Anda di halaman 1dari 5

Artikel dalam Buletin Perancang, JPBD, UiTM iaitu kepandaian masyarakat dahulu memotong

Perak, 2005 batu yang keras seperti batu granit. (Wadiassofi


Jaafar, 2000)
PERKEMBANGAN SEJARAH DAN
PENGARUH KE ATAS SENIBINA DI Candi Lembah Bujang yang berusia lebih seribu
MALAYSIA: SEBUAH TINJAUAN RINGKAS tahun ini merupakan satu tapak tanah bersejarah
yang penting untuk membuktikan satu persekitaran
alam senibina yang terawal telah wujud di negara
Oleh ini. Candi ini kini menjadi salah satu pusat
DR. SITI NORLIZAIHA HARUN penyelidikan bagi senibina awal dan sejarah
berkembangan tamadun di Malaysia.

Pengenalan

Sejarah merupakan sesuatu yang berkaitan dengan


masa lepas dan diperolehi melalui bukti-bukti
fizikal yang masih kekal. Sejarah dan
perkembangan bidang pemuliharaan di Malaysia
dapat dirujuk kepada kronologi perkembangan
sejarah negara khususnya yang berkait dengan
sejarah berbentuk fizikal yang masih kekal hingga
hari ini seperti peninggalan tapak-tapak sejarah, Candi Lembah Bujang di Merbuk, Kedah
monumen dan bangunan-bangunan lama. Sejarah
amat sinonim dengan bidang pemuliharaan Seni bina Melayu
bangunan kerana untuk mengenal sesabuah
bangunan maka perlu dikenali asal usul sejarahnya Agama Islam datang ke Tanah Melayu dan
terlebih dahulu. Sejarah dan pengaruh ke ata berkembang di Kepulauan Melayu selepas
senibina bangunan di Malaysia akan mengimbas pengaruh Hindu mulai merosot pada abad ke 13
kembali perkembangan sejarah negara melalui dan abad berikutnya. Kedatangan Islam telah
peristiwa dan tinggalan monumen sejarah yang memberi pengaruh besar kepada corak budaya
masih kekal pada hari ini. hidup masyarakat pada masa itu. Pengaruh Islam
banyak membentuk peradapan dan budaya
Seni bina Awal masyarakat Melayu lebih bersederhana dan
bersopan santun.
Sejarah perkembangan tamadun dan petempatan
awal di Tanah Melayu telah bermula pada awal Senibina rumah Melayu dapat dilihat dengan
abad pertama masihi. Beberapa kerajaan Melayu teknologi binaan yang ringkas dan mudah
Tua seperti Funan, Campa, Ho-Lo-Tan, menggunakan bahan-bahan dari alam semulajadi
Langkasuka dan Kataha telah muncul di kawasan yang diperolehi dari hutan. Rumah Melayu boleh
Asia Tenggara di Kembodia, Vietnam, Selatan dilihat dengan ciri binaan dan bahan binaan seperti
Thai sehinggalah ke Tanah Melayu. Kataha daun nipah, ijuk, rumbia dan bertam untuk atap
dikatakan telah muncul sejak abad ke 6 hingga ke atau bumbung. Kayu digunakan untuk struktur
13 dan pusat kerajaannya adalah di Lembah utama seperti tiang, alang, rasuk, lantai dan
Bujang. Kataha atau Kedah Tua telah berkembang dinding. Lapik tiang pula diperbuat daripada batu.
sebagai pelabuhan dan pusat kegiatan ugama Rumah Melayu juga jarang menggunakan paku
Buddha dan Hindu. besi, biasanya hanya dipasak dengan kayu.

Kesan peninggalan senibina zaman ini masih kekal Susun atur rumah Melayu biasanya mempunyai 3
di Lembah Bujang, Kedah. Candi dan artifak bahagian iaitu bahagian depan atau serambi,
berunsur Hindu-Buddha menunjukkan masyarakat bahagian tengah yang disebut rumah ibu dan
Kedah Tua pada abad itu telah mempunyai bahagian belakang yang dikenali sebagai rumah
kepandaian membina bangunan. Contoh berkenaan dapur. Bumbung rumah adalah curam dan
dapat dilihat pada pelapik tiang sama ada untuk unjurannya lebar bagi melindungi rumah dari
meletak tiang bangunan atau pelapik meletak arca. tempias hujan dan sinaran lansung matahari. Badan
Teknologi binaan yang tinggi juga dapat dilihat, rumah pula di penuh dengan bukaan jendela dan

