Artikel Penyelidikan PDF
Artikel Penyelidikan PDF
ABSTRAK
Kemahiran menolak nombor bulat dengan mengumpul semula sentiasa menjadi masalah
kepada murid-murid. Maka, kajian tindakan ini dijalankan untuk membantu murid Tahun 2
dalam menguasai kemahiran menolak dengan mengumpul semula melalui Kaedah Straca.
Kajian ini juga dilaksanakan untuk menambah baik amalan pedagogi bagi membantu murid
dalam penguasaan kemahiran menolak nombor bulat dengan mengumpul semula dengan
menggunakan Kaedah Straca. Peserta kajian terdiri daripada empat orang murid Tahun 2
yang dipilih berdasarkan markah yang diperolehi dalam lembaran kerja. Pengumpulan data
telah dilakukan melalui ujian pra, ujian pasca, lembaran kerja, pemerhatian dan temu bual.
Hasil analisis data menunjukkan peningkatan dalam pencapaian ujian pasca berbanding
dengan ujian pra. Penggunaan Kaedah Straca berjaya meningkatkan prestasi pencapaian
murid dalam menguasai kemahiran menolak nombor bulat dengan mengumpul semula.
Analisis temu bual menunjukkan murid dapat menolak nombor bulat dengan mengumpul
semula dengan menggunakan Kaedah Straca. Dapatan kajian juga menunjukkan amalan
pedagogi dalam penggunaan Kaedah Straca melalui bahan konkrit ke abstrak, demonstrasi
guru, pembelajaran secara berkumpulan dan individu sesuai dalam meningkatkan kemahiran
menolak nombor bulat dengan mengumpul semula bagi murid Tahun 2.
Kata Kunci : Kaedah Straca, pencapaian murid, demonstrasi, bahan konkrit ke abstrak,
pembelajaran secara berkumpulan, pembelajaran secara individu, pemerhatian, temu bual
PENGENALAN
FOKUS KAJIAN
Kajian ini berfokuskan bagaimana saya dapat membantu murid Tahun 2 dalam
menguasai kemahiran menolak nombor bulat dengan mengumpul semula. Saya
berminat dalam kajian ini kerana murid-murid saya tidak dapat menguasai proses
pengumpulan semula, walaupun mereka sudah menguasai fakta asas tolak. Saya
telah menggunakan dekak-dekak dan Blok Dienes dalam mengajar kemahiran ini.
Namun, murid tidak dapat melihat dengan jelas proses pengumpulan semula, iaitu
satu menjadi sepuluh apabila dikumpul semula dari satu nilai tempat ke nilai tempat
yang lain. Contohnya, satu di puluh apabila dikumpul semula menjadi sepuluh di nilai
tempat sa. Menurut Ohlsson (1988, seperti dinyatakan dalam Nor Baiti & Mas
Norbany, 2012), penolakan melibatkan pengumpulan semula merupakan sesuatu
yang kompleks untuk difahami oleh murid. Murid juga sering kali cuai dalam
melakukan pengiraan. Jadi, saya ingin merancang dan mengadakan satu kaedah
yang merangkumi peringkat konkrit hingga abstrak dalam membantu murid
menguasai kemahiran menolak nombor bulat dengan mengumpul semula.
Murid-murid juga digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam mempelajari
penolakan nombor bulat dengan mengumpul semula dengan menggunakan kaedah
ini.
OBJEKTIF KAJIAN
SOALAN KAJIAN
PESERTA KAJIAN
Peserta kajian ini merupakan empat orang murid Tahun 2 yang terdiri daripada tiga
orang murid lelaki dan seorang murid perempuan. Mereka dipilih kerana prestasi
mereka adalah sederhana dan lemah dalam lembaran kerja, iaitu mendapat kurang
daripada 10 soalan betul. Mereka aktif, suka bercakap, lambat menyiapkan kerja,
sukar memberi tumpuan dan suka mengacau kawan.
Saya telah melaksanakan tiga sesi tindakan bagi membantu murid menguasai
penggunaan Kaedah Straca dalam kemahiran menolak dengan mengumpul semula.
Sesi tindakan ini mengandungi penggunaan straw dan cawan nilai tempat dalam
pengiraan. Terdapat tiga ikatan straw yang mewakili bilangan sa, puluh dan ratus.
Satu straw bilangan sa, satu ikatan 10 straw mewakili bilangan puluh dan satu ikatan
100 straw mewakili bilangan ratus. Tiga cawan nilai tempat yang mewakili ratus (biru),
puluh (kuning) dan sa (merah) telah digunakan. Jadual 1 menunjukkan cara
penyelesaian menggunakan straw dan cawan bagi 123 - 48 .
Jadual 1
Penyelesaian dengan Kaedah Straca
Dalam sesi ini, garisan sepuluh dan carta nilai tempat digunakan. Murid melukiskan
garisan sepuluh yang mengandungi 10 garisan sebagai peringatan kepada
pengumpulan semula. Carta nilai tempat pula mengandungi tiga warna, iaitu biru
(ratus), kuning (puluh) dan merah (sa). Jadual 2 menunjukkan cara penyelesaian
dengan menggunakan garisan sepuluh bagi 231 - 57 .
