Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA SULTAN AZLAN SHAH

SERI ISKANDAR, 32600 BOTA, PERAK DARUL RIDZUAN


Kod Sekolah : ARA 8001
Tel. No. : 05-3711689
Faks No. : 05-3712360

“1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Pengetua SMKA Wataniah Machang


Barisan penolong kanan SMKA Wataniah Machang
Semua Guru SMKA Wataniah Machang
Semua Staf Sokongan SMKA Wataniah Machang
Semua Ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMKA Wataniah Machang
Semua Pelajar SMKA Wataniah Machang

Assalamualaikum warahatullahi wabarakatuh.

DARI MEJA PENGETUA: UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH DI ATAS SAMBUTAN
LAWATAN PENANDA ARAS SEKOLAH

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh warga
SMKA Wataniah Machang khususnya kepada pengetua, barisan penolong kanan, semua guru, para
staf sokongan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, seterusnya semua pelajar di atas sambutan lawatan
penanda aras yang penuh kemesraan dan bermanfaat.

Program ini adalah satu lagi peristiwa bersejarah yang melambangkan iltizam dan komitmen seluruh
warga dari SMKA Sultan Azlan Shah dan SMKA Wataniah Machang untuk merealisasikan aspirasi dan
etos kedua-dua SMKA yang secara kebetulan berkongsi halatuju yang sama iaitu meningkatkan taraf
sekolah masing-masing ke arah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) menjelang tahun 2017. Usaha yang
terancang dan bersepadu ini telah menepati matlamat dan mencapai objektif yang disasarkan.
Kolaboratif dan komitmen yang konsisten ini juga diharapkan dapat memberi impak yang positif dalam
hubungan dua hala antara kedua-dua SMKA khususnya bagi barisan pendidik dan pelajar.

Saya berharap agar ukhuwah yang terjalin antara SMKA Sultan Azlan Shah dan SMKA Wataniah
Machang akan berterusan pada masa hadapan. Semoga program seumpama ini dapat memotivasikan
seluruh warga SMKA Sultan Azlan Shah dan SMKA Wataniah Machang untuk sama-sama berganding
bahu dalam menjayakan aspirasi dan etos sekolah.

Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

(MOHD LOTPI BIN RAZALI)


Pengetua.

MEMPERKASA KECEMERLANGAN KE ARAH SBT SECARA HOLISTIK

Anda mungkin juga menyukai