Anda di halaman 1dari 2

BAI AL-MA'DUM

Secara asasnya, jual beli dalam Islam mesti melibatkan kewujudan barang jualan (mahal al-aqd
atau ma'qud allaih) ketika transaksi berlaku. Transaksi-transaksi yang berlaku tanpa kewujudan
barang jual beli disebut bai' al- ma'dum yang biasanya dikaitkan dengan transaksi 'futures
contracts' dan 'warrants' dalam konteks transaksi kewangan moden pada hari ini.

Para fuqaha' lampau ada yang berbeza pandangan tentang hukum bai' al-ma'dum ini. Bagi
Mazhab Hanafi dan Syafi', jelas setiap transaksi mesti melibatkan kewujudan barang jual beli. Jika
tidak, ianya dianggap tidak sah. Dalam situasi ini, mereka merujuk kepada pengharaman
Rasulullah terhadap pejualan anak unta yang belum dilahirkan dan barangan yang tidak wujud.
Walaubagaimanapun, pengecualian diberikan dalam kes 'salam, ijarah, musaqah dan istisna'
berdasarkan prinsip 'istihsan'.

Mazhab Maliki juga sealiran dengan Hanafi dan Syafi' terutamanya yang melibatkan 'mu'awadhat
maliyah' (kontrak tukar menukar). Namun, tidak bagi kontrak yang berasaskan tabarru'at
(pemilikan secara sukarela) seperti hibah.
BAI AL-MA'DUM
Secara asasnya, jual beli dalam Islam mesti melibatkan kewujudan barang jualan (mahal al-aqd
atau ma'qud allaih) ketika transaksi berlaku. Transaksi-transaksi yang berlaku tanpa kewujudan
barang jual beli disebut bai' al- ma'dum yang biasanya dikaitkan dengan transaksi 'futures
contracts' dan 'warrants' dalam konteks transaksi kewangan moden pada hari ini.

Para fuqaha' lampau ada yang berbeza pandangan tentang hukum bai' al-ma'dum ini. Bagi
Mazhab Hanafi dan Syafi', jelas setiap transaksi mesti melibatkan kewujudan barang jual beli.
Jika tidak, ianya dianggap tidak sah. Dalam situasi ini, mereka merujuk kepada pengharaman
Rasulullah terhadap pejualan anak unta yang belum dilahirkan dan barangan yang tidak wujud.
Walaubagaimanapun, pengecualian diberikan dalam kes 'salam, ijarah, musaqah dan istisna'
berdasarkan prinsip 'istihsan'.

Mazhab Maliki juga sealiran dengan Hanafi dan Syafi' terutamanya yang melibatkan
'mu'awadhat maliyah' (kontrak tukar menukar). Namun, tidak bagi kontrak yang berasaskan
tabarru'at (pemilikan secara sukarela) seperti hibah.

Bagi Mazhab Hanbali, tidak ada kondisi sedemikan sebagaimana yang dirujuk oleh kedua-dua
Mazhab di atas. Apa yang penting adalah ketidakwujudan elemen ketidakpastian (gharar) dalam
kontrak sebagaimana yang diharamkan oleh Islam. Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim
berpandangan bahawa pengaharam bukannya disebabkan 'ma'dum' ketika berlakunya transaksi,
tetapi lebih kepada kewujudan elemen ketidakpastian (gharar). Ini berasaskan kepada dua
argumentasi berikut:

Tidak ada penetapan dalam al-Qur'an, Hadith dan juga para sahabat tentang ketidakbolehan bai'
al-ma'dum. Cuma ada dinyatakan dalam Hadith tentang larangan penjualan barangan tertentu
yang tidak wujud ciri-cirinya. Juga barangan yang wujud tetapi tidak ketika berlakunya transaksi.
Ini jelas menunjukkan pengharaman adalah berasaskan elemen ketidakpastian (gharar), iaitu
ketidakmampuan untuk menyerahkan barangan yang dijual samada ia wujud ataupun tidak
sebaik sahaja selesainya perjanjian jual beli. Sebagai contoh, jual beli haiwan yang terlepas lari
daripada jagaan.

Terdapat situasi tertentu dimana bai' al-ma'dum dibolehkan oleh syarak, seperti jual beli buah-
buahan dan benih yang belum sampai tempoh matangnya. Transaksi ini dibenarkan oleh Baginda
Rasulullah (SAW). Ianya dianggap bai' al-ma'dum kerana penjual tidak dapat menyerahkan
barangan jualan sebaik sahaja sempurnanya perjanjian jual beli. Dalam hal ini, transaksi salam,
istisna' dan ijarah adalah termasuk dalam kategori bai' al-ma'dum yang dibenarkan berdasarkan
prinsip 'istihsan'. Ini bermakna, i'llah (penyebab) pelarangan bai' al-ma'dum adalah ketidakpastian
(gharar), bukannya ketidakwujudan barangan jual beli.
Bagi Mazhab Hanbali, tidak ada kondisi sedemikan sebagaimana yang dirujuk oleh kedua-dua
Mazhab di atas. Apa yang penting adalah ketidakwujudan elemen ketidakpastian (gharar) dalam
kontrak sebagaimana yang diharamkan oleh Islam. Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim
berpandangan bahawa pengaharam bukannya disebabkan 'ma'dum' ketika berlakunya transaksi,
tetapi lebih kepada kewujudan elemen ketidakpastian (gharar). Ini berasaskan kepada dua
argumentasi berikut:

 Tidak ada penetapan dalam al-Qur'an, Hadith dan juga para sahabat tentang
ketidakbolehan bai' al-ma'dum. Cuma ada dinyatakan dalam Hadith tentang larangan
penjualan barangan tertentu yang tidak wujud ciri-cirinya. Juga barangan yang wujud tetapi
tidak ketika berlakunya transaksi. Ini jelas menunjukkan pengharaman adalah berasaskan
elemen ketidakpastian (gharar), iaitu ketidakmampuan untuk menyerahkan barangan yang
dijual samada ia wujud ataupun tidak sebaik sahaja selesainya perjanjian jual beli. Sebagai
contoh, jual beli haiwan yang terlepas lari daripada jagaan.

 Terdapat situasi tertentu dimana bai' al-ma'dum dibolehkan oleh syarak, seperti jual beli
buah-buahan dan benih yang belum sampai tempoh matangnya. Transaksi ini dibenarkan
oleh Baginda Rasulullah (SAW). Ianya dianggap bai' al-ma'dum kerana penjual tidak dapat
menyerahkan barangan jualan sebaik sahaja sempurnanya perjanjian jual beli. Dalam hal
ini, transaksi salam, istisna' dan ijarah adalah termasuk dalam kategori bai' al-ma'dum
yang dibenarkan berdasarkan prinsip 'istihsan'. Ini bermakna, i'llah (penyebab) pelarangan
bai' al-ma'dum adalah ketidakpastian (gharar), bukannya ketidakwujudan barangan jual
beli.

Anda mungkin juga menyukai