Anda di halaman 1dari 3

Minggu 1 / 2019

PELAN PENGAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 5 TAHUN 2019


Mata Pelajaran Matematik Kelas 5E Masa 7.00-8.00am
Kehadiran
Tarikh 02 Januari 2018 Hari Rabu
Murid
Topik Bab 1: Fungsi

1.1 Hubungan
Subtopik 1.2 Fungsi

Nilai Moral Rasional Kod Standard P&P 1.1


Objektif
Pada akhir PdPc, murid dapat memahami dan menggunakan konsep graf fungsi.
Pembelajaran
Murid akan dapat melukis graf fungsi bagi:
1. Fungsi Linear y= ax + c di mana a dan b adalah pemalar.
Hasil Pembelajaran 2. Fungsi Kuadratik di y = a𝑥 2 + 𝑏𝑥 + 𝑐 di mana a, b dan c adalah pemalar.

Buku Teks / Papan graf


Bahan Bantu Buku Kerja / Marker Pen
Lain - lain
Mengajar Lembaran Kerja
LCD / Laptop
Rangka Pengajaran
Induksi Set Menjana idea murid tentang graf fungsi.

1. Set induksi:
Guru menerangkan konsep graf fungsi. Guru memperkenalkan kepada murid
tentang fungsi linear, kuadratik, kubik dan salingan.
2. Guru memberikan satu jadual dengan nilai x dan y dan mengarahkan murid
Aktiviti Utama melengkapkan jadual tersebut.
3. Dalam 4 kumpulan, murid perlu melukis graf linear dan kuadratik menggunakan
papan graf dan membentangkan kepada kelas.
4. Guru memberikan lebih contoh dan pelajar perlu membuatnya.
5. Guru mengarahkan pelajar untuk membuat refleksi tentang apa yang dipelajari.
Guru membantu pelajar dengan memberikan nasihat untuk membuat refleksi
Penutup
masing-masing.

Impak / Refleksi

Sesi PdPc tidak dapat dijalankan kerana perhimpunan pertama dijalankan. PdPc akan disambung pada hari
esok.
Kerja Susulan untuk Murid

Pemulihan Kerja rumah Latihan

Pengukuhan Kerja rumah / Latihan

Pengayaan Kerja rumah Latihan


Minggu 1 / 2019

PELAN PENGAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 5 TAHUN 2019


Matematik
Mata Pelajaran Kelas 4A Masa 8.30-10.00am
Tambahan
Kehadiran
Tarikh 02 Januari 2018 Hari Rabu
Murid
Topik Bab 11: Nombor Indeks

Subtopik 11.1a, 11.1b, 11.1c

Nilai Moral Rasional Kod Standard P&P 1.1


Objektif
Pada akhir PdPc, murid dapat memahami dan menggunakan konsep Nombor Indeks.
Pembelajaran
Murid akan dapat:
1. Mengira nombor indeks.
Hasil Pembelajaran 2. Mengira harga indeks.
3. Mencari Q0 atau Q 1 dengan informasi yang berkaitan.

Buku Teks /
Bahan Bantu Buku Kerja / Marker Pen
Lain - lain
Mengajar Lembaran Kerja
LCD / Laptop
Rangka Pengajaran
Induksi Set Menjana idea murid tentang nombor indeks.
1. Set induksi:
Guru menerangkan maksud nombor indeks dan harga indeks.
2. Guru menunjukkan formula nombor indeks dan mengarahkan pelajar untuk
mengira nombor indeks.
3. Guru menunjukkan formula harga indeks dan mengarahkan pelajar untuk mengira
Aktiviti Utama
harga indeks.
4. Pelajar mencari Q0 atau Q 1 dengan bimbingan guru.
5. Guru bertanya pelajar refleksi mereka tentang pelajaran hari ini.
6. Guru membantu pelajar dengan memberikan nasihat untuk membuat refleksi
masing-masing.
Penutup Guru mengingatkan pelajar tentang kerja rumah mereka.

Impak / Refleksi
Soalan yang diberikan dapat dijawab oleh pelajar. Pelajar dapat mendapatkan nilai bagi Q0 atau Q 1.

Kerja Susulan untuk Murid

Pemulihan Kerja rumah Latihan

Pengukuhan Kerja rumah Latihan

Pengayaan Kerja rumah Latihan /


Minggu 1 / 2019

PELAN PENGAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 5 TAHUN 2019


Mata Pelajaran Matematik Kelas 4B Masa 10.30-11.30am
Kehadiran
Tarikh 02 Januari 2018 Hari Rabu
Murid
Topik Bab 1: Bentuk Piawai

Subtopik 1.1 Angka Bererti

Nilai Moral Rasional Kod Standard P&P 1.1


Objektif Murid dapat memahami dan menggunakan konsep angka bererti untuk menyelesaikan
Pembelajaran masalah.
Murid akan dapat :
1. Membundarkan suatu nombor positif kepada bilangan angka bererti yang diberi
apabila nombor itu lebih besar daripada 1 atau kurang daripada 1.
Hasil Pembelajaran
2. Melakukan penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian yang
melibatkan beberapa nombor dan menyatakan jawapan dalam bentuk angka
bererti tertentu.

Buku Teks /
Bahan Bantu Buku Kerja / Marker Pen
Lain - lain
Mengajar Lembaran Kerja
LCD / Laptop
Rangka Pengajaran
Induksi Set Menjana idea murid tentang digit bagi nombor tunggal dan nombor perpuluhan.
1. Penerangan tentang bagaimana membundarkan suatu nombor positif kepada
bilangan angka bererti yang diberi apabila nombor itu lebih besar daripada 1 atau
kurang daripada 1.

2. Guru membimbing murid melakukan penambahan, penolakan, pendaraban dan


Aktiviti Utama
pembahagian yang melibatkan beberapa nombor dan menyatakan jawapan dalam
bentuk angka bererti tertentu.

3. Secara berpasangan, murid diminta untuk menjawab beberapa soalan yang


berkaitan dengan objektif pembelajaran.
Penutup Murid diberikan latihan kerja rumah. (10 soalan)

Impak / Refleksi

Pelajar boleh menjawab soalan yang diberikan dengan betul. Tahap pemahaman pelajar agak memuaskan.

Kerja Susulan untuk Murid

Pemulihan Kerja rumah Latihan

Pengukuhan Kerja rumah Latihan /

Pengayaan Kerja rumah Latihan /

Anda mungkin juga menyukai