1
kekisi atau ukiran tebuk yang menggalakkan mengelakkannya terhantuk. Ia menjadi lambang
peredaran udara (Ezrin Arbi, 2002). kepada adab bersopan santun di samping sebagi
tanda menghormati tuan rumah (Zarinah Sarifan,
Pembinaan rumah melayu yang agak tinggi 2000).
memberikan satu ruang dibawah rumah.
Kedudukan lantai yang tinggi dapat mengatasi Selain rumah kediaman, senibina Melayu turut
kelembapan tanah disamping mencegah ruang dizahirkan ke atas binaan-binaan lain seperti
ditenggelami air jika berlaku banjir. Ruang bawah masjid, istana raja-raja, rumah wakaf dan senibina
atau kolong yang yang terbuka ini juga makam atau pusara. Ciri-ciri senibina tradisional
membolehkan peredaran udara dibawah lantai. Melayu dapat dilihat pada bangunan-bangunan
(Abdul Halim Nasir dan Wan Hashim Wan Teh , lama yang masih kekal seperti Istana Kenangan di
1997: 35) Perak, Istana Balai Besar di Kelantan, Masjid
Tengkera di Melaka dan sebagainya. Senibina
Melayu yang indah ini bukan sahaja unik malahan
memberi nilai estetika yang begitu tinggi dan
seharusnya dipelihara untuk pengekalan identiti
bangsa.

Rumah Penghulu yang terletak di perkarangan


Badan Warisan Malaysia asalnya terletak di
Kampung Sungai Kecil, Bandar Baharu, Kedah.
Rumah ini mempunyai warisan senibina rumah Istana Kenangan terletak di Bukit Chandan, Kuala
Melayu yang unik. Mempunyai atap bumbung Kangsar, Perak. Sekarang istana ini dijadikan
limas, dinding dan jendela kayu bertebuk dengan Muzium
ukiran yang menarik
Seni bina Pengaruh Kolonial
Gaya senibina rumah Melayu pula mempunyai
berbagai ragam hias atau motif ukiran dan bentuk Pengaruh kolonial memberi pengaruh dan kesan
binaan yang mengikut pengaruh negeri-negeri yang besar dari segi senibina dan rupa bandar,
Melayu dan pengaruh Nusantara seperti Indonesia bandar-bandar di Malaysia. Peninggalan senibina
dan Selatan Thailand. Perbezaan gaya senibina Portugis, Belanda dan Inggeris memainkan peranan
elemen pada rumah dapat menjelaskan asal usul penting dari segi kesinambungan sejarah,
rumah tersebut seperti rumah bumbung panjang perkembangan fizikal dan geografi rupa bandar.
atau rumah Minangkabau biasanya terdapat pada Bangunan-bangunan kolonial ini mempunyai gaya
rumah-rumah Melayu awal dan kini masih banyak senibina yang unik disamping susun letak
terdapat di Melaka dan Negeri Sembilan. Rumah bangunan yang membentuk morforlogi awal
bumbung Limas kemudiannya merupakan ciri rekabentuk bandar dan pada masa kini menjadi
senibina yang popular dan terdapat hampir di asas kepada tarikan dan imej kepada bandar-bandar
seluruh perkampungan tradisional Malaysia. Selain seperti Bandar Bersejarah Melaka, George Town
dari rumah bumbung Limas, terdapat beberapa dan Taiping.
jenis rumah tradisional seperti Rumah Perabung
Lima, Rumah Potong Perak dan Rumah Kutai.  Portugis
Apabila bandar Melaka ditakluki, Alfonso
Senibina rumah Melayu bukan sahaja unik dengan d’Alburquerque mengarahkan untuk membina
bentuk dan teknologi binaan malahan dapat kubu bagi menguatkan pertahanan. Kubu ini
mencerminkan budaya, falsafah hidup dan tamadun dikenali sebagai A Farmosa, dibina mengelilingi
sesuatu bangsa. Setiap bentuk dan binaan kota Melaka. Pembinaan kubu ini lengkap pada
mempunyai sebab dan maksud. Sebagai contoh, tahun 1548 menjadikannya salah sebuah bandar
pembinaan rumah Melayu berpintu rendah yang menyerupai kota bertembok era Mediavel di
bertujuan supaya setiap orang yang memasuki Eropah. Walau bagaimanapun kota ini telah
rumah akan menundukkan kepala bagi

