Anda di halaman 1dari 2

Isu-Isu Pendidikan di Malaysia

Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan generasi muda dengan pelbagai
pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa. Dalam konteks
menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21
amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki,
memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan perubahan
sosialisasi masyarakat hari ini. Salah satu unsur yang penting adalah memberikan peluang
pendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpa mengambil kira budaya, kelas sosial,
kelompok etnik dan amalan atau cara hidup.
Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (KPM, 2001). Kementerian Pelajaran
Malaysia menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari Zaman Dasar Pembangunan
hingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak kemajuan
khususnya dalam penyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan latihan perguruan.
Strategi meningkatkan peluang pendidikan berjaya mencapai sasarannya. Walau
bagaimanapun, apa yang dilihat pada masa ini masih terdapat pelbagai isu yang ditimbulkan
berkaitan dengan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya perkara berhubung
sengan struktur pendidikan; akses kepada pendidikan; ekuiti; kualiti tenaga pengajar;
ketidakseimbangan penyediaan infrastruktur; Pelaksanaan Program PPSMI; dan kurikulum
yang relevan. Ini selaras dengan pendapat Sufean (2004) yang menyatakan terdapat banyak
isu pendidikan yang boleh dikatagorikan iaitu pentadbiran, peringkat pendidikan, teknologi
pendidikan, organisasi sekolah dan keguruan.
Struktur Pendidikan
Beberapa isu berkaitan dengan struktur pendidikan antaranya termasuklah struktur pendidikan
menengah yang tidak selaras kurang menepati keperluan, misalnya:
● Bilangan tahun persekolahan struktur pendidikan Malaysia tidak sama dengan
kebanyakan negara lain di dunia;
● Tidak terdapat keseragaman dalam kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
disebabkan wujudnya pelbagai haluan;
● Kebanyakan pelajar memilih untuk menamatkan persekolahan mereka selepas Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM); dan
● Skop kurikulum Tingkatan 1 hingga 6 sangat luas.
Akses Pendidikan
Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah memperkenalkan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) dalam
pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. KPM telah
melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama
penyediaan infrastruktur ICT. Namun isu dan masalah yang menjejaskan usaha penggunaan
ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah tersebut adalah berkaitan
dengan:
● pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar;
● perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh;
● latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di sekolah yang
kurang berkesan;
● penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah; dan
● bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi.
Justeru adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk memastikan setiap sekolah akan
memperoleh komputer menjelang usaha menjadikan setiap murid dan guru celik ICT.
Ekuiti Pendidikan
Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiap institusi pendidikan di bawah
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan dipastikan mempunyai infrastruktur yang
berkesan yang mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang
berkesan. Oleh itu, input pendidikan yang meliputi guru, peruntukan kewangan, bahan dan
peralatan pengajaran serta program sokongan akan diagih secara adil ke semua sekolah bagi
mengurangkan jurang perbezaan antara sekolah beruntung (advantaged school) dan sekolah
kurang beruntung (disadvantaged school). (Sumber: Pembangunan Pendidikan 2001-2010,
KPM).
Namun, setelah lebih kurang tujuh tahun pelaksanaan program tersebut, masih terlalu banyak
sekolah-sekolah di Malaysia yang belum dapat menikmati kemudahan yang dijanjikan. Ini
menyebabkan timbulnya beberapa isu yang dikaitkan dengan ekuiti atau peruntukan yang
disediakan oleh KPM tidak mencukupi untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Sebagai contoh, kementerian tidak menyediakan prasarana yang amat diperlukan,
seperti bilik darjah yang mempunyai kemudahan khusus, terutamanya sekolah-sekolah luar
bandar atau pedalaman. Selain itu, kemudahan lain seperti sumber pengajaran dan
pembelajaran dan kelengkapan buku teks juga masih berkurangan.

Anda mungkin juga menyukai