Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN GURU BESAR

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2018


Bismillahirrahmanirrahim….
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Terima kasih Pengacara Majlis,
Yang Berhormat,Dr Azman bin Ismail, Ahli Parlimen Kawasan Kuala
Kedah
YangBerbahagia Encik Zulkifli bin Abdullah, Dipertua PIBG SKAJ,
Barisan Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru SKAJ, pelajar-pelajar
yang diraikan dan seterusnya ibu bapa serta para hadirin yang saya
muliakan.
Saya rasa bertuah dan bersyukur kerana pada pagi yang penuh
bermakna ini kita dapat berkumpul bersama-sama bagi memberikan
pengiktirafan kepada para pelajar yang telah memperoleh tahap
pencapaian yang cemerlang khusus dalam bidang kurikulum sepanjang
tahun 2018. Sesungguhnya majlis indah yang telah disusun atur oleh
pihak pengurusan sekolah ini merupakan satu agenda pendidikan yang
bertujuan untuk menghargai kejayaan-kejayaan yang telah diperoleh
para pelajar kita. Ucapan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa
Pengelola Majlis yang tentunya telah berusaha dengan gigih supaya
majlis ini akan berjalan dengan lancar dan teratur seterusnya mencapai
matlamatnya. Kita sedar bahawa majlis seumpama ini amat perlu
dilaksanakan untuk memberi makna dan penghargaan kepada
kehidupan anak-anak generasi pewaris masa depan negara. Saya
juga mengambil kesempatan untuk mengalu-alukan kehadiran tuan
puan. Saya percaya kerjasama yang padu serta sokongan yang
berterusan daripada ibu bapa akan meningkatkan lagi semangat warga
sekolah untuk terus mencatat kejayaan yang membanggakan.
Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian,
Sepertimana yang kita sedia maklum, keputusan UPSR 2017 telah pun
diumumkan. Alhamdulillah SKAJ telah berjaya mendapat keputusan
yang membanggakan. Untuk perkongsiaan bersama Gred Purata
Sekolah (GPS) untuk UPSR pada tahun ini ialah 2.97 manakala peratus
lulus adalah sebanyak 63.11 %. Tahniah diucapkan kepada pelajar-
pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan UPSR yang baik.
Sekalung tahniah juga untuk semua guru yang telah bekerja keras demi
menyediakan dan menyampaikan pembelajaran yang berkualiti supaya
pada akhirnya pelajar yang menerima pembelajaran di sekolah ini dapat
menyumbang terhadap jati diri dan daya saing negara seterusnya
mampu menjadi insan yang cemerlang dan dapat membangunkan
negara sejajar dengan kehendak semasa pada masa akan datang.
Syabas diucapkan kepada semua guru yang sememangnya tidak
pernah jemu dan sentiasa bekerja keras untuk melaksanakan
perubahan dan pendekatan baharu dalam sistem penyampaian
pengajaran dan pembelajaran untuk menggembleng bakat dan potensi
pelajar secara optimum. Syabas juga kepada ibu bapa kerana turut
memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan anak-
anak mereka. Namun demikian , pada hemat saya yang paling utama
kejayaan adalah terletak pada diri pelajar itu sendiri agar sentiasa
mempunyai komitmen dan motivasi diri yang tinggi sekiranya ingin
mengecapi kecemerlangan.
Para hadirin sekalian,
Sebagaimana yang telah saya nyatakan di awal tadi bahawa majlis ini
merupakan satu pengiktirafan kepada para pelajar yang berjaya . Oleh
itu, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima
anugerah pada hari ini. Saya berharap agar kejayaan para pelajar ini
akan berterusan dan akan menjadi pembakar semangat kepada para
pelajar yang lain untuk sentiasa mempunyai sikap daya saing untuk
mempertingkatkan mutu pemcapaian mereka dalam bidang akademik
bahkan dalam bidang kokurikulum juga. Bagi pihak sekolah, saya
mendoakan agar pelajar-pelajar akan terus melakar kejayaan yang
bakal membanggakan diri sendiri, keluarga , sekolah, masyarakat,
bangsa dan negara.
Akhir kata, saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada
semua penerima anugerah dan terima kasih daun keladi kepada
jawatankuasa Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi 2016 Sekolah
Kebangsaan Kampung Kuala Pajam. Kepada tetamu dan hadirin,
sokongan tuan puan akan dikenang sampai bila-bila.
Ikan sembilang sepat dan kelah,
Guna bubu biasa di hujung,
Pencapaian cemerlang dapat hadiah,
Petanda ilmu sentiasa dijunjung.

Sekian sahaja ucapan saya. Wabillahi taufiq wal hidayah. Wassalamu


alaikum warahmatullahi wabaratuh.
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Anda mungkin juga menyukai