2
dimusnahkan semasa pemerintahan Belanda dan Malaysia seperti George Town, Ipoh, Kuala
hanya yang tinggal adalah pintu masuk sahaja. Lumpur, Taiping, Seremban, Johor Bahru, Kota
Selain pintu Farmosa, peninggalan Portugis yang Kinabalu dan Kuching. Monumen pertama yang
masih kekal pada masa kini ialah gereja St. Paul. dibina Inggeris ialah kota pertahanan iaitu Kota
Sepanjang tempoh 130 tahun penaklukan, Portugis Cornwallis semasa penapakan Franchis Light di
telah membawa masuk teknologi pembinaan batu Pulau Pinang pada tahun 1786.
dan kayu dan rekabentuk kubu pertahanan dan
bangunan yang bercirikan gaya Eropah. Penjajahan Inggeris juga telah membawa
perubahan yang besar kepada rupa bandar pada
ketika itu. Inggeris telah menerapkan kegiatan
perancangan yang lebih teratur pada bandar-bandar
yang dibuka bagi tujuan keselesaan penduduk.
George Town tahun 1801, merupakan bandar
pertama yang mempunyai perancangan iaitu
pembinaan jalan dan parit disekitar bandar
termasuklah bangunan-bangunan institusi
pentadbiran dan awam yang dirancang dengan
teratur. Pembukaan tanah untuk bandar-bandar
pentadbiran dan kediaman Inggeris adalah
berdasarkan faktor bahan mentah iaitu bijih timah
dan getah selain daripada faktor peluasan
pentadbiran. Keadaan ini mewujudkan
Pintu Kota Gerbang Port de Santiago atau lebih
pertumbuhan yang pesat dari segi fizikal dengan
dikenali sebagai A Farmosa (1511)
binaan bangunan-bangunan berdasarkan
rekabentuk barat.. Rekabentuk barat lebih ringkas
 Belanda iaitu pada ukiran dan motif di dinding bangunan
Belanda telah mengambilalih penjajahan Portugis terutamanya disekeliling tingkap, tiang besar
pada tahun 1641. Walaubagaimanapun semasa (column) dan gerbang lengkung (arch). Pengaruh
Belanda mengambilalih, banyak bangunan telah melalui elemen-elemen ini dapat dilihat pada
dimusnahkan dan ditinggalkan rosak. Penjajahan pelbagai jenis bangunan seperti bangunan institusi
Belanda juga telah membina dan meninggalkan dan pentadbiran, rumah kediaman, gedung
bangunan-bangunan yang mempunyai gaya
perniagaan dan bangunan keugamaan.
senibina yang menarik. Antara yang terkenal ialah
monumen dan bangunan-bangunan berwarna Rekabentuk bangunan dan gaya senibina bangunan
merah seperti gereja Christ, bangunan Stadhyus barat mempunyai keunikan tersendiri dari segi
dan menara jam. latarbelakang negara kolonial dan era atau zaman
gaya senibina itu muncul. Walau bagaimanapun
selain dari pengaruh barat terdapat juga pengaruh
senibina Timur yang menyumbangkan satu
kombinasi gaya senibina yang unik dan agak
mewakili resam atau budaya masyarakat tempatan.
Dengan kedatangan Inggeris, senibina Islam-
Moghul dan ilmu handasah1 untuk membentuk
kubah, serta batu-bata dan atap genting sebagai
bahan binaan dibawa masuk melalui arkitek
Inggeris. (Wan Ramli Wan Daud, 2000:260)

Bangunan Stadthyus (1641), merupakan


peninggalan Belanda yang masih kekal di Melaka 1
Pembinaan masjid pada awalnya berhadapan dengan masalah
menyediakan ruang beratap yang luas sebagai ruang solat tanpa
gangguan sebarang tiang. Dalam tamadun Islam-Arab, masalah
ini diselesaikan dengan menggunakan prinsip geometri Euclid
atau handasah warisan tamadun Greek-Helenistik-Rom untuk
 Inggeris membina gerbang dan kubah. Istilah handasah asalnya
Pemerintahan Inggeris berlangsung dari 1795 bermaksud geometri, kini digunakan dengan maksud senibina
hingga 1957. Dalam tempoh ini banyak bangunan dan kemudiannya kejuruteraan. (Othman Mohd Yatim dan
Abdul Halim Nasir, 2000:366)
kolonial telah dibina dibeberapa bandar utama di

