Anda di halaman 1dari 1

Adakah Hasil Pembelajaran Dapat Dicapai?

Kumpulan kami telah mengadakan satu aktiviti iaitu “RolePlay” yang di mana semua pelajar
telah diberi beberapa kumpulan dan diminta untuk melakukan aksi dan lakonan mengikut
situasi yang telah diberikan kepada mereka iaitu yang berkaitan dengan tajuk
kemasyarakatan. Aktiviti yang dilakukan berjalan dengan lancar dan masa yang telah
diberikan digunakan dengan sebaiknya oleh para pelajar. Kesemua pelajar telah berjaya
melakonkan dengan baik dan pengakhiran lakonan juga telah banyak memberikan kesedaran
dan manfaat kepada semua pelajar.

Seterusnya para pelajar juga dapat meningkatkan daya imaginasi mereka. Daya imaginasi
para pelajar dapat ditingkatkan kerana teknik ini dapat mencerna atau mencampah daya
pemikiran pelajar ke tahap yang optimum. Improvisasi ini juga dapat menggalakkan
kemahiran berfikir para pelajar dengan lebih kreatif dan kritis. Justeru itu juga dapat
meningkatkan daya kreativiti mereka dan merangsang otak mereka untuk lebih berfikir secara
kreatif. Kemudian, meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan para pelajar. Improvisasi
memerlukan para pelajar beraksi di hadapan para pelajar yang lain. Ini secara tidak langsung
dapat meningkatkan keyakinan murid semasa melakonkan watak masing-masing. Ia juga
dapat memberi satu suntikan motivasi untuk mereka terus beraksi dan ini akan membentuk
pembinaan sahsiah yang positif ketika berhadapan dengan khalayak penonton.

Aktiviti “RolePlay” yang dilakukan dapat mewujudkan suasana menyeronokkan dan


mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan pelajar. Aktiviti improvisasi terbukti dapat
mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan bersahaja kerana
melibatkan watak-watak dalam kalangan para pelajar. Para pelajar berupaya mengasah bakat
terpendam mereka dengan berkalaborasi sesama ahli kumpulan dalam suasana yang ceria dan
terkawal. Berlakon merupakan satu aktiviti yang amat digemari oleh pelajar kerana ia
dijalankan dalam bentuk bermain dan bersukaria. Mereka diberi peranan untuk berkata-kata
secara bebas, melahirkan pandangan dan pendapat , bergaya dan beraksi sesama sendiri,
berhibur dengan telatah dan gaya rakan-rakan sebaya, melibatkan diri , bekerja bersama-sama
dan sebagainya.

Akhir sekali, pembelajaran kolaboratif. Pengaplikasian teknik improvisasi boleh


membentuk pembelajaran di kalangan para pelajar secara kolaboratif kerana selalunya watak
yang diberikan perlu dilakonkan bersama ahli dalam kumpulan masing-masing. Apabila para
pelajar membiasakan diri dengan cara bekerjasama, saling bergantung antara satu sama lain
untuk memperoleh ilmu, mereka akan berkembang untuk menjadi pelajar yang kolaboratif.
Hasil pembelajaran menerusi daripada aktiviti yang dilakukan dapat dicapai oleh semua
pelajar dan mereka juga memberikan banyak kesan yang positif terhadap aktiviti yang
dilakukan.

Anda mungkin juga menyukai