Anda di halaman 1dari 5

SKRIP DRAMA BATU BELAH BATU BERTANGKUP

Skrip drama ni diolah daripada cerita asal Batu Belah Batu Bertangkup . cerita ini diolah untuk
disesuaikan dalam pementasan di dalam kelas.

Naratif cerita
Pada zaman dahulu di masa penjajahan Jepun terdapat sebuah keluarga yang tinggal di hulu
sungai. Rumah mereka terletak berhampiran dengan sungai. Di situlah punca rezeki utama
mereka disamping tanaman ubi di persekitaran rumah. Itulah makana ruji mereka sekeluarga.
Ayah mereka telah tiada kerana ditangkap oleh pihak Jepun. Maka tinggallah si ibu, mak Milah
seorang diri membesarkan anak sulung perempuannya, Mawar, dan anak lelakinya Mamat.
Kawasan tersebut terkenal dengan lagenda sebuah gua yang menelan sesiapa sahaja yang
menghampirinya. Gua itu diberi nama Batu Belah Batu Bertangkup. Sebenarnya gua tersebut
mempunyai pasir jerlus yang akan menenggelamkan mereka yang cuai. Suatu hari...

Babak 1

Mak Milah : Eh mak tun. Nak ke mana tu? Laju je nampaknya

Mak Tun : tak nampak ke joran di tangan saya ini. Saya nak pergi memancinglah. Kalau tidak
tak berasaplah dapur. Awak tak ke sungai ke hari ni Mak Milah.

Mak Milah : mestilah pergi. Kalau bukan saya, siapa lagi nak mencari rezeki untuk anak-anak
saya ni.

Mak Tun : alang-alang dah berjumpa ni marilah kita pergi bersama.

Mak Milah : boleh juga tu. Tidaklah saya keseorangan. Ini tidak hari-hari sunyi seorang diri
memancing di sungai.

Mak Tun : samalah kita Mak Milah. Taklah sunyi sangat duduk seorang diri macam tunggul
sahaja menunggu ikan memakan umpan.

Mak Milah : baiklah Mak Tun, tunggu sebentar, saya ambil joran dahulu.

Babak 2

(5 minit kemudian) di sungai


Mak Milah : susah pulak nak dapat ikan hari ni

Mak Tun : yelah hari ini ikan kuranglah. Mogok agaknya.

Mak Milah : susahlah kita kalau macam tu. Masa-masa peranga ni kalau ikan pun mogok kita
nak makan apa.

Mak Tun : makan hati sajalah Mak Milah (ketawa bersama)

Mak Milah terasa tarikan di jorannya.

Mak Milah : lihat mak Tun ikan dah makan umpan.

Mak tun : saya pun begitu juga mak Milah.

Mak Milah : kebetulan kita sama. Jaga-jaga Mak Tun jangan sampai terlepas.

Mak Tun : awak juga Mak Milah, jangan sampai tali tu putus.

Setelah ikan Berjaya dinaikkan.

Mak Tun : lihat mak milah. Ini ikan kelah ni. Besar betul hari ni. Awak macam mana Mak Milah.

Mak Milah : saya dapat ikan tembakul ni. Ini memang kegemaran saya. Dulu arwah dengan
saya selalu makan telur ikan tembakul sama-sama. (memandang ke langit) hari pun dah tinggi
nampaknya mesti Mawar dan Mamat lapar. Saya nak balik dululah mak Tun ya, saya nak
masak untuk Mawar dan Mamat.

Babak 3 ( di rumah)

Mamat : yeay yeay emak balik yeay yeay yeay! (meluru memeluk emaknya)

Mak Milah : lihat mamat, emak bawa balik ikan tembakul.

Mamat : besarnya mak ikan tembakul. Macam mana mak tangkap.

Mak Milah : mak pancinglah mamat. Takkan nak tunggu ikan tembakul jatuh dari langit.

Mamat : ye mamat tahu mak.

Mak Milah : mana kakak kamu mamat ? kamu beri kakak kamu ikan ni lepas tu pergi mandi.
Mak nak mandi pula lepas tu.
Mamat : baiklah mak.

(Mamat masuk ke rumah)

Mamat : kakak! Kakak!

Mawar : ya mamat ada apa ?

Mamat : ini ada ikan tembakul mak suruh masakkan.

Mawar : baiklah. Sekarang mamat pergi mandi dulu nanti kita makan sama-sama.

(mamat ke telaga. Mak Milah melaung)

Mak Milah : mawar nanti goring telur ikan tembakul dan simpankan untuk mak ye. Mak nak
makan. Ikan tu kamu bahagikan dan makanlah sesama kamu adik beradik mak nak makan
telurnya sahaja.

Mawar: baiklah mak.

Mak Milah : kamu makanlah dulu mak nak kemaskan joran dulu.

Babak 4 (di dapur)

Mamat: Dah siap masak ke kakak? Mamat dah lapar ni.

Mawar: Dah dah jom makan.

