Anda di halaman 1dari 8

BAB 1 :

PENGENALAN MATA DAN JENIS RABUN

1.0 MATA

Mata adalah organ yang penting bagi manusia kerana ia berfungsi mengesan rangsangan
cahaya. Manusia mempunyai dua mata berbentuk sfera dan sedikit menonjol yang
terletak dalam soket tengkorak. Diameter bola mata lebih kurang 24mm.

1.1 ANATOMI MATA

BAHAGIAN FUNGSI
CORNEA  Memfokuskan cahaya yang memasuki mata
 Terdiri dari 5 lapisan dan memerlukan air mata untuk
kekalkan struktur
 Tiada saraf
RETINA  Menukarkan cahaya yang memasuki mata kepada impuls
untuk dihantarkan kepada otak
LENS  Memfokuskan cahaya ke atas retina
 Elemen penting mata

1
Rajah : Rujukan tambahan

2
1.2 EMPAT JENIS RABUN DAN PUNCANYA

Rabun ni bukanlah sejenis penyakit. Ianya suatu keadaan dimana keadaan penglihatan
seseorang itu terbatas dan perlu diperbetulkan dengan alat bantuan seperti cermin mata dan
kanta lekap.

Untuk mengetahui seseorang itu rabun ataupun tidak, ujian saringan mata perlu dilakukan.
Senang je, baca huruf dari satu jarak yang telah ditentukan, kemudian orang tersebut perlu
membaca setiap huruf yang tertulis di papan ujian tersebut dan hurufnya semakin lama semakin
kecil. Kalau orang yang diuji tu tersalah sebut huruf yang ditunjuk, maka kita boleh tahu yang
orang itu rabun di tahap mana.

Atau untuk cara terbaru, rabun boleh diukur hanya menggunakan mesin saringan mata di
klinik-klinik berhampiran atau kedai yang menyediakan perkhidmatan optometris

Kondisi rabun manusia terbahagi kepada empat jenis iaitu RABUN JAUH, RABUN DEKAT,
RABUN USIA, dan RABUN SILAU.

3
a) RABUN JAUH (MYOPIA) – SHORT SIGHTEDNESS

Orang yang rabun jauh cenderung untuk melihat objek pada jarak dekat.
Kenapa ?
Sebab mereka kan rabun jauh. Penglihatan mereka kabur dan terbatas apabila melihat objek
yang jauh sebab tu mereka selalu tengok dekat-dekat.
Rabun jauh ni biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak yang seawal usia 6 tahun dan power
rabun pun dijangka berubah apabila meningkat usia.
Tanda-tanda seseorang tu rabun jauh :
 Kabur bila melihat jauh. Contohnya: memandang papan hitam
 Mengecilkan mata bila lihat jauh
 Sakit kepala

Punca Rabun :
Rabun Jauh berpunca dari keadaan kornea mata yang terlalu panjang. Cahaya yang masuk ke
dalam mata melalui kawalan kornea sepatutnya fokus pada retina dan bukannya depan retina.
Oleh itu, cahaya tidak sampai dan kena tepat pada retina menyebabkan objek yang dilihat
tidak jelas, kabur seperti melihat objek yang ada banyak bayang.
Kemungkinan ada masalah pada kornea mata yang menyebabkan cahaya tak dapat
difokuskan tepat pada retina seperti sepatutnya.

Cara Mengatasi :
1. Cermin mata
2. Contact lens
3. Lasik
4. Relex smile

4
b) RABUN DEKAT (HYPEROPIA) – LONGSIGHTEDNESS

Orang yang rabun dekat cenderung untuk melihat objek pada jarak jauh.
Kenapa ?
Sebab mereka kan rabun dekat. Penglihatan mereka kabur dan terbatas apabila melihat objek
yang dekat sebab tu mereka selalu tengok jauh-jauh.
Rabun dekat ni biasanya terjadi di kalangan bayi dan kanak-kanak yang seawal usia 2 tahun dan
power rabun pun dijangka berubah apabila meningkat usia.
Tanda-tanda seseorang tu rabun dekat :
 Kabur bila membaca
 Sakit kepala atau sakit mata
 Mengecilkan mata semasa membaca
 Mata terasa cepat letih bila melakukan kerja jarak dekat.
Punca Rabun :
Terbalikkan untuk kes rabun jauh, rabun dekat pula berpunca dari keadaan kornea mata yang
terlalu pendek. Cahaya yang masuk ke dalam mata melalui kawalan kornea sepatutnya fokus
pada retina dan bukannya di belakang retina. Oleh itu, cahaya melebihi titik fokus iaitu pada
retina menyebabkan objek yang dilihat tidak jelas, kabur seperti melihat objek yang ada banyak
bayang.
Kemungkinan ada masalah pada kornea atau kanta mata yang menyebabkan cahaya tak dapat
difokuskan tepat pada retina seperti sepatutnya.