Jadual 2
Penyelesaian dengan Garisan Sepuluh
Ra Pu Sa
1 2
1
2 3
7
- 5
7 4
Ra Pu Sa
1 2
2 3 1
7
- 5
1 7 4
Bagi sesi ini, murid-murid menyelesaikan lembaran kerja secara kumpulan dan
individu.
DAPATAN KAJIAN
Soalan kajian 1:
Bagi menjawab soalan ini, saya membincangkan pencapaian dan pemahaman murid
terhadap penolakan dengan mengumpul semula.
Pencapaian murid (Analisis markah ujian pra, ujian pasca dan lembaran kerja)
Jadual 3
Pencapaian Murid dalam Lembaran Kerja
Murid A B C D
Lembaran
83 83 83 67
Kerja 1 (%)
Lembaran
50 67 100 50
Kerja 2 (%)
Lembaran
67 100 50 83
Kerja 3 (%)
Rajah 1 menunjukkan pencapaian markah murid dalam ujian pra dan pasca. Secara
keseluruhannya, semua peserta kajian menunjukkan peningkatan markah. Seorang
murid mendapat 100%, dua orang murid mendapat 90% dan seorang murid lagi
mendapat 80%. Jadual 3 pula menunjukkan pencapaian markah murid dalam
lembaran kerja. Markah lembaran kerja menunjukkan peningkatan berbanding
dengan ujian pra.
Analisis temu bual digunakan untuk mengkaji pemahaman murid terhadap penolakan
nombor bulat dengan mengumpul semula.
Soalan kajian 2:
Catatan peristiwa yang menarik (analisis pemerhatian) dan analisis temu bual
Saya telah menggunakan Kaedah Straca untuk membantu murid saya meningkatkan
kemahiran menolak dengan mengumpul semula. Saya membincangkan catatan
peristiwa menarik dan analisis temu bual untuk membincangkan penambahbaikan
amalan pedagogi.
Pedagogi pertama adalah demonstrasi guru. Kaedah ini telah saya gunakan dalam
sesi tindakan pertama dan kedua untuk menunjukkan cara penggunaan Kaedah
Straca, iaitu straw dan cawan serta garisan sepuluh dalam menolak nombor bulat
dengan mengumpul semula kepada murid-murid. Hal ini akan memudahkan
pemerhatian murid terhadap cara penggunaan Kaedah Straca dan garisan sepuluh
mengikut langkah demi langkah dan membolehkan mereka mengaplikasinya.
Demonstrasi juga membantu dalam memberi bimbingan tambahan kepada
murid-murid yang kurang menguasai Kaedah Straca dengan beberapa contoh soalan.
Dapatan pemerhatian turut menunjukkan murid-murid dapat menyelesaikan soalan
diberikan dengan betul menggunakan Kaedah Straca mengikut langkah-langkah
yang ditunjukkan oleh guru.
Menurut Teori Pembelajaran Bruner (1996, seperti dinyatakan dalam Yeo, 2017),
pembelajaran konsep baru harus mengandungi tiga peringkat perwakilan, iaitu enaktif,
ikonik dan simbolik. Berpandukan teori ini, saya mengamalkan pembelajaran
daripada konkrit, semikonkrit ke abstrak sebagai pedagogi kedua. Saya telah
gunakan Kaedah Straca bermula daripada penggunaan straw dan cawan (konkrit)
kepada garisan sepuluh (semikonkrit) dan akhirnya lembaran kerja (abstrak).
Langkah ini menjadi pendekatan beransur maju dalam memberikan murid-murid
pemahaman konsep mengumpul semula dan kemahiran menolak dengan
mengumpul semula berbanding sebelum sesi tindakan. Hal ini disokong oleh dapatan
pemerhatian bahawa murid bersungguh-sungguh dalam menggunakan Kaedah
Straca (straw dan cawan) untuk menjawab soalan diberikan dan hasilnya pencapaian
murid meningkat (Rujuk Jadual 3).
REFLEKSI
Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan pelaksanaan kajian tindakan ini
dengan berjaya. Amalan pedagogi yang ditambah baik menjadi kekuatan dalam
kajian ini, Manakala, kelemahan pula dari segi lukisan garisan sepuluh dan kurang
kepekaan saya terhadap situasi murid.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Saya mencadangkan supaya lukisan garisan sepuluh ditukarkan dengan jalur kertas
garisan sepuluh dan menandakan bulatan pada angka subtrahend sebagai
peringatan penambahan perlu dilakukan pada angka minuend dengan garisan tidak
dipotong. Hal ini akan tidak mengelirukan murid dan mengurangkan kesilapan
disebabkan lukisan garisan yang tidak tepat.
RUJUKAN
Muhamad Aizuddin Rosman, & Abd Samat Taib. (t.t). Penggunaan Alat “Butak”
Bagi Meningkatkan Penguasaan Murid Dalam Kemahiran Tolak Dengan
Mengumpul Semula. Tesis tidak diterbitkan. Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu, Malaysia.
Nor Baiti Azera Ahmad & Mas Norbani Abu Samah. (2012). Penggunaan “Pocket
Clothes Peg” bagi meningkatkan penguasaan murid tahun 3 yang
berpencapaian rendah dalam kemahiran menolak dengan mengumpul semula.
Tesis tidak diterbitkan. Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail,
Kuala Terengganu, Malaysia.