(mamat sudah habiskan makanannya)

Mamat : mamat lapar lagilah kakak. Ada lauk lagi tak

Mawar : kesiannya adik kakak lapar. Nah ambillah bahagian kakak ni. Kakak makan ubi sahaja
pun tidak mengapalah.

Mamat : (setelah selesai bahagian kakaknya) mamat lapar lagilah kakak. Ada makanan lagi tak
kakak.

Mawar : tak adalah dik. Biar akak pergi rumah mak Tun mintak telur ayam untuk digoreng.

Mamat : terima kasih kakak.


(setelah kakaknya pergi)

Mamat : laparnya aku. Nak tunggu kakak lambat lagi. Eh, apa yang bertutup tudung saji
ni?(buka tudung saji) wah telur ikan goring sedapnya,.

Mamat terus makan telur ikan tembakul itu tanpa mengetahui bahawa telur ikan tembakul itu
disimpan untuk emaknya. Juadah itu amat penting bagi emaknya kerana menyimpan kenangan
antara dia dan arwah suaminya.

Mamat : sedapnya telur ikan ni. Kalaulah dapat makan selalu.

Mak Milah : eh mamat mana kakak kamu?

Mamat : kakak pergi rumah mak tun mak, nak pinjam telur ayam.

Mak Milah : kenapa nak pinjam telur ayam Mak Tun? Ikan mak pancing tadi macam mana?

Mamat : mamat dah makan tapi lapar lagilah mak.

Mak Milah : kesian anak mak ni. Nanti mawar balik kamu makan ye sabar ye.

Mamat : tak apalah mak mamat dah makan telur ikan goreng tadi.

Mak Milah : (menengking) mamat! Kenapa kamu makan telur ikan tu?

Saat itu mawar balik.

Mawar : Mak jangan marah mamat mak, dia tak tahu. Tadi mawar lupa nak beritahu mamat
jangan makan telur ikan mak.

Mak Milah : kamu berdua ni memang anak derhaka. Apa yang aku suruh kamu tak
ikut.sudahlah biar aku mati dari ada anak macam kamu.

Mak milah berlari keluar dan menuju ke gua yang bernama batu belah batu bertangkup. Mawar
dan mamat berlari mengejar emak mereka tetapi emak mereka lebih pantas sampai ke gua itu.
Mak Milah terjun ke dalam pasir jerlus itu. Maka tamatlah riwayat ibu yang kecewa. Mawar dan
mamat hanya mampu terduduk sambil menangis teresak-esak mengenangkan pemergian ibu
yang tersayang. Mereka menyesal kerana menghancurkan impian emak mereka walaupun kecil
akan tetapi besar maknanya kepada mak Milah.
JUSTIFIKASI

Kami memilih cerita batu belah batu bertangkup. Cerita ini telah diolah untuk
disesuaikan dengan masa dan diubahsuai agar menjadi lebih logik dan mudah untuk diterima
akal. Pemilihan cerita ini dilihat sesuai kerana mempunayi nilai-nilai murni. Selain itu
penggunaan unsur seni, muzik latar dan pergerakan boneka dapat menarik minat murid-murid.

Cerita ini mengandungi lima watak iaitu yang pertama adalah mak Milah. Mak Milah
adalah watak utama. Dia adalah seorang ibu, kawan dan juga seorang isteri. Dia adalah wanita
yang tabah namun sensitif berkaitan hal-hal suaminya. Watak kedua adalah Mawar dan mamat.
Mereka adalah anak-anak mak Milah. Mereka adalah anak yang patuh kepada ibunya. Namun
sifat kenakalan yang normal bagi kanak-kanak mungkin tidak dapat diterima oleh ibu yang
sensitive dan dibelenggu tekanan dan bebanan kesunyian akibat kehilangan suami. Watak
seterusnya adalah mak Tun. Dia adalah kawan kepada mak Milah.

Cerita ini dipilih kerana mempunyai unsur-unsur moral yang dapat membawa kepada
pengenalan terhadap nilai-nilai yang patut dikuasai para murid. Nilai-nilai seperti mendengar
kata ibu bapa amat perlu dititikberatkan terutama pada dewasa ini kerana autoriti orang dewasa
sudah tiada nilai lagi kepada kanak-kanak.

Dari sudut seni, pembuatan patung wayang kulit dilihat mempunyai nilai-nilai estetikanya
yang tersendiri. Patung yang dibuat sendiri menggunakan tangan juga mempunyai unsur seni.
Kemudian penggunaan muzik dilihat membantu dalam menegaskan mood dalam sesuatu
insiden atau peristiwa di dalam pementasan. Dari sudut gerak-geri keharmonian antara
pergerakan patung dan cerita penting agar mesej cerita dapat disampaikan dengan lebih jelas.

Kesimpulannya, cerita ini sesuai untuk digunakan di dalam kelas. Cerita ini
mengandungi nilai-nilai moral yang penting untuk dipelajari oleh para murid. Selain itu kisah
yang diceritakan menggunakan boneka dan dibantu oleh efek-efek seperti latar, muzik dan juga
pergerakan-pergerakan membantu menghidupkan watak dan membuatkan masa bercerita lebih
menarik.

Anda mungkin juga menyukai