3
Pengaruh senibina Inggeris amat berpengaruh
bukan hanya pembinaan pejabat, institusi dan
rumah kerajaan yang sepenuhnya direkabentuk dan Pengaruh Pendatang China dan India
dibina dengan gaya Inggeris malahan pengaruh
gaya Inggeris juga turut mempengaruhi senibina Selain daripada pengaruh kolonial, pengaruh yang
istana raja-raja Melayu dan masjid pada masa dibawa oleh kaum pendatang seperti China dan
penjajahan Inggeris. Perubahan yang paling ketara India sedikit sebanyak telah membentuk rupa
ialah munculnya masjid konkrit berbumbung lima. fizikal bandar-bandar di Malaysia. Pengaruh
Antara masjid yang mula menggunakan bumbung pendatang China khususnya di Melaka telah
perabung lima ialah Masjid Melayu Lebuh Acheh, bertapak pada abad ke 14 lagi. Pada abad ini,
Pulau Pinang, dibina pada tahun 1808 Masihi. kerajaan Melaka telah pun mempunyai hubungan
(Othman Mohd Yatim dan Abdul Halim Nasir, perdagangan dengan negara China. Pada tahun
2000) 1403, maharaja China telah menghantar utusan
diplomatik ke Melaka dan menjalankan hubungan
Gaya senibina barat yang umum terdapat di perdagangan. Seterusnya kedatangan Islam telah
Malaysia adalah Moorish, Tudor, Neo-Klassik dan mempengaruhi dan menukar gaya hidup
Neo Ghotik. Pengaruh senibina barat dapat dilihat masyarakat Melayu Melaka dari segi pentadbiran
pada bangunan-bangunan kolonial di Malaysia negara, budaya dan senibina. Di antara pengaruh
seperti senibina Neo-klasik pada Bangunan Majlis yang dapat dilihat ialah bahan binaan dan gaya
Perbandaran Pulau Pinang, di bina pada tahun senibina untuk membina bangunan. Bahan binaan
1897. Senibina Moorish dapat dilihat pertama yang diimport masuk ke Melaka ialah
keunggulannya pada Bangunan Sultan Abdul genting tanah liat pada tahun 1409 bagi membina
Samad, Kuala Lumpur. Bangunan yang dibina kediaman istana . Pengaruh pendatang pada abad
antara tahun 1894 dan 1894 ini juga mempunyai ini dapat dilihat pada masjid di Melaka seperti
pengaruh senibina Islam yang mendapat inspirasi Masjid Tengkera, di mana hiasan dan ukiran
dari gaya senibina Moghul yang terdapat di Utara dibahagian hujung atau puncak masjid seperti
India. Gaya senibina Tudor dapat dilihat pada rumah berhala Cina tetapi motif ini diabstrakkan
Bangunan Kelab Selangor. Gaya Senibina Neo- dengan alam flora bersesuaian dengan agama
Ghotic pula dapat dilihat pengaruhnya pada Islam.
bangunan-bangunan gereja seperti gereja Holy
Rosary, Kuala Lumpur, dibina pada tahun 1903. Kejatuhan empayar Melaka pada abad ke 15 dan
(A.Ghafar Ahmad, 1997) penaklukan penjajah Portugis telah turut
menghentikan kesinambungan hubungan
perdagangan Melaka dengan negara-negara jiran.
Semasa pemerintahan Inggeris, pendatang China
dan India telah dibawa masuk ke Tanah Melayu
bagi mengusahakan aktiviti ekonomi. Pada awal
tahun 1870an hingga 1880an kaum pendatang telah
membina rumah-rumah kedai bagi menempatkan
bahan-bahan perniagaan. Gaya senibina rumah
kedai yang dibina pada era ini dikenali sebagai
rumah kedai awal yang masih terdapat dibberapa
bandar di Malaysia seperti di Gopeng dan Batu
Gaya senibina Moorish, Bangunan Sultan Abdul Gajah di negeri Perak. Dari tahun 1900 hingga
Samad 1940an banyak rumah kedai telah dibina dengan
gaya senibina yang menerapkan unsur-unsur
tempatan dan pengaruh kolonial. Terdapat 3 gaya
sebina yang mempengaruhi rekabentuk rumah
kedai iaitu Era Peralihan, gaya Electic dan gaya Art
Deco (Syed Zainol Abidin Idid, 1995).