Cara Mengatasi :

 Cermin mata/contact lens


 Lasik/ relex smile

5
c) RABUN USIA (PRESBYOPIA)

Ringkasnya rabun usia ni ialah suatu keadaan di mana kanta mata kurang berupaya untuk
memfokus objek dekat disebabkan oleh proses penuaan. Biasanya bermula ketika umur
menjangkau 40 tahun.

Punca Rabun :
Of course sebab usia. Bila dah meningkat usia, segala organ dalam badan akan turut
dimamah usia
Tanda-tanda rabun usia :
Kabur bila membaca atau menjalankan kerja yang perlukan penglihatan jarak dekat
Cara Mengatasi
Penggunaan cermin mata atau kanta lekap. Untuk kesan jangka panjang rawatan LASIK
mungkin boleh menjadi pilihan. Kawalan stress dan pemakanan.

1.3 PENYAKIT LAIN MELIBATKAN MATA

NAMA MASALAH HURAIAN CIRI-CIRI


Katarak Penyakit yang menyebabkan lensa -Mata kabur
mata menjadi keruh dan -Sensitif pada cahaya
menyebabkan penglihatan berkurang -Ada lingkaran putih pada cahaya
atau buta

Glukoma Penyakit yang disebabkan kerana -Rasa sakit belakang mata


kondisi penyakit mata tertentu yang -Mata merah
menyerang pada bagian saraf optik -Penglihatan tak jelas, terutama
mata bahagian tepi

Retinitis Pigmentosa(RP) Masalah yang berlaku akibat -Rabun malam


kerosakan saraf mata -Penglihatan akan menjadi seperti
terowong, gelap di sekeliling

Pembuluh darah didalam saraf mata -Floaters


Retinal Detachment (RD) mempunyai masalah. Boleh -Mata menjadi kabur
mengakibatkan buta

-Akan terjadi bintik hitam atau


Floater Selalunya terjadi atas faktor usia, bentuk seperti cacing pada
mata penat, komplikasi diabetes penglihatan

6
1.4 CARA MEMBACA PRESKRIPSI MATA (POWER RABUN)

“Berapa Power Saya?”


Kita selalu menggunakan terma 'power' dalam menjelaskan berapa kuat bacaan cermin mata kita.
'Power' yang dimaksudkan adalah satu unit ukuran utk mengukur kelengkungan sesuatu satah
kanta. Unit ukuran ini diwakili dengan simbol D (Dioptre).
.
'Power' pada resit ditulis dengan susunan gandaan 0.25 sebegini :
+0.75 D
+0.50 D
+0.25 D
-0.00 D
-0.25 D
-0.50 D
-0.75 D
.
.
.
-15.00 D (seribu lima ratus)
dan seterusnya...
.
 Power adalah bahasa orang awam untuk nilai/degree/kekuatan/bacaan atau bahasa
'skemanya' PRESKRIPSI untuk sesuatu kanta cermin mata
 Notasi tulisan sebagai contoh : -2.00 D (dua Diopter) biasanya akan diterangkan power
200 (dua ratus) kepada pelanggan
 Power 200 (dua ratus) = preskripsi -+2.00
 1 step kenaikan power bermaksud kenaikan 0.25 D atau 25
.
Contoh :
Power lama : -2.00 D
Power baru : -2.50 D
Kenaikan power : 2 step

7
.

SYMBOL MAKSUD
+ Rabun dekat
- Rabun jauh
R Right eye
L Left eye
S Rabun jauh (myopia) / rabun dekat (hyperopia)
C Cyl/ silau/ astigmatism
A Axis/ kedudukan silau/rabun pada mata

Nota :
Kenaikan atau penurunan preskripsi sekitar 25 atau 0.25 D tidak dikira besar dan biasanya hanya
berlaku akibat ralat pemeriksa atau bebanan kerja pada mata (mata letih dsb)

Anda mungkin juga menyukai