronesia ini ada ditumbuhi pokok palma dan rumput
tropikal yang dominan di sekitarnya. Salah satu keunikan perempuan ataupun anak gadis yang
tinggal di dalam pulau yang terletak dalam linkungan Micronesia ini ialah mereka mudah
terpikat kepada bakat seni yang ada dalam diri seorang lelaki. Berdasarkan rekod sejarah yang
ditulis oleh E. G. Burrows, beliau menyatakan perempuan yang tinggal di pulau yang berada
dalam lingkungan rantau Micronesia akan jatuh cinta pada lelaki yang pandai mereka atau
membuat lakaran pantang pada satu objek. Ini kerana mereka sudah mula mengagumi atau
menikmati nilai estetik sesuatu hasil seni. Walaubagaimanapun pantang ini sudah sebati dalam
diri masyarakat pada ketika itu. Contohnya, pedang kayu yang digunakan apabila berkaitan
dengan sesuatu upacara atau adat istiadat yang diamalkan oleh manusia pada ketika itu.
Pedang ini diperbuat daripada mutiara dan kayu yang terdapat di kawasan pedalaman. Pedang
ini telah dilukis dengan pelbagai rupa bentuk yang menandakkan ada maksud di sebaliknya dan
pedang kayu ini masih lagi disimpan di Muzium British sehingga kini.
3.agama.

Menurut ensiklopedia Indonesia menyatakan bahawa masyarakat mikronesia ini telah


mempunyai pegangan tersendiri. Agama yang di pegang oleh masyarakat ini adalah agama
tradisional iaitu berdasarkan kepercayaan kepada magi ataupun roh. Dalam masyarakat
mikronesia terdapat masyarakat yang menganut polteisme iaitu kepercayaan kepada lebih dari
satu tuhan atau dewa. Mereka juga percaya tuhanlah yang mengatur kesihatan, cuaca dan
alam lain. Masyarakatnya juga percaya kepada pelbagai semangat alam semula jadi dan magik
tetapi tidak mempunyai kelas pendeta dan agama.

4.teknologi

Masyarakat mikronesia ini adalah merupakan masyarakat yang mahir dari segi
pelayaran, perikanan dan pembuatan perahu. Hal ini kerana masyarakat ini merupakan pelaut.
Teknik pelayaran yang diwarisi daripada masyarakat Lapita dipraktiskan oleh masyarakat
Micronesia untuk berlayar jauh dengan berkanu. . Rumpun Micronesia ini mempunyai teknologi
seni bina yang tinggi nilainya contohnya batu yang telah diadaptasikan menjadi bahan binaan
untuk membuat struktur bangunan. Dimana rumah dibina dengan permukaan yang cukup besar
dengan dinding yang kusam dan menara pula dibuat di atas bumbung yang curam. Bahan-
bahan asas yang digunakan untuk membuat pembinaan lantai ialah batu, cerucuk batu dan
papan

5.Perumahan.

rumah yang dibina pula bersaiz besar iaitu 15 meter panjang dan keluasan 6 meter persegi dan
12 meter tinggi.Contohnya di Kosrae dan Pohnpei. Koloni pula telah dibina di kawasan pulau-
pulau terumbu karang yang semulajadi sekitaranya yang memerlukan masyarakat ini
beradaptasi dengan alam sekitarnya untuk menyesuaikan diri. Maka disinilah terbentuknya
kawasan perkampungan yang ditadbir atau diketuai oleh ketua puak atau katua masyarakat.
Rumpun Micronesia ini merupakan sebuah rumpun yang amat maju dari segi maritimnya
contohnya penciptaan perahu dan teknologi navigasi yang diwarisi daripada kebudayaan
Lapita(Melanesia
6.politik

Hierarki organisasi politik telah terbentuk hasil daripada pembentukan susun lapis masyarakat.
Dimana ketua masyarakat menduduki tempat teratas dan barulah diikuti oleh masyarakat biasa.
Ketua ini dipilih kerana keunikan ilmu pengetahuan tentang tuhan dan kuasa alam semulajadi
yang ada roh dan boleh menggunakan kuasanya untuk mengawal kehidupan masyarakat.
Dengan adanya ketua puak, maka akan nampak tersusunlah struktur masyarakat yang tinggal
bersama di bawah pengawasannya disamping adanya satu set peraturan alam yang harus
diamalkan dan dipatuhi. Contohnya, Leluh di Kosrae yang ada organisasi politik untuk
mentadbir masyarakat yang tinggal dibawah pengawalannya

Anda mungkin juga menyukai