Gaya senibina Neo-Klasik, Bangunan Majlis


Perbandaran Pulau Pinang

4
tinjauan ringkas ini ia dapat memberi pengetahuan
dan imbasan kembali sejarah negara Malaysia di
samping dapat meneroka keunikan senibina
bangunan bersejarah.

Rujukan

A Ghafar Ahmad.(1997). British Colonial


Architecture in Malaysia 1800-1930, Kuala
Rumah kedai awal di Jalan Jonker, Melaka Lumpur: Museums Association of Malaysia
Abdul Halim Nasir dan Wan Hashim Wan Teh.
Pengaruh India tidak banyak mempengaruhi dari (1997). Warisan Senibina Melayu, Bangi:
segi senibina bangunan di Malaysia. Pendatang Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
India banyak mendirikan kuil-kuil agama Hindu Ezrin Arbi. (2002). Sejarah Perkembangan Seni
yang banyak menyerupai bentuk senibina seperti Bina di Malaysia: Sebuah Tinjauan Ringkas.
kuil Hindu di India. Namun begitu pengaruh Kertas kerja dibentangkan di Bengkel
senibina Selatan India, banyak mempengaruhi Konservasi Monumen dan Tapak Tanah
binaan masjid. Masyarakat India Selatan yang Bersejarah, Hotel Century Mahkota, Melaka,
berugama Islam yang disebut sebagai Klings atau 7-12 Oktober.
Keling lebih suka dengan gaya senibina Islam Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, ed.
mereka. (Vlatseas, S, 1990: 49) Masjid Kapitan (1998). The Encyclopedia of Malaysia: Early
Kling (1802-1803), Pulau Pinang salah satu contoh History, Kuala Lumpur: Archipelago Press.
senibina Selatan India, di bina oleh ketua Othman Mohd Yatim dan Abdul Halim
masyarakat India Muslim atau Kapitan. Senibina Nasir.(2000). Senibina Melayu Islam:
India Muslim ini jelas kelihatan pada minaret yang Pengaruh Agama dalam Alam Bina dalam
tinggi dan kubah potong bawang. Tamadun Islam di Malaysia (Mohd Taib
Osman dan A.Aziz Deraman, ed), 339-387,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka..
Syed Zainol Abidin Idid. (1995). Pemuliharaan
Warisan Rupa Bandar,Kuala Lumpur: Badan
Warisan Malaysia.
Vlatseas, S.(1990). A History of Mlasian
Architecture, Singapore: Longman.
Wadiasofi Jaafar. (2000). “Lembah Bujang Simpan
Sejarah Kedah”, Berita Harian, 12 Ogos, 1.
Wan Ramli Wan Daud. (2000). Teknologi Melayu:
Melani Ragam Hidup Sepanjang Zaman
Masjid Kapitan Kling, Pulau Pinang
dalam Tamadun Islam di Malaysia (Mohd
Taib Osman dan A.Aziz Deraman, ed.), 247-
286, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Penutup Pustaka.
Yeang, K. (1992). The Architecture of Malaysia,
Melalui paparan ringkas peristiwa sejarah dan Kuala Lumpur: The Pepin Press.
perkembangan yang telah berlaku pada negara Zarina Sarifan. (2000).”Senibina Tradisional
dapatlah dirumuskan kronologi sejarah sesebuah Malaysia”, Berita Jabatan Muzium dan
negara dapat dilihat melalui bangunan-bangunan Antikuiti, Vol.1/Bil.1, 10-11.
lama yang masih kekal. Bangunan-bangunan ini
amat bermakna dan memberi kesan yang nyata dari
segi fizikal bandar dan kesan emosi kepada
masyarakat. Ia merupakan bukti yang tertera atas
kemahiran, kemajuan, budaya dan tamadun sesuatu
bangsa. Bangunan-bangunan bersejarah yang
masih kekal ini bukan sahaja penting untuk
generasi kini malahan sebagai rujukan untuk
generasi akan datang. Adalah diharapkan melalui

Anda mungkin juga menyukai