Anda di halaman 1dari 2

Majlis Pembukaan

TEKS PENGERUSI MAJLIS


LAWATAN AUDIT DALAMAN
ZON MELAKA / NEGERI SEMBILAN
4 OKT 2018

Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pepohon ara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang berusaha,
En Abdul Rahim Bin Kassim (Pengarah Kolej Vokasional Kuala Klawang)
Cik Suraini binti Mohd Yusof (Timbalan Pengarah Akademik),
Cik Rozilah binti Ali (Timbalan Pengarah Sokongan Akademik),
Puan Habsah binti Zakaria (Ketua Jaminan Kualiti),

Yang dihormati,
Encik Rosli bin Omar (Ketua Auditor),
Pn Shamsiah Binti Ahmad (Auditor),

Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Program, Kaunselor-Kaunselor serta barisan pensyarah Kolej


Vokasional Kuala Klawang.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan
kurnia-Nya dapat kita bertemu pada pagi yang indah ini untuk sama-sama melaksanakan
Akreditasi penuh bagi program Diploma Teknologi Elektrik dan Diploma Teknologi Elektronik.
Pihak kolej mengalu-alukan kedatangan semua Ahli Panel Penilai ke Kolej Vokasional Kuala
Klawang.

Bagi menambah keberkatan majlis pada pagi ini, marilah sama-sama kita mengaminkan bacaan
doa yang akan dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Nor Hasyim Bin Ibrahim. Dipersilakan.

..........................................................................................................................................................

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al Fadhil Ustaz Nor Hasyim Bin Ibrahim atas bacaan
doa sebentar tadi. Mudah-mudahan majlis kita pada hari ini berjalan dengar lancar.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Seterusnya, pihak majlis ingin memperkenalkan Ketua-Ketua Program di Kolej Vokasional Kuala
Klawang. Dimulakan dengan :
Majlis Pembukaan

- Ketua Program Teknologi Elektrik : Encik Noor Aman bin Ridzuan


- Ketua Program Teknologi Elektronik : Encik Lau Ching Kou

Sebelum, kita bergerak ke bengkel masing-masing izinkan saya untuk menerangkan serba sedikit
perjalanan audit silang kita pada hari ini.

* Pihak majlis mempersilakan para pensyarah untuk beredar ke bengkel masing-masing.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis diteruskan dengan sesi temuduga Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Kuala
Klawang. Dipersilakan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anda mungkin juga menyukai